Post on 15-Aug-2019
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 1
UPMHOLDINGS UPM International Sdn. Bhd. (956470-T)
DOKUMEN BAGI
PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN
SEBUT HARGA CADANGAN JUALAN
MAKANAN KAFETARIA DI
PERPUSTAKAAN UPM
NO DOKUMEN:
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 2
UPMHOLDINGS UPM International Sdn. Bhd. (956470-T)
PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN SEBUT HARGA CADANGAN JUALAN
MAKANAN KAFETARIA DI UPM
Sebut harga adalah dipelawa daripada vendor yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA, memiliki syarikat yang berpengalaman dan bertauliah untuk menyertai sebut harga yang dinyatakan di atas.
BIL. PERKARA BUTIRAN SEBUT HARGA
1. NO. SEBUT HARGA UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001
2. TAJUK SEBUT HARGA SEBUT HARGA CADANGAN JUALAN MAKANAN DI KAFETARIA DI UPM
3. HARGA DOKUMEN Harga: RM80.00 (tidak dikembalikan) (Sila lampirkan slip bukti pembayaran semasa menghantar dokumen tender) UPM International Sdn. Bhd. (956470-T) CIMB Akaun No.: 8602698291
4. SKOP CADANGAN
Kontraktor yang berdaftar dengan UPMHoldings boleh menghantar cadangan harga bersama dengan dokumen tender yang mengandungi:
i. Profil Syarikat ii. 3 bulan Penyata Bank Syarikat terkini iii. Borang Pendaftaran ROC & MOF iv. Sijil Pengendalian kursus makanan (Peniaga
dan Pekerja) v. Sijil Suntikan Thypoid (Peniaga & Pekerja) vi. Rekod pengalaman perkhidmatan vii. Senarai jenis jualan dan harga jualan viii. Slip bayaran tender
5. LOKASI RUANG NIAGA MAKANAN
Café Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan
6. KAUNTER SERAHAN DOKUMEN
UPM International Sdn. Bhd. Tingkat 1, Dewan Bankuet, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor.
7. TARIKH TUTUP & MASA 1 Mac 2019 (Jumaat) pada atau sebelum jam 5.00 petang
Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berpelekat dengan nombor rujukan dan tajuk tender yang ditulis di sudut atas sampul surat tersebut. UPMHOLDINGS tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kos yang timbul akibat tender ini. Semua keputusan adalah muktamad.
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 3
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
Tajuk Sebut harga :PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN CADANGAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENYEWA DAN
MENJALANKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI KAFE UPM
No. Sebut harga UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001
1. HAK UPMI UNTUK MENERIMA / MENOLAK SEBUT HARGA
UPM International Sdn Bhd (UPMI) adalah tidak terikat untuk menerima sebut
harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa- apa
sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut
Harga adalah muktamad.
2. CARA – CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA
2.1 Penyediaan Sebut Harga
Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi segala maklumat berikut dengan
sepenuhnya:
a) Harga dan tandatangan Penyebut Harga di Ringkasan Sebut Harga.
b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga.
c) Senarai perkhidmatan dalam tangan.
d) Butir- butir spesifikasi (jika ada).
Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat di atas, Penyebut Harga
hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.
2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga
a) Dokumen Sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah
dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan no.
sebut harga serta tajuk sebut harga dan hendaklah dihantar ke UPMI
pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam notis sebut harga.
b) Jika dokumen sebut harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut
Harga hendaklah menghantar dokumen tersebut dengan pos supaya tiba
pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.
c) Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit
dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 4
2.3 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam dokumen sebut harga yang tidak jelas atau
bercanggah, Penyebut harga boleh menghubungi UPMI untuk keterangan lanjut.
3. PERBELANJAAN PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUT HARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh
Penyebut Harga sendiri.
4. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sah laku sebut harga ini adalah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup
sebut harga, Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harga sebelum
tamat tempoh sah sebut harga.
5. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA
5.1 Dokumen yang perlu dikembalikan dan disertakan hendaklah dalam 2
salinan yang mengandungi Dokumen Kewangan dan Dokumen Teknikal
seperti berikut:
a. Dokumen Kewangan (2 Salinan)
i. Borang Sebut Harga
ii. Borang Ringkasan Sebut Harga
iii. Profail syarikat / Penyebut Harga
iv. Salinan Pendaftaran dengan UPMHolding Sdn Bhd dalam bidang
berkenaan
v. Salinan Pengesahan Taraf Bumiputera oleh Kementerian
Kewangan. Penyebut harga yang tidak mengemukakan sijil ini
ditakrifkan sebagai Bukan Bumiputera
vi. Penyata Akaun Terkini selama 3 bulan berturut-turut yang terkini
(contoh Jan, Feb dan Mac 2018)
b. Dokumen Teknikal (2 Salinan)
i. Pematuhan Spesifikasi Teknikal
ii. Risalah/Katalog, cadangan perkhidmatan dan maklumat teknikal
Borang A: REKOD PENGALAMAN PERKHIDMATAN beserta
i. Sijil Pendaftaran Syarikat
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 5
ii. Sijil Suntikan Thypoid Kakitangan / Pengusaha
iii. Sijil Kursus Pengendalian Makanan Kakitangan /
Pengusaha
iv. Slip / sijil pendaftaran FOSIM
Borang B: KAKITANGAN OPERASI PERKHIDMATAN
Borang C: SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA
Lampiran A: SENARAI LOKASI KAFE YANG BERKENAAN
Lampiran B: MENU DAN HARGA
iii. Dokumen-dokumen sokongan
5.2 Dokumen Kewangan dan Dokumen Teknikal yang lengkap hendaklah
dimasukkan ke dalam satu sampul surat dengan butir – butir berikut:
SEBUT HARGA CADANGAN JUALAN MAKANAN DI KAFETARIA DI UPM
LOKASI: Café Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra
Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan
NO. DOKUMEN: UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001
UNTUK:
UPM INTERNATIONAL SDN BHD
TINGKAT 1, DEWAN BANQUET
43400, UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Dokumen ini hendaklah dihantar pada masa dan tarikh yang di tetapkan,
tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 6
SYARAT – SYARAT SEBUT HARGA
1. PEGENALAN
UPM International Sdn Bhd dengan kata mudah disebut sebagai “UPMI”. Dokumen ini
adalah dibaca sebagai sebahagian daripada dokumen kontrak kepada penyebut harga
yang berjaya, penyebut harga dikehendaki memahami dan meneliti keseluruhan arahan
yang ditetapkan sebelum bersetuju membuat tawaran, kegagalan penyebut harga
mematuhi arahan yang ditetapkan menyebabkan tawaran mereka akan ditolak.
Penyebut harga adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti spesifikasi untuk
memenuhi kehendak UPMI bagi menyempurnakan perkhidmatannya.
2. INSURANS
Penyebut Harga hendaklah atas nama bersama UPMI dan Penyebut Harga mengambil
Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja (sekiranya dinyatakan di dalam butir-butir
Ringkasan Sebut Harga) bagi tempoh perlaksanaan kerja ini. Penyebut Harga
hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, UPMI semua polisi
insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas
sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun, untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-
nota Perlindungan dan resit- resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya
Penyebut Harga gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah Nota-
nota Perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Ketua Pegawai Eksekutif,
UPMI berhak untuk menarik balik tawaran.
3. DEPOSIT
Penyebut Harga yang berjaya hendaklah menyerahkan Deposit sebelum memulakan
sebarang Kerja di bawah Kontrak ini.
Penyebut Harga dibenarkan membuat pilihan seperti berikut:
a) Wang Pos
b) Deposit wang
c) Perbankan atas talian
Nama : UPM International Sdn Bhd
Nama Bank : CIMB Bank
No. Akaun : 8602698291
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 7
4. PERATURAN PERLAKSANAAN PERKHIDMATAN
Perkhidmatan yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi, reka bentuk, butir-
butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam
Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pengarah Urusan, UPMI atau Wakilnya.
5. KEGAGALAN PENYEBUT HARGA MEMULAKAN PERKHIDMATAN
Sekiranya Penyebut Harga gagal memulakan perkhidmatan bagi bulan pertama selepas
hari dan tarikh tempoh mula perkhidmatan yang dinyatakan dalam surat setuju terima,
tanpa sebab – sebab yang munasabah, Penyebut Harga ditamatkan perkhidmatannya
untuk sebut harga ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif, UPMI dan tindakan tatatertib akan
diambil terhadap Penyebut Harga.
6. SUB – SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA
Penyebut Harga tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Penyebut Harga-
Penyebut Harga lain. Penyebut Harga tidak boleh menyerah hak apa-apa faedah di
bawah sebut harga ini tanpa terlebih dahulu tanpa mendapatkan persetujuan bertulis
daripada Ketua Pegawai Eksekutif, UPMI. Jika didapati ia berlaku UPMI berhak untuk
menamatkan tawaran serta merta.
7. PENOLAKAN HASIL REKABENTUK BAHAN DAN BARANG SERTA CADANGAN
PERKHIDMATAN OLEH UPMI
UPMI atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja – kerja serta cadangan
perkhidmatan yang tidak menepati spesifikasi, bahan dan barang serta cadangan
perkhidmatan yang ditolak handaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat
hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga sendiri. Penyebut Harga dikehendaki
menyediakan cadangan perkhidmatan untuk kelulusan UPMI sebelum memulakan
perkhidmatan sekiranya perlu.
8. RINGKASAN SEBUT HARGA
a) Ringkasan Sebut harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut
Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
b) Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua
kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu
dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurna.
