Post on 30-Jan-2018
MAIZURA RUSLAN 741102016352
1
______________________________________________________________________________
HBEF 2703
KO-KURIKULUM
(TUGASAN INDIVIDU)
MEI 2012
MAIZURA BINTI RUSLAN
741102016352001
017-7182721
Maizura74@gmail.com
______________________________________________
MAIZURA RUSLAN 741102016352
2
KANDUNGAN
1. PENGENALAN
Tujuan Latihan
Objektif Manual Latihan
2. TAKWIM KO KURIKULUM PENGGAL PERTAMA TAHUN 2012
3. PERMILIHAN AKTIVITI KOKURIKULUM: HOKI
TAKWIM DAN JURNAL PERMAINAN HOKI TAHUN 2012
4. PERTIMBANGAN LATIHAN
Tugas Dan Tanggungjawab Guru Penasihat dan Jurulatih Hoki
5. SESI LATIHAN PEMAINAN HOKI
Penekanan Permainan Hoki
Bilangan Pemain Dan Cara Permainan
Latihan Teknikal Pemainan Hoki
Latihan Taktikal
6. KESELAMATAN DAN PENGELOLAAN LATIHAN HOKI
7. PERALATAN PERMAINAN HOKI
8. ORGANISASI PENGAJARAN DAN KEJURULATIHAN HOKI
9. PERATURAN – PERATURAN PERMAINAN HOKI
10. KEMAHIRAN TEKNIKAL ASAS
Kemahiran mengawal dan mengelecek bola
Kemahiran memukul dan menahan bola
Kemahiran menolak, menguis dan menceduk
11. LATIHAN INTENSIF PRA PERTANDINGAN
DATA LATIHAN PASUKAN HOKI SEKOLAH
12. PROGRAM LATIHAN INTENSIF PRA PERTANDINGAN HOKI (PERINGKAT
ZON)
13. RANCANGAN LATIHAN HARIAN
14. JADUAL PERTANDINGAN HOKI
15. JURNAL REFLEKTIF
16. REFLEKSI
MAIZURA RUSLAN 741102016352
3
1. PENGENALAN
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang
untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik
darjah." Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus
Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan".
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94,
Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum
Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu :
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang
berikut:
1. Penyertaan dalam sukan dan permainan.
2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab.
3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam.
4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan.
Tujuan Latihan
Manual latihan ini adalah bertujuan:-
a) Memberi satu latihan dengan tunjuk cara yang tepat berteraskan kepada prinsip mekanik
secara berterusan.
b) Mendedahkan pemain kepada satu sistem latihan yang rapi dan berobjektif.
c) Menjadi satu paduan kepada jurulatih mengendalikan satu sistem latihan yang
bersistematik.
d) Melahirkan pemain yang bersikap positif dan melahirkan pemain yang berbakat.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
4
Objektif Manual Latihan
Manual latihan ini pada keseluruhannya memuatkan contoh-contoh sukatan latihan,
rancangan latihan, gerak kerja serta latih tubi yang bersesuaian. Ia dibuat untuk jurulatih-
jurulatih menjalani satu sessi pengajaran permainan hoki ke atas kumpulan pelajar. Secara am,
manual latihan ini merangkumi konsep dan sistem latihan, cara pengelolaan yang bersesuaian
dengan tahap pencapaian pemain. Dari segi kejurulatihan, manual ini diharapkan:-
a) Dapat membantu jurulatih mengetahui kelebihan-kelebihan yang diperolehi dalam
menjalankan latihan berdasarkan sukatan yang diberi.
b) Dapat memberi tunjuk cara dan menjalankan latihan dengan lebih berkesan.
