Post on 30-Nov-2015
Tajuk: Cara-cara untuk mengekalkan alat muzik tradisional kaum-
kaum di sabah sering dengan pemodenan zaman.
Pengenalan
Salah satu daripada ciri-ciri istimewa yang dimiliki oleh setiap
kaumnya selain daripada bahasa, pakaian dan cara hidup ialah
seni muziknya. Setiap kaum akan mempunyai seni muzik dan
tariannya yang tersendiri yang telah diwarisi oleh nenek moyang
mereka. Warisan yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang ini
merupakan suatu benda yang amat istimewa yang perlu
dipelihara agar tidak lenyap pada masa akan datang dan tidak
dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Ini kerana ia
mempunyai nilai sentimental kepada setiap kaum serta ia juga
melambangkan identitti kepada setiap kaum. Sebagai contoh
kaum kadazandusun sabah mempunyai alat muzik seperti
kulintangan, gong, manakala etnik Sarawak pula mempunyai
sayong,engkromong dan sebagainya.
Namun demikian, dengan arus pemodenan pada zaman
sekarang, adalah sangat penting bagi mempertahankan dan
mempelihara budaya kita khususnya alat-alat muzik tradisional.
Dengan adanya kemasukan budaya luar, alat-alat muzik yang
popular pada masa kini seperti gitar, keyboard, piano, biolin dan
sebagainya kini mendominasi budaya kita pada masa sekarang.
Peranan dan kedudukan alat muzik dalam masyarakat kita
semakin berkurangan. Oleh demikian, alat muzik tradisional kini
semakin dilupai dan tidak releven. Kemungkinan reality yang
bakal menimpa etnik-etnik di sabah jika keadaan seperti ini
berterusan ialah ilmu-ilmu serta pengetahuan alat muzik
tradisional tidak diturunkan kepada generasi muda akan datang
dan mereka tidak akan tahu akan alat-alat muzik nenek moyang
mereka atau budaya mereka.
Tugasan ini membincangkan tentang langkah-langkah bagi
meneruskan kesinambungan alat muzik tradisional supaya ia
seiring dengan arus pemodenan.
Generasi Muda anak sabah masa kini
Sebelum perbincangan diteruskan, salah satu isu yang perlu
diutarakan yang menjadi cabaran utama yang dihadapi oleh
industry muzik tradisional sabah ialah generasi muda sabah yang
kurang minat terhadap instrument muzik nenek moyang mereka.
Jika kita lihat pada masa kini, majoriti pemuda sabah tidak tahu
bermain alat-alat muzik tradisional terutamanya pemuda yang
membesar di Bandar. Mereka lebih cenderung kepada alat-alat
muzik moden seperti gitar, drum, piano dan sebagainya. Tidak
salah bagi mereka meminati alat muzik tersebut namun yang
membimbangkan ialah minat mereka bagi menceburi alat muzik
tradsional etnik sabah. Seperti contoh, cara memukul gong
mempunyai irama dan rentaknya tersendiri dan ia menghasilkan
suatu harmoni yang kedengaran misteri dan meriah untuk
memeriahkan pesta kamaataan atau apa-apa majlis.
Negeri sabah- negeri yang kaya denga pelbagai bangsa dan suku
kaum
Sabah kaya dengan kebudayaan dan kesenian. Ramai nenek
moyang atau generasi lama di negeri ini mahir membuat alat-alat
muzik tradisional yang menjadi kebanggan kepada rakyat negeri
ini sehingga sekarang.
Namun semua itu, akan hilang ditelan zaman atau hanya tinggal
kenangan sekiranya generasi masa kini terutamanya golongan
muda tidak mengambil peluang untuk mempelajarinya.
Menyedari hakikat itu, demonstrasi pembuatan alat muzik
tradisional turut diadakan pada Pesta Kaamatan Peringkat Negeri
Sabah, di Hongkod KDCA yang antaranya bertujuan
memperlihatkan serta menimbulkan kembali minat masyarakat
terhadap pembuatan alat muzik tradisional.
