Post on 22-Mar-2019
1
KPS lwn AMZ
[Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Kes Jenayah
Bil: 10400-114-0003-2009 (YA Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar, S.M.S., HMTS) 8 Rabi’ul
Awal 1438H bersamaan 8 Disember 2016]
Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan Persetubuhan Luar Nikah - Seksyen 26
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah – Pengakuan Tidak Bersalah – Seksyen 96 Enakmen
Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah – Beban Pembuktian – Seksyen 73 Enakmen Tatacara
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Fakta Kes
[1] Tertuduh, AMZ telah dituduh dengan pertuduhan di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah
Syariah Selangor 1995. Tertuduh pada 31 Januari 2009 jam lebih kurang 06.15 petang di
dalam Hotel Flamingo XXX, daerah Gombak dalam Negeri Selangor Darul Ehsan didapati
melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan
seorang perempuan bernama NE. Tertuduh telah dibicarakan secara berasingan dengan
tertuduh wanita dan tertuduh lelaki telah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Manakala tertuduh wanita telah mengaku salah dan Mahkamah telah menjatuhkan
hukuman denda sebanyak RM4,500.00 atau dua (2) bulan penjara jika gagal membayar
denda dan tertuduh wanita dihukum penjara selama lima belas (15) hari. Di dalam
prosiding perbicaraan, pihak pendakwaan telah mengemukakan seramai tiga (3) orang
saksi bagi menyokong kes mereka iaitu SP-1 En. ATN, SP-2 En. SNS dan SP-3 En. FAT.
[2] Mahkamah telah memerintahkan Tertuduh membela diri terhadap pertuduhannya setelah
Mahkamah berpuashati pihak pendakwaan berjaya membuktikan adanya kes terhadap
Tertuduh. Kedua-dua Tertuduh telah memilih untuk membela diri dengan mengemukakan
2
keterangan bersumpah dari kandang saksi. Setelah Mahkamah meneliti keseluruhan
keterangan bersumpah kedua-dua Tertuduh dan hujah kedua-dua pihak, Mahkamah telah
mensabitkan bahawa Tertuduh telah melakukan kesalahan sebagaimana dipertuduhkan.
Mahkamah seterusnya telah memerintahkan kedua-dua pihak mengemukan mitigasi dan
hujahan balas sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Tertuduh.
Diputuskan
KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Pendakwa dan kehadiran Tertuduh bersama
Peguam Syarie, Encik Abdul Halim Bin Bahari. SETELAH MENELITI semua kertas kausa,
keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti berikut:
1. Mahkamah menjatuhkan hukuman bagi Pesalah AMZ dengan denda sebanyak RM 5000.00
atau penjara 4 bulan jika gagal membayar denda DAN Pesalah dihukum sebat sebanyak
enam (6) kali sebatan.
2. Pesalah ini hendaklah ditahan di Penjara sehingga hukuman sebat dilaksanakan
sebagaimana kehendak Seksyen 125 (4) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri
Selangor) 2003.
Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie
Ketua Pendakwa Syarie: diwakili oleh Puan Tuan Sara Waheeda binti Tuan Dir dari
Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Tertuduh: diwakili oleh Encik Abdul Halim Bin Bahari daripada Tetuan Azra & Associates.
Al-Quran Yang Dirujuk
1. Surah Al-Isra’ :Ayat 32.
3
Kitab-kitab Yang Dirujuk
1. Abd Qadir al-‘Audah. 2000. al-Tasyri’ al-Jina’ie al-Islami. Jld. 1. Beirut: Muassasah al-
Risalah.
2. Bahnasi, Ahmad Fathi. 1983.al-Uqubah Fi al-Fiqh al-Islami. Beirut Dar al-Shuruq.
3. Dr. Fathi bin al-Tayyib al-Khumasi dalam kitabnya Fiqh al-Jinaie al-Islami.
4. Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Ali al-Fayruzabadi al-Syirazi. al-Muhazzab. Jld. 5.
Undang-Undang Yang Dirujuk
1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003- s. 61.
2. Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 – s.26.
3. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s.67, s. 96 & s. 125.
4. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 -s.73, s.74, s.77, s.78.
Kes Yang Dirujuk
1. Pendakwa Syarie WP lwn. Mohd Norizam Bin Sulaiman dan Nadia Binti Sapiee, Kes
Jenayah Bil.: 14600-143-0006-2006 & 14600-143-0007-2006
2. Che Omar Mohd Akhir v. PP [1999] 2 CLJ 780
3. Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 5 CLJ 1
4. Pendakwa Syarie lwn Mohd Faizdehar Bin Wan Abdullah (2012) 3 ShLR 95 Surah Al-
Isra’ ayat 32
5. Norazlisham Bin Ramli lwn. Ketua Pendakwa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan
(2001) JH 15 2 165,
6. Pendakwa Syarie lwn. Jaiman bin Masta @ Mastah dan Jamidah bte Abdul Majid [2006] 1
CLJ (Sya) 151
7. Abdul Kahar B. Ahmad lawan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Rayuan Jenayah No:
10000-136-0006-2010, 10000-108-0007-2010, 10000-109-0008-2010, 10000-134-0009-
2010, 10000-107-0010-2010.
8. Muhammad Faris Bin Ismail & Shahidah Binti Abd Wahab lwn. Ketua Pendakwa Syarie
Negeri Melaka [2011] JH 32 62.
9. Muhammad Ridhwan Bin Tokiri Seorang Lagi lwn. Ketua Pendakwa Syarie [2012] JH 34
2 213.
4
Penghakiman Y.A Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar, S.M.S., HMTS
Sama ada Mahkamah Ini Mempunyai Bidangkuasa
[1] Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan ini berdasarkan
bidangkuasa Mahkamah ini dalam bidang kuasa jenayahnya, boleh membicarakan apa-apa
kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau di bawah mana-mana undang-undang
bertulis lain yang sedang berkuatkuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap
rukun-rukun agama Islam dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang
diperuntukkan bagi kesalahan itu sebagaimana Seksyen 61 (3) (a) Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Selangor) 2003. Tertuduh telah dipertuduhkan di Mahkamah ini di atas
tuduhan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan Persetubuhan Luar Nikah adalah
merupakan suatu kesalahan yang telah diperuntukkan oleh Seksyen 26 Enakmen Jenayah
Syariah (Negeri Selangor) 1995. Kesalahan tersebut telah dilakukan di dalam negeri ini
dan telah memenuhi kehendak Seksyen 67 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri
Selangor) 2003.
Pertuduhan
[2] Tertuduh telah dibacakan pertuduhan sebagaimana berikut :
“Bahawa kamu pada 31hb Januari 2009 jam lebih kurang 06.15
PETANG di dalam bilik bernombor 6, Hotel Flamingo XXX daerah
Gombak, daerah Shah Alam dalam Negeri Selangor Darul Ehsan didapati
melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan
luar nikah dengan seorang perempuan bernama NE sedangkan dia bukan
isteri kamu yang sah. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan
perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah
di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan
boleh dihukum di bawah seksyen dan enakmen yang sama.
5
Setelah mendengar dan faham terhadap pertuduhan, Tertuduh telah membuat pengakuan
tidak bersalah dan minta kes ini dibicarakan.
Beban Pembuktian.
[3] Apabila Pendakwa Syarie mendakwa bahawa Tertuduh telah melakukan kesalahan
dibawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 maka Pendakwa Syarie
hendaklah membuktikan dakwaannya sebagaimana diperuntukkan di dalam Seksyen 74
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyebut bahawa
beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada orang yang akan
gagal tiada apa-apa keterangan langsung diberikan oleh mana-mana pihak. Ini juga
bersesuaian dengan peruntuntukan yang menyatakan bahawa beban pembuktian ini terletak
ke atas pihak-pihak yang inginkan Mahkamah memberi penghakiman ke atas apa-apa hak
atau liabiliti seperti mana mengikut fakta-fakta yang ditegaskan olehnya sebagaimana
Seksyen 73 dan Seksyen 78 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
2003.
Tahap Pembuktian di Peringkat Kes Pendakwaan
[4] Undang-undang tidak menetapkan secara jelas tahap pembuktian yang perlu dibuktikan
oleh pendakwaan bahkan hanya memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah
menentukan terlebih dahulu samada keterangan yang dibawa oleh pendakwaan ini
membuktikan ADA kes terhadap Tertuduh ataupun sebaliknya. Tahap pembuktian kes di
peringkat pendakwaan ini hanya diperuntukkan secara umum di dalam Seksyen 96
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa:-
(f) jika, selepas mengambil segala keterangan yang disebut dalam
perenggan (c), (d) dan (e) Mahkamah mendapati bahawa TIADA kes
terhadap tertuduh telah diwujudkan yang jika tak dipatahkan akan
mewajarkan sabitannya, maka Mahkamah hendaklah merekodkan
perintah pembebasan;
6
(h) jika, apabila keterangan itu telah diambil, Mahkamah berpendapat
bahawa ADA alasan untuk menganggap bahawa tertuduh telah
melakukan kesalahan yang dipertuduh itu atau kesalahan lain yang
Mahkamah itu kompeten untuk membicarakannya dan yang pada
pendapatnya patut dibicarakannya, ia hendaklah menimbangkan
pertuduhan yang direkodkan terhadap tertuduh dan memutuskan sama
ada pertuduhan itu mencukupi dan, jika perlu, hendaklah meminda
pertuduhan itu;
[5] Mahkamah percaya tahap pembuktian yang diperlukan di peringkat ini tidaklah perlu
sehingga ke tahap yakin tetapi pihak pendakwaan hendaklah mengemukakan keterangan
sehingga ke tahap tanpa keraguan yang munasabah atau ghalabah al-zan sahaja. Ini adalah
bersandarkan kepada pandangan ulama’ yang menyatakan bahawa sabitan kesalahan takzir
mencukupi dengan syahadah seorang saksi lelaki. Syahadah seorang saksi lelaki adalah
bukan di tahap yakin tetapi pada tahap zan al-ghalib. (Dr. Abdul Qadir Audah, Al-Tasyri’
Al-Jinaie Al-Islamie. Juz 1, Risalah Publisher, Beirut-Lebanon, hlm 83.) Ini juga
bersesuaian dengan pendekatan yang digunakan di dalam kes Pendakwa Syarie lwn.
Jaiman bin Masta @ Mastah dan Jamidah bte Abdul Majid [2006] 1 CLJ (Sya) 151 yang
mana YA Hakim Bicara telah menentukan tahap pembuktian yang perlu di akhir kes
pendakwa ialah tiada sebarang kemungkinan boleh menimbulkan keraguan yang
munasabah dan berdasarkan Seksyen 96 (c), (d) dan (e) Akta Prosedur Jenayah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Hakim Bicara telah melepaskan dan membebaskan
kedua-dua tertuduh tanpa dipanggil untuk membela diri.
[6] Pendekatan yang sama juga dapat dilihat di dalam kes Pendakwa Syarie WP lwn. Mohd
Norizam Bin Sulaiman dan Nadia Binti Sapiee, Kes Jenayah Bil.: 14600-143-0006-2006
dan 14600-143-0007-2006 (Kes Tidak Dilaporkan) yang mana Hakim Bicara menyatakan
bahawa untuk menentukan sama ada tahap pembuktian yang diperlukan di akhir kes
pendakwaan sama ada tanpa keraguan yang munasabah atau prima facie, ujian yang boleh
dipakai ialah: jika pada akhir kes pendakwaan, tertuduh dipanggil membela diri dan
7
tertuduh mengambil untuk berdiam diri, tertuduh akan disabitkan bersalah, maka tahap
pembuktiannya adalah tahap tanpa keraguan yang munasabah.
