Post on 02-Jul-2015
BAB 1
PENGENALAN
Tanah Melayu panggilan sebelum ditukarkan kepada Malaysia, merupakan sebuah tanah
jajahan Inggeris. Tanah Melayu berada di bawah pentadbiran Inggeris sehingga mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Semasa di bawah pentadbiran Inggeris, satu peristiwa yang
menjadi sejarah telah berlaku iaitu percubaan berterusan merampas kuasa oleh pengikut ideology
komunis. Pihak Inggeris menangani masalah ini dengan mengisytiharkan darurat pada tahun
1948 sehingga tahun 1960.
Komunisme merupakan ideologi politik yang diasaskan oleh Karl Marx di Eropah pada
akhir abad ke-19. Ideology ini tersebar luas ke seluruh Rusia pada tahun 1917, selepas kejayaan
Revolusi Rusia berjaya menggulingkan kerajaan Tzar Nicholas II. Pada tahun 1919, Pertubuhan
Komunis Antarabangsa (Comintern) ditubuhkan di Moscow untuk menyebarkan ideology dan
pengaruh komunis ke seluruh dunia. Pada awal tahun 1920-an, ideology komunis mula mendapat
tempat di Asia Tenggara. Perkembangan ideology komunis di Asia Tenggara berkait rapat
dengan peranan Parti Komunis China yang menubuhkan Parti Komunis Nanyang di kawasan
Hindia Timur, Indo-China, Singapura dan Tanah Melayu sekitar tahun 1928-1930.1 Pada tahun
1924-1937, wujud pakatan antara Parti Komunis China dengan Kuomintang di Negara China.
Pakatan ini memberi kesan kepada gerakan komunis di peringkat antarabangsa, terutama dalam
menyebarkan pengaruh komunis di Asia Tenggara2.
Darurat merupakan satu istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk merujuk
kepada keadaan kekacauan yang meletus di Tanah Melayu, akibat kebangkitan komunis antara
1 Andaiya. 1983,Sejarah Malaysia, Petaling Jaya.(m/s 103)
2 ibid
tahun 1948-1960. Kekacauan itu dicetuskan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang berjuang
untuk menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu. Ideology komunis mula disebarkan
di Tanah Melayu pada tahun 1930an. Ideology ini semakin berkembang semasa pendudukan
Jepun pada tahun 1941-1945, akibat perasaan anti-Jepun yang tersebar meluas dan bersatu di
bawah satu pertubuhan yang dinamakan ‘Malayan People Anti-Japanese Army’ (MPAJA) yang
dinaungi PKM3. Walaupun British bekerjasama dengan MPAJA dan PKM semasa pendudukan
Jepun, namun selepas tahun 1945 british enggan menerima PKM. Sejak itu bermulalah
penentangan PKM terhadap British di Tanah Melayu yang membawa kepada pengisytiharan
darurat pada bulan Jun 1948 dan berlangsung sehingga Julai 19604.
Sebelum tahun 1937, sambutan orang Cina terhadap PKM tidak begitu menggalakkan.
Tetapi selepas kekalahan Negara China dalam perang China-Jepun (1937-1941), PKM berjaya
mempengaruhi perasaan anti-Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu untuk menyokong
perjuangan mereka. Dasar PKM bekerjasama dengan British semasa Perang Dunia Kedua
menjadikannya pengaruhnya semakin meluas. Kerjasama dengan British melalui ‘Force 136’
memberi PKM peluang untuk meluaskan sokongan daripada kalangan orang awam. Menjelang
tahun 1945, anggota MPAJA dan PKM dikatakan berjumlah 10000 orang. Selepas berakhirnya
Perang Dunia Kedua dan sebelum tentera British kembali semula ke Tanah Melayu, PKM dan
MPAJA keluar dari hutan dan mengambil alih pemerintahan selama tiga minggu. Dalamm
tempoh itu, tentera komunis yang dikenali debagai ‘Bintang Tiga’ bertindak kejam terhadap
penduduk tempatan yang dituduh bersuhabat atau bekerjasama dengan Jepun.
3 Suntralingam R.1987,Pensejarahan Barat ,Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti (m/s 137
4 Ibid.
Setelah British kembali semula memerintah, Tanah Melayu diletakkan di bawah
Pentadbiran Tentera British (BMA). Pada bulan Disember 1945, BMA mengarahkan MPAJA
menyerahkan semua senjata dan membubarkan pasukan gerila yang ditubuhkan semasa
pendudukan Jepun. Walaupun MPAJA mematuhi arahan itu, tetapi tidak semua senjata yang
diserahkan kepada kerajaan. Ini kerana sebahagian besar senjata dan bekalan makanan masih
disembunyikan di hutan. Tindakan MPAJA meletakkan senjata itu lebih merupakan satu
simbolik untuk menggambarkan bahawa PKM berjuang atas landasan perlembagaan.