Namun usaha itu sahaja tidak mencukupi, sebaliknya generasi
muda harus mempelajari bagaimana membuat alat-alat muzik
tradisional bukan sekadar untuk hiasan dan dijadikan sebagai
kraftangan semata-mata tetapi mempelajari bagaimana
menghasilkan alat muzik yang boleh ‘dibunyikan’.
Alat-alat muzik tradisional etnik sabah
Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-
bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau
seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh.
Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat
daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada
kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang
dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat
muzik di Sabah, dikelaskan kepada ;
Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)
Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon
(kompang,gendang atau tontog).
GONG
gong
Gong terdiri daripada keluarga idiofon. Ianya berasal dari timur
tengah. Ianya diperbuat daripada gansa dan besi. . Gong boleh
didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang
tinggi. Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada
membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi bergalvani yang
dibeli di sini. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang
tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari
Filipina, Indonesia atau Brunei. Cara DiMainkan
gong dipukul mengikut rentak lagu yang dimainkan. adakalanya
gong dimainkan mengikut rentak muzik sesuatu tempat,
contohnya paluan gong Daerah Papar Dan Daerah Penampang
adalah Berbeza. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-
beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua
buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan
iramanya.
Fungsi
Ianya dimainkan di dalam persembahan muzik Sabah. Gong
merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan
muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara
sosial Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara
kepercayaan animistik, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai
Terdapat juga 8 jenis Gong bermula daripada gong yang
menghasilkan note tinggi dihasilkan
1. Saasalakan
2. Naananangon
3. Hahambatan
4. Kuukulimpoon
5. Tootoongon
6. Tatavag
BUNGKAU
Ketika musim menuai padi, Muzik bungkau juga telah dimainkan
ketika berada di kawasan padi dimainkan bersama rakan-rakan.
Alat muzik Bungkau ini bersaiz mengikut kesesuaian kepada
pemuzik. Inanya tidak mempunyai saiz yang spesifik. Namun
anggaran saiz sesuai bungkau panjang antara 6 hingga 8 inci
atau 17 hingga 19 cm. Alat ini diperbuat daripada kayuPolod atau
sejenis dahan pokok seperti palma. Lampakid merupakan sarung
kepada Bungkau iaitu diperbuat daripada kayu buluh. Semua alat
muzik adalah bergantung sepenuhnya kepada sumber
persekitaran alam.
Bungkau ialah sejenis alat erofon. Harpa rahang ini adalah
diperbuat dari kulit luar kelapa yang dikenali sebagai polod antara
Dusun / Kadazan. Tangan yang hakus dan mahir diperlukan
untuk menghasilkan alat bungkau yang baik. Alat ini berfungsi
apabila strip bergetar membuat suara sangat sedikit dengan
sendirinya, tapi jika dilakukan sebelum mulut dibuka, pemain
lembut boleh membesarkan suara dengan resonansi. Berbagai
macam frekuensi boleh diperolehi dengan memvariasikan bentuk
mulut dan kedudukan lidah. Apabila tidak digunakan, biasanya
terbungkus dan melekat pada balang buluh untuk tetap bersih
dan bebas daripada kerosakan. Kepingan berkayu yang nipis di
tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari.
Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi
dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh
membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik).
Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut
serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya
disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan
sentiasa dalam keadaan bersih.
Penduduk kampung telah mengadaptasi sumber alam sekeliling
untuk dijadikan alat muzik. Cara membunyikan alat muzik
Bungkau adalah dengan meletakkan pada mulut atau kedua-dua
bibir disepit untuk penahan, dan sebelah tangan atau jari
membelek-belekkan kayu hujung Bungkau. Alunan corak bunyi
adalah bergantung kepada nafas.
Fungsi
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam
persembahan nyanyian dan tarian. Bungkau boleh dimainkan
secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi
tarian. Bungkau juga dimainkan ketika adanya keramaian. Muzik
Bungkau bukan Muzik untuk upacara.
