Post on 01-Feb-2018
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBEF2703
PENDIDIKAN KOKURIKULUM
TAJUK TUGASAN:
KO-KURIKULUM
SHAMSUDIN BIN MAMAT
820917115365001
shamsudintrg@yahoo.com
TERENGGANU LEARNING CENTRE
SEMESTER JANUARI 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA JENGAL
23000 DUNGUN TERENGGANU
PERSATUAN PENGAKAP
MINGGU TARIKH AKTIVITI CATATAN
1
31 Januari 2012
Mesyuarat Pemimpin
2
7 Februari 2012
Perlantikan AJK Pengakap dan
Ikrar
3
14 Februari 2012
Sejarah Penubuhan Pengakap di
Dunia dan di Malaysia
4
21 Februari 2012
Asas Pertolongan Cemas
5
28 Februari 2012
Balutan
6
6 Mac 2012
Ikatan
7
20 Mac 2012
Latihan Pertolongan Cemas
8
27 Mac 2012
Kawad Kaki
9
3 Mac 2012
Ikatan dan balutan
10
10 Mac 2012
Pertolongan Cemas Di Sekolah dan
dirumah
11
17 Mac 2012
Asas Pertolongan Cemas
12
17 Mac 2012
Latihan Pertolongan Cemas
13
24 Mac 2012
Kawad Kaki
14
3 April 2012
Gotong- royong
15
10 April 2012
Latihan kecemasan
16
17 April 2012
Latihan Memasak
17
24 April 2012
Latihan Kawad Kaki Pertandingan
18
8 Mei 2012
Memasang khemah
19
15 Mei 2012
Membuat gajet
20
14 – 16 Jun 2012
Perkhemahan Badan Beruniform
PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM
SK KUALA JENGAL
Pada : 20 - 22 JUN 2012
Tempat : Padang Sekolah SK Kuala Jengal
Anjuran : Unit Kokurikulum SK Kuala Jengal
1.0 Pendahuluan
Perkhemahan Badan Beruniform yang telah dijalankan ini adalah untuk menyemai semangat
kekitaan dikalangan murid.Ia adalah cara untuk mendedahkan para pelajar kepada dunia luar
dalam usia muda.Perkhemahan ini juga diadakan untuk mendedahkan murid-murid kepada
kemahiran semasa berada di dunia luar dari sekolah yang mana kemahiran ini hanya dapat
diperolehi melalui pengalaman murid itu sendiri semasa berkhemah dan pengalaman ini
dapat digunakan sepanjang hidup mereka semasa menjalani kehidupan.SK Kuala Jengal telah
mengadakan perkhemah setiap tahun bagi memastikan murid-murid dapat menimba
pengalaman yang berguna dan mencukupi dengan amali yang dijalani oleh mereka.
2.0 RASIONAL
Perkhemahan yang dijalankan adalah sebagai mengikuti kurikulum yang telah ditetapkan
oleh pihak kementerian yang telah mewajibkan setiap sekolah menjalankan aktiviti
perkhemahan ini.Program perkhemahan ini menerapkan unsur disiplin,semangat
perpaduan,pertumbuhan fizikal dan mental selain daripada melahirkan insan yang
cemerlang,gemilang dan terbilang.
