Post on 26-Dec-2015
description
ISI KANDUNGAN
Halaman Pengakuan
1.0 Pengenalan 2
2.0 Isu Guru Berpolitik 4
2.1 Latar Belakang 4
3.0 Punca-punca Guru Terlibat Dengan Politik 7
4.0 Implikasi Guru Terlibat Dengan Politik 8
5.0 Kesimpulan 14
Refleksi 15
Rujukan 16
1
1.0 Pengenalan
Dalam era globlisasi masa kini, seseorang itu dikatakan seseorang yang
berdisiplin dalam apa-apa jua bidang mestilah mempunyai ciri-ciri seperti
berdisiplin,bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni
ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut . Istilah Etika atau ethic
adalah berasal daripada perkata greek ‘ethos‘ yang bermaksud perwatakan atau
keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa
Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah lakuatau
kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak.Ianya
merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak.
Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin
yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan
garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.Menurut A.R.
Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan aktiviti
praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan carahidup serta aspek niat dan
kecenderungan seseorang atau masyarakat dalammelakukan sesuatu aktiviti.
Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujukkepada pengajian moral yang
bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.
Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang
bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima darisegi
moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima olehpihak
masyarakat. Ketidak seimbangan etika individu sekarang ini banyak membawa
kepada gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya.
Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion
dan bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan
kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu
dan latihan serta kepakaran. Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan
dan tatacara yang menentukan kualiti moral,profesional dan nilai. Kesimpulannya
etika profesional ialah garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap
semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta
tingkah lakuprofesion dalam masyarakat. Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan
2
diamalkan oleh setiap individu dalam masyarat dalam apa jua perkara yang
dilakukan. Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran yang positif berjaya menjadikan
seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi.
3
2.0 Isu Guru Berpolitik
2.1 Latar Belakang
Senario guru berpolitik bukanlah sesuatu yang baru atau luar biasa dalam
sejarah politik di Malaysia.Guru dan politik adalah dua perkara yang sering
diperkatakan sejak zaman sebelum merdeka lagi. Sebagai golongan cerdik pandai
pada zaman itu, mereka adalah barisan hadapan yang mempelopori bukan sahaja
membangkitkan gerakan politik nasionalisme tetapi juga menjadi pejuang kepada
isu-isu bahasa, budaya, ekonomi dan dasar pelajaran. Kelompok ini menjadi
kelompok terpenting dalam menentukan hala tuju sesebuah parti politik dalam
negara.
Perubahan senario landskap parti mulai berlaku apabila kebanyakan parti
politik mula mengubah arah dengan mengutamakan kemasukan golongan selain
daripada guru seperti ahli korporat dan profesional berdasarkan kekuatan dari segi
wang ringgit yang dianggap sebagai jaminan kepada kekuatan parti sekali gus
menarik pengaruh parti. Lalu kelompok guru diasingkan sedikit daripada arena politik
dan hanya dibenarkan menjadi ahli biasa parti sahaja walaupun mereka mempunyai
kapasiti intelektual dan pengaruh tulen terhadap masyarakat.
Perkembangan yang semakin pesat dalam sektor pendidikan telah
menyebabakan kerajaan membuat keputusan untuk menyekat semua kakitangan
kumpulan A termasuk guru bergiat aktif dalam mana-mana parti politik. Setelah 17
tahun kemudian, mengikut pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 tahun 2010 bertarikh
30 julai 2010 dan berkuatkuasa 1 ogos 2010, kerajaan telah bersetuju untuk
membenarkan guru-guru berijazah DG41 hingga DG48 kembali berpolitik. Bagi
tujuan itu, kerajaan telah meminda peraturan 21 peraturan Awam (kelakuan dan
Tatatertib) 1993 yang sebelum ini hanya membenarkan pegawai dalam kumpulan
sokongan sahaja menyertai parti politik dengan kebenaran bertulis Ketua Setiausaha
Kementerian.
Walau bagaimanapun, kebenaran ini tidak terbuka kepada pegawai-pegawai
gred berkenaan yang memegang jawatan pentadbiran di mana-mana institusi
pendidikan. Keputusan membenarkan guru kembali aktif berpolitik ini telah
menimbulkan pelbagai pandangan serta reaksi baik dari aspek postitif dan negatif
daripada banyak pihak. Persoalan mulai timbul apabila ada pihak yang
4
mempertikaikan adakah kebenaran tersebut sejajar dengan kepimpinan guru di
sekolah.