Muzik Bungkau juga dimainkan bersama dengan alat muzik lain
secara berkumpulan bagi membuatkan bunyi lebih seragam dan
menarik. Antara alat muzik yang sering digabungkan dengan alat
muzik Bungkau adalah sompoton, tongkungon, dan babangau
SOMPOTON (Erofon)
rajah 1. 1 alat muzik
sompoton
Sompoton ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang
popular di kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya
dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan ‘khene’ sejenis organ
mulut yang terdapat di Laos.
Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-
alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah
labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun
dalam dua lapisan.
Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa
buluh kecil dari jenis ‘sumbiling’ yang dipotong mengikut ukuran
yang diperlukan.
Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang
buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan
kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut
digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga
untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh
apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak
berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk
alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada
dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut
kod muzik yang telah ditentukan.
Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi
untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut.
Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh
menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.
Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan
pada dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut
dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal
dengan lilin lebah. Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu
dan menambah salun alat yang baru disiapkan.
Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah
diraut nipis. Semada memainkan sompoton, seseorang pemain
menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada
hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil
pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip
yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.
Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk
hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi
tarian.
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam
persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan
secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi
tarian. Pada suatu ketika dahulu, sompoton dimainkan di majlis
keagamaan namun kini penggunaan alat muzik ini sudah
diperluaskan di mana ia juga dimainkan di majlis perkahwinan
dan juga keramaian. Sompoton boleh dimainkan secara individu
dan juga secara berkumpulan bersama-sama alat muzik moden
dan alat muzik bambu yang lain seperti bungkau dan marakas.
TOGUNGGAK (idiofon)
Panjang tongkungon kira-kira dua kaki. Ianya dimainkan oleh
kaum Dusun dan Kadazan di Tambunan, Penampang and Tuaran.
Ianya diperbuat daripada buluh yang besar. Ia dibuat dari tiub
buluh dengan jalur nipis dipotongpermukaannya untuk
membentuk rentetan, yang boleh ditala dengan serpihan-
serpihan kecil kayu / rotan pada akhir setiap tongkungon yang
besar. Nama dan nombor tali inisesuai dengan gong utama.
Fungsi
Tongkungon kebiasaannya dimainkan secara Solo dan hanya
untuk hiburan persendirian.
Walaupun begitu muzik yang dihasilkan oleh tongkungon juga
boleh menemani tarian tanpa diiringi muzik berkumpulan Gong.
Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga
tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum.
Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu
kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut
gong sebenar yang dimainkan.
KULINTANGAN (Idiofon)
Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku
kaum Brunei tetapi secara tradisional ianya juga digunakan oleh
suku kaum Bajau dan beberapa suku Dusun/Kadazan.
Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan seperti
majlis perkahwinan dan upacara keagamaan, di mana ianya
diiringi oleh gong-gong tradisional.
Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang
kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang
berbeza-beza apabila dipukul.
Merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang
berbusut yang berukuran
kecil.
Kulintangan diperbuat daripada tembaga ataupun perunggu.
Cara bermain
- Kulintangan dimainkan secara ensemble. Ianya dipanggil
kulintangan secara umumnya. Dalam Kulintangan terdapat
beberapa jenis idiofon. Apabila sekumpulan pemain itu
memainkan kulintangan perbuatan mereka digelar sebagai
“mitagunggu”
Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di atas tali yang
diregangkan pada tapak kayu ataupun para dalam satu
barisan yang mengandungi lapan biji kesemuanya. Dipalu dengan
menggunakan sepasang kayu pemukul dari jenis lembut oleh
seorang pemain untuk mengiringi tarian 'Sumazau', 'Limbai',
'Silat' serta 'Tingkad-tingkad'.
Dalam kesenian muzik 'Bertitik' yang didapati berkembang di
kalangan suku kaum Bajau, 'Kulintangan' dimainkan dalam
bentuk ensemble. Disertakan alat-alat idiofon yang lain seperti
'tawak' dan 'bandil' daripada keluarga 'gong' serta gendang yang
dipalu secara menegak untuk meraikan majlis perkahwinan.
Muzik 'Bertitik' amat digemari oleh generasi tua dan ianya
dikatakan berasal dari Kota Belud. Alat ini merangkumi lapan
ataupun 9 buah gong- gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya
mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul.