Fakta Kes Di Peringkat Pendakwaan
[7] Sepasukan Pegawai Penguatkuasa Agama yang bertindak di atas operasi bersepadu
bersama anggota Polis daripada Ibu Pejabat Kontonjen (IPK) Selangor telah membuat
pemeriksaan di Hotel Flamingo, No. 5, 2nd Floor Annex Blok, Jln. Ulu Kelang, Ampang
Selangor pada 31 Januari 2009 jam lebih kurang 05.31 petang. Setibanya di lokasi,
kesemuanya bergerak menuju ke tingkat 2 premis tersebut yang disyaki merupakan tempat
yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik
dijalankan, pasukan ini telah dibahagikan kepada dua (2) kumpulan. Apabila saksi tiba di
hadapan sebuah bilik bernombor 6, salah seorang saksi iaitu PPA Ahmad Tarnuzi terus
menolak dan membuka pintu yang tidak berkunci tersebut. Saksi melihat seorang lelaki
iaitu Tertuduh bersama dengan seorang wanita di dalam bilik tersebut dan kedua-duanya
kelihatan kelam kabut bangun daripada sebuah katil.
[8] Saksi juga melihat tertuduh dan pasangan wanita tersebut tidak berpakaian dan hanya
bertuala putih di dalam keadaan bilik yang samar-samar. Seterusnya PPA Ahmad Tarnuzi
mengarahkan tertuduh dan pasangan wanita tersebut berpakaian dan keluar daripada bilik
tersebut untuk siasatan dijalankan. Tertuduh dan pasangan wanita tersebut didapati tiada
hubungan suami isteri atau mahram dan gagal mengemukakan sebarang dokumen
pernikahan yang sah. PPA Shahrol Hisra kemudiannya menerangkan kesalahan yang telah
dilakukan terhadap tertuduh dan pasangan wanita tersebut dan juga menyita dua (2) jenis
barang kes iaitu 1 unit resit pembayaran (No. 30054) dan sehelai tuala putih yang dipakai
oleh tertuduh (borang bongkaran No. A 12660). Kedua-duanya kemudiannya di bawa ke
Balai Polis Hulu Kelang untuk PPA membuat repot bersabit tangkapan ini (No. Repot:
HULU KELANG/000507/09).
Sama ada Elemen Pertuduhan di Penuhi.
[9] Sebelum Mahkamah mengulas lanjut berhubung isu ini, adalah lebih baik jika Mahkamah
perjelaskan terlebih dahulu elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di dalam
8
kes ini. Mahkamah merujuk kepada peruntukan Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah
1995 dan juga pertuduhan yang dipertuduhkan kepada Tertuduh di dalam kes ini,
Mahkamah dapati bahawa elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah
sebagaimana beriktu:-
9.1. Masa, Tarikh dan Tempat Kejadian;
9.2. Mana-mana orang yang bukan suami isteri yang sah; dan
9.3. Melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan
luar nikah walaupun perbuatan itu tidak sampai ke tahap suatu percubaan untuk
melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 25).
Elemen Pertama - 31.1.2009 jam lebih kurang 06.15 PETANG di dalam bilik bernombor 6,
Hotel Flamingo xxx daerah Gombak, daerah Shah Alam dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.
[10] Tertuduh menyatakan bahawa keterangan SP1, SP2 dan SP3 adalah bercanggah di antara
satu sama lain berkaitan masa tangkapan dibuat dan juga di dalam kertas pertuduhan.
Mahkamah berpuashati pihak pendakwaan telah membuktikan sewajarnya berkaitan tarikh
kejadian dan tempat kejadian bahkan keterangan ketiga-tiga saksi pendakwa adalah sama
dan konsisten kecuali berkaitan masa tangkapan. Berhubung fakta masa yang
dipertikaikan oleh Tertuduh, Mahkamah merujuk semula kepada ketiga-tiga keterangan
saksi pendakwaan sebagaimana di bawah:
PEMERIKSAAN BALAS SP 1
Saya jumpa polis pukul 5 di IPK Selangor. Premis di Flamingo Ampang.
Anggaran saya waktu itu sampai lewat lebih daripada 1 jam. Dari IPK saya
tak tahu nak bergerak ke Ampang. Saya tahu ke tempat lokasi saja. Setuju
saya sampai premis jam 6.30 petang. Saya tak ingat nama polis yang bawa
ke spa tersebut. Dalam lif ada tertera di nombor lif ada tertera nama tempat
disitu.
9
PEMERIKSAAN UTAMA SP 2
Lebih kurang pukul 6 petang kami sampai dilokasi. Kami tengok
signboard lokasi, ia adalah sebuah hotel, nama hotel Flamingo di kawsan
Ampang. Sampai di sana, kami terus bertindak pergi ke tingkat 2 premis
hotel tersebut. Sampai parking, kami terus ikut saja polis.
PEMERIKSAAN BALAS SP2
Cuma dia suruh kami ikut kenderaan dia. Setuju pengadu dalam kes ini
Inspektor Saat bin Bidin. Dari IPK Shah Alam, bergerak ke lokasi lebih
kurang 1 jam lebih dan sampai ke sana jam 6.15 petang, lebih kurang.
Kami parking ditepi hotel dan bergerak ke tempat operasi yang nak diserbu.
Daripada parking ke kaunter lokasi lebih kurang 6.25 minit petang. Ya
ketua operasi ialah pihak Polis, Inspektor Saat Bidin.
PEMERIKSAAN UTAMA SP 3
Tempoh yang diambil daripada IPK ke tempat kejadian sejam lebih. Tiba
dilokasi kejadian lebih kurang 6.15 petang. Bila tiba anggota polis tekan
ke tingkat 2 dan dikawasan lobi premis merupakan spa. Keadaan dilokasi
tersebut samar-samar.
PEMERIKSAAN BALAS SP3
Saya tak nampak papan tanda disana. Keluar lif, ke kanan untuk ke spa.
Sampai ke lokasi 6.15 dan naik ke atas tak lebih 5 minit tak kurang 1
minit. Lebih kurang 6.17 petang. saya tak jumpa orang dikaunter, terus
pergi dan anggota terus bawa ke tempat yang ada banyak bilik anggota
polis yang bawa Saat bin Bidin. Dilokasi ada lebih kurang 5 bilik termasuk
bilik no 6.
Berdasarkan keseluruhan fakta yang dinyatakan oleh ketiga-tiga saksi pendakwaan,
Mahkamah bersetuju dengan hujahan Tertuduh bahawa keterangan mereka berkaitan fakta
10
masa tangkapan adalah bercanggah dan tidak memenuhi masa yang dinyatakan di dalam
Pertuduhan kes ini.
Elemen Kedua – Melakukan Perbuatan Sebagai Persediaan Untuk Melakukan Persetubuhan
Luar Nikah.
[11] Tertuduh menghujahkan bahawa pendakwaan telah gagal memenuhi elemen ini
berdasarkan alasan bahawa tiada satu pun keterangan yang menunjukkan perlakuan
Tertuduh bersedia untuk melakukan sebagaimana dakwaan. Bahkan tiada satu keterangan
pun yang menyatakan saksi yang melihat mana-mana anggota kemaluan Tertuduh yang
menghampiri maksud tersebut. Berdasarkan hujahan Tertuduh tersebut adalah jelas bahawa
elemen utama bagi mensabitkan kesalahan ini adalah elemen ”apa-apa perbuatan sebagai
persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah” sebagaimana dinyatakan di dalam
undang-undang. Persoalannya, apakah elemen ini perlu dibuktikan sehingga ke tahap
sebagaimana dihujjahkan oleh Tertuduh? Pada pandangan Mahkamah, elemen yang perlu
dipenuhi itu tidaklah ke tahap sebagaimana dihujjahkan Tertuduh bahkan cukup sekadar
dengan hanya keterangan keadaan Tertuduh yang boleh difahami bahawa mereka
bercadang atau hendak melakukan persetubuhan.
[12] Mahkamah merujuk kembali kepada semua keterangan saksi pendakwaan iaitu SP 1, SP 2
dan SP 3 berhubung fakta berkaitan perlakuan yang dikatakan sebagai persediaan
melakukan persetubuhan luar nikah sebagaimana berikut:-
PEMERIKSAAN UTAMA SP-1
Apabila ketua operasi buka pintu, Ketua operasi masuk dan saya
mengikut belakang ketua, saya nampak sebuah bilik dengan suasana
lampu yang malap tapi masih boleh nampak bukan gelap gelita. Saya
ada nampak orang dalam bilik Saya ada nampak seorang lelaki dan
perempuan berada di atas sebuah katil. Saiz katil anggaran sebesar
katil bujang,untuk seorang. Katil tersebut tak sama seperti katil yang
diletak di rumah. Keadaan lelaki dan wanita tersebut semasa saya
11
Nampak seingat saya keduanya tidak berpakaian dengan lengkap.
Saya lihat wanita itu sedang duduk di antara pusat ke peha lelaki tadi
dan lelaki itu sedang berbaring. Saya lihat wanita ini tak menutupi
dadanya sehingga saya nampak payudaranya. Wanita tersebut sedang
duduk bertentangan dan mengadap antara satu sama lain dan
bertentangan dengan pintu. Saya tak nampak kemaluan wanita tetapi
masa dia berlari ke bilik air saya nampak punggungnya. Keadaan
lelaki tersebut pula, lelaki itu tidak berbaju dan tidak berseluar, masa
saya Nampak lelaki itu nak bangun dan saya tertumpu kepada
perempuan itu dan bila saya pandang semula lelaki itu, dia telah
bertuala.
PEMERIKSAAN UTAMA SP-2
Sewaktu saya menolak pintu tersebut, anggota lain berada di sebelah
saya. selain anggota saya, tiada lain. Anggota polis diluar saja. Saya
yang masuk dahulu. Sewaktu saya masuk, bilik dalam keadaan samar-
samar tapi boleh dilihat dalam mata yang jelas. Samar-samar
bermaksud ada cahaya dari lampu. Lampu tersebut seperti didalam
dewan ini bewarna oren samar-samar seperti di hujung dinding dewan
ini. Saya lihat seorang perempuan sedang membelakangkan saya,
menghadap ke sana, punggung dia menghadap ke arah saya.
kedudukan katil dengan pintu, buka pintu nampak katil. Katil lurus
dan bukan melintang. Perempuan tersebut tidak berpakaian. Masa
saya buka pintu, saya melihat seorang perempuan sedang duduk di
atas seorang lelaki. Waktu itu saya pasti dia duduk di atas seorang
lelaki. Lelaki tersebut sedang baring ke atas katil. Perempuan tersebut
duduk di antara pusat ke lutut lelaki tersebut. Semasa saya buka pintu,
perempuan tersebut tidak perasan kedatangan kami. Lelaki tersebut
juga tidak perasan. Waktu itu mendengar suara mengerang pihak
perempuan. Waktu itu saya nampak badan dia menghenjut. Saya
mendengar suara mengerang seperti “ahh..ahh”. saya nampak
12
keadaan perempuan tersebut tidak bertudung dan nampak rambut. Ya
saya telah berkahwin dan tahu anggota badan. Saya buka pintu dan
nampak belakang badan perempuan tersebut daripada rambut hingga
ke punggung, manakala lelaki, bahagian kemaluan tidak kelihatan
dan dada ke muka. Waktu buka pintu, nampak lutut pihak lelaki.
