Post on 17-Oct-2015
description
EKONOMI ASAS
BAB 2
PENDAPATAN INDIVIDU DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU
2.1 PEMILIHAN PEKERJAAN
1 Jenis-jenis Sektor Ekonomi :
(a) Sektor Utama - aktiviti pengeluaran bahan mentah
( contoh : petani, nelayan, penoreh getah, pelombong)
(b) Sektor Kedua - aktiviti pemprosesan bahan mentah
( contoh : pekerja kilang, penjaga stor, penyelia gudang, arkitek)
(c) Sektor Ketiga - menyediakan kemudahan dan perkhidmatan
( contoh : peguam, doktor, pensyarah, guru, jururawat, posmen, tukang masak)
2 Faktor-faktor Pemilihan Pekerjaan :
(a) Upah wang
Penentu utama dalam pemilihan pekerjaan.
UPAH TINGGI TAWARAN sebagai pekerja TINGGI atau sebaliknya
(b) Faedah sampingan
( contoh : kemudahan tempat tinggal, elaun makanan / pengangkutan,
rawatan perubatan )
Kemudahan diberi oleh majikan untuk meningkatkan kualiti hidup / kebajikan
pekerja.
FAEDAH SAMPINGAN TAWARAN sebagai pekerja TINGGI atau sebaliknya
(c) Minat
UPAH RENDAH , tetapi Minat individu akan tetap memilih pekerjaan itu.
(d) Suasana tempat kerja
@ pejabat berhawa dingin
@ kemudahan pengangkutan awam
@ kemudah-kemudahan lain
(e) Pengaruh keluarga, rakan dan guru melalui galakan, dorongan, nasihat
Contoh : ibu bapa --- guru, anak berkemungkinan minat --- guru.
(f) Pengalaman dan kemahiran
Jika mahir komputer, individu akan memilih pekerjaan yang berkaitan dengan
bidang komputer.
(g) Jarak
memilih tempat kerja yang dekat.
(h) Prospek /
Memilih pekerjaan yang mempunyai prospek berikut :
(i) kenaikan pangkat
(ii) peluang meningkatkan ilmu pengetahuan
(i) Kelayakan akademik
Memilih pekerjaan berdasarkan kelayakan akademik
Contoh :
(i) pelepasan SPM - kerani, juruwang pasaraya, krew KFC
(ii) ijazah dan ke atas - akauntan, guru, jurutera perisian komputer
EKONOMI ASAS
BAB 2
PENDAPATAN INDIVIDU DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU
2.2 PENDAPATAN INDIVIDU
1
Contoh :
(a) biasiswa : BKP
(b) pencen
(c) elaun
(d) bantuan kebajikan :
BR1M
2 Pendapatan produktif :
(a)
(b) Upah
Ganjaran kepada individu yang menyumbangkan tenaga fizikal atau mental.
(c) Sewa
Ganjaran diterima individu yang memberikan hak penggunaan hartanya kpd org.
( contoh : sewa rumah )
(d) Untung
Ganjaran diterima individu hasil usahanya dalam menjalankan kegiatan ekonomi
dengan cekap. [ Rumus | Untung : Jumlah hasil Jumlah kos ]
Faktor-faktor
pengeluaran Ganjaran
Buruh
Modal
Tanah
Usahawan
Upah
Faedah / Dividen
Sewa
Untung
Pendapatan Individu
Pendapatan produktif
Pendapatan tidak produktif
$ Upah
$ Faedah,
dividen
$ Sewa
$ Untung
$ Bayaran
pindahan
(e) Faedah dan Dividen
Faedah Dividen
Ganjaran kepada individu yang
menyimpan dan meminjamkan
modal wang kepada pihak lain
seperti BANK.
Faedah =
Jumlah simpanan x kadar
faedah x tempoh simpanan
Sebahagian drpd keuntungan
syarikat yg dibayar kpd
pemegang saham.
Bank perdagangan dan institusi
kewangan yang mengamalkan
skim perbankan Islam turut
membayar dividen kepada
pendeposit.
Contoh penabung unit dalam
amanah saham
(a) Amanah Saham Wawasan
(b) Amanah Saham Bumiputera
Dalam Islam, faedah ( riba ) --- HARAM !
Sebab :
faedah mengakibatkan ketidakadilan
dalam agihan pendapatan.