OBJEKTIF
2.1 Menjalankan satu daripada program kokurikulum yang membolehkan setiap unit
beruniform mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum
2.2 Melahirkan para pelajar yang mempunyai daya pimpin yang cemerlang
2.3 Memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan para pelajar.
2.4 Membina potensi diri individu yang lebih positif
2.5 Mendedahkan para pelajar kepada pendidikan luar .
2.6 Membina hubungan yang lebih mesra antara guru dan pelajar.
2.7 Mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari.
3.0 PELAKSANAAN KEM
Tarikh : 20 – 22 Jun 2012
Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu
Tempat : Padang Sekolah SK Kuala Jengal
Penglibatan :
3.1 Pelajar Tahun 4, 5, 6
3.2 Guru Besar dan semua guru
3.3 Persatuan Ibu Bapa dan Guru
4.0 AKTIVITI
4.1 Pertandingan
4.1.1 Masakan Rimba
4.1.2 Spider web
4.1.3 Kebudayaan
4.1.4 Unit terbaik keseluruhan
4.2 Tanpa Pertandingan
4.2.1 Ceramah Motivasi / Kuliah Agama
4.2.2 Gotong royong
4.2.3 Senaman
4.2.4 Jungle Tracking
4.2.5 ‘Ice Breaking’
5.0 KURSUS KEMAHIRAN
5.1 Balutan dan pertolongan cermas
5.2 Ikatan dan simpulan
6.0 PENYERTAAN
Unit Pengakap TKRS Tunas
Puteri
Puteri
Islam PBSM
Ahli Lelaki 15 15 - - 15
Ahli Perempuan 15 15 25 25 12
Jumlah Murid 30 30 25 25 25
Jumlah
keseluruhan
135 orang
Tentatif Perkhemahan SK Kuala Jengal
20 Jun 2012 ( Khamis )
WAKTU AKTIVITI
2.00 – 3.00 Pendaftaran peserta
3.00 – 4.00 Perasmian Perkhemahan oleh Guru Besar
4.00 – 5.30 Membina Khemah
5.30 – 6.00 Solat Asar
5.30 – 6.30 Persediaan makan malam
6.30 – 7.30 Makan malam
7.30 – 8.30 Solat maghrib dan isyak berjemaah
8.30 – 9.00 malam Kuliah Agama
9.00 – 11.00 malam ‘Ice Breaking’
11.00 malam Tidur
15 Jun 2012 ( Jumaat )
WAKTU AKTIVITI
5.30 – 6.45 pagi Mandi
Solat subuh berjemaah
Kuliah subuh/ Motivasi
6.45 – 7.45 pagi Senaman pagi
7.45 – 9.30 pagi Sarapan dan gotong-royong
9.30 – 11.30 pagi Membina Gajet Tripod
11.30 -2.30 tengahari Persiapan makan tengah hari
Solat Jumaat dan solat Zohor
2.30 – 4.30 Pertandingan Masakan Rimba
4.00 – 4.45 Kemahiran Ikatan
4.45 – 5.00 Solat asar
5.00 – 6.00 Pertandingan Spider Web
6.00 – 7.00 Persiapan makan malam
7.00 – 9.00 malam Persiapan diri
Solat Maghrib dan Isyak berjemaah
Tazkirah
9.00 – 11.00 malam Malam Kebudayaan
11.00 malam Tidur
16 Jun 2012 ( Sabtu)
WAKTU AKTIVITI
5.30 – 6.45 Pagi Mandi
Solat Subuh berjemaah
Kuliah subuh
7.00 – 8.00 pagi Senaman Pagi
8.00 – 8.30 pagi Sarapan
8.30 – 10.00 pagi Mengemas Tapak Perkhemahan
10.00 – 10.30 pagi Rehat
10.30 – 11.30 pagi Balutan dan pertolongan cemas
11.30 – 1.00 Majlis penutup dan penyampaian hadiah
1.00 Bersurai
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DUNGUN
23000 DUNGUN TERENGGANU
Peraturan Pertandingan
1. Masakan Rimba
- 12 Julai 2012 (Jumaat)
- 2.30 petang hinggat 4.30 petang
A. Penyertaan.
1. Terbuka kepada semua ahli unit beruniform semasa perkhemahan dijalankan.
2. Tidak mengira jantina atau tahun para peserta.
B.Syarat Pertandingan
1. Tempat pertandingan di tapak perkhemahan.
2.Pakaian uniform kerja,berapron serta bertopi.
3. Masakan yang disediakan mestilah berasaskan gandum.
4. Para peserta diarahkan untuk membuat roti lilit.
5. Markah diberikan berdasarkan kepada :Rasa (40 markah) , hiasan (30 markah),kerjasama (20
markah) dan kebersihan dapur (10 markah).Jumlah keseluruhan 100 markah.
6. Keputusan hakim adalah mukatamad.
7.Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
2. Pertandingan Spider Web / Sarang Labah-labah
- 12 Julai 2012 (Jumaat)
- 5.00 – 6.30 petang.
A. Penyertaan.
1. Terbuka kepada semua ahli unit beruniform semasa perkhemahan dijalankan.
2. Tidak mengira jantina atau tahun para peserta.
B.Syarat Pertandingan
1. Tempat pertandingan di Dewan E man SK Kuala Jengal.
2.Pakaian pendidikan jasmani.
3. Setiap kumpulan mengandungi 10 orang akan melepasi sarang labah-labah yang diperbuat
daripada tali.Markah dikira berdasarkan kepada peserta yang tidak menyentuh tali semasa
melalui lubang apada sarng tersebut.Ahli kumpulan boleh membantu sesama mereka.
4. Keputusan hakim adalah mukatamad.
5..Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
3. Malam Kebudayaan
- 12 Julai 2012 (Jumaat)
- 9.00 – 10.00 malam
A. Penyertaan.
1. Terbuka kepada semua ahli unit beruniform semasa perkhemahan dijalankan.
2. Hanya memerlukan 5 - 10 orang peserta sahaja.
3. Tidak mengira jantina atau tahun para peserta.
B.Syarat Pertandingan
1. Pertandingan malam kebudayaan diadakan di dewan E man SK Kuala Jengal.
1. Setiap pasukan yang mengambil bahagian perlu membuat dua persembahan iaitu persembahan
koir (wajib) dan persembahan bebas(pentomin ,drama ,tarian dan lain-lain persembahan yang
difikirkan sesuai).
2. Masa untuk setiap persembahan lima hingga tujuh minit sahaja.
3. Setiap persembahan yang dibuat mestilah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
4. Para pemimpin juga ditegah memberi tunjuk ajar sewaktu pertandingan.Sekiranya didapati
melanggar syarat markah akan ditolak sebanyak 10 daripada markah keseluruhan.
