Post on 11-Feb-2018
1
DERAF TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SHAZIMAN BIN HJ. ABU MANSOR
MENTERI KERJA RAYA
PADA
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN LEBUHRAYA PERINGKAT KEMENTERIAN KERJA RAYA
SEMPENA TAHUN BARU CINA 2010
LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) 8 FEBRUARI 2010
Y.Bhg. Datuk Thomas George
Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya
Y.Bhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Bin Abd Karim
Ketua Pengarah Kerja Raya
Y.Bhg. Dato’ Syed Jamal Bin Syed Jaafar
Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia
Y.Bhg. Dato’ Ir. Haji Ismail Bin Md. Salleh
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia
Y.Bhg. Datuk Ir. Hamzah Bin Hassan
Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia
(CIDB)
2
Y.Bhg Senior Assistant Commisioner (SAC) II Dato’ Abdul Aziz Yusof
Ketua Pasukan Trafik Polis Di Raja Malaysia
Y. Berusaha Prof. Dr Ahmad Farhan Bin Mohd Sadullah
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Kemalangan Jalan Raya
(MIROS)
Y. Berusaha Encik Neoh Soon Hiong
Ketua Pegawai Eksekutif
Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Pengarah Urusan BESRAYA
(M) Sdn. Bhd dan New Pantai Expressway Sdn Bhd
Dif- dif kehormat
Pegawai-pegawai Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya,
Lembaga Lebuhraya Malaysia dan agensi kerajaan yang lain,
Pengarah-Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat
Konsesi Lebuhraya, wakil–wakil media massa,
Y.Bhg. Dato’–Dato’, Datin–Datin, Tuan-tuan dan Puan-Puan yang
dihormati sekalian.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
1. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T yang telah mengurniakan segala rahmat-Nya hingga kita
semua dapat berkumpul pada pagi ini untuk Majlis Pelancaran
Kempen Keselamatan Lebuhraya Peringkat Kementerian Kerja Raya
3
Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2010. Dengan tema,
“Menggalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam”, insyallah, saya
yakin kempen keselamatan yang akan dilancarkan sebentar lagi
sudah pastinya cukup relevan dengan usaha mempertingkatkan
keselamatan pengguna jalan dan lebuh raya.
Hadirin yang dihormati,
2. Perayaan Tahun Baru Cina 2010 akan disambut dalam masa
beberapa hari sahaja lagi. Sebagaimana lazimnya, perayaan ini
begitu dinanti-nantikan bukan sahaja oleh masyarakat Cina tetapi
juga seluruh masyarakat majmuk Malaysia. Apatah lagi, Rakyat
Malaysia akan bercuti panjang memandangkan cuti umum Perayaan
Tahun Baru Cina kali ini bersambung hingga ke hari Selasa.
3. Masyarakat Tionghua pastinya akan pulang ke kampung bagi
menyambut tahun baru ini bersama ibu bapa dan sanak saudara
yang tercinta. Masyarakat Malaysia yang lain juga turut tidak
terkecuali. Selain sama-sama berkongsi kemeriahan sambutan
Tahun Baru Cina, kesempatan ini turut kita manfaatkan dengan
amalan budaya kunjung mengunjungi bagi merapatkan hubungan
silaturrahim, pulang menziarahi keluarga di kampung atau bercuti ke
pelbagai destinasi menarik negara. Itulah kita, rakyat Malaysia yang
hidup bersama dalam suasana negara yang aman dan harmoni.
Deleted: ¶
Deleted: 2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan padu semua pihak yang terlibat terutamanya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR),Polis Di Raja Malaysia, MIROS, JKR, LLM serta semua syarikat konsesi lebuh raya untuk menjayakan program kempen ini.¶
Deleted: 3
Deleted: 4
Deleted: berbangsa Cina
Deleted: H
4
4. Dalam saat-saat seumpama ini, jumlah pengguna lebuh raya
pasti meningkat dan jalan-jalan raya di serata negara akan
bertambah sesak. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan risiko
berlakunya kemalangan. Kerajaan dan saya secara peribadi amat
prihatin serta sedih dengan kes-kes kemalangan yang berlaku
terutamanya apabila kemalangan tersebut turut mengorbankan
nyawa dan mengakibatkan kesengsaraan kepada keluarga mangsa.
5. Bagi membendung masalah ini, Pelan Keselamatan Jalan Raya
2006-2010 telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg.
Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi pada 15 Mei 2006. Pelan ini
menggariskan perancangan jangka panjang pelaksanaan program-
program keselamatan jalan raya bagi tempoh lima tahun. Sembilan
strategi utama dengan 52 cabang implementasi program telah
dirangka khusus untuk mencapai matlamat pelan ini. Antara strategi-
strategi yang telah dirangka ialah :
• Pendidikan keselamatan jalan raya yang mengandungi
program berbentuk penambahan dan pengekalan
pendidikan serta langkah-langkah psikologi dalam
menangani isu keselamatan jalan raya;
• Penguatkuasaan yang mengandungi program
mengurangkan kecuaian manusia dengan
menggabungkan dan menggunapakai kepakaran
Deleted: 5
Deleted:
Deleted: 6
Deleted: (9)
Deleted:
Deleted:
Deleted:
5
teknologi; dan
• Pendekatan kejuruteraan termasuk pemulihan kawasan
kerap kemalangan, program pembangunan lorong
motosikal, pelaksanaan audit keselamatan dan inovasi
bahan keselamatan.
6. Selanjutnya, sepertimana tuan-tuan dan puan-puan sedia
maklum, Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak
telah melancarkan enam (6) Bidang Keberhasilan Utama Nasional
(NKRA) sewaktu sambutan 100 hari pentadbiran beliau pada bulan
Julai 2009. Salah satu daripadanya ialah Menambah Baik
Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana. Suka saya
memetik kata-kata Y.A.B Perdana Menteri bahawa Kerajaan
berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam
yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar
bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan
bagi menjayakan matlamat ini. Merujuk kepada statistik Kementerian
Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk
Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Oleh itu
Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi
kepada 25% pada penghujung tahun 2012.
7. Penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam secara
total perlu dilaksanakan bagi mencapai tujuan ini. Elemen terpenting
Deleted: dan
Deleted: 8
Deleted: Makanya,
Deleted: 9
6
ialah keselamatan pengguna. Kita harus sedar bahawa elemen
keselamatan ini merupakan antara faktor utama yang akan
menyebabkan pengguna beralih kepada pengangkutan awam.
Pengurangan risiko di jalan raya untuk perjalanan antara bandar dan
juga perjalanan tempatan perlu dijadikan landasan utama di samping
memastikan keselamatan kenderaan pengangkutan awam
dipertingkatkan.
Hadirin yang dihormati,
8. Apabila kita bercakap mengenai keselamatan jalan raya, ianya
berkait rapat dengan kemalangan. Walaupun ianya merupakan suatu
tragedi, saya percaya ianya dapat dikurangkan jika para pemandu
menitikberatkan aspek-aspek keselamatan dan ciri-ciri pemanduan
berhemah. Saya amat yakin bahawa kempen-kempen yang
dilaksanakan oleh pihak polis, KKR, JKJR dan syarikat-syarikat
konsesi lebuh raya memberi penekanan kepada panduan
keselamatan dan keselesaan kepada pengguna jalan dan lebuh raya.
Salah satu contoh ialah kempen “Malaysians Unite For Road Safety”
atau MUFORS yang telah dilancarkan pada 8 September 2009. Ianya
merupakan satu inisiatif kempen keselamatan dengan pendekatan
unik menerusi penyataan ikrar para pemandu. Seterusnya, saya juga
telah melancarkan program C.A.R.E pada 14 September 2009 yang
menumpukan kepada isu-isu yang berkaitan keselamatan jalan raya
dengan hasrat memperluaskan pemahaman pemanduan selamat
dan nilai sebuah kehidupan melalui amalan Cermat, Adab, Rasional
Deleted: 9
Deleted:
Deleted: saya
Deleted: yang lalu
7
dan Beretika. Pelaksanaan program-program kempen keselamatan
seumpama ini akan dibuat secara berterusan dengan kerjasama
pihak PDRM, JKJR, MIROS dan semua pihak yang terlibat.
Hadirin yang saya hormati,
9. Seperti mana saya sebutkan tadi, fenomena kemalangan jalan
raya amat sinonim dengan musim perayaan. Berdasarkan statistik
PDRM, purata 18 kes kematian sehari dicatatkan pada hari-hari
biasa, berbanding purata kematian semasa Ops Sikap 1 sehingga
Ops Sikap ke 19 tahun lepas dapat dikawal kepada 15 kematian
sehari. Ini membuktikan bahawa kempen keselamatan jalan raya
pada musim perayaan dan usaha Kerajaan serta NGO bagi
menangani masalah ini telah membawa impak yang positif. Ini adalah
kerana purata kematian sehari dapat diturunkan kepada 15 kematian
sehari semasa musim perayaan berbanding pada hari biasa
walaupun kepadatan trafik meningkat 2 kali ganda semasa musim
perayaan.