Menjelang pertengahan tahun 1948, keganasan PKM semakin hebat dan terlibat dalam
banyak pembunuhan. Antara bulan Oktober 1945 hingga Disember 1947, PKM telah melakukan
191 pembunuhan dan dalamm masa enam bulan pertama sebanyak 107 kes pembunuhan telah
direkodkan ke atas PKM5. Kemuncak keganasan berlaku pada 12 Jun 1948, apabila tiga orang
pemimpin Parti Kuomintang dibunuh di Johor dan diikuti oleh pembunuhan tiga orang peladang
Eropah dalam masa satu hari di Sungai Siput pada 16 Jun 1948. Peristiwa ini memaksa
Pesuruhjaya Tinggi British Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan di
Perak dan Johor pada 18 Jun 1948. Sehari selepas itu, kerajaan British mengisytiharkan darurat
di seluruh Tanah Melayu. Ia diikuti dengan Singapura pada 23 Jun 1948. British
menguatkuasakan Undang-undang Darurat di seluruh Tanah Melayu dan mengharamkan PKM
serta pertubuhan di bawah naungannya pada bulan Julai 1948.6 Oleh itu bermulalah secara rasmi
usaha kerajaan untuk memerangi keganasan komunis di Tanah Melayu. PKM seterusnya
memulakan kegiatan secara gerila melalui gerakan ‘bawah tanah’. Selain itu, pembunuhan
5 Ibid.,(m/s 150)
6 Prof Khoo Kay Kim dan Adnan Haji Nawang.1984, Darurat 1948-1960, Kuala Lumpur : Muzium Angkatan Tentera. (m/s 5)
seorang mata-mata khas, Azri bin Baki di Gunung Rapat,Ipoh,Perak direkodkan berlaku pada 4
Jun 1952. Beliau telah ditembak berdekatan sekolah semasa menjalankan rondaan dengan tiga
orang pengawal kampong sehari sebelumnya. Pada 4 Januari 1957, Komander ‘Home Guard’,
Lee Teng Cheong dibunuh oleh komunis bersama abang iparnya, Teo Chiah Kiah ketika sedang
bekerja di kebun ubi kayu berhampiran dengan kampong Gunung Rapat7.
Sebagai salah satu langkah membanteras komunis, British telah menguatkuasakan
Undang-undang Darurat di seluruh Tanah Melayu pada tahun 1948. Di bawah Undang-undang
Darurat, beberapa langkah telah dilaksanakan. Antaranya ialah pengenalan sistem pendaftaran
kebangsaan. Demi memudahkan pasukan keselamatan mengenal pasti pengganas komunis,
setiap warganegara yang berumur 12 tahun ke atas wajib mendaftarkan diri dan mempunyai kad
pengenalan. Mereka mesti membawa kad pengenalan ini ke mana sahaja mereka pergi agar
memudahkan pemeriksaan oleh pasukan keselamatan yang sering mengadakan sekatan jalan.
Selain itu, kerajaan juga boleh menangkap sesiapa yang disyaki sebagai anggota komunis,
anggota Min Yuen atau tali barut komunis tanpa pembicaraan. Melalui langkah ini, seramai 6000
orang telah ditahan pada akhir tahun 1949. Malah, sekatan jalan raya juga diadakan untuk
menghalang pergerakan bebas komunis. Sekatan jalan raya juga bertujuan mengelakkan bekalan
makanan, ubat-ubatan, pakaian dan senjata sampai kepada komunis. Perintah berkurung juga
dikuatkuasakan di kawasan yang disyaki terancam atau menjadi tempat persembunyian
pengganas komunis. Selain itu juga, sesiapa yang didapati terlalu berbahaya akan dibuang negeri
atau dihantar balik ke China. Pada tahun 1950, seramai 7000 orang Cina dihantar balik ke
China.8 Kerajaan juga mengambil langkah mengharamkan parti-parti radikal seperti API,
AWAS, PUTERA dan ‘Malayan Democratic Union’.
7 Ibid., (m/s 10)
8 Ibid., (m/s 17)
Dengan ini, komunis berkembang secara meluas di Tanah Melayu. Pergerakan komunis
dapat dihentikan melalui pengisytiharan darurat oleh British. Namun begitu pelbagai kesan telah
dialami selepas pengisytiharan darurat. Jika dilihat darurat di kawasan Gunung Rapat, Ipoh,
Perak, beberapa insiden telah berlaku yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat teruama
penduduk tempatan, pihak keselamatan dan penjajah. Kajian ini akan menumpukan segala hal
yang melibatkan darurat di Gunung Rapat. Kajian ini akan mencakupi sebab-sebab berlakunya
insiden-insiden tersebut, kesan akibat daripada insiden-insiden dan tindak balas kerajaan
terhadapnya dalam lingkungan daerah yang dikaji iaitu daerah kecil Gunung Rapat. Sebelum itu,
kita akan mengkaji tentang latar belakang Gunung Rapat terlebih dahulu.
BAB 2
LATAR BELAKANG GUNUNG RAPAT
Gunung Rapat merupakan salah sebuah pekan di daerah Ipoh. Kini ia berada di bawah
pemerhatian Majlis Bandaraya Ipoh. Dulu ia menjadi tumpuan utama semasa pengisytiharan
darurat. Komunis banyak bergerak di kawasan-kawasan seperti ini. Sebelum menjadi kawasan
komunis, ia telah menjadi kawasan utama masyarakat tempatan sebagai hutan simpanan negeri
Perak. Kita akan melihat zaman ‘kegemilangan’ negeri Perak semasa pentabiran British. British
berjaya campur tangan di negeri Perak melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. System
residen diperkenalkan. Residen British telah memperkenalkan beberapa pembaharuan yang
mengakibatkan masyarakat setempat Perak tidak puas hati. Ini akhirnya membawa kepada
pembunuhan Birch pada November 1875 di Pasir Salak.
British berjaya campur tangan di negeri Perak melalui Perjanjian Pangkor pada
tahun 1874. Sistem Residen diperkenalkan. Residen British telah memperkenalkan beberapa
pembaharuan yang mengakibatkan masyarakat setempat Perak tidak puas hati. Ini akhirnya
membawa kepada penentangan terhadap British, iaitu Perang Perak dengan pembunuhan Birch
pada November 1875 di Pasir Salak.
Dengan campur tangan British di Perak, seorang Residen telah ditempatkan. Kedudukan
sultan dan pembesar dikekalkan. Residen berkuasa menasihati Sultan mengenai semua hal
kecuali hal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Tugas beliau merangkumi pentadbiran
am negara termasuk pungutan cukai, menjaga keamanan dan kesalamatan dalam negara.
Residen Perak, iaitu Birch telah mengadakan perubahan dalam pentadbiran Perak.
