DARAH DAN SISTEM PEREDARAN DARAH (PPT.97-2003).ppt

Post on 26-Oct-2015

98 views 16 download

description

Anatomi

Transcript of DARAH DAN SISTEM PEREDARAN DARAH (PPT.97-2003).ppt

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM 3106

PENSYARAH PENILAI

ENCIK ROSLEY BIN ABDULLAH

PISMP SEM 2 PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JANUARI 2011

NAMA AHLI KUMPULAN:

MOTHY MAJITOL

MOHD KHAIRUL NAZRIN BIN NORDIN

DARAH &

SISTEM PEREDARAN DARAH

DARAH

PENGENALAN KEPADA DARAH

PLAY…..PLAY…..PLAY…..

PENGENALAN KEPADA DARAH

• Darah merupakan satu tisu unik

• Mempunyai ciri-ciri tertentu dan merupakan satu medium pengangkut oksigen ke seluruh tubuh.

• Berfungsi untuk membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kuman.

• Mengandungi sistem imunisasi bertujuan mempertahankan diri dari jangkitan kuman

SAMBUNGAN…

• Darah manusia berwarna merah.

• Darah menjadi merah terang apabila membawa oksigen kepada menjadi merah tua apabila tiada oksigen.

• Warnanya disebabkan oleh kandungan hemoglobin di dalam darah atau dikenali sebagai protein pernafasan, tempat di mana oksigen bergabung.

SAMBUNGAN…

• Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung.

• Darah akan melalui paru-paru untuk dioksigenkan dan disalurkan ke seluruh tubuh melalui salur arteri.

• Darah mengedarkan oksigen ke seluruh badan melalui halus darah yang dipanggil kapillari.

• Darah kemudian kembali ke jantung melalui vein.• Kitaran ini berulang-ulang.

SAMBUNGAN…

• Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.

FUNGSI DARAH

RINGKASAN FUNGSI DARAH

• Bertindak sebagai sistem pengangkutan dari tubuh, menghantar semua bahan kimia, oksigen dan nutrien (khasiat) yang diperlukan untuk tubuh supaya fungsi normalnya dapat dipenuhi dan menyingkirkan karbon dioksida serta hasil buangan yang lain.

• Sel darah merah menghantar oksigen ke tisu dan menyingkirkan sebahagian karbon dioksida.

• Sel darah putih menyediakan banyak bahan perlindungan dan kerana tindakan fogositotik oleh beberapa sel, dapa melindungi tunbuh dari sebarang serangan bakteria.

SAMBUNGAN…

• Rembesan dalaman dalaman, hormon dan enzim dihantarkan dari organ ke organ dengan perantaraan darah.

• Plasma berfungsi mengagihkan protein untuk pembentukkan tisu menyegarkan cecair tisu kerana melalui cecair ini semua sel tubuh menerima makanannya dan merupakan kenderaan untuk mengangkut bahan buangan ke pelbagai organ rembesan untuk dibuang.

KOMPOSISI DARAH

KOMPOSISI DARAH

• Plasma = 55 %• Sel darah merah = 45 %• Sel darah putih = 0.1 %• Platelets = 0.17 %

SAMBUNGAN…

• Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel yang membentuk 45% bahagian daripada darah.

• 55% yang lain adalah plasma darah cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah.

KORSPUSKEL DARAH

SEL DARAH MERAH

• Sel darah merah atau eritsit ( sekitara 99%) tidak mempunyai nukleus dan organelle.

• Sel darah merah mengandungi hemoglobin dan berfungsi untuk mengedarkan oksigen.

• Terdapat lebih kurang lima juta jumlah eritsit untuk setiap milimeter padu eritsit.

• Berbentuk dwicekung dan saiz tetap• Berasal daripada tulang sum-sum.

SEL DARAH PUTIH

• Sel darah putih atau leukosit (0.2%) merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi dan berfungsi melawan agen jangkitan.

• Mempunyai nukleus dan tidak mempunyai bentuk tetap dan berhemoglobin.

• Terdapat lebih kuran 8000 jumlah seldarah putih untuk setiap milimeter padu sel darah putih.

PLATLET

• Platlet atau thrombokytes (0.6 - 1.0%) bertanggungjawab untuk pembekuan darah.

• Terdiri daripada serpihan kecil.

• Terbentuk daripada sitoplasma sel besar (megakariosit).

• Berasal daripada sum-sum tulang.

• Terdapat lebi kurang 2.5 juta jumlah Platlet untuk setiap milimeter padu Platlet.

PLASMA DARAH

PLASMA DARAH

• Salah satu jirim yang mempunyai zarah bercas bertenaga yang bertindakbalas dengan daya elektromagnet.

