Post on 23-Jun-2015
Falsafah Pendidikan Barat
Mohd Fakrullah Bin Abdul RahmanMohammad Zaim Bin Assih
Mohammad Salimin Bin RazaliFatin Ayuni Norbin
Farhana Saini Hamsa
Perenialisme
• Dipelopori oleh R.M Hutchins (1899-1977).
• Dikatakan mazhab tertua dan bersifat konservatif.
• Banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme dan realisme (pemikiran Aristotle dan Plato).
Pengasas
• Falsafah ini menjawab persoalan tabii manusia.
• Tabii manusia bersifat tetap dan berulang.
• prinsip-prinsip pendidikan adalah bersifat tetap dan berulang.
• Ciri-ciri asas manusia dikatakan berbentuk sejagat dan tidak berubah-ubah.
• Nilai moral dan rasional semakin merosot kerana pengaruh kebendaan, pragtisme dan fahaman sains(perlu diperbaiki melalui pendidikan).
Konsep
• Pendidikan adalah ke arah mendapatkan kebenaran seterusnya memahaminya.
• Dianggap sebagai latihan bagi membentuk dan memperkembangkan minda intelektual.
• Menyelaraskan manusia kepada kebenaran.
• Kebenaran yang dicari adalah bersifat universal.
Prinsip
• Tujuan utama pendidikan untuk mengajar nilai, ilmu pengetahuan yang uniuversal.
• Mencari kebenaran, menyebarkan kepada genarasi dan membantu memahami, dan memberi makna, serta susunan kebenaran dan hubungan dengan pengalaman-pengalaman yang lampau.
Tujuan
• Berpusatkan mata pelajaran yang telah ditetapkan.
• Mata pelajaran yang diutamakan (bahasa, ilmu kemanusiaan, kesusteraan, matematik, sejarah, doktrin-doktrin serta maklumat daripada buku-buku ternama.
• Pelajar tidak digalakkan memilih mata pelajaran efektif.
• Guru sebagai autoriti, berilmu, pengetahuannya tidak dipersoalkan.
• Kaedah pengajaran (sokratik) pendedahan lisan, kuliah, dan huraian.
Kurikulum
Persamaan• Falsafah Aliran
Parenialisme• Falsafah Aliran
Esensialisme
• Berasaskan falsafah tradisional.
• Kaedah mengajar- kaedah didaktik
• Berasaskan falsafah tradisional
• Kaedah mengajar- kaedah didaktik
Perbezaan • Falsafah Aliran
Parenialisme
• Falsafah Aliran Esensialisme
• Dipengaruhi oleh idealisme• Peranan guru- menyampaikan
ilmu, mendisiplin murid.• Peranan murid- berusaha
mendapat ilmu.• Jenis kurikulum-
kemanusiaan+sastera.• Pendidikan kemanusiaan
iaitu agama didahulukan.• Tugas utama proses
pendidikan ialah mendisiplinkan mental dan jiwa pelajar.
• Dipengaruhi oleh idealisme dan realisme.
• Peranan guru- mengawal bilik darjah dan juga sebagai role model.
• Peranan murid- murid perlu rajin belajar.
• Jenis kurikulum- kemahiran 3m.
• Guru memainkan peranan yang utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti hidup.
• Dalam bidang kurikulum ahli-ahli esensialisme menyarankan kurikulum sekolah dibentuk berdasarkan keperluan masyarakat.
PROGRESIVISME
FALSAFAH PENDIDIKAN
MODEN BARAT
PENGASAS-mengambil asasnya daripada falsafah umum pragmatisme yang dipelopori oleh Charles Pierce, Charles Darwin, William James, William Kilpatrick dan John Dewey.
pemikiran dan penulisan John Dewey yang banyak mempengaruhi falsafah ini.
KONSEP YANG DIPEGANG
sekolah adalah sebagai unit masyarakat yang bersifat demokratik. kelahiran individu ibarat kain putih, bersih dan suci. bentuk tingkah laku mereka yang akan dating dipengaruhi oleh persekitaran serta masyarakatnya. pendekatan yang diambil dalam pendidikan adalah perlu semula jadi dan mengikut tabii pelajar serta alam sekitarnya.
PRINSIP PENDIDIKAN pendidikan sebagai proses yang mencorakkan manusia mengikut persekitaran serta masyarakatya. pelajar berperanan dalam aktiviti pembelajaran mereka manakala guru bertindak sebagai pembimbing atau fasilitator. masyarakat adalah bersifat demokratik dan ciri ini wujud di sekolah.
TUJUAN PENDIDIKAN dalam fahaman mazhab ini, murid-murid merupakan elemen utama dalam pembelajaran.segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan minat, keperluan dan kebolehan murid. menurut John Dewey, pendidikan di sekolah merupakan sebahagian daripada kehidupan murid. sekolah bukan sahaja tempat untuk memperoleh ilmu pengetahuan tetapi juga sebagai tempat untuk murid bekerja dan hidup secara bermasyarakat.
KURIKULUM PENDIDIKAN
kurikulum yang dilaksanakan adalah berkisarkan pengalaman, peribadi dan sosial pelajar. kurikulum yang dibina adalah berteraskan subjek Sains Sosial. kurikulum yang dirancang dan dilaksanakan juga bersifat merentasi kurikulum yang berkaitan dengan aplikasi beberapa kemahiran dan disiplin ilmu bidang lain. Contohnya, kemahiran penyelesaian masalah, perbincangan, inkuiri saintifik dan sebagainya. guru juga harus mencadangkan sumber pembelajaran daripada pelbagai sumber dan tidak terhad kepada buku teks.
Sambungan . . . peranan guru pula, bukanlah sebagai pendeta yang menguasai ilmu dan membekali ilmu, sebaliknya sebagai pemudah cara atau fasilitator. guru akan mendamping pelajar belajar dalam proses pembelajaran dan di samping itu memandu pelajar dalam menjayakan beberapa aktiviti projek dan penyelesaian masalah. pelajar seharusnya dibimbing untuk menguasai kemahiran belajar seperti memerhati, meneroka, menilai , mengumpul maklumat dan mencatat nota.
Aliran Rekonstruksionisme
Falsafah Pendidikan Moden Barat
Pengasas
• Pengasas Utama : John Dewey • Penyokong : George S. Count dan Harold
O. Rugg
• Mazhab falsafah ini ialah pecahan daripada fahaman falsafah pragmatisme yang muncul sekitar tahun 1920-an
Konsep
• Pembentukan semula masyarakat adalah sesuatu yang perlu dilakukan dengan segera.
• Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi mendesak akan perlunya “order” baharu dalam masyarakat.
Prinsip Pendidikan
• Pelajar harus disedarkan dan didedahkan dengan isu-isu sosial , politik dan teknologi.
• Pelajar perlu dilatih cara menangani masalah-masalah ini
• Guru dan pelajar dilihat sebagai agen pembaharuan dan agen penyelesai masalah sosial.
Tujuan Pendidikan
• Pendidikan merupakan platform pembaharuan perkara-perkara yang terdapat dalam sistem sosial.
• Pembaharuan perlu dilaksanakan dengan segera bagi kepentingan sosial.
• Sekolah adalah satu permulaan kepada pembaharuan yang perlu dalam sistem sosial
• Masyarakat perlu mengamalkan prinsip demokrasi walaupun ahlinya bergantung antara satu sama lain.
• Sekolah adalah tempat menyediakan sistem pembelajaran yang dapat melahirkan individu yang mampu menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat selepas taman persekolahan.
• Segala kemahiran yang didapati di sekolah seharusnya boleh digunakkan untuk membawa perubahan dan kemajuan dalam masyarakat.
Kurikulum pendidikan
• Isi kandungan kurikulum seharusnya meliputi aspek-aspek masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat.
• Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan mestilah terdiri daripada sesuatu yang berstruktur atau mengandungi elemen-elemen kajian saintifik, seperti pemerhatian, penyelesaian masalah, penerokaan dan kaedah projek.
EKSISTENSIALISME
Pengasas:
-diasaskan oleh Soren Kierkegaad.-tokoh lain ialah, Friedrich Wilhelm Nietxche,Martin Buber.-tergolong dalam mazhab falsafah yang baharu.-wujud selepas Perang Dunia Kedua.-merupakan falsafah moden.
Konsep yang dipegang:
1- falsafah ini bertentangan dengan idealime dan realisme,ini kerana eksistensialisme lebih menekakan pengalaman.
2- pengalaman yang diperolehi itu daripada deria seperti penglihatan,pendengaran,dan rasa.
3-mereka mempercayati bahawa kebanyakkan idea dan pengetahuan itu ialah hasil daripada pengalaman bebas individu.
4-bagi mereka,pelajar berhak menentukan apa yang mereka ingin pelajari dan bukannya ditentukan oleh orang lain.
Prinsip pendidikan:
1.Beranggapan bahawa pengetahuan individu berpunca dari pengalamannya dengan persekitaran.
2.‘pengetahuan’ bagi falsafah ini bersifat relatif dan sentiasa berubah-ubah mengikut kesusaian masa,keadaan dan tempat.
3.Pengetuan yang diperolehi adalah berbeza antara individu.
4.Dari aspek aksiologi,elemen etika dan estetika bagi falsafah ini adalah subjektif,tidak tetap dan tidak muktamad,sebaliknya bersifat relatif kepada individu.
Tujuan pendidikan:
1.Tujuan pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi individu seluas-luasnya dan akhirnya melahirkan harapan.
2.Individu yang dididik itu akan meyumbang kepada kesejahteraan diri sendiri.
3.Mereka mampu menyalurkan kebolehan dan keunikan itu untuk kesejahteraan keluarga,masyarakat dan negara.
Kurikulum pendidikan:
1.Tidak ada kurikulum yang tetap,sistematik mahupun berstruktur.
2.Pelajar menggunakan pengalaman,bahan yang berkaitan dengan subjek tertentu dan kemahiran intelektualnya bagi mencapai matlamat.
3.Mazhab ini kurang mendapat sambutan kerana agak bercampur baur.
Perbandingan mazhab
Mazhab PROGRESIVISME
REKONSTRUKSIONISME
EKSISTENSIALISME
pengasas Charles Pierce,Charles Darwin,William James,William Kilpatrick dan John Dewey
John Dewey,George S.Counts dan Harold O.Rugg
Soren Kierkegaad,Friedrich Wilhelm Nietzche,Martin Buber.
Konsep yang
dipegang
Sekolah adalah sebgai unit masyarakat yang bersifat demokratik.
Pembentukan msyarakat adalah sesuatu yang perlu dilakukan dengan segera
Menekankan pengalaman yang diperolehi daripada deria.idea dan pengetahuan adalah berasal daripada pengalaman bebas
Mazhab PROGRESIVISME
REKONSTRUKSIONISME
EKSISTENSIALISME
Prinsip pendidikan
Proses mencorakkan manusia mengikut persekitaran serta masyarakatnya.
Murid-murid didedahkan dengan isu-isu sosial dalam masyarakat,hal ini bertujuan agar pelajar memperolehi ilmu dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah.
Pengetahuan individu adalah hasil daripada pengalamannya dengan persekitaran.
Tujuan pendidikan
Unutk memenuhi minat,keperluan dan kebolehan murid
Untuk memperbaruhi perkara-perkara yang terdapat dalam sistem sosial.
Mengembangkan potensi individu untuk kesejahteraan sendiri.
Mazhab PROGRESIVISME
REKONSTRUKSIONISME
EKSISTENSIALISME
Kurikulum
pendidikan
-pembinna kurikulum adalah berkisarkan pengalaman,peribadi dan sosial pelajar-peranan guru sbg fasilitator,pelajar byk diberi kebebasan memellih aktiviti pnp.-strategi pengajran berpusatkan murid.
-Mencadangkan isi kandungan kurikulum seharusnya meliputi aspek masalah sosial,eko,politik dlm masyarakat.
-kaedah pengajaran mestilah meliputi elemen-elemen kajian saintifik.
-Tidak ada kurikulum yang tetap,sistematik dan berstruktur.
-pelajar menggunakan pengalaman untuk mengembangkan pengetahuan.