Post on 08-Dec-2016
Sireh Pulang ke Gagang
Unit Pembangunan Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Perlis,Aras 1, Blok C, Jalan M.U.10, Medan Universiti, 02600 Pauh Putra, Perlis, MALAYSIA.
No Telefon : +604 987 1333, No Faks : +604 987 1302Email : alunimap@gmail.com
AlumniUniMAPAlumniUniMAP
AlumNight 2016 -
Siri Jelajah Alumni UniMAP - PROKAS 3.0 : Misi
Menawan Puncak Bayu
Sedekad UniMAP Hasilkan
12791 Alumni
Siri Jelajah CSRAlumni UniMAP 4.0 :
Misi Cuci-Cuci Masjid dari
Perlis Ke Johor
‘Make your place matter’
MAJALAH ALUMNI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
ISSN2016 (EDISI PERTAMA-2016)Help Us Update TheAlumni Database
Log on to http://ealumni.edu.my byusing ‘matric no.’ as a username and‘ic no.’ as a password. Select the levelof study (postgrad or undergrad)and then click submit.
Click the submenu.Fill in the onlineform and then click update.
You have now contributed to theuniversity by updating the alumnidatabase. Your sincere cooperationis much appreciated.
Note :- For any inquires please contact us at
alunimap@gmail.com or just call at +604.987 1333 / +604.979 8494
We Love When Our Alumni Make Us Proud, And They Of ten Do.
We ALUMNI
FAN PAGE: Persatuan Alumni UniMAP
FACEBOOK: Aluni MAP
Once UniMAPians Will Always be UniMAPians
Penaja Khas :CAMD IKHLAS ENTERPRISE (Print One)
No.13 Taman Sayang, Jalan Kodiang, 06010 Changlun, Kedah.No. Tel : +6012.480.4995 Email : camdikhlas@gmail.com
MEDIA BAHARU
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
ALAM SEKITARPEMBUATAN
KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN
REKABENTUK PRODUK
MEKATRONIK
BIOPROSESPERHUBUNGAN
RANGKAIAN KOMPUTERELEKTRONIK BIOPERUBATAN
POLIMER ELEKTRIK SISTEM TENAGAMEKANIKAL
METARLURGI
BIOSISTEM
MIKROELEKTRONIK
KOMPUTER
SISTEM ELEKTRIKELEKTRONIK INDUSTRI
FOTONIK
AWAM
BAHAN
KEJURUTERAAN
Knowledge | | Sincerity Excellence
Once UniMAPians Wi l l Always be UniMAPians
Isi Kandungan
NUKILAN SANUBARI PENAUNG MAJALAH ALUMNI UniMAPYBHG. DATO’ PROF. DR. ZUL AZHAR ZAHID JAMALNAIB CANSELOR UniMAP
TINTA AMANATYBHG.BRIG. JENERAL DATUK PROF. EMERITUS DR. KAMARUDIN HUSSINNAIB CANSELOR PERTAMA UniMAP (FEB 2002 - FEB 2016)
BICARA TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA), UniMAPBINGKISAN DEKAN JABATAN HEPA, UniMAP
DARI MEJA KETUA EDITOR
ARTIKEL 1 : SEDEKAD UniMAP HASILKAN 12791 ALUMNI
ARTIKEL 2 : KRONOLOGI DAN SEJARAH PENUBUHAN ALUMNI UniMAP
ARTIKEL 3 : TOKOH ALUMNI UniMAP- SHAHRIZAL DENCI FARMING THE FUTURE
ARTIKEL 4 : ALUMNI DI PERSADA ANTARABANGSA
ARTIKEL 5 : NOSTALGIA 20 JUN 2002
ARTIKEL 6 : ALUMNIGHT 2016 - SIREH PULANG KE GAGANG
ARTIKEL 7 : MISI JELAJAH ALUMNI (SIRI 1 HINGGA SIRI 4)
ARTIKEL 8 : ex-YDP MPP@ALUMNI UniMAP
ARTIKEL 11 : STATISTIK ALUMNI TERKINI 2006-2016- STATISTIK KESELURUHAN ALUMNI (SISWAZAH & PASCA SISWAZAH) 2006 - 2016- STATISTIK KESELURUHAN ALUMNI PASCA SISWAZAH 2006 – 2016 (MENGIKUT NEGARA)- STATISTIK KESELURUHAN ALUMNI PASCA SISWAZAH 2006 – 2016 (MENGIKUT NEGARA)
ARTIKEL 9 : SEKALUNG TAHNIAH BUAT ALUMNI PhD
ARTIKEL 12 : KOMPILASI PROGRAM ALUMNI 2015/2016
05
02
06
07
09-10
11
12
14-15
16
17
18
08
04
03
Kompilasi Program Alumni 2015/2016
Oleh: Nurakmal Ramli Norsyazwani Mohd Radzi
KOMPILASI GAMBAR PROGRAM ALUMNI SEPANJANG TAHUN 2015
KAYUHAN MAIPS PEDULI KE-100
DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS
BERSAMA ALUMNI UniMAP
(22 NOVEMBER 2015)
OPS PASCA BANJIR PANTAI TIMUR (11 JANUARI 2015)
NATURE RIDE 2015 (28 MAC 2015)
SIRI JELAJAH ALUMNI UniMAP 1.0: RAMADHAN 2015
(28 JUN 2015 & 15 JULAI 2015)
HOMECOMING BERSAMA PUSAT PENGAJIAN
SEMPENA FESTIVAL KONVOKESYEN KE-10 UniMAP 2015
(17-19 SEPTEMBER 2015)
SIRI JELAJAH ALUMNI UniMAP 2.0:
DARI PERLIS KE VIETNAM
(10-15 NOVEMBER 2015)
PENANDA ARAS UNIT ALUMNI, JHEPA KE UTEM,
MELAKA DAN KE UM, KUALA LUMPUR (30 NOVEMBER 2015)
SIRI JELAJAH ALUMNI UniMAP-
PROKAS 3.0: MISI MENAWAN
PUNCAK BAYU (7 MEI 2016)
TAKLIMAT KHAS ALUMNI
UniMAP BERSAMA
NAIB CANSELOR (24 JUN 2016)
LAWATAN INDUSTRI KE
SILTERRA KULIM (26 JAN 2016)
LAWATAN INDUSTRI KE B.BRAUN,
PULAU PINANG (1 FEB 2016)
FUN CLAY TIME ALUMNI UniMAP
SEMPENA FESTIVAL A-HEART
(25 MAC 2016)
SEMBANG SANTAI TEH TARIK
PENGURUSAN TERTINGGI UniMAP
BERSAMA ALUMNI UniMAP
(20 APRIL 2016)
SIRI JELAJAH CSR ALUMNI
UNIMAP 4.0: MISI CUCI-CUCI MASJID
DARI PERLIS KE JOHOR
(25-28 JUN 2016)
SUMBANGAN BARAKAH
YA RAMADHAN 2016 1437H BERSAMA
ALUMNI DAN YAYASAN UniMAP
(1 JULAI 2016)
KOMPILASI GAMBAR PROGRAM ALUMNI SEPANJANG TAHUN 2016
Sebagai pusat rujukan dalam membina jaringan Alumni UniMAP melalui penganjuran pelbagai aktiviti.
MISI
VISI
Sebuah unit yang memberi fokus pembangunan potensi Alumni demi
memenuhi aspirasi universiti.
Misi & Visi
ARTIKEL 10 : SUDUT ‘CANTHEQ SEHAT’ ALUMNI
UNIT PEMBANGUNAN ALUMNI, JABATAN HEPA, UniMAP
ALUMNI UniMAP 2016 18
Menyelaras dan mengemaskini pengkalan data Alumni melalui Sistem Maklumat e-Alumni UniMAP.
Merancang, menyelaras dan melaksana program-program Alumni sama ada yang berbentuk ilmiah/santai.
Memantau pengemaskinian maklumat berkaitan alumni melalui media sosial tentang hebahan berkaitan dengan peluang kerjaya dan program-program Alumni.
Merancang, menyelaras dan melaksanakan cadangan penerbitan majalah Alumni UniMAP.
Memikirkan kaedah berkesan dalam menerapkan semangat sayang akan universiti di kalangan Bakal Alumni, Alumni Muda dan Alumni Matang.
Meneruskan usaha dalam mengukuhkan elemen peradaban yang tinggi di kalangan alumni.
Membangunkan draf perancangan penubuhan Tabung Alumni.
