Post on 06-Aug-2019
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
1 | 55
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM
(EKSA)
PEJABAT JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
VERSI 1/2017
Disediakan Oleh:
JAWATANKUASA PEMANDU EKSA, JURUTERA DAERAH KUALA
TERENGGANU
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
2 | 55
NO KANDUNGAN
1 Tujuan
2 Pengenalan EKSA
3 Penjenamaan Semula Amalan 5S Sektor Awam
4
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
Prinsip Amalan 5S
Sisih
Susun
Sapu
Seragam
Sentiasa Amal
5
5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
Prinsip Pelaksanaan EKSA
Imej Koperat
Kreativiti dan Inovasi
Amalan Hijau
Persekitaran Konduksif
Kepelbagaian Agensi
6
6.1
6.2
6.3
6.4
6.5
6.6
Pelaksanaan EKSA di JKR DAERAH KUALA TERENGGANU
Dasar EKSA
Objektif EKSA
Logo EKSA
Penubuhan Jawatankuasa
Pengwujudan Zon EKSA
Keperluan Zon EKSA
7 Tindakan Pelaksanaan EKSA
8 Keperluan Sudut EKSA
9 Keperluan Fail Induk, Audit, Latihan, Promosi dan Zon
10 Ruang Pejabat
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
3 | 55
11 Ruang Kerja/Bilik Pegawai
12 Bahagian Pengeluaran
13 Stor ( PP Bil. 5/2009- TPS)
14 Tempat Umum
15 Kawasan Persekitaran Jabatan
16 Keselamatan Persekitaran
17 Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi
18 Amalan Hijau
19 Penutup
20 Lampiran
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
4 | 55
1. TUJUAN
Panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada semua warga dan zon Ekosistem
Kondusif Sektor Awam (EKSA) di JKR DAERAH KUALA TERENGGANU dalam
melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Melalui panduan ini,
diperjelaskan konsep EKSA, elemen-elemen baharu yang diperkenalkan oleh pihak
MAMPU dan kaedah pelaksanaan EKSA di JKR DAERAH KUALA TERENGGANU
Sebagai tambahan panduan ini adalah sebagai piawaian tindakan kebersihan,
kekemasan dan keselamatan secara minima sahaja namun pemakaiannya adalah
tertakluk kepada kesesuaian di peringkat zon.
EKSA sebagai kesinambungan dari Amalan 5S haruslah dilihat sebagai satu program
yang menggalakkan semua zon di JKR DAERAH KUALA TERENGGANU agar lebih
kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai dan
mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan. Melalui
panduan ini diharapkan dapat memantapkan lagi pengurusan persekitaran pejabat
sehingga semua warga di JKR DAERAH KUALATERENGGANU dapat bekerja dalam
persekitaran tempat kerja yang sistematik, selesa dan kondusif.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
5 | 55
2. PENGENALAN EKSA
Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014
sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam oleh pihak MAMPU
dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja
yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor
awam. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan
perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing
organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam
kalangan warga JKR DAERAH KUALA TERENGGANU.
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang
ditambahbaik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan
bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya
menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pengwujudan
persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah
lima elemen baharu, iaitu:
• Imej korporat;
• Kreativiti dan Inovasi;
• Amalan Hijau;
• Persekitaran Kondusif; dan
• Kepelbagaian Agensi.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
6 | 55
Objektif utama penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam kepada EKSA
adalah untuk membolehkan :
Meningkatkan Imej Korporat.
Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan .
Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau .
Memperluaskan pelaksanaan di agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif .
Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan
kepelbagaian agensi kerajaan .
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
7 | 55
3. PENJENAMAAN SEMULA AMALAN 5S SEKTOR AWAM
MAMPU telah memperkenalkan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010 melalui
Panduan Amalan 5S Sektor Awam. Amalan 5S merupakan istilah asal dalam Bahasa
Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu akan membawa maksud seperti di
bawah :-
SISIH
Merupakan pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja
SUSUN
Peralatan disusun dengan teratur, kemas, berkesan, selamat dan mudah dicapai.
SAPU
Untuk memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih daripada habuk atau debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan , kualiti produk dan kesihatan.
SERAGAM
Bermaksud sekeadaan , sebentuk dan warna sama ada pada ciri – ciri , susun atur atau peraturannya
SENTIASA
AMAL
Ialah usaha mengekalkan 4 amalan 5s iaitu sisih , susun , sapu , dan seragam di samping melaksanakan penambahbaikkan berterusan di zon masing – masing .
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
8 | 55
4. PRINSIP AMALAN 5S
4.1 Sisih
Memberi tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang
tidak diperlukan di tempat kerja. Aktiviti sisih melibatkan:
a. Item yang tiada nilai dan senang dibuang perlu dibuang segera;
b. Item yang ada nilai tapi tidak digunakan dan tiada kegunaan masa akan
datang maka dihapuskan/dijual mengikut prosedur; dan
c. Item tiada nilai tapi kos pelupusan tinggi untuk dilupuskan perlu
menentukan kaedah/kos yang paling rendah.
4.2 Susun
Merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada
barangnya”. Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur,
kemas, berkesan dan selamat. Aktiviti ini melibatkan:
a. Penyusunan item dalam aturan First-In-First-Out (Masuk Dulu Keluar
Dulu);
b. Melabelkan dan mengindeks nama dan nombor pada item;
c. Menyimpan item mengikut kategori;
d. Item diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat;
dan
e. Semasa bekerja fail aktif dan bahan rujukan semasa sahaja berada di atas
meja, selepas digunakan fail dan item perlu disimpan semula ke tempat
asal.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
9 | 55
4.3 Sapu
Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam
keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja. Aktiviti
ini melibatkan:
a. Menetapkan pemilik bagi ruang/perkakas dan mesin;
b. Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah
ditetapkan; dan
c. Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan
penyelenggaraan.
4.4 Seragam
Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi
memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa tindakan yang diambil untuk
mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format.
4.5 Sentiasa Amal
Tindakan yang diambil untuk mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu
dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk mempertingkatkan
amalan EKSA. Aktiviti ini melibatkan:
a. Audit dalaman dilakukan secara berkala;
b. Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan;
c. Mewujudkan sistem pengiktrafan dan penghargaan kepada usaha yang
ditunjukkan oleh warga JKR DAERAH KUALA TERENGGANU
d. Mengadakan program kesedaran amalan EKSA secara berterusan melalui
latihan.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
10 | 55
5. PRINSIP PELAKSANAAN EKSA
5.1 Imej korporat
Merujuk kepada identiti atau persepsi pelanggan/pihak berkepentingan
terhadap persekitaran, tindakan dan pencapaian setiap zon. Keselamatan
persekitaran perlu diberi keutamaan. Contoh kawasan yang memerlukan
penampilan imej korporat ialah:
i. Kaunter;
ii. Susun atur perabot; dan
iii. Ruang guna sama.
