Post on 06-Feb-2018
GPPRK_v1:2014 (BPPA)
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANGKA KURSUS (COURSE OUTLINE)
PROGRAM AKADEMIK UNIMAS
1. Tujuan
Garis panduan ini bertujuan memberi panduan dan kefahaman kepada Fakulti dan
Pusat di UNIMAS tentang penyediaan dan penulisan rangka kursus untuk program
akademik peringkat Pra-Siswazah, Pra-Universiti dan Pasca Siswazah yang di
tawarkan.
2. Pengenalan
Rangka kursus (course outline) adalah dokumen rujukan rasmi sesuatu kursus
yang ditawarkan dalam program akademik di fakulti dan pusat pengajian. Ia
mengandungi maklumat asas tentang komponen-komponen kursus seperti
kod kursus dan tajuk, sinopsis, hasil pembelajaran, unit pembelajaran, kaedah
penyampaian, strategi penilaian serta sumber rujukan utama.
Dokumen ini adalah panduan kepada pensyarah untuk penyediaan pelan
instruksional (course instructional plan) sepanjang semester penawaran kursus.
Selain itu, dokumen ini juga memberikan gambaran menyeluruh kepada
pelajar tentang hasil pembelajaran yang boleh mereka capai melalui proses
pengajaran, pembelajaran dan penilaian dalam sesuatu kursus yang diikuti.
Salinan rangka kursus untuk program akademik di UNIMAS boleh dimuat turun
oleh pensyarah daripada sistem e-CLASS1 yang boleh diakses melalui alamat
berikut: http://programspec.unimas.my/eclass2
Nama pengguna dan kata laluan boleh diperolehi daripada Dekan Fakulti/Pusat
Pengajian masing-masing.
Rangka kursus bagi program pengajian yang telah menerima kelulusan daripada
Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) TIDAK boleh diubah atau dikemaskini.
Semua permohonan untuk penyediaan rangka kursus baharu atau pengemaskinian
rangka kursus sedia ada untuk tujuan semakan kurikulum perlu dimajukan
melalui emel kepada Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Kurikulum (BPPK)
selaku Urusetia Pasukan Petugas Sistem e-CLASS.
1 e-CLASS (Curriculum, Learning and Assessment Support System) 2 Sebarang perubahan alamat akan dimaklumkan oleh BPPK kepada Fakulti dan Pusat.
GPPRK_v1:2014 (BPPA)
Format rasmi rangka kursus adalah seperti yang dijanakan secara PDF melalui
sistem ini.
3. Komponen Rangka Kursus
Berikut adalah komponen rangka kursus dan huraian tentang keperluan maklumat
untuk komponen tersebut.
a. Kod dan Tajuk Kursus (Code and Course Title)
Kod yang digunakan untuk kursus perlu sama dengan kod fakulti atau pusat
yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Kod Kursus dan Angka Kredit.
Setiap kursus dalam program pengajian yang sama mesti mempunyai kod dan
tajuk kursus yang berbeza.
b. Prasyarat (Prerequisite)*
Kursus yang perlu diambil dan LULUS oleh pelajar sebelum mendaftar untuk
tajuk kursus yang dinyatakan di bahagian (a). * Sekiranya berkaitan sahaja
c. Nama Pensyarah Kursus (Name (s) of Instructor(s))
Nama pensyarah yang bertanggungjawab ke atas kursus sama ada untuk tujuan
pengajaran atau pengemaskinian maklumat kursus dalam sistem.
Senaraikan semua nama pensyarah yang bertanggungjawab sekiranya lebih dari
seorang.
d. Sinopsis (Synopsis)
Satu perenggan yang mengandungi penyataan tentang matlamat umum kursus
termasuk huraian ringkas tentang rasional penawaran kursus dalam program
pengajian. (What is the course all about and its overall aim? How does the course
fit into the overall program curriculum?)
e. Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcomes CLOs)
Hasil pembelajaran kursus adalah penyataan-penyataan yang jelas dan
spesifik tentang apa yang pelajar perlu tahu, faham dan boleh lakukan di akhir
sesuatu kursus (i.e. what learners should know, understand and can do
upon completion of the course).
Penyataan hasil pembelajaran perlu mempunyai elemen SMARTO iaitu: o Specific (Spesifik)
o Measurable (Boleh diukur)
o Achieveable (Boleh dicapai)
o Realistic (Realistik)
o Time Frame (Mempunyai tempoh masa)
o Observable (Boleh dipantau/ditinjau)
Penyataan yang jelas dan spesifik adalah penting untuk memastikan
PENJAJARAN KONSTRUKTIF (constructive alignment) di antara hasil
pembelajaran, kaedah penyampaian (pembelajaran) dan strategi penilaian
kursus akan terbina.
Sumber:
Garispanduan Penulisan
Program Akademik JPT
GPPRK_v1:2014 (BPPA)
Setiap kursus dicadangkan untuk mempunyai tiga (3) hingga lima (5)
penyataan hasil pembelajaran kursus dan setiap penyataan hasil pembelajaran
kursus turut disarankan agar mempunyai satu (1) kata kerja sahaja.