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 8
c) Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada
perubahan sebarang kos tambahan dalam tempoh sah Sebut harga atau dalam
tempoh kontrak yang akan dibenarkan.
d) Harga–harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyebut
Harga hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelum daripada UPMI tentang
kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa–apa pelarasan
kemudiannya kepada harga–harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah
dibuat sebelum surat setuju terima dikeluarkan
e) Apa – apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan
(d) tersebut di atas dan apa – apa kesilapan pengiraan dalam Ringkasan Sebut
Harga hendaklah diselaraskan dan diperbetulkan sebelum kontrak dikeluarkan.
Jumlah harga yang diselaraskan hendaklah sama dengan jumlah harga pukal
dalam Borang Sebut Harga. Jumlah pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah
tetap tidak berubah.
9. PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA
Jika Penyebut Harga mendapati apa – apa percanggahan dalam Dokumen Sebut
Harga dia hendaklah merujuk kepada UPMI untuk mendapatkan keputusan.
10. CARA BAYARAN SEWAAN
Bayaran sewa berkenaan boleh dibayar dengan menggunakan cek, wang pos
dan lain-lain yang dipersetujui oleh UPMI.
11. KEGAGALAN PENYEBUT HARGA MENYEMPURNAKAN PERKHIDMATAN
DAN PENAMATAN PERLANTIKAN PENYEBUT HARGA
UPMI berhak menamatkan perkhidmatan sekiranya Penyebut Harga berada
dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada UPMI:
a) Sekiranya Penyebut Harga gagal memberi perkhidmatan yang baik dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan tanpa sebab yang munasabah;
b) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian perkhidmatan, tanpa
apa – apa sebab yang munasabah;
c) Tidak mematuhi arahan UPMI atau yang disahkan kemudian oleh UPMI boleh
membatalkan Kontrak ini;
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 9
d) Apabila Penyebut Harga meng-sub perkhidmatan kepada pihak ketiga.
e) Apabila Penyebut Harga tidak membuat pembayaran sewa selama 2 (dua)
bulan berturut-turut.
f) Apabila penyebut harga menukar nama syarikat lebih kepada 2 (dua) kali
dengan alasan yang tidak munasabah.
g) Apabila Penyebut Harga diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
12. PERUBAHAN
a) UPMI boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan yang
berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada
apa–apa perubahan yang boleh UPMI atau yang disahkan kemudian oleh
UPMI boleh membatalkan Sebut Harga ini.
b) Semua kerja perubahan dan / atau tambahan yang diluluskan oleh UPMI
akan diukur atau dinilai dengan menggunakan harga yang munasabah dan
dipersetujui oleh UPMI dan Penyebut Harga hendaklah digunakan.
13. PEMATUHAN KEPADA UNDANG – UNDANG OLEH PENYEBUT HARGA
Penyebut Harga hendaklah mematuhi segala kehendak Undang – undang Kecil
dan Undang – undang Berkanun, arahan dan peraturan pihak berkuasa
tempatan dan apa-apa undang-undang perkhidmatan menjalankan operasi
kafeteria dalam Malaysia serta pihak berkuasa tempatan semasa perlaksanaan
perkhidmatannya. Penyebut Harga tidak berhak menuntut sebarang kos dan
bayaran tambahan kepada pematuhannya dengan Syarat – syarat ini.
14. PERLANJUTAN KONTRAK
Perkhidmatan ini adalah selama dua (2) tahun berkuatkuasa mulai dari tarikh
Surat Setuju Terima ditandatangani, Kontrak ini boleh dilanjutkan pada satu
tempoh satu (1) tahun yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak secara
bertulis.
15. LARANGAN PUBLISITI
Sebarang maklumat mengenai Perjanjian atau mana-mana bahagian dalam
dokumen sebut harga tidak dibenarkan untuk dicetak/disiarkan dalam sebarang
media elektronik terkini, termasuk di dalam akhbar, tabloid, majalah, radio,
televisyen, internet dan sebagainya KECUALI jika diluluskan oleh UPMI.
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 10
16. SKOP PERKHIDMATAN
16.1 Perkhidmatan bekalan makanan bermasak meliputi:-
a) Menyedia, menghidang dan menjual pada waktu yang ditetapkan,
makanan pelbagai jenis dan variasi yang ditanggung halal di Kafeteria
UPM.
b) Menyediakan, membekal dan menjual minuman panas, sejuk,
bermasak, minuman botol, minuman tin, minuman kotak dan
minuman-minuman ringan yang halal dan disahkan oleh Bahagian Hal
Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
16.2 Pelanggan-pelanggan Kafe UPM terdiri dari pelajar, pegawai, kakitangan
dan orang awam.