5.2 Kreativiti dan Inovasi
Dalam usaha mempertingkatkan produktiviti di tempat kerja Warga IPKKM
digalakkan membudayakan elemen kreativiti dan Inovasi semasa
melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Warga IPKKM
digalakkan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) untuk
menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat. Contoh
perkara yang menampak kreativiti dan Inovasi ialah:
i. Tempat simpanan alat tulis;
ii. Pelabelan; dan
iii. Memendekkan proses kerja.
5.3 Amalan Hijau
Aspek amalan hijau ditekankan di tempat kerja dan membuat analisa
penjimatan kepada amalan penjimatan yang dilaksanakan. Contoh amalan
ialah:
i. Kitar semula;
ii. Peringatan penjimatan;
iii. Penjimatan elektrik; dan
iv. Penjimatan kertas.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
11 | 55
5.4 Persekitaran Kondusif
Penekanan diberikan kepada penyampaian perkhidmatan, mesra
pelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan. Contoh aktiviti ini
ialah:
i. Kemudahan OKU;
ii. Ruang kerja yang kemas; dan
iii. Ruang menunggu.
5.5 Kepelbagaian Perkhidmatan
Penilaian dalam auditan adalah merangkumi aspek generik dan khusus
kerana mengambil kira kepelbagaian premis dan mengikut jenis
perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one size fits all semasa dalam
amalan 5S kurang mencakupi keperluan kepelbagaian perkhidmatan.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
12 | 55
6. PELAKSANAAN EKSA DI JKR DAERAH KUALA TERENGGANU
6.1 Dasar EKSA
“Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) menjadi pemangkin kepada peningkatan
kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, bersih,
sihat, kondusif dan selamat.”
6.2 Objektif EKSA
a. Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada
setiap masa;
b. Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di
kalangan warga JKR DAERAH KUALA TERENGGANU
c. Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan
yang ditawarkan; dan
d. Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif.
6.3 Logo Amalan EKSA
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
13 | 55
6.4 Penubuhan Jawatankuasa
a. Jawatankuasa Pemandu
PENAUNG PENGARAH JKR
PENGERUSI
JD
PENYELARAS
JAWATANKUASA
LATIHAN
JAWATANKUASA AUDIT
JAWATANKUASA PROMOSI
KETUA - KETUA ZON
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
14 | 55
b. Peranan Penaung/Pengerusi Jawatankuasa Pemandu
i. Menentukan hala tuju keseluruhan dalam pelaksanaan EKSA;
ii. Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA;
iii. Menentukan belanjawan dan mengenalpasti sumber-
sumber kewangan;
iv. Menetapkan polisi, peraturan dan garis panduan;
v. Mengenalpasti ahli-ahli jawatankuasa, fasilitator dan ketua-ketua zon;
vi. Menetapkan sistem penghargaan dan anugerah;
vii. Mengawas dan menilai kemajuan perlaksanaan EKSA ( dengan
bantuan JK Audit);
viii. Memberi galakan untuk penyertaan dalam aktiviti EKSA (dengan
bantuan JK Promosi); dan
ix. Melatih dan membimbing pekerja ke arah pembentukan amalanamalan
kebersihan (dengan bantuan JK Latihan).
c. Peranan Jawatan kuasa Latihan
i. Mengenalpasti dan merancang program latihan dan kesedaran kepada
warga KKM;
ii. Menyediakan pelan latihan bagi memupuk kefahaman konsep dan
Amalan EKSA kepada semua warga kerja KKM;
iii. Mengenal pasti jenis latihan yang diperlukan dari masa ke semasa bagi
mengukuh aktiviti Amalan EKSA serta amalan peningkatan kualiti yang
lain. (Keperluan latihan yang diperlukan boleh dirujuk kepada hasil
keputusan audit aktiviti Amalan EKSA); dan
iv. Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberi peluang
untukmenghadiri Latihan secukupnya.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
15 | 55
d. Peranan Jawatan kuasa Audit
i. Menyediakan kriteria senarai semak proses audit dan garis panduan
pelaksanaan audit;
ii. Melantik juruaudit dalaman EKSA;
iii. Merancang dan menentukan kekerapan aktiviti audit dalaman EKSA;
iv. Mencadangkan penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan
yang dikenalpasti semasa proses audit;
v. Melakukan pemeriksaan dan tindakan susulan jika perlu;
vi. Menyediakan laporan keseluruhan audit kepada Jawatankuasa
Pemandu Amalan EKSA KKM;
vii. Menggunakan kriteria audit EKSA yang disediakan oleh MAMPU
(Lampiran 1);dan
viii. Menyemak kriteria audit dari masa ke semasa mengikut keperluan.
e. Peranan Jawatan kuasa Promosi
i. Menyediakan pelan perlaksanaan aktiviti promosi amalan EKSA;
ii. Memastikan pelaksanaan pelan promosi ke arah membina kesedaran
Amalan EKSA kepada semua warga kerja dalam organisasi;
iii. Merancang dan memperuntukkan perbelanjaan bagi memastikan
aktiviti
promosi dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang;
iv. Merancang dan menganjurkan pertandingan EKSA (kebersihan,
poster, banner dan lain-lain);
v. Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan;
dan
vi. Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA di
kalangan warga kerja kepada Jawatankuasa Pemandu.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
16 | 55
f. Peranan Penyelaras
i. Menjadi urusetia mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Amalan EKSA
JKR DAERAH KUALA TERENGGANU
iii. Menyelaraskan Program Amalan EKSA
JKR DAERAH KUALA TERENGGANU
iii. Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan Amalan EKSA
kepada Pengerusi EKSA; iv. Menyimpan rekod utama dan minit
berkait dengan pelaksanaan Amalan EKSA
v. Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan,
kelesalamatan,audit dan zon-zon;
vi. Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan Amalan EKSA
dalam organisasi; dan Memastikan aktiviti EKSA dijalankan secara
sistematik dan berterusan.
Peranan Fasilitator
i. Memberikan Latihan dan panduan kepada Ketua zon dan ahli;
ii. Memastikan zon mematuhi peraturan dan panduan yang
disediakan;
iii. Menentukan liputan zon dalam Bahagian;
iv. Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini; dan
v. Menyelaras dan memantau aktiviti.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
17 | 55
6.5 Pewujudan Zon EKSA
Tujuan pewujudan zon EKSA adalah untuk memudahkan pelaksanaan dan
pengawasan amalan EKSA. Senarai 6 zon yang terlibat di dalam pelaksanaan
EKSA di jkr daerah kuala terengganu ialah:
BIL NAMA ZON BAHAGIAN
1. ZON KAPAS PENTADBIRAN & KEWANGAN
2. ZON TENGGOL PENGURUSAN PROJEK
3. ZON REDANG PENGURUSAN ASET
4. ZON GEMIA KONTRAK DAN UKUR BAHAN
5. ZON PERHENTIAN PENGURUSAN KORPORAT
6. ZON LANG TENGAH UNIT MAJLIS DAN KERAIAN
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
18 | 55
6.6 Keperluan Zon EKSA
Membentuk Jawatankuasa Pelaksana Zon EKSA seperti struktur di bawah
KETUA ZON
SETIAUSAHA
JAWATANKUASA
KECIL
JAWATANKUASA
KECIL
JAWATANKUASA
KECIL
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
19 | 55
i. Peranan Ketua Zon /Jawatankuasa Pelaksana Zon
i. Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli zon;
ii. Membentuk hala tuju dan pelan perancangan di peringkat Bahagian;
iii. Membentuk jawatankuasa di peringkat Bahagian;
iv. Mengenalpasti liputan zon pelaksanaan EKSA di Bahagian;
v. Membantu memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada ahli-ahli
kumpulan;
vi. Melaksana aktiviti-aktiviti EKSA di peringkat Bahagian;
vii. Melaksanakan pembudayaan kreativiti dan Inovasi serta tindakan
penjimatan/ go green.