Setiap kursus mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) domain
taksonomi pembelajaran DAN satu (1) elemen kemahiran insaniah.
Aras taksonomi pembelajaran yang dipilih perlu sesuai dengan keluasan
(breadth) dan kedalaman (depth) pengetahuan atau kemahiran yang akan
dikuasai oleh pelajar dan dinyatakan dengan jelas melalui penggunaan kata
kerja (action verb) yang sesuai.
Hasil pembelajaran kursus juga perlu sejajar dengan Hasil Pembelajaran
Program (Program Learning Outcome - PLO) yang telah ditetapkan.
Dicadangkan agar hasil-hasil pembelajaran kursus dipetakan kepada tiga (3)
hingga empat (4) PLO sahaja.
f. Jam Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time SLT)
Jam pembelajaran pelajar adalah beban pembelajaran akademik yang
melibatkan kesemua aktiviti (formal dan tidak formal) yang diperlukan oleh
pelajar termasuk usaha yang perlu mereka lakukan untuk mencapai hasil
pembelajaran kursus dengan berkesan. Aktiviti pembelajaran yang
dimaksudkan adalah seperti berikut:
o Pembelajaran Bersemuka (Guided Learning)
o Pembelajaran Berpusatkan Pensyarah (Instructor Centered Learning)
Syarahan (Lecture)
o Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student Centered Learning)
Tutorial
Amali/Makmal (Laboratory)
Kerja/Lawatan Lapangan (Field Work/Visit)
Aktiviti SCL (Contoh: Problem Based Learning, Case Study, Project
Based Study, Modular Approach)
o Aktiviti Pembelajaran Kendiri (Self Learning Activities)
o Pembelajaran atau Aktiviti SCL tidak bersemuka
o Ulangkaji
o Persediaan Penilaian
o Penilaian Formal
o Penilaian Berterusan (Continuous Assessment)
o Peperiksaan Akhir (Final Examination)
Ianya juga merujuk kepada jumlah masa pembelajaran yang diperlukan untuk
memenuhi keperluan kredit (Peraturan Akademik Pengajian Ijazah Sarjana
Muda UNIMAS 2012/2013).
Satu (1) jam kredit adalah bersamaan dengan 40 jam pembelajaran pelajar
*Catatan: Aktiviti pembelajaran dan anggaran SLT adalah berbeza bagi program
perubatan (peringkat sarjana muda/sarjana)
GPPRK_v1:2014 (BPPA)
g. Unit Pembelajaran (Learning Units LU)
Topik utama dan sub-topik kursus yang perlu dipelajari oleh pelajar sepanjang
semester penawaran kursus.
Penyataan topik dan sub-topik adalah tidak meniru tajuk bab dalam teks
rujukan yang digunakan. (Nota: Rangka kursus bukan dokumen rujukan
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran buku teks.)
Format penyataan topik dan sub-topik juga mesti konsisten untuk semua kursus
dalam program yang sama.
h. Strategi Penilaian (Assessment Strategies)
Bahagian ini menyenaraikan strategi-strategi atau kaedah penilaian serta
pemberatan setiap strategi tersebut.
Pemberatan markah untuk strategi atau kaedah penilaian mesti berdasarkan
kepada Peraturan Akademik Ijazah Sarjana Muda UNIMAS seperti berikut:
Strategi/Kaedah Penilaian
Kursus
Julat
Pemberatan
Markah Penilaian kursus
berdasarkan markah
maksimum bagi kerja
kursus dan ujian di luar
julat adalah tertakluk
kepada kelulusan Senat
Kerja Kursus (Coursework) 20 % 50%
Peperiksaan Pertengahan Semester
(Mid-Semester Examination) 20% - 30&
Peperiksaan Akhir Semester
(Final Examination) 30% - 50%
Kerja Kursus untuk Kursus
Berbentuk Hasil Karya/Praktikum 70% Markah maksimum
i. Rujukan (Learning Resources or References)
Senarai sekurang-kurangnya lima (5) bahan/sumber rujukan utama
pembelajaran yang terkini. Penyenaraian mesti mengikut susunan abjad dan mengikut format yang
konsisten untuk semua kursus dalam program yang sama.
Pensyarah mesti memastikan bahawa bahan/sumber rujukan kursus yang
disenaraikan boleh diperolehi oleh pelajar di Pusat Khidmat Maklumat
Akademik (PKMA) UNIMAS atau dari sumber lain yang diluluskan oleh
fakulti/pusat.
4. Hal-hal lain
Fakulti/pusat mesti memastikan struktur ayat, ejaan dan format yang digunakan
adalah betul sebelum mengesahkan maklumat rangka kursus.
5. Tarikh Berkuatkuasa
Garis panduan ini berkuat kuasa bermula dari tarikh ia diluluskan oleh Mesyuarat
Senat Bil 7/2014 ke 135 iaitu pada 3 September 2014.