Post on 06-Feb-2018
1
BAHAGIAN A
1. Manakah antara berikut menggambarkan asas akidah dalam pembinaan tamadun?[2011] A. Pembangunan fizikal mengatasi pembangunan
material B. Pembangunan yang meningkatkan keimanan C. Pemisahan antara fardhu ain dan kifayah D. Percampuran perkara halal dan haram
2. Berikut adalah ciri-ciri khusus tamadun Islam KECUALI:A Keseimbangan dan kesederhanaanB Berasaskan sentimen dan perasaan masyarakatC Menyeluruh dalam semua aspek kehidupanD Matlamat yang tetap dan cara yang anjal
3. Pilih kenyataan yang TIDAK BENAR mengenai konsep tamadun Islam. [2011] A. Pembangunan tamadun tertumpu kepada sektor
ekonomi dan sosial B. Matlamat tamadun Islam selari dengan ketetapan
dan kehendak syarak C. Penekanan tamadun Islam merangkumi aspek
rohani dan jasmani D. Piawaian tamadun Islam berasaskan akidah,
syariah dan akhlak
4 Firman Allah s.w.t, bermaksud: “Katakanlah, Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui” (al-Zumar: 9)
Pilih pernyataan berikut yang TEPAT berkaitan dengan ayat di atas. [2011] A. Asas pembangunan ekonomi Islam B. Politik dan kepimpinan Islam C. Pendidikan dan keilmuan Islam D. Hubungan sosial dalam Islam
5 Manakah antara berikut menjelaskan perspektif Barat
mengenai tamadun? [2007] A. Mengutamakan aspek kemanusiaan dan
kebendaan B. Mementingkan aspek keadilan dan kesempurnaan C. Memfokuskan unsur pembangunan lahiriah dan
kerohanian D. Menekankan unsur kepentingan dan
pembangunan lahiriah
6 Apakah elemen penting yang menggambarkan kualiti kehidupan manusia yang bertamadun menurut perspektif Islam? A. Berakidah, beramal dan beretika B. Bertawakal dan memiliki keilmuan yang tinggi C. Mempunyai kepercayaan dan mematuhi syariat D. Beriman, mematuhi syariat dan berakhlak mulia
7 Manakah antara berikut adalah ciri-ciri dalam pengertian tamadun? [2011] i. Kehidupan nomad ii. Kehalusan budi pekerti iii. Kemajuan keusasteraan iv. Membina dan mendirikan bandar A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. i, iii dan iv D. ii, iii dan iv
8 Berikut adalah kesan apabila manusia mengabaikan alQuran dan al-Sunnah sebagai rujukan dalam pembinaan tamadun, KECUALI ___ [2011] A. Masyarakat akan hidup dalam suasana yang
tidak aman B. Pembangunan akan kehilangan arah tuju yang
sebenar C. Pembinaan tamadun kebendaan tidak akan
terpesong D. Berlaku kemerosotan akhlak dalam
kecemerlangan tamadun
10 Manakah pernyataan PALING TEPAT mengenai hubungan manusia dengan Allah s.w.t dalam pembinaan tamadun?[2011] A. Berserah diri kepada Allah s.w.t tanpa sebarang
usaha B. Melaksanakan sesuatu pekerjaan hanya untuk
Allah s.w.t C. Melakukan kebajikan kerana tuntutan kehidupan
semua D. Membantu sesama manusia demi kemanusiaan
semata
11. Manakah antara berikut menunjukkan ciri kesejagatan dalam tamadun Islam? [2011]
A. Sesuai sepanjang zaman B. Menekankan aspek material C. Terbatas kepada sempadan geografi D. Bersifat ekslusif kepada bangsa Arab sahaja
12 Kedatangan Islam telah membawa perubahan yang besar kepada ketamadunan manusia. Pilih jawapan yang paling TEPAT mengenai pemyataan di atas. (2009)
A Keunggulan ajaran Islam B Pemimpin yang taat kepada agama C Sikap terbuka para ulama D Kegigihan para ilmuan Islam
