DUNIA Sejarah dan Perkembangan Takwim · PDF fileperang dan Safar pula ertinya ko- ... berlaku...

Post on 06-Feb-2018

228 views 4 download

Transcript of DUNIA Sejarah dan Perkembangan Takwim · PDF fileperang dan Safar pula ertinya ko- ... berlaku...

Halaman LimaBERITA HARIAN R abu, 24 Januari 2007

Sejarah dan Perkembangan Takwim HijrahP

ADA hari Sabtu 20 Januari2007 bersamaan 1 Muharam1428 Hijrah merupakan Awal

Muharam, iaitu hari pertama da-lam takwim Hijrah atau kalendarIslam. Bagi beberapa buah negeri diSemenanjung Malaysia, ia merupa-kan hari cuti umum bagi menyam-but dan meraikan kedatangan haritersebut. Umat Islam pula digalak-kan membaca doa akhir tahun danawal tahun serta berpuasa sunatbagi menginsafi dan merenung hik-mah di atas peristiwa-peristiwayang telah berlaku.

Takwim Hijrah ialah kalendaryang berdasarkan bulan qamaridan disebut juga takwim atau ka-lendar Islam. Ia mengandungi 12bulan iaitu Muharam, Safar, Ra-biulawal, Rabiulakhir, Jamadil-awal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban,Ramadan, Syawal, Zulkaedah danZulhijah.

Dikatakan bahawa orang yangmula-mula menamakan bulan-bu-lan ini ialah Ka'b ibn Murrah, datukkelima Rasullullah S.A.W. OrangArab menamakan lima bulan de-ngan nama musim walaupun namaitu tidak lagi tepat sebagaimanayang kita alami sekarang. Contoh-nya Ramadhan yang berasal dari-pada a l - Ra m a d a ' bermaksud sangatpanas, tidak selalunya jatuh padamusim panas. Begitu juga dua Ja-mad (Jamadilula/Jamadilawal danJamadilakhir) tidak selalunya ja-tuh pada musim sejuk walaupunJa m a d bermaksud beku.

Muharam pula dinamakan demi-kian kerana ia merupakan salahsatu bulan yang diharamkan ber-perang dan Safar pula ertinya ko-song, kerana isi negeri menjadi ko-song disebabkan penduduknya ke-luar berperang selepas Muharam.

Rabiulawal dan Rabiulakhir dina-makan demikian kerana kedua-dua-nya jatuh pada musim bunga (Rabi')waktu nama tersebut diberikan. Re-jab pula ertinya bulan yang dihor-mati, kerana mereka menghorma-tinya dengan meninggalkan pepe-rangan, oleh itu ia termasuk di da-lam salah satu bulan haram.

Syaaban (bercabang) pula men-dapat namanya kerana kabilah-ka-bilah Arab berpecah dan bercabanguntuk berperang setelah duduk di-am pada bulan Rejab. Dinamakan

bulan Syawal kerana pada bulan ituunta mengangkat ekornya keranahendak mengawan, berasal daripa-da akar kata sy ala (meng angkat).Zulkaedah ertinya duduk, iaitu bu-lan yang mereka duduk di rumahtanpa peperangan. Zulhijjah puladiambil namanya daripada perka-taan hajj (bulan Haji).

Orang Arab menganggap permu-laan hari ialah selepas jatuh ma-tahari dan berterusan sehingga ja-tuh matahari berikutnya, oleh itumalam mendahului siang. Tetapi ha-ri menurut syarak yang diberi de-finisi oleh fuqaha' dimulai denganterbit fajar sadiq sehingga jatuh ma-tahari. Pada zaman sekarang me-nurut orang Eropah, hari dimulaipada tengah malam dan berterusansehingga tengah malam berikutnya.

Orang Arab sebelum Islam meng-gunakan tahun Qamariyah sejakzaman dahulu. Walau bagaimana-pun mereka hanya merekodkanperistiwa-peristiwa penting yangberlaku pada masa tersebut. Um-pamanya ialah tarikh pembinaanKaabah pada zaman Nabi Ibrahimdan Isma'il a.s. pada tahun 1855 S.M.dan tahun Gajah iaitu tahun yangpaling masyhur bersamaan dengantahun 571 M. Namun sejarah yangdicatatkan tidak mengikut kaedahyang tetap di kalangan seluruhbangsa Arab, mereka menulis me-

ngikut cara masing-masing, iaitumengikut perbezaan tempat ting-gal, sama ada di utara atau di se-latan, bahkan perbezaan menulistarikh juga berbeza dengan adanyaperbezaan qabilah. Oleh itu takwimqamari pada zaman jahiliyah bu-kanlah takwim yang boleh dipe-gang teguh untuk digunakan di da-lam kehidupan manusia.