Gonggong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di
atas sebuah rangka kayu rendah.
Seruling
Seruling yang diperbuat daripada buluh pendek yang berwarna
koko. Suling yang mempunyai lima lubang digelar tambunan
manakala suling yang mengandungi enam lubang dipanggil
penampang. Bunyi yang di hasilkan sangat menenangkan.
Turali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup
popular bagi masyarakat pribumi. Ianya diperbuat daripada buluh
sumbiling. Panjang alat ini ialah kira-kira satu meter dan ada yang
mencapai dua meter. Lebih panjang alat tersebut maka bunyi
yang dihasilkan ialah ‘low pitch’ manakala makin pendek alat
tersebut akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi ‘pitch’. Alat
ini diaminkan menggunakan hidung. Ianya ditiup menggunakan
hidung. Ia mempunyai empat lubang. Apabila kesemua lubang
ditutup ketika meniup, maka not yang dihasilkan ialah not paling
rendah.
Usaha-usaha yang dijalankan untuk mengekalkan instrument
muzik tradisional etnik sabah.
Antara usaha kerajaan yang dapat kita lihat dalam usaha
mengekalkan alat-alat muzik tradisional disabah pada peringkat
kebangsaan ialah penglibatan etnik sabah dalam konsert Lagu
dan Muzik Rakyat Antarabangsa Sabah dalam festival kesenian
rakyat tahun ini dan berlangsung di Auditorium Jabatan Negara
bagi Budaya dan Seni (JKKN)
Enam pemuzik dan kumpulan dari seluruh Sabah menyertai lima
rombongan dari Sarawak dan Kuala Lumpur untuk mewakili
Malaysia dalam Festival itu. Sri Lanka, Korea Selatan dan Jepun
juga menghantar wakil-wakil mereka, di mana ramai mereka yang
diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Konsert tersebut bermula dengan persembahan muzik akustik
daripada instrumen buluh oleh Kinabalu Merdu Sound Group dari
Ranau, Sabah. Mereka disertai oleh pemain Saksofon Philipus Jani,
pemuzik inovatif dari Tambunan yang membuat sendiri alat muzik
daripada buluh.
"Saya secara peribadi berasa sangat gembira dan teruja untuk melihat alat muzik tradisional seperti Sape digunakan untuk memodenkan lagu-lagu rakyat, mewujudkan satu genre baru yang boleh diterima dan dinikmati oleh semua orang. Dan kreativiti itu juga boleh disesuaikan oleh pemuzik di Sabah," kata Masidi.
(Berita dipetik daripada “Insight Sabah” Jun 26, 2013)
Usaha di peringkat kebangsaan ini adalah sangat bagus kerana ia
dapat meemberi pendedahan yang luas melalui bantuan media
tentang keunikan alat-alat tradisional dan membuktikan sama
sekali alat-alat muzik tradisional sabah mampu bersaing di
peringkat kebangsaan dan mampu meningkatkan martabat
Negara kita dan juga perasaan rasa bangga oleh etnik tersebut.
Disini kita dapat lihat suatu usaha yang dijalankan oleh rakyat
sabah untuk mengekalkan alat tradisional muzik sabah agar ia
terus wujud dan terpelihara dengan disamping itu, menjana
pendapatan dan ekonomi sabah di sektor pelancongan.
Maranjak Longhouse Lodge yang terletak Kampung Bavanggazo,
Kudat merupakan suatu tarikan pelancongan yang bertujuan
untuk memberi pengalaman, cara hidup dan budaya orang
rungus, salah satu etnik yang ada disabah. Disamping melihat
makanan orang rungus, pakaian mereka, serta alat-alat yang
digunakan oleh enik ini. Para pelancong akan berpeluang untuk
menyaksikan persembahan alat muzik tradisional mereka yang
besertakan tarian dan nyayian. Alat muzik yang diguna
termasuklah turali, mogunduring jenis seruling dan ikuti tarian
seperti tarian magunatip
Dengan adanya semangat perusahawanaan dan kreativiti, maka
dapat la etnik sabah memainkan peranan mereka bagi
mengekalkan alat muzik tradisi kaum mereka dan disamping itu
menjana pendapatan untuk menyara hidup.