FUNGSI UNIT PEMBANGUNAN ALUMNI,
JABATAN HEPA, UniMAP
ACADEMIC VISIT & FOOTBALL FRIENDLY MATCH WITH MUSLIM
CLUB THAKSIN UNIVERSITY SONGKLA CAMPUS, THAILAND
(1 OKT 2016)
BERSAMA BAKAL ALUMNI DI PUSAT-PUSAT PENGAJIAN UniMAP
( 28 APRIL - 20 MEI 2016)
ROAD TOUR ALUMNI UniMAPKE SILTERRA KULIMPADA (14 JUN 2016)
SUMBANGAN ALUMNI KEPADA KELUARGA ARWAH ALUMNI UniMAP,
NURUL SYAZIELA IRYANI (25 JUN 2016)
13
Sidang Redaksi
PENAUNG
Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal,
Naib Canselor,
UniMAP
PENASIHAT I
Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan,
Timbalan Naib Canselor, (Hal Ehwal Pelajar & Alumni),
UniMAP
PENASIHAT II
Prof. Madya Razli Ahmad,
Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
UniMAP
KETUA EDITOR
Dr. Ummi Naiemah Saraih,
Timbalan Dekan (Pembangunan Alumni),
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
UniMAP
EDITOR JEMPUTAN
Puan Suhana Abdul Mutalib,
Pengarah, Unit Media,
UniMAP
EDITOR
Dr. Farah Farhana Zainal
En. Syed Akhmal Syed Jamalil
En. Nurakmal Ramli
En. Ahmad Ashraf Abdul Halim
En. Muhammad Khairy Md Naim
En. Muhammad Khairudden Sulaiman
En. Aminudin Anuar
En Ahmad Syauqi Amar Muhammad
Puan Nurul Huda Hashim
Puan Syazwani Mohd Radzi
GRAFIK & CETAKAN
Puan Siti Sharina Mohd Shukri
PENGHARGAAN
Pejabat Naib Canselor, UniMAP
Pejabat Penolong Naib Canselor (Komunikasi Korporat), UniMAP
Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA), UniMAP
Unit Pengijazahan, Jabatan Pendaftar, UniMAP
Unit Peperiksaan & Pengijazahan, Pusat Pengajian Siswazah, UniMAP
Unit Media, UniMAP
Unit Komunikasi Korporat, UniMAP
Persatuan Alumni UniMAP
PENAJA KHAS
Camd Ikhlas Enterprise (Print One)
Ketua EditorDR. UMMI NAIEMAH SARAIH
Timbalan Dekan ( Pembangunan Alumni),Jabatan (HEPA), UniMAP.
02ALUMNI UniMAP 2016
Oleh: Ahmad Syauqi Amar Muhammad
Sudut Alumni'Cantheq Sehat'
ALUMNI UniMAP 201617
Statistik Terkini Alumni UniMAP (2006-2016)
Ruangan 'Chanteq Sehat' memberikan anda info-info berkenaan kecantikan dan juga kesihatan
yang ingin dikongsi berdasarkan sumber pembacaan untuk dijadikan amalan harian yang boleh
dimanfaat bersama. Semoga perkara yang dikongsi dapat memberikan sesuatu yang berimpak
walaupun ia dipandang kecil dan remeh, namun akan mendatangkan kesan positif jua.
8 Sunnah Cara Rasulallah s.a.w Menjaga Kesihatan Diri dan Hidup SihatPernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah s.a.w pernah ditimpa sakit yang teruk? Sebenarnya Rasulullah s.a.w banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat. Benarlah, menghidupkan Sunnah Nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pula pahala. Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana amalan Rasulullah s.a.w dalam menjaga kesihatan? Ini adalah beberapa amalan baginda dalam menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUHRasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHANRasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)3# RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHANSabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Rasullah sering berpuasa sunat.4# RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKIRasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.5# RASULULLAH TIDAK PEMARAHNasihat Rasulullah 'jangan marah' diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta'awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu' dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.6# SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASASikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.7# TIDAK PERNAH IRI HATIBagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”8# JADILAH PEMAAFPemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
STATISTIK KESELURUHAN ALUMNI (SISWAZAH & PASCA SISWAZAH) 2006 - 2016
Kemaskini : Unit Pembangunan Alumni, Jabatan HEPA, Oktober 2016
Kemaskini: Unit Pembangunan Alumni, Jabatan HEPA, Oktober 2016
STATISTIK KESELURUHAN ALUMNI SISWAZAH 2006 – 2016 (MENGIKUT NEGARA)
STATISTIKKESELURUHANALUMNIPASCASISWAZAH2006–2016(MENGIKUTNEGARA)
Kemaskini : Unit Pembangunan Alumni, Jabatan HEPA, Oktober 2016
Oleh: Norsyazwani Mohd Radzi
Assalamualaikum w.b.t & Salam UniMAP di Hati Alumni di Jiwa.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi lantaran impian untuk menerbitkan majalah Alumni
UniMAP yang pertama kali diusahakan ini akhirnya dapat direalisasikan. Tiada perkataan
yang ingin diungkapkan selain syukur atas kerjasama semua anggota Sidang Redaksi dan
editor-editor yang terdiri daripada barisan Alumni UniMAP sendiri yang telah
menggembleng keringat dan fikiran bagi menerbitkan majalah ini. Banyak juga cabaran
yang ditempuhi memandangkan ini adalah kali pertama majalah seumpama ini diterbitkan
setelah lebih sedekad golongan Alumni dilahirkan di universiti kesayangan kita ini.
Cabaran pertama berkisar sekitar pemilihan nama majalah yang sebaik mungkin agar
dapat mencetuskan nilai-nilai nostalgia bagi semua yang bergelar Alumni di UniMAP; di
samping berkeupayaan untuk membayangkan sebuah nama majalah yang unik sifatnya.
Namun, setelah pelbagai nama dicadangkan dan atas persetujuan bersama,
AlumniUniMAP telah dipilih sebagai nama rasmi majalah ini dengan 'tagline'nya Make
your place matter!.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan hasrat
Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Madya Dr. Mohd Fo'ad Sakdan dalam menerbitkan
majalah Alumni ini. Adalah menjadi impian saya agar penghasilan Majalah
AlumniUniMAP ini dapat diterbitkan secara berkala dengan kendalian barisan Alumni
UniMAP sendiri seiring dengan slogan kita iaitu Once a UniMAPian, always a
UniMAPian.
Seperkara yang baiknya tentang penghasilan majalah ini ialah, Sidang Redaksi
menyediakan satu slot khas tentang perkongsian kejayaan serta kecemerlangan Alumni
UniMAP, yang pastinya akan mencetuskan rasa bangga di kalangan kita.
Akhir kata, saya mendoakan agar Unit Pembangunan Alumni di Jabatan HEPA dan
Persatuan Alumni UniMAP senantiasa bergerak bersama dan seiring dengan membawa
satu suara, satu semangat, satu hasrat, dan satu cita demi merealisasikan matlamat
mengukuhkan jaringan antara Alumni dan UniMAP, universiti yang begitu kita sayangi.
Moga niat dan usaha murni kita semua sentiasa diberkati, Inshaa Allah. Amin.
ALUMNI UniMAP 2016 16
YBHG. DATO' PROF. DR. ZUL AZHAR ZAHID JAMAL
PENAUNG MAJALAH ALUMNI UniMAP NAIB CANSELOR, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
Nukilan SanubariSEKALUNG TAHNIAH
BUAT ALUMNI PhD UniMAP Citra Alumni
Assalamualaikum w.b.t
Salam UniMAP di Hati Alumni di Jiwa.
Majalah AlumniUniMAP (Edisi Pertama) Tahun 2016 ini merupakan suatu dokumen
bercetak yang penting bagi memberi gambaran tentang perjalanan dan aktiviti Persatuan
Alumni UniMAP sejak Alumni dari kohort pertama berjaya dilahirkan pada tahun 2016.
Walau dengan adanya kemajuan teknologi komunikasi maklumat yang kita nikmati hari ini,
saya percaya naskhah penulisan berbentuk tradisional ini wajar dikekalkan dan diterbitkan
secara berkala.
Ingin saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sidang Redaksi serta terima kasih
jua kepada semua pihak yang memberi kerjasama dan sokongan sehingga
memungkinkan majalah Alumni edisi pertama ini dihasilkan. Ia bukan sekadar catatan
kenangan indah ketika Alumni berada di menara gading, bahkan ia berkongsi kisah-kisah
kemajuan Alumni UniMAP yang juga sentiasa berdaya saing di persada negara dan
antarabangsa.
Jika dilihat dari segi umur, Alumni UniMAP dari kohort pertama kini berusia sekitar 10
tahun. Dalam usia ini, saya berpendapat golongan Alumni ini masih lagi dalam fasa
membangunkan bidang kerjaya yang diceburi. Jika dilihat dengan lebih spesifik pula,
Alumni dari bidang kejuruteraan yang dilahirkan rata-ratanya yang paling tinggipun kini sedang memegang jawatan sebagai 'senior engineer' dan tentunya masih lagi dalam proses
membangun dan mengembangkan kerjaya masing-masing.
Alhamdulillah, maklumbalas yang UniMAP dapatkan daripada industri sangat baik. Kemahiran Alumni yang kita lahirkan telah dinilai dan dicatatkan sebagai berada pada tahap
yang sangat baik. Suka saya kongsikan, satu organisasi di bawah MOSTI telah menjalankan kajian dalam kalangan graduan UniMAP dan didapati majoriti daripada lebih 12,000
Alumni yang UniMAP lahirkan kini bekerja di syarikat-syarikat multinasional seperti Intel Corporation, Silterra Malaysia Sdn. Bhd., B.Braun Medical Industries Sdn. Bhd., Altera
Corporation (M) Sdn. Bhd., Inari Technology Sdn. Bhd. dan banyak syarikat multinasional lain yang tak dapat saya senaraikan kesemuanya di sini. Sebagai contoh, sekitar 200
Alumni dari UniMAP kini sedang bekerja di Intel Corporation, Pulau Pinang. Ini menunjukkan Alumni kita terbukti kehebatannya. Saya percaya dalam tempoh 10 tahun lagi, Alumni
UniMAP ini akan lebih maju dan cemerlang bukan hanya dalam bidang kejuruteraan namun dalam semua bidang yang diceburi.