Setelah saya sendiri maklumkan dari JAIS pasangan tersebut kelam
kabut dan bangun, perempuan tersebut mengambil tuala dan berlari ke
tandas bilik tersebut. Tuala waktu itu berada di tepi katil. Sebelah kiri
katil. Waktu dia ambil tuala, dia macam melompat dan turun katil, ambil
tuala dan terus lari. Sewaktu dia turun katil, kelihatan seluruh tubuh
beliau, tidak berpakaian waktu itu. Saya nampak seluruh dari hujung
rambut hingga hujung kaki. Tandas pada waktu itu, dibilik tersebut,
dihujung bilik. Dihujung katil sebelah depan. Buka pintu nampak katil
kemudian bilik air. Waktu lompat, saya nampak bahagian depan dan
sewkatu lari saya nampak bahagian belakang. Nampak muka semasa
ambil tuala. Saya boleh cam lagi tertuduh perempuan. Pada waktu itu,
tertuduh lelaki telah bangun dan turun katil. Pada waktu bangun, beliau
sempat tutup pakai tuala. Mungkin waktu itu, tuala berhampiran dengan
dia. Saya nampak dia tutup dengan cepat. Semasa beliau bangun, dah
tertutup. Tertutup dibahagian kemaluan. Tutup dari pusat hingga ke
lutut. Selain daripada bahagian pusat dan lutut, anggota lain tidak
tertutup dan tidak berpakaian. Waktu tertuduh bangun, muka lelaki ini
menghadap saya. saya masih boleh ingat muka lelaki tersebut. Waktu itu
cahaya samar-samar dan saya boleh cam. Ya lelaki tersebut berada di
dalam mahkamah ini berbaju purple. Ada dalam dewan ini. (saksi
membuat pengecaman terhadap tertuduh lelaki).
PEMERIKSAAN UTAMA SP-3
Dengan cahaya lampu itu, membantu saya nampak ke dalam bilik itu.
Saya nampak seorang lelaki dan perempuan berada dalam bilik tersebut.
Keadaan lelaki baring diatas katil dan perempuan berdiri disebelah
13
katil. Size katil single. Cukup memuatkan seorang saja. Katil tak sama
dengan size katil biasa. Bentuk katil tersebut lain daripada yang biasa.
Katil tersebut digunakan untuk mengurut. Pakaian lelaki hanya
bertuala dan perempuan pun sama. Saya yakin mereka hanya
bertuala, berdasarkan penglihatan pertama saya nampak perempuan
tersebut tiada baju yang dipakai. Tiada baju yang dipakai sehingga
menampakkan payudara perempuan tersebut. Kemudian perempuan
tersebut mengambil tuala menutupi tubuhnya. Selain daripada yang
saya nampak bahagian atas, tak nampak bahagian lain tubuh badan
perempuan. Jelas saya nampak bahagian buah dada. Kemudian
perempuan tersebut ambil tuala dan pergi ke sebuah bilik untuk
memakai baju dan pakaian yang lengkap.
[13] Berdasarkan keseluruhan keterangan di atas, Mahkamah berpuashati bahawa elemen ini
telah dipenuhi berdasarkan alasan bahawa sewaktu pintu dibuka Tertuduh dan
pasangannya berkeadaan tidak berpakaian. Bahkan Tertuduh berada di dalam keadaan
berbaring dan pasangannya berada di atasnya dan duduk di antara peha dan pusat.
Keadaan ini telah dibuktikan berdasarkan keterangan SP 1 dan SP 2 yang menyatakan
semasa memasuki bilik tersebut keadaan Tertuduh adalah sebagaimana dinyatakan di
atas. Ia dikuatkan dengan elemen tempat yang berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan
iaitu di dalam sebuah bilik hotel dan elemen hubungan antara tertuduh dan pesalah
wanita yang tidak mempunyai sebarang akad perkahwinan yang sah berada berdua-duaan
di dalam sebuah bilik tanpa berpakaian lengkap.
[14] Tertuduh juga menghujjahkan bahawa wujudnya percanggahan keterangan di dalam
keterangan SP 1, SP 2 dan SP 3 di dalam keterangan utamanya tersebut. Ia adalah
berkenaan dengan kedudukan tertuduh dan pesalah wanita yang mana ketiga-tiga saksi
pendakwaan memberikan gambaran kedudukan yang berbeza antara satu sama lain.
Pembelaan menghujahkan bahawa tiada keterangan yang jelas dan tepat daripada ketiga-
tiga saksi ini tentang kedudukan perempuan tersebut ketika pintu bilik 6 dibuka. Namun
Mahkamah tidak bersetuju dengan anggapan tersebut dan tidak menganggap keterangan
14
ketiga-tiga saksi pendakwaan memberikan keterangan yang bercanggah. Ini adalah
berdasarkan kedudukan saksi-saksi tersebut yang tidak seiringan semasa pintu bilik
tersebut dibuka menyebabkan berlakunya perbezaan penglihatan. Ini dikuatkan lagi
bahawa kedudukan SP 1 dan SP 3 yang berada di belakang SP2 selaku ketua operasi ketika
mula-mula masuk ke bilik tersebut.
[15] Penglihatan yang berbeza tidak boleh dianggap atau ditafsirkan sebagai keterangan yang
bercanggah di antara satu sama lain kerana saksi sepatutnya hanya memberitahu perkara
yang dilihatnya sendiri. Apatah lagi jika perbezaan keterangan tersebut hanya berkisar
kepada fakta yang bersifat pelengkap sahaja sedangkan elemen “perbuatan sebagai
persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah” telahpun dibuktikan oleh
pendakwaan. Oleh itu perbezaan keterangan itu tidak boleh menjejaskan elemen persediaan
tersebut kerana ianya hanya satu elemen yang bersifat pelengkap keterangan sahaja. Ini
bersesuaian dengan prinsip yang dinyatakan sebagaimana berikut:-
15.1. Pandangan Mahkamah Rayuan di dalam kes Che Omar Mohd Akhir v. PP [1999] 2
CLJ 780 di mana memutuskan bahawa;
“It would be wrong to say just because a witness may have contradicted
in his evidence or even told lies on one or two points his evidence should
be totally rejected. In this respect the Federal Court in Khoo Chye Hin v.
Public Prosecutor [1961] 27 MLJ 105 at p. 107 said:
... If a witness demonstrably tells lies on one or two points then it is clear
that he is not a reliable witness and as a matter of prudence the rest of the
evidence must be scrutinised with great care and indeed with suspicion.
To say, however, that because a witness has been proved a liar on one or
two points then the whole of his evidence "must in law be rejected" is to
go too far and is wrong”
15
15.2. Pandangan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 5
CLJ 1 yang menyatakan sebagaimana berikut:-
“[61] It has been generally accepted that the evidence of a witness will
contain contradictions and discrepancies. But that does not mean that he
is not a truthful and unreliable witness. In other words no witness is
capable of giving perfect evidence”.
Pendakwa Raya Lwn. Abu Bakar Sharif [1991] 2 CLJ Rep 26; [1991] 1 CLJ 63, Hakim Abdul
Hamid Mohamed PK menyatakan bahawa:
Dua orang mungkin mula lihat dan nampak pada masa yang berlainan. Lagi pula
anggaran jarak oleh dua orang, terutama sekali di waktu malam, mungkin
berbeza. Itu adalah perkara biasa. Oleh itu, dalam penghakiman saya, perbezaan
keterangan di antara kedua-dua saksi itu berkenaan jarak lembaga itu pada masa
mereka mula-mula nampaknya adalah satu perbezaan kecil sahaja dan tidak
menimbulkan was-was bahawa mereka nampak lembaga itu membawa karung
plastik itu.
Elemen Ketiga - Dengan seorang Perempuan bernama NE sedangkan dia bukan isteri yang sah
[16] Tertuduh menghujjahkan bahawa pendakwaan telah gagal membuktikan elemen ini
berdasarkan alasan tiada sebarang keterangan saksi yang mengesahkan kewujudan seorang
perempuan yang bernama Norma Binti Embi sebagaimana di dakwa. Bagi menjawab
persoalan ini, Mahkamah merujuk kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan yang
berikut:
PEMERIKSAAN UTAMA SP 2
Saya periksa kad pengenalan beliau tertulis beragama islam kedua-
duanya. Saya tanya ada hubungan mahram atau suami isteri dan mereka
jawab tidak. Mereka ada beritahu status mereka. Lelaki mengatakan
16
masih bujang dan perempuan berstatus janda. Saya lihat nama, kad
pengenalan dan agama beliau. Nama lelaki yang saya periksa, Ahmad
AMZ, Perempuan NE.
PEMERIKSAAN UTAMA SP 3
Saya ingat nama perempuan yang saya tahan. Norma binti Embi.
[17] Berdasarkan keterangan di atas, jelas sekali dakwaan Tertuduh adalah tidak tepat dan tidak
boleh diterima. Selain keterangan tersebut di atas, elemen ini juga dibuktikan dengan
dokumen yang diperiksa oleh SP-2 adalah kad pengenalan tertuduh dan pesalah wanita
yang mana di dalam dokumen berkenaan jelas menunjukkan bahawa tertuduh adalah AMZ
dan pesalah wanita bernama NE. Ia konsisten dengan butiran yang terdapat di dalam P4
yang telah dibuat oleh SP-3 yang mengesahkan bahawa tertuduh dan pesalah wanita yang
diperiksa oleh SP-2 tersebut telah dinamakan di dalam P4 tersebut. Oleh itu, bahawa pihak
pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen ini. Berdasarkan keterangan di atas juga,
fakta bahawa kedua-dua tertuduh bukanlah pasangan suami isteri yang sah semasa
tangkapan telah dibuktikan sewajarnya oleh pendakwaan melalui SP-2.
[18] Apatah lagi, dalam konteks hubungan suami isteri, beban untuk membuktikan bahawa
tertuduh dan pesalah wanita adalah terletak ditangan kedua-dua mereka sendiri
berdasarkan kaedah fiqh telah disepakati oleh ulama dan dinyatakan dalam kitab karangan
al-Zarqa’ iaitu Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah, hlm. 87 menjelaskan:
العدم األصل
(al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman (1989M/1409H). Sharh
al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’ (edit.). Cetakan
Kedua. Dimashq: Dar al-Qalam.)
