Post on 02-Jan-2016
description
1) Apakah ciri-ciri rubrik yang baik ?
Rubrik yang mudah digunakan
o Huraian maklumat berkenaan segala maklumat penskoran
dinyatakan dengan mudah dan jelas untuk dirujuk
Diskripsi tugasan yang jelas
Penjelasan kualiti bagi setiap kriteria dinyatakan dengan terperinci
Penggunaan bahasa yang jelas
Membantu dalam tujuan permarkahan
Mudah membezakan tahap kualiti respon calon
Kriteria penilaian dinyatakan secara eksplisit
Proses permarkahan dan skala yang jelas dan mudah digunakan
o Peringkat-peringkat diagihkan dengan jelas dan terperinci
2) Bilakah rubrik analitik lebih sesuai digunakan dalam pentaksiran?
sesuatu pentaksiran tersebut memerlukan maklum balas dengan lebih
terperinci. Ini kerana rubrik analitik dapat digunakan untuk mentaksir
sesuatu kerja atau hasil mengikut aspek yang disenaraikan berbanding
rubrik holistik yang mentaksir secara keseluruhan. Sesuai untuk menilai
jawapan untuk soalan berbentuk struktur dan esei.
sesuatu pentaksiran tersebut memerlukan pentaksir untuk melihat
kekuatan dan kelemahan subjek yang ditaksir tersebut. Ini dapat dilakukan
dengan melihat dari aspek/kriteria yang ditaksir. Seperti contoh, mungkin
seseorang murid itu cemerlang dari segi ilmu pengetahuan(content)
tetapi ,lemah dari segi menjalankan eksperimen dan kerja kumpulan.
Sesuai digunakan untuk menilai tahap pencapaian atau rekod peribadi
murid
sesuatu pentaksiran tersebut memerlukan pentaksir untuk mentaksir
kebolehan dan pencapaian pelajar. Berdasarkan pentaksiran yang akan
melihat kekuatan dan kelemahan murid, pentaksir dapat melihat
kebolehhan murid daripada skor mengikut aspek/kriteria yang ditaksir;
kebolehan murid tersebut pada aspek mana. Kemudian pencapaian murid
berdasarkan skor dari semua aspek/kriteria tersebut juga dapat dilihat.
Sesuai digunakan untuk melihat kekuatan dan kelemahan murid
;
Digunakan dalam peperiksaan awam khasnya bagi soalan yang
memerlukan jawapan yang terperinci, seragam dan berstruktur.