Post on 26-Dec-2019
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E-LEARNING
DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN EMPAT, FAKULTI
PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MADIHAH BINTI JAILANI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN:
BORANG
JUDUL: FAKTOREFAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat 1. Tesis adalah hakmilik 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
__________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat tetap:JPY 16, PEKAN PARIT YA’ANI,83710 YONG PENG,JOHOR.
Tarikh:___________________
����
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E-LEARNING DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN EMPAT, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
MADIHAH BINTI JAILANI (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuktujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusipengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (� )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
__________________________ ____________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: JPY 16, PEKAN PARIT YA’ANI, ENCIK JUHAZREN JUNAIDI83710 YONG PENG, Nama Penyelia
Tarikh:___________________ Tarikh:___________________
1 MEI 2008 1 MEI 2008
TEKNOLOGI MALAYSIA
lampirkan surat daripada pihak menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara kursus dan penyelidikan,
PENGESAHAN STATUS TESIS ����
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN PELAJAR TAHUN EMPAT,
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan syarat kegunaan seperti berikut:
Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan si/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh,
____________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)
ENCIK JUHAZREN JUNAIDI
Nama Penyelia
Tarikh:___________________ 1 MEI 2008
“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta
“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : ……………………………
Nama Penyelia : Encik Juhazren bin Junaidi
Tarikh : ……………………………1 MEI 2008
“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Pendidikan (Matematik)”
………………………
: Encik Juhazren bin Junaidi
: ……………………………
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E-LEARNING
DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN EMPAT, FAKULTI
PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MADIHAH BINTI JAILANI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
“Saya akui bahawa kajian bertajuk ‘
E-learning di kalangan Pelajar
Teknologi Malaysia’ ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
“Saya akui bahawa kajian bertajuk ‘Faktor-faktor yang Mempengar
kalangan Pelajar-pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti
’ ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………………
Nama Pelajar : Madihah binti Jailani
Tarikh : ……………………1 MEI 2008
ii
faktor yang Mempengaruhi Penggunaan
, Fakulti Pendidikan, Universiti
’ ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
…………..
: Madihah binti Jailani
: ……………………..
iii
DEDIKASI
Assalamualaikum w. b. t.
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya,
terhasillah sebuah laporan projek berkaitan e-learning. Segala kesulitan dan
rintangan tidak akan dapat ditempuhi tanpa belas dan kasih sayang daripada-Nya
Buat ayahanda dan bonda tercinta yang tidak pernah putus dalam memberikan
semangat dan mendoakan kejayaan serta kebahagiaan anakanda
Jailani Gaman dan Esah Salleh
Buat abang dan adik-adik tersayang
Mohd. Fadhli, Munirah, Noor Atiqah, Izaifah, Mohd. Ghazali dan Mohd. Iqbal
Buat Mohd. Khairi Nordin@Baharuddin yang tidak jemu-jemu menghulurkan
bantuan, semoga mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji
bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S. A. W.. Syukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan juga
kekuatan untuk menjalankan kajian dan menghasilkan laporan kajian ini dengan
baiknya.
Pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi sepanjang
menjalankan kajian. Segala bantuan dan sokongan yang dihulurkan amat bermakna
sekali bagi diri ini. Kesempatan ini ingin saya lahirkan rasa syukur dan ucapan jutaan
terima kasih kepada mereka yang berkenaan.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada penyelia saya yang baik
hati, Encik Juhazren Junaidi di atas nasihat, bimbingan, ilmu dan masa yang
diluangkan sepanjang menyelia saya hingga terhasilnya tesis ini.
Ucapan terima kasih juga dirakamkan buat pensyarah-pensyarah dan rakan-
rakan seperjuangan khususnya pelajar 4 SPT serta kepada mereka yang sentiasa
hulurkan bantuan hingga selesainya projek ini. Terima kasih di atas kerjasama yang
diberikan.