Atau boleh dianggap bahawa asal atau zahir sesuatu itu adalah seperti berikut:
ل العدم أو األصل في األمور العارضة العدماألص
17
Maksud: Asal itu tidak ada atau asal pada perkara yang baru muncul atau
yang mendatang itu tidak ada
[19] Bagi menjelaskan kaedah di atas, Mahkamah merujuk pandangan Prof Madya Datuk Mohd
Salleh Ahmad dalam bukunya Qawaid al-Fiqhiyyah, hlm. 590-591 menghuraikan seperti
berikut:
Umumnya mengetahui bahawa al-adam (tiada) itu adalah lebih dahulu
daripada al-wujud (ada) maka setiap sesuatu yang didakwa muncul dan
wujudnya bererti ia didahului oleh al-adam. Justeru itu maka al-adam
yang mendahului ke atas al-wujud yang didakwa itu telah sabit dengan
yakin, sementara benda yang didakwa wujud sebelum dibuktikan adalah
masyquk fihi (diragui) sedangkan keyakinan sesuatu perkara tidak boleh
dihilangkan dengan zan lawannya sahaja. Oleh yang demikian maka al-
adam itulah yang diyakini kerana ia sesuatu keadaan yang tabi’i dan
perubahan kepada wujud itu sesuatu perkara yang baru yang diragukan,
lagipun al-adam itulah yang asal, maka mesti dikekalkan hingga terbukti
sabit sesuatu yang menghilangkannya. (Mohd Salleh Ahmad. 1998.
Qawaid al-Fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.)
[20] Ini juga bersesuaian dengan kehendak Seksyen 77 Enakmen Keterangan Mahkamah
Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan bahawa-
77. Apabila seseorang dituduh atas apa-apa kesalahan, maka beban
membuktikan kewujudan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk
dalam mana-mana kecualian am yang diperuntukkan dalam Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Sel. En. 9/1995] terletak
padanya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan
tersebut sebagai tidak ada.
18
[21] Mahkamah dapati bahawa elemen berkaitan masa tangkapan di dalam pertuduhan telah
gagal dibuktikan sebagaimana dijelaskan di atas. Oleh itu, berdasarkan fakta yang ada
Tertuduh tidak boleh disabitkan terhadap kesalahan yang dipertuduhkan ke atas mereka
sebagaimana pertuduhan pendakwaan. Namun Mahkamah ini berpuashati bahawa waktu
sebenar tangkapan atau Tertuduh melakukan kesalahan adalah di antara jam 6.15 petang
sehingga 7.00 malam berdasarkan keterangan SP 2, SP 3 dan juga keterangan P4. Masa
berakhirnya tangkapan yang diperolehi oleh Mahkamah ini iaitu pada jam 7 malam adalah
berdasarkan keterangan SP 3 semasa disoalbalas oleh Tertuduh. Justeru itu, Mahkamah
merujuk kepada peruntukan subseksyen 96 (h) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
(Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan bahawa-
96. (h) jika, apabila keterangan itu telah diambil, Mahkamah berpendapat
bahawa ada alasan untuk menganggap bahawa tertuduh telah melakukan
kesalahan yang dipertuduh itu atau kesalahan lain yang Mahkamah itu
kompeten untuk membicarakannya dan yang pada pendapatnya patut
dibicarakannya, ia hendaklah menimbangkan pertuduhan yang direkodkan
terhadap tertuduh dan memutuskan sama ada pertuduhan itu mencukupi
dan, jika perlu, hendaklah meminda pertuduhan itu;
[22] Berdasarkan peruntukan di atas, Mahkamah jelas mempunyai kuasa untuk mensabitkan
mana-mana orang kepada kesalahan yang tidak dipertuduhkan kepadanya dengan syarat
keterangan terhadap pertuduhan itu mencukupi sebagaimana kes Tertuduh ini. Namun
pertuduhan terhadap Tertuduh hendaklah dipinda dan dakwaan berkaitan dengan masa
berlaku tangkapan tersebut dipinda kepada masa yang disabitkan oleh Mahkamah melalui
keterangan saksi pendakwaan. Seterusnya Mahkamah merujuk kepada subseksyen 96 (i)
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang mensyaratkan
pertuduhan yang dipinda hendaklah dibacakan kepada tertuduh dan dia hendaklah ditanya
semula sama ada dia bersalah atau ada apa-apa pembelaan yang hendak dibuat oleh
Tertuduh. Sekiranya Tertuduh mengaku salah, kes prosiding seterusnya hendaklah
diteruskan sebagaimana kes pengakuan bersalah yang lain. Jika tertuduh masih tidak
19
mengaku bersalah maka tertuduh hendaklah diperintahkan membela dirinya sebagaimana
kehendak subseksyen 96 (j) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
[23] Mahkamah kemudiannya telah meminda pertuduhan berkaitan masa berlakunya kejadian
dan membacakan semula kepada Tertuduh. Tertuduh setelah mendengar dan memahami
pertuduhan tersebut telah mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya sebagaimana sebelum
ini. Pertuduhan pindaan kepada Tertuduh Lelaki (Tertuduh) adalah sebagaimana berikut :
AMZ
“Bahawa kamu pada 31hb Januari 2009 antara jam 06.15 Petang hingga
7.00 malam di dalam bilik bernombor 6, Hotel Flamingo XXX daerah
Gombak, daerah Shah Alam dalam Negeri Selangor Darul Ehsan didapati
melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan
luar nikah dengan seorang perempuan bernama NE dia bukan isteri kamu
yang sah. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan perbuatan sebagai
persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah di bawah Seksyen
26 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan boleh dihukum di
bawah seksyen dan enakmen yang sama.
Oleh yang demikian, Mahkamah telah memerintahkan tertuduh membela diri di atas
pertuduhan yang dibuat ke atasnya setelah berpuashati keterangan yang ada telah
memenuhi elemen yang dikehendaki oleh undang-undang.
[24] Prosiding kes pembelaan telah dimulakan pada 31 Mac 2016 dengan tertuduh telah
memilih untuk memberi keterangan bersumpah bagi pihak pembelaan. Di dalam
pembelaan, tertuduh menyatakan seperti berikut:-
24.1. Tertuduh dalam perjalanan balik ke rumah di Taman Permata dari tempat kerja di
Zuraimi Holdings S/B di Batu Pahat Johor. Tertuduh singgah di Flamingo Hotel
untuk berurut kerana keadaan yang terlampau letih.
20
24.2. Niat Tertuduh untuk berurut dan merehatkan badan dan tidak mengenali Norma Binti
Embi. Selepas itu, Tertuduh membuka pakaiannya dan memakai tuala untuk urutan
dan terus tertidur. Tertuduh hanya mengetahui dalam premis ada perempuan selepas
dikejutkan dengan kemasukan Pegawai Penguatkuasa Agama. Walaubagaimanapun
Tertuduh menyedari ada perempuan melakukan urutan ke atas dirinya.
24.3. Tertuduh menyatakan ingin mengangkat sumpah bagi menafikan pertuduhan ini.
[25] Namun sayangnya, dakwaan tertuduh ini tidak disokong langsung oleh mana-mana
keterangan dokumen yang dikatakan wujud mahupun keterangan saksi. Persoalannya,
adakah Mahkamah ini boleh menerima pembelaan tertuduh ini tanpa disokong oleh
keterangan lain? Sudah tentu tidak kerana Mahkamah hendaklah terikat dengan tafsiran
saksi yang diberikan di dalam Seksyen 3 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri
Selangor) 2003 yang mana saksi tidak termasuk tertuduh. Ini bermaksud tertuduh telah
gagal membuktikan keraguan terhadap kes pendakwaan. Mahkamah juga bersetuju dengan
hujjah pendakwaan bahawa tanpa sebarang keterangan yang menyokong maka pembelaan
kedua-dua tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata.
[26] Penafian semata-mata oleh Tertuduh tanpa sebarang keterangan lain yang menyokong
bukanlah suatu keterangan yang kuat bahkan ianya adalah amat lemah. Bahkan penafian
semata-mata tidak mampu menimbulkan keraguan kepada keterangan pihak pendakwaan
sebagaimana pandangan hakim Bicara di dalam kes berikut:-
26.1. Di dalam kes D.A. DUNCAN v PP [1980] 2 MLJ 195, Hakim bicara menyatakan
bahawa:
“Now this evidence, if accepted and believed, is clearly sufficient to
establish a prima facie case against the appellant. The High Court at Alor
Star accepted it and called on the defence. The defence was, in effect, a
simple denial of the evidence connecting the appellant with the four
boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes
21
were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High
Court came, in or view, to the correct conclusion that his denial did not
cast a doubt on the prosecution case against the appellant”.
26.2. Di dalam kes PP v. Nur Hassan bin Salip Hashim & Anor. [1993] 2 CLJ 551,
Hakim bicara menyatakan bahawa:
‘The evidence of the second Accused was only one of denial; denial of
having ever seen the orange plastic bag containing the cannabis, denial
of having been together with the first Accused, denial of sitting on the
same chair together with the first Accused and denial of being found
immediately next to the orange plastic bag containing the cannabis. All
these evidence of the second Accused were offered in contradiction to the
evidence of the prosecution. The denials have not in any way created
any doubt, on a balance of probabilities, in the case of the
prosecution.’
[27] Tertuduh juga telah menimbulkan isu bahawa pendakwaan telah gagal membuktikan niat
sebenarnya Tertuduh berada di lokasi tangkapan tersebut. Jika maksud Tertuduh
menghendaki pihak pendakwaan membuktikan niat sebenar yang bersarang di hati
Tertuduh semasa melakukan kesalahan tersebut maka hujahan Tertuduh wajar
dipertimbangkan. Namun hendaklah diingat bahawa niat di dalam hati seseorang hanyalah
diketahui olehnya sahaja dan tidak orang lain. Justeru itu, jika Tertuduh berhujah bahawa
tidak mempunyai niat melakukan kesalahan sebagaimana dipertuduhkan maka niat tersebut
hanyalah di antara Tertuduh dan Penciptanya iaitu Allah Taala sahaja. Namun Mahkamah
tidak menafikan bahawa mens rea merupakan suatu elemen penting dalam menentukan
sama ada seseorang tertuduh itu boleh disabitkan atas kesalahan yang telah dilakukannya
berdasarkan maxim latin iaitu actus reus non facit reum nisi mens sit rea yang bermaksud
suatu tindakan bukanlah jahat melainkan niatnya adalah jahat.
22
[28] Mens rea boleh diperolehi daripada pelbagai sudut yang mana ianya terdiri daripada niat
langsung atau niat segera (direct intention), niat serong (oblique intention), pengetahuan
(knowledge), tidak berhati-hati (recklessness) atau cuai jenayah (criminalnegligence).
Penjelasan ini bersesuaian dengan pendapat berikut:-
'When a man is described as possessing a criminal mind this may mean
one of three things — (1) that he is a man of wicked or criminal
character in general; (2) that a particular act of his reveal him as a
wicked man, or as a man of criminal propensity; (3) that he committed a
particular act in a particular state of mind which is regarded by the law
as sufficient to make that act a particular crime'. (Petikan daripada
Gerald H Gordon, The Criminal Law of Scotland di ms 193.
[29] Mens rea bukanlah unsur minda jahat yang terdapat pada tertuduh, tetapi niat yang
dikenalpasti oleh undang-undang. Contoh, jika seseorang mencuri kerana terdesak, dia
tetap didakwa atas kesalahan mencuri tanpa mengambilkira keadaan mendesak yang
dihadapi olehnya. Hal ini kerana, undang-undang bukanlah mementingkan niat jahat tetapi
niat mencuri itu sahaja. Di dalam kes ini, Tertuduh telah dibuktikan bahawa melakukan
kesalahan sebagaimana dipertuduhkan oleh pihak pendakwaan dan Tertuduh sendiri telah
gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap keterangan tersebut. Maka Mahkamah
bersetuju dengan pendakwaan bahawa mens rea di dalam kes ini telah dibuktikan oleh
pendakwaan sebagaimana keadaan ketiga di atas iaitu “dalam keadaan dia telah
melakukan sesuatu tindakan dalam suatu keadaan minda (mens rea) yang mana undang-
undang menganggap ia adalah cukup untuk menjadikan suatu tindakan itu sebagai
jenayah.”