Hadirin yang saya hormati,
10. Kita semua sedia maklum bahawa dalam Rancangan Malaysia
ke 9, Kerajaan telah mengadakan program pembangunan jalan raya
Deleted: ¶
Deleted: 10
Deleted: yang
Deleted: ¶
Deleted: 10. Jumlah trafik dijangka akan meningkat semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina ini. Ingin saya kongsikan di sini akan statistik LLM bahawa pada musim Tahun Baru Cina tahun lepas, jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya adalah sebanyak 5.42 juta bagi tempoh 26 – 27 Januari 2009. Ia adalah peningkatan sebanyak 7.89 % berbanding 5.02 juta trafik pada tahun 2008 untuk tempoh cuti perayaan yang sama. ¶¶11. Suka saya merujuk kepada kajian yang dibuat oleh MIROS berhubung trend peningkatan trafik yang berlaku semasa musim perayaan. Corak perjalanan yang dibuat oleh pengguna semasa musim perayaan kini sudah berubah di mana jika dilihat pada masa dahulu, perjalanan hanya tertumpu kepada pergerakan pengguna dari bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ke kampung-kampung. Trend perjalanan pada masa sekarang pula turut melibatkan pergerakan pengguna di sekitar kawasan kampung, pekan dan daerah kecil. ¶
Deleted: 12
8
dengan memberikan tumpuan kepada meningkatkan akses ke
kawasan kurang membangun terutamanya kawasan yang berpotensi
untuk pembangunan pelancongan, pertanian dan pusat pertumbuhan
luar bandar. Kerja-kerja penambahbaikan di kawasan black spot,
penyediaan lorong memotong, pelurusan jalan dan sebagainya juga
telah dilaksanakan. Kerajaan mampu untuk mengadakan infrastruktur
jalan yang terbaik, walau bagaimanapun jika pemandu tidak
mengamalkan pemanduan yang berhemah dan beretika maka usaha
Kerajaan serta kempen-kempen keselamatan tidak akan berkesan.
Natijahnya, kita akan terus menyaksikan peningkatan jumlah
kematian saban tahun khususnya semasa musim perayaan.
Hadirin yang dihormati,
11. Menerusi pelaksanaan Operasi Bersepadu OPS SIKAP 21
akan diadakan selama 15 hari mulai 8 hingga 22 Februari 2010 ini,
Kementerian Kerja Raya telah mengambil langkah-langkah berikut
untuk menyokong pelaksanaan operasi ini :
a) Kerja-kerja pembaikan/penyenggaraan dan pembinaan di
jalan raya dihadkan kepada kerja-kerja kritikal sahaja
• Semua kerja pembaikan dan pembinaan di jalan raya
dan lebuh raya dihentikan sepanjang tarikh Ops
Sikap iaitu daripada 11 – 22 Februari 2010 kecuali
Deleted: ¶
Deleted: ¶
Deleted: 3
9
kerja-kerja kritikal yang terpaksa diteruskan di
kawasan-kawasan tertentu ; dan
• JKR telah diminta untuk memastikan penyenggaraan
pada tahap terbaik bagi mengurangkan gangguan
terhadap lalulintas dan meningkatkan keselesaan
pengguna jalan raya.
b) Pengurangan had laju sebanyak 10 km/j bagi Jalan
Persekutuan dan Negeri berkenaan sepanjang tarikh Ops
Sikap 21
c) Semua syarikat konsesi lebuh raya juga digesa untuk
memastikan pasukan peronda lebuh raya membuat rondaan
dengan lebih kerap untuk tempoh 24 jam sehari bagi
menghadapi sebarang kemungkinan kes kemalangan atau
insiden lain. Response Time oleh pasukan peronda perlu
lebih cepat dan efektif apabila berlakunya sebarang kes
kemalangan dan hal luar jangka.
12. Pada kesempatan ini, suka saya memaklumkan para
hadirin bahawa buat pertama kalinya, sempena sambutan Tahun
Baru Cina ini, 17 buah lebuh raya yang sedang berop erasi akan
memberikan insentif iaitu diskaun kadar tol dan pen gecualian
bayaran tol kepada para pengguna . Antaranya, mereka yang
akan pulang ke Pantai Timur Semenanjung melalui Leb uhraya
Kuala Lumpur – Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (Fa sa 1)
Formatted: Font: Bold, Font color:
Auto
Deleted: ¶14. Dalam pada itu bagi menyokong tema kempen pada hari ini iaitu “Menggalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam” saya memohon agar semua pengusaha-pengusaha pengangkutan awam memperbaiki kualiti perkhidmatan bas ekpress dan mengutamakan isu-isu keselamatan semasa musim perayaan dari segi kualiti pemandu, keadaan mekanikal dan fizikal kenderaan dan amalan tip-tip Keselamatan Jalan dengan komitmen untuk mengelakkan kesalahan serius seperti melebihi had laju dan had masa memandu serta kegagalan menyediakan pemandu kedua. Saya turut menggalakkan semua pengguna lebuh raya agar menggunakan pengangkutan awam seperti bas ekspres untuk pulang ke kampung halaman semasa cuti Tahun Baru Cina ini. Secara tidak langung, ini dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya – lebuh raya utama. ¶¶15. Mengenai had laju ini, suka saya menyarankan di sini bahawa risk management untuk elemen pengurusan kelajuan dan penguatkuasaan had laju yang baru diadakan. Di samping itu risk management untuk elemen-elemen lain seperti strategi pengurusan trafik di lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan tempatan (kampung dan pekan) perlu dilaksana bagi mewujudkan satu cabang pelaksanaan baru dalam usaha mengurangkan kemalangan. ¶
Deleted: 6
Deleted: pengguna lebuh rayanya
Deleted: pengguna lebuh raya
10
tidak akan dikenakan sebarang bayaran tol pada 11 F ebruari
2010 mulai jam 11.30 malam hingga 4.30 pagi, 12 Feb ruari 2010.