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KURIKULUM 2012
SK JALAN YUSOF, MUAR, JOHOR
PENGERUSI
EN ABDUL RAHMAN B RAHIM
(GURU BESAR)
GPK (HEM)
PN AZIZH BT ABDUL
GPK KO-KURIKULUM
EN ZAHID B HAMIDI
S/U KO-KURIKULUM
EN HAMID BIN HAMDANI
GPK KURIKULUM
PN ASIAH BT TOHA
MAIZURA RUSLAN 741102016352
5
CARTA ORGANISASI SUKAN DAN PERMAINAN
2. TAKWIM KO KURIKULUM PENGGAL PERTAMA TAHUN 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN YUSOF MUAR
BULAN
TARIKH
MASA
AKTIVITI
Januari
7 Jan 2012
Sabtu
14 Jan
2012 Sabtu
7.30 - 9.30
9.30 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
7.30 - 9.30
9.30 - 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
BOLASEPAK
1. NAJIB BIN SULAIMAN
2. NIZAM BIN MOKHTAR
BOLA TAMPAR
1. NORHASLIZAN BT
YUSOF@HASSAN
2. PUAN SUZANURNI BT MOHD SHUKRI
3. EN SAIFUL B ABDULLAH
BOLA JARING
1.PN HASNIWATIE BT
HALIM
2. CIK NORHASLINDA BT MOHAMAD
ZAIN
3.EN AHMAD B HUSSIN
HOKI
1. EN ZAHARI B ZABIDI
2. EN AVILA SANIS
3. EN AGUS B TIBE
4. EN SHARUL NIZAM B ABU
BADMINTON
1. EN SUDHAKAR A/L
BALAKRISHNAN
2. EN ROHAIZAD B JAMIL
3. EN ADILLY B MOHAMED
4. PN SALIHA BT SANUSI
MAIZURA RUSLAN 741102016352
6
Februari
5 Feb 2012
Sabtu
11 Feb
2012 Sabtu
18 Feb
2012 Sabtu
7.30 - 9.30
9.30 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
7.30 - 9.30
9.30 - 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
7.30 - 9.30
9.30 - 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Mac
2 Mac
2012 Sabtu
10 Mac
2012 Sabtu
31 Mac
2012 Sabtu
7.30 - 9.30
9.30 - 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
7.30 - 9.30
9.30 - 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
7.30 - 9.30
9.30 - 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
MAIZURA RUSLAN 741102016352
7
April
7 April
2012
Sabtu
20 April
2012
Sabtu
7.30 - 9.30
9.30 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
7.30 - 9.30
9.30 - 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Mei
5 Mei 2012
Sabtu
11 Mei
2012 Sabtu
19 Mei
2012 Sabtu
7.30 - 9.30
9.30 - 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
7.30 - 9.30
9.30 -10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
7.30 - 9.30
9.30 - 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
28 Mei hingga 8 Jun 2012
Cuti Pertengahan Penggal Pertama
Jun
16 Jun
2012 Sabtu
7.30 - 9.30
9.30 - 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
MAIZURA RUSLAN 741102016352
8
23 Jun
2012 Sabtu
23 Jun
2012 Sabtu
7.30 - 9.30
9.30 - 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
7.30 - 9.30
9.30 - 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Julai
7 Julai
2012 Sabtu
14 Julai
2012 Sabtu
21 Julai
2012 Sabtu
7.30 - 9.30
9.30 - 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
7.30 - 9.30
9.30 - 10.00
10.00 - 11.00
11.00 - 12.30
7.30 - 9.30
9.30 - 10.00
10.00 - 11.00
11.00- 12.30
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Sukan dan Permainan.
Rehat
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Jadual 1.1
Jadual 1.1 merupakan takwim kokurikulum bagi Sekolah Kebangsaan Jalan Yusof Muar
sepanjang penggal pertama persekolahan tahun 2012. Aktiviti kokurikulum dijalankan pada
MAIZURA RUSLAN 741102016352
9
hujung minggu (Sabtu) pada waktu pagi. Sebanyak 3 kali perjumpaan akan diadakan pada setiap
bulan (maksimum) atau dua kali sebulan (minimum).
Oleh sebab aktiviti kokurikulum hanya dilakukan pada hujung minggu, jangkamasa yang
agak lama diperlukan bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari, bagi
mencukupkan waktu ketiga-tiga aktiviti kokurikulum iaitu Unit Beruniform seperti Pengakap,
Pergerakkan Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Sukan dan permainan pula seperti
bolasepak, hoki, ping-pong, bola jaring, catur dan sepak takraw. Manakala kelab dan persatuan
pula seperti Kelab Bahasa Melayu, Kelab Matematik Dan Sains, Kelab Komputer, Kelab
Kesenian dan Kelab Perpustakaan.
Walaupun terdapat sekolah yang mengadakan aktiviti kokurikulum pada waktu petang
tetapi disekolah ini aktiviti kokurikulum dijalankan pada hujung minggu kerana terdapat
beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan:
a) Merupakan sekolah 2 Seisi Pagi dan petang.