17. SPESIFIKASI KAFETERIA UPM
17.1 Kafeteria UPM (bergantung pada lokasi) hendaklah dibuka dari jam 7.00
pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari termasuk hari Ahad dan Cuti
Am, dan bergantung apa-apa arahan yang dikeluarkan UPMI termasuk
pada bulan Ramadhan dan masa - masa tertentu.
17.2 Menjual makanan dan minuman secara „ala-carte‟ dan „buffet‟ atau jenis
makanan dan minuman berdasarkan menu yang dihantar di dalam sebut
harga ini.
17.3 Menyenaraikan dan mempamerkan harga makanan dan minuman untuk
jualan di Kafeteria UPM.
Sila isikan harga makanan dan minuman menggunakan format seperti di
Lampiran “B”
17.4 Menyediakan kakitangan yang terlatih dalam menyelia, menyaji dan
menjual makanan dan minuman.
17.5 Menyedia, menyaji dan menjual makanan dan minuman yang ditentukan
untuk mesyuarat dan keperluan-keperluan lain apabila diperlukan.
17.6 Penyebut Harga dikehendaki menyediakan pekerja atau pelayan
tambahan bagi urusan rasmi melibatkan orang-orang kenamaan UPM.
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 11
17.7 Mematuhi segala Undang-undang dan Peraturan yang dikeluarkan oleh
Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan mengenai penjualan makanan
dan minuman.
17.8 Mempunyai kelengkapan seperti alat kelengkapan untuk penyajian,
keselamatan dan kebersihan.
17.9 Memastikan bahawa perkhidmatan layanan yang diberikan adalah penuh
mesra, bersopan santun, cekap dan berdisiplin.
17.10 Memastikan kebersihan kawasan Kafeteria UPM sentiasa dalam keadaan
bersih dan kemas.
17.11 Memaparkan sijil suntikan thypoid dan sijil kursus penyediaan makanan
setiap kakitangan di dalam outlet.
17.12 Penyebut harga perlu mendaftar perniagaan dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Majlis Perbandaran Sepang / Majlis Perbandaran
Kajang dengan kos sendiri.
18. CIRI-CIRI KAKITANGAN
18.1 Pekerja-pekerja Kafeteria UPM perlu mempunyai Sijil Pemeriksaan
Kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau mana-
mana Klinik Swasta.
18.2 Pekerja-pekerja Kafeteria UPM perlu mempunyai perwatakan kemas,
bersih, berdisiplin, tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah,
mempunyai penglihatan yang baik serta tidak cacat mental dan fizikal.
18.3 Pengambilan pekerja-pekerja Kafeteria UPM dari kalangan warganegara
asing adalah dibenarkan oleh UPM dengan syarat kakitangan dan/ atau
pekerja tersebut mestilah mempunyai dokumen yang sah berkaitan
dengan undang-undang dan peraturan kerja dan imigresen yang sah
berkuatkuasa di Malaysia. Penyebut harga akan bertanggungjawab dan
menanggung sebarang kos sekiranya kakitangan tersebut ditangkap
semasa bertugas di dalam kawasan UPM.
18.4 Pekerja-pekerja Kafeteria UPM mestilah berpengetahuan dalam bidang
menyelia, menyaji dan menjual makanan.
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 12
18.5 Pekerja-pekerja Kafeteria UPM hendaklah boleh berkomunikasi dengan
baik dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sepanjang perkhidmatan
di UPM.
18.6 Pengambilan pekerja-pekerja Kafeteria UPM hendaklah tertakluk kepada
Akta Buruh dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa yang
berkaitan dengan pekerja.
18.7 Pekerja-pekerja Kafeteria UPM hendaklah tidak mempunyai rekod
jenayah serta melepasi tapisan keselamatan daripada Pejabat Ketua
Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
19. KELENGKAPAN
19.1 Penyebut Harga hendaklah menyediakan kelengkapan seperti berikut
sepanjang tempoh kontrak:
19.1.1 Dapur dan peralatan-peralatan untuk memasak hendaklah dalam
keadaan baik. Peralatan yang digunakan hendaklah dari jenis yang
tidak mudah berkarat, tidak mudah rosak dan tidak mendatangkan
kemudaratan kepada pelanggan.
19.1.2 Pinggan, mangkuk, piring, cawan dan peralatan-peralatan lain
untuk menyaji makanan (bergantung kepada lokasi kafe)
19.1.2.1 Peralatan hendaklah dari jenis melamine ware atau
bersesuaian.
19.1.2.2 Peralatan hendaklah bersih dan selamat digunakan.
19.1.2.3 Peralatan yang digunakan hendaklah dari jenis dan
bentuk yang sama (seragam)
19.1.3 Kelengkapan lain yang difikirkan perlu mengikut kesesuaian.
19.1.4 Penyebut harga tidak dibenarkan menggunakan polisterin (Ini
adalah mengkut polisi UPM) untuk pembungkusan makanan /
minuman di kawasan Kafetaria UPM. Hanya pembungkus kertas
atau plastik sahaja dibenarkan.