5. Markah diberikan berdasarkan kepada :kreativiti persembahan (40 markah) , mesej (30
markah),kerjasama (20 markah) dan pakaian (10 markah).Jumlah keseluruhan 100 markah.
Borang Pertandingan Masakan Rimba
Nama pasukan :……………………………………………………….
Nama hakim :……………………………………………………….
Tarikh :………………………………………………………
Kategori Rasa
(40 markah)
Hiasan
(30 markah)
Kerjasama
(20 markah)
Kebersihan
Dapur
(10 markah)
Jumlah
Keseluruhan
Markah
Catatan
Tandatangan :……………………………………………………….
Borang Rumusan Pertandingan
Ketua Hakim :………………………………….
Kategori
Pasukan
Rasa
(40 markah)
Hiasan
(30 markah)
Kerjasama
(20 markah)
Kebersihan
Dapur
(10 markah)
Jumlah
Keseluruhan
PBSM
TKRS
PENGAKAP
TUNAS
PUTERI
PUTERI
ISLAM
Tandatangan :…………………………………..
Borang Pertandingan Malam Kebudayaan
Nama pasukan :……………………………………………………….
Nama hakim :……………………………………………………….
Tarikh :………………………………………………………
Kategori
Kreativti
Persembahan
(40 markah)
Mesej
(30 markah)
Kerjasama
(20 markah)
Pakaian
(10 markah)
Jumlah
Keseluruhan
Markah
Catatan
Tandatangan :……………………………………………………….
Borang RumusanPertandingan
Ketua Hakim :………………………………….
Kategori
Pasukan
Kreativti
Persembahan
(40 markah)
Mesej
(30 markah)
Kerjasama
(20 markah)
Pakaian
(10 markah)
Jumlah
Keseluruhan
PBSM
TKRS
PENGAKAP
TUNAS
PUTERI
PUTERI
ISLAM
Tandatangan :…………………………………..
Borang Pertandingan Spider Web
Nama pasukan :……………………………………………………….
Nama hakim :……………………………………………………….
Tarikh :………………………………………………………
Kategori Kreativiti
(30 markah)
Melepasi
Sarang
(40 markah)
Kerjasama
(20 markah)
Disiplin
(10 markah)
Jumlah
Keseluruhan
Markah
Catatan
Tandatangan :……………………………………………………….
Borang Rumusan Pertandingan
Ketua Hakim :………………………………….
Kategori
Pasukan
Kreativiti
Melepasi
Sarang
Kerjasama
Disiplin
Jumlah
Keseluruhan
PBSM
TKRS
PENGAKAP
TUNAS
PUTERI
PUTERI
ISLAM
Tandatangan :…………………………………..
Borang Pertandingan Unit Terbaik
Nama pasukan :……………………………………………………….
Nama hakim :……………………………………………………….
Tarikh :………………………………………………………
Kategori
Kebersihan
Khemah
(40 markah)
Disiplin
(30 markah)
Kerjasama
(20 markah)
Pakaian
(10 markah)
Jumlah
Keseluruhan
Markah
Catatan
Tandatangan :……………………………………………………….
Borang RumusanPertandingan
Ketua Hakim :………………………………….
Kategori
Pasukan
Kebersihan
Khemah
(40 markah)
Mesej
(30 markah)
Kerjasama
(20 markah)
Pakaian
(10 markah)
Jumlah
Keseluruhan
PBSM
TKRS
PENGAKAP
TUNAS
PUTERI
PUTERI
ISLAM
SK KUALA JENGAL
23000 DUNGUN TERENGGANU
KERTAS CADANGAN
PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM
SK KUALA JENGAL
Pada : 20 - 22 JUN 2012
Tempat : Padang sekolah SK Kuala Jengal
Anjuran : Unit Kokurikulum SK Kuala Jengal
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
SK KUALA JENGAL,
KALI KE-20 2012
1.0 Pendahuluan
Perkhemahan Badan Beruniform yang telah dijalankan ini adalah untuk menyemai semangat
kekitaan dikalangan murid.Ia adalah cara untuk mendedahkan para pelajar kepada dunia luar
dalam usia muda.Perkhemahan ini juga diadakan untuk mendedahkan murid-murid kepada
kemahiran semasa berada di dunia luar dari sekolah yang mana kemahiran ini hanya dapat
diperolehi melalui pengalaman murid itu sendiri semasa berkhemah dan pengalaman ini dapat
digunakan sepanjang hidup mereka semasa menjalani kehidupan.SK Kuala Jengal telah
mengadakan perkhemah setiap tahun bagi memastikan murid-murid dapat menimba pengalaman
yang berguna dan mencukupi dengan amali yang dijalani oleh mereka.