Oleh itu kesemua kelas dan peralatan serta padang digunakan sepenuhnya.
b) Perlaksanakan aktiviti kokurikulum pada waktu petang akan menyebabkan pertindihan
penggunaan perlatan dan guru penasihat.
c) Kebanyakkan murid tahun 4, 5 dan 6 bersekolah agama pada waktu petang. Hal ini
menyebabkan pertindihan jadual sekolah agama dan masa kokurikulum.
Merujuk kepada tugasan ini, saya memilih Sukan dan Permainan bagi acara hoki kerana ia
permainan yang agak menyerlah disekolah ini.
3. PERMILIHAN AKTIVITI KOKURIKULUM: HOKI
Perancangan aktiviti kokurikulum yang akan diperincikan dalam tugasan ini ialah
permainan hoki. Oleh yang demikian keseluruhan tugasan ini akan memperlihatkan segala
program selama 20 minggu bagi satu penggal persekolahan untuk permaian hoki.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
10
TAKWIM DAN JURNAL PERMAINAN HOKI TAHUN 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN YUSOF, MUAR, JOHOR
SEMESTER 1
TARIKH/MASA
AKTIVITI
JANUARI
7 Jan 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 1
a. Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa
1. Pengerusi
2. Naib Pengerusi
3. Bendahari
4. Setiausaha
5. Ahli Jawatan Kuasa tahun 4, 5, dan 6
b. Jadual Pertemuan penggal pertama.
c. Pendaftaran ahli kelab hoki Sekolah.
14 Jan 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 2
Pembelajaran di dalam kelas
Aktiviti:
Memperkenalkan murid-murid peralatan permainan
hoki dan kemahiran
- Bilah kayu hoki
- Pakaian pemain dan penjaga gol
- Saiz padang
- Kemahiran asas
- Sejarah Permainan Hoki dan undang-
undang permainan
Februari
5 Februari 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 3
Meperkenalkan permainan hoki
1. Cara memegang bilah kayu hoki.
2. Kemahiran mengawal bola.
3. Mengelecek.
Permainan “Keep It Up”.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
11
- Memperbaiki kawalan bola.
11 Februari 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 4
Kemahiran dan aktiviti.
1. Memukul dan menahan
Permainan 1: “Hitting game”
Permainan 2: Pukulan berhalangan.
18 Februari 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 5
Kemahiran/Aktiviti.
1. Menolak
Teknik menolak
2. Jenis Tolakkan
Tolakkan kilas
Permainan: Permainan Monyet
Mac
2 Mac 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 6
Kemahiran/Aktiviti
1. Menguis
Teknik menguis.
i. Kuis ke sasaran.
ii. Kuis tinggi.
Permainan: Permainan kuis jarak jauh
(pertandingan kecil)
10 Mac 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 7
Kemahiran/Aktiviti
1. Menceduk.
Teknik menceduk.
i. Menceduk lurus.
ii. Menceduk Shovel
2. Menghantar dan menerima.
i. Dari depan dan belakang.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
12
ii. Dari kanan dan kiri.
31 Mac 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 8
Kemahiran/Aktiviti.
1. Mengelak
Teknik mengelak.
i. Mengelak pasif.
ii. Mengelak aktif.
Permainan: Drill seluruh padang.
Tujuan: Mempraktikan kemahiran hoki yang telah
dipelajari.
April
7 April 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 9
Kemahiran/Aktiviti.
1. Penjagaan gol.
Ujian Pemilihan penjaga gol.
Ujian ketangkasan.
i. Mengawal Sudut.
ii. Menendang.
14 April 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 10
Kemahiran/Aktiviti.
1. Pemilihan Penjaga gol
(2 orang).
Permainan: Hoki Mini
Tujuan: Mempraktikan segala kemahiran asas
permainan hoki.
30 April 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 11
Kemahiran/Aktiviti:
1. Gerakkan terancang
i. Pukulan sudut penalti.
ii. Hantaran luar kawasan D.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
13
Mei
5 Mei 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 12
Kemahiran/Aktiviti
1. Pembelajaran dalam kelas.
i. Pengetahuan undang-undang dan
peraturan permainan hoki.
ii. Moral dalam permainan.
2. Menonton tayangan video permainan hoki.
12 Mei 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 13
Kemahiran/Aktiviti
Penilaian pra latihan 1:
Uian 1: Mengelecek rapat.
Ujian 2: Mengelecek dan mengawal bola.
Ujian 3: Memukul bola.