13. Manakah antara berikut BUKAN padanan yang betul dalam ciri khusus tamadun Islam? [2011]
A. Syumul -menyeluruh B. Rabbani - ketuhanan C. Tasamuh - beraneka ragam D. Takamul- saling melengkapi
14 Manakah antara berikut merupakan faktor-faktor yang membawa keruntuhan sesebuah tamadun?
i. Lemahnya pengaruh agama ii. Kezaliman berleluasa iii. Kemewahan hidup iv. Lunturnya penghayatan terhadap nilai-nilai
murni A. i dan ii B. i, ii dan iii C. i, ii dan iv D. i, ii, iii dan iv
15 Pilih padanan yang menggambarkan nilai universal antara tamadun? [2011] A. Nilai kepercayaan - pembentukan tamadun
melahirkan agama B. Nilai pendidikan - pembentukan tamadun bermula
dengan sistem persekolahan C. Nilai alam sekitar - semua tamadun menganggap
alam mempunyai kuasa ghaib
CoNtoH SoAlAN CtU151
2
D. Nilai ekonomi - tamadun menekankan kegiatan ekonomi sebagai sumber rezeki
16 Manakah antara berikut ciri yang membezakan sistem nilai dalam tamadun Islam dengan tamadun lain? [2011]
i. Bersumberkan wahyu Ilahi ii. Bersifat universal dan sejagat iii. Berasaskan pemikiran manusia iv. Bersesuaian untuk tamadun tertentu A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. i, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv
17 Pernyataan berikut mengenai interaksi antara tamadun KECUALI [2011]
A. Berlakunya proses asimilasi antara tamadun B. Komunikasi antara tamadun menjalin hubungan
diplomatik C. Pertembungan antara tamadun menghasilkan kesan
positif D. Hubungan antara tamadun menggalakkan aktiviti
perdagangan
18. Manakah antara berikut faktor geografi yang menghasilkan interaksi antara tamadun? [2011] i. Laluan sutera memudahkan China menjalinkan
hubungan dengan Arab ii. Selat Melaka menjadi faktor interaksi Alam
Melayu dengan tamadun lain iii. Kedudukan negara yang berdekatan lautan
menjadi faktor interaksi iv. Sifat terbuka pemimpin sesebuah negara atau
wilayah A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. i, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv
19 Faktor berikut menyebabkan berlakunya hubungan interaksi antara tamadun, KECUALI [2011]
A. Penempatan B. Kefanatikan C. Kepimpinan D. Keagamaan
20 Faktor-faktor berikut boleh membawa kepada kejatuhan sesebuah tamadun KECUALI (2009)
A Terlalu mencintai kebendaan B Kelemahan dan kesilapan pemimpin C Persengketaan dan peperangan D Toleransi dan kesederhanaan
21 Kewujudan pelbagai tamadun menyebabkan berlakunya interaksi sesama manusia.
Manakah antara berikut merupakan faktor yang mendorong berlakunya interaksi tersebut?
i Bentuk tamadun yang fleksibel ii Keserasian budaya tempatan dan budaya luar iii Pendidikan dan ilmu pengetahuan iv Perdagangan dua hala A. i dan ii B i, ii dan iii C i, iii dan iv D. Semua di atas
22 Siapakah tokoh matematik yang terkenal dalam era kecemerlangan tamadun Islam? (2009)
A Ibn Khaldun B Ibn Al-Arabi C Al-Khawarizmi D Al-Ghazali
23 Kemunculan ilmuwan di era kegemilangan tamadun Islam banyak dipengaruhi oleh perkara-perkara berikut, KECUALI (2009)
A Kecemerlangan bangsa Arab sebelum kedatangan Islam B Galakan pemimpin Islam untuk penguasaan ilmu C Islam memuliakan ilmu dan para ilmuan D Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu
24 Manakah antara fakta berikut menepati maksud pernyataan di atas?[2011] A. Al-Quran sebagai sumber kekuatan tamadun
Islam B. Tamadun Islam terbentuk daripada asas akidah
yang jelas C. Wahyu dan ijtihad menjadi faktor kelestarian
tamadun Islam D. Keunggulan tamadun Islam terbina di atas unsur
rabbani dan insani
25 Manakah perkataan berikut yang mempunyai kaitandengan civitas, hadarah dan madinah? [2007]
A. Tulisan B. Keagamaan C. Perbandaran D. Pencapaian kerohanian
26 Kenapakah Islam dianggap sebagai pencetus tamadun sepadu? (2009)A Berjaya membina peradaban yang seimbangB Mewujudkan sistem politik yang teratur dan adilC Masjid sebagai pusat pembinaan spiritual insanD Wujud bandar yang tersusun sebagai pusat
kegiatan kemasyarakatan
27 Pilih elemen-elemen di bawah yang menggambarkan asas-asas tamadun Islam.[2007] i. Pengabdian diri kepada Allah s.w.t ii. Keluhuran nilai kemanusiaan berbanding nilai
kebendaan iii. Mematuhi syariat dalam semua urusan iv. Keutuhan institusi keluarga
A. i dan iii B. i, ii dan iii C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv
28 Apakah langkah yang diambil oleh Rasulullah S.A.W. dan telah menyebabkan orang kafir Quraisy menentang dakwah baginda dalam pembinaan tamadun Islam? (2009)
A Membetulkan aqidah B Memumikan akhlaq C Menunaikan ibadat D Mendirikan masjid
29 Manakah pernyataan yang SALAH mengenai
3
perlembagaan Madinah?[2007] A. Perlembagaan bertulis kedua dalam tamadun
dunia B. Dikenali sebagai ‘Sahifah al-Madinah’ C. Terbahagi kepada dua fasal iaitu hubungan
sesama muslim dan muslim dengan bukan Islam D. Perlembagaan ini memperuntukkan mengenai
bidangkuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman
30 Siapakah khalifah yang memerintah kerajaan Abbasiyyah ketika di kota Baghdad menjadi pusat kecemerlangan intelektual?[2007]
A. Harun al-Rashid B. Yazid bin Muawiyah C. Abu Musa al-Asyari D. Al-Ma’tasim Billah Tauhidlah yang memberikan acuan, jati diri dan ciri
tersendiri kepada tamadun Islam. Ia menyatukan seluruh komponen, lalu menjadikannya suatu kesatuan organik yang bersepadu, harmonis dan saling memperkuat. Itulah yang dinamakan tamadun.
