fonologi2-131116061003-phpapp02

Post on 21-Dec-2015

253 views 0 download

description

cfvdfvdfvdvdfxbdxfbdfxcbvdxfvdfgrgdfesrdfvedrsfgvedrgererdfefresrfeerge

Transcript of fonologi2-131116061003-phpapp02

PENGGOLONGAN BUNYI BAHASA MELAYU

Bunyi bahasa Melayu dapat digolongkankepada vokal, konsonan dan diftong

BUNYI VOKAL – bunyi bahasa yang bersuara iaitu ketika

membunyikannya pita suara digetarkan Udara keluar dari paru-paru melalui rongga

tekak dan rongga mulut tanpa sebaranggangguan atau sekatan

Dalam BM terdapat 6 vokal asli (3 vokaldepan, 1 vokal tengah dan 2 vokal belakang)

KERATAN RENTAS LIDAH (CARTA VOKAL)

Depan Tengah Belakang

Sempit [i]

Separuh Sempit[e]

Separuh luas

Luas [a]

Sempit [u]

Separuh Sempit[o]

Bibir terhampar Bibir bundar

[ə]

Kata DEPAN, TENGAH, BELAKANGbermaksud bahagian lidah iaitu depanlidah, tengah lidah dan belakang lidah.

Istilah sempit, separuh sempit, separuhluas dan luas pula bermaksud keadaanrongga mulut.

Garis melintang pula menggambarkanketinggian lidah

VOKAL

VOKAL LAMBANG NAMA VOKAL

Vokaldepan

[i][e][a]

Vokal depan sempitVokal depan separuh sempitVokal depan luas

Vokaltengah

[ə] Vokal tengah

Vokalbelakang

[u][o]

Vokal belakang sempitVokal belakang separuh sempit

Dalam Sistem Ejaan Baharu BM, bunyi vokal depanseparuh sempit [e] dan vokal tengah [ə]dilambangkan oleh huruf yang sama iaitu e

Vokal depan separuh sempit dikenal sebagai etaling (ekor, sembang)

Vokal tengah disebut e pepet (emak, pekan) Vokal i, a dan u hadir di awal, tengah dan akhir

kata Vokal e taling , e pepet dan o hadir di awal dan

tangah kata asli BM Vokal e taling, e pepet dan o hanya hadir di akhir

kata pinjaman yang bersuku kata akhir terbuka –tauke, nasionalisme, logo

BUNYI KONSONAN BAHASA MELAYU

Bunyi konsonan ialah bunyi selain bunyi vokal Konsonan boleh terdiri daripada bunyi bersuara

dan bunyi tak bersuara Semasa menghasilkan bunyi konsonan, udara dari

paru-paru menerima sekatan atau gangguanudara

Bunyi konsonan BM dapat dibahagikan kepadakonsonan asli dan konsonan pinjaman

Carasebutan

Daerah sebutan

Bibir Gigi-gusi

Lelangitkeras

Lelangitlembut

Glotis

Letupan p, b t, d k, g k(?)

Letusan c[č], j[ǰ]

Geseran s h

Getaran r

Sengauan m n /ny/[ɲ] /ng/[ŋ]

Sisian l

½ vokal w y

Konsonan pinjaman bahasa Melayu:- geseran bibir-gigi tak bersuara [f]- geseran bibir-gigi bersuara [v]- geseran gigi tak bersuara [θ] - th

- geseran gigi bersuara [ð]- dh- geseran gigi-gusi bersuara [z]- geseran lelangit keras tak bersuara [š]- sy- geseran lelangit lembut tak bersuara [x] - kh

- geseran lelangit lembut bersuara [ ᴽ ]- gh

BUNYI DIFTONG BAHASA MELAYU

Percantuman dua bunyi vokal yang dikeluarkandengan satu hembusan nafas

Bersifat satu suku kata dan mempunyai satupuncak kelantangan kerana berlaku geluncurandari satu vokal ke vokal yang mengikutinya

Diftong mesti dibezakan daripada vokal rangkap .Contoh vokal rangkap ialah pada perkataan kain.Vokal a dan i merupakan vokal penuh dan kata ituterdiri daripada dua suku kata iaitu ka dan in

Tiga bunyi diftong dalam Bahasa Melayu iaitu [ai],[au] dan [oi]

Contoh perkataan yang mengandungi diftong ialahaising, hairan, pandai (ai)

Aurat, saudara, kerbau (au) Boikot, amboi (oi)