Allah sahajalah yang dapat membalas budi kalian. Terima kasih.
v
ABSTRAK
Perkembangan teknologi yang pesat memberikan impak kepada bidang
pendidikan. Bidang pendidikan mengalami perubahan seiring dengan arus
perubahan globalisasi. E-learning merupakan satu fenomena yang melanda dunia
pendidikan negara. Namun ia telah lama diaplikasi di negara-negara maju kerana ia
dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk melihat
sejauhmana faktor isi kandungan, kaedah komunikasi dan maklumat tambahan
mempengaruhi penggunaan e-learning di kalangan pelajar-pelajar tahun empat,
Fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada
102 pelajar yang dipilih secara rawak mudah daripada 120 pelajar. Data yang
diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 11.5. Bilangan sampel adalah berdasarkan kepada jadual
Krejcie, R.V dan Morgan, D.W. Nilai alpha bagi soal selidik ialah, α = 0.966.
Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka,
ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor yang mempengaruhi
penggunaan e-learning. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang maklumat yang
berguna kepada pihak-pihak yang berkaitan agar dapat meningkatkan lagi tahap
penggunaan e-learning serta memaksimumkan penggunaannya.
vi
ABSTRACT
The fast development of technology gave an impact to the education field.
The education field changed parallel to the globalization changing. E-learning is one
of the phenomena that affected the education field of this country. But it has been
earlier applied in developed countries because it is believed to give more benefits to
people involved in teaching and learning. This research is done to gain information
on how far does content, communication method and supplementary information
factors influence the usage of e-learning among fourth year students, Faculty of
Education, Universiti Teknologi Malaysia. Research sample consists of 102 students
out of 120 students which was randomly selected. Data were then analyzed using
Statistical Package for Social Science (SPSS) software version 11.5. The number of
sample was based on Krejcie, R.V dan Morgan, D.W table. The alpha value for the
questionnaire is α = 0.966. The result shows that the mean value for those three
factors is high. Therefore, these three factors are among the factors which influenced
the using of e-learning. It is hoped that this research can provide important
information to the related parties so that the usage of e-learning can be increased
besides maximizing the use.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENGENALAN 1 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.6.1 Pelajar 9
1.6.2 Pensyarah 9
1.6.3 Fakulti Pendidikan 9
viii
1.6.4 Universiti Teknologi Malaysia 10
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Operasi 11
1.9.1 Faktor 11
1.9.2 Penggunaan 11
1.9.3 E-learning 12
1.10 Kesimpulan 12
2 SOROTAN KAJIAN 14
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Perkembangan Internet 15
2.3 Pengenalan kepada Pembelajaran 17
2.4 Konsep E-learning 21
2.5 Perkembangan E-learning di UTM 24
2.6 Faktor-faktor Penggunaan E-learning 26
2.6.1 Isi Kandungan 27
2.6.2 Kaedah Komunikasi 30
2.6.3 Maklumat Tambahan 32
2.7 Kajian Penggunaan E-learning dalam Proses 34
Pembelajaran
2.8 Kesimpulan 35
3 METODOLOGI KAJIAN 36
3.1 Pendahuluan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 37
3.3 Tempat Kajian 37
3.4 Populasi Kajian 38
3.5 Sampel Kajian 39
3.6 Instrumen Kajian 40
3.6.1 Soal Selidik Tertutup 41
3.6.2 Soal Selidik Terbuka 42
3.6.3 Bahagian A 42
3.6.4 Bahagian B 43
ix
3.6.5 Bahagian C 43
3.7 Prosedur Kajian 44
3.8 Kajian Rintis 45
3.9 Pengumpulan Data 46
3.10 Penganalisaan Data 47
3.11 Kesimpulan 48
4 ANALISIS DATA 50
4.1 Pendahuluan 50
4.2 Analisis Bahagian A: Demografi Pelajar 51
4.2.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan 51
Responden Mengikut Jantina
4.2.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan 51
Responden Mengikut Bangsa
4.2.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan 52
Responden Mengikut Program
4.2.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan 53
Responden Mengikut Umur