Sektor-sektor pelancongan menyedari potensi mengeksploitasi
budaya etnik untuk menjana keuntungan, dengan memberi modal
kepada para perushawaan, maka mereka dapat melaksanakan
tanggungjawab mereka sebagai wakil etnik mereka untuk
mengekalkan budaya mereka.
Alat muzik gong yang popular bagi etnik disabah kini menemui
nafas baru dengan kewujudan sebuah kilang kecil yang khas
untuk menghasilkan gong-gong tersebut. Kilang tersebut
bertempat di kampong Sumangkap kudat. Dengan adanya kilang
begini, maka teknik-teknik membuat gong akan dapat diwariskan
kepada generasi akan datang. Disamping itu, ini akan
mewujudkan pekerjaan kepada penduduk kampong sumangkap.
(Sumber artikel diperolehi dari:
http://insightsabah.gov.my/article/read/4176)
Usaha-usaha lain yang giat dilakukan oleh para sabahan yang
bertanggungjawab ialah dengan mengadakan banyak pesta-pesta
alat muzik tradisional sebagai salah satu rancangan dalam pelan
untuk menarik pelancong-pelancong sekaligus memajukan sektor
pelancongan sabah. Pada tahun lepas, Ketua Menteri Sabah Dato
Seri Musa Haji Aman dalam merasmikan Pesta Tagunggu 2012
mengatakan:
“Dalam konteks Pesta Tagunggu ini, saya percaya ia dapat mempromosikan alat-alat muzik tradisi masyarakat Sungai khususnya dari segi rentak dan cara alat-alat muzik tradisi ini dimainkan. Ia sekali gus dapat membantu kita menghidupkan kembali warisan seni budaya di samping memperkayakan lagi khazanah seni budaya tradisional di negeri Sabah. Saya percaya pesta ini akan menyumbang kepada usaha memulihara warisan seni budaya terutama dalam kalangan generasi muda. Ia juga menjadi pentas bagi mengetengahkan bakat serta kreativiti dalam menghasilkan persembahan yang terbaik, malah mempunyai unsur-unsur tersendiri yang mampu menarik minat golongan muda untuk turut serta dalam pesta ini. Sehubungan itu, saya menyeru kepada seluruh masyarakat khususnya golongan muda untuk menghargai alat-alat muzik tradisional dengan mempelajarinya agar alat muzik tradisi ini
tidak pupus dan terus kekal menjadi warisan generasi yang akan datang.”
Sumber artikel: http://www.sabah.gov.my/press/docs/2012002009.htm
Cadangan langkah yang perlu dilaksanakan:
1. Penubuhan institusi muzik-muzik tradisional
Pada pendapat saya, faktor pendidikan amat
mempermainkan pengaruh untuk mengekalkan alat muzik
tradisional etnik di sabah. Pihak yang berkaitan seperti
KDCA(KADAZANDUSUN CULTURAL ASSOCIATION) perlu
bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan agar dapat
menganjur banyak kursus mengenai alat-alat muzik
tradisional ini yang dapat menarik perhatian anak muda.
Kursus-kursus tersebut boleh melibat kan kursus cara
bermain alat muzik tersebut,atau kursus mencipta alat
muzik tersebut. Pihak graduan daripada kursus ini dapat
memasuki sektor pelancongan dengan bermain muzik
tradisional ini, ataupun mereka dapat memasuki bidang
industri mencipta alat muzik tradisional yang berkualiti dan
menjualnya untuk keuntungan. Jika alat muzik tersebut
terkenal dan berkualiti, maka kedua-dua bidang ini dapat
menembusi pasaran antarabangsa dan bersaing di peringkat
global.