Untuk mengeluarkan bunyi bahasa, alat-alat sebutanyang terlibat perlu difahami. Berikut ialah rajah yangmenunjukkan alat-alat sebutan

CARA MENGELUARKAN BUNYI BAHASA

Alat- alat sebutan dapat dibahagikan kepada duajenis :i. Alat artikulasi (artikulator) – alat yang dapat

digerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan dibeberapa kedudukan. Cthnya. Hujung lidah, bibir

ii. Daerah artikulasi (titik artikulasi) – tempat-tempat tetap yang terletak di sebelah atas alat-alatartikulasi dan dapat dicapai oleh alat-alat tersebut.Misalnya gigi atas, gusi dan lelangit keras Cara menghasilkan bunyi bahasa Melayu terbahagi

kepada :i. cara mengeluarkan bunyi vokal asliii. Cara mengeluarkan bunyi konsonan asliiii. Cara mengeluarkan bunyi konsonan pinjamaniv. Cara mengeluarkan bunyi diftong

Cara Mengeluarkan Bunyi Vokal Asli

Vokaldepansempit[i]

• Depan lidah diangkatsetinggi-tingginya

• Lelangit lembut terangkatrapat ke belakang tekakmenutup rongga hidung

• Udara kelaur tanpa sekatan• Pita suara bergetar• Bibir terhampar

[ikat], [iras][bisu], [ciku][basi], [pasti]

Vokaldepanseparuhsempit[e]

• Depan lidah diturunkansatu pertiga

• Lelangit lembut terangkatrapat ke belakang tekakmenutup rongga hidung

• Udara keluar tanpa sekatan• Pita suara bergetar• Bibir terhampar

[ejen], [ela][besen], [herot][merah], [kole]

Vokaldepanluas[a]

• Depan lidah diturunkanserendah-rendahnya

• Lelangit lembut terangkatrapat ke belakang tekakmenutup rongga hidung

• Udara keluar tanpa sekatan• Pita suara bergetar• Bibir terhampar

[adu], [ampuh][basuh], [busana][halwa], [darat]

Vokalbelakangsempit[u]

• Belakang lidah diangkattinggi ke arah lelangitlembut tetapi tidakmenyentuhnya

• Lelangit lembut terangkatrapat ke belakang tekakmenutup rongga hidung

• Udara keluar tanpa sekatan• Pita suara bergetar• Bibir bundar

[ubah], [umpat][busut], [kupas][garpu], [kəliru]

Vokalbelakangseparuhsempit[o]

• Belakang lidah diturunkansatu pertiga

• Lelangit lembut terangkatrapat ke belakang tekakmenutup rongga hidung

• Udara keluar tanpa sekatan• Pita suara bergetar• Bibir bundar

[olak], [omboh][ozon], [bora?][koko], [cole?]

Vokaltengah[ə]

• Puncak tengah lidahterletak di antarakedudukan untukmengeluarkan vokalseparuh luas dan vokalseparuh sempit

• Lelangit lembut terangkatrapat ke belakang tekakmenutup rongga hidung

• Udara keluar tanpa sekatan• Pita suara bergetar• Bibir biasa

[əmas], [ənam][cəkal], [gəlang][idealismə][kronismə]

Letupandua bibirtakbersuara[p]

• Dua bibir ditemukan danlelangit lembut dinaikkanrapat ke belakang ronggatekak

• Udara dari paru-parumelalui rongga mulut dandibiarkan tersekat di bahagian belakang rapatandua bibir itu

• Sekatan udara itudilepaskan dengan serta-merta

• Pita suara tidak bergetar

[pasu] [pəram][hampas] [topeng][malap] [sirip]

CARA-CARA MENGELUARKAN BUNYI KONSONAN ASLI

Letupandua bibirbersuara[b]

• Dua bibir ditemukan danlelangit lembut dinaikkanrapat ke belakang ronggatekak

• Udara dari paru-parumelalui rongga mulut dandibiarkan tersekat di bahagian belakang rapatandua bibir itu

• Sekatan udara itudilepaskan dengan serta-merta

• Pita suara bergetar

[batu] [bingkai][imbas] [timbun][kutub] [kiub]

Letupangigi-gusitakbersuara[t]

• Hujung lidah ditemukan kegigi-gusi dan lelangitlembut dinaikkan rapat kebelakang rongga tekak

• Udara dari paru-parumelalui rongga mulut dandibiarkan tersekat di bahagian belakangpertemuan hujung lidahdengan gigi-gusi