• Sejenis cecair tidak berwarna yang merupakan sebahagian daripada darah yang mengandungi fibrinogen yang membantu dalam pembekuan darah.

SAMBUNGAN…

• Turut mengandungi Serum yang mengandungi

• air

• pelbagai jenis protein

• glukosa

• lipid

• garam

• vitamin

• enzim dan hormon.

• Juga terdapat immonoglobin (antibodi) yang bertindak balas terhadap sebarang serangan benda asing seperti bakteria dan virus.

BENTUK ELEMEN DARAH

BENTUK ELEMEN SEL DARAH MERAH

• Eritrosit dikenali sebagai sel darah merah.

• Bentuk cakera dwi-cengkung (diameter 8µm & tebal 2µm).

• Berfungsi sbg pengangkut O2&CO2. • Hemoglobin – pigmen yg mengangkut O2 dan CO2

Merah terang bila bercampur O2. Merah gelap bila bercampur CO2.

BENTUK ELEMEN SEL DARAH PUTIH

• Leukosit dikenali sebagai sel darah putih.

• Tidak berwarna.

• Bernukleus & mempunyai saiz yg lebih besar drp eritrosit.

• Setiap 700 eritrosit, terdapat 1 leukositt.

• Terbahagi kepada dua iaitu :

• Granulosit

• Agranulosit.

GRANULOSIT

• Sitoplasma bergranul

• Mempunyai nukleus bercuping

AGRANULOSIT

• Sitoplasma tidak bergranul.

• Nukleus besar

Limposit 25%

Monosit 6%

SISTEM HOMEOSTASIS

SISTEM HOMEOSTASI

- Mengawal haba tubuh dengan mengangkut haba ke kulit dan bahagian-bahagian lain badan untuk dibuang.

- Plasma darah memelihara keseimbangan tekanan osmosis dalam dan luar sel serta memelihara kestabilan ph.

JENIS KUMPULAN DARAH

JENIS KUMPUALN DARAH

• Darah manusia terdiri daipada 4 jenis iaitu :-

a) Darah O

b) Darah A

c) Darah B

d) Darah AB

DARAH O

• Merupakan kumpulan darah yang tidak mempunyai sebarang antigen tetapi mempunyai antibodi di dalam darah

• Darah jenis O ini hanya boleh menderma kepada semua kumpulan darah (A, B,AB dan O) dan hanya boleh menerima darah jenis O sahaja

DARAH A

• Merupakan kumpulan darah yang mempunyai antigen A dan antibodi B

• Darah jenis ini boleh menerima darah dari jenis A,AB dan O sahaja

• Manakala darah jenis A pula hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis A dan AB sahaja.

DARAH AB

• Darah AB merupakan satu kumpulan darah yang tidak mempunyai antibodi tetapi mempunyai antigen A dan B

• Kumpulan darah AB hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis AB sahaja

• Manakala darah jenis ini pula merupakan penerima universal dimana darah AB boleh menerima darah dari kumpulan darah yang lain.

DARAH B

• Merupakan kumpulan darah yang mempunyai antigen B dan antibodi A

• Darah jenis ini boleh menerima kumpulan darah jenis B,AB dan O sahaja

• Manakala darah dari kumpulan B hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis B dan AB sahaja.

SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA

Struktur dinding saluran darah

Perbandingan arteri dan vena

ANATOMI SALURAN DARAH

STRUKTUR DINDING SALURAN DARAH

• Struktur atau komponen yang terlibat dalam sistem peredaran darah:

• Jantung

• Salur darah

• Kapillari

• arteri

• vena

• Darah

JANTUNG

• Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri.

• Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil septum.

SAMBUNGAN…

• Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu:

• Pericardium (luar)

• Myocardium (tengah)

• Endocardium (dalam)

SAMBUNGAN…

• Jantung mempunyai 4 ruang iaitu:

• 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium

• 2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel

• Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam jantung

ALIRAN DARAH DI DALAM JANTUNG

1. Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan.

2. Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid

SAMBUNGAN…

3. Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru.

4. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru.

5. Seterusnya dalah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri.

6. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri.

SAMBUNGAN…

• Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan.

STRUKTUR DAN FUNGSI SALUR DARAH

• Terdapat 3 jenis salur darah yang utama:

1. Arteri

2. Vena

3. Kapilari

ARTERI

• Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan.

• Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung

• Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol

• Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.

VENA

• Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan.

• Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.

• Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.

SAMBUNGAN…

• Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya.

• Vena yang terkencil sekali dinamakan venul

• Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

KAPILLARI

• Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali.

• Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul.

• Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.

• Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

Tekanan Darah

Rintangan

Tekanan Peredaran Darah

FISIOLOGI PEREDARAN DARAH

TEKANAN DARAH

• Tekanan darah paling tinggi ditemui pada aorta semasa sistol ventrikal iaitu kira-kira 160 mm Hg.

• Tekanan darah dalam vena paling rendah iaitu mencapai 0 mm Hg.

• Tekanan darah dalam kapillari adalah kira-kira 40 mm Hg.

• Tekanan darahh normal diukur pada arteri bahu( lengan kanan atau kiri) menggunakan alat sphymomanometer.

• Lokasi pengukuran dipilih kerana ia merupakan bahagian tubuh terhampir dengan jantung.

• Bacaan normal tekanan darah manusia ialah 120/80 mm Hg di mana 129 mm Hg mewakilli tekanan darah sewaktu sistol ventrikal manakala 80 mm hg bacaan diastol ventrikal.

RINTANGAN

• Arteri berfungsi sebagai paip kenyal rintangan rendah yang mengambil darah dari jantung ke arteriol di dalam pelbagai tisu.

• Fungsi pelicinan sistem arteri disebabkan gabungan kesan muatan salur kenyal dan rintangan terhadap aliran yang diberikan oleh rintangan arteriol.

• Ateri, arteriol dan vena mempunyai 3 salut:

• lapisan licin.

• Lapisan tengah mengandungi pelbagai amaun sel otot licin dan tisu kenyal

• Satu lapisan luar tisu perantara.

SAMBUNGAN…

• Lapisan licin mengurangkan rintangan terhadapat aliran darah, tisu kenyal dan memberikan salur suatu fungsi simpanan, otot mengawal atur saiz dan salut luar tisu perantaraan mencegah pengembungan lampau dan juga salur kepada tisu di sekeliling.

• Rintangan periferi dikeluarkan oleh geseran darah yang mengalir dalam pembuluh. Rintangan utama darah dalam peredaran sistemik juga berada dalam arteriol dan turun tekanan terbesar terjadi pada tempat ini.

• Arteriol juga melancarkan denyutan yang keluar dari tekanan darah sehingga denyutan tidak kelihatan dalam kapillari dan vena.

TEKANAN PEREDARAN DARAH

Autoregulasi Airan Darah

Kawalan Neural ke atas Tekanan dan Aliran Darah

Hormon dan Regulasi Kardiovaskular

REGULASI KARDIOVASKULAR

AUTOREGULASI ALIRAN DARAH

• Setiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai kitar kardiak.

• Ia terbahagi kepada tiga bahagian :

• Sistol atrium

• Sistol ventrikel

• Diastol kardiak

• Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua atrium, sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel, manakal diastol kardiak pula merupakan pengenduran keseluruhan otot-otot jantung.

SAMBUNGAN…

KAWALAN NEUTRAL KE ATAS TEKANAN DAN ALIRAN DARAH

• Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan keperluan untuk mengenakan tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh.

• Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu, makan itu ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat.

• Kawalan ini juga adalah penting kerana dua sebab iaitu:

• Kapilari peparu adalah lemah tekanan tinggi akan merosakkannya.

• Aliran darah yang perlahan adalah diperlukan untuk pertukaran gas antara darah dan peparu.

HORMON DAN REGULASI KARDIOVASKULAR

• Sistem kardiovaskular dikawal oleh sistem saraf. Melalui regulasi sistem saraf terhadap sistem kardiovaskular, tubuh badan akan mendapat output kardium yang sesuai dengan permintaan tubuh.

• Tekanan darah tetap dikekalkan walaupun terdapat variasi besar permintaan oleh tisu.

Senaman dan sistem kardiovaskular

POLA TINDAKBALAS KARDIOVASKULAR

SENAMAN DAN SISTEM KARDIOVASKULAR

• Kesan senaman ke atas sistem kadiovaskular:

• Membentu mengekalkan keanjalan arteri.

• Mengekalkan kelancaran aliran darah dan mengawal tekanan darah.

• Elakkan minum minuman berkafeina kerana ia meningkatkan kadar denyutan jantung dan bebanan jantung.

SAMBUNGAN…

• Senaman juga membantu mengurangkan kadar kolesterol menerusi beberapa cara.

• Senaman meningkatkan kandungan kolesterol HDL(kolesterol baik) di dalam darah, sambil mengurangkan kandungan kolesterol LDL(kolesterol jahat yang menyumbat arteri).

• Senaman menggalakkan penurunan dan kawalan berat badan.

• Menguatkan peredaran darah badan, membantu mengeluarkan gumpalan dalam salur darah dan menjadikan jantung yang lebih kuat dan cekap.