Pemerhatian juga menunjukkan Alumni adalah entiti penggerak dalam menyokong kemajuan sesebuah 'alma mater'. Justeru, Alumni seharusnya perlu ada sifat sayang akan
universiti kerana di UniMAP inilah tempat menimba ilmu dan bergraduasi. Saya harap Persatuan Alumni UniMAP dapat bersama-sama dengan Unit Pembangunan di Jabatan
HEPA dalam usaha memupuk sifat bangga, setia dan sayang kepada UniMAP dalam kalangan bakal-bakal Alumni yang masih berada di dalam unversiti. Kita perlu mencari satu
pendekatan yang dapat menyatukan semua Alumni. Saya yakin Persatuan Alumni UniMAP akan lebih ke hadapan dalam membangun dan menyatukan Alumni dengan kaedahnya
yang tersendiri. Mungkin diwujudkan satu identiti pemakaian yang melambangkan pemakainya adalah Alumni UniMAP dan dari itu selalu bangga menjadi Alumni UniMAP,
sebagaimana pihak UniMAP yang sentiasa berbangga dengan semua Alumni yang dihasilkan. Melalui identiti pemakaian ini, Alumni UniMAP lebih mudah dikenali di seluruh
negara. Secara tidak langsung juga ini dapat mewujudkan 'networking' antara Alumni.
Bagi mengakhiri coretan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan HEPA dan Persatuan Alumni UniMAP kerana mengambil inisiatif menghasilkan Majalah
AlumniUniMAP yang pertama ini. Harapan saya agar warga UniMAP sentiasa maju jaya dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Sekian.
UniMAP!!!Rentak itu pantas dan deras,Tak tercapai tak terkejar,Terus ke hadapan tak tertoleh yang terlepas,Lantas disanjung seantero maya,UniMAP lambang bangganya warga.
Usia bukan sebagai ukurannya,Anak dibentuk menjadi permata,Disebut-sebut, ditanya-tanya,Prinsip bukan hanya ditutur bicara,Ilmu, keikhlasan, jua kecemerlangan sebagai pasak di dada.
Digulung-gulung mirip awan,Dipetik-petik bagai bintang,Yang kecil dijadikan besar,Yang sempit dijadikan luas,Yang bengkok dijadikan lurus,Yang kelabu disuciputihkan warnanya,Disanjung bukan dimanja, ditatang bukan diampu,Cinta dan sayang kukuh dipaku, UniMAP satu-satunya dalam igauanmu.
Ayuhlah bangkit terus memacu,Bangunkan wadah ilmu tanpa jemu,Hapuskan sengketa satukan kata,Terus membangun di persada dunia.
Setiap detik bagai terkaku,UniMAP MANTAP laungan itu!Laungan keramat menyemarakkan kalbu,UniMAP MANTAP diulang kata!Semangat berkobar menyala-nyala,Lahirkan Alumni bersemangat waja.
Penutup bukanlah pengakhiran,Pembuka bukanlah permulaan,Namun ia landasan perjalanan,Membuah kejayaan tak mungkin terlupakan.
Terus memacu laju dan laju,Dinamik terkehadapan UniMAP selalu,Setiap rentak aturnya cermat,Tak mungkin angkuh menunduk hormat.
Sayang tak bererti ditatang-tatangkan,Sayang perlu diuji gagah dalam mengolah kehidupan,Jika sayang rakyat kepada raja diagung-agungkan daulat,Namun sayang Alumni kepada UniMAP diangkat martabat, Menopang ukiran namanya bagi mengharum sejagat.
Muhammad Khairudden SulaimanAlumni, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Kohort 2013
ALUMNI UniMAP 201603Oleh: Nurul Huda Hashim
STAY
CONNECT
ED
Nama penuhnya ialah Farah Farhana binti Zainal. Merupakan anak sulung daripada 4 orang
adik beradik. Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 16 September 1986. Menerima
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya, Kuala Lumpur dan Sekolah
Kebangsaan Taman Kosas, Selangor.
Kemudian meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah, Selangor
dan MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kemudian, ditawar untuk memasuki Kolej
Matrikulasi Changlun selama setahun dalam aliran Jurusan Teknikal. Pada tahun 2005,
diterima masuk ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk melanjutkan pelajaran di
peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Metalurgi).
Menamatkan Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2009 dengan kepujian kelas pertama dan terus
melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Kejuruteraan Bahan di
bawah seliaan Brig. Jen. Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan Prof. Dr. Azmi
Rahmat dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Center of Excellence Geopolymer and
Green Technology (CEGeoGTech) UniMAP. Kajian yang telah dilakukan iaitu kajian rintangan
kakisan ke atas keluli bar tetulang dalam pes geopolimer turut mendapat beberapa anugerah
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya ialah Korea International Women's
Invention Exposition (KIWIE), British Invention Show (BIS), International Invention &
Innovation Exhibition (ITEX), dan PECIPTA Exhibition dan Malaysia Technology Expo (MTE).
Beliau bakal bergraduat sebagai salah seorang penerima Ijazah Sarjana Kedoktoran
(Kejuruteraan Bahan) sempena Istiadat Konvokesyen ke-11 UniMAP pada 22 Oktober 2016.
ALUMNI UniMAP 2016 04
Tinta AmanatYBHG. BRIG. JENERAL DATUK PROF. EMERITUS DR. KAMARUDIN HUSSIN
NAIB CANSELOR PERTAMA UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (FEB 2002 - FEB 2016)
Assalammualaikum w.b.t. Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Persatuan Alumni UniMAP atas penerbitan Majalah AlumniUniMAP (Edisi Pertama) pada tahun ini.
Saya percaya penerbitan majalah ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi semua warga persatuan terhadap universiti tercinta ini.
Istilah Alumni membawa pemahaman kita kepada perkara yang telah berlalu. Ia menggambarkan imbasan kepada masa yang lampau dan memberi konotasi yang saling
bergantungan antara kehidupan dahulu dan sekarang. Penubuhan Persatuan Alumni mencerminkan kerjasama yang erat. Ia memurnikan pemupukan budaya mesra yang
melibatkan ahli akademik, pentadbir universiti dan warga Alumni sendiri. Sokongan bekas mahasiswa yang telah pun meninggalkan kampus dan mereka yang masih berada di dalam
kampus menyumbang kepada perkembangan yang positif dalam memangkin hala tuju visi dan masa depan universiti. Melalui perkembangan positif ini impak berpanjangan dapat
dihasilkan, dengan sokongan yang jitu dari semua warga Alumni.
Sepertimana universiti lain, UniMAP juga senantiasa menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan warga Alumni khususnya aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni UniMAP dan
Unit Pembangunan Alumni, Jabatan HEPA, UniMAP. Alhamdulillah, pelbagai program Alumni UniMAP berjaya dilaksanakan sehingga kini. Saya dimaklumkan usaha masih lagi
rancak digiatkan untuk mengumpul kesemua 111 Alumni dari kohort pertama yang dilahirkan UniMAP pada tahun 2006 untuk membukukan perjalanan akademik dan kerjaya
golongan perintis ini.
Dalam mendepani cabaran masa kini, saya menyeru agar semua pihak senantiasa bersungguh-sungguh memastikan kelangsungan Alumni UniMAP sebagai satu manifestasi
kepada pembangunan universiti baik dari segi bantuan idea, sosial, kesukarelawanan mahupun kewangan.
Semoga Alumni UniMAP terus maju jaya dan begerak kehadapan! Sekian, Terima kasih.
ALUMNI UniMAP 201615
Sesi 2008/2009
Nama: Abdul Malek bin Abdullah
Asal: Sungai Buloh, Selangor
Kohort: Kemasukan 2007, Graduan 2011
Pendidikan: BEng. (Bioprocess Eng.), UniMAP
Profession: Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Tagline:“Kasih sayang adalah kunci perubahan demi
kejayaan masa depan negara. Lakukan semua perkara
kerana KASIH SAYANG dan bersama KASIH SAYANG!”
Sesi 2009/2010
Nama: Muhamad Nur bin Misbah
Asal: Sungai Petani, Kedah
Kohort: Kemasukan 2009, Graduat 2012
Pendidikan: BEng. (Materials Eng.), UniMAP
Profession: Pegawai Latihan Vokasional, UniMAP
Tagline:“Pelajar UniMAP beruntung kerana UniMAP
menyediakan platform terbaik bagi membolehkan graduan
lebih kompeten dalam industri dan seterusnya pasti dapat
menyumbang kepada keperluan tenaga mahir di Malaysia.”
Sesi 2010/2012
Nama: Aminudin bin Anuar
Asal: Changlun, Kedah
Kohort: Kemasukan 2010, Graduat 2013
Pendidikan: BEng. (Electrical Eng.), UniMAP
MSc. (Electrical Power Eng.), UniMAP
Profession: Pensyarah Universiti, UniMAP
Tagline:“Gunakan peluang dan kesempatan yang ada
untuk memanfaatkan diri sendiri dan juga orang lain.
Jangan abaikan nanti ia melepas jua. Tiada lagi peluang kedua yang sama dengan apa yang
kita telah lalui. Berbaktilah kepada keluarga, masyarakat dan juga negara.”
Sesi 2012/2013
Nama: Muhammad Khairudden bin Sulaiman
Asal: Kuantan, Pahang
Kohort: Kemasukan 2009, Graduat 2013
Pendidikan: BEng. (Biomedical Electronic Eng.), UniMAP
MBA (Entrepreneurship Eng.), UniMAP
Profession: Pelajar Ijazah Doktor Falsafah di UniMAP
Tagline: "Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan.
Gunakan kelebihan untuk membantu dan jadikan
kekurangan untuk terus maju. UniMAP MANTAP!”
Sesi 2013/2014
Nama: Azwan Shahmie bin Zakaria
Asal: Ipoh, Perak
Kohort: Kemasukan 2012, Graduat 2015
Pendidikan: BEng. (Electronic Eng.), UniMAP
Profession: Jurutera di EMC Section, SONY, Prai,
Pulau Pinang
Tagline:“If you focus on what you left behind, you will
never be able to see what lies ahead. Now go up
and look around!”
