Post on 02-Jan-2016
DIORAMA
DEFINISI
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN DIORAMA
Tapak atau dinding -Kotak, papan, kadbod, atau bekas.
Objek yang disusun - Kertas, plastik, kadbod. Pemotong- Gunting, pisau. Pelekat- Selotape, gam, tali.
CONTOH-CONTOH GAMBAR DIORAMA
10.1.1 Alatan
Rajah 10.2: Alatan untuk menghasilkan diorama
10.1.4 Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan DioramaDiorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama:
1. Menentukan Subjek dan Tema
a. Alam Semulajadi dan Persekitaran
2.
a. Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Pelukis
3.
a. Aliran dan Tema Sejagat
4.
a. Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian
5.
SEMAK KENDIRI 10.1
Muzium menampilkan diorama sebagai kaedah perkongsian maklumat dan ilmu kepada orang ramai. Kaedah ini dianggap paling relevan dan berkesan sehingga kini dan belum digantikan dengan kaedah yang lain. Mengapa?
6. Menentukan Alat dan MediaSetelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan diorama. Konsep artistik diorama ditampilkan melalui pemilihan objek yang real tetapi cantik dan dikecilkan atau dimodelkan pada kadaran atau nisbah gambar latar secara idealistik.
Subjek dan Tema Tajuk Diorama Alat dan Bahan
Alam semulajadi dan
persekitaran
Hidupan di dasar laut
Karangan laut, gam UHU, Tulang ikan,dawai, tangsi, kad tebal, pasir laut, batu-batu laut.
Perasaan dalaman,
khayalan dan
Kehidupan di sebuahplanet asing
Plastersin, polesterin, pasir, gam, model kapal angkasa, cat emulsi.
imaginasipelukis
Aliran dan tema sejagat
Sabung ayam di kampungsaya
Model ayam jantan, Model manusia, platersin, tanah,pasir, cat emulsi, gam UHU, biji kacang.
Keperluan danpengalaman hidup
harian
Memancing ikan disebuah tasik yang permai
Model orang memancing, kaca, plastersin, plesterin, gam, pasir, batu-batu kecil, kad bod.
7. Membuat Thumbnail-print (Membuat Lakaran-lakaran Kecil)
Apakah pentingnya thumbnail-print?
o Gagasan-gasasan dan pengideaan melalui konsep trial and error
o Sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilkan.
o Sketsa yang mantap dan hebat untuk dijadikan diorama.
8. Memilih Salah Satu Lakaran yang TerbaikSketsa 2 dipilih untuk pengembangan idea seterusnya dan dijadikan diorama. Kriteria pemilihan ini dipilih kerana berkaitan dengan penampilan asas seni reka yang mantap dan berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut.
9. Memperinci LakaranSetelah memilih lakaran yang terbaik, fikirkanlah untuk memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari diorama yang akan dihasilkan nanti.
10. Membuat Karya/Diorama Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Dalam konteks ini, perkara-perkara yang berikut diambil pertimbangan;
o Bahan dan alatan,
o Kos pembinaan/buatan
o Masa yang diperlukan.
o Kesesuaian latar belakang, hal subjek dan latar hadapan.
10.1.5 Proses Membentuk DioramaSetelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan penghasilan diorama.
Sketsa 1: Hal subjek ditentukan
Sketsa 2: Hal subjek dilengkapi dengan latar belakang
Sketsa 3: Hal subjek, latar belakang dan kotak diorama
Sketsa 4: Diorama yang lengkap untuk peragaan