[30] Tertuduh menyatakan bahawa tindakan Mahkamah meminda pertuduhan tersebut telah
memprejudiskan Tertuduh kerana seolah-olah terpaksa juga berhadapan dengan dakwaan
yang dirangka oleh Mahkamah. Ini kerana Mahkamah seharusnya bertindak sebagai
pengadil dan bukannya membantu pihak pendakwaan di dalam menjalankan tugas-tugas
mereka. Kemudiannya Tertuduh telah merujuk kepada beberapa kes yang diputuskan di
23
Mahkamah Sivil di atas prinsip bahawa Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri
Selangor) 2003 (ETJS) adalah bersifat In Pari Materia dengan Kanun Prosedur Jenayah
(CPC). Oleh itu, Mahkamah sewajarnya membaca serta menggunakan prinsip yang sama
dalam menafsir undang-undang yang terkandung di dalam ETJS sepertimana CPC. Dalam
konteks ini, Mahkamah dapati peruntukan Seksyen 96 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
(Negeri Selangor) 2003 yang digunapakai di dalam pindaan pertuduhan tersebut adalah
hampir selari dengan peruntukan Seksyen 173 CPC.
[31] Tertuduh telah mengemukakan dua pandangan hakim bicara berhubung tafsiran
peruntukan penggunaan budi bicara Mahkamah di dalam meminda atau menambah apa-
apa bentuk pertuduhan di mana-mana- peringkat prosiding sebagaimana berikut:-
31.1. Di dalam kes Mohd Hairie Bin Abdul Jalil lwn Mohamad Ridzuan Bin Khaidir
2014 MLJU 1579, Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh Dato’ Hj Ab Karim Hj Ab
Rahman dalam memberikan penghakimannya antara lain menyebut tentang kuasa
Mahkamah dalam meminda pertuduhan.
“Sewajarnya pihak pendakwaan terikat dengan pertuduhan yang dibuat terhadap
seorang tertuduh. Hanya pihak pendakwaan sahaja yang mempunyai kuasa
dan mengetahui serta memutuskan tertuduh yang mana harus didakwa atau
tidak. Bukannya tugas Mahkamah untuk mencari-cari siapa sebenarnya yang
patut dituduh atau dinyatakan dalam suatu pertuduhan.”
31.2. Di dalam kes PP vs Heng You Nang [1949] MLJ 285, Hakim Spenser Wilkinson
dalam memberi komen terhadap Seksyen 158 CPC (yang juga bersifat in pari
materia dengan Seksyen 83 ETJS) menyatakan:
I doubt whether section 158 imposes any upon a court to alter or amend the
charge. I think, rather, that it is for the prosecution to apply to the Court to
exercise its power under that section. Under section 173 (h), Subordinate
Courts have the duty to consider the charge and amend it if necessary.
24
Nevertheless I do not think that this section makes it incumbent on the Court to
search the law for offences which an accused person may have committed. It is
for the prosecution to decide what their real complaint against the accused is
and to frame their charges or to submit amendments accordingly. No doubt, in
a case, a President or a Magistrate ought to alter a charge to fit the proved
facts; but if the prosecution is unable to reach a conclusion as to the proper
charge, which appears to have been the position in this case, it is my view quite
improper to criticise the President for failing to carry out the functions of the
prosecuting officer.
[32] Setelah diteliti kedua-dua kes yang dikemukakan, Mahkamah dapati bahawa pandangan
kedua-dua Hakim Bicara ini bukanlah merujuk kepada peruntukan Seksyen 96 Enakmen
Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang digunapakai di dalam pindaan
pertuduhan tersebut yang mana ia adalah hampir selari dengan peruntukan Seksyen 173
CPC namun merujuk kepada Seksyen 158 CPC yang juga bersifat in pari materia dengan
Seksyen 83 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Ianya dapat
difahami berdasarkan pernyataan berikut:-
I doubt whether section 158 imposes any upon a court to alter or
amend the charge. I think, rather, that it is for the prosecution to apply
to the Court to exercise its power under that section. Under section 173
(h), Subordinate Courts have the duty to consider the charge and
amend it if necessary.
Justeru itu, tindakan Mahkamah meminda pertuduhan di bawah Seksyen 96 (h) Enakmen
Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 adalah tepat dan tidak berlawanan
dengan fungsi Mahkamah yang telah ditetapkan oleh undang-undang.
[33] Akhir sekali, Tertuduh telah menawarkan diri untuk bersumpah nafi bagi menafikan
dakwaan pihak pendakwaan tersebut. Namun persoalannya, adakah sumpah nafi ini
terpakai di dalam kes jenayah sebagaimana pemahaman Tertuduh? Sudah tentu,
25
jawapannya adalah tidak terpakai kerana pensabitan kes melalui kaedah sumpah hanya
terpakai bagi kes Mal sahaja manakala bagi kes jenayah hendaklah diputuskan berdasarkan
keterangan pendakwa dan tersetuduh sendiri bersesuaian dengan Seksyen 87 (3) Enakmen
Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan sebagaimana
berikut:-
87. (3) Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi
pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah.
[34] Berdasarkan keseluruhan alasan Mahkamah di atas, Mahkamah berpuashati bahawa
Tertuduh telah gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap kes pendakwaan. Oleh itu,
Mahkamah mensabitkan Tertuduh, AMZ melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26
Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Seterusnya, pihak pendakwaan dan pembelaan
telah diarahkan memasukkan hujahan dan mitigasi rayuan dengan dimulakan oleh
pembelaan pada 13 Jun 2016 manakala pendakwaan pula pada 13 Julai 2016. Seterusnya,
pihak pendakwaan dan pembelaan telah diarahkan memasukkan hujahan dan mitigasi
rayuan yang difailkan secara bertulis. Pesalah memohon agar hukuman denda sahaja
dikenakan ke atasnya dan menyatakan bahawa Pesalah tidak wajar dipenjarakan atau
sebatan berdasarkan alasan yang akan dijelaskan satu persatu selepas ini.
Kesalahan Kali Pertama
[35] Pesalah memohon supaya diringankan hukuman dengan hanya dikenakan hukuman denda
sahaja berdasarkan faktor rekod kesalahan Pesalah. Pesalah bukanlah seorang yang sering
melakukan kesalahan ini dan bukanlah seorang yang boleh diklafikasikan sebagai
“habitual offender” dan tiada sebarang rekod yang menunjukkan Pesalah sering ke rumah
urut atau pusat kesihatan yang boleh menjadikan Pesalah seorang yang memang gemar ke
tempat sedemikian.
[36] Pesalah menyatakan bahawa adalah tidak wajar sebagai seorang Pesalah Pertama, Pesalah
dijatuhkan hukuman yang maksimum. Ini bakal mengganggu mental dan psikologi Pesalah
yang sememangnya tidak pernah pun melakukan kesalahan jenayah syariah mahupun sivil
26
sebelum ini. Pesalah bukanlah seorang Pesalah tegar kerana Pesalah adalah Pesalah kali
pertama. Pesalah menyatakan bahawa Pesalah merupakan seorang yang taat kepada
perintah agama dan tidak ada rekod Pesalah melakukan kesalahan syariah. Semasa sebuan
dilakukan, Pesalah memberikan kerjasama yang penuh kepada pihak penguatkuasa agama
dan tidak bertindak melarikan diri atau bergaduh atau menghalang sebarang penugasan
pegawai yang terlibat. Pesalah tidak pernah melarikan diri dari bon jaminan dan hadir ke
Mahkamah dengan Peguam Syarie bagi membantu Mahkamah di dalam membuat
keputusan. Pesalah menghujahkan bahawa Pesalah tidak melakukan sebarang obstruction
of justice.
[37] Seterusnya Pesalah merujuk kepada Seksyen 129 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
(Negeri Selangor) 2003 dan menyatakan sekiranya Pesalah adalah seseorang pesalah kali
pertama adalah wajar dalam pertimbangan Mahkamah untuk mengambilkira faktor watak,
latar belakang, umur, kesihatan atau keadaan mental Pesalah dalam meringankan sebarang
hukuman yang akan dijatuhkan. Ini kerana faktor-faktor tersebut adalah berkait rapat dan
akan mempengaruhi hidup Pesalah apatah lagi sekiranya Pesalah adalah seorang yang
berkeluarga sudah pasti akan ada manusia yang terkesan dengan pemenjaraan Pesalah.
Selain itu, kepentingan awam masih tetap terpelihara sekiranya Mahkamah memerintahkan
Pesalah diikat jamin untuk berkelakuan baik di bawah Seksyen 129 Enakmen Tatacara
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Ini kerana di dalam tempoh Pesalah berada di
bawah perintah supaya berkelakuan baik itu, Pesalah perlu sentiasa berwaspada daripada
melakukan sebarang kesalahan jenayah lain.
[38] Pendakwa menyatakan bahawa faktor kesalahan pertama merupakan salah satu faktor
mitigasi yang wajar dijadikan alasan permohonan Pesalah. Namun demikian, ia bukanlah
alasan automtik untuk hukumn penjara atau sebatan tidak dikenakan. Pendakwaan juga
menyatakan tiada asas dalam statut yang berkuatkuasa di Selangor bahawa faktor
kesalahan kali pertama mewajibkan Mahkamah mengenakan hukuman yang lebih ringan.
Selain itu, pendakwaan juga menghujahkan bahawa Seksyen 129 Enakmen Tatacara
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 merupakan pilihan kepada hukuman di dalam
kesalahan induk yang dipertuduhkan. Seksyen 26 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
27
(Negeri Selangor) 2003 tidak menetapkan bahawa hukuman bagi kesalahan bagi pesalah
kali pertama yang telah disabitkan di bawah seksyen ini hendaklah dibaca bersama dengan
Seksyen 129 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 tersebut. Bahkan
Mahkamah juga perlu mengambilkira bahawa kes ini telah melalui proses bicara yang
sangat panjang yang mana ia telah memakan banyak masa, kos dan tenaga pihak-pihak
terutamanya pihak kerajaan.