Sesi 2015/2016
Nama: Rio Iskandar bin Jasman
Asal: Gombak, Selangor
Kohort: Kemasukan 2014
Pendidikan: Masih mengikuti Program Pengajian Komunikasi Media Baharu, Pusat Pengajian Pembangunan Insan & TeknoKomunikasi
Profession: Pelajar Ijazah Sarjana Muda di UniMAP
Tagline:“Ilmu hadir dengan adanya usaha, usaha hadir dengan adanya semangat, semangat hadir dengan adanya niat. Sebagai seorang
mahasiswa kita harus mempunyai niat yang positif dan teguh dalam mencapai apa jua visi dan misi. Jangan pernah mengalah di
pertengahan jalan kerana manusia tidak pernah tahu apa yang ada di hadapan. Lakukan semua perkara sehingga capai limitasi sebagai
seorang manusia luar biasa.”adanya semangat, semangat hadir dengan adanya niat. Sebagai seorang mahasiswa kita harus mempunyai
niat yang positif dan teguh dalam mencapai apa jua visi dan misi. Jangan pernah mengalah di pertengahan jalan kerana manusia tidak
pernah tahu apa yang ada di hadapan. Lakukan semua perkara sehingga capai limitasi sebagai seorang manusia luar biasa.”
Sesi 2014/2015
Nama: Farizah binti Abdul Rahman
Asal: Seri Kembangan, Selangor
Kohort: Kemasukan 2013
Pendidikan: BSc. (Eng. Entrepreneurship), UniMAP
Profession: Pelajar Ijazah Sarjana di UniMAP
Tagline:“Perbetulkan niat, istiqamah dalam usaha. It is
now or never. Jaga hubungan dengan rakan,
pensyarah, di samping hubungan denganNya. Malu
bertanya sesat jalan. Ilmu itu luas. Aktifkan diri, keluar
berbakti semampu yang boleh. Ingatlah bahawa ilmu
tanpa amal, ibarat pokok tanpa buahnya.”
ALUMNI UniMAP 2016 14
Bicara Timbalan Naib Canselor
PROF. MADYA DR. MOHD. FO’AD SAKDAN
HALEHWALPELAJAR&ALUMNI,UniMAP
Bingkisan Dekan
PROF. MADYA RAZLI AHMAD
Assalamualaikum w.b.t & Salam UniMAP di Hati Alumni di Jiwa.
Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnia dan Izin-Nya, kita dapat berdiri gagah seiring dengan pencapaian matlamat awal
penubuhan universiti ini. Merenungi tempoh sedekad yang lepas, UniMAP atau nama rasminya
ketika awal penubuhan iaitu Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) telah dapat
membuktikan kejayaannya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dan kini telah diiktiraf
sebagai sebuah universiti yang beroleh 5-star rated for excellence dari QS World of Ranking.
Alhamdulillah, dengan kesungguhan semua pihak termasuk jugalah dari bekas-bekas mahasiswa
yang kini bergelar Alumni, UniMAP berjaya melepasi halangan demi halangan sehingga mencapai
kejayaan ke satu tahap yang diraih sekarang. Saya percaya misi kita untuk menjadi universiti yang
terkehadapan akan terus dipertahankan. Saya yakin semua Alumni yang telah dilahirkan mampu
dan sentiasa bersedia untuk memberi sumbangan yang terbaik dalam menyokong pencapaian
misi tersebut. Inilah masanya untuk semua Alumni menabur budi dan memberikan sumbangan
dengan sepenuh hati dan dengan penuh kesetiaan samada dalam bentuk material mahupun
spiritual.
UniMAP telah melahirkan seramai 111 Alumni sulung pada Istiadat Konvokesyen Pertamanya
yang diadakan pada 2006. Kini, pada Istiadat Konvokesyen ke-11, jumlah Alumni yang telah
dilahirkan sekian lama melebihi 15,500 orang. Jumlah yang besar ini sudah pastinya akan menjadi
lebih kuat sekiranya ikatan dan kesetiaan Alumni kepada universiti yang wujud dalam diri semua
semakin kukuh dari hari ke hari.
Menyedari betapa pentingnya sumbangan Alumni kepada alma mater, Unit Pembangunan Alumni
di Jabatan HEPA, UniMAP dengan kerjasama Persatuan Alumni UniMAP memulakan usaha buat
julung kalinya untuk menerbitkan Majalah AlumniUniMAP (Edisi pertama) Tahun 2016 yang cuba
memuatkan pelbagai berita termasuk tentang pencapaian Alumni beserta pelbagai aktiviti dan
program yang telah dilaksanakan buat tatapan semua pihak. Melalui penerbitan Majalah
AlumniUniMAP ini pihak universiti meletakkan sepenuh harapan agar para Alumni dapat kembali
memberi sumbangan kepada universiti dengan menjalankan peranan masing-masing sebagai
Alumni yang sentiasa bersedia membantu pembangunan universiti dan menjadi ejen kepada
masyarakat luar demi mengharumkan nama universiti.
Justeru, diharapkan majalah ini menjadi saluran terbaik dalam mengukuhkan jaringan hubungan
antara UniMAP dan Alumni. Di samping itu, saya menyokong agar Persatuan Alumni UniMAP
menjadi persatuan utama yang bertanggungjawab menerajui penganjuran pelbagai program dan
aktiviti Alumni di UniMAP. Akhir kata, saya berdoa agar semua Alumni UniMAP sentiasa beroleh
kejayaan demi kejayaan dalam kerjaya yang diceburi, dan sentiasa berada di bawah rahmat dan
lindungan-Nya, Inshaa Allah.
JABATANHALEHWALPELAJAR&ALUMNI,UniMAP
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya Majalah AlumniUniMAP (Edisi Pertama) Tahun 2016 berjaya
diterbitkan buat julung kalinya pada tahun ini. Antara objektif utama penerbitan majalah ini adalah
untuk berkongsi berita tentang kejayaan Alumni UniMAP yang telah berjaya dilahirkan sejak tahun
2006 yang lalu. Di samping itu, majalah ini turut bertujuan untuk melaporkan aktiviti-aktiviti yang
telah dilaksanakan oleh Alumni UniMAP buat tatapan semua warga UniMAPian.
Selain menjadi platform utama dalam menyalurkan data-data serta statistik yang berkaitan
dengan Alumni di UniMAP, ia turut berfungsi untuk meneruskan jaringan ukhuwah yang
berterusan antara universiti dan Alumni yang kini telahpun mencecah ke angka melebihi 15,000
orang.
Diharapkan penerbitan sulung Majalah AlumniUniMAP ini dapat menjadi pemangkin kepada
cetusan bahan-bahan penerbitan alumni lain seperti buletin bulanan Persatuan Alumni, brosur
Persatuan Alumni atau bahan-bahan cetak yang seumpamanya. Platform ini juga dihasratkan
akan dapat memberi ruang kepada Alumni UniMAP untuk berkongsi kemahiran dan kepakaran
dalam bidang penulisan.
Diharapkan dengan penerbitan Majalah AlumniUniMAP ini dapat menyemarakkan lagi semangat
semua UniMAPians untuk meneruskan jaringan yang akrab dengan universiti di samping dapat
mengimbau nostalgia ketika masih bergelar mahasiswa dan mahasiswi di bumi UniMAP suatu
masa dahulu. Mohon juga sekiranya semua Alumni UniMAP sam-sama dapat mewarwarkan
tentang kepentingan bagi mengemaskinikan status terkini Alumni yang boleh disalurkan melalui
pautan http://ealumni@unimap.edu.my
Keterlibatan Alumni amatlah bermakna dan begitu diharapkan oleh pihak universiti untuk sentiasa
'involve' dan 'engage' sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan jalinan
hubungan sesama Alumni dengan alma mater melalui pelbagai aktiviti dan program berkaitan
Alumni yang dijalankan dapat mencapai objektif yang dihasratkan.
Sumbangan yang sebegini ini amat signifikan dan akan memberi impak yang besar ke arah
pemantapan pembangunan generasi baru dalam kalangan bakal graduan yang kemudian nanti
akan turut sama bergelar Alumni.
Pada penghujung bicara, sekalung tahniah diucapkan kepada semua Sidang Redaksi atas usaha
murni dalam menerbitkan Majalah AlumniUniMAP pada kali ini. Diharapkan usaha ini dapat
diteruskan pada masa akan datang. Selamat Maju Jaya!
ALUMNI UniMAP 201605
Ex-YDP MPP @ AlumniUniMAP
Sesi 2002/2003
Nama: Norazmi bin Ab Rahman
Asal:Kuantan, Pahang
Kohort: Kemasukan 2002, Graduat 2006
Pendidikan: BEng. (Microelectronic Eng.), KUKUM
Profession: Field Service Specialist, Schlumberger,
Petaling Jaya, Selangor
Tagline: “Do or do not, there is no try.”
Sesi 2003/2004
Nama: Siti Salwa binti Mat Isa
Asal: Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Kohort: Kemasukan 2002, Graduat 2006
Pendidikan: BEng. (Microelectronic Eng.), KUKUM
MSc. Eng. (Microelectronic Design),
University College Cork, Ireland
Profession: Pensyarah Universiti, UniMAP
Tagline: “When there is no struggle, there is no strength.
Do not give up, the beginning is always the hardest.”