viii. Memantau pelaksanaan EKSA Bahagian; dan
ix. Memastikan keseragaman pelaksanaan EKSA seperti mana yang
digariskan di peringkat Kementerian.
iv. Peranan Ahli-ahli
i. Memberikan komitmen secara berterusan dalam pelaksanaan
EKSA;
ii. Menyertai aktiviti EKSA secara aktif;
iii. Bekerjasama dalam zon; dan
iv. Menghadiri mesyuarat dan menyumbang idea bagi menjayakan
pelaksanaan EKSA di zon.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
20 | 55
7. TINDAKAN PELAKSANAAN EKSA
Penekanan terhadap pelaksanaan Amalan EKSA ini terbahagi kepada 12 kategori utama
yang merangkumi keseluruhan persekitaran tempat kerja di JKR DAERAH KUALA
TERENGGANU iaitu:
a. Keperluan Sudut EKSA;
b. Keperluan Fail Induk, Audit, Latihan, Promosi, Keselamatan Dan Zon;
c. Ruang Pejabat;
d. Ruang Kerja/Bilik Pegawai;
e. Tempat Penyimpanan/Stor;
f. Tempat Umum;
g. Tandas;
h. Surau;
i. Pantri:
j. Bilik seminar/mesyuarat
k. Kawasan Persekitaran;
l. Keselamatan Persekitaran;
m. Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi; dan
n. Amalan Hijau.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
21 | 55
8. KEPERLUAN SUDUT EKSA
Kaedah penyaluran penyampaian. Ia boleh disediakan secara fizikal dengan menggunakan
ruang pejabat (seperti dinding / papan kenyataan) atau secara maya. Sudut EKSA setiap
zon di JKR DAERAH KUALA TEENGGANU perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
a. Dasar dan Objektif Amalan EKSA JKR DAERAH KUALA TERENGGANU;
b. Carta Organisasi Amalan EKSA (Induk dan zon);
c. Carta Perbatuan/Gantt Chart Zon;
d. Pelan Lantai Zon EKSA;
e. Rekod & gambar aktiviti sebelum dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti
EKSA;
f. Informasi/ hebahan berkaitan Amalan EKSA untuk tujuan promosi;
g. Logo dan Slogan Amalan EKSA JKR DAERAH KUALA TERENGGANU; dan
h. Tarikh kemaskini sudut EKSA.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
22 | 55
9. KEPERLUAN FAIL INDUK, AUDIT, LATIHAN, PROMOSI DAN ZON
Dokumentasi pelaksanaan Amalan EKSA perlu disediakan di peringkat induk, jawatankuasa
dan zon. Keperluan dalam fail EKSA adalah seperti berikut:
i. Pengenalan EKSA – Dasar & Objektif EKSA dan garis panduan EKSA
JKR DAERAH KUALA TERENGGANU;
ii. Carta Organisasi EKSA – Fail induk, jawatankuasa dan zon;
iii. Pelan Lantai (Fail induk dan zon sahaja);
iv. Carta Perbatuan – Fail induk, Jawatankuasa (berkenaan) dan zon;
v. Minit Mesyuarat – Fail induk, Jawatankuasa (berkenaan) dan zon;
vi. Gambar Aktiviti-Aktiviti EKSA;
vii. Gambar Sebelum dan Selepas – Fail Induk dan Zon; dan
viii. Audit( kriteria dan keputusan audit) - Fail induk, Jawatankuasa (berkenaan)
dan zon.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
23 | 55
10. RUANG PEJABAT
10.1 Peralatan Pejabat
10.1.1 Peralatan pejabat sentiasa berkeadaan baik dan sentiasa boleh
digunakan dengan selamat;
10.1.2 Peralatan pejabat sentiasa bersih dan disusun supaya kelihatan
kemas; dan
10.1.3 Pastikan lampu dan plug elektrik sentiasa berfungsi dan dilabelkan
mengikut kesesuaian contoh pelan lantai suis.
10.2 Susun Atur Peralatan Pejabat
10.2.1 Semua perabot dan peralatan pejabat tersusun kemas, berkeadaan
baik serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja;
10.2.2 Kreativiti menyusun perabot dan peralatan adalah digalakkan
supaya dapat mewujudkan suasana yang lebih selesa dan keceriaan
pejabat serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan; dan
10.2.3 Teknik susunan peralatan boleh memendekkan masa memproses
sesuatu kerja. Contohnya: Kabinet Fail diletakkan berhampiran
dengan work station pegawai.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
24 | 55
10.3 Susunan Fail
10.3.1 Disusun dengan teratur, mudah diperoleh/disimpan dan bersistem;
10.3.2 Sistem pengurusan fail yang memudahkan pencarian/pencapaian dalam
satu tempoh masa (contoh 30 saat per fail); dan
10.3.3 Ring File boleh dilabelkan mengikut tatacara berikut:-
i. Tetulang ring file mengandungi:
• Singkatan nama Jabatan, bahagian & unit;
• nombor fail;
• tajuk fail; dan
• nombor susunan fail.
ii. Muka depan ring file mengandungi:
• Logo;
• Tajuk;
• Nama bahagian atau unit;
iii. Penggunaan tulisan (font) dan saiz mengikut kesesuaian fail.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
25 | 55
10.4 Hiasan Dalaman
10.4.1 Hiasan yang bersesuaian dengan imej korporat jabatan, mudah dan
jimat diselenggarakan dan kedudukannya tidak mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja;
10.4.2 Maklumat korporat boleh dipamerkan tetapi tidak keterlaluan dari segi kuantiti
dan sentiasa dikemaskini (contoh: carta organisasi, piagam
pelanggan, dasar kualiti dan sebagainya);
10.4.3 Dinding yang kotor akibat kesan tampalan dibersihkan sebaiknya;
10.4.4 Penggunaan hiasan pokok bunga plastik dan pokok bunga hidup tidak
digalakkan (jika digunakan perlu penyelenggaraan bagi mengelak habuk
terperangkap serta kerosakan pada karpet. Penggunaan tidak keterlaluan
dari segi kuantiti);
10.4.5 Hiasan seperti lanskap berkonsepkan water features dan akuarium dalam
ruang pejabat tidak digalakkan (jika digunakan ianya perlu penyelenggaraan
dan berfungsi dengan baik);
10.4.6 Pastikan semua hiasan yang dibuat tidak berdebu tidak kotor dan sentiasa
berada dalam keadaan baik supaya tidak mencacatkan pemandangan.