[39] Secara asasnya Mahkamah bersetuju bahawa kesalahan kali pertama boleh menjadi faktor
peringanan sesuatu hukuman sebagaimana pandangan Hakim di dalam kes Norazlisham
Bin Ramli lwn. Ketua Pendakwa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (2001) JH 15 2
165, yang menyatakan:
“Kesalahan pertama yang dilakukan oleh Perayu juga wajar diambilkira
sebagai qarinah sebagai Perayu mahu kembali ke pangkal jalan dan
tidak mengulangi kesalahannya buat kali kedua. Oleh itu, isu kesalahan
kali pertama Perayu wajar diambilkira oleh Mahkamah ini dalam
mendengar rayuan Perayu. Perayu tidak pernah disabitkan atau didakwa
di bawah mana-mana kesalahan undang-undang yang berkuatkuasa
mengenai agama Islam sebelum ini dan setelah dijatuhi hukuman “
[40] Namun faktor ini bukanlah menjadi satu prinsip yang automatik sebagai faktor peringanan
hukuman. Bahkan Hakim Bicara hendaklah menimbangkan faktor tersebut dengan
mengambilkira faktor yang lain sebelum hukuman dijatuhkan. Prinsip ini telah dijelaskan
di dalam kes berikut:-
40.1. Pandangan Mahkamah Rayuan Syariah Selangor di dalam kes Abdul Kahar B.
Ahmad lawan Ketua Pendakwa Syarie Selangor,Rayuan Jenayah No: 10000-136-
0006-2010, 10000-108-0007-2010, 10000-109-0008-2010, 10000-134-0009-2010,
10000-107-0010-2010, yang menyatakan berkaitan prinsip pemakaian bagi kes
pengakuan salah dan faktor kesalahan kali Pertama iaitu:
28
[5] Berdasarkan prinsip yang ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan
Syariah Melaka, maka jelas menunjukkan bahawa kesalahan kali
pertama dan pengakuan bersalah sebagai faktor peringanan
hukuman tidak boleh dipakai dalam semua kes. Faktor penentu sama
ada hukuman sesuatu kesalahan perlu diringan atau diberatkan
adalah pertimbangan menjaga maslahah ‘ammah dan sama ada
kesalahan tersebut ringan atau berat. Ia disebut dengan jelas dalam
kes tersebut. YA Hakim Bicara sebenarnya telah merujuk kepada
prinsip yang ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Melaka ini
(Rekod Rayuan m.s 147).Beliau juga memperkukuhkannya dengan
keputusan kes-kes Mahkamah Awam yang mana kesalahan kali
pertama dan pengakuan salah tidak menjadi faktor peringanan
hukuman apabila bertembung dengan kesalahan yang berat dan serius
(Rekod Rayuan m.s 152). YA Hakim Bicara telah merujuk kepada
beberapa kes antaranya:-
i] PP lwn. Vimealathan a/l Sethu,[2000] 6 MLJ 397, Hakim Augustine
Paul menyatakan :-
“Diskaun untuk pengakuan salah hanyalah merupakan satu kenyataan
bersifat peraturan yang umum sahaja dan bukannya satu kemestian
untuk semua kes. Kadangkala di dalam kes tertentu, faktor kepentingan
awam mengatasi segala faktor peringanan yang boleh diberikan daripada
pengakuan salah tertuduh. Keseriusan sesuatu kes itu boleh menafikan
kesan pengakuan salah ini.”
ii] PP lwn. Leo Say & Ors,2 CLJ 155, Hakim Chan telah berkata:-
“Walaupun ketiga-tiga tertuduh telah mengaku salah dan berhak untuk
mendapatkan sedikit kepujian kerana itu, ia mesti diukur
29
bersetentangan dengan keberatan dan seriusnya jenayah yang telah
dilakukan.”
[6] Prinsip yang disebut oleh Mahkamah Awam tersebut sama seperti
prinsip yang dinyatakan oleh pakar-pakar perundangan Islam. Dr.
Fathi bin al-Tayyib al-Khumasi dalam kitabnya Fiqh al-Jinaie al-
Islami, hlm. 431:-
المشددة : لقد شددة الشريعة األسالمية في بعض العقوبات على األسباب
ه من خطورة مباشرة تمس كيان بعض الجرائم نظرا لما تنطوي علي
المجتمع واألمة وتهدد نظام الدولة واستقرارها وأمنها وهي في حقيقة
األمر أسباب تدعو لتشديد العقوبة والضرب على يد كل من يحاول
زعزعة النظام العام وبث الرعب في قلوب المواطنين....
Bermaksud: Sesungguhnya syariat Islamiah memberatkan hukuman
terhadap sesetengah jenayah jika ia mendatangkan bahaya kepada hal
keadaan masyarakat dan umat Islam dan mengancam sistem Negara,
kestabilan serta keamanannya. Pada dasarnya ia adalah sebab-sebab
yang mendorong kepada pemberatan hukuman yang dikenakan ke atas
setiap orang yang cuba mengoncang sistem masyarakat dan orang yang
menyebarkan ketakutan di dalam hati penduduk…”
[7] Sama seperti apa yang dinyatakan oleh Dr. Abdul Kadir Audah
dalam bukunya al-Tasyri’ al-Jinaie al-Islamie, Edisi Ke 4 (1998),
al-Resalah Publisher: Beirut Lubnan, Jilid 1 halaman 688 –
لكن الكثير من الفقهاء أجازوا استثناءمن هذه القاعدة العامة أن يعاقب
بالقتل تقرير عقوبة القتل ، أو كان فساد المجرم ال يزول إال بقتله ، كقتل
الجاسوس والداعية الى البدعة ومعتاد الجرائم الخطيرة .
30
Bermaksud: Akan tetapi banyak fuqaha’ mengharuskan pengecualian
daripada kaedah umum ini (kaedah takzir untuk ta’dib) bahawa di
bolehkan takzir dengan hukuman bunuh kerana menjaga maslahah
masyarakat atau kerana di dapati kerosakan yang dilakukan oleh
penjenayah takzir itu tidak akan dapat dihapuskan melainkan dengan
membunuhnya seperti membunuh pengintip dan pendakyah bid’ah dan
orang yang suka melakukan jenayah-jenayah merbahaya.”
[13] Kami berpendapat zahir dari literal peruntukan tersebut memberi
kuasa kepada Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sahaja
atau penjara sahaja atau kedua-duanya.
40.2. Pandangan Hakim Bicara di dalam kes Muhammad Faris Bin Ismail & Shahidah
Binti Abd Wahab lwn. Ketua Pendakwa Syarie Negeri Melaka [2011] JH 32 62,
menyatakan;
“Pengakuan bersalah tertuduh merupakan satu faktor yang lazimnya
diambil kira oleh Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman. Telah
menjadi prinsip undang-undang yang diterima pakai bahawa
pengakuan bersalah adalah merupakan satu faktor mitigasi yang
memihak kepada Tertuduh. Tertuduh seharusnya diberi diskaun
kerana pengakuan salahnya telah menjimatkan masa dan kos.
Mohamed Azmi HMA di dalam kes Mohamed Abdullah Ang Swee Kang
v. P.P (supra) di ms 171 telah menyatakan:
“ ... It is generally accepted that the extent of the reduction on account of
a plea of guilty would be between one-quarter and one-third of what
otherwise would have been the sentence.”
31
Walaupun demikian, diskaun untuk pengakuan bersalah ini hanyalah
merupakan satu kenyataan bersifat peraturan yang umum sahaja dan
bukannya satu kemestian untuk semua kes. Pengakuan bersalah ini
hanya boleh memihak kepada Tertuduh apabila faktor-faktor lain dan
keadaan di mana sesuatu kesalahan itu dilakukan mengizinkan
pertimbangan sedemikian diberikan kepada Tertuduh kerana
kadangkala di dalam kes-kes tertentu, faktor kepentingan awam
mengatasi segala faktor mitigasi yang diberikan dari pengakuan salah
Tertuduh”
40.3. Pandangan Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan di dalam kes
Muhammad Ridhwan Bin Tokiri Seorang Lagi lwn. Ketua Pendakwa Syarie [2012]
JH 34 2 213 menyatakan:
“Kami dapati hukuman yang dikenakan oleh Hakim Bicara ke atas
perayu-perayu ialah atas tujuan pencegahan atau menakutkan pesalah.
Mencegah perayu dari mengulangi perbuatannya dan mencegah
masyarakat dari melakukan kesalahan yang sama. Pendekatan inilah
yang ditegaskan oleh Perayu dalam hujahnya sebagai pendekatan
Tujuan Deteren.Sesungguhnya kami mengakui prinsip tersebut. Soalnya,
adakah pertimbangan pengakuan bersalah dalam kes ini boleh
dijadikan faktor peringanan. Kami berpendapat bahawa apabila tujuan
deteran digunapakai dalam menentukan bentuk hukuman, ia
memerlukan faktor sampingan lain untuk mempertimbangkan pengakuan
bersalah perayu sebagai faktor peringanan. Lazimnya, bentuk
kesalahan, kekerapan kesalahan dilakukan, latar belakang pesalah
dan penggunaan kekerasan semasa melakukan kesalahan menjadi
faktor sampingan bagi membolehkan pengakuan bersalah diterima
sebagai pertimbangan peringanan hukuman atau sebaliknya.”
32
Justeru itu, walaupun Mahkamah mengambilkira bahawa ini adalah kesalahan kali pertama
Pesalah namun ia hendaklah dipertimbangkan bersama dengan faktor yang lain sebelum
hukuman yang setimpal ditentukan terhadap Pesalah.
Kesan Hukuman
[41] Pesalah merupakan seorang usahawan dan pernah menjawat jawatan sebagai Chief
Operating Officer (COO) bagi syarikat kejuruteraan. Jika Pesalah dijatuhi hukuman yang
menyebabkan Pesalah mempunyai rekod jenayah, ini sudah pasti membuatkan Pesalah
kehilangan peluang untuk meneruskan pekerjaan di masa hadapan. Pesalah juga telah
mendirikan rumahtangga pada tahun 2014 yang menjadikan tanggungjawab Pesalah sudah
pasti semakin besar sebagai seorang ketua keluarga dan kini perlu menanggung 2 orang
anak iaitu anak tiri dari isteri barunya yang berusia 9 tahun dan seorang bayi berusia 5
bulan dari perkahwinan terbaru ini. Jika Pesalah dikenakan hukuman yang berat atau
mempunyai rekod jenayah, ini sudah pasti membuatkan keluarga Pesalah terputus sumber
kewangan kerana isterinya tidak bekerja dan Pesalah ialah “Bread winner of the family”.
Ini sudah pasti akan memberikan tekanan kepada Pesalah dan keluarga Pesalah dan
menyebabkan hidup keluarga ini terumbang-ambing.
[42] Pendakwaan menyatakan bahawa mitigasi Pesalah terhadap kesan sabitan dan keadaan
sebelum kesalahan dilakukan bukanlah satu faktor mitigasi yang valid dan sah untuk
dijadikan sebagai alasan peringanan hukuman. Perkara ini hanyalah merupakan alasan
yang bersifat peribadi sahaja. Pendakwa menghujahkan perkara ini dari aspek konsep
dalam menetapkan apakah bentuk hukuman yang sesuai dalam Common Law, konsep
dalam menetapkan apakah bentuk hukuman yang sesuai dalam Hukum Syarak dan isu
kepentingan awam. Dalam isu rayuan mitigasi ini, Mahkamah berpegang kepada
pandangan yang diputuskan di dalam kes Abdul Kahar B. Ahmad lwn Ketua Pendakwa
Syarie Selangor, Rayuan Jenayah No.: 10000-136-0006-2010, 10000-108-0007-2010,
10000-109-0008-2010, 10000-134-0009-2010, 10000-107-0010-2010,YAA Pengerusi
Rayuan ada mengulas berhubung isu ini seperti berikut-
33
[22] Terdapat satu keputusan kes Mahkamah sivil yang menarik dan
mempunyai persamaan prinsip hukuman di bawah Hukum Syara’, iaitu
kes PP lwn. Choon Fatt (1976) 2 MLJ 256, Hakim Hashim Yeop Sani
dalam penghakimannya berkata:-
“Peringanan yang dihujahkan oleh seorang yang telah disabitkan,
biasanya akan menimbulkan masalah kesusahan keluarga dan
masaalah kehidupan yang lain. Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah
mungkin dapati sukar untuk memutuskan apakah hukuman yang
seharusnya dikenakan supaya orang itu tidak seterusnya dibebankan
dengan kesusahan tambahan. Pada pandangan saya, ini adalah
pendekatan yang salah. Pendekatan yang betul adalah mengadakan satu
imbangan, sejauhmana yang mungkin, antara kepentingan awam dan
kepentingan tertuduh”.
