Post on 04-Jun-2020
EKO WARISAN PELANCONGAN
PULAU TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI, JOHOR
DOKUMENTASI ‘MEMAHAT SEJARAH PULAU TANJUNG SURAT`
PENDAHULUAN
Tahun 2017 merupakan tahun Universiti Teknologi Malaysia
merintis kepada inisiatif mengkomersilkan pintu masuk Wilayah
Timur Johor kurun ke-19, iaitu Pulau Tanjung Surat kepada
masyarakat umum melalui program tanggungjawab sosial (CSR)
di bawah Unit Pembelajaran Servis (CCSL).
MAKLUMAT UMUM
Latitud : 1° 28' 12" (1.47°) utara
Longitud : 104° 3' 31.7" (104.0588°) timur
Daerah : Kota Tinggi
Mukim : Tanjung Surat
Parlimen / DUN : Pengerang (P157)
Tanjung Surat (DUN N39)
Lembangan Air : Sungai Lebam
Lokasi: Terbahagi dari daratan oleh Sungai
Belungkor & Sungai Johor
Pengangkutan : Jalan air melalui Terminal
Tanjung Belungkor, Jeti Tanjung
Surat & Tanjung Langsat
Perkampungan : Kg Linting, Kg Nyior &
Kg Tanjung Surat
Jumlah Penduduk : anggaran 200 keluarga
Pekerjaan : nelayan, penoreh getah, usahawan,
pelancongan WARISAN BUDAYA
Bahasa : Bahasa Melayu, dialek Johor Bahru
Rekabentuk rumah: Rumah Melayu / Rumah Rakit
Permainan Tradisional: Jong
Seni Muzik: Kompang , Hadrah
Kraftangan: Jong, tempayan lama
Makanan istimewa: Asam Pedas, Siput Gonggong
Penyedia Dokumentasi : Teras Kesukarelawanan Pembelajaran Servis UKR2132 Eksplorasi Maklumat (Semester II 2018/2019)
SUMBER RUJUKAN :
Adanan Mat Junoh, Ismail Adnan, Kassim Thukiman, Md Zin Idros, Rafie Abd. Rahim (2008). Jati diri Johor : Dalam Pelbagai Perspektif. Yayasan Warisan
Johor: Johor Bahru, Johor.
Hisyam Rasidi. (2018, 18 March 2019). Video Eko Warisan Pelancongan Pulau Tanjung Surat Kota Tinggi from
https://www.youtube.com/watch?v=uj9wH_BT3yQ
Hazzuar Hakim. (2017). Kampung Linting, Kota Tinggi Johor (Rumah Rakit dan Sangkar Ikan). Retrieved March, 2019, from
http://lienquanviet.viwap.com/video/kampung-linting-kota-tinggi-johor/lyPhhAc4Wys
MapCarta. (n.d.). Pulau Tanjung Surat Retrieved April, 2019, from https://mapcarta.com/15828790
Asal usul Nama
Merupakan pusat pengumpulan surat-surat dari luar dan
dalam kawasan timur Johor, contoh surat dari Johor Bahru
ke Changi, termasuklah surat-surat kerajaan. Semasa zaman
Sultan Abu Bakar ibni Temenggung Ibrahim (1862-1895)
baginda telah memasyhurkan pulau ini sebagai salah satu
pusat pentadbiran penting Kerajaan Johor dengan melantik
‘Datuk Penggawa Timur’, Datuk Nong Jaafar bin Nong
Yahya sebagai Pesuruhjaya Timur, atau Ketua Wakil Sultan.
(Shahrom,1995; Yayasan Warisan Johor, 2011).
SEJARAH PULAU TANJUNG SURAT
Kini kawasan Tanjung Surat adalah sebahagian jajaran
daerah Kota Tinggi dan Mersing yang terletak dalam
kawasan Johor Tenggara.
Sejarah Pejabat Kastam
Pejabat Kastam mula dibuka pada kurun ke-19 sebagai
pejabat cukai. Ianya dikenali sebagai ‘Pejabat Cukai
Pelabuhan Pintu Masuk ke Selatan Negeri Johor’. Selepas
merdeka, pejabat cukai ini ditukar nama kepada ‘Balai
Kastam Tanjung Surat’. Operasi Balai Kastam ini berakhir
pada 1998 dan dipindahkan ke Tanjung Belungkor. Kini,
pejabat lama tersebut dibaikpulih dan dikenali sebagai
‘KEJADI’, Kem Jati Diri Kastam (Kastam Johor, 2011).