31 Apakah faktor yang menyebabkan munculnya ramai ilmuan Islam pada zaman kegemilangan Tamadun Islam? [2007] A. Sikap rajin dan gigih orang Arab mengkaji al-
Quran B. Pemimpin Islam yang menggalakkan cerdik
pandai untuk memajukan diri C. Islam meletakkanilmu dan para ilmuan di tempat
yang tinggi dan mulia di sisi Allah s.w.t D. Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu di
serata dunia termasuk ke China
32 Manakah pernyataan yang BENAR mengenai kerajaan Abbasiyyah? [2011] i. Zaman perkembangan kebudayaan, keilmuan,
kegiatan ekonomi dan politik ii. Tempat lahir tokoh terkenal seperti Ibn Hazm,
Ibn Hayyan dan al-Idrisi iii. Para pemerintah mendokong usaha
perkembangan ilmu pengetahuan iv. Kegiatan penterjemahan karya Yunani, Parsi dan
India A. i, ii dan iii B. i, iii dan iv C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv
33 Institusi ini menjadi pusat penterjemahan negara dalam zaman Abbasiyyah. Ia menjadi mercu tanda kegemilangan ilmu pengetahuan dalam sejarah perkembangan tamadun Islam.
Apakah nama institusi tersebut?[2011] A. Baitul Izzah B. Darul Hijrah C. Darul Hikmah D. Baitul Hikmah
34 Manakah antara berikut merupakan faktor UTAMA keberkesanan interaksi antara tamadun? [2011] A. Toleransi yang tinggi dan saling hormat
menghormati
B. Fitrah manusia berinteraksi antraa satu dengan yang lain
C. Sikap sepunya dikongsi bersama seperti agama dan etika
D. Dorongan sifat ingin tahu budaya dan nilai hidup tamadun lain
35 Manakah pernyataan yang BENAR mengenai kedatangan Islam di Eropah?[2011] i. Kedatangannya didorong oleh gabenor Musa bin
Nusayr yang menguasai Afrika Utara ii. Berlakunya peperangan di antara tentera Islam
dengan tentera Kristian dalam usaha meluaskan penyebaran Islam
iii. Usaha penyebaran Islam ke Eropah bermula sejak zaman Saidina Uthman bin Affan
iv. Kejayaan penyebaran Islam ke Eropah berlaku melalui usaha yang bersungguh-sungguh oleh pedagang dan pendakwah muslim.
A. i, dan ii B. i, ii dan iii C. ii, dan iii D. i, ii, iii dan iv
36 Manakah di antara berikut yang berkaitan dengan manusia yang bertamadun menurut Ibn Khaldun?[2011] i. Makhluk sosial yang saling berinteraksi ii. Makhluk sosial yang mempunyai keperluan hidup
yang pelbagai iii. Makhluk sosial yang berbeza daripada makhluk
lain iv. Makhluk sosial yang sentiasa berkeinginan untuk
hidup selesa A. i, dan ii B. i, ii dan iii C. ii, dan iii D. i, ii, iii dan iv
37 Apakah langkah UTAMA yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w semasa di awal kebangkitan Islam di Mekah?
A. Membina institusi keilmuan B. Memperbetulkan akidah umat manusia C. Memperkasakan amalan ibadah umat Islam D. Mempersaudarakan kaum Ansar dan
Muhajirin
38. Apakah sumbangan Saidina Umar al-Khattab semasa menjadi khalifah? [2007] i. Mewujudkan jabatan pos ii. Menyusun institusi pendidikan dan kuttab iii. Pembukuan al-Quran iv. Mengemaskini struktur organisasi ketenteraan
Islam A. i, dan ii B. i, ii dan iii C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv
39 Kedatangan Islam di Alam Melayu telah merubah wajah dan rupanya. Apakah perubahan yang dimaksudkan? [2011]
i. Mempercayai perkara ghaib ii. Kecenderungan menguasai ilmu iii. Ketaatan secara mutlak kepada raja iv. Mengaplikasikan perundangan Islam A. i, dan ii B. i, ii dan iv
4
C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv 4
40 Manakah antara berikut TIDAK menggambarkan pengaruh Islam dalam kesusasteraan Melayu?[2011]
A. Cerita hikayat B. Cerita bangsawan C. Penulisan manuskrip D. Sastera undang-undang
41 Pilih penyataan yang BENAR mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu sebelum penjajahan. [2011] i. Perkembangan undang-undang Ilsam bermula
pada awal abad ke 15 Masihi ii. Undang-undang Islam merangkumi
undangundang keluarga dan adat sahaja iii. Undang-undang hudud bercampur aduk dengan
undang-undang adat tempatan iv. Diaplikasikan dalam Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka A. i, ii dan iii B. i, iii dan iv C. i, dan iv D. iii dan iv
42 Sistem politik Islam merupakan garis panduan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t bertujuan menjaga maslahah hambanya. Apakah asas sistem politik tersebut? [2011]
i. Risalah ii. Khilafah iii. Khilafiah iv. Hakimiah Ilahiah A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. i, iii dan iv D. ii, iii dan iv
43 Ijma’ merupakan salah satu sumber tamadun Islam. Apakah peranannya dalam memperkukuhkan pembinaan tamadun?(2009)i Sumber kedua yang membolehkan pemahaman
tentang tamadunii Sumber berautoriti yang diterima pakai dalam
tamadun Islamiii Sumber untuk menentukan hukum bagi perkara-
perkara yang tidak disentuh secara terperinci dalam al-Quran dan al-Sunnah
iv Sumber yang bersandarkan kepada pandangan sekumpulan para ulama dan golongan profesional Islam
A i, ii dan iii B i, iii dan iv C i, iii dan iv D Semua di atas
44 Pendapat yang mengatakan Islam datang ke Alam Melayu iaitu dari Gujerat India adalah berdasarkan bukti persamaan artifak di bawah yang dijumpai di Pasai dan Gujerat. Apakah artifak tersebut?