• Sekatan udara itudilepaskan dengan serta-merta

• Pita suara tidak bergetar

[tarah] [timba][latah] [gitar][lompat] [solat]

Letupangigi-gusibersuara[d]

• Hujung lidah ditemukan kegigi-gusi dan lelangitlembut dinaikkan rapat kebelakang rongga tekak

• Udara dari paru-parumelalui rongga mulut dandibiarkan tersekat di bahagian belakangpertemuan antara hujunglidah dengan gigi-gusi

• Sekatan udara itudilepaskan dengan serta-merta

• Pita suara bergetar

[dasar] [dosa][adab] [hidap][abad] [zuhud]

LetupanLelangitlembuttakbersuara[k]

• Lelangit lembut dinaikkanrapat ke belakang ronggatekak

• Belakang lidah dinaikkanke lelangit lembut dandibiarkan tersekat di bahagian pertemuanbelakang lidah denganlelangit lembut

• Sekatan udara dilepaskandengan serta-merta

• Pita suara tidak bergetar

[karat] [kilat][angkat] [bakat][antik] [klinik]

LetupanLelangitlembutbersuara[g]

• Lelangit lembut dinaikkanrapat ke belakang ronggatekak

• Belakang lidah dinaikkanke lelangit lembut dandibiarkan tersekat di bahagian pertemuanbelakang lidah denganlelangit lembut

• Sekatan udara dilepaskandengan serta-merta

• Pita suara bergetar

[gari] [guruh][bagasi] [logam][beg] [dialog]

Hentianglotis [?]

• Pita suara dirapatkanserapat-rapatnya danlelangit lembut dinaikkanrapat ke belakang ronggatekak

• Udara dikeluarkan dariparu-paru dan dibiarkantersekat di bahagianbelakang rapatan pita suara itu

• Sekatan udara dilepaskandengan serta-merta

• Pita suara tidak bergetar

[mu?min] [ta?wil][adi?] [bili?][soro?]

Letusanlelangitkeras takbersuara[č]

• Depan lidah ditemukanpada daerah lelangit kerasdan lelangit lembutdinaikkan rapat kebelakang rongga tekak

• Udara dikeluarkan dariparu-paru melalui ronggamulut dan dibiarkantersekat di bahagianpertemuan di antara depanlidah dan lelangit keras

• Sekatan udara dilepaskanperlahan-lahan

• Pita suara tidak bergetar

[čapai] [čukur][ačuh] [pečah][koč] [Mač]

Letusanlelangitkerasbersuara[ǰ]

• Depan lidah ditemukanpada daerah lelangit kerasdan lelangit lembutdinaikkan rapat kebelakang rongga tekak

• Udara dikeluarkan dariparu-paru melalui ronggamulut dan dibiarkantersekat di bahagianpertemuan di antara depanlidah dan lelangit keras

• Sekatan udara dilepaskanperlahan-lahan

• Pita suara bergetar

[ǰasa] [ǰohan][baǰa] [manǰa][garaǰ] [pakeǰ]

Geserangigi-gusitakbersuara[s]

• Daun lidah didekatkan kedaerah gigi-gusi supayadapat membuat sempitanudara keluar

• Lelangit lembut dinaikkanrapat ke belakang ronggatekak

• Udara dikeluarkan dariparu-paru dibiarkanbergeser di daerah gigi-gusi yang membuatsempitan dengan daunlidah itu

• Pita suara tidak bergetar

[salin] [sopan][asah] [hasut][kalis] [waras]

Geseranglotis takbersuara[h]

• Lelangit lembut dinaikkanrapat ke belakang ronggatekak

• Pita suara direnggangkanluas dan udara keluar dariparu-paru dengan bebasmelalui glotis yang terbukaitu seperti keadaan biasaketika bernafas

[hapus] [huruf][bahan] [dahi][alah] [dalih]

Getarangigi-gusibersuara[r]

• Hujung lidah dikenakan kegigi-gusi dan lelangitlembut dinaikkan rapat kebelakang rongga tekak

• Udara dari paru-parumelalui rongga mulut danmenggetarkan hujung lidahke gigi-gusi

• Pita suara digetarkan

[rajin] [rela][bara] [cari][lebar] [zuhur]

Sengauandua bibirbersuara[m]

• Bibir bawah dirapatkan kebibir atas

• Lelangit lembut dalamkeadaan biasa dan tidakdinaikkan rapat kebelakang rongga tekak

