Cerita Monyet Yang Degil

Post on 09-Dec-2014

367 views 6 download

description

cerita untuk mengajar berlakon

Transcript of Cerita Monyet Yang Degil

Pencerita

Pada suatu hari Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan sayur-sayurannya bersama rakannya Kura-kura, Tupai, dan Burung. Sedang asyik mereka makan buah-buahan di situ, tiba-tiba datang Monyet yang sangat lapar

Monyet

• Tolong, tolong, saya sangat lapar. Sudah lama saya tak makan• Boleh kamu beri sedikit buah-

buahan untuk saya

(sedih)

Pencerita

Kancil ,Kura-kura, burung dan tupai berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan Monyet seperti itu.

Kancil

Baiklah Monyet, ambillah buah ini.

Monyet

Terima kasih Kancil, Kura-kura,tupai dan burung.

Pencerita

Monyet Nampak banyak pokok buah-buahan. Monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak pokok cili yang banyak dengan cili-cili yang merah menyala.

Monyet

Aku mahu itu, aku mahu itu! (jerit)

Kura-kura

Jangan Monyet, nanti akan rasa pedas

Burung

Betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain

Monyet

Ah, Aku mahu buah itu juga

Tupai

Jangan monyet, nanti kau akan sakit.

Pencerita

Monyet tidak peduli katak-kata haiwan lain. Dia mengambil cili-cili yang merah itu dan terus memakannya dengan gelojoh. Tiba-tiba Sang Monyet menjerit

Monyet

Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!

Pencerita

Dengan muka yang merah kerana menahan pedas, Monyet berlari mencari air bagi menghilangkan pedas di lidahnya itu, sambil Sang Kancil ,Kura-kura , Tupai dan burung menggeleng-gelengkan kepala mereka.