A. Batu bersurat B. Batu nisan C. Kitab-kitab Arab D. Tembikar celadon
45. Islam menekankan pentingnya kesepaduan ilmu untuk membangunkan tamadun ummah. Apakah yang dimaksudkan dengan kesepaduan tersebut? (2009)A Mengintegrasikan ilmu fardhu ain dan fardhu
kifayahB Mempelajari ilmu secara berterusanC Menguasai ilmu sains tanpa mengabaikan ilmu
duniawiD Membudayakan ilmu dalam kehidupan
46 Apakah yang dimaksudkan dengan al-hakimiyyah alIlahiyyah dalam asas politik Islam? A. Kekuasaan tertinggi hanyalah milik Allah s.w.t B. Manusia hanya pemegang amanah mentadbir
alam C. Perbincangan antara ahli dalam membuat
keputusan D. Menyampaikan kebenaran sebagai asas politik
Islam
47 Manakah antara berikut pernyataan yang BENAR mengenai konsep ketaatan kepada kedua ibu bapa? i. Wajib bersopan santun dan hormat kepada kedua
ibubapa ii. Wajib melaksanakan segala perintah dan larangan
mereka iii. Memanggil mereka dengan suara lemah lembut
dan bersopan iv. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di
dunia dan akhirat A. i dan ii B. i dan iii C. i, iii dan iv D. ii, iii dan iv
48 Manakah antara berikut langkah yang diambil oleh Rasulullah s.a.w dalam membina modal insan di Mekah?
i. Menanamkan nilai tauhid ii. Memerangi amalan khurafat ii. Memperkenal budaya keilmuan iv. Membentuk kekuatan ketenteraan A. i, ii dan iii B. i, iii dan iv C. i, iii dan iv D. ii, iii dan iv
49 Apakah elemen penting yang menggambarkan kualiti kehidupan manusia bertamadun menurut perspektif Islam? (2009)A Wujudnya bangunan-bangunan yang mencakar
langitB Beriman, mematuhi syariat dan berakhlak muliaC Berbudaya dan mempunyai tahap kesenian
tertinggiD Pemilikan dan penguasaan harta kekayaan yang
melimpah ruah
50 Manakah antara berikut merupakan sumbangan Khulafa’ al-Rasyidin dalam pembinaan tamadun Islam?
i. Membentuk pemerintahan berpusat ii. Mengumpulkan dan membukukan al-Quran iii. Menghantar misi dakwah ke negara luar iv. Pembukaan wilayah Islam hingga Afrika
Utara A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv
51 Ciri keistimewaan tamadun Islam ialah sifat keterbukaannya kepada tamadun lain.
Bagaimanakah reaksi tamadun Islam menerima nilai tamadun luar? (2009)A Menerima semua nilai tamadun luar dan diserap
masuk ke dalam tamadun IslamB Menerima dengan saringan dan tapisan syariat
sebelum dikembangkan dalam tamadun IslamC Mengambil unsur tamadun luar yang bersifat
material ke dalam tamadun Islam
5
D Membangunkan semula tamadun luar dengan memperbaiki teknologi yang sedia ada
52 Apakah sistem pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin yang dipinda oleh kerajaan Bani Umaiyah?
A. Kadar zakat B. Pemilihan khalifah C. Pendidikan formal D. Keadilan perundangan
53 Manakah faktor-faktor berikut yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan budaya keintelektualan di Andalus?
i. Gesaan daripada ajaran Islam ii. Galakan daripada pemerintah iii. Kehadiran masyarakat majmuk iv. Andalus merupakan tamadun yang terawal
di Eropah A. i dan ii B. i, ii dan iii C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv
54 Dimanakah terletaknya pusat penterjemahan dan perkembangan ilmu sains yang terpenting pada abad ke 11 masihi di Andalus?
A. Toledo B. Palermo C. Seville D. Granada
55 Manakah antara berikut langkah UTAMA perlu diambil oleh umat Islam dalam memastikan kelangsungan tamadun Melayu Islam?