2.0 RASIONAL
Perkhemahan yang dijalankan adalah sebagai mengikuti kurikulum yang telah ditetapkan oleh
pihak kementerian yang telah mewajibkan setiap sekolah menjalankan aktiviti perkhemahan
ini.Program perkhemahan ini menerapkan unsur disiplin,semangat perpaduan,pertumbuhan
fizikal dan mental selain daripada melahirkan insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
OBJEKTIF
2.1Menjalankan satu daripada program kokurikulum yang membolehkan setiap unit
beruniform mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum
2.2Melahirkan para pelajar yang mempunyai daya pimpin yang cemerlang
2.3Memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan para pelajar.
2.4Membina potensi diri individu yang lebih positif
2.5 Mendedahkan para pelajar kepada pendidikan luar .
2.6 Membina hubungan yang lebih mesra antara guru dan pelajar.
2.7 Mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari.
3 PELAKSANAAN KEM
Tarikh : 20 – 22 Jun 2012
Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu
Tempat : Padang Sekolah SK Kuala Jengal
Penglibatan :
3.1Pelajar Tahun 4, 5, 6
3.2Guru Besar dan semua guru
3.3Persatuan Ibu Bapa dan Guru
4 AKTIVITI
4.5 Pertandingan
4.5.1 Masakan Rimba
4.5.2 Spider web
4.5.3 Kebudayaan
4.5.4 Unit terbaik keseluruhan
4.6 Tanpa Pertandingan
4.6.1 Ceramah Motivasi / Kuliah Agama
4.6.2 Gotong royong
4.6.3 Senaman
4.6.4 Jungle Tracking
4.6.5 ‘Ice Breaking’
5 KURSUS KEMAHIRAN
5.5 Balutan dan pertolongan cermas
5.6 Ikatan dan simpulan
6 PENYERTAAN
Unit Pengakap TKRS Tunas
Puteri
Puteri
Islam PBSM
Ahli Lelaki 15 15 - - 15
Ahli Perempuan 15 15 25 25 12
Jumlah Murid 30 30 25 25 25
Jumlah
keseluruhan
135 orang
7 ANGGARAN KOS
7.1 Makan minum urusetia dan peserta
Bil Perkara Menu Jumlah ( RM)
1. Sarapan pagi Roti +
sekaya
48 bungkus x 3.00
48 tin x 2.50
Jumlah 264.00
2.
Makan tengah hari dan malam
Ayam
Sayur
Sardin
72 ekor x 13.00
12 biji x 3.00
72 tin x 4.00
Jumlah 1260.00
Jumlah keseluruhan 1524.00
7.2 Peralatan
Bil Perkara Jumlah (RM)
1. Minyak masak 2 x 14.00
2. Tali raffia 2 x 10.00
3. Safety line 2 x 25.00
4. Belerang 2 x 8.00
5. Plastik hitam 10 x 2.50
6. Minyak tanah 20.00
Jumlah keseluruhan 159.00
7.3 Hadiah Pertandingan
Bil Perkara Jumlah (RM)
1. Unit terbaik 30.00 x 1
2. Peserta terbaik 10.00 x 2
3. Khemah terbaik 15.00 x 2
4. Tempat pertama 30.00 x 6
5. Tempat kedua 20.00 x 6
6. Tempat ketiga 10.00 x 6
Jumlah keseluruhan 440.00
8 SENARAI PERALATAN
Bil Perkara Sumber
Sekolah Murid
1. Khemah /
2. Tikar/ground sheet, lampu suluh /
3. Periuk, kuali, cerek, besen, pinggan /
4. Senduk, sudip, sudu /
5. Jag, bekas air panas, penapis tea dan pembuka tin /
6. Pinggan, mangkuk dan cawan /
6. Parang/golok, pisau dapur /
7 Sabun cuci, berus dawai, span /
8 Tali raffia /
9 Karung plastic atau plastic sampah /
10 Ubat nyamuk, minyak tanah dan belerang /
11. Ubat-ubatan /
Bil ALATAN INDIVIDU
1. Pakaian seragam /
2. Pakaian aktiviti (seluar trek dan kemeja T) /
3. Pakaian sembahyang dan sejadah /
4. Pakaian tidur dan selimut /
5. Kain pelikat/batik, pakaian mandi dan tuala /
6. Pakaian dalam, kasut, stoking dan selipar /
7. Sabun mandi, berus dan ubat gigi /
8. Minyak rambut, bedak /
9. Makanan tambahan /
10. Buku log, alat tulis, pensel warna /
Bil BAHAN MASAKAN
1 Beras, gula, tea, kopi, susu, tepung gandum /
2 Minyak masak, garam, cili boh, serbuk kunyit / /
3 Bawang (merah, putih, besar) dan asam jawa /
4 Kicap, cuka, sos cili, tomato, sardine, mee segera /
5 Roti, biskut, sri kaya, keropok, ikan kering, telur /
9 ASPEK DAN PENGURUSAN PERTANDINGAN
Bil Pertandingan Aspek Penyelia
1. Khemah Terbaik Pintu, ampaian, rak kasut, pagar,
lubang dan lain-lain
2. Masakan Rimba Menyediakan hidangan sarapan
pagi yang enak dan menyelerakan
3. Sarang Labah-labah Melepasi sarang
kerjasama yang baik
