Post on 26-Dec-2015
description
6.0 DAPATAN : ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Bagi memastikan kajian yang telah dijalankan ini menepati objektif dan soalan kajian,
pengkaji telah menjalankan dua kaedah pengumpulan data yang sesuai bagi mengumpul data
kajian yang diperlukan iaitu ujian pra dan pasca serta soal selidik.
6.1 Ujian Pra
6.1.1 Adakah penggunaan teknik nyanyian “Meloria” dapat meningkatkan daya
ingatan murid tahun 5 terhadap perkara-perkara Sunat Ab’adh?
6.1.2 Sejauh manakah tahap keberkesanan teknik nyanyian “Meloria” dalam
meningkatkan ingatan murid terhadap perkara-perkara Sunat Ab’ad?
Sesi ujian pra ini bertujuan untuk menguji tahap ingatan murid terhadap perkara-perkara
sunat Ab’adh sebelum proses intervensi dijalankan ke atas mereka. Murid-murid dikehendaki
untuk menulis kesemua lapan perkara sunat Ab’adh yang mereka mampu ingat. Data yang
diperoleh daripada ujian pra ini dimasukkan ke dalam jadual serta ditukarkan ke dalam bentuk
peratus. Peratus tersebut kemudian dirujuk kepada gred pemarkahan yang telah diubahsuai
daripada Skema Pemarkahan Analitik (Sila rujuk Lampiran , Jadual X : Skor Pemarkahan
Analitik). Menurut Maznah (2006), skema pemarkahan analitik bertujuan untuk menentukan
keberkesanan penggunaan sesatu kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran melalui peratusan
(Lew Moi Mooi (Ed.), 2013). Oleh itu, pengkaji akan menggunakan skema pemarkahan analitik
dalam kajian ini untuk menentukan tahap pencapaian murid sama ada cemerlang, sederhana,
lemah atau sangat lemah.
Selepas itu, pengkaji telah memasukkan data daripada ujian pra yang telah ditanda ke
dalam Jadual Y dan ditukarkan ke dalam bentuk peratus. Hasil daripada peratus yang
diperoleh, gred dan pencapaian responden dinyatakan . Berikut adalah analisis data bagi ujian
pra.
RESPONDEN UJIAN PRA (%) GRED PENCAPAIAN
Murid A 40 C Lemah
Murid B 50 C Lemah
Murid C 20 D Sangat Lemah
Murid D 40 C Lemah
Murid E 40 C
Lemah Murid F 60 B
Sederhana Murid G 40 C
Lemah Murid H 30 D
Sangat Lemah Murid I 40
C Lemah
Berdasarkan jadual di atas, murid A, D, E, G, dan I mendapat markah 40% dengan gred
C. Oleh itu, pencapaian mereka dikategorikan sebagai lemah. Murid B juga dikategorikan lemah
kerana hanya mendapat 50% dengan gred C. Manakala murid C dan H pula masing-masing
mendapat 20% dan 30% sahaja dengan gred pencapaian D. Jadi, mereka dikategorikan sebagai
sangat lemah. Hanya murid F yang mendapat markah lebih daripada 50% iaitu murid F dengan
markah yang diperolehi sebanyak 60% dengan gred B. Murid F dikategorikan sebagai sederhana.
Keseluruhannya, hanya seorang sahaja responden yang mendapat gred B dalam ujian pra
iaitu markah di antara 60% ke 70%. Pencapaian tersebut dikategorikan sebagai sederhana. Di
samping itu terdapat 6 orang murid yang mendapat gred yang sama iaitu gred C dengan
pencapaian yang lemah. Manakala dua orang murid mendapat gred paling rendah iaitu gred D
dan pencapaiannya dikategorikan sebagai sangat lemah.
6.2 Ujian Pasca
Set ujian pasca diberikan kepada responden-responden setelah intervensi dijalankan ke
atas mereka. Soalan ujian yang diberikan sedikit berbeza dengan ujian pra, tetapi mempunyai isi
kandungan yang sama. Ujian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan aktiviti dan penggunaan
intervensi yang dijalankan.