TIADA
EKONOMI ASAS
BAB 2
PENDAPATAN INDIVIDU DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU
2.3 PENDAPATAN BOLEH GUNA
Definisi : Pendapatan Individu Potongan Wajib
Jenis-jenis potongan wajib :
(a) Caruman KWSP ( Kumpulan Wang Simpanan Pekerja )
- Tujuan : memberi perlindungan kewangan apabila bersara atau hilang upaya
kerja, membolehkan KWSP memberi pinjaman kepada kerajaan semasa inflasi
- pekerja SWASTA perlu mencarum kepada KWSP
- pekerja sektor awam telah bekerja tiga tahun, dimasukkan ke pencen
DIKECUALIKAN.
- pekerja yang berumur 16 tahun ke atas diwajibkan.
- Kadar caruman : 11 % jumlah upah diterima ( individu )
12 % jumlah upah pekerja ( majikan )
- 55 tahun ke atas / disahkan sakit / tidak berupaya kerja / berhijrah boleh
mengeluarkan wang dari KWSP.
Pendapatan
Boleh Guna
Caruman KWSP
Cukai
pendapatan
Bayaran zakat
Caruman
PERKESO
Potongan
Wajib
(b) Zakat ( suci, bersih, baik, berkat, subur, berkembang maju )
- individu yang beragama Islam
- merapatkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan miskin
- Jenis zakat :
(i) Zakat fitrah ( Zakat badaniyah )
- zakat tubuh badan yang dibayar semasa Ramadan
(ii) Zakat harta benda ( Zakat maliah )
- zakat harta benda seperti tanaman, emas, perak, pendapatan, wang
simpanan
- kadar zakat ialah 2/5 % atau 1/40 daripada nilai harta.
(c) Cukai pendapatan
- Pendapatan Boleh Cukai melebihi RM 5001 dan ke atas diwajibkan cukai.
- PELEPASAN CUKAI ( rujuk Lampiran 1 )
- KADAR PENDAPATAN BOLEH CUKAI ( rujuk lampiran 2 )
- Pendapatan Boleh Guna =
Pendapatan tahunan Pelepasan Cukai Zakat Caruman KWSP Zakat
(d) PERKESO ( PER-tubuhan KE-selamatan SO-sial )
- memberikan perlindungan kepada pekerja swasta jika berlaku kejadian luar
jangka.
- hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia.
- gaji pekerja swasta < RM 2 000 sebulan diwajibkan mencarum PERKESO.
- gaji pekerja swasta > RM 2 000 / belum didaftarkan diberi pilihan bebas menyertai
skim PERKESO.
- Skim Pencen Ilat --- 0.5 % / Skim Insurans Bencana Pekerjaan --- 1.25 %.
LAMPIRAN 2
Tahun taksiran 2013 dan 2014
Banjaran Pendapatan Bercukai Pengiraan (RM) Kadar % Cukai(RM)
0-2500 2,500 pertama 0 0
2,501-5,000 2,500 berikutnya 0 0
5,001-10,000 5,000 pertama 5,000 berikutnya
2
0 100
10,001-20,000 10,000 pertama 10,000 berikutnya
2
100 200
20,001-35,000 20,000 pertama 15,000 berikutnya
6
300 900
35,001-50,000 35,000 pertama 15,000 berikunya
11
1,200 1,650
50,001-70,000 50,000 pertama 20,000 berikutnya
19
2,850 3,800
70,001-100,000 70,000 pertama 30,000 berikutnya
24
6,650 7,200
Lebih 100,000 100,000 pertama Setiap ringgit berikutnya
26
13,850 ..........
Tahun taksiran 2010, 2011 dan 2012
Banjaran Pendapatan Bercukai Pengiraan (RM) Kadar % Cukai(RM)
0-2500 2,500 pertama 0 0
2,501-5,000 2,500 berikutnya 1 25
5,001-10,000 5,000 pertama 5,000 berikutnya
3
25 150
10,001-20,000 10,000 pertama 10,000 berikutnya
3
175 300
20,001-35,000 20,000 pertama 15,000 berikutnya
7
475 1,050
35,001-50,000 35,000 pertama 15,000 berikunya
12
1,525 1,800
50,001-70,000 50,000 pertama 20,000 berikutnya
19
3,325 3,800
70,001-100,000 70,000 pertama 30,000 berikutnya
24
7,125 7,200
Lebih 100,000 100,000 pertama Setiap ringgit berikutnya
26
14,325 ..........