4. Kebudayaan Mempersembahkan persembahan
yang menarik dan menyeronokkan
5. Membina Gajet
Tripod
Cara,ikatan dan kekemasan
6. Keseluruhan terbaik Keseluruhan markah pertandingan
10 ETIKA DAN PERATURAN PERKHEMAHAN
UMUM
Semua peserta perkhemahan adalah terikat kepada Peraturan Perkhemahan ini dan
hendaklah berikrar akan mematuhi arahan Peraturan Perkhemahan ini bagi pihak
dirinya sendiri, kumpulan dan unit beruniform masing-masing
Peserta sama ada secara individu atau kumpulan pasukan atau unit beruniform akan
dikenakan hukuman dan denda yang diputuskan sebagai ransangan membetulkan
kesalahan dan membina sifat positif
ETIKA PERKHEMAHAN
Setiap peserta hendaklah menyedari bahawa dia menyertai perkhemahan ini dengan
kehendak dan kerelaan hatinya dan dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/
penjaga
Dia mengetahui bahawa penyertaannya dalam perkhemahan ini adalah satu peluang
untuk mendapatkan pendidikan, latihan kemahiran, pergaulan persahabatan,
melahirkan bakat, mendapatkan keseronokan dan kegembiraan serta memberi
sumbangan murni kepada kumpulannya, unit beruniform dan sekolah
Dengan itu, peserta hendaklah sentiasa bersikap positif, patuh kepada arahan dan
sentiasa bersedia menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
PERATURAN AM
1. Sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan diri, khemah dan kawasan perkhemahan
a. Menjaga kebersihan tubuh badan, gigi, mulut, kulit dan pakaian
b. Tidak membuang sampah di merata tempat
c. Tidak makan/minum di dalam khemah
d. Pakaian kotor/basah hendaklah disidai di ampaian khas
e. Mesti mengambil sampah dan membuangnya ke tempat pembuangan sampah
2. Sentiasa menjaga keselamatan diri, khemah, kawasan perkhemahan dan sekolah
a. Tidak membuat perkara-perkara yang mungkin membahayakan seperti bergurau
yang keterlaluan, bermain dengan benda tajam, alat elektrik dan sebagainya
b. Tidak memasang sebarang jenis api di dalam khemah
3. Sentiasa menjaga disiplin dan nama baik dirinya, kumpulan dan unit beruniform
a. Peserta lelaki tidak dibenarkan masuk ke khemah peserta perempuan dan
sebaliknya
b. Menghormati pemimpin/guru dan rakan-rakan yang lain
c. Bertegur sapa dan memberi salam dengan penuh hormat dan mesra
4. Sentiasa bersedia dan gembira mengambil; bahagian dalam aktiviti perkhemahan dan
menjalankan arahan/tugas yang diberikan kepadanya/kumpulannya
13.0 TENTATIF PROGRAM PERKHEMAHAN SK KUALA JENGAL
20 Jun 2012 ( Khamis )
WAKTU AKTIVITI
2.00 – 3.00 Pendaftaran peserta
3.00 – 4.00 Perasmian Perkhemahan oleh Guru Besar
4.00 – 5.30 Membina Khemah
5.30 – 6.00 Solat Asar
5.30 – 6.30 Persediaan makan malam
6.30 – 7.30 Makan malam
7.30 – 8.30 Solat maghrib dan isyak berjemaah
8.30 – 9.00 malam Kuliah Agama
9.00 – 11.00 malam ‘Ice Breaking’
11.00 malam Tidur
15 Jun 2012 ( Jumaat )
WAKTU AKTIVITI
5.30 – 6.45 pagi Mandi
Solat subuh berjemaah
Kuliah subuh/ Motivasi
6.45 – 7.45 pagi Senaman pagi
7.45 – 9.30 pagi Sarapan dan gotong-royong
9.30 – 11.30 pagi Membina Gajet Tripod
11.30 -2.30 tengahari Persiapan makan tengah hari
Solat Jumaat dan solat Zohor
2.30 – 4.30 Pertandingan Masakan Rimba
4.00 – 4.45 Kemahiran Ikatan
4.45 – 5.00 Solat asar
5.00 – 6.30 Pertandingan Spider Web
6.30 – 7.00 Persiapan makan malam
7.00 – 9.00 malam Persiapan diri
Solat Maghrib dan Isyak berjemaah
Tazkirah
9.00 – 11.00 malam Malam Kebudayaan
11.00 malam Tidur
16 Jun 2012 ( Sabtu)
WAKTU AKTIVITI
5.30 – 6.45 Pagi Mandi
Solat Subuh berjemaah
Kuliah subuh
7.00 – 8.00 pagi Senaman Pagi
8.00 – 8.30 pagi Sarapan
8.30 – 10.00 pagi Mengemas Tapak Perkhemahan
10.00 – 10.30 pagi Rehat
10.30 – 11.30 pagi Balutan dan pertolongan cemas
11.30 – 1.00 Majlis penutup dan penyampaian hadiah
1.00 Bersurai
14.0 JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN
Penasihat : En. Abdullah bin Long(Guru Besar)
Pengerusi : En.Azha bin Jusoh (PK KOKO)
Naib Pengerusi : En Mustafa bin Abdul rahman (PK HEM)
Bendahari : En. Baharom bin Ismail ( PK1)
Penyelaras : En. Shamsudin bin Mamat
Kem Komanden : En. Amer bin Arifin
AJK : 1. Pn. Nabihah binti Abd. Rasid ( Puteri Islam)
2. En. Saidi bin Said (Pengakap)
3. Pn. Natrah binti Yaakub (Tunas Puteri)
4. En. Aiman Hakim bin Dollah (TKRS)
5. Pn. Rohani binti Yasmin ( PBSM)
15.0 JAWATANKUASA KERJA
1. PERSEDIAAN TAPAK PERKHEMAHAN
a. En. Azmi bin Senik (K)
b. En.Azizi bin Kamarudin
2. BEKALAN ELEKTRIK DAN SIARAYA
a. En. Shamsudin Mamat (K)
b. En. Nik Sabri Nik Salleh
3. PERALATAN PERKHEMAHAN
a. En. Kamil bin Rahman(K)
b. Pn. Surina binti Yub
4. BUKU PROGRAM
a. Pn Salma Saadah (K)
b. Cik Norazlina
5. MAJLIS PERASMIAN / PENUTUP (PENYAMPAIAN HADIAH)
a. Pn. Nurasliza binti Halim (K)
b. Pn. Yu Azura binti Mohamad
6. URUSETIA
a. En. Noor Nizam bin Yusof
b. En. Malik bin Saidi
7. PENDAFTARAN
a. En. Saiful Nizam
b. Pn Rabiah binti Salam
8. CENDERAHATI / HADIAH / SIJIL
a. Cik Nurul Hidayah (K)
b. Cik Natrah
9. KECEMASAN / RAWATAN
a. Cik Nik Eliani binti Nasir (K)
b. Pn. Maimudah binti Mahmood
10. MAKANAN / MINUMAN (UNTUK URUSETIA DAN PESERTA)
a. Pn. Niriha binti Ali (K)
b. Pn. Noryati binti Halim
c.
11. KEROHANIAN
a. En. Amer bin Arifin (K)
b. Pn Salma Saadah
12. RIADAH
a. En. Azizi bin Kamarudin (K)
13. KAWALAN KESELAMATAN DAN DISIPLIN
a. En. Sufian bin Shafie (K)
b. Cik Natrah
JAWATANKUASA PERTANDINGAN
1. Masakan Rimba
a. Pn. Surina (K)
b. Pn. Nabihah
c.
2. Spider Webb
a. En. Aiman Hakim bin Dollah (K)
b. Pn Yu Azura
3. PERSEMBAHAN MALAM KEBUDAYAAN
a. En. Shamsudin Mamat(K)
b. Pn.Nurul Hidayah
16.0 PENUTUP
Perkhemahan ini dijalankan bagi memastikan murid-murid SK Kuala Jengal adalah murid yang
mempunyai asas dan ilmu kemahiran tentang kehidupan yang bakal dijalani pada masa
depan.Perkhemahan ini juga diharapkan dapat membantu melahirkan insan yang
cemerlang,gemilan dan terbilang selaras dengan konsep 1 Malaysia.
Sekian,
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
…………………………... ……………………………
(En. Shamsudin bin Mamat) (En. Azha Jusoh)
Penyelaras, Pengerusi,
Perkhemahan Unit Beruniform Perkhemahan Unit Beruniform
SK Kuala Jengal SK Kuala Jengal
23000 Dungun. 23000 Dungun.
Gambar-gambar perkhemahan
Guru penasihat pengakap memberi taklimat sebelum perkhemahan…..
Pertandingan masakan rimba….
Peserta-peserta perkhemahan….
Malam kebudayaan….
Refleksi Perkhemahan SK Kuala Jengal 2012
LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN SK Kuala Jengal 2012
Tarikh : 20 -222 Jun 2012
Tempat:Padang Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal,Dungun, Terengganu
Laporan Hari Pertama : 20 Jun 2012 (Khamis)
Pada jam 2.00 petang seramai 135 orang peserta telah mendaftar di dewan E man SK Kuala
Jengal untuk menjalani program ini. Setelah selesai proses pendaftaran, para peserta beratur
mengikut unit masing-masing untuk majlis perasmian yang dilakukan oleh tuan guru besar SK
Kuala Jengal.Selepas itu,pada jam 4.00 petang,peserta diberikan khemah mengikut unit dan
bergerak ke tapak perkhemahan untuk memasang khemah di tapak yang telah ditetapkan.Pada
pukul 5.30 petang,peserta perkhemahan dikehendaki ke surau untuk menunaikan solat
asar.Selesai solat,peserta terus ke dapur khemah maing-masing untuk memasak makanan bagi
makan malam setiap unit.Sesi ini dibantu oleh guru penasihat unit masing-masing.Selesai
makan,semua peserta bergerak ke surau untuk menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah
disusuli oleh kuliah agama oleh ustaz yang bertugas sebagai mengisi rohani para peserta dengan
motivasi dan ilmu agama.Aktiviti diteruskan lagi dengan `ice breaking` pada jam 9 malam
sebelum peserta dibenarkan tidur pada pukul 11.00 malam.