Perubahan yang diamalkan oleh Birch merupakan unsur baru dan bercanggah dengan amalan
tradisi di Perak sebelum itu. Perubahan ini telah menjejaskan kedudukan pembesar-pembesar dan
Sultan Abdullah sendiri. Birch telah memusatkan pungutan cukai dan diletakkan di bawah tugas
seorang pegawai Eropah. Pegawai-pegawai yang dilantik oleh Residen sebagai wakil Sultan
sahaja yang boleh memungut cukai. Sekiranya ada sesiapa yang memungut cukai, mereka akan
didenda. Hal ini telah mengakibatkan para pambesar hilang kuasa mereka dalam pemungutan
cukai seperti yang dilakukan sebelum itu. Pungutan cukai dalam kawasan jagaan masing-masing
adalah sumber pendapatan pembesar pada masa dahulu dan juga sumber bagi menanggung
pengikut mereka. Sebelum penglibatan British dana pengenalan baru ini, pembesar-pembesar di
Perak mempunyai kuasa dalam kawasan masini-masing. Ini bermakna peraturan lama yang
sekian lama yang diamalkan di Perak telah dihapuskan oleh Birch.
Birch dalam usaha pemusatan pungutan cukai telah dengan jelasnya melanggar adat
tradisi masyarakat Perak. Ini adalah kerana mengikut adat, Raja Bendahara dapat cukai
bertangan dan menjadi makanannya. Orang Kaya Temenggung mendapat hasil pajakan garam,
wang penembus cupak, gantang, kati dan pikul. Orang Kaya Menteri mendapat hasil daripada
Larut. Tok Maharaja mendapat hasil daripada tiap-tiap perahu yang keluar masuk. Beliau juga
tidak dikenakan cukai ke atas segala barangan yang dibawanya. Datuk Laksama mendapat
kebenaran membawa keluar seratus bahara timah setahun tanpa cukai, di samping menguasai
pinggir laut jajahan Perak. Datuk Syahbandar boleh membawa keluar timah sebanyak 50 bahara
setahun tanpa cukai. Datuk Seri Andika Diraja berkuasa di Sungai Temung, semua hasil di sini
menjadi haknya. Datuk Panglima Kinta berkuasa dari kuasa hingga ke ulu Sungai Kinta. Semua
hasil yang dipunggut di sini menjadi kepunyaannya. Datuk Panglima Bukit Gantang berkuasa di
Sungai Lima, berhak ke atas semua hasil yang dipunggut di sini. Datuk Sagor Diraja mendapat
hasil dari tiap-tiap perahu yang keluar masuk dan beliau dikecualikan dari ke atas semua
barangan yang dibawanya, Imam Paduka Tuan mendapat hasil melalui pungutan cukai zakat,
fitrah, sedekah, kematian, dan perkahwinan.
Di Perak, cukai-cukai tertentu dikenakan ke atas perahu dan perahu dagang. Perahu
nelayan yang boleh membawa 3 orang di dalamnya dikenakan cukai sebanyak 50 sen, perahu
untuk menangkap ikan juga 50 sen, perahu dagang dan tongkang dikenakan sebanyak satu
ringgit. Sesiapa yang melanggar peraturan tersebut akan didenda. Dendanya tidak melebihi 20
ringgit dan perahu-perahu tersebut akan dirampas.
Birch telah campur tangan dalam adat perhambaan. Beliau telah menamatkan amalan
perhambahan tanpa memberikan ganti rugi kepada pembesar-pembesar. Penentangan terhadap
pengambilan hutang oleh Birch telah membangkitkan kemarahan pembesar-pembesar Melayu.
Sistem pengabdian hutang merupakan adat resmi Melayu yang lama. Selain itu, Birch memberi
perlindungan kepada hamba abdi yang melarikan diri daripada tuan-tuan mereka. Contohnya,
Birch telah melindungi hamba abdi perempuan kepunyaan Sultan Abdullah yang melarikan diri.
Birch juga mamarahi Sultan Abdullah kerana menunggut kembali hamba abdinya yang
melarikan diri ini supaya dipulangkan kepada baginda. Sultan dan pembesar-pembesar Melayu
marah kerana hamba-hamba itu tetapi Birch telah melanggar syarat-syarat Perjanjian Pangkor
dengan campur tangan dalam adat resam orang Melayu.
J.W.W. Birch telah menamatkan hak mengutip cukai Sultan dan pembesar-pembesar
Melayu tanpa bayaran ganti rugi yang mencukupi. Langkah tersebut boleh dikatakan telah
mengancam kedaulatan tradisional dan kekuasaan para pembesar Melayu. Birch telah
membangkitkan kemarahan Sultan Abdullah dengan membatalkan pajakan baginda kepada Lee
Cheng Tee sebanyak $2600 setahun bagi pungutan cukai kastam di Perak, kemudiannya Birch
sendiri membuat tawaran pajakan baru. Beliau memajakan cukai kepada minuman keras serta
candu berjumlah $6000 sebulan kepada Lee Cheng Tee dan rakan-rakannya yang salah seorang
daripada mereka meminjamkan sejumlah wang yang besar kepada Birch.
Birch melantik pegawai-pegawai British bagi pungutan cukai. Tindakan Birch ini telah
dikritik bukan sahaja oleh orang-orang Melayu tetapi juga oleh Gabenor dan pedagang-pedagang
Negeri-negeri Selat. Ketidakpuasan hati terhadap pengenalan Sistem Residen di Perak
mengakibatkan komplot antara pembesar-pembesar Melayu bertindak untuk membunuh Birch.
Pada 20 Julai 1875, sebuah persidangan telah diadakan di Durian Sebatang bagi membincangkan
tindakan Birch yang semakin melampau. Semua pembesar hadir kecuali Raja Ismail dan Raja
Yusof dan mesyuarat ini berakhir dengan persetujuan untuk membunuh Birch. Tugas tersebut
dipikul oleh Dato Maharaja Lela.