19.1.5 Penyebut harga boleh memberikan pilihan alternatif kepada pelajar
untuk membungkus makanan, menggunakan bekas plastik
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 13
‘transparent’ jika pelajar bersetuju untuk membuat bayaran
tambahan sebanyak RM0.30 /bekas.
19.1.6 Penyebut harga perlu mengurangkan harga jualan sebanyak
RM0.20 sekiranya pelajar membawa bekas sendiri untuk
membungkus makanan / minuman.
19.1.7 Penyediaan Grease Trap/ Trap sampah adalah di bawah
tanggungjawab penyebut harga dan UPMI tidak akan menanggung
segala kos.
20. TANGGUNGJAWAB PENYEBUT HARGA
20.1 Penyebut Harga sentiasa bertanggungjawab melaporkan apa jua
kerosakan atau kejadian jenayah dan / kacau ganggu kepada UPMI di
sepanjang tempoh perjanjian berkuatkuasa.
20.2 Penyebut Harga bertanggungjawab ke atas segala tindakan undang-
undang yang dikenakan oleh pihak berkuasa.
20.3 Segala perbelanjaan yang bersangkutan dengan peralatan, hiasan
dalaman atau apa-apa jua yang berkaitan adalah ditanggung sepenuhnya
oleh Penyebut Harga.
20.4 Penyebut Harga yang berjaya dimestikan memberi keutamaan kepada
pihak UPM.
20.5 Sekiranya individu dan kumpulan luar ingin menggunakan kawasan
Kafeteria UPM untuk apa-apa acara persendirian, adalah menjadi
tanggungjawab Penyebut Harga memohon kelulusan bertulis daripada
UPMI sebelum membenarkan pihak tersebut menggunakan kawasan
Kafeteria UPM.
20.6 Penyebut Harga juga dikehendaki memberikan kerjasama dengan pihak
UPM untuk menyediakan makanan dan minuman sekiranya terdapat
acara-acara yang diadakan di luar UPM.
20.7 Penyebut Harga hendaklah menjaga kebersihan Kafeteria UPM. Segala
sampah dan sisa makanan hendaklah terus dibuang ke tempat
Pembuangan Sampah (bergantung kepada lokasi) pada hari berkenaan.
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 14
20.8 Segala kerosakan didalam kedai adalah dibawah tanggungjawab
penyebut harga. UPMI hanya bertanggungjawab kerosakan yang
melibatkan infra struktur sahaja.
20.9 Bagi kafetaria yang tidak disediakan pencucian, pihak pengusaha
bertanggungjawab untuk memastikan keadaan persekitaran dalam
keadaan bersih dan elok sentiasa, sampah dibungkus dengan elok dan
dibuang ditempat yang sepatutnya; longkang dalam keadaan bersih dan
tidak tersumbat dan mana-mana keadaan yang difikirkan perlu untuk
dibersihkan.
21. PERJANJIAN
21.1 Satu surat Perjanjian di antara Penyebut Harga dan UPM akan disediakan
setelah pemilihan dibuat.
21.2 Syarat-syarat dan spesifikasi ini merupakan sebahagian daripada
perjanjian.
22. BAYARAN
22.1 Semua urusan jual/beli yang dilakukan di Kafeteria UPM dibayar secara
tunai dan mealplan.
22.2 Untuk penggunaan kad mealplan, pembayaran royalti sebanyak 10%
akan dikenakan.
23. KONSEP
23.1 Penyebut Harga diminta mengikut konsep operasi kafeteria atau
cadangan yang ditetapkan mengikut kreativiti dan daya tarikan mengikut
mana-mana format yang lebih sesuai.
23.2 Pemilihan dan pertimbangan oleh Jawatankuasa Sebut Harga UPMI akan
diberikan keutamaan kepada konsep yang baik, perkhidmatan dan sistem
yang efisien termasuk menawarkan menu serta harga yang sesuai dan
berpatutan.
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 15
24. MENU DAN HARGA
Penyebut Harga dikehendaki mengisi harga seperti di Lampiran A. Walau
bagaimanapun, UPMI berhak membuat arahan untuk menukar menu yang
dihidangkan dari semasa ke semasa.
25. KADAR SEWA
Penyebut Harga bersetuju dengan kadar sewa yang ditetapkan oleh UPMI.