A. Memantapkan iman dan menguasai ilmu B. Mempertahankan adat dan membela warisan C. Mendominasi politik dan menguasai kekayaan D. Menguasai ekonomi dan menerima modenisasi
56 Berikut adalah antara langkah yang diambil Rasulullah s.a.w bagi memantapkan pentadbiran Islam di Madinah, KECUALI A. Membentuk piagam Madinah yang mengandungi
47 fasal B. Melantik gabenor bagi mentadbir wilayah-
wilayah jauh C. Menubuhkan baitulmal bagi menjaga kebajikan
golongan yang memerlukan D. Mewasiatkan Abu Bakar sebagai pengganti
selepas kewafatan baginda
57 Kesepaduan ilmu merupakan satu konsep yang praktikal dalam usaha melahirkan individu yang berketerampilan dan sempurna. Pilih antara perkara berikut yang berkaitan dengan konsep ini. i. Mengkomersialkan bidang ilmu pengetahuan ii. Menghormati setiap pendidik dan para ilmuan iii. Tidak memisahkan ilmu naqli dan aqli iv. Mengutamakan hierarki keilmuan
A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv
58 Setelah Islam bertapak di Madinah, Rasulullah S.A.W. berusaha membina ekonomi umat Islam yang sebelumnya dimonopoli oleh masyarakat Yahudi dengan mengambil langkah berikut, KECUALI:A Membina pasar untuk orang IslamB Menggalakkan umat Islam menceburi perniagaan
C Menyalurkan bantuan kewangan melalui institusi Baitulmal
D Menguatkuasakan kerja berperaturan bagi membenteras penipuan dan penyelewengan
59. Hal-hal perkahwinan dan perceraian dalam kalangan umat Islam di Malaysia diperuntukkan di bawah enakmen tertentu. Apakah nama enakmen tersebut?
A Enakmen Perkahwinan Islam B Enakmen Acara Keluarga Islam C Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam D Enakmen Perkahwinan dan Perceraian Islam
60 Setelah tamat pengajian, B ingin melamar N sebagai pasangan hidup. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh mereka untuk memenuhi impian tersebut?
i Mengikuti kursus pra perkahwinan ii Mendapat keizinan wali iii Mengisi borang perkahwinan iv Melakukan ujian DNA A i, ii dan iii B i, iii dan iv C i, iii dan iv D Semua di atas
61 Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan. Apakah kesan perundangan melalui peruntukan tersebut?
i Perdana Menteri mestilah Melayu Islam ii Pembiayaan kewangan bagi aktiviti Islam iii Menubuhkan sekolah-sekolah agama iv Penyebaran agama Islam A i, ii dan iii B i, iii dan iv C i, iii dan iv D Semua di atas
62 Penderitaan rakyat di bumi Palestin merupakan sebahagian daripada perancangan gerakan Zionis dan Freemason untuk menguasai dan menghancurkan umat Islam.
Apakah pernyataan BENAR mengenai gerakan tersebut?A Penjajahan pemikiran oleh Barat ke atas umat
IslamB Perluasan pengaruh barat ke Asia TenggaraC Organisasi Yahudi yang berusaha untuk
menguasai duniaD Institusi yang mengkaji hal ehwal Islam dan
ketimuran
63. Kenapakah tamadun Melayu Islam menjadi asas UTAMA ke arah pembinaan Tamadun Malaysia?
A Islam merupakan agama persekutuan B Pengukuhan institusi raja-raja Melayu C Penghayatan kebudayaan warganegara
Malaysia D Pengekalan warisan adat istiadat Melayu
64. Tamadun Islam telah berkembang dengan pesat dan mencapai kecemerlangannya dalam pelbagai bidang. Manakah di antara kerajaan berikut yang menyumbang kepada kecemerlangan tersebut?
i Kerajaan Abbasiyyah ii Kerajaan Umaiyyah iii Kerajaan Uthmaniyyah
6
iv Kerajaan Qadisiyyah A i, ii dan iii B i, ii dan iv
C ii, iii dan iv D Semua di atas
65 Islam meletakkan asas yang kukuh dalam pembinaan tamadun Melayu di Nusantara. Apakah asas-asas tersebut?
i Akidah ii Musyarakah iii Akhlak iv llmu A i, ii dan iii B i, iii dan iv C ii, iii dan iv D Semua di atas
66 Manakah antara kenyataan berikut BUKAN sumbangan tamadun Melayu dalam proses pembinaan tamadun Malaysia?A Menjadikan Islam sebagai asas sistem
perundangan MalaysiaB Menjadikan Islam sebagai agama persekutuanC Memartabatkan sistem tulisan jawi dalam sistem
pendidikanD Mendaulatkan kedudukan sultan di negeri-negeri
Melayu
67 Apakah hikmah perkahwinan menurut kaca mata Islam?i Mewujudkan kesinambungan penghidupan di
atas muka bumiii Memelihara zuriat keturunan dan kehormatan
diriiii Mewujudkan institusi keluarga dan masyarakat
yang teraturiv Mewujudkan jalinan hubungan kekeluargaan dan
persaudaraan A i, ii dan iii B i, iii dan iv C ii, iii dan iv D Semua di atas
68. Islam menggariskan asas-asas hubungan sosial yang realistik bagi membina kehidupan bermasyarakat yang harmoni. Manakah di antara berikut BUKAN menjadi asas kepada pernyataan di atas?
A Tajassus B Ta’aruf C Tafahum D Ta’awun
69 Pengantarabangsaan, kebebasan ekonomi, persejagatan, pemodenan dan dunia tanpa sempadan merupakan satu fenomena baru yang berlaku masa kini. Apakah proses yang dapat dikaitkan dengan fenomena tersebut?