Sesi 2004/2005
Nama: Nor Farah Lisa binti Mohamed Nasir
Asal: Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Kohort: Kemasukan 2003, Graduat 2007
Pendidikan: BEng. (Manufacturing Eng.), KUKUM
MEng. (Materials and Technology), UM
Profession: Jurutera/Perunding Kewangan/Usahawan,
di Pulau Pinang
Tagline: "Ambil segala peluang di depan mata. Kalau
tak jumpa peluang, ciptalah peluang dan mesti berani untuk gagal. Ini kehidupan sebenar
atas dunia".
Sesi 2005/2006
Nama: Syed Akhmal bin Syed Jamalil
Asal: Kluang, Johor
Kohort: Kemasukan 2004, Graduat 2008
Pendidikan: BEng. (Industrial Electronic Eng.), UniMAP
MEng. (Electric), UTHM
Profession:Pensyarah Universiti, UniMAP
Tagline: “Persatuan Alumni UniMAP perlu menjadi satu
organisasi yang berimpak. Persoalannya bagaimanakah
untuk merealisasikannya? Ia terletak di tangan kita semua selaku bekas pelajar.”
Sesi 2006/2007
Nama: Syarifah Nor Salwa binti Syed Awaly
Asal: Muar, Johor
Kohort: Kemasukan 2005, Graduat 2009
Pendidikan: BEng. (Computer Eng.), UniMAP
Profession: Jurutera, Celcom Axiata Berhad
Tagline:“Knowing others is intelligent. Knowing yourself is
true wisdom. Mastering others is strength. Mastering
yourself is true power”.
Sesi 2007/2008
Nama: Mohd Alwie bin Mohd Syaiful Yapp
Asal: Tawau, Sabah
Kohort: Kemasukan 2006, Graduat 2010
Pendidikan: BEng. (Product Design Eng.), UniMAP
Profession: Production Manager, Formpak Industries
Sdn Bhd, Pulau Pinang
Tagline:“Doa hanya pada Allah, perlu yakin pada
kebolehpasaran sendiri dan sentiasa positif dalam semua
aspek, InShaa Allah pasti dipermudahkan-Nya.”
Oleh: Aminudin Anuar
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) diwujudkan sebagai satu platform kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menjadi medium antara pelajar dan pihak pengurusan universiti. Pelantikan
khidmat Yang Di-Pertua (YDP) bagi menerajui MPP kebiasaannya akan berkuatkuasa selama satu (1) penggal. Pada sepanjang perkhidmatan, YDP adalah bertanggungjawab untuk
memastikan barisan MPP yang diterajui dapat menjadi pengantara yang baik, terutamanya dalam usaha untuk mengetengahkan sebarang masalah ataupun cadangan penambahbaikan yang
dibawa dari suara siswa siswi di UniMAP kepada Pihak Pengurusan Tertinggi Universiti; dan begitu jugalah di sebaliknya. Sehingga Sesi 2015/2016, lantikan seramai tiga belas (13) YDP telah
dikuatkuasakan dalam tempoh empat belas (14) penggal. Ternyata barisan MPP bagi setiap sesi di UniMAP jua telah semakin berkembang dan mereka begitu mengekalkan jalinan ukhwah
yang intim laksana sebuah ikatan keluarga. Didoakan agar bakal-bakal YDP dapat meneruskan sumbangan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua siswa siswi dan juga
universiti.
ALUMNI UniMAP 2016 06
Sedekad UniMAP Hasilkan 12791 AlumniSinergi antara Alumni dan universiti merupakan elemen terpenting yang memastikan sesebuah
universiti itu terus relevan di persada pendidikan negara mahupun di persada antarabangsa
apatah lagi jika Alumni itu begitu aktif menyumbang kepada alma mater baik dalam konteks
jawatan profesional mahupun personal. Atas dasar itu, UniMAP, yang menyasarkan kedudukan
500 universiti terbaik di dunia, menggunapakai konsep 'keep in touch' untuk terus berhubung
rapat dengan para Alumni.
Walaupun baru berumur 14 tahun, UniMAP yang dahulu dikenali Kolej Universiti Kejuruteraan
Utara Malaysia (KUKUM) terus gah mencatatkan pretasi yang membanggakan di peringkat
tempatan dan antarabangsa dengan pelbagai kejayaan yang diraih merangkumi penyelidikan,
inovasi produk dan sistem pembelajaran yang unik. Semua ini dicapai hasil pemuafakatan
pengurusan, warga akademik dan sumbangan lebih 12,000 Alumni UniMAP yang telah dilahirkan,
yang mana peratusan Alumni ditawarkan pekerjaan dengan imbuhan lumayan sebaik sahaja
tamat pengajian kini mencecah lebih 80 peratus. Bermula dengan hanya 111 pelajar pada tahun
2002, UniMAP (ketika itu KUKUM) berusaha mendaki sedikit demi sedikit dalam penyediaan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajarnya.
Meskipun hanya beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, namun, ia bukanlah alasan
untuk para pelajar dan juga tenaga akademik (ketika itu) untuk memberikan yang terbaik.
Kekurangan itulah yang menjadikan semua bersemangat untuk melahirkan graduan yang bukan
sahaja diterima industri, malah mampu menjadi pakar rujuk pada masa akan datang. Nyata usaha
itu bukanlah sia-sia apabila, Alumni dari kohort pertama UniMAP kini telah menjawat pelbagai
jawatan penting baik di sektor kerajaan mahupun swasta.
Alumni UniMAP kini bukan sekadar berbakti di negara ini, malah telah mencapai status
antarabangsa apabila berkhidmat di beberapa negara luar antaranya Ireland, Kanada, Mauritius,
Sudan, Syria dan Indonesia. Tidak ketinggalan, dalam usia yang masih muda ini juga, UniMAP kini
berbangga dengan Alumni luar negara yang terdiri daripada pelajar-pelajar antarabangsa dari
lebih 30 buah negara. Sistem pembelajaran yang inovatif dan berkesan di sini menyebabkan lebih
10% Alumni memilih untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah
Sarjana di universiti itu.
Pencapaian Alumni UniMAP sememangnya boleh dibanggakan. Sebagai contoh, Prof. Sutiko
yang merupakan lepasan Ijazah Doktor Falsafah daripada PPK Kejuruteraan Mikroelektrik, kini
merupakan pakar dalam bidang 'material physics' di Universiti Semarang, Indonesia. Tidak
ketinggalan, Ilham Nandana yang merupakan alumni Program Kejuruteraan pada 2013 telah
dianugerahkan biasiswa Indonesia Endowment Fund for Education (LPDP) Kementerian
Kewangan Republik Indonesia pada 2014 kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana
Sains dalam bidang komunikasi optikal tanpa wayar di Kolej Universiti London, Britain sejak
tahun lepas.
Pencapaian Shahboz Babaez dari Uzbezkistan yang kini berumur 26 tahun dan fasih dalam
enam bahasa iaitu Uzbek, Russian, Tajik, Inggeris, Arab dan bahasa kebangsaan Malaysia turut
membanggakan apabila ditawarkan peluang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana
di Athlone Institute of Technology (AIT) Ireland. Seorang lagi Alumni UniMAP dalam Program
Perniagaan Antarabangsa yang bergraduat September lalu iaitu Maksudjon Khujaev dari
Uzbezkistan juga telah ditawarkan biasiswa penuh daripada Turki untuk melanjutkan pelajaran
di Universiti Marmara, Istanbul, Turki. "Universiti Marmara merupakan antara universiti terlama
di Turki. Ia ditubuhkan pada 1883 dan Presiden Turki kini iaitu Recep Tayyib Erdogan ialah
bekas pelajar universiti itu.
Shehabaddin Galal Hael Ghilan, 24, kini ibarat permata Alumni UniMAP yang sedang menyinar.
Shehabaddin yang mampu bertutur dengan baik dalam bahasa Malaysia telah membuktikan
kebolehannya apabila menjuarai Pertandingan 1 World Culture anjuran Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2011, 2012 dan 2015. Beliau pernah ditawarkan
menjadi duta di KPT kerana kebolehannya berbahasa Malaysia dengan fasih selain merupakan
peserta akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2015. Shehabaddin bakal menyambung
pengajian peringkat ijazah sarjana di UniMAP dalam bidang Kejuruteraan Elektronik.
Alumni UniMAP juga senantiasa aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti membantu mangsa
banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dua tahun lalu selain turut menganjurkan program
cuci-cuci masjid dari Perlis hingga ke Johor pada tahun ini. Malah Persatuan Alumni UniMAP
telah melebarkan sayapnya dengan penubuhan 'chapter' Indonesia pada tahun 2013 lalu.
Oleh : Suhana Abdul Mutalib
ALUMNI UniMAP 201613
Misi Jelajah Alumni (SIRI 1 hingga 4)
Oleh: Muhammad Khairudden Sulaiman
Idea Siri Jelajah Alumni UniMAP ini telah diilhamkan oleh YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal
Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan dengan objektif untuk mengeratkan
hubungan sesama Alumni dengan mengadakan aktiviti yang berbentuk riadah dan santai.
Program ini telah menarik lebih 500 Alumni dari kalangan Alumni yang berada di dalam
persekitaran kampus mahu pun di luar kampus untuk bersama-sama turut serta mengikuti
program yang dijalankan. Perkembangan positif ini membuatkan Persatuan Alumni UniMAP
meneruskan Siri Jelajah Alumni UniMAP yang kini bakal menganjurkan programnya yang kelima
iaitu Siri Jelajah Alumni UniMAP 5.0: Misi Kita di China dan Hongkong yang bakal berlangsung
pada 18 November 2016.