10.4.7 Susunan hiasan sentiasa kemas, tersusun, menyenangkan pergerakan, dan
tidak mengancam keselamatan pekerja.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
26 | 55
10.5 Tanda Arah/Petunjuk/Peringatan
10.5.1 Tanda peringatan yang sesuai diletakkan pada peralatan yang
berisiko seperti “AWAS” pada plug yang terdedah dan “SILA PADAM
LAMPU SELEPAS DIGUNAKAN” pada plug lampu yang
terbabit;
10.5.2 Tanda nama pegawai perlu diletakkan pada setiap partition dan bilik
pegawai; dan
10.5.3 Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang
strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai.
10.5.4 Tanda arah, petunjuk dan peringatan kecemasan dan keselamatan
pekerja perlu diletakkan di tempat yang strategik serta mudah dilihat
oleh orang ramai.
10.6 Ruang Kerja Terperingkat
10.6.1 Ruang kerja terperingkat ini merangkumi Bilik Server dan Kawasan
Kerja Larangan;
10.6.2 Kawasan bilik ini perlu sentiasa kemas, tersusun, bersih, tidak
berdebu dan selesa;
10.6.3 Sistem pengurusan ruang kerja terperingkat perlu diamalkan dengan
memenuhi ciri-ciri keselamatan pengguna (tatacara yang ditetapkan
dalam peraturan keselamatan); dan
10.6.4 Pegawai yang bertanggungjawab (pemunya/ ownership) perlu
dilantik bagi menguruskan kebersihan bilik. Nama pegawai dan
nombor telefon hendaklah dipamerkan pada pintu masuk bilik
berkenaan.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
27 | 55
10.7 Bilik Fail (PP Bil. 5 Tahun 2007 (Panduan Pengurusan Pejabat))
10.7.1Pelan Susun Atur/pelan lantai bilik fail perlu disediakan dan
dipamerkan di ruang yang strategik;
10.7.2 Kabinet fail perlu dilabelkan dengan jenis dokumen dan meletakkan
indeks;
10.7.3 Fail di dalam kabinet perlu disusun secara berbaring dengan
tetulangnya menghala ke atas dan nombor rujukan menghala ke
hadapan dan disusun dengan kemas dan teratur mengikut turutan
nombor siri fail;
10.7.4 Fail perlu disusun semula di tempat asal selepas digunakan sebelum
tamat waktu bekerja;
10.7.5 Satu sistem pergerakan fail perlu diwujudkan bagi tujuan
pengesanan fail yang sedang digunakan (contoh : kad daftar
pengguna dan kad keluar masuk fail);
10.7.6 Fail-fail terperingkat yang digunakan perlu disimpan di dalam kabinet
besi berpalang. Indeks bagi fail-fail terperingkat tidak perlu
dilekatkan di luar kabinet;
10.7.7 Tangga, troli dan kerusi hendaklah diletakkan di tempat yang
selamat dan diparkirkan; dan
10.7.9 Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) dilantik bagi
menguruskan kebersihan bilik fail (Nama pegawai dan nombor
telefon).
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
28 | 55
10.8 Ruang Kaunter
10.8.1 Memastikan peralatan pejabat dan kemudahan yang disediakan
sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan dengan selamat;
10.8.2 Persekitaran kaunter sentiasa dilap supaya tidak berdebu, bersih
dan disusun supaya kelihatan kemas;
10.8.3 Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang
strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai;
10.8.4 Maklumat korporat boleh dipamerkan tetapi tidak keterlaluan dari
segi kuantiti dan sentiasa dikemaskini;
10.8.5 Sentiasa mengamalkan perkhidmatan yang mesra pelanggan;
10.8.6 Sekiranya perkhidmatan kaunter melibatkan borang-borang yang
berkaitan, ianya perlulah disusun dengan teratur dan dilabelkan;
10.8.7 Sofa atau kerusi perlu disediakan di ruang menunggu untuk
pelanggan; dan
10.8.8 Kaunter utama perlu memenuhi kriteria berikut:
i. Sistem maklum balas pengguna
ii. Direktori pegawai
iii. Borang / brousar
iv. Bahan bacaan/ informasi
v. Piagam pelanggan
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
29 | 55
10.9 Ruang Khidmat Pelanggan / Telefonis
10.9.1 Memastikan peralatan pejabat dan kemudahan yang disediakan
sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan dengan selamat;
10.9.2 Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang
strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai; dan
10.9.3 Maklumat korporat bahagian boleh dipamerkan tetapi tidak
keterlaluan dari segi kuantiti dan sentiasa dikemaskini (contoh: carta
organisasi, piagam pelanggan, pemberitahuan atau arahan yang
perlu disampaikan kepada telefonis).
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
30 | 55
11. RUANG KERJA/BILIK PEGAWAI
11.1 Lantai
11.1.1 Pastikan lantai tidak berdebu, tidak basah dan bersih dari sebarang
kekotoran; dan
11.1.2 Tidak terdapat barang yang tidak diperlukan bertaburan di atas lantai
di sekitar ruang kerja.
11.1.3Wayar/kabel (untuk ICT dan elektrik) perlu dikemaskan dengan
menggunakan bahan-bahan yang sesuai seperti black tape/cable
casing
11.2 Meja (Di atas Meja)
11.2.1 Satu (1) tray surat (jika ada) dan dilabelkan;
11.2.2 Terdapat telefon dan buku direktori (optional);
11.2.3 Fail-fail aktif/diari/organizer hendaklah disusun dengan kemas dan
teratur pada setiap masa;
11.2.4 Fail disusun mengikut nombor siri/indeks yang ditetapkan; dan
11.2.5 Satu (1) set komputer & printer hendaklah disusun dengan kemas
dan bersih pada setiap masa;
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
31 | 55
11.3 Meja (Di bawah/Tepi meja)
11.3.1 Sediakan tempat khas yang bertanda bagi bakul sampah;
11.3.2 Wayar/kabel (untuk ICT dan elektrik) perlu dikemaskan dengan
menggunakan bahan-bahan yang sesuai seperti black tape/cable
casing; dan
11.3.3 Kotak kitar semula boleh diwujudkan dan digunakan secara
gunasama.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
32 | 55
11.4 Laci Meja / Almari
11.4.1 Sekiranya pegawai dibekalkan dengan laci meja, penggunaan ruang
laci boleh seperti berikut:
i. Laci paling atas dilabelkan “ALAT TULIS” dan dikhaskan
penggunaannya kepada alat-alat tulis dan disusun kemas
mengikut kreativiti pegawai
ii. Laci tengah dilabelkan “DOKUMEN” dan diguna bagi
menempatkan dokumen-dokumen rasmi seperti diari,
planner dan buku catatan
iii. Laci bawah dilabelkan “PERIBADI” dan diguna bagi
menempatkan alatan/ barang peribadi seperti beg tangan,
dompet, telefon bimbit dan lain-lain
• Sekiranya bilangan laci meja yang dibekalkan tidak seragam
(kurang atau lebih) maka keutamaan penyimpanan ialah
kepada peralatan kegunaan harian pejabat seperti alat
tulis,buku catatan dan dokumen rasmi.
