Post on 11-Jun-2015
description
KERTAS KONSEP GAYA PENGAJARAN MOSSTON AND ASHWORTH
Pengenalan
Tiada definisi khusus mengenai Kaedah Pengajaran yang di terima pakai, akan tetapi secara meluasnya ia dirujuk sebagai satu set kaedah pengajaran (Galton, 1980) atau format pengajaran (Siedentop, 1991). Di dalam istilah Pendidikan Jasmani, definisinya adalah sebagai kaedah am yang diwujudkan melalui strategi-strategi yang tertentu .
Selama lebih 30 tahun, penulis-penulis di United Kingdom telah mengenal pasti beberapa cara atau kaedah mengajar dan menghubungkaitkannya dgn falsafah pengajaran dan pembelajaran (Bennett, 1978). Bermula dari sini dan hasil penulisan beberapa penulis lain khususnya dlm bidang Pendidikan Jasmani (Kane, 1974) terdapat dua penemuan penting telah dibuat. Pertama, integrasi dalam cara pengajaran adalah berkait rapat dengan penglibatan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Kedua, walaupun diketahui umum setiap guru mempunyai kaedah dan cara tersendiri dalam menyampaikan pengajarannya, tetapi ini tidak akan menghasilkan asas yang stabil atau cekap pengajaran dan pembelajarannya. Pilihan cara atau kaedah pengajaran mestilah berasaskan logik dan saintifik.
Sehingga kini, analisa lengkap berkenaan kaedah pengajaran dan tingkah laku telah dihasilkan oleh Mosston (1966) dari Amerika Syarikat. Idea beliau berkenaan interaksi antara pelajar dan guru telah dikembangkan semenjak hasil penulisan pertama beliau dan telah memberi satu kerangka kerja dalam konteks pengajaran pendidikan jasmani di seluruh dunia. Penulisan beliau begitu berpengaruh sehingga di katakan sebagai “teori yang paling terulung dan terkini dalam bidang pedagogi Pendidikan Jasmani dalam sejarah” (Nixon & Locke, 1973). Kenapa ia berjaya? Jawapannya terdapat didalam kerangka kerja pengajaran yang beliau kenalkan sebagai “Spektra Gaya Pengajaran” (Spectrum of Teaching Styles).
Gaya Pengajaran
“Spektra” mengenengahkan kerangka pilihan atau opsyen dalam hubungan guru dan pelajar. (Mosston & Ashworth, 1986) dan ini berdasarkan kepada pemilihan penting dalam mengambil keputusan. Beliau bahagikan ini kepada tiga kategori yang perlu digunanakan dalam semua pengajaran iaitu sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran.
Sebelum pengajaran keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran; persediaan dan pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian.
Semasa pengajaran keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan.
Selepas pengajaran penilaian dan maklumbalas daripada pelajar.
Spektra menggabungkan 10 kaedah umum di mana guru dan pelajar masing-masing memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap tingkah laku yang disengajakan ialah hasil daripada keputusan yang telah dibuat sebelumnya. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu :
1. Berpusatkan Guru2. Berpusatkan Pelajar
Gaya Pengajaran
Berpusatkan Guru Berpusatkan Pelajar
Arahan Pembelajaran kendiriLatihan Daya usaha
Timbal balik Perlaksanaan individuSemak kendiri Penghasilan mencapah
Inklusif Penemuan terbimbing
Gaya A: Arahan
Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti itu dijalankan.
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru mengawal keseluruhan kelas
Guru membuat semua keputusan dalam P&P
Guru memberi arahan satu persatu
Guru melakukan demonstrasi Guru memberi komen / ulasan
tentang prestasi pelajar Pelajar perlu beri perhatian
kepada arahan guru Pelajar melakukan perlakuan
guru
Sesuai untuk aktiviti aras tinggi dan mengutamakan keselamatan
Sesuai untuk masa P&P yang terhad
Sesuai untuk pembelajaran peringkat awal
Tanggungjawab berpusat kepada guru
Masa latihan pelajar adalah terhad.
Fizikal- Kemahiran Motor
Terjun Papan Anjal: Melakukan aksi
pusingan hadapan menggunakan papan anjal.
Gaya B: Latihan
Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya pengajaran arahan dimana semua keputusan adalah di bawah tanggungjawab guru. Dalam P&P guru memberi tunjuk ajar dan pelajar berpeluang melakukan latihan secara ansur maju dan berperingkat.
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru memberi penerangan aktiviti atau melakukan demonstrasi
Guru menetukan setiap apa yang ingin diajar
Guru melakukan pemerhatian terhadap pelajar semasa P&P dan memberi maklumbalas, tunjuk ajar dan soal jawab.
Pelajar melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru.
Sesuai untuk masa P&P yang terhad
Sesuai untuk pembelajaran peringkat awal
Pelajar mempunyai lebih masa untuk latihan.
Fizikal-Pembentukan Kemahiran Motor:
Hoki: Melakukan
kemahiran menggelecek menggunakan skitel.
Gaya C: Timbal balik
Gaya pengajaran ini boleh menjadi satu kaedah yang afektif dalam perubahan terhadap kaedah mengajar di dalam kelas. Perbezaan dalam kaedah ini adalah, setiap pelajar melakukan latihan secara berpasangan.
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menentukan apa yang akan dipelajari
Guru memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti
Guru melakukan demonstrasi lanjut untuk menguji perlakuan pelajar
Guru memerhati dan fokus kepada pelajar melalui pemerhatian
Aktiviti dilakukan secara berpasangan oleh pelajar
Seorang pelajar menjadi pemerhati dan seorang lagi akan melakukan aktiviti.