• Udara yang dikeluarkandari paru-paru terusmelalui rongga hidung

• Pita suara digetarkan

[mari] [musuh][laman] [damar][dehem] [pitam]

SENGAUAN (NASAL) IALH BUNYI YANG TERHASIL APABILA LELANGIT LEMBUT DIRENDAHKAN DAN UDARA KELUAR MELALUI RONGGA HIDUNG

Sengauangigi-gusibersuara[n]

• Hujung lidah dirapatkankegigi-gusi

• Lelangit lembut dalamkeadaan biasa dan tidakdinaikkan rapat kebelakang rongga tekak

• Udara yang dikeluarkandari paru-paru terusmelalui rongga hidung

• Pita suara digetarkan

[naga] [nilam][bunuh] [manis][awan] [turun]

Sengauanlelangitkerasbersuara[ɲ]

• Depan lidah dirapatkan kelelangit keras

• Lelangit lembut dalamkeadaan biasa dan tidakdinaikkan rapat kebelakang rongga tekak

• Udara yang dikeluarkandari paru-paru terusmelalui rongga hidung

• Pita suara digetarkan

[ɲawa] [ɲaris][puɲya] [suɲi]

Sengauanlelangitlembutbersuara[ŋ]

• Belakang lidah dinaikkanrapat ke lelangit lembut

• Lelangit lembut dalamkeadaan biasa dan tidakdinaikkan rapat kebelakang rongga tekak

• Udara yang dikeluarkandari paru-paru terusmelalui rongga hidung

• Pita suara digetarkan

[ŋaŋa] [ŋilu][buŋa] [suŋai][abaŋ]

[wayaŋ]

Sisiangigi-gusibersuara[l]

• Hujung lidah dikenakan kebahagian tengah gigi-gusi

• Lelangit lembut dinaikkanrapat ke belakang ronggatekak

• Udara dikeluarkan dari –paru-paru melalui ronggamulut tetapi hanya daptkeluar melalui tepian lidah

• Pita suara digetarkan

[lahir] [leka][kalih] [zalim][bakal][nakal]

Separuhvokal duabibirbersuara[w]

• Bibir dibundarkan danbelakang lidah dinaikkanke arah lelangit lembut

• Lelangit lembut itu sendiriterangkat ke bahagianbelakang rongga tekak

• Pita suara digetarkansambil lidah bergerakdengan pantas kekedudukan untukmengeluarkan vokaltengah

[wali] [wilayah][bawah] [sawit][takraw]

[straw]

Bunyi terhasil apabila artikulator yang terlibat membuat geluncuran dan penujuan dari satu vokal ke arah vokal yang mengikutinya

Separuhvokallelangitkerasbersuara[y]

• Depan lidah diangkat tinggike arah lelangit kerasdengan bibir dihamparkan

• Lelangit lembut itu sendiriterangkat ke bahagianbelakang rongga tekak

• Pita suara digetarkansambil lidah bergerakdengan pantas kekedudukan untukmengeluarkan vokaltengah

[yakin] [yatim][bayar] [payah]

CARA-CARA MENGELUARKAN BUNYI DIFTONG

• Fonem berperanan sbg satu fonem dan dilambangkan oleh 2 lambang vokal iaitu [ai], [au], dan [oi]

• Utk menghasilkan bunyi diftong, berlaku geluncuran bunyi, iaitu dari vokal yang mendahului ke vokal yang mengikutinya.

Depan Tengah Belakang

Sempit [i]

Separuh Sempit[e]

Luas [a]

Sempit [u]

Separuh Sempit[o][ə]

[ai][au]

[oi]

Anak panah menunjukkan

arah geluncuran pergerakan lidah dari kedudukan vokal ke vokal

yang lainKedudukan diftong dalam bahasa Melayu

Diftong Cara Membunyikannya Contoh

[ai] • Dimulai dengan vokal depan luaslalu digeluncurkan ke arah vokaldepan sempit

• Keadaan bibir daripada biasamenjadi terhampar

[aikido], [aising][hairan], [šaitan][lərai], [abai]

[au] • Dimulai dengan vokal depan luasdan digeluncurkan ke arah vokalbelakang sempit

• Keadaan bibir daripada keadaanbiasa menjadi bundar

[aura], [aurat][daulat], [maulana][lampau], [pantau]

[oi] • Dimulai dengan vokal belakangseparuh sempir laludigeluncurkan ke arah vokaldepan sempit

• Keadaan bibir daripada bundarmenjadi terhampar

[boikot][amboi], [baloi]