• Sekiranya ada 2 tingkat laci sahaja, tiada laci bagi urusan
peribadi
11.4.2 Barang-barang peribadi seperti beg tangan, payung perlu diletakkan
di dalam laci/almari ruangan peribadi dan disusun kemas;
11.4.3 Pegawai hendaklah patuh kepada laci yang telah dilabel iaitu barang
yang berkaitan dengan urusan rasmi dan barang peribadi tidak boleh
bercampur; dan
11.4.4 Almari pegawai mestilah dipastikan sentiasa berada di dalam
keadaan kemas, tersusun dan bersih.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
33 | 55
11.5 Dinding/partition pegawai
11.5.1 Dokumen yang perlu dipamerkan di ruang tempat kerja masing-
masing termasuk bilik pegawai:
i. Tanda Nama Penuh;
ii. Jawatan;
11.5.2 Segala dokumen yang dipamerkan hendaklah tersusun kemas dan
teratur;
11.5.3 Dibenarkan satu sudut mini di partition (jika perlu) untuk memo; dan
11.5.4 Status pergerakan pegawai dipamerkan di hadapan partition.
11.6 Kerusi
11.6.1 Kerusi tetamu dan kerusi kerja hendaklah tersusun rapi ketika tidak
digunakan;
11.6.2 Blazer/selendang boleh disangkut dengan kemas di belakang
kerusi (jika almari tidak disediakan); dan
11.6.3 Pastikan kerusi berada pada tahap selamat untuk diduduk, tidak
bergoyang, selesa dan bersih.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
34 | 55
11.7 Komputer dan pencetak
11.7.1 Komputer serta peralatan ICT yang berkaitan hendaklah sentiasa
tidak berhabuk dan sedia untuk diguna;
11.7.2 Komputer disusun mengikut kesesuaian pegawai dan mematuhi ciri-
ciri keselamatan contohnya skrin monitor tidak dapat dilihat secara
terus atau membelakangkan pintu masuk;
11.7.3 Pastikan komputer ditutup sebelum pulang (shut down);
11.7.4 Printer dan scanner haruslah tidak berhabuk dan boleh digunakan;
dan
11.7.5 Wallpaper menggunakan Dasar dan Objektif Amalan EKSA
manakala screensaver menggunakan Logo Amalan EKSA IPKKM
seperti di Lampiran 2. Screensaver ini berfungsi selepas 10 minit
komputer tidak digunakan.
11.8 Sistem fail
11.8.1 Mengurus fail dengan mematuhi Tatacara Pengurusan Fail;
11.8.2 Fail berbentuk ring file – dilabel mengikut format yang telah
diseragamkan;
11.8.3 Menyusun fail mengikut nombor siri/indeks yang ditetapkan di dalam
kabinet fail; dan
11.8.4 Kabinet dilabelkan dengan kemas dan teratur (sekiranya ada).
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
35 | 55
11.9 Bilik Pegawai
11.9.1 Semua perkara yang dinyatakan di atas (untuk workstation) adalah
juga diguna pakai untuk bilik pegawai mengikut kesesuaian;
11.9.2 Tiada sebarang dokumen dan fail diletakkan di atas settee, coffee
table atau lain-lain tempat yang tidak sepatutnya;
11.9.3 Hiasan perlulah berimej korporat dan tidak keterlaluan dari segi
kuantiti; dan
11.9.4 Susun atur perabot dan bahan-bahan bacaan hendaklah kemas dan
teratur dan memastikan tiada habuk yang terperangkap.
11.10 Pelabelan Dan Pemakiran (Parking Lot)
11.10.1 Setiap peralatan yang digunasama dan mudah alih sahaja
disediakan lot parkir yang bersesuaian; dan
11.10.2 Pelabelan dan lot alatan haruslah seragam mengikut kesesuaian
zon.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
36 | 55
12. BAHAGIAN PENGELUARAN
12.1 Bilik Pencetakan/Dokumentasi
12.1.1 Pastikan lantai bilik sentiasa bersih, tidak berdebu, tidak terdapat
lubang, rekahan atau sebarang kecacatan lantai;
12.1.2 Peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik, berfungsi dan perlu
dilabelkan dengan nama atau simbol alatan;
12.1.3 Peralatan dan bahan kerja perlu disusun dengan teratur dan boleh
dilabelkan dengan nama alatan dan disimpan di tempat pemakiran
atau almari yang telah disediakan supaya mudah diperolehi dan
disimpan semula; dan
12.1.4 Penggunaan label yang sesuai untuk membezakan aktiviti/
barangan/perkhidmatan (Contoh: label barang siap, barang dalam
proses, rosak, pelupusan dan lain-lain).
12.2 Mesin dan Peralatan
12.2.1 Mesin diletak di tempat yang sesuai dan selamat serta tidak
menghalang pergerakan proses kerja;
12.2.2 Sentiasa memastikan mesin dalam keadaan bersih, tidak berhabuk,
berminyak, berkarat dan sebagainya kerana ia boleh memendekkan
jangka hayat mesin;
12.2.3 Pastikan tiada barang yang diletak di atas atau di bawah mesin
terutamanya bahan yang berbentuk cecair;
12.2.4 Perlu meletakkan tanda berhati-hati seperti (AWAS) pada bahagian
yang merbahaya sebagai peringatan kepada pekerja lain;
12.2.5 Mempunyai tanda maklumat pengenalan bagi setiap mesin mengikut
kesesuaian;
12.2.6 Mesin yang rosak hendaklah diletakkan berasingan untuk dibaiki atau
dilupuskan; dan
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
37 | 55
13. STOR (Rujukan:PP Bil.5 Tahun 2009(TPS))
13.1 Pintu Stor
Pintu stor hendaklah mempunyai perkara-perkara seperti berikut :
i. Pelan lantai stor;
ii. Borang permohonan stok;
iii. Tanda amaran “Dilarang Masuk” dipamerkan dengan jelas; dan
iv. Jadual waktu pengeluaran - dipamerkan di luar stor.