Pada 2 Oktober 1875, Birch telah berjaya memaksa Sultan Abdullah untuk
menandatangani surat pengisytiharan penyerahan kuasa dengan sokongan Sir William Jer Vois,
justeru beliau telah ditugaskan menampal surat pengisytiharan itu. Kesempatan ini digunakan
oleh Dato Maharaja Lela untuk melancarkan pembunuhan ke atas Birch. Pada bulan November
1875, Birch mati ditikam oleh Seputum dan Pandak Induk (orang suruhan Dato Maharaja Lela)
ketika beliau sedang mandi di Sungai Pasir Salak. Pembunuhan Birch telah menggemparkan
pihak British dan mereka telah mencetuskan peperangan antara pembesar-pembesar Melayu
dengan Inggeris. Sepasukan tentera Inggeris dihantar untuk memburu Dato Maharaja Lela.
Akhirnya, pejuang-pejuang yang terlibat dalam peperangan dijatuhkan hukuman gantung sampai
mati di Mantang pada 20 Februari 1877. sulta Abdullah, Menteri Larut Ngah Ibrahim, Dato
Laksamana dan Dato Syahbandar telah dibuang negeri ke Pulau Seycheles. Manakala Raja
Ismail telah diperintah meninggalkan Perak dan menetap di Johor. Raja Yussof ditabalkan
sebagai Sultan pada tahun 1886 dan secara keseluruhan pihak British telah menang dalam
pertempuran Perang Perak serta Sistem Residen terus dikekalkan sehingga pendudukan Jepun.
Selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, komunis telah mula menyebarkan konsep
komunis untuk kepentingan diri di seluruh Tanah Melayu. Ini telah member kesan yang amat
kuat kepada masyarakat Gunung Rapat.
BAB 3
KOMUNIS DAN DARURAT DI GUNUNG RAPAT
PKM telah beralih kepada dasar agresif apabila dasar berperlembagaan gagal mencapai
cita-cita mereka untuk menubuhkan sebuah Repblik Komunis Malaya. Dasar baru yang
digunakan oleh PKM ialah percubaan mempengaruhi golongan massa menentang pemerintahan
British. PKM telah membentuk pasukan gerila MRLA (Malayan Races Liberation Army) dan
melancarkan perang gerila serta masuk ke dalam hutan. Tindakan ganas PKM bermula di lading-
ladang getah. Antara keganasan yang dilakukan adalah memusnahkan banyak harta benda dan
bangunan, melancarkan mogok secara besar besaran di Singapura (pertengahan 1948),
menghasut persatuan pekerja-pekerja getah di Singapura membakar kilang getah Ben Seng,
melakukan perbuatan khianat seperti mengelincirkan keretapi dari landasannya, pada 4 Januari
1957, Komander ‘Home Guard’, Lee Teng Cheong dibunuh oleh komunis bersama abang
iparnya, Teo Chiah Kiah ketika sedang bekerja di kebun ubi kayu berhampiran dengan kampong
Gunung Rapat, dan sebagainya9.
Sasaran utama pihak komunis adalah pengurus ladang, orang cina yang berkhidmat
dengan British dan ejen-ejen Kuomintang. Pada 18 Jun 1948, British telah mengisytiharkan
darurat di Perak dan Johor akibat pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Inggeris di
Sungai Siput dan pembunuhan seorang mata-mata khas, Azri bin Baki di Gunung
Rapat,Ipoh,Perak direkodkan berlaku pada 4 Jun 1952. Darurat seluruh Negara diumumkan pada
23 Jun 194810. Berikutan itu, PKM telah diharamkan oleh British. PKM telah menubuhkan Min
Yuen yang berfungsi sebagai pembekal gerila-gerila PKM dengan bekalan makanan, perubatan
dan maklumat tentang kegiatan komunis.
9 Ho Hui Ling . 2004, Darurat 1948-1960-Keadaan Sosial Di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya (m/s 99)
10 Ibid., (m/s 100)
British telah mengambil tindakan yang tegas dalam membanteras ancaman komunis.
Pengarah Gerakan Baru, Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs telah mengenal pasti bahawa
system bekalan Min Yuen dan MRLA harus dilemahkan. Ini kerana kekuatan utama PKM
bergantung pada Min Yuen dan MRLA. Rancangan Briggs dan rancangan ketenteraan telah
melemahkan Min Yuen dan secara langsung PKM. Walau bagaimanapun, PKM yang tidak
mudah putus asa memperhebatkan lagi perjuangan mereka. Menjelang pertengahan keduatahun
1951, serangan besar besaran dilancarkan. Keganasan dan semangat PKM meningkat apabila
Pesuruhjaya Tinggi Sir Henry Gurney mati dibunuh oleh sekumpulan gerila komunis di jalan
sempit ke Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951.
Namun, PKM tidak dapat bertahan lama. Usaha gigih kerajaan persekutuan melemahkan
semangat dan sokongan PKM. Melalui perikatan politik antara UMNO dengan MCA dan hasrat
British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, perjuangan PKM semakin lemah. Pada
November 1955, ketua PKM , Chin Peng telah menulis surat kepada Tuanku Abdul Rahman
dengan mencadangkan satu rundingan antara PKM dan pihak Tunku. Tungku bersetuju untuk
rundingan tersebut diadakan di Baling, Kedah pada 28 dan 29 Disember 1955. Rombongan
kerajaan disertai oleh Tunku Abdul Rahman, David Marchall dan Tan Cheng Lock manakala
PKM diwakili Chin Peng, Rashid Mahideen dan Chen Tien.