4.3 Analisis bahagian B: Faktor-faktor Penggunaan 53
E-learning
4.3.1 Faktor Isi Kandungan 54
4.3.2 Faktor Kaedah Komunikasi 56
4.3.3 Faktor Maklumat Tambahan 59
4.4 Kesimpulan 62
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 63
5.1 Pendahuluan 63
5.2 Perbincangan 63
5.2.1 Isi Kandungan Mempengaruhi 64
Penggunaan E-learning
5.2.1.1 Keperluan Pelajar 64
5.2.1.2 Kos Efektif 65
5.2.1.3 Gaya Penulisan 66
5.2.2 Kaedah Komunikasi Mempengaruhi 67
x
Penggunaan E-learning
5.2.2.1 Perbincangan dan Perkongsian 67
Pandangan
5.2.2.2 Tahap Komunikasi 68
5.2.2.3 Keselesaan 69
5.2.3 Maklumat Tambahan Mempengaruhi 70
Penggunaan E-learning
5.2.3.1 Rujukan Kuliah 71
5.2.3.2 Maklumat Tugasan 71
5.2.3.3 Keyakinan Diri 72
5.3 Rumusan 73
5.4 Cadangan 74
5.4.1 Cadangan Umum 75
5.4.1.1 Pelajar 75
5.4.1.2 Pensyarah 75
5.4.1.3 Fakulti Pendidikan 76
5.4.1.1 Universiti Teknologi Malaysia 76
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 77
5.5 Kesimpulan 78
BIBLIOGRAFI 79
LAMPIRAN 84
Lampiran A 85-89
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA
SURAT
2.1 Perbezaan antara pembelajaran tradisional dan
pembelajaran berasaskan web
19
2.2 Perbezaan peranan guru dan pelajar antara
pembelajaran tradisional dan pembelajaran atas
talian (online learning)
20
3.1 Populasi kajian 38
3.2 Sampel kajian 40
3.3 Skala Likert 5 mata 43
3.4 Item soal selidik 44
3.5 Pengelasan nilai min 48
4.1 Taburan responden mengikut jantina 51
4.2 Taburan responden mengikut bangsa 52
4.3 Taburan responden mengikut program 52
4.4 Taburan responden mengikut umur 53
4.5 Taburan responden bagi faktor isi kandungan 55
4.6 Taburan responden bagi faktor kaedah
komunikasi
58
4.7 Taburan responden bagi faktor maklumat
tambahan
61
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
MUKA SURAT
1.1 Laman muka (interface) e-learning UTM
sebelum daftar masuk (login)
5
1.2 Laman muka (interface) e-learning UTM
selepas daftar masuk (login)
6
2.1 Dasar pembangunan dan perkembangan
e-learning UTM
26
xiii
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
CD-ROM - Compact Disc-Read Only Memory
MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment
SPSS - Statistic Package for Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Soal Selidik Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Penggunaan E-learning
di kalangan Pelajar-pelajar Tahun
Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia
85
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Bermula sekitar tahun 1956, perubahan dan kemajuan dalam bidang sains dan
teknologi kian membengkak. Dalam tempoh beberapa dekad, banyak kemajuan yang
telah ditunjukkan dan ia turut mempengaruhi perkembangan bidang-bidang lain
seperti peniagaan, komunikasi dan lain-lain. Bidang pendidikan juga tidak terlepas
daripada tempiasnya. Kini, bidang pendidikan lebih terbuka yang mana sesi
pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terhad di dalam kelas sahaja. Malah,
pengajar dan pelajar boleh berada di tempat yang berlainan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
Sehubungan dengan perubahan pesat yang melanda dunia khususnya dalam
era teknologi dan maklumat, kerajaan tidak mahu ketinggalan untuk turut bersaing
dengan dunia dalam bidang teknologi. Apatah lagi teknologi dalam kehidupan
seharian kini tidak dapat disangkal lagi kepentingannya. Justeru itu, kerajaan telah
mengambil beberapa langkah dalam membekalkan ilmu berkaitan teknologi kepada
para pelajar. Ini adalah antara usaha mulia kerajaan dalam melahirkan generasi yang
berilmu dan berdaya saing dalam era teknologi dan maklumat.
2
Jika diimbas kembali perubahan yang melanda dalam sistem pendidikan
negara terutamanya kaedah pengajaran, ia berubah seiring dengan arus perubahan
dalam sistem pendidikan dunia. Bermula dengan kaedah pengajaran tradisional yang
menggunakan papan hitam (black board), diikuti penggunaan papan putih (white
board), dan seterusnya penglibatan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam sesi
pembelajaran, kini pengintegrasian teknologi maklumat serta pengaplikasian internet
dalam sesi pembelajaran iaitu e-pembelajaran (e-learning) telah tersebar luas.