26. SPESIFIKASI PENYELIDIKAN MAKANAN DAN MINUMAN
a. Peralatan bahan api bagi tujuan memasak hendaklah dalam keadaan baik di
sepanjang tempoh perniagaan Kafeteria UPM.
b. Segala peralatan yang digunakan hendaklah dari jenis yang tidak mudah
berkarat, tidak mudah rosak dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada
pelanggan.
c. Pinggan, mangkuk, piring, cawan dan peralatan-peralatan lain yang difikirkan
sesuai dengan perniagaan Kafeteria UPM hendaklah bersih dan selamat
digunakan.
d. Peralatan yang digunakan di para (c) hendaklah bersesuaian pada kehendak
semasa perniagaan Kafeteria.
e. Peralatan yang digunakan hendaklah daripada jenis dan bentuk yang sama.
f. Peralatan pencegah kebakaran perlulah disediakan sepanjang tempoh
perniagaan Kafeteria UPM.
g. Peralatan kebersihan premis perlu disediakan dan digunakan memastikan
premis sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang tempoh perniagaan
Kafeteria UPM.
27. SYARAT-SYARAT PERNIAGAAN KAFETERIA
a. Menyediakan pada waktu perniagaan yang telah ditetapkan dan / atau
apabila diperlukan oleh UPM. Pelbagai jenis makanan yang halal seperti di
Lampiran B dan / atau apabila diminta pelbagai jenis makanan yang halal
yang munasabah oleh UPM. Penyebut Harga juga dikehendaki menyediakan
cadangan menu makanan dan minuman untuk pertimbangan Ahli
Jawatankuasa Sebut harga.
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 16
b. Menghidang dan menjual pada waktu perniagaan yang telah ditetapkan dan /
atau apabila diperlukan oleh UPM pelbagai jenis makanan yang halal seperti
di Lampiran B dan / atau apabila diminta pelbagai jenis makanan yang halal
yang munasabah oleh UPM.
c. Menyediakan minum panas, sejuk, bermasak, minuman botol dan tin,
minuman kotak yang halal dan disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam di
Pusat Islam.
d. Membekal dan menjual minum panas, sejuk, bermasak, minuman botol, tin
dan kotak yang halal disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam di Pusat Islam.
e. Penjualan minuman keras adalah dilarang sama sekali.
f. Penyebut Harga dikehendaki mempelbagaikan menu jualan berdasarkan
arahan yang akan dikeluarkan oleh UPM dari semasa ke semasa
28. SYARAT-SYARAT BAGI CADANGAN HARGA TERPERINCI MENGIKUT
MENU
a. Cadangan Harga Terperinci Mengikut Menu ini adalah bagi mendapatkan
harga setiap produk makanan mengikut menu seperti yang telah disenaraikan
pada muka surat yang seterusnya.
b. Cadangan Harga Terperinci Mengikut Menu ini hanya diberikan kepada
Penyebut Harga-Penyebut Harga yang telah disenarai pendek oleh
Jawatankuasa Sebut harga UPMI.
c. Cadangan Harga Terperinci Mengikut Menu ini perlu mengambil kira cara
hidangan makanan dalam membuat penetapan harga bagi setiap produk
makanan.
d. Cadangan Harga mestilah diisi sepenuhnya mengikut cadangan menu yang
disediakan bersama borang ini sahaja. Sebarang tambahan atau perubahan
kepada cadangan menu hendaklah dinyatakan di dalam borang yang
berasingan di bawah tajuk “Menu opsyen”.
e. Syarat – syarat dan spesifikasi seperti di dokumen Lampiran A yang
terdahulu bagi Tajuk Sebut harga: PERKHIDMATAN MENYEWA DAN
MENJALANKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA UPM adalah berkaitan.
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 17
f. Tarikh tutup bagi Penyebut Harga untuk mengemukakan Cadangan Harga
Terperinci mengikut Menu ini adalah pada 1hb Mac 2019 tidak lewat dari jam
5.00 petang.
29. LAIN-LAIN
29.1 UPMHoldings tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan/
kehilangan barang, peralatan, mesin dan apa jua yang berada di dalam
premis Kafetaria UPM.
29.2 Segala urusan keselamatan di dalam Kafeteria UPM adalah
tanggungjawab Penyebut Harga sepenuhnya.
29.3 Penyebut Harga dikehendaki membaik pulih sendiri sebarang kerosakan
kelengkapan dan peralatan elektrik yang telah disediakan oleh pihak
UPMI. Walau bagaimanapun perlu dilaporkan dan mendapat kebenaran
dari UPMI.
29.4 UPMI hanya akan membaik pulih kerosakan yang melibatkan infra sahaja.
Kerosakan yang lain, perlu ditanggung oleh penyebut harga.