[22] Pendirian Hakim tersebut jelas menunjukkan kesusahan tambahan
terhadap diri dan keluarga akibat sesuatu hukuman tidak boleh
menjadi sebab kepada peringanan hukuman apabila berhadapan
dengan soal kepentingan awam. Kami dapati Mahkamah Bicara telah
merujuk keputusan kes Mahkamah Sivil tersebut dalam Alasan
Penghakimannya (Rekod Rayuan m.s 152). Oleh itu kami berpendapat
hujah pihak Perayu dalam isu ini adalah hujah yang kosong apabila
gagal mematahkan otoriti kes yang dirujuk oleh Mahkamah Bicara.
Justeru itu, alasan ini bukanlah satu-satunya faktor yang boleh diambilkira sebagai
peringanan semata-mata bahkan Mahkamah ini menjadikan kepentingan awam
adalah lebih utama berbanding kepentingan individu.
Pengakuan Insaf dan Bertaubat
[43] Pesalah juga telah insaf dan bertaubat dan tidak lagi pergi ke mana-mana pusat urutan atau
spa. Pesalah telah mula menyertai kelas-kelas bimbingan agama dan bacaan al-Quran di
34
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak dan berulang alik dari rumahnya di
Pahang ke Gombak bagi mengikuti kelas-kelas bimbingan agama dan al-Quran serta
mengadakan kelas membantu anak-anak qaryah yang menghadapi masalah dan
membimbing anak-anak ini dalam mempelajari bacaan al-Quran. Pesalah sudah tidak lagi
mengulangi kesilapan lampau dan kini mula terlibat dengan aktiviti-aktiviti keagamaan
sebagai tanda insaf dan bertaubat. Manakala Pendakwaan menegaskan bahawa kes Pesalah
ini bukanlah kes pengakuan bersalah bahkan kes bicara yang mengambil masa yang cukup
lama untuk sampai ke tahap ini sejak tahun 2009 lagi 2016. Pendakwaan menyatakan isu
insaf dan taubat tidak wajar ditimbulkan diperingkat ini kerana pensabitan dibuat oleh
Mahkamah terhadap di atas kewajaran keterangan-keterangan yang dibawa oleh pihak
pendakwa melalui saksi-saksinya dan bukan dibuat di atas pengakuan salah yang mana
pastinya pengakuan salah itu terbit dari rasa insaf dan taubat.
[44] Dalam isu ini, tanpa mengulas hujahan pendakwaan sekalipun, Mahkamah ini berpegang
kepada prinsip yang digariskan di dalam kes kes Abdul Kahar B. Ahmad lwn Ketua
Pendakwa Syarie Selangor,Rayuan Jenayah No.: 10000-136-0006-2010, 10000-108-0007-
2010, 10000-109-0008-2010, 10000-134-0009-2010, 10000-107-0010-2010 yang
menyatakan–
[16] Berhubung dengan hujah pihak Perayu bahawa Mahkamah Bicara
telah menolak pernyataan taubat pihak Perayu di hadapan YA Hakim
Perayu. Kami berpandangan bahawa ia sesuatu yang berisiko untuk
diterima pernyataan taubat Perayu begitu sahaja. Ini adalah kerana
berdasarkan kaedah:-
األصل في أمور العارضة العدم
Bermaksud: “Asal pada perkara yang mendatang tidak ada”.
Taubat hanya wujud apabila dibuktikan.Ia perkara yang baharu (atau yang
mendatang).Hakim diperintahkan menghukum berdasarkan zahir
35
sesuatu.Perkara taubat adalah perkara dalam hati.Manusia hanya dapat
mengetahui seseorang itu bertaubat melalui tanda-tanda zahir.
Sebagaimana yang disebut oleh Dr. Abdul Kadir Audah (buku yang sama)
m.s 352. Beliau menyebutkan bahawa taubat penjenayah menurut
sebahagian daripada Mazhab Shafie dan Hanbali hendaklah dibuktikan
melalui amal soleh.
ويشترط بعض هؤالء الفقهاء شرطا آخر ، وهو أن تكون التوبة مصحوبة
، بإصالح العمل ، وهذا الشرط يقتضى مضى مدة يعلم صدق التوبة
[17] Ia amat bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah, ayat
39:-
غفور رحيمتاب من بعد ظلمه وأصلح فإن هللا يتوب عليه إن هللا نفم
Terjemahan: “Sesiapa bertaubat setelah melakukan kejahatan dan
memperbaiki amalannya, maka Allah menerima taubatnya.
Walaupun isu yang dirayu di Mahkamah Rayuan Syariah tersebut adalah berlainan dan
lebih berat berbanding isu di hadapan Mahkamah ini, namun isu taubat yang dibangkitkan
oleh Pesalah masih bergantung kepada prinsip hukum syarak yang digariskan di dalam kes
tersebut. Oleh yang demikian, untuk membuat kesimpulan Pesalah telah insaf adalah suatu
risiko yang mana bukan tanggungjawab Mahkamah ini untuk menilai taubat seseorang
hamba Allah s.w.t.
Fakta Kes
[45] Selain daripada faktor di atas, Mahkamah juga mengambilkira faktor fakta kes ini sendiri
yang mana Pesalah ini sememangnya merancang untuk melakukan kesalahan ini
berdasarkan fakta kes yang dijelaskan oleh saksi-saksi Pendakwa sebagaimana berikut:-
36
45.1. Pertama, berkaitan dengan tempat tangkapan yang mana Pesalah ditangkap berada
berdua-duaan di dalam bilik di sebuah bilik hotel. Tindakan Pesalah berada di tempat
ini telah menjadi qarinah yang jelas terhadap niat mereka sendiri iaitu melakukan
suatu perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t.
45.2. Kedua, fakta berkaitan masa kejadian dan tangkapan kes tersebut telah jelas
menunjukkan niat sebenar Pesalah berada di dalam bilik tersebut pada jam yang tidak
dapat ditentukan masanya secara spesifik kerana terdapat percanggahan keterangan
daripada saksi Pendakwa.
45.3. Ketiga, Mahkamah mendapati keadaan Pesalah semasa tangkapan juga amat
memalukan dan mengaibkan yang mana Mahkamah berpuashati bahawa sewaktu
pintu dibuka Pesalah dan pasangannya berkeadaan tidak berpakaian. Pesalah di
dalam keadaan berbaring dan pasangannya berada di atasnya dan duduk di antara
peha dan pusat. Dalam keadaan yang mengaibkan sebegitu, telah jelas menunjukkan
niat sebenar kedua-duanya walaupun tidak nampak perbuatan yang dilakukannya,
tetapi dengan keadaan berpakaian sebegitu di dalam bilik berdua-duaan jelas terdapat
niat untuk melakukan kesalahan tersebut.
Faktor Umur Pesalah
[46] Mahkamah juga mengambilkira faktor bahawa Pesalah berumur 41 tahun ketika tangkapan
dilaksanakan. Pada pandangan Mahkamah, sepatutnya pada umur ini segala tindak tanduk
seharusnya menunjukkan kematangan sesuai dengan peningkatan umur Pesalah.
Mahkamah percaya bahawa Pesalah merupakan seorang yang dewasa, waras, mukallaf,
boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk dan bertindak sendiri terhadap
sebarang perlakuan. Tiada sebarang alasan yang munasabah telah diberikan oleh Pesalah
terhadap kesalahan yang telah dilakukan olehnya memandangkan Pesalah telah cukup
syarat untuk menanggung risiko terhadap setiap perbuatannya.
37
Jenis Kesalahan
[47] Pesalah telah disabitkan melakukan kesalahan dengan melakukan perbuatan sebagai
persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah sedangkan Pesalah dan pasangannya
itu tidak mempunyai hubungan suami isteri. Kesalahan persediaan melakukan
persetubuhan luar nikah ini adalah merupakan suatu kesalahan yang berat dan berlawanan
dengan larangan syarak iaitu satu perbuatan yang menghampiri zina.
[48] Bahkan Mahkamah bersetuju dengan pendakwaan bahawa perlakuan Pesalah adalah
dilarang dan menyebabkan Islam dipandang serong serta menghampiri zina atau ”bunga-
bunga” zina pun adalah ditegah secara ab Inito, maka apatah lagi jika perbuatan zina itu
sendiri. Ini memberi refleks yang cukup jelas bahawa perbuatan ini merupakan satu
kesalahan yang serius kerana dalil naqlinya juga telah jelas dinyatakan di dalam al-Quran
dan al-Sunnah. Apatah lagi jika dilihat kepada dalil-dalil aqli yang mana kesan kepada
perbuatan menghampiri zina dan zina itu sendiri amatlah buruk dan teruk sekali. Ini
bersesuaian dengan pandangan Hakim Bicara di dalam kes Pendakwa Syarie lwn Mohd
Faizdehar Bin Wan Abdullah (2012) 3 ShLR 95 yang menyatakan bahawa kesalahan
persediaan melakukan persetubuhan luar nikah adalah kesalahan yang serius kerana ia
termasuk di dalam kategori muqaddimah zina. Sudah tentu, kesalahan ini lebih berat
daripada kesalahan khalwat bersesuaian dengan larangan Allah S.W.T melalui Surah Al-
Isra’ ayat 32 :
نا إنه كان فاحشة وساء سبيال وال تقربوا الز
Bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri perbuatan zina kerana
zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang
membawa kerosakan.
Prinsip Dan Bentuk Hukuman
[49] Sebelum sesuatu hukuman ditentukan, Mahkamah hendaklah meneliti dan
mempertimbangkan kepada keseluruhan fakta kes ke atas Pesalah ini. Asas yang
38
digariskan oleh hukum syarak di dalam menjatuhkan hukuman takzir adalah jelas sebagai
dinyatakan sebagaimana berikut:-
49.1. Pandangan Abdul Qadir Audah dalam kitabnya al-Tasyri’ al-Jina’ie al-Islami, Jilid
1, hlm. 615 yang menyatakan bahawa:
“Adapun bagi kesalahan-kesalahan takzir, syariat memberi kebebasan
kepada hakim di dalam memilih hukuman yang sesuai di antara
sekumpulan hukuman. Sebagaimana juga diberikan kebebasan kepada
hakim di dalam menetapkan kadar hukuman dan kebebasan menentukan
pemilihan hal keadaan jenayah dan hal keadaan penjenayah (dalam
persoalan meringan atau memberatkan hukuman). Sekiranya hakim
berpendapat bahawa hal keadaan jenayah dan hal keadaan penjenayah
tidak menghendaki peringanan, maka hakim hendaklah menghukum
penjenayah mengikut hukuman yang selayaknya dengan jenayah yang
dilakukannya. Sekiranya hakim berpendapat hal keadaan penjenayah
menghendaki peringanan hukuman, maka hakim hendaklah menghukum
dengan hukuman yang sesuai dengan keperibadiannya, hal keadaannya
dan hal keadaan kehidupannya serta akhlaknya. Sekiranya pula bahawa
hal keadaan jenayah menghendaki pemberatan hukuman, sedangkan hal
keadaan penjenayah menghendaki ia diringankan, maka hakim
hendaklah menghukum dengan hukuman pertengahan, dia tidak boleh
memberatkan hukuman dan tidak juga boleh meringankannya.”