RESPONDEN UJIAN PASCA (%) GRED PENCAPAIAN
Murid A 90 A Cemerlang
Murid B 90 A Cemerlang
Murid C 80 B
Cemerlang Murid D 90 A
Cemerlang Murid E 90 A
Cemerlang Murid F 100
A Cemerlang Murid G 90
A Cemerlang Murid H 70
B Sederhana Murid I
100 A Cemerlang
Berdasarkan Jadual, murid A, B, C, D, E, dan G berjaya mendapat pencapaian yang
cemerlang dengan markah 90% iaitu gred A. Terdapat juga murid yang mendapat pencapaian
cemerlang dengan markah 100% iaitu murid F dan murid I. Meskipun begitu, terdapat juga
murid yang mendapat pencapaian sederhana iaitu gred B dengan markah 70% iaitu murid H.
Kesimpulannya, terdapat seramai 8 orang yang mendapat pencapaian yang cemerlang
iaitu gred A dengan markah lingkungan 80% ke 100%. Ia adalah satu pencapaian yang amat
memberangsangkan. Namun begitu, terdapat seorang murid yang masih di tahap pencapaian
sederhana dengan markah 70%. Mungkin kerana faktor masa pelaksanaan yang agak singkat.
Namun begitu, jika murid ini menggunakan aplikasi intervensi dengan lebih kerap mungkin
boleh mencapai ke tahap cemerlang.
6.3 Perbandingan Peratusan Markah Ujian Pra dan Pasca
Bagi melihat dengan lebih teliti lagi mengenai kebolehan responden mengingati perkara
sunat Ab’adh, perbandingan keputusan Ujian Pra dan Pasca dipaparkan dalam Jadual H seperti di
bawah. Untuk memudahkan proses menganalisis data, perbandingan kedua-dua keputusan ujian
juga turut diterjemahkan dalam bentuk graf palang yang berasingan.Pengkaji juga telah membuat
rumusan dan huraian dalam bentuk teks berdasarkan hasil kajian.
RESPONDEN UJIAN PRA (%) UJIAN PASCA (%) NILAI PENINGKATAN (%)
Murid A 40 90 50
Murid B 50 90 40
Murid C 20 80 60
Murid D 40 90 50
Murid E 40 90 50
Murid F 60 100 40
Murid G 40 90 50
Murid H 30 70 40
Murid I 40 100 60
MURID A
MURID B
MURID C
MURID D
MURID E
MURID F
MURID G
MURID H
MURID I
0
20
40
60
80
100
120
UJIAN PRAUJIAN PASCA
Berdasarkan Jadual , murid A,D,E dan G telah mendapat markah sebanyak 40% dalam
ujian pra manakala dalam ujian pasca mereka telah mendapat markah sebanyak 90%. Ini
bermakna mereka semua telah menunjukkan peningkatan sebanyak 50%. Murid C pula hanya
mendapat markah 20% pada ujian pra dan telah melonjak ke 80% pada ujian pasca. Beliau telah
mencapai peningkatan yang paling tinggi iaitu sebanyak 60%.
Sementara itu, murid B memperoleh markah 50% dalam ujian pra manakala pada ujian
pasca beliau telah mendapat 90% markah. Murid F pula pada ujian pra mendapat 60% dan pada
ujian pasca beliau mendapat 100% markah. Seterusnya ialah murid H,mendapat markah
sebanyak 30% pada ujian pra dan pada ujian pasca beliau mendapat markah sebanyak 70%.
Walaupun markah ketiga-tiga orang murid ini iaitu murid B,F dan H berlainan semasa ujian pra
dan pasca, namun peningkatan peratus markah yang ditunjukkan oleh mereka adalah sama
selepas intervensi dijalankan iaitu sebanyak 40% markah. Murid I pula adalah responden yang
mendapat markah peningkatan yang tertinggi, sama dengan murid C iaitu sebanyak 60%. Murid
I pada ujian pra mendapat 40% markah, namun selepas intervensi dan ujian pasca dijalankan
beliau mendapat markah yang mengagumkan iaitu 100% markah.
Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan data yang telah diberi menunjukkan kesemua
responden telah menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca dengan peningkatan melebihi 30%
ke atas. Selain itu, tiada murid yang mendapat markah kurang daripada 60% pada ujian pasca.
Daripada data ini jelas membuktikan intervensi naynyian “Meloria” yang dijalankan telah
berjaya membantu murid meningkatkan keupayaan mereka mengingat perkara-perkara sunat
Ab’ad dengan baik. Keputusan ini juga telah berjaya menjawab persoalan kajian yang ketiga,
bahawa intervensi ini merupakan kaedah yang amat berkesan dalam meningkatkan ingatan murid
terhadap perkara-perkara sunat Ab’ad secara keseluruhannya.