Manakala pada 15 Februari 2010 mulai jam 11.30 mala m hingga
4.30 pagi, 16 Februari 2010. Di samping itu, pember ian diskaun
tol pula adalah di antara 5 % hingga 20 % pada 14 F ebruari 2010
di beberapa buah lebuh raya – lebuh raya yang menye rtai
insentif ini.
13. Justeru, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada semua syarikat konsesi lebuh raya
atas kesediaan mengadakan insentif ini sebagai memenuhi obligasi
tanggungjawab korporat syarikat kepada pengguna lebuh raya
sempena Tahun Baru Cina ini. Sebagai syarikat swasta, langkah ini
mencerminkan implementasi konsep customer oriented syarikat.
Saya berharap agar pendekatan pemberian insentif ini diteruskan
pada musim-musim perayaan yang akan datang di samping cuti Hari
Kemerdekaan negara. Dalam erti kata lain, inilah wang angpow untuk
semua pengguna lebuh raya sempena Tahun Baru Cina 2010 ini.
Saya juga berharap melalui insentif ini, rakyat Malaysia akan terus
menyemarakan lagi semangat dan integrasi 1 Malaysia dengan
saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.
14. Saya juga ingin melihat syarikat-syarikat konsesi lebuh raya
memainkan peranan yang lebih aktif bagi mempertingkatkan tahap
keselamatan di lebuh raya melalui pembangunan program dan
sistem keselamatan secara lebih komprehensif. Pendekatan yang
Formatted: Font color: Auto
Deleted: hb
Deleted: 7
Deleted: itu
Deleted: 8
Deleted: yang melibatkan struktur penting antaranya guard rails, bridge railings serta lain-lain road furnitures
Deleted: .
Deleted: Program atau sistem yang akan dibangunkan ini mestilah mampu mengesan keberhasilan dan pencapaiannya agar peningkatan prestasi keselamatan adalah secara berterusan. Secara tidak langsung, p
11
tertumpu kepada aspek-aspek pencegahan (preventive) dan
bukannya pembetulan (corrective) semata-mata mampu memastikan
pengurangan kematian dan kecederaan parah akibat kemalangan.
Hadirin yang saya hormati,
15. Dengan adanya kempen sebegini diharap dapat menyedarkan
orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu. Kita tidak
mahu jalanraya menjadi pembunuh utama di negara kita. Oleh itu
marilah kita semua sebagai pengguna jalanraya yang
bertanggungjawab menanamkan sikap sentiasa mengutamakan
keselamatan sepanjang masa agar sampai ke destinasi tanpa
ditangisi.
16. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan
penghargaan dan terima kasih serta ucapan syabas di atas
kerjasama dan sokongan padu semua pihak yang terlibat
terutamanya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Polis Di Raja
Malaysia, MIROS, JKR, LLM serta semua syarikat konsesi lebuh raya
untuk menjayakan program kempen ini.
17. Akhir kalam, dengan lafaz “Bismillah hirrahma nirrahim” saya
merasmikan Kempen Keselamatan Lebuhraya Peringkat
Kementerian Kerja Raya Sempena Tahun Baru Cina 2010 dengan
rasminya.
Sekian, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Deleted: 7
Deleted: ¶¶
Deleted: Hadirin yang saya hormati,¶
Deleted: 18. Saya mengucapkan syabas kepada pihak penganjur,KKR,LLM dan semua pihak yang terlibat kerana mengambil inisiatif mengadakan kempen ini dan saya berharap kempen sebegini akan berterusan dari semasa ke semasa. Amakanlah sikap Cermat, Adab, Rasional dan Beretika serta mengikut peraturan jalanraya.¶
Deleted: 9
Deleted: ¶