A Liberalisasi B Modenisasi C Globalisasi D Interaksi
70 Berikut adalah usaha yang terbaik perlu diambil untuk keluar daripada pelbagai masalah yang melingkari seluruh struktur dunia Islam KECUALI:A Membentuk masyarakat Islam sejati yang hidup
berpaksikan iman dan takwaB Memahami dan membudayakan orientasi masa
depan sebagai ciri masyarakat yang berdaya majuC Mengguna segala kekuatan material dan fizikal
untuk menghadapi tekanan dan hegemoni barat ke atas dunia Islam
D Mewujudkan organisasi yang bertanggungjawab menggerakkan semua bidang yang berpotensi bagi menjayakan rancangan pembangunan sosioekonomi dunia Islam.
71. Manakah antara berikut merupakan faktor pendorong penerimaan Islam oleh masyarakat Eropah di Andalus?i Keistimewaan ajaran Islamii Pengalaman pahit masyarakat Eropah sebelum
kedatangan Islamiii Paksaan yang dikenakan oleh pemerintah Islamiv Keadilan pemerintah Islam
A i, ii dan iii B i, ii dan iv C ii, iii dan iv D Semua di atas
72 Globalisasi membawa pelbagai kesan kepada dunia Islam. Berikut merupakan kesan globalisasi kepada dunia Islam KECUALI:A Berakhirnya imperialisme BaratB Campurtangan kuasa besar terhadap krisis
dalaman negara kecilC Menggugat kebangkitan sistem politik IslamD Keadaan negara kecil semakin tidak stabil
73. Globalisasi telah menyebabkan munculnya pluralisme agama yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Apakah yang dimaksudkan dengan pluralisme tersebut?
A Semua agama adalah sama B Semua agama mengajak kebenaran C Semua agama menentang kezaliman D Semua agama percaya adanya tuhan
74 Cabaran terbesar dihadapi oleh umat Islam sekarang ialah berlakunya perpecahan sesama mereka. Apakah sebab yang membawa kepada perpecahan tersebut?
i Kecetekan ilmu pengetahuan ii Kelemahan akidah iii Campurtangan kuasa luar iv Kenaikan harga barang A i dan ii B i, ii dan iii C iii dan iv D Semua di atas
75 Makhdum Sheikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar dan Qadi Yusuf adalah antara tokoh-tokoh yang mendapat pengiktirafan yang tinggi di Melaka. Apakah bidang yang disumbangkan oleh mereka?
A llmu pengetahuan B Perundangan C Kesenian D Kesusasteraan
76 Ketika Andalus menjadi sebahagian dari dunia Islam, golongan berikut merupakan mereka yang berperanan besar menyebarkan nilai-nilai Islam ke Barat, KECUALI:
A Masyarakat Kristian Andalus B Pedagang-pedagang C Para pelajar Kristian Eropah D Masyarakat Yahudi Andalus
77 Kejatuhan Khilafah Islamiyyah di Turki berkait rapat dengan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh Barat. Apakah kesan dasar tersebut?i Umat Islam telah lemah dari segi kebendaan dan
moralii Kesatuan umat Islam semakin utuh dan berpaduiii Umat Islam berusaha membebaskan diri dari
kemelut iniiv Peluang kuasa Barat untuk menjajah bumi Islam
7
A i, ii dan iii B i, ii dan iv C i, iii dan iv D Semua di atas
78. Manakah antara pernyataan berikut BENAR berkaitan dengan perpaduan dunia Islam?i Umat Islam mesti teguh keimanan dan ketakwaanii Gagal membangunkan masyarakat, negara dan
ekonomiiii Campurtangan kuasa Barat dalam hal ehwal
negara Islamiv Wujudnya kekuatan politik, ekonomi dan sosial
dalam kalangan mereka A i ,ii dan iii B i, ii dan iv C i dan iv D ii, iii dan iv
79. Setelah tertubuhnya Bank Islam Malaysia Bhd. Dalam tahun 1983, sistem kewangan Islam berkembang dengan pesatnya dalam kegiatan ekonomi di Malaysia. Manakah di antara institusi kewangan berikut beroperasi berlandaskan syariat Islam sepenuhnya?
i Maybank ii Bank Rakyat iii RHB Bank iv Bank Muamalat A i dan ii B i dan iii C ii dan iv D iii dan iv
80. Sistem perundangan di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu sivil dan syariah. Manakah kes berikut yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah?
i Mencuri ii Berkhalwat iii Ajaran Sesat iv Perceraian A i, ii dan iii B i, iii dan iv C i, iii dan iv D Semua di atas
81. Manakah antara berikut yang menjadi keutamaan dalam pembinaan tamadun barat?A Mengutamakan aspek kemanusiaanB Mementingkan aspek keadilan dan kesempurnaanC Memfokuskan pembangunan lahiriah dan