Tunku telah menawarkan tawaran pengampunan secara beramai-ramai tetapi Chin Peng
mahu kerajaan mengiktiraf PKM sebagai sebuah Parti Politik yang sah. Rundingan Baling gagal
apabila Tunku tidak bersetuju dengan syarat PKM. Akhirnya, kerajaan menarik balik tawaran
pengampunanan beramai-ramai dan PKM masuk semula ke hutan untuk meneruskan perjuangan
mereka. Darurat telah diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960 apabila ancaman komunis
berkurangan dan tidak membimbangkan.
Seterusnya kita akan melihat kepada sebab-sebab kegagalan pemberontakan bersenjata
PKM. Yang petama adalah, oleh pihak British mewajibkan pendaftaran penduduk. System kad
pengenalan diperkenalkan bertujuan untuk mengasingkan rakyat dengan pengganas komunis. Di
bawah sistem ini setiap penduduk yang berumur 12 tahun keatas mesti didaftarkan dan memiliki
kad pengenalan. Langkah ini akan memudahkan pengenalan setiap penduduk dan dengan itu
tindakan mereka akan dikawal.
Selain itu, peruntukkan khas di bawah undang-undang Darurat juga diwujudkan untuk
mengawal komunis. Beberapa peruntukan khas yang diwujudkan dalam undang-undang Darurat
untuk memberi kuasa khas kepada pihak kerajaan, iaitu:
a) Kuasa menahan seseorang tanpa had masa dan tanpa dibicarakan
b) Kuasa menggeledah dan menangkap tanpa memerlukan waran
c) Kuasa untuk mengisytiharkan perintah berkurung bagi sesuatu kawasan
d) Kuasa memenjarakan seseorang sehingga 10 tahun jika memiliki dokumen subversive
dan membantu kegiatan komunis
e) Kuasa menembak sesiapa sahaja tanpa memberi amaran jika mendapati berada di
kawasan hitam
f) Kuasa untuk memindahkan sesiapa sahaja yang didapati bersuhabat atau bekerjasama
dengan pihak komunis.
g) Kuasa untuk mengadakan sekatan makanan di tempat-tempat tertentu11
11 Suntralingam R.1895,Pengenalan kepada Sejarah,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (m/s 150)
Kerajaan juga menguatkuasakan undang- undang buang negeri dan penahanan kepada
mereka yang terlibat dengan kegiatan komunis. Di bawah undang-undang ini, sesiapa sahaja
yang didapati kerajaan boleh menahan atau menghantar balik ke Negara asal bersuhabat atau
bekerjasama dengan pihak komunis.
Malah, kerajaan juga telah memperkenalkan Rancangan Briggs untuk memusnahkan
komunis. Leftenan Jenaral Sir Harold Rowdon Briggs menjadi Pengarah Gerakan pada bulan
April 1950. Beliau berpendapat bahawa ancaman komunis tidak boleh dihapuskan secara
kekerasan semata-mata, tetapi perlu diatasi dengan mengenal pasti puca dan kekuatan mereka.
Beliau memperkenalkan Rancangan Briggs yang bertujuan untuk menyekat bekalan makanan,
wang, maklumat dan lain-lain sampai kepada pihak Komunis. Langkah ini dibuat sebagai usaha
untuk mengalihkan sokongan orang ramai, terutama masyarakat Cina yang tinggal di kawasan di
pinggir hutan seperti Gunung Rapat. Di bawah Rancangan Briggs, British telah mengambil
beberapa langkah untuk memerangi kegiatan komunis seperti memperkenalkan kampong-
kampung baru, mengukuhkan pasukan perisikkan, mengemaskan system pentadbiran dan
membentuk pasukan kawalan keselamatan sehingga ke peringkat daerah.
Salah satunya adalah memperkenalkan kampung-kampung baru. ‘Kampung Baru’
merupakan satu bentuk penempatan semula penduduk di satu kawasan yang disediakan khas
dengan pelbagai keperluan asas dan kemudahan social. Kampong ini dipagar di sekeliling dan
dikawal ketat oleh pasukan keselamatan. Setiap penduduk diberi tanah untuk mendirikan rumah
dan kawasan bercucuk tanam yang telah disediakan di luar kampong. Mereka dibenarkan keluar
daripada kampong mengikut masa tertentu yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Rancangan ini
diperkenalkan sebagai usaha kerajaan untuk menyusun semula kawasan penempatan penduduk
yang bertaburan di tepi dan pinggir hutan yang mudah terdedah kepada pengaruh komunis.
Penubuhan kampong-kampung baru berjaya melumpuhkan kegiatan komunis. Tindakan ini
secara tidak langsung memberi kesan kepada kegiatan PKM yang sangat bergantung kepada
sokongan bantuan daripada orang ramai.
Selain itu, Rancangan Briggs juga telah membantu mengukuhkan pasukan Perisikan.
Walaupun Pasukan Cawangan Khas ditubuhkan sejak tahun 1919 di bawah pasukan polis, tetapi
bilangan anggotanya sangat kecil. Bagi menghadapi ancaman darurat, satu pasukan khas yang
dinamakan ‘ Malayan Special Branch’ (MSB) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai satu daripada
cawangan dalam Bahagian Siasatan Jenayah (CID)12. Penubuhan MSB dan CID bukan sahaja
terbatas di peringkat negeri, malah meliputi di peringkat daerah. Pasukan ini ditugaskan untuk
menyelidik, menyoal, dan menjalankan siasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan
komunis. Kerajaan juga mendirikan sebuah pusat latihan di Kuala Lumpur untuk melatih para
pegawai MSB. Mereka diajar untuk mendapat dan menggunakan maklumat serta menjalankan
perisikan tentang kegiatan komunis. Langkah ini membantu kerajaan untuk membanteras
kegiatan komunis.