13.2 Dalam Stor
13.2.1 Pastikan stor sentiasa bersih, tidak berdebu dan tersusun kemas;
13.2.2 Terdapat tanda/label/abjad bersesuaian bagi tiap-tiap bahan/
komponen barangan (mengikut tatacara pengurusan stor);
13.2.3 Mempunyai sistem rekod yang sesuai untuk merekod barang tersebut
diambil/dicapai/dicari;
13.2.4 Tidak terdapat sampah/sisa/bahan tidak diperlukan berada di dalam
stor;
13.2.5 Peralatan sokongan pengurusan stor dalam keadaan baik dan
berfungsi (contoh: tangga dan troli);
13.2.6 Boleh menggunakan unsur-unsur kreativiti (tertakluk kepada
peraturan dan garis panduan) dalam pengurusan, penjagaan dan
penyelenggaraan stor tetapi melambangkan imej korporat; dan
13.2.7 Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang
strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
38 | 55
13.3 Simpanan Barang Stor
13.3.1 Barang-barang disusun dengan teratur supaya tidak menghalang kerja-
kerja pemunggahan dan laluan kakitangan stor;
13.3.2 Barang-barang disusun mengikut pengeluaran secara Masuk Dulu
Keluar Dulu /First In First Out (MDKD/FIFO);
13.3.3 Penggunaan ruang stor hendaklah mengikut jenis dan ruang yang ada
seperti berikut:
i. Ruang stor hendaklah dibahagi mengikut kumpulan barang
seperti bahan kimia, alat ganti atau makmal dan sebagainya;
ii. Setiap kumpulan barang ditanda menggunakan abjad abjad
atau nombor atau kedua-duanya sekali; dan
13.3.4 Stok yang asalnya berada di dalam bekas, kotak, tin, peti dan
sebagainya hendaklah kekal penyimpanannya dan hendaklah dilabel
untuk mudah dilihat;
13.3.5 Setiap bekas hendaklah mengandungi satu jenis stok barang yang
sama;
13.3.6 Bagi barang-barang yang tercerai hendaklah diletakkan di dalam bekas
yang berukuran bersesuaian dan tidak boleh dibungkus tetapi
hendaklah disusun dengan kemas;
13.3.7 Pastikan bahan-bahan yang rosak tidak bercampur dengan bahan yang
masih boleh digunakan;
13.3.8 Barang-barang berharga dan menarik hendaklah disimpan di tempat
yang selamat dan dikawal oleh pegawai yang bertanggungjawab;
13.3.9 Pengeluaran barang dibuat sendiri oleh pegawai-pegawai yang diberi
kuasa (pemesan/pegawai stor) dengan menggunakan borang Kew.PS-
10 (stor utama) atau Kew.PS-11 (stor unit/bahagian); dan
13.3.10 Kad petak (bin card) mestilah berada bersama-sama dengan barang.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
39 | 55
13.4 Simpanan Barang Toxic
13.4.1 Barang toxic perlu disusun dengan kemas dan teratur mengikut
kawasan/garisan pemisah yang telah ditetapkan dan perlu dilabel;
13.4.2 Peralatan seperti rak/pallet/alatan sokongan lain untuk kegunaan
simpanan barangan toxic perlu digunakan dengan sebaiknya;
13.4.3 Tiada barangan lama yang sudah rosak, luput jangka hayat dan tidak
digunakan lagi;
13.4.4 Peralatan yang digunakan untuk mengangkat atau menyimpan barang
toxic berkeadaan baik;
13.4.5 Mempunyai tanda arah/label/abjad bagi setiap barangan siap;
13.4.6 Sistem susunan yang berkesan dan terdapat rekod pengeluaran; dan
13.4.7 Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang
strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai.
13.5 Keselamatan dan Kebersihan Stor
13.5.1 Alat pemadam api yang memenuhi kriteria berikut:
i. Mempunyai sijil yang masih berkuatkuasa dari pihak Bomba;
ii. Prosedur operasi hendaklah diletakkan bersebelahan; dan
iii. Digantung pada bracket yang dipasang di dinding dan berparkir.
13.5.2 Sistem Pencegahan Kebakaran (contoh: system water sprinkler dan
hose reel);
13.5.3 Pencahayaan yang mencukupi;
13.5.4 Tanda amaran seperti “Dilarang Merokok” dan “Mudah Terbakar”
dipamerkan dengan jelas; dan
13.5.5 Tangga dan troli hendaklah diletakkan di tempat mudah dicapai dan
berparkir.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
40 | 55
14. TEMPAT UMUM
Ruang Umum termasuk Surau, Bilik Mesyuarat, Bilik Latihan, Tandas dan lain-lain
merupakan ruang yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan kerana ruang ini
sentiasa digunakan. Jadi, perkara berikut perlu sentiasa diamalkan untuk menjamin
keselesaan pengguna.
14.1 Surau
Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan untuk menjadikan surau/bilik solat
tempat yang selesa untuk beribadat:
14.1.1 Pastikan semua peralatan/kemudahan dalam keadaan sempurna
dan boleh digunakan dengan baik;
14.1.2 Sentiasa memastikan lantai tidak berdebu, tidak basah dan sentiasa
bersih untuk keselesaan ramai;
14.1.3 Telekung, kain pelekat dan sejadah hendaklah disusun, dilipat atau
digantung dengan kemas;
14.1.4 Pintu masuk hendaklah dilabelkan dengan perkataan Surau;
14.1.5 Almari/kabinet/rak/penyidai adalah dibenarkan mengikut keperluan;
14.1.6 Buku-buku bacaan agama hendaklah disusun kemas di dalam almari
/ kabinet / rak yang disediakan;
14.1.7 Penanda arah kiblat hendaklah ditandakan di siling surau/bilik solat
dengan jelas;
14.1.8 Selipar/kasut hendaklah tersusun rapi;
14.1.9 Jadual waktu solat dipamerkan di ruang yang disediakan;
14.1.10 Cermin muka disediakan untuk kemudahan orang ramai;
14.1.11 Penggunaan pewangi (air freshener) digalakkan untuk
mendapatkan suasana yang sentiasa segar;
14.1.12 Jam dinding disediakan untuk panduan;
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
41 | 55
14.1.13 Mempunyai sistem inventori dan penyelenggaraan kemudahan/
peralatan; dan
14.1.14 Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik
bagi menguruskan kebersihan surau/bilik solat (nama pegawai dan
nombor telefon).
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
42 | 55
14.2 Bilik Mesyuarat / Bilik Galeri
Pastikan Bilik Mesyuarat/Bilik Galeri berada dalam keadaan berikut:
14.2.1 Sentiasa memastikan lantai bersih, tidak berdebu dan tiada
kekotoran;
14.2.2 Peralatan/kemudahan dalam keadaan sempurna dan boleh
digunakan dengan baik;
14.2.3 Pastikan peralatan/kemudahan sentiasa bersih, tidak berhabuk dan
disusun kemas ketika tidak digunakan;
14.2.4 Peralatan mempunyai sistem inventori dan penyelenggaraan;
14.2.5 Memaparkan senarai inventori (KEW-PA 7);
14.2.6 Maklumat berkaitan mesyuarat hendaklah dipamerkan di pintu masuk
bilik mesyuarat. Contoh: Penggunaan papan tanda (slot in board);
14.2.7 Hiasan berbentuk korporat boleh menaikkan suasana bilik dan perlu
ada penyelenggaraan yang berkala (Contoh; gambar, maklumat
pencapaian jabatan, penyataan kualiti/hala tuju, piagam pelanggan,
program jabatan dan lain-lain);
14.2.8 White board (papan putih) hendaklah dibersihkan selepas mesyuarat
selesai;
14.2.9 Pastikan pemadam dan marker pen berwarna merah, biru dan hitam
diletakkan di tempat yang disediakan;
14.2.10 Jam dinding perlu diletak di tempat yang sesuai;
14.2.11 Pastikan barang-barang elektronik seperti LCD Projektor, mikrofon
dan power supply ditutup sebelum meninggalkan bilik mesyuarat.