Pelajar dinilai berdasarkan kriteria perlakuan yang telah disediakan
Guru bertanggungjawab pada awal P&P
Aktiviti dilakukan secara berpasangan
Pelajar menilai sendiri perlakuan yang telah dipelajari
Guru menyediakan senarai semak dan lampiran gambar kepada pelajar
Fokus kepada perhubungan sosial di samping mempelajari aktiviti.
Sosial- KerjasamaKognitif – Pemerhatian, menganalisis
Bola sepak: Melakukan
kemahiran menanduk bola ke arah gol secara berpasangan.
Gaya D: Semak kendiri
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menentukan apa yang akan dipelajari
Guru menentukan kriteria pembelajaran
Guru memberi penerangan sebelum memulakan P&P
Pelajar bertanggungjawab dalam menilai perlakuan diri
Sesuai bagi perlakuan yang mudah dikenalpasti
Pelajar bertanggung-jawab di atas pembelajaran
Menghadkan perhubungan sosial di antara guru dengan pelajar
Sosial- Menilai kemampuan kendiri.
Bola Baling: Melakukan
kemahiran menjaring berdasarkan kad bergambar.
Gaya E: Inklusif
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menentukan apa yang akan dipelajari
Guru menentukan kriteria pembelajaran
Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memilih tahap pembelajaran mengikut kemampuan diri
Pelajar memilih sendiri tahap prestasi sebelum melakukan aktiviti
Pelajar membuat keputusan untuk melakukan aktiviti pada tahap tinggi.
Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kejayaan
Semua pelajar berupaya melakukan aktiviti walaupun berbeza kebolehan diri
Pelajar boleh membuat keputusan sendiri.
Sosial- Memaksimumkan kemahiran kendiri
Lompat tinggi: Melakukan aksi
lompatan pada jarak ketinggian yang berbeza-beza.
Gaya F: Pembelajaran Kendiri
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru sebagai pemerhati kepada pelajar
Pelajar menetapkan apa yang akan dipelajari
Pelajar menetapkan pendekatan sendiri
Semua perkara berkaitan dengan pembelajaran ditetapkan sendiri oleh pelajar
Pelajar boleh membuat keputusan sendiri.
Tiada bantuan guru
Kognitif- Pemahaman
Hoki: Melakukan
kemahiran menolak dalam pelbagai posisi badan.
Gaya G: Penghasilan Mencapah
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menetapkan tugasan yang mempunyai pelbagai jawapan
Guru mendorong pelajar untuk menilai setiap jawapan dan membuat perbandingan
Pelajar cuba mencari perbandingan jawapan
Pelajar menilai jawapan untuk menetapkan keberkesanannya.
Tugasan disediakan oleh guru
Tugasan mempunyai banyak cara penyelesaian
Sesuai untuk aktiviti pembangunan pasukan
Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif
Memupuk sikap kerjasama di antara pelajar
Kognitif- Kemahiran berfikirSosial- Keyakinan
Gimnastik: Melakukan
aksi guling dari titik A ke titik B tanpa menggunakan kaki.
Gaya H: Pembelajaran Individu
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,untuk memahami masalah dan berfikir secara logik dan sistematik. Pelajar menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikan tugasan mengikut kebolehan individu.
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru hanya membantu pelajar sebagai penasihat
Guru memantau proses pembelajaran
Pelajar merancang program atau aktiviti pembelajaran
Pelajar menetapkan tugasan serta penyelesaian
Tugasan dan masalah ditetapkan oleh pelajar
Kognitif- Merancang
Gimrama: Merancang
satu rutin tarian dalam persembahan menggunakan belantan.
Gaya I: Penemuan terbimbing
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah limitassi. Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah membenarkan penglihatan yang lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menetapkan tugasan dan mempunyai pelbagai soalan
Guru merancang P&P dan guru menyediakan
Kognitif- pelbagai konsep
yang hanya menjurus pada satu jawapan sahaja
Guru memberi ruang masa kepada pelajar untuk berfikir dan bertindak
Guru mengubah soalan jika pelajar gagal mencari jawapan
Pelajar melakukan tugasan berdasarkan soalan yang diberkan guru.
Pelajar memberi jawapan.
tugasan.Kajian: Membuat
perbincangan dengan guru tentang kajian yang dijalankan.
Gaya J: Daya usaha
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru memantau proses pembelajaran
Pelajar merancang program atau aktiviti pembelajaran
Pelajar berusaha sendiri untuk menetapkan tugasan
Pelajar memilih gaya pembelajaran kendiri
Tugasan ditetapkan sendiri oleh pelajar
Gaya pembelajaran ditetapkan oleh individu
Kognitif- AplikasiSosial- Bertanggungjawab
Mengajar: Mengaplikasikan
kemahiran mengajar PJ di sekolah.
Kesimpulan
Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawab dalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuan dan kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja Mosston, guru akan dapat mewujudkan suasana kerja yang optima dan mengekalkan disiplin serta menetapkan satu tahap pencapaian yang tinggi. Melalui kaedah ini juga, guru dapat memudahkan pemikiran pelajar dan akan berjaya mencapai pelbagai objektif pembelajaran dalam pendidikan jasmani.
Rujukan
Wee Eng Hoe (2009). Siri Pendidikan Guru: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Karisman Publications Sdn Bhd. Shah Alam.
Mosston, M., & Ashworth, S. (1994). Teaching physical education (4th ed.). Columbus, OH: Merrill Publishing Company.
Physical Education Resources: http://physicaleducationresources.com/ teachingstylesmosstonpe. aspx
Sports-media : http://www.sports-media.org/sportapolisnewsletter23newlook.htm
Snowbird : http://www.snowbird.com/imagelib/mtnschool/mspdf/ms_tstyles.pdf