L aporan Hari Kedua : 21 Jun 2012 (Jumaat)
Aktiviti bermula pada jam 5.30 pagi . Para peserta bangun dan mandi untuk solat Subuh dan
kuliah Subuh. Solat dan kuliah telah dipimpin oleh Ustaz Amer bin Arifin. Seterusnya semua
peserta berkumpul di padang untuk senaman pagi dan dikendalikan oleh Jawatankuasa
Riadah.Jam 7.45.00 pagi semua peserta bersarapan dan diikuti dengan aktiviti gotong-royong
membersihkan kawasan khemah unit masing-masing.Setelah itu,peserta melakukan aktiviti
membina gajet.Pada pukul 11.30 pagi.peserta memasak dan makan tengah hari sebelum ke
masjid untuk menunaikan solat Jumaat bagi lelaki dan solat zuhur bagi perempuan.Aktiviti
diteruskan lagi dengan Pertandingan Masakan Rimba di mana peserta dikehendaki memasak
`roti lilit` sebagai hidangan utama.Selesai pertandingan memasak,pada pukul 4.00 petang,peserta
didedahkan dengan kemahiran ikatan.Selepas itu,peserta bergerak ke surau unutuk solat asar
berjemaah.Waktu petang peserta diisi dengan pertandingan Spider Web iaitu melepasi sarang
labah-labah yang diperbuat dengan tali rafia.Aktiviti diteruskan lagi dengan memasak dan makan
malam pada jam 6.30.Selesai makan,peserta terus bersiap untuk menunaikan solat maghrib dan
isyak berjemaah pada jam 7.00 malam diikuti dengan tazkirah oleh ustaz yang bertugas.Selepas
itu,pada jam 9 malam,peserta bergerak ke dewan utama untuk aktiviti Malam
Kebudayaan.Peserta dibenarkan tidur pada pukul 11.00 malam.
Hari ketiga 22 Jun 2012 ( sabtu )
Aktiviti bermula jam 5.30 pagi dengan para peserta bangun,mandi dan bersiap untuk menunaikan
solat subuh berjemaah diikuti dengan kuliah subuh.Pada pukul 7.00 pagi peserta perkhemahan
melakukan senaman pagi dengan iringan lagu.selepas itu,peserta bersarapan pada jam 8.00 pagi
dan diikuti dengan mengemaskan tapak perkhemahan dan khemah masing-masing.selesai
berehat,peserta didedahkan pula dengan aktiviti balutan dan pertolongan cemas sebagai penutup
aktiviti perkhemahan sebelum majlis penyampaian hadiah dan penutupan rasmi dilakukan pada
pukul 12 tengah hari.Perkhemahan bersurai tepat jam 1 tengah hari
Kekuatan dan Kekurangan Program
Kekuatan:
Kejayaan pelaksanaan program perkhemahan pendidikan luar kali ini amat bergantung kepada
elemen seperti berikut :1
i) Peserta Program
2Kesemua peserta program adalah pelajar dari Tahun 6 dan kebanyakkan daripadamereka ini
adalah pelajar yang sememangnya mempunyai karisma danketerampilan yang tersendiri.Oleh
yang demikian tidak ada masalah disiplin yang berlaku.
3)Kem Komandan / Pen. Kem Komandan
Pemilihan Kem Komandan dan juga Pen. Kem Komandan yang berpengalamandan berkarisma
serta bijak mengurus perjalanan program , seseorang Kem Komandan perlu memiliki ketegasan
dalam memberi arahan dan mudah menerima teguran daripada para fasilitator dan juga para
urusetia. Kem Komandan juga perlu percaya kepada kebolehan semua pegawai di
bawah pentadbirannya dan tidak sesekali menjatuhkan air muka pegawai di bawahnya dihadapan
peserta.
4)Urusetia yang berpengalaman
Perjalanan program tidak mungkin berjaya tanpa sumbangan bakti daripada urusetia yang mahir
dan berpengalaman. Urusetia yang baik dapat menjalankan tugas dengan cemerlang bersama-
sama Kem Komandan dan semua pengerusi dan ahli jawatankuasa kerja
5)Kemudahan prasarana yang lengkap
Tempat program dijalankan sememangnya lengkap dengan semua kemudahanasas terutamanya
padang tapak khemah yang luas, punca air dan elektrik, tempat beriadah. Ini semua dapat
membantu melicinkan perjalanan program.
6) Hubungan baik pihak dan Pengerusi JKKKR, RELA dan Polis.