Siri Jelajah Alumni UniMAP yang pertama diadakan dalam bulan Ramadhan dan telah dijalankan
di dua (2) lokasi iaitu di Pulau Pinang dan Selangor. Siri ini dinamai Siri Jelajah Alumni UniMAP
I.0: Ramadhan 2015. Program jelajah ini merupakan aktiviti pengenalan kepada semua Alumni
yang bekerja di luar UniMAP tentang kewujudan persatuan yang baru mengorak langkah dalam
menganjurkan aktiviti-aktiviti di bawah Persatuan Alumni UniMAP. Sekitar 150 Alumni telah
menyertai program ini yang bertempat di Hotel Tabung Haji, Pulau Pinang dan di Hotel UiTM
Shah Alam, Selangor. Siri Jelajah Alumni UniMAP ini kemudiannya diteruskan dengan Siri
Jelajah Alumni UniMAP 2.0: Dari Perlis ke Vietnam yang disertai oleh 8 Alumni UniMAP dengan
tujuan untuk mempromosikan UniMAP ke institusi pengajian tinggi sekitar lokasi jelajahan di Kota
Vietnam. Siri Jelajah ini merupakan aktiviti kali pertama anjuran Persatuan Alumni UniMAP yang
bergerak ke luar Negara setelah lebih 6 tahun Persatuan Alumni UniMAP ditubuhkan. Hasrat
untuk menjadikan Alumni UniMAP lebih kehadapan dalam melaksanakan aktiviti di luar negara
menjadi fokus utama bagi penganjuran program ini.
Siri Jelajah Alumni UniMAP-PROKSAS 3.0: Misi Menawan Puncak Bayu pula adalah aktiviti
lasak yang masih cuba menekankan konsep riadah. Seramai 30 Alumni termasuk Naib Canselor
UniMAP, YBhg. Dato' Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal beserta Timbalan Dekan (Pembangunan
Alumni), Jabatan HEPA, Dr. Ummi Naiemah Saraih turut sama menyertai misi ini. Program ini
telah memberikan impak yang besar kepada Alumni dalam cubaan merealisasikan aktiviti lasak
yang sebegini. Program turut mendapat penajaan daripada PROKAS, salah satu syarikat yang
diusahakan oleh salah seorang Alumni UniMAP sendiri yang telah sudi menaja sebanyak
RM5000 demi menyokong tercapainya hasrat Alumni dalam membawa bendera UniMAP ke
puncak tertinggi Asia Tenggara. Terakhir, Siri Jelajah CSR Alumni UniMAP 4.0: Misi Cuci-cuci
Masjid dari Perlis ke Johor adalah salah satu misi Corporate Social Responsibility (CSR) yang
dijalankan pada bulan Ramadhan 2016 dan telah berlangsung selama 4 hari, 3 malam. Barisan
Alumni yang menyertai program ini telah berjaya membersihkan satu masjid terpilih di setiap satu
negeri yang dijelajahi. Selain itu, misi ini turut bertujuan untuk mempromosikan UniMAP di setiap
lokasi yang disasarkan. Sebanyak 8 buah masjid kesemuanya dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang,
Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan akhirnya Johor telahpun Alumni UniMAP jelajah
dan bersihkan. Seramai 40 peserta telah mengikuti program ini. Istimewanya, program ini turut
disertai oleh YBhg. Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan.
Program ini telah berjaya membawa nama UniMAP supaya lebih dekat dengan masyarakat di
Semenanjung Malaysia.
Semoga Siri Jelajah Alumni UniMAP ini dapat diteruskan berdasarkan sambutan yang
menggalakkan dari kalangan bakal Alumni yang ingin sama menyertainya. Ini menggambarkan
Siri Jelajah Alumni UniMAP ini telah berjaya mendapat tempat di hati bakal-bakal Alumni yang
masih lagi sedang mengikuti pengajian di UniMAP untuk turut serta apabila telah bergraduat
kelak. Diharapkan agar aktiviti yang sebegini mampu mengeratkan lagi hubungan Alumni
UniMAP dengan alma mater demi memastikan nama universiti kekal harum dan mewangi.
ALUMNI UniMAP 2016 12
AlumNight 2016 Sireh Pulang ke Gagang
Oleh: Muhammad Khairy Md Naim
AHLI JAWATANKUASA AWAL
PERSATUAN ALUMNI UniMAP
SEBELUM BERDAFTAR DENGAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN
PERBINCANGAN PERTAMA
ALUMNI UniMAP DI ADTECH, TAIPING
UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN
PERSATUAN ALUMNI UniMAP PADA 18 APRIL 2009
Kronologi Dan Sejarah Kronologi Dan Sejarah Penubuhan Persatuan Alumni UniMAPPenubuhan Persatuan Alumni UniMAP
Kronologi Dan Sejarah Penubuhan Persatuan Alumni UniMAP
Oleh: Syed Akhmal Syed Jamalil
Kronologi Penubuhan Persatuan Alumni UniMAP
Sebelum Persatuan Alumni UniMAP berdaftar di bawah Registry of Societies (ROS)
secara sah, dua mesyuarat tahunan telah pun diadakan; iaitu mesyuarat yang pertamanya
pada tahun 2008 bertempat di Dewan Kapitol UniMAP dan mesyuarat yang kedua kalinya
ialah pada 13 Ogos 2009 bertempat di Auditorium, Dewan 2020 sebelum berlangsungnya
Istiadat Konvokesyen UniMAP kali ke-4. Berikut ialah kronologi berhubung tarikh peristiwa
penubuhan Persatuan Alumni UniMAP:
Ogos 2008 - Mesyuarat pertama semasa Istiadat Konvokesyen UniMAP kali ke-3
berlangsung di Dewan Kapitol UniMAP dengan menyaksikan Saudara Sarudin Rohseli
telah dilantik sebagai Pengerusi Penaja yang pertama.
13 Ogos 2009 – Mesyuarat kedua sempena Istiadat Konvokesyen UniMAP kali ke-4
berlangsung di Auditorium, Dewan 2020 dengan menyaksikan Saudara Sarudin Rohseli
telah dilantik semula untuk menyambung tugas sebagai Pengerusi Penaja.
30 Julai 2011 – Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Alumni UniMAP berlangsung buat
pertama kalinya di Hotel Seri Malaysia, Kangar setelah berdaftar dengan pada Mac 2011. Seramai 11 Alumni telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa Alumni yang ROS
pertama secara sah. Saudara Syed Akhmal Syed Jamalil Al-Attas pula telah dilantik sebagai Pengerusi bagi persatuan ini. Perlembagaan Persatuan Alumni UniMAP dipinda
untuk diadakan pemilihan pada setiap 3 tahun sekali. Walaubagaimanapun mesyuarat agung tetap diadakan pada setiap tahun.
2014 – Mesyuarat Agung Ketiga Persatuan Alumni UniMAP menyaksikan Saudara Syed Akhmal Syed Jamalil dalam pemilihan jawatankuasa bersama dengan barisan
kepimpinan yang lama masih meneruskan kepimpinan Persatuan Alumni UniMAP. Mesyuarat Agung Pemilihan akan dibuat dalam tempoh 3 tahun sekali. Mesyuarat Agung
pemilihan yang akan dijangka diadakan pada tahun 2017.
Sejarah Penubuhan Persatuan Alumni UniMAP
Sejarah penubuhan Persatuan Alumni UniMAP bermula pada tanggal 18 April 2009 (Sabtu)
bertempat di ADTECH, Kulim bersempena berlangsungnya Mesyuarat Pertama Persatuan
Alumni UniMAP yang dihadiri oleh beberapa org bekas pelajar UniMAP. Setelah tiga kali
Istiadat Konvokesyen UniMAP diadakan semenjak 2006 yang telah melahirkan sejumlah
Alumni, adalah merupakan langkah pertama bekas-bekas pelajar UniMAP untuk mula
membentuk Persatuan alumninya. Sebelum ini, Persatuan Alumni UniMAP pernah dicadang
untuk ditubuhkan dengan nama 'Kelab Alumni UniMAP'. Selama tiga tahun semenjak 2009,
Alumni UniMAP telah bergerak dengan menganjurkan aktiviti ceramah dan motivasi kepada
pelajar-pelajar di sekolah-sekolah terutamanya di Negeri Perlis walaupun tidak lagi berdaftar
secara rasmi pada ketika itu. Makanya pada 2010 di bawah pimpinan pengerusi penaja
Persatuan Alumni UniMAP pada masa itu iaitu Saudara Sahrudin Rohseli, Alumni-alumni
UniMAP ini mula menunjukkan perkembangan yang positif. Pada mesyuarat yang pertama ini,
Saudara Sahrudin Roseli telah menjemput ahli jawatankuasa penaja untuk berbincang tentang
draf cadangan Pelembagaan Persatuan Alumni uniMAP untuk didaftarkan di bawah Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Kementerian Dalam Negeri). Beberapa individu termasuk Saudara Syed Akhmal Syed Jamalil yang juga merupakan Pengerusi Persatuan
Alumni UniMAP yang pertamase telah berdaftar pada tahun 2011 turut hadir. Beberapa ketetapan telah dibuat di bawah peruntukan Undang-undang dan Peraturan-peraturan
Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan Pertubuhan 1984. Cadangannya semasa itu ialah dengan harapan Persatuan Alumni UniMAP mampu dikembangkan dengan penubuhan
koperasi dan syarikat pula. Ia selaras dengan harapan UniMAP yang mengharapkan bekas-bekas pelajarnya dapat menyumbang sesuatu kepada universiti dan juga
memberikan khidmat sosial kepada masyarakat melalui sumbangan Alumninya. Pada malam itu juga Saudara Sahrudin Roseli dan beberapa ahli jawatankuasa dengan
kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), UniMAP telah menganjurkan Majlis Makan Malam untuk para graduan di Kulim Golf & Country Resort. Seramai 50
graduan UniMAP yang kebanyakannya bekerja di Pulau Pinang telah hadir pada malam untuk menyokong usaha ini. En Razli Ahmad yang ketika itu sebagai Dekan di Jabatan
HEPA, UniMAP telah dijemput hadir dan memberikan ucapan tentang pembangunan Persatuan Alumni UniMAP. Turut hadir ialah Ustaz Mohd Shabudin Mohd Nor dan Dr. Mohd
Nuzaihan Mohd Nor selaku Penolong Pengetua Kolej Kediaman di UniMAP pada masa itu.
Senarai Pengerusi Persatuan Alumni UniMAP ialah:
1. Saudara Sahrudin Rohseli (2009 – 2011)
2. Saudara Syed Akhmal Syed Jamalil ( 2011 – Kini)
ALUMNI UniMAP 201607
Pada 24 Julai 2016 bersamaan hari Ahad, Persatuan Alumni UniMAP dengan Kerjasama Unit
Pembanggunan Alumni Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
telah menjayakan Majlis Anugerah Tokoh Alumni (AlumNight) 2016 – Sireh Pulang ke Gagang. Majlis
ini telah dihadiri seramai lebih 200 Alumni. Turut hadir ialah barisan Pengurusan Tertinggi Universiti
iaitu YBhg. Dato' Prof. Dr. Zul Azhar bin Zahid Jamal, Naib Canselor, UniMAP; YBhg. Prof. Madya Dr.
Mohd. Foad bin Sakdan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UniMAP beserta
Ketua-ketua Jabatan dari UniMAP. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Zul Azhar bin
Zahid Jamal selaku Naib Canselor yang kedua di UniMAP. Pelbagai amanat telah diberikan kepada
seluruh warga Alumni yang telah hadir pada malam yang bersejarah tersebut. Majlis ini telah diadakan
di Equatorial Hotel, Pulau Pinang dan telah mendapat penajaan daripada Bank Islam Berhad, Bank
Rakyat Berhad dan Syarikat Budaya Positif. Turut memberi penajaan juga adalah dari Alumni UniMAP
sendiri. Majlis ini adalah majlis yang kedua kalinya dilaksanakan setelah Majlis Anugerah Tokoh Alumni
UniMAP yang pertama diadakan pada tahun 2013, bertempat di Pulllman Hotel, Kuala Lumpur.
Objektif kepada majlis ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Alumni UniMAP dengan
alma mater. Selain itu, majlis yang sebegini mampu menjadi platform bagi mengumpulkan kesemua Alumni dalam bertukar-tukar pendapat di samping merancang pelbagai program yang dapat
mendatangkan manfaat kepada Alumni khususnya, dan juga kepada alma mater umumnya. Kepakaran Alumni amatlah diperlukan bagi membangunkan lagi UniMAP pada satu kedudukan yang
lebih baik setanding dengan institusi akademik antarabangsa lain. Pelancaran Kad Alumni UniMAP yang mempunyai fungsi 'touchNgo' turut dilaksanakan pada malam tersebut dalam usaha
untuk melahirkan identiti sebagai salah seorang Alumni dari UniMAP. Pelancaran logo I Care, You Care, We Care turut dirasmikan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Zul Azhar bin Zahid Jamal. Logo ini
sebenarnya begitu sinonim dengan pelbagai aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni UniMAP. Logo yang menekankan kepentingan nilai kemanusian dalam diri semua insan
tentang pergolakan dunia yang berlaku pada hari ini seharusnya kita sokong dan ambil peluang bagi menyalurkan sumbangan kepada masyarakat berdasarkan kemampuan yang Alumni miliki.
Bersempena dengan Majlis Alumnight 2016 ini juga, penganugerahan kepada tiga (3) tokoh iaitu tokoh akademik, tokoh keusahawanan dan tokoh industri turut disampaikan. Pemilihan anugerah
ini diberi berdasarkan kriteria penting termasuk kehebatan Alumni yang 'outstanding' dalam mencipta nama dalam bidang yang diceburi. Anugerah akademik dinobatkan oleh Prof. Madya Dr.
Mustafa Albakri Abdullah, manakala Anugerah Industri dan Anugerah Alumni Keusahawanan 2016 pula telah disandang kepada Encik Ahmad Faeiz Zulkifli dan Encik Mohd Reza Mohd Mohyin.
Istimewanya dalam Majlis AlumNight 2016 ini, Anugerah Tokoh Kepimpinan turut diberi kepada YBhg. Brig. Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin bin Hussin selaku mantan Naib Canselor di
UniMAP. Beliau kini meneruskan khidmat sebagai Penasihat YB. Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi dan dalam masa yang sama masih mencurahkan bakti sebagai Prof. Emeritus di
UniMAP. Ketokohan beliau dalam membangunkan UniMAP selama 14 tahun menjadikan UniMAP sebagai salah satu universiti yang berprestij dan telah membangun dengan begitu hebat.
Kejayaan demi kejayaan UniMAP telah ditempa dari hari ke hari. Majlis Anugerah Tokoh Alumni ini pastinya diteruskan pada tahun-tahun berikutnya demi memastikan lebih ramai Alumni yang
berada di dalam mahupun di luar negara dapat meluangkan masa dan bersama-sama menjadikan Persatuan Alumni UniMAP sebagai nadi pembangunan UniMAP.
ALUMNI-ALUMNI YANG HADIR PADA MAJLIS PERTAMA
ANJURAN JAWATANKUASA PERSATUAN ALUMNI UniMAP
PADA MASA ITU.
PERBINCANGAN PERTAMA
ALUMNI UniMAP DI ADTECH, TAIPING
UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN
PERSATUAN ALUMNI UniMAP PADA 18 APRIL 2009
ALUMNI UniMAP 2016 08
Nostalgia 20 Jun 2002
Oleh: Siti Salwa Mat Isa
Tokoh Alumni UniMAP
Oleh: Nurakmal Ramli
Shahrizal Denci 'Farming the Future'
Panggilan telefon dari Perlis pada tahun 2002 telah mengubah halatuju diriku. Tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang
kejuruteraan dari sebuah universiti yang begitu asing dan tidak dikenali telah menjadi titik tolak kepada kehidupanku kini.
Demi harapan ibu bapa dan masa depan diri, kugagahkan diri, kutetapkan hati, kulangkahkan jua kakiku ini ke Negeri Perlis
nun jauh di utara tanahair.
KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA (KUKUM)
Beberapa hari sebelum hari pendaftaran.
“Nama adik siapa? Awak dari mana?' sapa seorang wanita bernama Ruzalina. Aku pun terus memperkenalkan diri. Wanita
itu menyambung lagi, “Sekejap ya, saya panggilkan Rektor”. Beberapa minit kemudian, seorang lelaki berbaju sukan
datang menghampiri kami. “Assalamualaikum, selamat datang. Saya Kamaruddin”. Kami berbual sebentar. “Sekejap ya,
saya panggilkan Dekan. Zul, first student you ni dah datang”. Datang pula lelaki yang baru sahaja menyusun pasu di
bangunan berhadapan kami. “Sungguh merendah diri mereka ini. Lelaki berstatus Rektor dan Dekan turun padang
menyinsing lengan berganding bahu menyiapkan universiti untuk para pelajar yang akan datang tidak beberapa hari lagi”,
detik hatiku. Jadi, bangunan bernama Yayasan Pok dan Kassim di Kubang Gajah inilah yang akan menjadi bangunan
utama sepanjang 4 tahun aku dan rakan-rakan menuntut ilmu. Perasaanku bercampur baur. Gembira, risau, tertanya-
tanya, semuanya ada. Tetapi aku berazam peluang yang diberikan ini tidak akan sekali-kali disia-siakan.
Sebagai batch pertama KUKUM yang seramai 111 orang ini, prasarana yang disediakan buat kami sangat selesa walaupun
dalam serba kekurangan tidak seperti universiti-universiti yang lain. Masih kami ingat, pada mulanya hanya dengan satu
dewan kuliah, kontena yang diubahsuai menjadi bilik pensyarah, dua buah makmal utama di Kampus Kubang Gajah,
kemudahan-kemudahan lain seperti bas, alatan makmal yang canggih dan terkini serta kolej kediaman (Kolej Kediaman A
(KKA), Taman Aman, Kangar) yang sangat selesa dan lengkap telah disediakan oleh pihak universiti. Selain itu, sistem
hands on yang diamalkan ketika itu menjadi kelebihan buat kami. Sistem ini sangat membantu kami untuk lebih memahami
teori yang disampaikan oleh pensyarah, sekaligus membina dan meningkatkan keyakinan diri kami dalam mengendalikan
peralatan makmal. Diperkukuhkan lagi dengan silibus yang memenuhi kehendak industri, tenaga pengajar yang juga terdiri
daripada pensyarah dan jurutera pengajar yang mahir dan berpengalaman. Kami juga berkesempatan untuk menimba ilmu
daripada Yang Berbahagia Rektor dan Pendaftar dalam beberapa subjek.
Selama 4 tahun kami di KUKUM, terlalu banyak program universiti yang melibatkan para pelajar dan staf menyebabkan
hubungan antara kami sentiasa segar dan mekar. Program jalan kaki 10 km, Sambutan Hari Raya bersama penduduk
setempat di KKA, lawatan ke industri, Jamuan Hari Raya dari Perlis ke Kuala Lumpur menaiki bas dan lain-lain masih segar
di ingatan dan tidak dapat dilupakan. Program-program ini jugalah yang memupuk sifat kepimpinan, cara kerja
berkumpulan, kemahiran keusahawan dan sifat positif yang lain. Pengalaman yang ditimba selama 4 tahun inilah yang
menjadi tunjang kelebihan pelajar KUKUM sehingga kami berjaya kini dalam bidang yang kami ceburi. Kekurangan dan
cabaran yang kami hadapi sepanjang menuntut ilmu mematangkan diri kami dari segi mental, fizikal dan spiritual dalam
memenuhi cabaran mendatang.