14.2.12 Makanan berat (contoh: makanan berkuah) hendaklah dielakkan;
14.2.13 Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik
bagi menguruskan kebersihan bilik mesyuarat/bilik bincang (nama
pegawai dan nombor telefon); dan
14.2.14 Etika penggunaan bilik mesyuarat perlu disediakan dan diletakkan di
lokasi yang bersesuaian.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
43 | 55
14.3 Bilik Seminar
14.3.1 Lantai bersih, tidak berdebu dan tiada kekotoran;
14.3.2 Hiasan berbentuk korporat dan ada penyelenggaraan yang berkala
(Contoh: gambar, maklumat mengenai pencapaian Jabatan/Bahagian,
penyataan kualiti/hala tuju, piagam pelanggan dan lain-lain);
14.3.3Peralatan/kemudahan bersih dan tidak berhabuk, dalam keadaan
sempurna dan boleh digunakan dengan baik;
14.3.4 Memaparkan senarai inventori (KEW-PA 7);
14.3.5 Kemudahan tanda arah / keterangan petunjuk yang disediakan
mencukupi, informatif dan efektif; dan
14.3.6 Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik bagi
menguruskan kebersihan bilik latihan (nama pegawai dan nombor
telefon).
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
44 | 55
14.4 Bilik Sumber & Multimedia
14.4.1 Bersih, susunan rapi dan kemas serta menyenangkan pelanggan;
14.4.2 Mempunyai sistem susunan yang teratur dan mudah untuk
diambil/dicapai/dicari (seperti rak/ tanda/label/abjad/bahan) bila
diperlukan;
14.4.3 Peralatan/kemudahan bersih dan tidak berhabuk, dalam keadaan
sempurna dan boleh digunakan dengan baik;
14.4.4 Kemudahan tanda arah/maklumat keterangan petunjuk yang
disediakan mencukupi, informatif dan efektif;
14.4.5 Peralatan mempunyai sistem inventori dan penyelenggaraan; dan
14.4.6 Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik bagi
menguruskan kebersihan bilik sumber & multimedia (nama pegawai dan
nombor telefon).
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
45 | 55
14.5 Pantri
14.5.1 Lantai sentiasa bersih, kering dan tidak berbau;
14.5.2 Semua peralatan/perabot dan perkakas disusun kemas dan teratur
setelah digunakan;
14.5.3 Kabinet/rak dilabelkan dengan nama perkakas di luar pintu dengan
seragam (mengikut kesesuaian/optional);
14.5.4 Tiada pinggan mangkuk/cawan/gelas yang kering diletak di atas
meja dan sinki selepas digunakan;
14.5.5 Pinggan/mangkuk yang masih basah hendaklah dilap dan disusun
dengan teratur di dalam kabinet/rak;
14.5.6 Kain lap yang kotor dicuci dan disangkut kemas;
14.5.7 Pastikan sinki bersih, tidak tersumbat dan tiada sisa makanan;
14.5.8 Bahan makanan seperti milo, nescafe, gula, susu, teh dan
sebagainya hendaklah diletakkan dalam bekas bertutup (contoh :
dimasukkan dalam bekas makanan) dan dilabelkan (mengikut
kesesuaian/jika perlu);
14.5.9 Tong sampah disediakan dan ditutup supaya tidak berbau;
14.5.10 Pantri hendaklah sentiasa bersih, kemas, tersusun dan bebas
daripada sebarang serangga, makhluk perosak, kekotoran dan bau
yang tidak menyenangkan;
14.5.11 Penggunaan pewangi udara digalakkan bagi menghindarkan bau
yang tidak menyenangkan;
14.5.12 Pastikan lampu dan pintu ditutup setelah digunakan;
14.5.13 Menyediakan satu sudut informatif untuk mempamerkan
jadualtugasan, peraturan, pemberitahuan ataupun apa-apa arahan
yang berkaitan;
14.5.14 Dilarang merokok di dalam pantri; dan
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
46 | 55
14.5.15 Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik
bagi menguruskan kebersihan pantri (nama pegawai dan nombor
telefon).
14.6 Tandas
14.6.1 Permukaan lantai sentiasa bersih dan kering;
14.6.2 Senarai peralatan, kelengkapan yang perlu ada dalam bilik air:
i. Bekas sampah;
ii. Sanitary bin (untuk bilik air wanita);
iii. Mesin penyembur pewangi;
iv. Soap dispenser; dan
v. Kertas tisu.
14.6.3 Permukaan dinding keseluruhannya bersih termasuk dinding tiles
dan pintu utama;
14.6.4 Keadaan siling yang sempurna, tiada kebocoran dan tidak
bersawang;
14.6.5 Semua lampu berfungsi dengan baik;
14.6.6 Pintu-pintu tandas berfungsi dengan sempurna lengkap dengan
penyelak, penyangkut seluar dan kelihatan bersih;
14.6.7 Mangkuk tandas berkeadaan sempurna dan boleh digunakan
dengan selamat;
14.6.8 Mangkuk tandas bersih dan lengkap dengan pelapik serta flushing
system berfungsi dengan sempurna;
14.6.10 Sinki berkeadaan bersih, tidak tersumbat dan paip air berfungsi
dengan sempurna;
14.6.11 Meja sinki dan cermin muka berkeadaan bersih dan kering;
14.6.13 Bekas sabun (soap dispenser) berfungsi dengan sempurna dan
sentiasa ada sabun;
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
47 | 55
14.6.14 Tisu sentiasa ada di dalam tandas;
14.6.15 Digalakkan menggunakan kreativiti untuk menceriakan tandas;
14.6.16 Senarai semak kerja-kerja penyelenggaraan pembersihan
dilekatkan di dalam bilik air;
14.6.17 Memastikan tandas OKU berkeadaan baik dan berfungsi;
14.6.18 Persekitaran tidak berbau yang kurang menyenangkan; dan
14.6.19 Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik
bagi menguruskan kebersihan tandas (nama pegawai dan nombor
telefon).
14.7 Laluan Utama/ Laluan Awam
14.7.1 Lantai sentiasa bersih, tiada sisa buangan yang diletak di sepanjang
laluan;
14.7.2 Hiasan seperti pokok bunga yang berada di sepanjang laluan (jika
ada) disusun dengan kemas, bersih dan teratur supaya tidak
menghalang laluan;
14.7.3 Peralatan yang diletak di laluan utama/umum hendaklah disusun
dengan baik supaya tidak mengganggu aliran perjalanan;
14.7.4 Pintu kecemasan tidak dihalang dan sentiasa ditutup; dan
14.7.5 Papan Notis yang diletakkan di sepanjang laluan hendaklah sentiasa
diselenggara dan dikemaskini maklumatnya.