Malah, Rancangan Briggs juga membantu untuk mengemaskan sisitem pentadbiran untuk
menjadikannya lebih teratur. Satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kerja
Perang ditubuhkan untuk mengawasi pentadbiran keselamatan di Tanah Melayu. Di bawah
pentadbiran ini, Majlis Perang Persekutuan dibentuk yang dianggotai oleh Pengarah Gerakan,
Ketua Setiausaha Persekutuan, Setiausaha Pertahanan, Pesuruhjaya Polis, Komander Tentera
Darat dan Komander Tentera Udara. Jawatankuasa ini akan membincang dan membuat
keputusan terhadap semua perkara yang berhubung dengan keselamatan di Tanah Melayu. Selain
12 Ho Hui Ling . 2004, Darurat 1948-1960-Keadaan Sosial Di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya (m/s 151)
itu, mereka juga akan mewujudakan kerjasama dengan para pentadbir di semua peringkat untuk
sama-sama membanteras kagiatan komunis. Di peringkat negeri, Jawatankuasa Perang Negeri
ditubuhkan dengan dianggotai oleh Menteri Besar dan dibantu oleh para pegawai kanan negeri.
Di peringkat daerah, Jawatankuasa Perang Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah
dan dibantu oleh Ketua-ketua Tempatan seperti Penghulu dan Ketua Kampung.
Rancangan Briggs juga membentuk pasukan kawalan keselamatan di peringkat daerah.
Pasukan keselamatan bukan sahaja diperkemaskan di peringkat pusat, tetapi juga meliputi
peringkat daerah. Ini dilakukan dengan membahagikan pasukan keselamatan kepada unit-unit
yang lebih kecil untuk digerakkan di peringkat daerah dan kampong13. Menerusi cara ini, unit-
unit kecil pasukan keselamatan dapat ditempatkan di beberapa kawasan yang strategic di
kawasan luar Bandar seperti ladang getah lombong bijih timah dan kampong-kampung untuk
membanteras kegiatan gerila komunis. Pasukan Pengawal Kampung (Home Guards) dibentuk
dan dianggotai oleh penduduk kampong berkenaan. Setiap anggota pasukan diberi latihan
menggunakan senapang patah dan mengikuti latihan menembak. Mereka ditugaskan mengawal
keselamatan kampong daripada sebarang pencerobohan dan ancaman gerila komunis.
Malah, bagi memusnahkan komunis pihak kerajaan telah menambahkan kekuatan
pasukan keselamatan. Pada tahun 1949, kekuatan pasukan keselamatan disusun semula dan
bilangan anggota polis ditambah kepada 48000 orang.14 Pasukan Polis Hutan yang dikenali
sebagai ‘Jungle Squad’ yang ditubuhkan untuk membantu pasukan polis dalam operasi di
kawasan pinggir hutan. Usaha juga dibuat untuk menguatkan pasukan tentera darat. Berikutan
13 Ibid.,
14 Ho Hui Ling . 2004, Darurat 1948-1960-Keadaan Sosial Di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya (m/s 160)
pertambahan tiga battalion pasukan pengawal dari England pada tahun 1950, kekuatan tentera
darat di Tanah Melayu dan Singapura bertambah kepada 32000 orang. Ini membolehkan
kegiatan gerila dapat dikawal.
Seterusnya adalah pengisytiharan kawasan Putih dan kawasan Hitam. Berikutan
pertambahan bilangan anggota pasukan keselamatan, gerakan di hutan-hutan belantara
diperluaskan. Tindakan menyekat kemasukan bekalan makanan ke kawasan yang menjadi sarang
kegiatan komunis dijalankan sekitar tahun 1951-1953. Sir Gerald Templer yang dilantik menjadi
Pesuruhjaya Tinggi British pada tahun 1952 telah memperkenalkan dasar baru dengan
mengisytiharkan ‘Kawasan Putih’ dan ‘Kawasan Hitam’ bagi menunjukkan kawasan yang bebas
daripada ancaman komunis dan kawasan yang masih menjadi serangan komunis. Melalui
pengisytiharan ini, kegiatan gerila dapat dikawal dengan baik dan berkesan. Melaka menjadi
negeri pertama yang diisytiharkan sebagai ‘Kawasan Putih’ pada bulan September 1953.
British juga telah melancarkan perang psikologi untuk menwan hati dan mempengaruhi
fikiran rakyat untuk menyokong kerajaan. Antara usaha yang dilakukan adalah :
a) Melonggarkan syarat-syarat kerakyatan kepada orang bukan Melayu
b) Membuka jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam kepada orang Melayu
c) Menawarkan hadiah kepada mereka yang berjaya menangkap atau membunuh
pengganas komunis
d) Menubuhkan jawatankuasa hubungan kaum untuk mengeratkan hubungan di
kalangan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu15.
15 Suntralingam R.1895,Pengenalan kepada Sejarah,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (m/s 67)
BAB 4
KESAN DARIPADA DARURAT DARI SEGI SOSIO EKONOMI
KESAN SOSIAL
Rakyat menderita kerana sering diganggu oleh komunis. Penderitaan mereka diburukkan
lagi dengan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam membanteras komunis. Rakyat hidup
dalam ketakutan dan kepahitan kerana Undang-undang Darurat menyebabkan ramai yang tidak
bersalah ditangkap sewenang-wenangnya. Perintah berkurung menyebabkan rakyat tidak lagi
bergerak bebas. Penduduk yang disyaki bersuhabat atau bekerjasama dengan komunis ditangkap
dan ditahan, tanpa dibicarakan. Ini menimbulkan penderitaan kepada penduduk yang tidak
bersalah, tetapi dituduh melakukan perbuatan itu.