Kerjasama dan hubungan yang baik antara pihak pengurusan JKKR, RELA dan pihak polis telah
banyak membantu melicinkan perjalanan program terutamanya dalam aspek keselamatan peserta
program, terutamnya pada waktu malam. Pihak RELA dan polis telah bergilir-gilir melakukan
rondaan di sekitar kawasan perkhemahan.
7) Peruntukan program yang mencukupi
Tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi program seperti ini tidak dapat dijayakan dengan
licin. Tidak dapat dinafikan pada hari ini semua perkara yang hendak dijayakan memerlukan kos,
oleh yang demikian kejayaan program kali ini juga banyak bergantung kepada peruntukkan
Kekurangan:
Antara kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti adalah seperti berikut :
1)Kemudahan penginapan urusetia dan guru bertugas
Khemah dan bilik penginapan untuk urusetia dan juga guru bertugas tidak mencukupi.Ini
menyebabkan mereka terpaksa tidur di ruang terbuka. Perkara ini seharusnya diatasi segera tetapi
tidak ada tindakan sehingga program tamat.
2)Khemah rosak
Beberapa buah khemah peserta yang telah siap dipasang didapati bocor. Ia terpaksa digantikan
semula dengan khemah lain. Ini telah menimbulkan masalah dan merugikan masa peserta.
3) Kemudahan rawatan kecemasan
Walaupun ada urusetia bahagian ini namun berlaku kekurangan pegawai. Bagi kes-kes
kecemasan pihak Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke hospital Diharapkan
semoga pada program yang akan datang urusetia bahagian ini perlu ada sepanjang masa program
ini berlangsung.
4)Makan dan minum pegawai tidak mencukupi
Pegawai yang lewat tiba untuk sarapan pagi , makan tengah hari dan makan malam tidak dapat
makan dan terpaksa makan di luar. Hal ini berlaku kerana pihak Jawatankuasa Makanan hanya
menghidangkan makanan mengikut jumlah guru yang ada di meja makan ketika itu dan tidak
menyediakan makanan sepertimana jumlah yang ditempah.
5)Tandas dan bilik air yang jauh
Para peserta terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk ke bilik air dan tandas kerana ia
terletak agak jauh dari tapak perkhemahan. Ini sebenarnya telah mengganggu program-program
lain.Apa yang diharapkan moga segala masalah yang dilaporkan ini dapat diambil tindakan
untuk diatasi agar program yang bakal dilaksanakan pada tahun berikutnya dapat dilaksanakan
dengan cemerlang
Cadangan penambahbaikan
Berdasarkan beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti dalam pelaksanaan
program perkhemahan ini, dikemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan program
berkenaan pada masa akan datang.
Cadangan :
i)Penginapan urusetia
Tempat penginapan urusetia dan guru bertugas perlu disediakan secara berpusat,iaitu
berhampiran dengan tapak perkhemahan. Bilangan khemah dan bilik mestilah mencukupi dan
dapat menampung keperluan dalam satu-satu masa.
ii)Pemeriksaan khemah
Beberapa hari sebelum program dijalankan, pihak Jawatankuasa Khemah perlumembuat
pemeriksaan ke atas semua khemah yang akan digunakan. Ini adalah untuk mengenalpasti
khemah yang rosak dan tidak sesuai digunakan.
iii)Kemudahan rawatan kecemasan
Dalam hal berkaitan rawatan dan kecemasan, dicadangkan agar sekurang-kurangnya seorang
pegawai/pembantu kesihatan yang bertauliah berada di tapak perkhemahan dalam satu-satu
masa. Ini bertujuan memberikan pertolongan bantu mula dan bantuan segera sekiranya berlaku
sebarang kes. Maka tidak perlulah Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke
hospital/klinik.Juga diharapkan moga pada program yang akan datang urusetia bahagian ini perlu
ada sepanjang masa program ini berlangsung.
iv)Bilik air dan tandas
Bilik-bilik air dan tandas sementara perlu disediakan berhampiran kawasan perkhemahan untuk
mengelakkan peserta mengambil masa terlalu lama untuk ke bilik air dan tandas yang agak jauh.
Ini dapat menjimatkan masa dan melicinkan perjalanan program
PENUTUP
Perkhemahan ini dijalankan bagi memastikan murid-murid SK Kuala Jengal adalah murid yang
mempunyai asas dan ilmu kemahiran tentang kehidupan yang bakal dijalani pada masa
depan.Perkhemahan ini juga diharapkan dapat membantu melahirkan insan yang
cemerlang,gemilan dan terbilang selaras dengan konsep 1 Malaysia.Suka duka sepanjang
perkhemahan ini adalah bertujuan membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang terbilang
sebagai insan dan generasi akan datang yang akan membentuk dan menjana negara
Malaysia.Kekuatan dan kelemahan yang dikesan sepanjang program perkhemahan hendaklah
diberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya supaya program yang akan datang akan berjalan
dengan lebih cemerlang dan lancar.