Post on 12-Nov-2014
description
ELEKTRONIK
BAB 2
2.1 Komponen Elektrik dan Fungsinya
Diod Pemancar Cahaya (LED)Diod pemancar cahaya adalah
diod yang boleh menyala apabila arus elektrik mengalir melaluinya.
Ia selalu disebut L.E.D, iaitu singkatan untuk Light Emitting Diode.
Sejenis diod yang tidak berfilamen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah sahaja.
Berfungsi memancarkan cahaya dan menukarkan arus elektrik kepada cahaya.
Mempunyai 2 kaki, anod (+) dan katod (-).
Jangka masa penggunaannya lebih lama daripada mentol
Arus yang diperlukan hanya 10 mA dan bekalan voltan tidak melebihi 3 volt.
PerintangMengawal arus elektrik dalam
sesuatu litar.Nilainya diukur dalam unit Ohm
().Semakin tinggi nilai rintangan
semakin rendah arus yang mengalir melaluinya.
Nilai perintang ditandakan dengan kod warna
Ada 2 jenis:1. Perintang tetap – jenis
karbon dan dawai berlilit.2. Perintang boleh laras –
meter upaya dan reostat
Perintang TetapDibuat mengikut nilai rintangan
yang ditetapkan contohnya100 , 200 , 330 dan 1k.
Simbol: atau 2 jenis:
◦a) Perintang tetap jenis karbon◦b) Perintang tetap jenis berlilit dawai
Perintang Boleh LarasDikenali juga dengan nama reostat atau
VR(Variable Resistor)Rintangan boleh dilaras antara 0 hingga
nilai maksimumnya.Boleh digunakan untuk :
◦Radio untuk mengawal bunyi◦Televisyen untuk mengawal warna, bunyi
dan kecerahan◦Kipas angin untuk mengawal suhu
kepanasan◦Seterika elektrik untuk mengawal suhu
kepanasan
Jenis perintang boleh laras:
Simbol:
Kod Warna Perintang Kod warna
terdiri daripada 4 lajur
Lajur pertama menunjukkan nilai pertama
Lajur kedua menunjukkan nilai kedua
Lajur ketiga menunjukkan bilangan kosong
Lajur keempat menunjukkan nilai toleransi
Warna Mewakili nombor
HitamPerangMerahJinggaKuningHijauBiruUnguKelabuputih
0123456789
Cara Membaca Kod WarnaKuning menunjukkan no. 4
Ungu menunjukkan no. 7
Perang menunjukkan bilangan sifar, iaitu 1
Emas menunjukkan 5% toleransi
Jadi, nilai perintang di atas ialah 470 Ohm
Nilai toleransi ialah 470 Ohm X 5% = 23.5 Ohm
Jadi, nilai perintang boleh dari 446.5 Ohm hingga 493.5 Ohm
Suis• Digunakan untuk
menyambung dan memutuskan bekalan arus elektrik di dalam litar.
• Disambung secara bersiri pada wayar hidup untuk mengawal litar.
• Jenis suis:1. Suis Togel – untuk membuka dan
memutuskan arus dalam litar elektronik.
2. Suis tekan – digunakan pada hon kereta, loceng rumah.a) Suis tekan tutupb) Suis tekan buka
Transistor Digunakan untuk meninggikan
arus, voltan dan kuasa. Boleh juga digunakan sebagai
suis kawalan. 2 jenis :
1. NPN2. PNP
Mempunyai 3 kaki:1. Pemancar / Emitter (E) 2. Pemungut / Collector (C)3. Tapak / Base (B)
Diperbuat daripada bahan separa pengalir seperti silikon dan germanium.
Simbol Transistor
Kapasitor Komponen yang boleh menyimpan dan melepaskan
cas elektrik. Unit asas ialah FARAD (F) 2 jenis :
1. Kapasitor berkutub Elektrolitik dan Tantalum.
2. Kapasitor tidak berkutub Seramik dan Mika
Kapasitor yang bernilai tinggi akan menyimpan lebih banyak tenaga elektrik. Ia juga mengambil lebih masa untuk mengecas dan membuang cas.
Buzer1. Sebagai penggera yang
menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi dan memberi isyarat amaran untuk kereta.
2. Terdapat dua jenis:1. Buzer piezo –
mengeluarkan nada bunyi yang nyaring, berkutub (+ve / -ve).
2. Buzer elektromagnet – mengeluarkan nada bunyi yang rendah, tidak berkutub.
Komponen Aktif dan Pasif
Komponen Aktif1. Bahan
semikonduktor yang terdiri daripada silikon dan germanium.
2. Dapat membentuk, mengawal dan memproses isyarat elektrik.
3. Contoh : transistor dan diod.
Komponen Pasif1. Dibina daripada
bahan penebat seperti mika, seramik, kertas atau elektrolit.
2. Sebagai peranti sokongan untuk membantu operasi komponen aktif.
3. Contoh : perintang dan kapasitor.
Latihan / Nota TambahanSila rujuk buku teks untuk latihan
di bawah:1. Apakah perintang tetap jenis
karbon dan perintang tetap jenis berlilit dawai?
2. Apakah perbezaan antara perintang tetap jenis karbon dan perintang tetap jenis berlilt dawai?
3. Apakah suis yang dikenali sebagai suis satu kutub satu arah?
4. Apakah faktor yang mempengaruhi jumlah amaun cas yang disimpan dalam kapasitor?
5. Tuliskan ciri- ciri penting kapasitor. Bandingkan antara kapasitor nilai kecil dan kapasitor nilai tinggi.
6. Tuliskan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan kapasitor dan transistor.
Selamat Mengulangkaji
Jangan lupa siapkan latihan
anda