Keterbukaan yang telah ditunjukkan oleh pihak kerajaan dalam membenarkan
guru-guru-guru siswazah di Malaysia berpolitik dilihat sebagai satu lagi keterbukaan
oleh pihak kerajaan dalam membawa perubahan landskap politik di negara kita.
Kebenaran ini merupakan satu lagi bonus yang diberi kepada golongan pendidik
untuk berkhidmat kepada rakyat dan menyuarakan hasrat serta pandangan dalam
saluran politik. Menurut presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat,
Mohamed Arsad, pembabitan guru siswazah dijangka mengubah senario politik
negara kerana kalangan guru merupakan kelompok manusia yang sentiasa
berkhidmat dan menyumbang bakti secara ikhlas dan terarah untuk tujuan kebaikan.
Ia merupakan satu peluang terbaik kepada kelompok ini untuk mengambil
bahagian dan melontarkan idea bernas sesuatu dasar kerajaan untuk kebaikan
agama, rakyat dan negara. Seperti yang diketahui, golongan guru adalah golongan
yang paling hampir dengan masyarakat. Mereka yang berjawatan guru dihormati
dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Sesuatu yang menarik adalah keupayaan
mereka mempengaruhi masyarakat walaupun mereka tidak berduit kencang. Kuasa
rujuk yang dimiliki oleh mereka sukar digugat oleh kelompok lain termasuk kelompok
korporat. Semuanya kerana mereka bergelar guru. Justeru peluang ini dilihat amat
baik untuk mengumpul maklumat dari peringkat akar umbi ke peringkat tertinggi
dengan guru sebagai medium saluran.
Berdasarkan artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia Online pada bulan
Ogos 2010 telah menceritakan mengenai realiti yang akan diterima apabila guru
siswazah dibenarkan berpolitik. Ramai pihak tampil untuk memberikan pendapat
mereka apabila kerajaan membenarkan guru-guru berpolitik. Sedangkan hakikat
guru merupakan antara individu yang paling berpengaruh dalam kehidupan
masyarakat hari ini. Hal ini mungkin disebabkan guru merupakan insan yang paling
rapat dengan masyarakat kerana kehadiran mereka sering disenangi oleh penduduk
setempat.
Penulis artikel tersebut memberi gambaran sebenar senario guru-guru
berpolitik pada hari ini sebelum kerajaan Malaysia membenarkan guru siswazah
berpolitik pada Ogos 2010. Banyuak isu-isu yang bakal terjadi sekiranya guru-guru
5
berpolitik. Termasuklah parti yang akan dipilih guru sekiranya mereka dibenarkan
bergiat aktif dalam politik. Menurut keratan akhbar itu juga, temubual telah dijalankan
di beberapa buah sekolah dan kebanyakan daripada guru-guru ini memberi maklum
balas positif sekiranya guru dibenarkan berpolitik.
Politik adalah subjektif, ada yang melihatnya sebagai wadah penyebaran
pelbagai maklumat, ada pula melihatnya sebagai ancaman dan sebagainya. Namun
asalkan ia masih berada pada paksi yang bersih, tiada salahnya mengambil tahu
atau membabitkan diri. Malangnya tindakan ekstrem, tidak bermoral dan di luar
batasan penerimaan masyarakat hingga boleh menggugat keamanan. Itulah yang
menjadikan politik dipandang serong hingga hanya membenarkan golongan tertentu
saja diberi kebenaran. Biar apapun latar belakang atau ruang pekerjaan, politik perlu
dilihat sebagai wadah positif penjanaan kemakmuran negara pada masa depan
selain elemen penting dalam pendidikan. Barulah boleh dikatakan semua pihak
mampu menikmati apa sebenarnya yang dikatakan sebagai politik.
Isu guru-guru berpolitik di Malaysia bukanlah satu fenomena baru. Malahan
ketika kerajaan tidak membenarkan kakitangan kerajaan gred A terlibat dengan
politik masih ramai guru-guru sekolah yang terlibat dalam politik. Cuma penglibatan
mereka tidak begitu menonjol kerana tidak mahu dikenakan sebarang akta oleh
pihak-pihak tertentu. Suara-suara guru dalam politik kedengaran tenggelam dan
sekiranya ada guru yang terlibat dalam kegiatan politik pasti akan mendapat
tentangan hebat daripada pelbagai pihak. Antara cerita yang kerap didengar
sekiranya guru terlibat dalam politik adalah berkaitan dengan tanggungjawabnya di
sekolah, pengurusan masa guru dan guru menjadikan sekolah sebagai medan untuk
berkempen menyokong partinya.