Ujian 4: Menolak.
19 Mei 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 14
Kemahiran/Aktiviti
Penilaian pra latihan 2:
Ujian 5: Menguis, menceduk.
Ujian 6: Hantaran Tolak.
Ujian 7: Ujian Penjagaan gol
(hanya untuk penjaga gol)
Jun
16 Jun 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 15
Kemahiran/Aktiviti
1. Permainan “Total hockey”.
(Pencarian pemain untuk mewakili sekolah)
Masa:
I. 30 minit separuh masa pertama.
II. 30 minit separuh masa kedua.
III. Rehat: 10 minit.
23 Jun 2012
Pemilihan Pemain mewakili Sekolah
MAIZURA RUSLAN 741102016352
14
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 16
- Latihan Pra Persediaan Pertandingan
Peringkat Zon Bawah 12 Tahun.
30 Jun 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 17
- Latihan Pra Persediaan Pertandingan
Peringkat Zon Bawah 12 Tahun.
Merancang Strategi perlawanan
Mengenalpasti kesalahan dalam permainan
Julai
7 Julai 2012
9.30 hingga 10.40 pagi (1jam10 minit)
Pertemuan 18
11 Julai 2012
9.30 hingga 10.40 pagi (1jam10 minit)
Perlawanan Hoki Peringkat Zon
SK Jalan Yusuf Muar lawan SK Parit No 5
Perlawanan Pertama.
Tempat : Padang sekolah SK Parit No 5
Nota : Pemain Kelab Hoki yang tidak terpilih
menjalani latihan dan aktiviti kokurikulum di
sekolah seperti biasa
SK Jalan Yusuf Muar lawan SK Pekan Baru
Perlawanan Kedua.
Tempat : Padang sekolah SK Jalan Yusuf
14 Julai 2012
9.30 hingga 10.40 pagi (1jam10 minit)
Pertemuan 19
SK Jalan Yusuf Muar lawan SK Parit Lattif
Perlawanan Ketiga.
Tempat : Padang sekolah SK Parit Latif
Nota : Pemain Kelab Hoki yang tidak terpilih
menjalani latihandan aktiviti kokurikulum di
sekolah seperti biasa
MAIZURA RUSLAN 741102016352
15
21 Julai 2012
7.30 hingga 9.30 pagi ( 2 jam/120 minit)
Pertemuan 20
Kemahiran /Aktiviti
a) Pembelajaran dalam kelas.
Refleksi mengenai perlawanan peringkat
zon.
Menonton tayangan video permainan
hoki.
Seminar kejurulatihan Hoki
4. PERTIMBANGAN LATIHAN
Tugas Dan Tanggungjawab Guru Penasihat dan Jurulatih Hoki
Dalam memulakan rancangan latihan dalam setiap aktiviti kokurikulum beberapa
persediaan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengkaji keperluan-keperluan penting dari segi
tempat, peralatan dan jumlahnya, jadual latihan bilangan peserta, corak latihan dan sebagainya.
Persediaan ini penting supaya penyusunan organisasi dan jadual kokurikulum dapat dirangka
dengan baik dan menjamin latihan berjalan dengan lancar.
Kesemua aspek ini menjadi tanggungjawab guru penasihat dan jurulatih hoki sebagai
persediaan dalam melaksanakan latihan.
1. Pelatih
Jurulatih perlu memastikan tahap umur pemain yang diajar. Bagaimanakah tahap
kemahiran pemain serta bilangan pemain yang diajar.
2. Tempat latihan
Tempat latihan merujuk kepada padang dalam permainan hoki, keluasan padang tersebut
dan grid latihan. Adakah padang permainan tersebut sesuai untuk permainan hoki.
3. Peralatan
MAIZURA RUSLAN 741102016352
16
Guru penasihat perlu memastikan berapakah bilangan kayu dan bola hoki yang ada.
Penanda, peralatan penjaga gol dan “bip” yang hendak digunakan mencukupi.
4. Masa.
Jurulatih haruslah memperuntukkan jangka masa latihan yang mencukupi serta bilangan
sesisi latihan yang perlu bagi memastikan pemain menguasai tahap kemahiran yang
sepatutnya.
5. Kandungan latihan.
Seorang jurulatih perlu menguasai tajuk-tajuk latihan dan mengenal pasti tujuan latihan
tersebut. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan dan aktiviti-aktiviti yang akan
dilaksanakan berkaitan.