LAMPIRAN 1
Pelepasan Cukai Individu Pemastautin
Tahun 2010, 2011, 2012 & 2013
Bil. Jenis Potongan Individu Amaun (RM)
1 Individu dan saudara tanggungan
Pelepasan Khas RM2,000 diberi kepada pembayar cukai yang
berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan (Pendapatan Aggregat
sehingga RM96,000 setahun.) Pelepasan ini hanya diberi untuk
Tahun Taksiran 2013 sahaja.
9,000
2 Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa 5,000 (Terhad)
3 Peralatan Sokongan Asas 5,000 (Terhad)
4 Individu Kurang Upaya 6,000
5 Yuran Pendidikan (Sendiri) 5,000 (Terhad)
6 Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati 5,000 (Terhad)
7 Pemeriksaan perubatan penuh 500 (Terhad)
8 Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan 1,000 (Terhad)
9 Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun) 3,000 (Terhad)
10 Tabungan bersih dalam skim SSPN 3,000 (Terhad)
11 Tabungan bersih dalam skim SSPN (berkuatkuasa Tahun Taksiran 2012 - 2017)
6,000 (Terhad)
12 Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan 300 (Terhad)
13 Yuran langganan Jalur Lebar (Berkuatkuasa Tahun Taksiran 2010 -
2012)
500 (Terhad)
14 Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000
setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari
tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009
sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah
kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan
melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu
dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula
berikut:
A x B
C
Di mana;
10,000
(Terhad)
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun
berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu
15 Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri 3,000 (Terhad)
16 Suami/Isteri kurang upaya 3,500
17 Anak di bawah umur 18 tahun 1,000
18 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan
menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil,
matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
1,000
19 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi
pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus
matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi
pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa
Kerajaan yang berkaitan.
i. 4,000 (tahun taksiran
2012 dan sebelum)
atau
ii. 6,000 (berkuatkuasa
mulai tahun taksiran
2013 dan seterusnya)
20 Anak Kurang upaya
Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya
berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti
diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar
Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa
Kerajaan yang berkaitan.
(Berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2013 Pelepasan tambahan adalah
sebanyak RM6,000)
5,000
21 Insuran nyawa dan KWSP 6,000 (Terhad)
22 Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di
buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru
atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira
bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) - tidak terpakai mulai
Tahun Taksiran 2012 - 2021
1,000 (Terhad)
23 Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) -
berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
3,000 (Terhad)
24 Insurans pendidikan dan perubatan 3,000 (Terhad)
Tahun 2009
Bil. Jenis Potongan Individu Amaun (RM)
1 Individu dan saudara tanggungan 8,000
2 Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa 5,000 (Terhad)
3 Peralatan Sokongan Asas 5,000 (Terhad)
4 Individu Kurang Upaya 6,000
5 Yuran Pendidikan (Sendiri) 5,000 (Terhad)
6 Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati 5,000 (Terhad)
7 Pemeriksaan perubatan penuh 500 (Terhad)
8 Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan 1,000 (Terhad)
9 Pembelian komputer peribadi untuk individu 3,000 (Terhad)
10 Tabungan bersih dalam skim SSPN 3,000 (Terhad)
11 Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan 300 (Terhad)
12 Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000
setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari
tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009
sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah
kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan
melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu
dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula
berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun
berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu
10,000 (Terhad)
13 Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri 3,000 (Terhad)
14 Suami/Isteri kurang upaya 3,500
15 Anak di bawah umur 18 tahun 1,000
16 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan
menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil,
matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
1,000
17 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi
pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus
matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi
pengajian tinggi luar Malaysia. (iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa
Kerajaan yang berkaitan.