kerohanianD Menekankan pembangunan lahiriah dan
kebendaan
82. Berikut adalah unsur yang berkaitan dengan pembinaan awal sesebuah tamadun KECUALI:
A Tulisan B Fotografi C Perbandaran D Sungai dan laut
83. Apakah judul buku yang dihasilkan oleh Ibn Khaldun yang mengaitkan istilah tamadun sebagai umran?
A Al-Mauduk B Al-lmtihan C Al-Muqaddimah D Al-Mamluk
84. Manakah pernyataan yang BENAR mengenai Kerajaan Abbasiyyah.i Zaman perkembangan kebudayaan, keilmuan,
kegiatan ekonomi dan politikii Pemerintah zaman ini amat menggalakkan
perkembangan ilmu pengetahuaniii Wujud kegiatan penterjemahan bersistematik
karya Yunani, Parsi dan India
iv Kerajaan ini berakhir akibat serangan Hulagu Khan, Panglima Tentera Mongol
A i, ii dan iii B i, iii dan ivC ii, iii dan iv D Semua di atas
85. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai
Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” (al-Anbiya’:107)
Manakah di antara kenyataan berikut menepati maksud ayat di atas?A Tamadun Islam bercirikan rabbaniB Tamadun Islam mementingkan keseimbangan
antara kerohanian dan kebendaanC Tamadun Islam bersifat universal, sesuai untuk
semua tanpa mengira bangsaD Tamadun Islam bersifat ideal dan realistik
86. Apakah elemen penting yang menggambarkan kualiti kehidupan manusia yang bertamadun menurut perspektif Islam?A Berakidah, beramal dan beretikaB Bertawakal dan memiliki keilmuan yang tinggiC Mempunyai kepercayaaan dan mematuhi syariatD Beriman, mematuhi syariat dan berakhlak mulia
87. Pilih pernyataan yang SALAH mengenai interaksi antara tamadun.A Interaksi antara tamadun mewujudkan pelbagai
budayaB Semua tamadun di dunia ini adalah bersifat benar
dan baikC Agama dan akhlak adalah unsur universal dalam
tamadunD Interaksi kreatif antara tamadun telah
memperkasakan sesebuah tamadun
88. Manakah antara berikut merupakan faktor-faktor yang membawa keruntuhan sesebuah tamadun?i Lemahnya pengaruh agamaii Kezaliman berleluasaiii Kemewahan hidupiv Lunturnya penghayatan terhadap nilai-nilai
murni A i dan ii B i, ii dan iii C i, ii dan iv D Semua di atas
89. Berikut adalah tokoh-tokoh ulama Melayu yang tersohor KECUALI:
A Nasiruddin al-Tusi B Syeikh Daud Patani C Shamsuddin al-Sumatrani D Abdul Rauf al-Singkeli
90 Manakah antara berikut merupakan hasil-hasil karya yang ditulis oleh ulama dalam sejarah tamadun Islam di Alam Melayu
A Al-Umm B Al-Qanun fi al-Tibb C Taj al-Salatin D Ihya Ulumuddin
91 Semasa proses dakwah di Mekah, Rasulullah S.A.W telah menekankan banyak perkara mengenai ajaran
8
Islam KECUALI:A Membela nasib kaum wanitaB Membersihkan diri daripada kepercayaan karutC Membentuk akhlak yang terpujiD Meningkatkan amalan kerohanian dengan
berpuasa
92 Manakah faktor-faktor berikut yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan budaya keintelektualan di Andalus?i Gesaan daripada ajaran Islamii Galakan daripada pemerintahiii Kehadiran masyarakat majmukiv Andalus merupakan tamadun yang terawal di
Eropah A i dan ii B i , ii dan iii C ii, iii dan iv D Semua di atas
93 Manakah pernyataan yang SALAH mengenai Perlembagaan Madinah?A Perlembagaan bertulis kedua dalam tamadun
duniaB Dikenali sebagai Sahifah al-MadinahC Terbahagi kepada dua fasal iaitu hubungan
Muslim sesama Muslim dan Muslim dengan non-Muslim
D Perlembagaan ini memperuntukkan mengenai bidang kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman
94 Di manakah terletaknya pusat penterjemahan dan perkembangan ilmu sains yang terpenting pada abad ke 11 Masihi di Andalus:
A Toledo B Palermo C Seville D Granada
95 Manakah di antara berikut BUKAN faktor yang menyebabkan tamadun Islam kekal sehingga kini?
A Jaminan daripada Allah S.W.T B Sumber kekayaan yang melimpah C Mempunyai sumber rujukan yang kukuh D Sesuai dengan fitrah manusia
96 Apakah rasional kerajaan Malaysia memperkenalkan Manhaj Islam Hadhari kepada masyarakat Malaysia?
i Keruntuhan akhlak ii Perpecahan umat Islam iii Menghidupkan budaya asli Melayu iv Umat Islam hilang jati diri dan identiti Islam A i, ii dan iii B i, ii dan iv C i, iii dan iv D Semua di atas
97 Tauhid merupakan asas penting dalam pembinaan tamadun Islam. Apakah bukti yang menyokong kenyataan tersebut?A la merupakan asas dalam memberikan identiti
kepada semua tamadunB Perubahan kemajuan berteraskan tauhid
merupakan perubahan jitu dan hakikiC Tauhid memberi kebebasan berfikir secara mutlak
kepada setiap individuD la membolehkan individu mengabdikan diri hanya
kepada tuhan
98 Apakah pendekatan yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam bagi mempertingkatkan mutu kehidupan di dunia dan akhirat?