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 18
SENARAI SEMAK
(BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)
Sila tandakan ( / ) Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan
Bil Perkara/Dokumen Untuk Ditanda
Oleh Syarikat
Untuk Di tanda
Oleh
Jawatankuasa
Perolehan
DOKUMEN KEWANGAN
1. Borang Sebut harga Telah Diisi Dengan Lengkap
2. Borang Ringkasan Sebut Harga
3. Profail Syarikat
4. Borang Maklumat Penyebut Harga
5. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian
Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan)
6. Borang Pendaftaran ROC
7. Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian
Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan)
8. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Bagi Tiga (3)
Bulan Terakhir
DOKUMEN TEKNIKAL
9. Pematuhan Kepada Spesifikasi
10. Risalah/Katalog, cadangan perkhidmatan dan
maklumat teknikal
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 19
11. Borang A - Senarai perkhidmatan yang pernah dilaksanakan
12. Sijil Suntikan Thypoid (Peniaga & Pekerja)
13. Sijil Pengendalian kursus makanan (Peniaga dan Pekerja)
14. Sijil Pendaftaran FOSIM
15. Borang B - Senarai Kakitangan Syarikat
16. Borang C - Senarai Kerja Kontrak Semasa
17. Lampiran A: SENARAI LOKASI KAFE YANG
BERKENAAN
18. Lampiran B: MENU DAN HARGA
19. Lampiran C: Surat Akuan Pembida
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 20
SENARAI SEMAK
(BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT UNTUK KEGUNAAN PEJABAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya
telah membaca dan memahami semua syarat-
syarat dan terma yang dinyatakan di dalam
dokumen Sebut harga. Semua maklumat yang
dikemukakan adalah benar
Jawatankuasa Pembuka Sebut harga
mengesahkan penerimaan dokumen bertanda
kecuali bagi perkara bil. ……………..(jika ada).
Tandatangan: Tandatangan:
Nama: Nama:
Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh:
Tandatangan:
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 21
BORANG SEBUT HARGA
No. Rujukan : UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Tarikh Tutup : 1 MAC 2019
Tuan,
PERKHIDMATAN MENYEWA DAN MENJALANKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA
DI KAFETARIA UPM DI PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD, UNIVERSITI
PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Ada dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat
_____________________________________________________ mengambil bahagian
dalam Sebut Harga Perkhidmatan Menyewa Dan Menjalankan Perkhidmatan Kafeteria
UPM.
2. Syarikat sebagai Penyebut Harga dengan ini bersetuju menerima serta mematuhi dan
terikat dengan syarat-syarat Sebut Harga, kontrak dan penentuan kerja yang
terkandung dalam dokumen Sebut Harga. Syarikat telah memahami bahawa UPMI
berhak menerima atau menolak sebut harga ini sama ada harga yang ditawarkan
rendah atau tinggi atau sama dalam harga tawaran lain.
3. Syarikat bersetuju bahawa sebut harga yang ditawarkan ini laku (valid) selama
sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup sebut harga. Dalam tempoh tersebut
syarikat tidak boleh menarik diri daripada tawaran ini.
4. Selanjutnya sekiranya syarikat ini diterima, syarikat akan mengikut suatu kontrak
serta memberi Bon Pelaksanaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh
terima surat tawaran dari UPMI. Syarikat bersetuju harga yang ditawarkan sebagai asas
perkiraan bagi pembayaran di atas perkhidmatan yang diberikan kepada UPMI setelah
perkhidmatan tersebut disahkan oleh pihak UPMI.
5. Kami yang bertandatangan di bawah ini setelah meneliti dan menyemak segala
dokumen sebut harga serta syarat dan peraturan seperti yang dinyatakan adalah
dengan ini bersetuju mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak UPMI
Butir-butir lanjut mengenai sebut harga ini adalah seperti yang dinyatakan di Ringkasan
Sebut Harga.
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 22
Bertarikh pada….........haribulan……….2019
(_______________________ ) (________________________)
(Tandatangan Orang yang diberi Kuasa) Tandatangan Saksi
Nama Penuh: ......................................... Nama Penuh: .......................................
No. K / P : .............................................. No. K / P : ............................................
Alamat : ................................................. Alamat : …............................................
…………………………………………….. …………………………………………….
…………………………………………….. …………………………………………….
…………………………………………….. …………………………………………….
……………………………………….
Cop Penyebut Harga
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 23
RINGKASAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN
Tajuk Sebut harga :PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN CADANGAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENYEWA DAN
MENJALANKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI KAFE UPM
No. Sebut harga :UPMH/063/CS/18006
Sebarang butiran yang tidak diperhargakan adalah dianggap telah dimasukkan di dalam harga butiran-butiran lain. Penyebutharga adalah dianggap telah melawat tapak dan membaca syarat-syarat Sebut harga dan spesifikasi untuk memastikan sendiri kawasan perkhidmatan yang terlibat sebelum memasukkan harga kerana sebarang tuntutan bayaran tambahan berhubung dengan perkara di atas tidak akan dipertimbangkan.
Bil. Perkara Kadar Harga (RM) Jumlah (RM)
Jumlah Keseluruhan
Dengan perkataan : Ringgit Malaysia: __________________________________________
Tarikh: ___________________
……………………………………... ……………………………………. (Tandatangan Petender) (Tandatangan Saksi) Nama Penuh : …………………………… Nama Penuh : ..………………………….…….