6. Organisasi semasa latihan
Jurulatih perlu mengorganisasikan latihan yang dirancang secara teratur dan memastikan
pemain memahami organisasi itu. Adakah keluasan tempat latihan memadai serta semua
peralatan hoki terletak ditempat yang bersesuaian. Selain itu jurulatih perlu memastikan
alatan permainan hoki bersesuaian mengikut umur dan saiz badan pemain. Sewaktu
aktiviti dijalankan kemudahan pertolongan cemas seperti “kit pertolongan cemas”
perlulah disediakan.
7. Perancangan corak latihan.
Seseorang jurulatih atau guru penasihat perlu merangka corak latihan yang dapat
mengerak dan mengiatkan pemain. Masa latihan sesuatu kemahiran perlulah mencukupi.
Selain itu pemain perlu memahami arahan yang diberi oleh jurulatih seperti butiran
latihan bagi memastikan objektif latihan kemahiran tercapai.
8. Penyediaan peralatan dan pakaian pemain hoki padang
MAIZURA RUSLAN 741102016352
17
a) Kayu hoki dan bola
i. Jurulatih perlu berusaha memastikan pemain mempunyai kayu hoki yang
bersesuaian dan bola hoki dengan kadar seorang pelatih – sebatang.
ii. Catatkan nama pemain dan bola jagaannya.
iii. Bergantung kepada pemain, saiz kayu hoki dan peralatan lain perlu sesuai dan
selesa digunakan.
b) Penanda.
Jurulatih perlu memastikan kon yang mencukupi dan bersesuaian untuk digunakan
sebagai penanda. Sebagai gantian boleh juga digunakan tiang kayu, skitel atau bahan-
bahan lain yang selamat.
c) Pakaian.
Pemain digalakkan memakai pakaian yang sesuai untuk pemainan hoki mengikut
peraturan dan undang-undang. Jurulatih perlu memastikan pemain mendapatkan pakaian
seragam untuk permainan hoki. Pelatih dinasihatkan menyalin pakaian selepas latihan
permainan.
d) Gol
Guru penasihat dan jurulatih perlu berusaha mendapatkan beberapa pasang gol yang
lengkap dengan jaring dan mudah alih
MAIZURA RUSLAN 741102016352
18
.
Gambarajah di atas adalah gol yang digunakan dalam permainan hoki.
e) Latihan Grid.
Saiz grid latihan yang sesuai adalah 60 ela X 50 ela. Setiap satu grid berukuran 10 ela X
10 ela. Grid yang digunakan mestilah mudah ditandakan dikawasan latihan. Manakala
kotak grid perlulah dilakar di atas kawasan latihan.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
19
5. SESI LATIHAN PEMAINAN HOKI
CONTOH SESI LATIHAN SETIAP PERJUMPAAN KOKURIKULUM
Masa : 120 minit
Objektif Pengajaran : Latihan dan pemainan
Kemahiran : Mengelecek.
Alatan : Kayu hoki, bola hoki, kon.
Sesi : Perjumpaan Ke 3 (5 Februari 2012)
Komponen Aktiviti/Latihan Organisasi Tumpuan latihan
7 minit
Memanaskan
badan
1. Perbincangan
antara jurulatih
dengan pemain
Secara berkumpulan Perhatian kepada cara
membuat aktiviti.
13 minit
Latihan dengan
kayu dan bola hoki
1. Mengelecek dan
menolak
2. Mengelecek dan
memukul.
Pasangan Cara memegang
kayu hoki untuk
mengelecek,
menolak dan
memukul.
Sasaran bola
25 minit
Mengajar dan
latihan
1. Penerangan dan
demontrasi.
2. Mengelecek.
3. Mengelecek cara
“India”/rapat.
Memusing padang.
1. Secara
kumpulan.
2. Individu.
3. Individu
/pasangan
Teknik mengelecek.
20 minit
Latih tubi.
1. Pertandingan
mengelecek
2. Membawa dan
meletak bola 3X.
1. Kumpulan
jarak 15 ela.
2. 6 kumpulan
jarak 15 ela.
Kawalan bola.
Kemahiran
mengelecek.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
20
3. Mengelecek secara
“zig-zag”.
4. Seperti 1 dan 2
diatas
menggunakan 2
biji bola 2X
20 minit
Pemainan kecil
1. 2 lawan 2
2. 3 lawan 2.
