Gelanggang

Post on 22-Jul-2015

174 views 4 download

Transcript of Gelanggang

GELANGGANGNama ahli kumpulan:

Nur ‘Ain AthirahNur AqilahSiti Nur AfiqahNurfatihah

SAJAK GELANGGANG

Ini gelanggang kitayang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebihlima dekad yang lalusatu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucudi kemudian hari

hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringatdan air matadengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyatberpadukita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hatikita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahatkerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagaiKeturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahandemi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci inisuara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuhhati nuranikita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugahgelanggangjangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhwahelakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah iniagar kecemerlangan tercerna di persada arena terus memacu kejayaan demi maruah harga jati dirimembina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormatikita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

MAKSUD RANGKAP

RANGKAP 1

Dengan kebijaksanaan nenek moyang kitakira-kira 50 tahun yang lampau, negara initelah berjaya dimerdekakan. Hal inidisebabkan adanya persepakatan antara kaumdi negara ini

RANGKAP 2

Usaha memerdekakan negara memerlukanpengorbanan yang besar. Hal inilah yang telahdilakukan oleh nenek moyang kita sebelum ini. Generasi kini perlulah bersama-samamempertahankan kemakmuran dan kedaulatannegara daripada ancaman luar yang inginmenggugat kestabilan negara. Kedaulatannegara akan dapat dikekalkan seandainya setiapkaum mengamalkan sikap bersatu padu danbertoleransi

RANGKAP 3

Demi negara tercinta,rakyat hendaklah beraniberjuang mempertahankan maruah negara. Tidak ada sikap tolak ansur terhadap anasir-anasir yang cuba menggugat keharmoniannegara. Sekiranya ada pihak yang cubamengucar-ngacirkan negara,mereka perluditentang habis-habisan.

RANGKAP 4

Rakyat diseru agar mengukuhkan perpaduandan mengelakkan pertelingkahan sesamasendiri.

Rangkap 5

Setiap orang perlu memikul tanggungjawabbagi mempertahankan kedaulatan negara.Perpaduan yang dipupuk itu akanmenyebabkan negara kita menjadi aman danseterusnya dihormati oleh negara lain.Sewajarnya kita mencurahkan sepenuhketaatan kepada negara tercinta ini sampaibila-bila.

TEMA

Tema sajak ini ialah pentingnyamempertahankan kedaulatan tanah air kitayang tercinta. Usaha dan perjuangan nenekmoyang dalam memerdekakan danmendaulatkan tanah air wajar dikenang.Oleh itu, kerjasama dan perpaduan antarakaum perlulah dipererat.

PPERSOALAN

1.Perlunya generasi kini menghargai usahayang dilakukan oleh nenek moyangterdahulu membangunkan negara.

2.Perpaduan dalam kalangan rakyat amatpenting dalam sesebuah negara agar dapatmewujudkan negara yang berdaulat.

3.Pertelingkahan dan permusuhan akanmenghancurkan negara.

4.Semua rakyat di negara ini wajibmencurahkan sepenuh ketaatan dan kasihsayang terhadap negara.

5.Usaha membangunkan negaramemerlukan kerjasama daripada pelbagaipihak.

BENTUK SAJAK

1.Sajak ini berbentuk bebas.

2.Sajak ini terdiri daripada lima rangkap

3.Bilangan barisnya tidak sama, iaitu:-rangkap pertama ada lima baris.-rangkap kedua ada lapan baris.-rankap ketiga ada tujuh baris.-rangkap keempat ada dua baris.-rangkap kelima ada lima baris.

4.Rima akhir sajak ini ialah bebas.

5.Jumlah patah kata dan suku kata dalamsajak ini juga tidak sama.Misalnya pada:

-rangkap ketiga baris pertama adalapan patah kata dengan duapuluh satu suku kata.

-sebaliknya pada rangkap keduabaris keempat ada satu patahkata dengan tiga suku kata.

GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI

1.ANAFORA

Contoh:

-kita peliharakita mempertahankan

(rangkap 2, baris 5 dan 6)

3.METAFORA

Contoh:

-gelanggang keramat

4.PERLAMBANGAN

Contoh:

-pewaris gelanggang“Pewaris” bermaksud generasi kini.Dalam sajak ini “pewaris gelanggang” membawa maksud rakyat di negara ini.

5.REPITISI

Contoh:

-kata “gelanggang” disebut sebanyakenam kali dalam sajak ini.

Unsur bunyi

6.-ASONANSI

Contoh:

-kita pelihara gelanggang ini dengan kejapsepenuh hati.

(pengulangan bunyi yang sama pada vokal ‘e’ sebanyak enam kali)

-ALITERASI

Contoh:

-kitalah pewaris menjunjung amanah ini

(pengulangan bunyi yang sama padakonsonan ‘h’ sebanyak dua kali)

NADA

Sajak ini bernada patriotisme.

-nada patriotisme sesuai dengan sajaktersebut yang menggambarkanperasaan cinta penyajak terhadap tanahair.

NILAI

1.CINTA AKAN TANAH AIR.

Contoh:

-Cinta akan negara perlulah dipupukdalam diri setiap warga negara.

2.PENGHARGAAN

Contoh:

-jasa nenek moyang kita memerdekakannegara ini perlulah dihargai.

3.BERSATU PADU

Contoh:

-kemerdekaan yang dikecap adalah hasilperpaduan antara kaum di negara ini.

4.KETAATAN

Contoh:

-Taat dan setia kepada negara tanpaberbelah bagi merupakan cara untukmenunjukkan kesetiaan.

5.PENGORBANAN

Contoh:

-Pendekar sanggup berkorban demi negaratercinta.

6.BERTANGGUNGJAWAB

Contoh:

-Semua rakyat di negara inibertanggungjawab menjaga kedaulatannegara daripada ancaman anasir luar.

PENGAJARAN

1.Kita hendaklah memiliki perasaancinta akan negara tanpa berbelah bagi.

2.Kita hendaklah menghargai jasa yang dicurahkan oleh nenek moyang kitayang berusaha memerdekakan negaraini.

3.Untuk menjamin keharmonian negaradikekalkan, rakyat di negara ini perlulahbersatu padu.

4.Kita perlulah bersedia untuk berkorbandemi negara.

5.Setiap warganegara bertanggungjawabmenjaga kedaulatan negara daripadaancaman anasir luar.

Terima kasih