Pendudukan Jepun telah menyebabkan hubungan antara kaum, khasnya kaum Melayu
dengan kaum Cina terjejas. Hubungan ini semakin renggang semasa Darurat. Ini kerana
kebanyakkan anggota komunis terdiri daripada orang Cina manakala pasukan keselamatan yang
dibentuk oleh kerajaan terdiri daripada orang Melayu. Hal ini seolah-olah menjadi medan
penentangan antara orang Melayu dengan orang Cina. Masalah perkauman yang timbul semasa
darurat ini mendorong para pemimipin politik seperti Dato’ Onn Jaafar, E.E.C.Thuraisingham
dan Tan Cheng Lock berusaha untuk meredakan hubungan tegang antara kaum dengan
menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum pada 1949.16 Penubuhan jawatankuasa ini
adalah bertujuan untuk merapatkan perhubungan antara penduduk berbilang kaum di Tanah
Melayu. Masalah hubungan kaum juga turut mendorong kerajaan menggubal dasar pelajaran
kebangsaan selepas merdeka yang bertujuan untuk memupuk persefahaman dan perpaduan di
kalangan rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu.
Sebagai langkah untuk membanteras kegiatan komunis, Sir Gerald Templer telah
melancarkan kempen ‘memenangi hati dan fikiran rakyat’. Pada tahun 1952, beliau telah
membuat keputusan dengan melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan. Ini disebabkan
British sedar bahawa orang Cina seharusnya diberikan sesuatu yang boleh membuat mereka
memihak kepada kerajaan dan melemahkan perjuangan PKM17. Dalam hal ini, British telah
bertolak ansur tentang kewarganegaraan. Pada tahun 1948-1952, kira-kira 307000 orang Cina
telah mendapat kelulusan menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Antara tahun 1952-
1957, bilangan orang Cina yang mendapatkan taraf kewarganegaraan telah meningkat kira-kira
1.2 juta orang. Orang India pula sebanyak 180000 orang. Kelonggaran ini telah menarik ramai
16 Prof Khoo Kay Kim dan Adnan Haji Nawang.1984, Darurat 1948-1960, Kuala Lumpur : Muzium Angkatan Tentera. (m/s 50)
17 Ibid., (m/s 67)
orang yang bukan Melayu ke Tanah Melayu. Seiring dengan itu, jawatan dalam Perkhidmatan
Awam Tanah Melayu yang sebelum itu dikhaskan kepada orang Inggeris dan Melayu dibuka
kepada orang bukan Melayu yang menjadi warganegara. Kemasukan kaum bukan Melayu ke
dalam perkhidmatan awam mula dilaksanakan berasaskan system kuota, iaitu setiap empat orang
Melayu yang diambil, seorang bukan Melayu diterima berkhidmat dalam perkhidmatan awam .
kaum bukan Melayu diberi hak memiliki tanah dan menikmati kemudahan pelajaran dan
kesihatan di kawasan kampong baru.
Penempatan semula setinggan di bawah Rancangan Briggs telah menyebabkan
peningkatan kependudukan. Penduduk kampong baru kebanyakkanya terdiri daripada orang Cina
(86%), orang Melayu (9%), orang India (4%) dan kaum-kaum lain (1%). Orang Cina yang
mendiami Bandar meningkat dari 43.4% kepada 73% - 80%.18 Ini bermakna terdapat
ketidakseimbangan kependudukan kaum. Orang Cina tertumpu di Bandar manakala orang
Melayu masih kekal di kampong mereka tanpa mendapat sebarang kemudahan moden seperti
yang terdapat di kampong baru.
Selain itu juga darurat telah menyebabkan berlakunya masalah kekurangan makanan.
Rakyat menderita dan sengsara akibat keganasan komunis sepanjang Darurat. Ladang, lombong
dan balai polis menjadi sasaran srangan komunis di samping terdapatnya serangan ke atas
pegawai keselamatan dan orang awam. Ini telah menyebabkan berlakunya kemusnahan kawasan
pertanian dan perlonbongan yang menjadi sumber makanan kepada masyarakat tempatan.
Perintah berkurung yang dikuatkuasakan menyebabkan banyak kawasan pertanian tidak dapat
diusahakan. Ini menimbulkan masalah kekurangan makanan dan pihak kerajaan terpaksa
18 Ho Hui Ling . 2004, Darurat 1948-1960-Keadaan Sosial Di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya (m/s 150)
mencatukan makanan kerana kekurangan bekalan beras. Masalah kekurangan beras berlaku
kerana banyak kawasan sawah ditinggalkan oleh petani, tanpa diushakan. Hasil padi juga
merosot apabila orang Melayu tidak lagi mengerjakan padi huma dan kerja-kerja ladang yang
lain untuk menambahkan bahan makanan kerana keadaan huru-hara yang berpanjangan. Rakyat
sukar untuk mendapatkan bekalan makanan dan bergerak kerana pelbagai sekatan yang
dikenakan oleh kerajaan. Kekurangan makanan menyebabkan kerajaan mengadakan catuan ke
atas bekalan makanan. Rakyat terpaksa bergantung pada sumber makanan lain seperti ubi kayu
dan ubi keledek.
KESAN POLITIK
PKM dan parti-parti berhaluan kiri dan enggan bekerjasama dengan kerajaan telah
diharam dan dibubarkan. Antara parti-parti politik tersebut adalah seperti PKMM, AWAS, API
dan MDU. Ramai pemimpin politik berhaluan kiri ditangkap. Kerajaan hanya menggalakkan
penubuhan parti politik yang sederhana dan bekerjasama dengannya. Kerajaan juga hanya
membenarkan parti politik yang berhaluan sederhana seperti UMNO, MCA dan MIC untuk
meneruskan kegiatan politik. Keadaan ini membawa kepada pembentukan Persatuan Cina
Malaya (MCA). MCA telah ditubuhkan pada tahun 1949.19 Persatuan ini banyak membantu
usaha pihak kerajaan untuk menempatkan semula orang Cina. Persatuan ini juga turut membantu
menyemaikan perasaan taat setia di kalangan penduduk Cina. Apabila kegiatan berpolitik
dilonggarkan selepas tahun 1950-an, beberapa buah parti politik baru ditubuhkan seperti PAS
19 Prof Khoo Kay Kim dan Adnan Haji Nawang.1984, Darurat 1948-1960, Kuala Lumpur : Muzium Angkatan Tentera. (m/s 65)
dan IMP. Perkembangan ini memberi peluang kepada pemimpin politik berhaluan kiri untuk
bergerak semula dalam kegiatan politik dengan menubuhkan Parti Buruh dan Parti Rakyat.