Tahun 2016, genap 10 tahun kami pelajar pertama KUKUM seramai 111 orang telah bergraduat. Kini, kami bangga untuk
mengatakan yang kami kini Pensyarah Universiti, kami kini Pengurus dan Jurutera Kanan di syarikat-syarikat multi-
nasional, kami kini usahawan berjaya hasil dari didikan di KUKUM. Kami jadi hebat kerana didikanmu. Kami berkeyakinan
tinggi hasil pengalaman bersamamu. Kami menjadi luar biasa hasil dari asuhanmu.
Terima kasih KUKUM sebagai tempat kami menimba ilmu dan pengalaman. Terima kasih semua pensyarah KUKUM yang
telah bersusah payah memberikan ilmu dan pedoman kepada kami sepanjang kami bergelar pelajar. Terima kasih semua
staf pentadbiran dan sokongan KUKUM yang komited dalam menyediakan suasana dan persekitaran pembelajaran yang
sangat kondusif. Kini KUKUM dikenali dengan nama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Banyak kejayaan telah dilakar
dan dicipta. Walaupun KUKUM kini hanya tinggal kenangan, kami percaya UniMAP akan terus gemilang dan terbilang
sebagai gedung ilmu yang terkemuka di Malaysia dan dunia.
D&H Plantation merupakan sebuah syarikat berasaskan Industri Asas Tani yang berpusat
di kampung Mesilou, Kundasang, Ranau. Menariknya disini, syarikat ini merupakan
kepunyaan anak orang tempatan dan anak muda yang berwawasan tinggi iaitu Shahrizal
Bin Denci. Beliau telah dilahirkan pada 5 Disember 1982 di Kota Kinabalu, Sabah dan
merupakan anak sulung dengan berlatar belakangkan keluarga yang membangunkan
sektor pertanian. Anak muda ini merupakan graduan batch yang pertama ambilan
KUKUM daripada bidang Kejuruteraan Komputer pada tahun 2002. Pengajian selama 4
tahun di KUKUM atau UniMAP (kini) dapat disempurnakan dengan jayanya pada tahun
2006 iaitu bersempena dengan Istiadat Konvokesyen yang pertama KUKUM pada ketika
itu, dan kemudian bermulalah cita-cita beliau untuk mengembangkan kerjayanya dengan
bidang yang telah dipelajari selama 4 tahun berada di bumi UniMAP.
Sehari selepas bergraduasi, beliau telah mendapat tawaran untuk bekerja di Infineon
Technologies Sdn Bhd yang terletak di Kulim sebagai Jurutera Perisian. Selepas 3 tahun
bekerja di industri, beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan pulang ke
kampung halaman beliau di Ranau. Ini merupakan satu titik mula yang mana beliau
merasakan bahawa beliau harus menyumbangkan sesuatu kepada komuniti di kampung
beliau. Beliau sedar betapa besarnya potensi industri asas tani di Kundasang. Di sinilah
tercetusnya idea untuk membangunkan tanah-tanah yang kosong berskala kecil bagi
projek membekalkan sayuran tanah tinggi seperti kubis, brokoli, caullie flower, capsicum,
tomato dan sebagainya. Baginya, ia merupakan satu bidang yang harus diambil peluang
kerana ia berupaya menjana pulangan yang lumayan pada diri sendiri, malah turut dapat
membantu komuniti tempatan dalam mendapat peluang pekerjaan beserta pulangan hasil
daripada tanah yang mereka sendiri usahakan.
ALUMNI UniMAP 201611
Penat lelah beliau dalam bidang ini selama 4 tahun akhirnya telah
membawa hasil yang berbaloi apabila beliau dianugerahkan Best
Farmer oleh MAHA 2014 di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Seterusnya, beliau telah mewujudkan satu gerakan anak muda yang
dipanggil Agro Youth Movement. Ia merupakan satu gerakan yang
mengumpul para belia yang berminat dalam bidang pertanian untuk
bekerjasama dengan D&H Plantation. Melalui kempen ini beberapa
usahawan tani dan bakat-bakat tempatan dalam bidang pertanian dapat
dilahirkan. Secara langsung ini membantu produktiviti D&H Plantation
dalam penghasilan produk-produk pertanian yang bermutu tinggi.
Pada hari ini, D&H Plantation merupakan pembekal sayur-sayuran segar
kepada seluruh cawangan KFC (Sabah) Sdn. Bhd. dan beberapa
hypermarket di sekitar Kota Kinabalu. Pelbagai usaha lain juga dilakukan
oleh beliau dalam usaha membangunkan sektor pertanian di daerah
Ranau amnya. Semoga segala usaha dan motivasi daripada beliau
dalam penulisan ringkas ini sedikit sebanyak memberikan kita satu
perspektif berguna khususnya kepada generasi Z kini dalam
mengharungi cabaran yang lebih getir pada masa hadapan. Semoga
semangat dan usaha membangunkan komuniti setempat yang diimpikan
oleh beliau dapat membuahkan kejayaan berterusan pada masa akan
datang.
ALUMNI UniMAP 2016 10
Alumni Di Persada Antarabangsa
Oleh: Dr. Farah Farhana Zainal
Ahmad Ashraf Abdul Halim
Nama: Prof. Dr. Sutikno Madnasri
Asal: B anjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia
Tarikh Lahir: 20 November 1974
Email: sutiknomadnasri@gmail.unnes.as.id
Pendidikan:
PhD. (Microelectronic Engineering), UniMAP (2008).
PhD. (Mechanical Engineering), Czech Technology University in Prague (2003).
MEng. (Materials Sciences & Engineering), Institute of Technology Bandung, Indonesia (2002).
BSc. (Nuclear Engineering), Gadjah Mada University, Indonesia (1998).
Profession:
Professor, di Semarang State University, Indonesia.
Nama: Aaron Selvam A/L Thangamany
Asal: I poh, Perak
Tarikh Lahir: 7 Oktober 1984 (anak ketiga dari 4 beradik)
Email: aaron_selvam@yahoo.com
Pendidikan:
BEng. (Electronic Engineering), UniMAP, 2008.
Profession:
Jurutera Bio Perubatan, Humedical (Singapore) PTE. LMT., Singapura
Nama: Norfadhilah Ibrahim
Asal: T anah Merah, Kelantan.
Tarikh Lahir: 23 Disember 1985 (anak kedua dari 7 beradik)
Email: nfadhilah@umk.edu.my
Pendidikan:
Pelajar PhD, Materials Science and Engineering, Universiti of Sheffield, UK (2014-Kini).
MEng. (Materials Engineering), USM, 2013.
BEng. (Materials Engineering), UniMAP, 2006-2009.
Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Bharu, Kelantan, 2003-2006.
Profession:
Pensyarah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Nama: Mohd Natashah Norizan (SMIEEE, MIET)
Asal: I poh, Perak
Tarikh Lahir: 20 September 1985 (anak pertama dari 3 beradik)
Email: mohdnatashah.binnorizan.my@ieee.org
Pendidikan:
Pelajar PhD, Nuclear Science and Energy Engineering, Osaka University, Japan (2016-Kini).
M.Sc (Microelectronics), UKM (2009-2011).
B.Eng (Electronic Engineering), UniMAP (2004-2008).
Profession:
Pensyarah, Universiti Malaysia Perlis (2011-Kini).
Felo SLAB, Universiti Malaysia Perlis (2009-2011).
Eksekutif Sokongan Teknikal, Telekom Malaysia Applied Business Sdn. Bhd. (2008-2009).
Nama: Shehabaddin Galal Hael Ghilan
Asal: Y emen
Tarikh Lahir: 1 Disember 1992 (anak pertama dari 6 beradik)
Email: shehabaddin.ghildan@gmail.com
Pendidikan:
Pelajar MSc. (Mechatronic Engineering), UniMAP (2016-Kini).
B.Eng (Mechatronics Engineering), UniMAP (2011-2015).
Diploma in English Language (Languange and Literature), Valuepoint Academy @
Cambridge University Press, India (2009-2010).
Profession:
Technical Trainer, Rawabi Holding Group, Kingdom of Saudi Arabia
Nama: Shahboz Babaev
Asal: U zbekistan
Tarikh Lahir: 27 Ogos 1992 (anak pertama dari 3 beradik)
Email: shahboz.babaev@gmail.com
Pendidikan:
Pelajar PhD. Of Business, Athlone Institute of Technology (AIT), Athlone, Ireland (2016-Kini).
Masters of Business, Athlone Institute of Technology (AIT), Athlone, Ireland (2015-2016).
BSc. (International Business), UniMAP (2011-2014).
Profession:
Digital Marketing Executive, Saigon Silk Quality Handcrafted Products, Athlone, (Jan 2016-Kini)
Pengusaha dan Pengurus, University Campus Fast Food House, Malaysia (2012 – 2014)
Nama: Maksudjon Khujaev
Asal: U zbekistan
Tarikh Lahir: 4 November 1993 (anak kedua dari 2 beradik)
Email: m.khodjaev@gmail.com
Pendidikan:
Masters of International Business, Marmara University, Istanbul, (2015-Kini).
BSc. (International Business), UniMAP (2012-2015).
ALUMNI UniMAP 201609