Menurut Zaidatun dan Jamalludin (2001), pengajaran tradisional yang mana
pensyarah sebagai penyalur atau penyampai maklumat dan pelajar sebagai penerima
maklumat merupakan komunikasi sehala. Interaksi adalah terbatas, bukan sahaja
antara pensyarah dengan pelajar, malah sesama pelajar juga terhad disebabkan oleh
jumlah pelajar yang ramai. Oleh yang demikian, adalah sukar untuk pensyarah
mengajar mengikut keperluan dan tahap keupayaan setiap pelajar.
Kini, teknologi komputer bukan sahaja membantu dalam mengaplikasikan
teori pembelajaran, malah ia turut menyumbang kepada kaedah pembelajaran yang
baru dalam dunia pendidikan (Pena-Shaff, Martin dan Gray, 2001). Jamalludin dan
Zaidatun (2003) berpendapat, penggunaan komputer adalah tertumpu kepada
perpindahan strategi dan cara persembahan maklumat yang digunakan kepada
pengetahuan yang bermakna dan bermanfaat. Bagi teks isi pelajaran pula, ia
dipersembahkan semula melalui penggunaan media yang pelbagai, menarik dan lebih
dinamik. Dengan ini, ia mampu menarik pelajar dan merangsang minda pelajar.
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran
memberikan impak kepada corak pendidikan kini dan juga masa akan datang. Ini
disebabkan kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh komputer dan tidak
dapat dinafikan kejayaan komputer dalam menarik minat ramai pihak terutamanya
para pelajar. Suatu hari nanti, kemungkinan pengajaran secara tradisional iaitu
penggunaan papan hitam dan kapur akan digantikan sepenuhnya oleh komputer dan
teknologi lain yang setara. Namun, hanya satu sahaja yang tidak mungkin teknologi
3
dapat menggantikan, iaitu peranan guru. Komputer dan teknologi hanyalah alat yang
membantu dalam proses pembelajaran supaya dapat menghasilkan pembelajaran
yang lebih bermakna (Jamalludin dan Zaidatun, 2003).
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada tahun 1997, Malaysia telah melancarkan satelitnya sendiri, iaitu
Malaysia East Satellite (MEASAT) dan juga pelaksanaan Lebuhraya Koridor Raya
(MSC). Bermula daripada peristiwa ini, masyarakat mula didedahkan tentang
penggunaan internet, kemudian masyarakat diperkenalkan pula dengan
e-perdagangan, seterusnya k-ekonomi dan kini e-pembelajaran atau dikenali juga
sebagai pembelajaran elektronik (Hazimah, 2003).
Hazimah (2003) menyatakan bahawa e-pembelajaran adalah pengintegrasian
teknologi maklumat ke dalam sistem pembelajaran. Menurutnya lagi, melalui laman
web, pelbagai bahan pengajaran dapat disediakan secara serentak dalam bentuk yang
lebih interaktif seperti teks, grafik, animasi, audio dan video. Tambahan lagi, sesi
pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan kaedah laman web mempunyai
darjah pemusatan yang tinggi terhadap pelajar.
Pada tahun 1998, muncul sebuah universiti maya yang pertama di Malaysia,
iaitu Universiti Tunku Abdul Razak (UNITAR). Universiti ini menawarkan
program-program yang membenarkan pelajar belajar secara atas talian (online).
Pembelajaran maya merupakan satu corak penerimaan ilmu atau pendidikan
menerusi pengalaman tertentu yang diuruskan oleh sistem atas talian (online).
Sistem ini menguruskan pembelajaran seperti membekalkan mekanisme
penghantaran maklumat, pemantauan prestasi pelajaran, penilaian dan pencapaian
kepada sumber pengajaran dan pembelajaran yang segera.
4
Universiti-universiti di Malaysia kebanyakannya menggunakan sistem
e-learning tersendiri iaitu sama ada melalui perisian open-source (sumber terbuka)
atau Learning Management System (LMS) yang berlesen. Sistem e-learning UTM
pada mulanya telah menggunakan LMS berlesen iaitu WebCT. Namun, kini ia telah
beralih kepada perisian open-source iaitu Moodle (Modular Object-Oriented
Dynamic Learning Environment). Perisian ini menyediakan persekitaran
pembelajaran sesuai untuk pembelajaran kendiri dan juga berkumpulan. Ia terdiri
daripada empat fasa kerja iaitu membina (constructing), kolaborasi (collaborating),
mencipta (creating) dan berkongsi (sharing) (Mohamed Noor, 2005).