Apapun pandangan masyarakat tentang penglibatan guru dalam politik. Ia
sebenarnya bergantung kepada diri guru tersebut. Sejauh mana ia membahagikan
masa terhadap dua tanggungjawab yang berbeza tanpa mengabaikan peranan
hakiki sebagai seorang guru.
6
3.0 Punca guru melibatkan diri dengan politik
Guru-guru merupakan antara kelompok yang berpengaruh dalam
masyarakat. Guru yang dikenali juga sebagai agen sosial sosial merupakan
golongan yang dipercayai oleh masyarakat kerana guru merupakan sumber rujukan
dan menjadi contoh teladan kepada anggota masyarakat. Guru kerap dijadikan agen
perubahan kepada masyarakat supaya mengikut norma dan nilai-nilai kehidupan
yang positif. Bertitik-tolak daripada sebab inilah mesyarakat mempunyai
kepercayaan yang begitu tinggi kepada profession perguruan sehingga meletakkan
guru sebagai calon pemimpin dalam masyarakat.
Selain itu juga, kapasiti intelektual seseorang guru melayakkan guru tersebut
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam arena politik. Guru merupakan
golongan intelektual yang mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diceburi.
Guru dipandang tinggi kerana ilmu yang mereka perolehi dan atas dasar itu juga
masyarakat menghormati guru dan percaya akan kebolehan guru menjadi pemimpin
dalam masyarakat. Ada di kalangan pemimpin yang mampu mendapat undian
daripada rakyat kerana karismanya sahaja namun akhirnya hilang sokongan kerana
tidak mempunyai ilmu dalam memimpin.
Terdapat dalam kalangan guru yang terlibat dalam bidang politik kerana minat
mereka dalam dunia politik. Minat mereka menceburkan diri dalam bidang politik
tidak menjadi masalah jika mereka mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh
kementerian dan tidak mengabaikan tugas hakiki mereka sebagai seorang guru.
Namun jika peraturan tersebut dilanggar dan guru lebih mengutamakan tugas
sampingan mereka dalam politik maka ia sudah menjadi satu kesalahan besar
dalam etika perguruan.
Penglibatan dalam politik sudah tentu menjanjikan pendapatan yang lumayan
berbanding pendapatan bulanan yang mereka perolehi sebagai seorang guru. Ada
guru yang melibatkan diri dengan politik semata-mata untuk mendapatkan
pendapatan sampingan. Jika ini menjadi tujuan utama seseorang guru terlibat
dengan politik, maka guru tersebut sudah tersasar daripada fokus sebenar iaitu
memberi sumbangan kepada sistem pentadbiran negara dan berkhidmat untuk
masyarakat.
7
4.0 Implikasi Guru Terlibat dengan Politik
Keterlibatan seseorang guru dalam politik boleh mendatangkan implikasi
positif dan negatif kepada pendidikan negara termasuklah institusi sekolah, murid
dan individu guru itu sendiri. Guru seharusnya lebih matang dan bertanggungjawab
dalam berhadapan dengan implikasi-implikasi ini agar langkah yang bijak dapat
diambil dalam setiap tindakan yang dijalankan oleh seseorang guru. Terdapat
beberapa kesan postifi jika guru dibenarkan terlibat dalam dunia politik.
Apabila guru dibenarkan melibatkan diri dengan politik. Guru telah diberikan
lesen sebagai golongan yang dihormati oleh masyarakat dan boleh memainkan
peranan penting dalam senario politik negara. Selama ini, ramai dalam kalangan
guru yang bergiat aktif dalam politik sama ada dalam apa juga parti sekalipun.
Secara tidak langsung, penglibatan ini akan memberikan peluang kepada guru
memperbaiki lompang-lompang yang wujud dalam landskap politik negara.
Selain itu juga, langkah ini boleh mengukuhkan lagi kepimpinan politik tanah
air sebab kita berkehendakkan guru-guru menyumbang dari segi kepimpinan bersifat
keintelektualan di peringkat akar umbi. Mereka ini golongan disegani kerana memiliki
kelulusan dan pengetahuan yang lebih daripada kelompok lain dan kepimpinan
mereka lebih diterima kerana bersandarkan kepada keilmuan dan kedudukan dalam
masyarakat. Ini juga merupakan penghormatan kepada golongan guru sekaligus
mengisi kekosongan kepimpinan terutama di luar Bandar.
Salah satu implikasi yang positif ialah guru berpolitik bakal melahirkan
pemimpin berkaliber. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan bahawa suara guru dalam iklim politik
negara sangat diperlukan kerana mereka sangat diterima masyarakat dan langkah
itu sebenarnya memberikan kesan positif kepada pentadbiran negara pada masa
kini dan pada masa akan datang.
Melalui aktiviti berpolitik inilah guru dapat melatih diri mereka untuk lebih
berkaliber selain mempamerkan bakat dan kelebihan yang ada dalam diri mereka.
Namun, guru juga hendaklah beringat dan tidak melanggar syarat yang perlu
dipatuhi sekiranya diluluskan untuk berpolitik. Syarat-syarat yang dipatuhi telah
8
termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1996. Pekeliling
Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan panduan mengenai
permohonan oleh pegawai-pegawai awam untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
politik.
Guru yang aktif politik juga akan mampu melahirkan pemimpin berilmu. Ia
merupakan tajuk artikel yang telah dipetik dalam Berita Harian Online bertarikh 2
Ogos 2010 yang mengatakan ia merupakan satu permulaan yang positif ke arah
mewujudkan kematangan berpolitik dan ruang penyertaan yang lebih luas daripada
pelbagai kerjaya dalam bidang ini. Golongan guru ini tidak boleh disalahkan kerana
kebanyakan lepasan universiti, jika tidak meninggalkan kampung kerana mengejar
kerjaya di kota, menjadi guru di tempat asal, tetapi dilarang memegang jawatan
dalam parti.
Kerana itu, langkah membenarkan semula guru lepasan ijazah memegang
jawatan dalam parti dijangka mampu melahirkan generasi pemimpin akar umbi yang
lebih dekat dengan rakyat. Guru, sebagai golongan pendidik yang dibekalkan
dengan disiplin moral yang tinggi, diharap dapat meningkatkan semula mutu
berpolitik rakyat negara ini, yang semakin merosot sekarang. Kerana profesion
perguruan juga tertakluk kepada peraturan yang melarang mereka daripada
menjalankan perniagaan, guru yang menduduki jawatan dalam parti nanti, tentu
sukar untuk menggunakan kedudukannya bagi kepentingan diri.
Dari sudut pandang negatif, sekiranya guru-guru terlibat dengan politik.
Sebilangan daripada pimpinan tertinggi sesetengah parti merasakan kedudukan
mereka akan tergugat sekiranya guru diberi peluang untuk bergiat aktif dalam politik.
Senario ini memungkin guru akan menerima ancaman besar sekiranya melibatkan
diri dalam politik. Tambahan pula, banyak pihak yang akan mengeksploitasi guru
untuk meraih sokongan rakyat terhadap parti mereka. Keadaan ini akan
mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia pendidikan. Maka akan terjadilah
situasi guru berpolitik di sekolah dan mewujudkan sentimen-sentimen negatif dalam
dunia pendidikan negara.
Tugas guru yang sebenar adalah untuk mengajar dan mendidik anak murid di
sekolah. Kini, profesion perguruan telah menjadi salah satu profesion yang
mencabar dan amat mendesak. Guru kini diharap mengetahui pengetahuan serba
9
serbi berkaitan tingkah laku manusia dan memainkan pelbagai peranan untuk
menjadikan dirinya seorang pendidik yang berkesan. Apabila guru sudah dibenarkan
berpolitik , nescaya tugas-tugas guru tidak dapat dilaksanakan dengan baik lagi
tambahan pula politik turut menuntut masa yang panjang daripada seseorang guru.
Dalam usaha kerajaan yang ingin memartabatkan sistem pendidikan,
penglibatan guru dalam politik hanya akan menambahkan masalah pendidikan yang
sedia ada. Masalah – masalah yang belum diselesaikan seperti buta huruf, ponteng
sekolah, buli, vandalisme, samseng, mat rempit, pelajar yang mengandung luar
nikah, dadah, merokok, pil khayal dan seribu satu masalah yang masih tertunggak
perlukan perhatian khusus daripada guru terutamanya guru besar dan pengetua
sekolah untuk menangani isu ini. Ia juga memerlukan fokus yang tinggi daripada
warga pendidik
Dalam keadaan sekarang masalah tersebut gagal diselesaikan apatah lagi
apabila guru – guru melibatkan diri dalam politik yang memerlukan komitmen masa
tanpa mengira waktu. Masalah seperti kurang dapat memberikan tumpuan dan
komitmen di sekolah akan timbul sekiranya guru terlibat dalam aktiviti berpolitik.
Oleh itu, saya berpendapat penglibatan guru dalam politik lebih banyak mendatakan
keburukan daripada kebaikan dalam sistem pendidikan negara walaupun mungkin
mendatangkan keuntungan kepada sesebuah parti politik.
Tugas hakiki seseorang guru di sekolah adalah untuk membentuk generasi
muda negara menjadi manusia berguna. Ada pun tugas-tugas lain seperti
kemasyarakatan, politik, ekonomi adalah tugas sampingan mereka. Maksudnya jika
tugas mendidik telah selesai bolehlah mereka menumpukan perkara-perkara lain.
Guru-guru gred DG44 hingga DG48 adalah guru-guru yang terlibat dengan
pentadbiran di sekolah contohnya Ketua Bidang, Penolong Kanan dan Pengetua
sendiri. Ini bermaksud tugas guru gred tersebut sudah tersedia berat di sekolah. Jika
mereka terlibat dengan politik maka tidak ada pilihan kecuali mereka terpaksa
melepaskan tanggungjawab pentadbiran di sekolah. Guru-guru yang baik di sekolah
akan diberi tanggungjawab besar dalam pentadbiran.
Jika mereka telah terlibat dalam politik maka kerja-kerja pentadbiran sekolah
terpaksa dikosongkan. Kekosongan ini akan merugikan sekolah, guru-guru, pelajar
dan ibu bapa kerana guru yang bekerja dengan penuh dedikasi ini telah memberikan
10
fokus mereka kepada politik. Sungguh pun begitu, barangkali terdapat guru-guru
yang sangat baik dari segi pengurusan masa dan tanggungjawabnya. Mereka yang
mampu melaksanakan pelbagai kerja dalam satu masa ini mungkin boleh
dipertimbangkan untuk berperanan dalam politik. Dalam hal ini adalah lebih elok
tahap penglibatan politik dibuat secara berperingkat.
Sikap mencampuradukkan politik dengan tugas sebagai pendidik akan
menjejaskan pelajaran pelajar dan masa depan mereka. Jika ia berlaku, ibu bapalah
yang paling runsing dan kecewa. Walau apapun pegangan dan fahaman politik
seseorang guru, mereka perlu melaksanakan agenda kerajaan atau pemerintah
semasa. Jika ia gagal dilaksanakan akibat terlalu ghairah berpolitik, agenda
pembangunan mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Guru dilihat
sebagai golongan yang memiliki integriti. Selain itu, kita juga tidak mahu profesion
guru tercemar dengan gejala politik wang serta perebutan jawatan secara
keterlaluan.
Impak negatif yang lain adalah kemungkinan juga akan dicemari dengan
politik wang ataupun perebutan jawatan secara keterlaluan. Isu ini telah dikupas
dalam Minda Pengarang yang bertarikh 28 Julai 2010. Ini bermaksud apabila guru
terlalu taksub dalam berpolitik, ia akan timbul pelbagai masalah lain misalnya politik
wang ataupun berebut jawatan antara individu. Hal ini akan menimbulkan perasaan
tidak puas hati dan boleh menyebabkan pergaduhan antara ahli politik. Pergaduhan
yang timbul akan lebih memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. Oleh sebab
itulah guru perlu mematuhi syarat yang ditetapkan dan sekiranya syarat tersebut
dilanggar, kebenaran berpolitik akan ditarik balik.
Implikasi yang terakhir ialah isu ini akan memberikan imej yang kurang baik
terhadap profisen perguruan. Masyarakat yang sebelum ini memandang tinggi
terhadap profisen perguruan kerana komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh guru-
guru dan ilmu yang dimiliki oleh warga pendidik. Apabila guru mula hilang fokus
terhadap tugasnya, masyarakat terutamanya ibubapa akan kurang yakin terhadap
guru-guru yang mendidik anak mereka di sekolah. Tidak hairanlah ada ibubapa yang
sanggup memindahkan anak mereka dari sekolah kerajaan ke sekolah swasta.
Perkara ini seharusnya dielakkan agar pendidikan di negara kita diyakini oleh
khalayak sebagai medan ilmu untuk mendidik anak mereka.
11
5.0 Peranan penulis untuk merealisasikan visi Kementerian Pendidikan
Malaysia seperti dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025.
Seperti yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru RMKe-10, negara kita
berusaha untuk berubah daripada negara berpendapatan pertengahan ke arah
negara berpendapatan tinggi. Perubahan ini perlu digerakkan oleh mereka yang
berbakat, khususnya pemimpin dan pekerja yang berpengetahuan disamping input
lain seperti tenaga kerja dan modal. Dalam keadaan persaingan pada peringkat
global negara kita memerlukan warganegara yang berbakat, kompetatif dan sistem
pendidikan yang berdaya saing.
Oleh hal yang demikian, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah merangka suatu tranformasi dalam sistem pendidikan bagi
membolehkan aspirasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi dapat
direalisasikan. Sebagai bakal guru, penulis juga memainkan peranan yan penting
bagi merealisasikan visi Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Terdapat lima hasil
yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan iaitu akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan dan kecekapan.
Dalam melaksanakan hasrat PPPM, bakal guru dan para guru berperanan
untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia. Para guru
perlu memiliki satu wawasan unggul untuk mentransformasi pelbagai aspek
pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu berinovasi. Bagi menyahut hasrat
ini, para guru perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan keberhasilan sekolah
dan kemenjadian murid. Guru selama ini memang telah berakauntabiliti dalam
meningkatkan pencapaian murid dan kejayaan sekolah. Namun, akauntabiliti
terhadap keberhasilan operasi sekolah masing-masing perlu terus dipertingkatkan
kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini persaingan menjadi semakin sengit.
12
Kebolehan kita untuk berjaya bergantung pada kelebihan daya saing kita yang
ditentukan oleh kemampuan minda dan keupayaan berfikir pada aras tinggi.
Guru-guru novis juga perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran
supaya dapat mengharungi perubahan persekitaran yang dinamik. Bakal guru perlu
mengajar murid untuk mempraktikkan ilmu dan mengaplikasikan serta mencetuskan
idea baharu. Bagi menghasilkan modal insan yang setanding dengan aras
antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem
pendidikan terbaik dunia, maka profesion keguruan perlu ditransformasikan. Selaras
dengan PPPM 2013-2025, Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu membawa
perubahan melalui penggunaan prinsip Strategi Lautan Biru dengan mencipta
pasaran atau produk yang belum ada saingan, menjadikan saingan tidak relevan,
fokus kepada bukan pelanggan sedia ada dan mencipta serta meneroka permintaan
baharu.
Anjakan keempat dalam PPPM 2013-2025 berhasrat untuk
mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Ini berikutan
kajian antarabangsa menunjukkan kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah
yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Sebagai bakal guru,
saya perlulah melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran agar lahir sebagai guru
yang berkualiti kelak. Segala latihan yang diberikan di Institut Pendidikan Guru
seharusnya dihadam dan menjadi panduan untuk menjalankan tugas kelak.
Bagi menyokong hasrat tersebut, Kementerian Pendidikan telah meluluskan
peruntukan sebanyak RM5 juta kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di
bawah Skim Geran Penyelidikan Nic bagi mengkaji pembangunan model pendidikan
guru untuk menyediakan tenaga pengajar berkualiti pada masa hadapan. Semua
institusi pendidikan guru perlu proaktif dalam menghasilkan guru-guru yang bukan
sahaja mempunyai pengetahuan dan pedagogi, tetapi juga keghairahan dan
kesungguhan tinggi dalam memastikan anak bangsa kita mampu bersaing dan
berjaya di peringkat global. 8
Dalam anjakan ketujuh PPPM 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia
berhasrat memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Pada masa kini, penggnunaan ICT di sekolah masih tidak mencapai tahap yang
memuaskan walaupun kementerian telah membelanjakan lebih daripada RM6 bilion
13
untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah. Oleh hal
demikia, saya sebagai bakal guru haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran
ICT agar dapat mengaplikasi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah kelak. Guru seharusnya mempelbagaikan bentuk bahan bantu
mengajar termasuklah memasukkan unsur ICT dalam bahan bantu mengajar agar
murid lebih tertarik dengan pengajaran yang disampaikan.
Kesimpulan
Tuntasnya, penglibatan guru dalam arena politik bukanlah satu isu baru untuk
dibincangkan. Namun isu ini tidak lekang daripada diperkatakan oleh masyarakat.
Jika pada suatu masa dahulu guru tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dalam
politik, namun kerajaan pada masa kini sudah memberi kelonggaran kepada guru-
guru yang memegang gred A untuk melibatkan diri dalam politik.
Pada pandangan saya, keterbukaan kerajaan dalam membuka peluang ini
kepada warga pendidik haruslah dipandang dari sudut positif dan guru perlulah
menggunakan peluang ini sehabis baik tanpa mengabaikan amanah yang telah
diberikan kepada mereka. Guru yang memilih untuk terlibat dalam politik seharusnya
bersikap lebih professional dengan tidak mencampura adukkan antara tugas hakiki
dan tugas sampingan mereka.
Keterlibatan guru dalam politik sepatutnya mendatangkan banyak kesan
positif dan perubahan kearah yang lebih baik jika guru menggunakan kesempatan ini
untuk memberi khidmat kepada sistem politik negara. Semoga guru-guru pada masa
kini menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk memastikan imej profisen
perguruan tetap dihormati dan dipandang tinggi di mata masyarakat dan pendidikan
di negara kita semakin maju dari semasa ke semasa.
14
Refleksi
Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnianya
dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi krusus Guru dan cabaran semasa ini.
Dalam kerja kursus ini, kami diberikan dua tugasan iaitu tigasan individu dan
tugasan kumpulan. Saya terlebih dahulu menyiapkan tugasan individu dan memilih
isu guru berpolitik sebagai isu yang akan dibincangkan dalam tugasan ini. Bagi
membincangkan isu ini, saya telah membuat pembacaan daripada pelbagai sumber
untuk medapatkan maklumat berkenaan isu ini. Saya memilih isu ini kerana isu
sebegini begitu dekat dengan persekitaran saya dimana ramai di kalangan ahli
keluarga yang bertugas sebagai guru dan melibatkan diri dengan politik.
Sepanjang menyiapkan tugasan individu, saya dapat mengenalpasti
beberapa kekuatan dan kelemahan yang timbul dalam proses menyiapkan tugasan
ini. Antara kekuatan yang saya dapat lihat ialah terdapat banyak maklumat daripada
pelbagai sumber yang boleh saya perolehi sama ada dari buku dan internet.
Pembacaan yang meluas mudah untuk dibuat dan ini memudahkan saya untuk
membuat huraian berkenaan tajuk ini. Selain itu, kekuatan seterusnya ialah saya
dan rakan-rakan juga mendapat bimbingan daripada pensyarah sepanjang
menyediakan kerja kursus ini terutamanya semasa memilih isu yang akan
dibincangkan.
Kelemahan yang saya dapat lihat sepanjang menyiapkan kerja kursus ini
ialah semasa saya menjawab peranan saya sebagai seorang guru dalam
merealisasikan visi kementerian dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025. Hujah yang saya berikan masih kurang matang kerana
kurangnya pembacaan dan kefahaman terhadap PPPM. Oleh itu, penambahbaikan
yang dapat diambil ialah membuat lebih banyak pembacaan dan memahami apa
yang terkandung dalam PPPM. Saya berharap kerja kursus ini dapat memenuhi
kehendak soalan yang telah diberikan.
15
Rujukan
Buku
A.Rashid, N. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Sang, M. S. (2007). Asas Kepimpinan dan Profesionalisme Guru. Selangor: Publication Multimedia Sdn Bhd. .
Internet
1. http://cputsungai.blogspot.com/2014/06/guru-dan-politik-sebelah-mana.html
(Dilayari pada 17 September 2014)
2 .http://www.utaranews.com/2013/05/guru-diminta-tidak-taksub-dan-
terlibat.html (Dilayari pada 18 September 2014)
3. http://ceritagurukini.blogspot.com/ (Dilayari pada 18 September 2014)
4. http://debat-islah.blogspot.com/2011/06/guru-berpolitik.html (Dilayari pada
19 Oktober 2014)
5.http://gajahmenta.blogspot.com/2014/06/politik-benarkah-guru-di-
kecualikan.html (Dilayari pada 19 September 2014)
16