edu2015 minggu3

Post on 07-Dec-2015

226 views 0 download

description

edu

Transcript of edu2015 minggu3

Merujuk kepada model ASSURE bincangkan secara terperinci bagaimana anda memilih kaedah, media dan bahan sumber yang sesuai untuk satu sesi pengajaran berbantukan komputer.

Faktor-faktor Pemilihan Kaedah Pengajaran

• isi kandungan pelajaran– Isi kandungan pelajaran mempengaruhi kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan kerana tidak semua isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan sesuai dengan sesuatu kaedah. Jika pemilihan sesuatu kaedah itu tidak sesuai dengan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan, ia boleh menyebabkan objektif pelajaran yang hendak dicapai tidak tercapai.

kesediaan dan kemampuan pelajar atau murid

– seringkali guru juga harus memperhatikan tingkat kemampuan siswa. Ada pendekatan, pendekatan, strategi, dan teknik pembelajaran yang mudah untuk diterapkan pada berbagai kemampuan/jenjang pendidikan/tingkat/kelas siswa. Tetapi adapula pendekatan, metode, strategi, dan teknik pembelajaran yang sulit diterapkan pada siswa di kemampuan/jenjang pendidikan/tingkat/kelas tertentu.

• Latar belakang dan jumlah pelajarTahap keupayaan otak dan kemampuan pelajar yang berbeza-beza. Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah yang mahu digunakan.

Iklim dan suasana tempat mengajar

• Kemudahan infrastruktur dan alam persekitaran sekolah boleh mempengaruhi pemilihan kaedah atau

• kaedah pengajaran. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

Contoh-contoh kaedah pengajaran

Tutorial

• digunakan untuk menyampaikan sesuatu fakta ataupun penerangan menegnai sesuatu perkara kepada murid. Kaedah ini sesuai digunakan ketika menyampaikan maklumat dan memulakan sesuatu topic pengajaran dan pembelajaran.

Permainan

• . Seorang guru yang berkreativiti dan berinovasi akan mengambil peluang ini untuk menarik minat murid-murid belajar melalui permainan dalam komputer. Hampir semua perisian pengajaran dan pembelajaran yang dicipta memasukkan elemen permainan dalam kandungan perisian rekaan mereka. Kaedah PPBK ini sangat diminati oleh murid-murid. Antara perisaian yang dibangukan adalah termasuk “Hang Man” dan “Tidy Up”.

Simulasi

• Thomas & Miligan (2004), telah mendefinisikan simulasi sebagai keadaan dan system yang dimodelkan oleh komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sesuatu system itu berfungsi.

Tunjuk cara

• digunakan untuk menunjukkan kepada murid sesuatu prosedur yang hendak dilakukan. Melaui kaedah ini murid mampu memahami sesuatu prosedur itu sebelum melakukannya dalam situasi keadaan sebenar. Tunjuk cara ini amat sesuai digunakan untuk memahami sesuatu prosedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan, terlalu kompleks ataupun yang boleh mendatangkan bahaya kepada murid-murid.

Kriteria-kriteria Pemilihan Kaedah Pengajaran

• Media dikenali sebagai medium yang bermaksud sesuatu saluran komunikasi yang membawa maklumat. Maklumat daripada penyampai akan diterima oleh penerima melalui saluran komunikasi yang disebut sebagai media. Media terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya radio, televisyen , rakaman audio, gambar foto, slaid , bahan-bahan bercetak dan komputer.

• Pengajaran guru perlu disampaikan dengan kaedah pengajaran yang pelbagai dan bersesuaian dengan keadaan diri pelajar. Hal ini kerana gaya seseorang pelajar belajar adalah berbeza dengan gaya seseorang pelajar yang lain. Oleh itu guru perlulah peka dalam memilih sesuatu bahan untuk disesuaikan dengan semua tahap kognitif pelajar. Oleh hal sedemikian, guru perlu bijak memilih alat bantu mengajar atau pun dipanggil media pengajaran.

• Tujuan penggunaan media pengajaran adalah untuk membantu para guru dalam menyampaikan isi pengajaran supaya apa yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pelajar. Selain itu ia juga dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana penggunaan media pengajaran yang pelbagai dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Contoh-contoh media pengajaran

Projektor Overhed

• penggunaan OHP akan digabungkan dengan kaedah syarahan. Hal ini kerana penggunaannya meletakkan seseorang guru berhadapan dengan pelajarnya, ini dapat memastikan kawalan bilik darjah terjamin.

Video

• ia mudah dikendalikan dan tidak membebankan• pengunaannya hanya terhad dalam bilik tertentu

sahaja iaitu seperti bilik media, tayangan dan sebagainya. Tetapi, ia masih menjadi pilihan kebanyakan guru kerana pembelajaran melalui media ini mampu meningkatkan motivasi para pelajar terutama subjek-subjek yang memerlukan tayang secara secara langsung.

Microfon dan Pembesar Suara

• Pembesar berupaya mengeluarkan audio output. Ia menghasilkan output dalam bentuk perkataan, muzik, stereo atau suara.Penghasilan sistem bunyi yang baik, jelas dan realistik antaranya terletak pada sistem stereo bunyi yang digunakan pada sesebuah PC multi media.

Kriteria-kriteria Pemilihan bahan sumber

• Bahan-bahan hendaklah dipilih berdasarkan kepada objektif yang ditentukan terlebih dahulu. Kandungannya hendaklah mengandungi fakta tepat serta sesuai digunakan mengikut kebolehan pelajar.

• alat bantu mengajar haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. Alat bantu mengajar harus mengandungi idea- idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri. A

• Reka bentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid- murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna.

• mengandungi nilai- nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan- bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata, atau menggunakan bahan- bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.