Berdasarkan penerangan di dalam lampiran ‘panduan ringkas kemudahan
e-learning’, pembelajaran elektronik atau e-learning merupakan salah satu
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan
teknologi web dan internet. Ia juga menyokong proses pengajaran dan pembelajaran
konvensional. Projek e-learning di UTM ini merupakan satu usaha daripada pihak
universiti bagi membuka peluang kepada pensyarah dan pelajar memanfaatkan
teknologi yang terkini. Oleh yang demikian, diharap agar mutu pengajaran dan
pembelajaran di UTM dapat dipertingkatkan lagi.
Faedah-faedah yang bakal diperolehi pelajar melalui pendekatan e-learning
ialah pelajar mempunyai pilihan untuk belajar menurut kemampuan, keperluan dan
gaya pembelajaran yang digemari. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan kepada
peluang pembelajaran tanpa batasan dan ini akan menggalakkan pelajar berfikir
dengan lebih kritis dan kreatif. Pelajar juga akan menjadi lebih berdikari dalam
proses menuntut ilmu dengan mencari bahan pembelajaran tambahan sendiri, bukan
hanya sekadar bergantung kepada nota pensyarah semata-mata.
Bagaimanakah cara menggunakan e-learning? Ia terlalu mudah! Pelajar
hanya perlu mencapai ke sistem e-learning UTM di alamat http://elearning.utm.my.
Gunakan pautan Login yang berada di sudut kanan atas laman muka untuk masuk ke
dalam sistem ini. Masukkan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
5
Langkah selanjutnya, pelajar hanya perlu memilih mata pelajaran daripada senarai
mata pelajaran dan pelajar boleh mula menggunakan semua kemudahan yang telah
disediakan di dalam sistem tersebut.
Sistem e-learning UTM ini dirancang hanya mempunyai beberapa modul
yang utama, iaitu maklumat mata pelajaran, nota kuliah, kuiz, tugasan dan
perbincangan yang boleh diakses atau dicapai memerusi rangkaian komputer
universiti. Namun, setelah bertukar kepada perisian Moodle, modul yang disediakan
telah bertambah, antaranya ialah resource, survey, journal dan beberapa modul lagi.
Modul ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam sorotan kajian.
Rajah 1.1 Laman muka (interface) e-learning UTM sebelum daftar masuk (login)
6
Rajah 1.2 Laman muka (interface) e-learning UTM selepas daftar masuk (login)
1.3 Pernyataan Masalah
E-learning merupakan penyelesaian yang ideal bagi mereka yang
menghadapi masalah tidak dapat menghadiri kuliah. Masalah ini mungkin
disebabkan oleh kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pelajar seperti masalah
kesihatan. Selain itu, masalah menghadirkan diri ke kelas juga mengganggu mereka
yang berminat untuk belajar tetapi menghadapi masalah disebabkan oleh kekangan
waktu kerana bekerja.
Terdapat beberapa perkara yang telah dikenal pasti sebagai faktor kepada
penggunaan e-learning. Antaranya ialah faktor reka bentuk, faktor kesenangan untuk
diguna, faktor pensyarah dan beberapa faktor lagi. Bagi kajian ini, pengkaji akan
mengkaji beberapa ciri e-learning yang baik untuk memastikan adakah ciri-ciri
e-learning yang baik ini menjadi perangsang kepada pelajar untuk menggunakan
7
e-learning. Pengkaji telah memilih tiga ciri e-learning yang baik untuk dijadikan
bahan kajian pengkaji. Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada pandangan daripada
beberapa penulis yang menyatakan perkara yang sama.
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti adakah isi kandungan, kaedah
komunikasi dan maklumat tambahan dalam e-learning mempengaruhi penggunaan
e-learning di kalangan pelajar. Kajian ini difokuskan kepada pelajar-pelajar tahun
empat Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan di Fakulti Pendidikan,
UTM.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah:
i. Mengenal pasti isi kandungan e-learning mempengaruhi penggunaan
e-learning;
ii. Mengenal pasti kaedah komunikasi dalam e-learning yang mempengaruhi
penggunaan e-learning;
iii. Mengenal pasti maklumat tambahan dalam e-learning mempengaruhi
penggunaan e-learning.