Post on 23-Dec-2015
description
SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING ULU
72100 BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
2015
LAPORAN PROGRAM
Nama program :PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
Tarikh : 05Januari –23 Januari 2015
Tempat : SekolahKebangsaan Serting Ulu, 72100 Batu Kikir, Negeri Sembilan
Kumpulan Sasaran: Semua murid Tahun 1Gemilang, terdiri daripada 16 orang lelaki
dan 16 orang perempuan. 31 berbangsa Melayu, 1 orang berbangsa Iban dan
semuanya beragama Islam.
1.0 PENDAHULUAN
Program Transisi Pra-sekolah ke tahun satu telah dilaksanakan bermula pada
tahun 2001 diseluruh negara. Program ini dirangka dengan tujuan membantu kanak-
kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal
(pra-sekolah atau pendidikan di rumah ) kepada pendidikan secara formal ke Tahun
Satu.Tahun 2015 merupakan tahun ke 15 semenjak Program Transisi dilaksanakan
secara menyeluruh di seluruh Malaysia.Bagi merealisasikan hasrat Wawasan 2020 dan
berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan dan mewujudkan satu
generasi yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran diri, keluarga, masyarakat, agama
dan Negara. Kecemerlangan murid bermula dari sifat kendiri yang tinggi dan kerjasama
diantara murid yang lain. Semangat setiakawan dan kerjasama menyumbang kepada
pertukaran idea dan sisipan nilai murni dikalangan mereka. Secara tidak langsung,
potensi diri murid dapat dibangunkan menyumbang kepada tingkahlaku positif ke arah
kejayaan samada akademik mahu pun kokurikulum. Kami warga pendidik SKSU
berharap agar tahun 2015 ini dapat member pengalaman dan pengetahuan yang lebih
berguna kepada murid-murid dan guru-guru di SKSU.
2.0 LATAR BELAKANG
Sekolah Kebangsaan Serting Ulu merupakan sebuah sekolah Gred A yang mempunyai
murid berjumlah 224 orang pada tahun 2015. Terdapat 12 buah kelas yang enrolmen
bagi setiap kelas adalah dalam lingkungan 30-40 orang murid. Sekolah ini dikelilingi
oleh Ampangan Timah Tasoh dan kebun getah. Berdasarkan kajian terhadap murid-
murid tahun satu 2015, 100% daripada mereka telah mengikuti kelas pra-sekolah
disekitar tempat tingggal mereka. Diantara pra-sekolah yang terdapat disekitar tempat
tinggal mereka ialah KEMAS, Tadika Perpaduan, Tadika Islam dan PraSekolah SKSU.
Daripada 32 orang murid yang berdaftar dengan SKSU, 80% daripada mereka telah
menguasai 3M dengan baik. Manakala 20% menguasai sebahagian dari kemahiran 3M
3.0 MATLAMAT
Memberikan pendedahan kepada murid-murid Tahun 1 tentang dunia baru sekolah
rendah. Murid dapat menyesuaikan diri dengan iklim sekolah dengan cepat.
4.0 RASIONAL
Program yang dibuat ini memberikan peluang kepada murid sekolah Tahun 1 bersosial
dikalangan rakan-rakan dan tidak kekok semasa sesi persekolahan berlangsung.
5.0 OBJEKTIF
Murid mampu untuk bekerjasama sesama guru dan sesame murid. Murid dapat
mengikut arahan dan peraturan sekolah dan guru. Murid dapat bersedia untuk berlajar
dengan baik.
6.0 KUMPULAN SASARAN
Murid- murid Tahun 1 Gemilang , Sekolah Kebangsaan Serting Ulu, Batu Kikir, Negeri
Sembilan
7.0 KAEDAH PERLAKSANAAN
Agihan kelas untuk Pelajar Tahun 1, Kebersihan dan keceriaan kelas, Dinamika
kumpulan dan pergerakan kreatif, Motivasi dalaman kelas, Tayangan gambar,
Bercerita, Nyanyian
8.0 CARTA ORGANISASI PROGRAM TRANSISI
PENGERUSI
EN. ISMAIL BIN GHAZALIGURU BESAR
TIMBALAN PENGERUSIPN. HJH SABARIAH BINTI ALI
GPK PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSIPN. AZARINA BINTI ABD AZIZ
GPK HEM
PN. HAIRIZA SIMA BINTI HITAMGPK KOKURIKULUM
SETIAUSAHAPN. HUSLIHA BINTI HUSAIN
AHLI JAWATANKUASAPN. NORHAFIZA BINTI NASIR
PN. KHALIPAH BINTI SAIDPN. HASLINA BINTI ABDUL RAHMAN
PN. AZIZAH BINTI SAADPN. NORADIBAH BINTI KUDUS
PN. NORZANA BINTI TALIBCIK HJH ZALEHA BINTI MAHMOOD
PN. HABIBAH BINTI MOHD NOR
9.0 KEKUATAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
Penglibatan semua pelajar Tahun 1 secara baik. Semua murid dan guru Tahun 1
menunjukkan semangat yang tinggi dalam menjayakan program
10.0 KELEMAHAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
Terdapat masalah teknikal di mana ada slot yang tidak dijalankan dengan
menggantikan dengan aktiviti lain.
11.0 CADANGAN MASA HADAPAN
Program Orentasi Tahun 1 ini dapat diperbaiki lagi untuk tahun hadapan dengan
menambahkan slot seperti LDK.
12.0 KESIMPULAN
Matlamat dan objektif program ini tercapai dengan jayanya seperti dirancang dengan
kerjasama pelbagai pihak terutamanya semua guru Tahun 1.
LAMPIRAN
MURID LELAKI TERBAIK : Muhammad Haziq AqilMURID PEREMPUAN TERBAIK : Nur Alya Binti Rosli
KUMPULAN TERBAIK : Merah Jambu
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI
Disediakan oleh
Pn. Husliha Binti Husain
Setiausaha Program Transisi dan Guru Penyayang