i Penguasaan ilmu pengetahuan ii Pembinaan sahsiah insaniah iii Memahami Islam secara liberal iv Pembangunan material yang murni A i dan ii B i, ii dan iii C i, ii dan iv D Semua di atas
99 Gelombang globalisasi yang melanda umat Islam hari ini mencetuskan pelbagai kesan terhadap dunia Islam. Manakah antara pernyataan berikut merupakan kesan buruk globalisasi?i Nilai kemanusiaan semakin terhakisii Negara besar menindas negara yang kecil dan
munduriii Alat komunikasi dan perhubungan semakin
canggihiv Urusan perdagangan menjadi semakin mudah
dan cepatA i dan ii B ii dan iiiC iii dan iv D Semua di atas
100 Namakan gerakan antarabangsa yang mempunyai muslihat untuk merosak dan meruntuhkan institusi politik, ekonomi dan sosial negara-negara Islam
i Zionis ii Liberalis iii Kapitalis iv Freemasion A i dan ii B i dan iv C i, ii dan iii D Semua di atas
BAHAGIAN BSOALAN 1 Sejarah perkembangan tamadun menunjukkan
berlakunya asimilasi secara berterusan antara pelbagai budaya dan adakalanya menghilangkan identiti asal budaya sesetengah tamadun.
Berdasarkan peryataan di atas, huraikan:a) EMPAT (4) ciri universal sesebuah tamadun. (10markah)b) EMPAT (4) faktor yang mewujudkan interaksi antara
tamadun. (10markah)
SOALAN 2 Islam Hadhari memberi penekanan kepada pembangunan
sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.
Berdasarkan peryataan tersebut, bincangkan:a) EMPAT (4) prinsip Islam Hadhari. (10markah)b) EMPAT (4) langkah untuk merealisasikan manhaj Islam
Hadhari. (10markah)
SOALAN 3 Prof. S. M. Naquib al-Attas menegaskan bahawa
kedatangan Islam telah melahirkan zaman baru di Alam Melayu.
Berdasarkan pendapat tersebut, bincangkan:
9
a) TIGA (3) teori kedatangan Islam di Alam Melayu. (10markah)b) TIGA (3) elemen yang menunjukkan tamadun Melayu
menjadi asas kepada pembinaan tamadun Malaysia.
(10markah)SOALAN 1 Tamadun Islam merupakan hasil daripada kefahaman
dan penghayatann umatnya terhadap seluruh ajaran Islam. Ia merupakan sifat khusus yang istimewa dalam mengharungi perkembangan zaman”
(a) Huraikan TIGA (3) matlamat tamadun Islam (9 markah)
(b) Huraikan TIGA (3) ciri khusus tamadun Islam (6 markah)
SOALAN 3 Pembukaan Andalus oleh umat Islam merupakan
lembaran baru dalam kehidupan masyarakat Eropah terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan: (a) TIGA (3) faktor pendorong kejayaan umat Islam dalam
bidang sains dan teknologi (7.5 markah) (b) TIGA (3) pengaruh Islam dalam perkembangan
peradaban dunia (7.5 markah)
SOALAN 4 Peradaban Islam dibina dan ditegakkan atas
kecemerlangan ilmu pengetahuan yang mengintegrasikan ilmu keagamaan dengan ilmu sains dan teknologi yang gemilang.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan: (a) TIGA (3) sumber bukan wahyu dalam keilmuan Islam
(9 markah)(b) DUA (2) klasifikasi ilmu Islam
(6 Markah)
SOALAN 5 Kedatangan Islam ke Andalus berjaya menjadikan
Andalus sebagai pusat kegiatan keilmuan di benua Eropah dan menyaingi keunggulan kota Baghdad sebagai kota kegiatan ilmu atau intelektual di sebelah Timur.
Huraikan: (a) TIGA (3) faktor yang mempengaruhi perkembangan
ilmu di Andalus (9 markah)
(b) DUA (2) sumbangan kerajaan Bani Umayyah di Andalus.
(6 markah)
SOALAN 6 Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah menjadikan
Alam Melayu sebahagian daripada dunia Islam. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan perkara-
perkara berikut: (a) DUA (2) kesan pengaruh Islam di Alam Melayu
(6 markah) (b) TIGA (3) pengaruh tamadun Islam dalam pembinaan
tamadun Malaysia (9 markah)
SOALAN 1 Kedatangan Islam telah memberi impak yang besar
kepada pembinaan tamadun di Nusantara dalam pelbagai aspek.
Berdasarkan pemyataan di atas, huraikan:a) EMPAT (4) pengaruh Islam di Nusantara.
(10 markah)b) EMPAT (4) hujah Islam menjadi teras dalam pembinaan
tamadun Malaysia. (10 markah)
SOALAN 2 Pencerobohan tentera Amerika ke atas Iraq memberi
alasan yang kukuh perlunya perpaduan dan kesatuan dalam kalangan umat Islam bagi menghadapi cabaran dan tekanan kuasa Barat.
Berdasarkan pemyataan di atas, bincangkan perkara-perkara berikut:
a) EMPAT (4) kepentingan perpaduan dalam dunia Islam.
(10 markah)b) EMPAT (4) halangan yang wujud dalam perpaduan
dunia Islam. (10 markah)
SOALAN 3 Kedatangan Islam ke Andalus berjaya menjadikan ia
sebagai pusat kegiatan intelektual yang unggul di Eropah serta mampu menyaingi keunggulan kota Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual di timur. Berdasarkan pemyataan di atas, bincangkan:
a) EMPAT (4) faktor yang mempengaruhi perkembangan ilmu di Andalus.
(10 markah)b) EMPAT (4) faktor pengaliran ilmu Islam ke Eropah. (10 markah)