3. 2 lawan 2 (+ joker)
2 gol dalam kawasan
a. 10 X 10 ela
b. ¼ padang.
Mengawal bola.
Pergerakan.
Mencabar pihak
lawan.
25 minit
Permainan
kemahiran
mengelecek
Permainan “Keep it up”
a) Memperbaiki
kawalan bola.
Padang biasa Perhatian kepada
mengaplikasikan
kemahiran
mengelecek dan
mengawal bola
10 minit
Gerak kerja kendur
Larian kendur 1-2
pusingan padang
(jogging).
Perbincangan.
Secara kumpulan Mengenal pasti
kelemahan yang
terdapat ketika
latihan.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
21
Gambar ketika latihan permainan hoki.
Penekanan Permainan Hoki
Beberapa penekanan perlu diambil kira oleh seseorang jurulatih selaras dengan matlamat
dan objektif permainan untuk menghasilkan pemain-pemain yang berkaliber, mantap,
berwibawa, berpengetahuan dan seimbang dalam menguasai kemahiran permainan dengan
penerapan nilai-nilai murni. Ini merangkumi aspek-aspek:
1. Penguasaan kemahiran
2. Pengembangan pengetahuan.
3. Pembentukan moral.
Bilangan Pemain Dan Cara Permainan
Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi,
hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan.
Tujuan utama permainan permainan ini ialah memasukkan bola ke dalam gol lawan. Bola
hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak
dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian badannya
kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
22
Latihan Teknikal Pemainan Hoki
Merupakan aspek-aspek pembelajaran teknik berkenaan dengan struktur suatu
kemahiran. Merangkumi semua struktur dan elemen teknikal yang digabungkan dalam suatu
pergerakan yang efisien dan tepat oleh pemain ketika melaksanakan geraklaku sukan tersebut.
Lebih sempurna teknik tersebut lebih kurang tenaga yang diperlukan untuk mencapai prestasi
yang baik. Istilah teknik juga menggambarkan dua ekspresi iaitu elemen teknikal dan prosedur
teknikal dimana elemen teknikal merujuk kepada keseluruhan teknik sukan tersebut manakala
prosedur teknikal merujuk kepada berbagai cara untuk melakukan elemen teknikal.
Latihan Taktikal
Merujuk kepada pengurusan, perancangan dan bagaimana strategi suatu permainan diatur
dan dilaksanakan. Suatu pendekatan yang melaksanakan dan membentuk rancanagan seperti
yang dirancang. Latihan taktikal boleh mengikut mana-mana pendekatan kemahiran teori. Semua
perlakuan serangan dan pertahanan yang diambil oleh pemain atau kumpulan di dalam
perlawanan adalah untuk persembahan taktik yang dirancang sepanjang perlawanan.
6. KESELAMATAN DAN PENGELOLAAN LATIHAN HOKI
Keselamatan dalam sukan merangkumi pelbagai aspek sama ada persediaan fizikal
mahupun persediaan alatan. Persediaan fizikal meliputi aktiviti memanaskan badan dan
menyejukkan badan. Manakala persediaan dari segi alatan pula adalah seperti kesesuaian
pakaian, alatan sukan dan peraturan pertandingan atau latihan. Perincian keselamatan dalam
sukan adalah seperti berikut :
Peralatan bersukan
Peralatan mestilah sesuai dengan umur, ketinggian dan keupayaan fizikal individu itu
untuk keselesaan bersukan malahan akan dapat meningkatkan motivasi individu tersebut untuk
terus terlibat dalam sukan.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
23
Peralatan Keselamatan
Semua pemain atau pemain mestilah menggunaka peralatan keselamatan untuk mengelak dari
berlakunya kecederaan. Sukan-sukan yang berisiko tiggi untuk mendapat kecederaan seperti hoki
mempunyai alatan keselamatan seperti sinpad, abdominal guard, helmet dan sarung tangan untuk
melindungi bahagian-bahagian yang tertentu.
Padang
Kawasan permainan atau latihan seperti padang atau gelanggang harus mempunyai ciri-
ciri keselamatan yang baik dan tidak membahayakan pemain. Segala peralatan yang ada di dalam
kawasan padang dan gelanggang seharusnya berkeadaan baik agar dapat digunakan sepenuhnya.
Keselamatan Latihan
Pemilihan jenis aktiviti perlu diubahsuai mengikut kemudahan yang ada juga bergantung
kepada tahap kecergasan setiap pemain. Pemilihan aktiviti yang sesuai dapat mengelakkan
kecederaan.