Gong yang sedang dihasilkan
gambar orang sedang mmenghasilkan
gong
2. Peranan masyarakat etnik
Orang tua atau orang yang berkemahiran dalam alat-alat
muzik tradisional etnik seharusnya memainkan peranan
dengan menurunkan ilmu yang mereka perolehi kepada
generasi muda agar warisan budaya itu tidak lupus dari arus
pemodenan. Kerajaan juga seharusnya melakukan pelbagai
program bertujuan untuk pengekalan budaya agar
masyarakat yang mempunyai kemahiran-kemahiran ini
diberi inisiatif untuk melaksanakan kerja-kerja pengekalan
alat-alat muzik. Ini kerana ilmu-ilmu seperti membuat alat
muzik tersebut sukar ditemui malahan kerja untuk
membinanya bukan mudah.
Dalam pertikan akbar sabah times 1 june 2009 mengisarkan
pandangan-pandang orang yang berkemahiran tentang
instrument-instrumen tradisi sabah:
“Kerja-kerja membuat sesebuah alat muzik tradisional tidak semudah yang disangka. Misalnya ‘Kulintangan’ yang saya buat, walaupun kita nampak ia hanya susunan bambu-bambu kecil tetapi sebenarnya ia perlukan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkannya supaya ia mengeluarkan bunyi yang merdu.
“Kulintangan dan alat-alat muzik tradisional juga sama seperti muzik moden, yang mempunyai kod-kod atau nada yang sesuai,” kata Mariana Linadu, 56, dari Kampung Tikolod Tambunan.
Oleh itu, katanya penghasilan alat muzik tradisional memerlukan kemahiran dan ketelitian agar ia boleh mengeluarkan nada yang merdu.
Dia berkata: “Saya mewarisi kemahiran membuat Kulintangan daripada ibu bapa saya. Mereka memang mahir dalam bidang ini.
“Saya akan wariskan kemahiran ini kepada anak saya pula dan begitulah seterusnya. Bukan semua orang ada bakat dan kemahiran dalam bidang ini, jadi dengan adanya orang yang mahir, mungkin mereka boleh mengajar sesiapa sahaja yang berminat membuat alat muzik tradisional,” katanya.
Katanya lagi, kemahiran membuat alat-alat muzik tradisional harus diwariskan atau diajarkan kepada generasi muda Kadazandusun.“Begitu juga dengan kemahiran bermain muzik tradisional, ia perlu diajar supaya tidak pupus”.
Sementara itu, seorang lagi pembuat alat muzik tradisional, Paulus Gidwin dari Papar berkata, walaupun alat muzik Togunggak dan Togunggu yang dibuatnya kelihatan agak ringkas dan senang untuk menghasilkannya, namun sebenarnya ia sukar.
“Apa yang susahnya ialah, kerja-kerja mencari bambu di hutan, kita mesti mencari jenis bambu yang sesuai untuk dijadikan Togunggu dan Togunggak,” katanya.
artikel dipetik dari:
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/29080
Kesimpulan
Berdasarkan huraian besertakan contoh-contoh diatas, maka
adalah wajarnya kita mempelajari serba sedikit budaya serta
peninggalan nenek moyang kita. Kesemua tradisi serta alat muzik
merupakah khazanah yang amat berharga yang tidak dapat
digantikan dengan jutaan wang ringgit jika ia suda pupus.ia
mrupakan khazanah nenek moyang kita yang tidak mempunyai
nilai yang dapat menggantikannya. Sebagai contoh, proses
penghasilan alat muzik gong memerlukan kemahiran yang tinggi
dalam mengukir serta memastikan gong tersebut menghasilkan
bunyi yang sepatutnya. Jika kita bertanyakan kepada orang-orang
tua sekarang, kualiti alat muzik sekarang tidak dapat menandingi
kualit alat muzik yang dihasilkan pada zaman dahulu. Ini satu
petanda bahawa kemahiran tersebut semakin hilang dan
seharusnya tidak dibiarkan begitu sahaja. Satu lagi contoh anak
pemuda sabah khususnya golongan kadazandusun, tidak semua
lagi tahu paluan gong yang agak unik. Hanya terdapat segilintir,
khususnya yang orang- tua tua sahaja yang tahu paluan irama
unik tersebut.
Kita sebagai peninggalan pusaka nenek moyang seharusnya
melaksanakan tanggungjawab untuk mengetahui dan
mempelajari selok-selok belok instrument muzik nenek moyang
kita ini. “Budaya kita, identity kita”