4,000
18 Anak Kurang upaya
Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya
berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti
diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar
Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa
Kerajaan yang berkaitan
5,000
19 Insuran nyawa dan KWSP 6,000 (Terhad)
20 Insurans pendidikan dan perubatan 3,000 (Terhad)
EKONOMI ASAS
BAB 2
PENDAPATAN INDIVIDU DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU
2.4 PENGGUNAAN PENDAPATAN BOLEH GUNA
KEHENDAK & KEPERLUAN
1 Perbezaan antara Kehendak dan Keperluan
KEPERLUAN KEHENDAK
Diperlukan untuk hidup Diperlukan untuk hidup dengan selesa
Mempunyai unsur kemestian Tidak mempunyai unsur kemestian
Harga barang dikawal oleh kerajaan Harga barang tidak dikawal oleh
kerajaan.
Sama untuk setiap individu Pelbagai barang dan tidak terhad serta
bergantung kepada kemampuan dan
cita rasa
Contoh :
makanan, pakaian, tempat
perlindungan
Contoh :
hiburan, telefon bimbit terbaru,
pengangkutan mewah, pendidikan
tinggi
Pendapatan Boleh Guna
TabunganPerbelanjaan penggunaan
dijadikan sebagai
Institusi Kewangan
Pinjaman Pelaburan
disimpan di
boleh dipinjamkan
kpd org lain sbg
digunakan untuk
Keperluan Kehendak
TABUNGAN
1 sebahagian daripada pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan.
2 Tabungan = Pendapatan Boleh Guna Perbelanjaan penggunaan
3 Sebab menabung :
(a) tujuan awasan perbelanjaan luar jangkaan : sakit, kecemasan, kemalangan
(b) pembelian barang tahan lama / kehendak secara tunai harga rendah kerana
tidak bayaran tambahan seperti bayaran proses yang dikenakan pada
penggunaan kad kredit
*(c) menambah punca kewangan untuk pelaburan membeli mesin, jentera, kilang
4 Cara-cara menabung :
(a) menyimpan di bank perdagangan ( kesan : mendapat dividen )
(b) menyimpan di bank Bank Simpanan Nasional
(c) membeli saham, ( surat jaminan kerajaan --- pinjam wang kepada kerajaan )
(d) membeli insurans
(e) menyimpan di Lembaga Tabung Haji ( LTH )
(f) bentuk tabungan lain : emas, hasil seni, mata wang asing dan sebagainya.jika
nilai meningkat penabung akan mendapat keuntungan.
PINJAMAN
1 Pinjaman boleh dapat daripada :
(a) bank perdagangan
(b) syarikat kewangan ( BSN dan bank-bank lain )
(c) kedai pajak gadai
(d) kawan-kawan / saudara-mara
2 Digunakan untuk :
(a) menampung kekurangan wang
(b) membeli barang kehendak
(c) menambah modal seperti beli mesin, jentera dan sebagainya untuk maju bisnes
(d) memulakan perniagaan
*(e) mengurangkan pembayaran cukai ( terutamanya syarikat besar )
*(f) membuat pelaburan
PELABURAN
1 usaha-usaha untuk meningkatkan stok modal seperti mesin, jentera, kilang, rumah dan
sebagainya.
2 Dalam ekonomi, pelaburan saham tidak dikenali sebagai pelaburan sebab ia tidak
menjanjikan pulangan dan keuntungan pada masa yang akan datang, tetapi pelaburan
untuk meningkatkan produktiviti perniagaan dapat menjaminkan keuntungan.
3 Jenis pelaburan dalam ekonomi :
(a) pembinaan kilang ( termasuk mesin, jentera )
(b) pembelian bahan mentah untuk proses pengeluaran
(c) pembinaan rumah kediaman, bangunan-bangunan dan pembelian tanah.
(d) pelaburan dalam amanah saham ( ASN, ASB dan ASW )
[ amanah saham tidak sama seperti saham syarikat biasa kerana amanah saham
merupakan sejenis penabungan yang akan menjamin pulangan secara dividen ]
4 Sumber pelaburan :
(a) tabungan
(b) pinjaman
(c) wang pencen
(d) caruman KWSP ( dikeluarkn untuk membeli rumah )
(e) polisi insurans hayat ( insurans ini boleh dikeluarkan sebahagian untuk pelaburan )
PERBEZAAN PULANGAN daripada TABUNGAN dan PELABURAN
ASPEK PERBEZAAN TABUNGAN PELABURAN
Bentuk pendapatan
Faedah / Dividen Untung
Risiko
Rendah Tinggi
Pulangan
Rendah dan Tetap Tinggi dan Tidak tetap