49.2. Mahkamah juga merujuk kepada kitab al-Uqubah Fi al-Fiqh al-Islami, hlm. 135,
karangan Ahmad Fathi Bahansi, menyatakan:
أن مقدارالتعزيز بحسب المصلحة وعلى قدر الجريمة
39
Maksud: Sesungguhnya kadar ta’zir yang dijatuhkan hukum kepada
pesalah ta’zir adalah mengikut kemaslahatan dan juga tahap jenayah
yang telah dilakukan.
[50] Mahkamah suka menegaskan tujuan utama perlaksanaan hukuman takzir yang harus
difahami oleh semua pihak adalah untuk pencegahan dan pengajaran disamping
pemulihan dan pendidikan. Pencegahan ertinya mencegah Pesalah dari mengulangi
perkara yang sama disamping mencegah orang lain dari melakukannya. Oleh itu, semua
hukuman yang ditentukan oleh Mahkamah hendaklah mencapai tujuan tersebut yang
mana mungkin berbeza hukumannya di antara satu kes dengan kes yang lain. Ia adalah
bertepatan dengan hukum syarak sebagaimana pendapat Dr. Fathi bin al-Tayyib al-
Khumasi dalam kitabnya Fiqh al-Jinaie al-Islami, hlm.431:-
األسباب مشددة : لقد شددة العقوبة الشريعة اإلسالمية فى بعض العقوبات عى
بعض الجرائئم نظرا لما تنطوى عليه من خطورة مباشرة تمس كيان المجتمع
ام الدولة واستقرارها وأمنها وهى فى حقيقة األمر أسباب تدعو واألمة وتهدد نظ
لتشديد العقوبة والضرب على يد كل كن يحاول زعزعة النظام العا وبث الرعب
في قلوب المواطنين
Maksud: Sesungguhnya syariat Islamiyah memberatkan hukuman
terhadap sesetengah jenayah jika ia mendatangkan bahaya hal
keadaan masyarakat dan umat islam dan bahaya kepada hal
keadaan masyarakat dan umat islam dan mengancam sistem
Negara, kestabilan serta keamanannya. Pada dasarnya ia adalah
sebab-sebab yang mendorong kepada pemberatan hukuman yang
dikenakan ke atas setiap orang yang cuba menggoncang sistem
masyarakat dan orang yang menyebakan ketakutan di dalam hati
penduduk…
40
[51] Prinsip mengutamakan kemaslahatan awam berbanding individu ini di dalam
memutuskan hukuman ini telahpun kukuh sebagaimana pandangan di dalam kes Mohd
Farizal Bin Mohd Fatimi lwn. Ketua Pendakwa Syarie, Kes Rayuan Jenayah No. 10000-
114-0013-2015 yang menyatakan-
[10] Semasa memutuskan hukuman tersebut kami percaya Yang Arif Hakim
Bicara telah dipandu oleh beberapa pertimbangan. Yang pertama dan
paling utama ialah kepentingan awam. Ini kerana udang-undang
jenayah dilaksanakan secara awam bukan sahaja dengan tujuan
menghukum penjenayah tetapi juga dengan harapan menghalangnya.
Satu hukuman wajar dijatuhkan secara umum berkhidmat untuk
kepentingan awam dalam dua cara iaitu:
i. Ia boleh menghalang orang lain yang mungkin terpengaruh untuk
menlakukan jenayah kerana kononnya ia menawarkan wang yang
mudah dengan andaian bahawa jika pesalah ditangkap akan dibawa
ke muka pengadilan, hukuman yang akan dijatuhkan adalah hanya
didenda sahaja.
ii. Hukuman sedemikian boleh juga mendeter penjenayah tertentu
daripada melakukan sesuatu jenayah sekali lagi atau mendorongnya
untuk berubah daripada penghidupan jenayah kepada penghidupan
sebenar.
[11] Kepentingan awam sememangnya dilaksana secara terbaik sekali jika
pesalah didorong untuk berubah daripada cara-cara penghidupan
penjenayah kepada penghidupan yang benar, walaupun mungkin
hukuman itu tidak mengubah kehidupan pesalah namun hukuman itu
sekurang-kurangnya mengurangkan kemungkinan orang lain
melakukannya. Hukuman juga memberi peringatan dan amaran
kepada orang lain yang sepertinya atau yang cuba menjadi sepertinya,
41
alasan berfikir tentang perbuatan yang mereka lakukan, atau patut
mengelakkan diri dari melakukannya.
[12] Seterusnya Mahkamah juga menghukum sedemikian dengan tujuan
untuk melindungi masyarakat daripada kecenderungan melakukan
kesalahan yang sama. Disamping itu juga hukuman ini bertujuan bagi
menandakan beratnya kesalahannya, menekankan ketidaksetujuan
awam atas perbuatannya, bertindak sebagai amaran kepada orang-
orang lain, menghukum pesalah dan yang paling penting sekali ialah
melindungi orang awam dari melakukannya.
[52] Dalam konteks hukuman berdasarkan undang-undang pula, Hukuman yang boleh
dijatuhkan ke atas Pesalah ini setelah disabitkan melakukan kesalahan di bawah Seksyen
26 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 adalah dengan salah satu daripada empat (4)
bentuk hukuman yang diperuntukan iaitu sama ada menjatuhkan hukuman denda tidak
melebihi RM 5,000.00 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak
melebihi 6 sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut. Justeru itu, adalah
menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk memastikan hukuman yang di peruntukkan ini
mampu mencapai tujuan takzir itu dilaksanakan. Oleh yang demikian, setelah Mahkamah
mempertimbangkan keseluruhan fakta di atas maka hukuman yang wajar diputuskan
terhadap Pesalah adalah sebagaiman dijelaskan di bawah ini satu persatu.
Hukuman Denda Penjara
[53] Mahkamah berpandangan bahawa hukuman denda adalah suatu hukuman yang biasa dan
mampu di bayar oleh Pesalah tanpa meninggalkan sebarang pengajaran terhadap mana-
mana orang yang disabitkan bersalah. Faktor kewangan masa kini bukanlah satu masalah
yang besar dan hanya dipandang remeh oleh masyarakat umum sehingga tidak mengambil
iktibar terhadap keputusan Mahkamah. Apatah lagi melihat kepada aspek kemampuan
Pesalah yang bekerja sebagai seorang usahawan dan pernah menjawat jawatan sebagai
Chief Operating Officer (COO) yang mempunyai pendapatan yang agak besar berbanding
hukuman denda yang diperuntukkan di dalam undang-undang bagi kesalahan ini.
42
Walaupun begitu, hukuman ini wajar dikenakan kepada Pesalah dengan harapan ianya
dapat memberi pengajaran untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama dengan kadar
yang maksimum.
Hukuman Penjara
[54] Pesalah telah merayu agar tidak dikenakan hukuman penjara bagi mengelakkan masa
depan Pesalah dan keluarga yang baru dibinanya terjejas dengan hukuman tersebut.
Mahkamah juga tidak bercadang untuk mengenakan hukuman penjara kepada Pesalah ini
bagi mengelakkan sebarang masalah lain di masa depan bagi Pesalah ini walaupun
hakikatnya Pesalah ini sendiri tidak memikirkannya. Ini kerana jika Pesalah ini
memikirkan masa depannya, Pesalah ini sudah pasti tidak akan berani melakukan
kesalahan berat ini.
Hukuman Sebatan
[55] Pesalah merayu agar tidak dikenakan hukuman sebat kerana Pesalah telah disahkan
menghidap Diabetes Mellitus Type 2 berdasarkan kepada ikatan dokumen Pesalah di Tab
B. Pesalah menghujahkan bahawa pesakit diabetes akan menghadapi masalah luka yang
lambat sembuh. Kesan daripada hukuman sebat dikhuatiri akan memberikan kesan luka
yang lambat sembuh. Walaubagaimanapun laporan perubatan daripada Klinik Mutiara
yang dilampirkan tersebut hanya bertulis tangan yang sukar difahami dan tiada sebarang
pengesahan daripada Doktor perubatan kerajaan. Bahkan kebimbangan Pesalah berkaitan
sebatan syariah ini adalah amat jelas seolah-olah sebatan tersebut mempunyai kesan yang
sama seperti sebatan sivil jika dilihat kepada rayuan Pesalah ini.
[56] Sedangkan Mahkamah berpendapat bahawa jika dilihat sebatan di dalam kes-kes yang
melibatkan jenayah syariah ini tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan
menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang.
Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran seperti denda seorang guru kepada anak muridnya,
ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kasihan dan bukan atas dasar
dendam atau geram kepada seorang pesalah. Keseluruhan proses sebatan syariah hendaklah
tertakluk kepada garis panduan yang telah di peruntukan berkaitan hukuman sebat ini
43
sebagaimana Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Ia
bersesuaian dengan panduan yang diberikan oleh hukum syarak sebagaimana pandangan
fuqaha di dalam Kitab al-Muhazzab , jld. 5, hlm. 458 yang menyatakan bahawa agama
Islam telah menggariskan beberapa pra syarat sebatan menurut perspektif Islam iaitu:
i. Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan
ii. Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang
besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
iii. Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tangannya melebihi paras
ketiak, atau tidak boleh erlihat bawah lengannya semasa
mengangkat pemukul, dan pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak
pula terlalu perlahan.
iv. Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
v. Lelaki disebat secara berdiri manakala wanita secara duduk.
[57] Mahkamah berpandangan hukuman sebatan syariah ini wajar dikenakan ke atas Pesalah ini
bagi sebagai pengajaran kepadanya agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Manakala
faktor samada sebatan ini boleh dilaksanakan ataupun sebaliknya kerana penyakit diabetes
Pesalah ini, biarlah laporan perubatan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan yang
menentukannya sebelum perlaksanaan sebatan dilaksanakan. Justeru itu, Mahkamah
memutuskan untuk mengenakan hukuman sebat ke atas Pesalah sebagai tambahan
hukuman kepadanya.
44
Keputusan
KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Pendakwa dan kehadiran Tertuduh bersama
Peguam Syarie, Encik Abdul Halim Bin Bahari. SETELAH MENELITI semua kertas kausa,
keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti berikut:
1. Mahkamah menjatuhkan hukuman bagi Pesalah iaitu AMZ dengan denda sebanyak RM
5000.00 atau penjara 4 bulan jika gagal membayar denda DAN Pesalah dihukum sebat
sebanyak enam (6) kali sebatan.
2. Pesalah ini hendaklah ditahan di Penjara sehingga hukuman sebat dilaksanakan
sebagaimana kehendak Seksyen 125 (4) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri
Selangor) 2003.