Darurat telah mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu. Satu
daripada teknik yang digunakan oleh Templer dalam usaha kerajaan untuk menghadapi
pemberontakan Komunis adalah dengan mempercepatkan pemberian kerajaan sendiri kepada
rakyat demi memenangi hati dan fikiran mereka menentang komunis. Perikatan UMNO-MCA-
MIC di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan penting dalam proses
pencapaian kemerdekaan.
Kerajaan British telah memulakan pilihan raya di Persekutuan Tanah Melayu bagi Majlis
Tempatan dan Majlis Bandaran sebagai satu latihan bagi demokrasi berparlimen. Plihan Raya
Tempatan yang pertama diadakan bagi Majlis Bandaran Pulau Pinang pada 1 Disember 1951.
Pilihan Raya turut diadakan bagi Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952.
Perikatan UMNO-MCA berjaya memenangi 9 daripada 12 buah kerusi yang telah
dipertandingkan.
System Ahli telah diperkenalkan pada tahun 1951-1955 oleh British sebagai langkah
kearah berkerajaan sendiri20. Menurut system ini, beberapa orang Majlis Perundangan
Persekutuan diberi tanggungjawab dalam beberapa jabatan kerajaan pusat. Melalui ini,
diharapkan bahawa pemimpin tempatan mendapat latihan pentadbiran. Ahli-ahli yang dipilih
terdiri daripada pelbagai kaum untuk mewujudkan kerjasama antara kaum.
20 Suntralingam R.1895,Pengenalan kepada Sejarah,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (m/s 178)
British mendapati bahawa semakin ramai penduduk tempatan yang tidak berpuas hati
terhadap pemerintahan mereka. Tindakanmelambatkan pemberian taraf berkerajaan sendiri dan
kemerdekaan boleh membawa kepada kebangkitan secara menyeluruh seperti yang berlaku di
Indonesia dan Indo-China. Tanah Melayu mungkin diperintah oleh komunis, jika British lambat
member kemerdekaan. Ini kerana PKM dilihat semakin gian berusaha untuk mengusir British
dari Tanah Melayu dengan melancarkan pemberontakan bersenjata. Pemberian taraf berkerajaan
sendiri dan kemerdekaan menyebabkan PKM tiada alasan untuk meneruskan perjuangan. Ini
diharap dapat menghalang cita-cita PKM membentuk sebuah Negara komunis di Tanah Melayu.
British ingin mengekalkan hubungan politik dengan Tanah Melayu selepas merdeka. Ini
bertujuan untuk menjamin kepentingan ekonomi mereka, terutama dalam sector perlombongan
dan perladanagan.
KESAN EKONOMI
Darurat telah menyebabkan penambahan beban kawangan yang dipikul British.
Usaha kerajaan memerangi komunis melibatkan jumlah perbelanjaan yang besar untuk tujuan
keselamatan dan pertahanan seperti menambahkan anggota dan kelengkapan peralatan pasukan
keselamatan dan membangunkan kampong-kampung baru. Perbelanjaan yang besar ini
menimbulkan beban kewangan kepada kerajaan sehingga mengalami defisit belanjawan pada
tahun 1953. Kemampuan kewangan yang terbatas menyebabkan kerajaan tidak dapat
melaksanakan rancangan pembangunan. Banyak wang dibelanjakkan untuk mengmbalikan
keamanan. Akibatnya, kegiatan ekonomi Tanah Melayu terbantut. Dianggarkan bahawa kira-kira
RM300000 sehari dibelanjakan semata-mata untuk membanteras kegiatan komunis demi
keselamatan harta dan nyawa rakyat.
Berikutan daripada ini, berdasarkan maklumat dalam Laporan Tahunan 1950,
kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM 7 juta untuk mengatasi masalah penempatan
semula dan pemberian elaun dan bantuan perumahan kepada setinggan-setinggan. Negara
mengalami kemelesetan ekonomi dan perdagangan antarabangsa terbantut. Defisit Tanah Melayu
pada tahun 1953 adalah sebanyak RM146 juta.21 Oleh yang demikian, projek pembangunan
Negara semasa dan selepas darurat terpaksa diketepikan dahulu.
Darurat juga telah menyebabkan kegiatan ekonomi tergendala. Banyak ladang
getah dan lombong bijih timah musnah akibat percubaan pengganas komunis untuk
melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Serangan ke atas landasan keretapi dan kenderaan awam
memberi kesan kepada system perhubungan dan menjejaskan perdagangan. Pengangkutan darat
banyak tergendala akibat sekatan jalan raya di beberapa kawasan yang menjadi serangan
komunis. Perintah berkurung yang diisytiharkan juga menganggu pelancaran perdagangan.
Kegiatan ekonomi yang sering tergendala menjejaskan pengeluaran hasil bumi dan export Tanah
Melayu.
21 Ibid.,
BAB 5
RUMUSAN
BIBLIOGRAFI
1) Andaiya. 1983,Sejarah Malaysia, Petaling Jaya.
2) Ho Hui Ling . 2004, Darurat 1948-1960-Keadaan Sosial Di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya
3) Prof Khoo Kay Kim dan Adnan Haji Nawang.1984, Darurat 1948-1960, Kuala Lumpur : Muzium Angkatan Tentera
4) Suntralingam R.1895,Pengenalan kepada Sejarah,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
5) Suntralingam R.1987,Pensejarahan Barat ,Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti