Fizik Kertas 2 Bahagian c

Post on 14-Dec-2015

746 views 22 download

description

Radioaktif

Transcript of Fizik Kertas 2 Bahagian c

PAHANG

12. Rajah 12.1 menunjukkan bagaimana satu sistem digunakan disebuah kilang untuk memastikan ketebalan kertas adalah seragam. Sistem ini menggunakan radioisotop sebagai sumber radioaktif.

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan radioisotope? [1 markah]

(ii) Berdasarkan rajah 12.1, terangkan bagaimana sistem ini dapat digunakan untuk memastikan ketebalan kertas adalah seragam? [4 markah]

Anda dikehendaki menyiasat ciri-ciri bahagian dalam reaktor nuclear seperti yang ditinjukkan dalam Jadual 12.

Terangkan kesesuaian ciri setiap bahagian dalam reaktor nuclear itu yang dapat menghasilkan tenaga nuclear yang terkawal dan selamat.Tentukan reaktor yang paling sesuai untuk digunakan..Berikan sebab-sebab bagi pilihan anda. [10 markah]

(c) Satu tindakbalas nuklear diwakili oleh persamaan berikut:

Cacat jisim yang dihasilkan dalam tindak balas adalah 0.19585 u[1 u = 1.66 X 10-27 kg].

Hitungkan,(i) Tenaga yang dibebaskan(ii) Kuasa yang dijanakan dalam 5 s [5 markah]

P.PINANG

10. Rajah 10. 1 dan Rajah 10.2 menunjukkan graf reputan bagi dua sumber radioaktif yang berlainan

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan separuh hayat? [ 1 markah]

(b) Menggunakan Rajah 10. 1 dan Rajah 10. 2, bandingkan aktiviti awal sumber-sumber itu, serta masa untuk aktiviti menjadi separuh dan kadar penyusutan radioaktif-radioaktif itu.

[3 markah] (c) Nyatakan hubungan antara:

(i) Kadar penyusutan radioaktif dan seta masa untuk radioaktif menjadi separuh. (ii) Separuh hayat dan kadar penyusutan radioaktif.

[2 markah](d) Thorium-230 mereput kepada Radium (Ra) dengan memancarkan satu zarah alfa.

(i) Tuliskan persamaan nuklear bagi pereputan alfa bagi [2 markah]

(ii) Apakah yang berlaku kepada nombor proton dan nombor neutron selepas proses penyusutan.

[2 markah]

(e) Rajah 10.3 menunjukkan bahan radioaktif dikendalikan oleh seorang lelaki. Cadang dan terangkan; (i) Peralatan yang perlu digunakan dalam mengendalikan bahan radioaktif (ii) Pengubahsuaian cara penyimpanan untuk memastikan penyimpanan sumber radioaktif adalah selamat. (iii) Langkah berjag-jaga lain yang perlu diambil semasa mengendalikan sumber radioaktif

[10 markah]