No. K/P : …………………………… No. K/P : ……………………………........
Alamat : …………………………… Alamat : …………………………...........
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 24
BORANG MAKLUMAT PENYEBUT HARGA
1. Nama : _______________________________________________________
2. Alamat : _______________________________________________________
________________________________________________________
3. No. Telefon : _________________________ H/P : _________________________
4. Emel :_____________________________________________________________
5. Tarikh Ditubuhkan : ________________________________________________
6. No. Pendaftaran Syarikat : ___________________________________________
*Sila kemukakan Profil Syarikat termasuk Borang 9, 24, 49, Sijil Akuan Pendaftran
Syarikat, Penyata Kewangan Tahun 2017 yang telah diaudit dan 3 bulan penyata bank
terkini.
7. Maklumat mengenai tuan punya syarikat:
NO NAMA NO. KAD PENGENALAN JAWATAN/TARAF DALAM SYARIKAT
1.
2.
3.
4.
( * Pengarah Urusan, Ahli Lembaga Pengarah/empunya tunggal dll). 8. Akaun Bank
a) Maklumat mengenai bank:
NO NAMA BANK CAWANGAN & ALAMAT NO AKAUN
1.
2.
3.
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 25
9. Maklumat mengenai taraf syarikat
a) Taraf syarikat
Bumiputera Bukan Bumiputera (Tandakan (/) di kotak berkenaan)
b) Jika petender adalah syarikat Bumiputera, sila nyatakan peratus (%) penyertaan kaum-kaum seperti di bawah:-
i) Pengurusan Syarikat:
Melayu _____________ % China _____________ %
India _____________ % Lain-lain _____________ % Jumlah _____________ %
ii) Kakitangan Syarikat:
Melayu _____________ % China _____________ %
India _____________ % Lain-lain _____________ % Jumlah _____________ %
iii) Pembahagian Saham Syarikat
Melayu _____________ % China _____________ %
India _____________ % Lain-lain _____________ %
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 26
Jumlah _____________ %
c) Sekiranya Syarikat/Perniagaan tuan bertaraf BUMIPUTERA, satu salinan Akuan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang mencatatkan taraf demikian dan yang belum habis tempoh pendaftarannya hendaklah dikemukakan bersama dokumen Sebut harga.
Pengakuan: Disahkan bahawa semua keterangan dan maklumat-maklumat di atas adalah benar. Tarikh : ……………………………. ……………………………………….
Tandatangan dan cop syarikat Nota: Jika didapati keterangan/maklumat di atas tidak benar, pihak UPMHoldings berhak
menolak/membatalkan tawaran syarikat tuan di UPMHoldings.
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 27
r LAMPIRAN C
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi (UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001)
Saya,________________________________________________________________ yang
no. K.P___________________________________________________________________
yang *mewakili/memiliki__________________________________________nombor
Pendaftaran______________________________dengan ini mengisytiharkan bahawa saya
atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi
rasuah kepada mana-mana individu dalam UPM Holdings Sdn. Bhd. atau mana-mana
individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas.
Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati
bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam UPM Holdings
Sdn. Bhd. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut
harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut
diambil:
2.1 penarikan bilik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga * diatas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga * di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan UPM Holdings Sdn.
Bhd.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam
tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan
perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
________________________
Nama dan No. K.P.:
Cop Syarikat:
Catatan* Potong mana yang tidak berkaitan.
(Nama Wakil Syarikat/Nama Pemilik Syarikat)
(Nama Syarikat)
(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)
(Tandatangan)
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 28
BORANG A- REKOD PENGALAMAN PERKHIDMATAN (SENARAI SEMUA KERJA YANG DISIAPKAN DALAM 5 TAHUN LEPAS)
Bil. Nama kontrak Nilai kontrak (RM) Tempoh kontrak Tarikh mula
kontrak Tarikh tamat
kontrak Nama dan
alamat majikan
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 29
BORANG B- KAKITANGAN OPERASI PENYEBUT HARGA
BUTIR-BUTIR PEKERJA YANG ADA DALAM PENGGAJIAN PENYEBUT HARGA MASA KINI
Bil. Nama No. K/ P Kelulusan
Profesional/ Pendidikan
Tarikh Di Ambil Berkerja
Jawatan Disandang/
Tugas-Tugas Semasa
Pengalaman Lepas
SULIT
UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 30
BORANG C- SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA
(SENARAI SEMUA KERJA DI DALAM TANGAN/ SEDANG BERJALAN & BELUM SIAP
Bil. Nama kontrak Nilai kontrak
(RM) Tempoh kontrak
Tarikh mula kontrak
Tarikh tamat kontrak
Nama dan alamat Majikan