EKO WARISAN PELANCONGAN
PULAU TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI, JOHOR
Kegiatan Ekonomi
Daripada hasil pungutan cukai dan pengumpulan lada
hitam. Selain daripada berfungsi sebagai pusat
pengumpulan surat, pembicaraan kesalahan penduduk
turut dilaksanakan di pulau berkenaan (Yayasan Warisan
Johor, 2011)
Legenda Setempat
Makam Pahlawan legenda Melayu, Si Bongkok Tanjung
Puteri didakwa terletak Tanjung Belungkor, 45 minit
perjalanan. Pahlawan ini dikebumikan jauh ke tengah
hutan kerana beliau berani menentang Sultan yang
dianggap cenderung kepada British di samping melanun
kapal-kapal dagang British pada waktu itu (Yayasan
Warisan Johor, 2011)
Peta lama & tinggalan gedung Datuk Penggawa
Timur masih boleh dilihat sehingga kini
SUMBER RUJUKAN :
Shaharom Husain (1995). Sejarah Johor: kaitannya dengan Negeri Melayu. Fajar Bakti, Kuala Lumpur. Yayasan Warisan Johor (2011). Projek Pemugaran dan Pendokumentasian Sejarah Tempat dan Aktiviti Perkastaman di Tanjung Surat dan Pengerang, Kota Tinggi, 19-
21 Jun 2011. Bahagian Persuratan dan Sejarah Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru.
Jabatan Kastam Di Raja Johor (2011). Pelan Tindakan Perancangan Strategik, Johor.
Jiwa Johor Dan Kisah Panglima Si Bongkok. (2014). from http://www.cikpuanbunga.com/2014/04/jiwa-johor-dan-kisah-panglima-si-bongkok.html (ed.), Hisyam Rasidi. (2018). Pembangunan Komuniti Eko Warisan Pelancongan Pulau Tanjung Surat Kota Tinggi Johor. Johor Bahru: UTM.
Pusara Si Bongkok di
Tanjung Belungkor
Bangunan lama Kastam, Tangga 200, bangunan lama Imigresen & Jeti Imigresen
Pulau Tanjung Surat
Penyedia Dokumentasi : Teras Kesukarelawanan Pembelajaran Servis UKR2132 Eksplorasi Maklumat (Semester II 2018/2019)
Masjid Lama
Keunikan Masijd lama Pulau Tanjung Surat adalah kolam /
perigi lama tempat berwudhu’ yang masih digunakan
sehingga kini. Selain daripada itu, masjid ini masih aktif
digunakan untuk solat Jumaat dan lain-lain aktiviti
penduduk setempat.
SEJARAH PULAU TANJUNG SURAT
EKO WARISAN PELANCONGAN
PULAU TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI, JOHOR
Istiadat Siram Tabal Sultan Abu Bakar (1886)
Semasa adat siram tabal pemasyhuran Sultan Abu Bakar,
seramai 20 orang daripada 40 orang wanita yang
dikenali sebagai ‘Wanita Rupawan’ atau dayang-dayang
daripada Tanjung Surat telah ditugaskan di setiap tingkat
pesada berkenaan. Pemilihan ini merupakan
penghormatan kepada penduduk tempatan waktu
tersebut. (Kamdi, 2019).
Bangunan dan ruang masjid. Gambar bawah ke kanan adalah kolam / perigi
lama masjid yang unik
Penyedia Dokumentasi : Teras Kesukarelawanan Pembelajaran Servis UKR2132 Eksplorasi Maklumat (Semester II 2018/2019)
Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat
Pada tahun 1883, dikenali sebagai Sekolah Melayu Pulau
Tanjung Surat, ditukar nama kepada Sekolah Umum
Pulau Tanjung Surat dan seterusnya nama yang digunakan
masa kini. Warisan tinggalan papan batu dan buku teks
lama yang digunakan di sekolah Melayu kini disimpan
oleh Persatuan Sejarah Johor, Jalan Peteri.
Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat. Peralatan lama sekolah Melayu, daripada
kiri ke kanan : papan batu dan buku-buku teks lama.
Ehsan: Hj Kamdi Kamil, Setiausaha Persatuan Sejarah Johor.
Adat Siram Tabal Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor (2015)
Balai Polis Lama
Balai polis lama di pulau ini walaupun tidak lagi
digunakan, tetapi bangunan dan ruang di dalam sangat
terjaga rapi.
Jeti
Terdapat beberapa jeti di sekitar Pulau Tanjung Surat.
Dahulu, jeti dikenali sebagai ‘tambatan atau pabian’
di kalangan penduduk tempatan. Sehingga kini, oleh
kerana masih ketiadaan jambatan daripada tanah daratan,
jeti dan bot masih pengangkutan utama penduduk di sini.
SUMBER RUJUKAN :
Abdul Rahim Ramli (2013). Adat Istiadat Kesultanan Johor Moden 1855-2012. Penerbit UTM, Johor Bahru
Haji Kamdi Kamil (2019). In Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor, (Ed.), Buku Sejarah Sekolah-sekolah Johor
Siti Nisrin Mohd Anis. (2019). Sejarah Pulau Tanjung Surat. In Haji. Kamdi. Kamil (Ed.), Pembangunan Eko Warisan Pelancongan UTM di Pulau Tanjung Surat. Johor Bahru.