14.8 Bilik Bacaan
14.8.1 Bilik bacaan sentiasa berkeadaan bersih dan kemas;
14.8.2 Susunan buku yang teratur dan mudah untuk dicapai (seperti rak/
tanda/ label/abjad/bahan);
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
48 | 55
14.8.3 Peralatan/kemudahan yang disediakan berkeadaan baik; dan
14.8.4 Kemudahan tanda arah/maklumat keterangan dan petunjuk
disediakan dan mudah dilihat.
14.10 Lobi Utama
14.10.1 Semua peralatan di lobi utama sentiasa disusun kemas dan
berkeadaan baik;
14.10.2 Laluan-laluan umum bersih dan tidak dihalang dengan sebarang
halangan seperti barang/peralatan yang boleh menganggu laluan
umum; dan
14.10.3 Maklumat seperti pelan strategik/visi/misi/piagam pelanggan dan lain-
lain sentiasa dikemaskini dan dipaparkan di tempat yang mudah
dilihat.
14.10.4 Mempamerkan maklumat korporat berkaitan agensi yang terkini
seperti contoh-contoh berikut:
i. Visi;
ii. Misi;
iii. Maklumat Pengurusan Atasan;
iv. Moto dan
v. Piagam Pelanggan
14.10.5 Menyediakan perkara-perkara berikut:
i. Buku kedatangan pelawat
ii. Direktori pegawai
iii. Sudut informasi untuk pelanggan
iv. Perhiasan yang bersesuaian dengan imej korporat
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
49 | 55
14.11 Kaunter Khidmat Pelanggan Dan Ruang Menunggu
14.11.1 Kaunter khidmat pelanggan sentiasa bersih, kemas dan tersusun;
14.11.2 Tempat duduk disediakan di ruang menunggu untuk kemudahan
pelanggan/tetamu luar;
14.11.3 Peralatan/kemudahan/perabot di ruang menunggu disusun dengan
teratur dan berada dalam keadaan baik;
14.11.4 Kawasan persekitaran ruang menunggu tetamu sentiasa bersih dan
kemas.
14.11.5 Kemudahan tanda arah/petunjuk dipamerkan dengan jelas di
kawasan yang mudah dilihat.
15. KAWASAN PERSEKITARAN JABATAN
15.1 Papan Tanda Jabatan/PapanTanda Arah/Petunjuk
15.1.1 Papan tanda jabatan, papan tanda arah/ petunjuk hendaklah diletakkan
di lokasi penting iaitu bilik jurutera Daerah, bilik ketua bahagian,
tandas, pintu keluar, bilik mesyuarat, bilik seminar dan lain-lain.;
15.1.2 Berada dalam keadaan baik, tidak berdebu dan sentiasa bersih;
15.1.3 Saiz yang sesuai dan senang difahami;
15.1.4 Mudah dilihat oleh orang ramai dan kedudukannya strategik; dan
15.1.5 Berkonsepkan imej korporat Jabatan.
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
50 | 55
16. KESELAMATAN PERSEKITARAN
Langkah-langkah keselamatan berikut perlu diambil bagi menjamin suasana kerja
yang selamat:
a. Laluan utama tidak dihalang dengan barang-barang atau peralatan yang tidak
diperlukan (contoh : pasu bunga, fire extinguisher, kotak-kotak dan sebagainya);
b. Pintu rintangan api dan pintu kecemasan hendaklah sentiasa ditutup dan tidak
dihalang;
c. Tidak membuat pendawaian tambahan tanpa kebenaran;
d. Tiada aktiviti memasak dilakukan di mana-mana ruang kecuali pantri;
e. Tanda-tanda amaran keselamatan yang dipamerkan hendaklah jelas (contoh :
Dilarang Merokok, tanda KELUAR dan AWAS);
f. Tangga-tangga laluan kecemasan tidak dihalangi (contoh : barang-barang pra
pelupusan);
g. Tiada aktiviti merokok di persekitaran luaran dan dalaman IPKKM (contoh : pantri,
kafeteria, stor, bilik fail, bilik air, ruang tangga, ruang awam dan sebagainya);
h. Peralatan-peralatan rosak hendaklah dilapor dan diselenggarakan dengan segera;
i. Memastikan anak kunci dilabel/ditanda dan memenuhi tatacara keselamatan;
j. Menyediakan buku log peminjaman kunci dan dikemaskini;
k. Menyediakan pelan tindakan kecemasan yang meliputi arahan keselamatan,
latihan pengusian bangunan, tanda amaran, pelan laluan kecemasan dan tempat
berkumpul serta tanda arah laluan kecemasan;
l. Dokumen-dokumen terperingkat perlulah diselengarakan mengikut prosedur yang
telah ditetapkan dan maklumat kerajaan hendaklah dijaga keselamatannya;
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
51 | 55
m. Memastikan alat pemadam menepati kriteria berikut:
i. Penyelengaraan secara berkala
ii. Mempunyai Tatacara Penggunaan Berkeadaan
bersih.
iii. Diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah dicapai
n. Prosedur dan latihan pengungsian bangunan (fire-drill) hendaklah dilaksanakan
sebagaimana Arahan Keselamatan; dan
o. Peruntukan Arahan Keselamatan dipatuhi sepenuhnya.
17. PEMBUDAYAAN KREATIVITI DAN INOVASI
i. Melaksanakan Inovasi atau best practice yang boleh meningkatkan produktiviti dan
kualiti warga tanpa penggunaan peruntukan kewangan yang tinggi; dan
ii. Menggunakan barangan terpakai sebagai salah satu bentuk kreativiti seperti untuk
hiasan setiap zona tau dalam kegunaan amaln EKSA.
18. AMALAN HIJAU
19.1 Melaksanakan program penjimatan tenaga/sumber secara menyeluruh
seperti contoh-contoh berikut:
i. Notis/ arahan penjimatan tenaga.
ii. Penggunaan lampu/ peralatan save energy.
iii. Penetapan suhu optimum.
iv. Penjimatan kertas.
v. Penjimatan air.
vi. Kempen hijau.
19.2 Melaksanakan program kitar semula di peringkat zon.
19.3 Menyediakan analisis penjimatan, sebagai contoh:
i. Kos ii. Masa
iii. Ruang
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
52 | 55
19. PENUTUP
Dengan adanya garis panduan ini diharap dapat membantu warga JURUTERA
DAERAH KUALA TERENGGANU dalam melaksanakan pengurusan persekitaran
yang berkualiti melalui Amalan EKSA dan membudayakannya secara berterusan
sehingga menjadi amalan di IPKKM.
Sebarang pertanyaan berhubung dengan pelaksanaan EKSA di JURUTERA
DAERAH KUALA TERENGGANU boleh diajukan kepada Bahagian Pengurusan Aset
melalui:
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
53 | 55
Garis Panduan Pelaksanaan
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU
54 | 55
1. Wallpaper
2. Screen saver