Selepas berdirinya negara Islampada zaman Rasullullah S.A.W., ta-hun Qamariyah masih diteruskantetapi tidak ditetapkan tahun-ta-hunnya. Oleh itu kaum musliminmemberi nama tahun-tahun itu de-ngan nama peristiwa besar yangterjadi di dalamnya. Antaranya ia-lah tahun pertama (Tahun al-Izn)iaitu izin hijrah dari Makkah keMadinah, tahun kedua (Tahunal-Amr) iaitu tahun diperintahkanmemerangi kaum musyrikin danakhirnya tahun kesepuluh yang di-kenali sebagai tahun a l - Wa d a ' iaitutahun haji al-Wada' atau haji ter-akhir yang dilakukan oleh NabiMuhammad S.A.W.

Peristiwa semasa pemerintahankhalifah 'Umar bin al-Khattab me-rupakan titik tolak perubahan tak-wim hijrah dimana khalifah 'Umartelah mengumpulkan beberapaorang sahabat pada hari Rabu 20Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagimenentukan tarikh yang patut di-

ambil sebagai permulaan tahun Is-lam. Dalam perbincangan tersebutpendapat 'Ali ibn Abi Talib diterimadengan mengemukakan cadangansupaya menjadikan Hijrah Nabi Mu-hammad S.A.W. dari Makkah ke Ma-dinah sebagai permulaan tahun Is-lam dan mereka juga bersetuju de-ngan pandangan Uthman menjadi-kan Muharam sebagai bulan per-tama dalam sejarah Islam. Awal Mu-haram tahun berlakunya hijrah Na-bi Muhammad s.a.w. diambil sebagaipermulaan tarikh Islam sekalipunhijrah tidak bermula dan berakhirpada hari itu, kerana sebenarnyahijrah bermula pada akhir bulanSafar dan Baginda sampai ke pinggirMadinah pada hari Isnin Rabiul-awal, kemudian masuk ke Madinahpada hari Jumaat 12 Rabiulawal.

Perbezaan jarak antara tahunHijrah dengan tahun Masihi ialah622 tahun, tetapi jarak perbezaanini semakin berkurangan sedikitdemi sedikit. Ini kerana setahunHijrah qamariyah mengandungi354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat,sedangkan setahun Masihi sham-siyah mengandungi 365 hari, 6 jam,9 minit dan 9.5 saat dan perbezaankeduanya ialah 10, 11 atau 12 haridalam setahun, iaitu terpulang sa-ma ada salah satu atau kedua-dua-nya merupakan tahun kabisah. De-ngan kiraan ini jelaslah bahawa

setiap 33 tahun Hijriyah lebih ku-rang sama dengan 32 tahun Masihi.Oleh itu tahun Hijrah dan tahunMasihi akan bertemu atau samaharinya pada setiap lebih kurang 33tahun sekali.

Untuk mengetahui tahun Hijrahpada tarikh tahun Masihi yang di-ketahui, kita hendaklah menolak622 daripada tahun Masihi itu ke-rana tahun Hijrah bermula padatahun 622 Masihi, iaitu pada hariJumaat 16 Julai. Baki yang tinggalselepas itu ialah tahun Masihi yangtelah berjalan sejak tahun Hijrah,kemudian kita darab dengan 33 dannatijahnya dibahagi pula dengan 32,kerana setiap 33 tahun Hijrah lebihkurang sama dengan 32 tahun Ma-sihi. Contohnya seperti berikut:

(1980-622)/32 x33 = 1400HApabila kita hendak mengetahui

tahun Masihi yang bersamaan de-ngan tahun Hijrah yang kita telahketahui, kita darab tahun Hijrahdengan 32 dan natijahnya dibahagidengan 33 kemudian ditambah de-ngan 622. Contoh seperti berikut:

(1100x32/33) + 622 = 1688MUntuk mengetahui secara lebih

lanjut berkaitan sejarah penentuantakwim hijrah, nama saat, hari danbulan dalam Islam, para pembacabolehlah merujuk Ensiklopedia Du-nia Jilid 21 bagi artikel yang ber-kaitan dengan Takwim Hijrah.

TEROK AIE K S I K LO P E D I A

DUNIA

SIRI KESEPULUH