Keselamatan Pemain
Arahan perlu jelas agar pemain tahu apa yang perlu dilakukan. Pengawasan pelaksanaan
setiap aktiviti penting bagi mengelakkan kecederaan. Pakaian yang sesuai ketika aktiviti juga
perlu dititikberatkan oleh jurulatih.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
24
SENARAI NAMA JURULATIH DAN PENASIHAT HOKI SEKOLAH
Aktiviti Jurulatih Tugas
Aktiviti 1
Md.Zahri Zabidi
Avila Sanis
Mengelecek dan memukul
bola ke sasaran
Aktiviti 2 Sharul Nizam B Abu
Menahan dan menolak
bola ke sasaran.
Memukul bola ke sasaran.
Aktiviti 3 Agus bin Tibe
Menguis dan meceduk
Aktiviti 4 Md.Zahri Zabidi
Menjaga gol
Demonstrasi :
Mohd Aras bin Khamis
Penerangan oleh :
Md.Iskandar bin Sekuan
Aktiviti 5 Avila Sanis Pukulan Sudut Penalti
Aktiviti 6 Agus bin Tibe
Hantaran Luar kawasan D
Aktiviti 7 Md.Zahri Zabidi
Avila Sanis
Latihan Pra pertandingan
Gambar Jurulatih dan Penasihat Hoki.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
25
7. PERALATAN PERMAINAN HOKI
Kayu Hoki.
a) Permukaan rata di belah kiri sahaja. Bahagian untuk bermain ialah seluruh permukaan
rata kayu dan sepanjng bahagian pemegang di atas dan sepanjang bahagian pemegang
di atas permukaan rata tersebut.
b) Belakang kayu ialah baki keseluruhan kayu.
c) Hulu kayu, iaitu bahagian lebih bawah daripada tempat penyambung (splice), mesti
berbentuk melengkung, dibuat daripada kayu, tumpul (rounded edges) dan tidak
berlubang, berlekuk atau sebarang tambahan. Bahagian hulu yang melengkung boleh
mempunyai panjang maksimum 100mm bila diukur secara tegak dari bahagian bawah
permukaan rata kayu dan selari kepada pemegang.
d) Baki bahagian kayu tidak boleh mengandungi logam atau sebarang bahan logam.
e) Kecuali ulu kayu yang melengkung, lain-lain bahagian hendaklah lurus. Bila diletak
mendatar di atas permukaan yang rata, lengkungan kayu itudengan permukaan yang
berkenaan tidak boleh berjarak melebihi 20mm.
f) Berat maksimum 737 gram.
g) Pita (tape) dan damar boeh disapu pada kayu untuk mencegah kehausan dengan
syarat permukannya tetap licin.
h) Saiz kayu, termasuk sebarang bulatan, mesti bleh menembusi alat gelang yang
mempunyai garis pusat dalaman 51mm. Kayu hoki telah mempunyai bentuk
tradisional dan bentuk ini dikekalkan. Kayu hoki yang melengkung sehingga 2
sentimeter sama ada dari hujung permukaan kayu ataupun hulunya diluluskan. Walau
bagaimana pun, pengenalan bentuk-bentuk baru yang ekstrim tidak dibenarkan.
Lemabaga Peraturan-Peeraturan Hoki akan sentiasa memantau prestasi kayu-kayu
yang dibuat daripada bahan-bahan tradisonal dan bukan tradisional dan akan
menghadkan dan/atau mengharamkan penggunaan kayu-kayu jenis tersebut sekiranya
penggunaan kayu-kayu itu menyebabkan perubahan kpada ciri-ciri permainan atau
meningkatkan paras bahaya kepada para pemain.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
26
Gambar kayu hoki
Bola Hoki
a) Berbentuk sfera, keras dan di buat daripada sebarang bahan yang sesuai.
b) Berat minimum bulatan 156 gram, maksimum 163 gram.
c) Ukuran lilit bulatan: minimum 224 mm, maksimum 235mm
d) Permukaan licin tetapi pelipat (seam) atau lekuk-lekuk kecil (indentations)
dibenarkan.
e) Warna putih atau seperti dipersetujui.
Gambar bola hoki
Pakaian dan Peralatan Pemain
a) Pemain-pemain
Dari pasukan yang sama dikehendaki memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh
persatuan atau kelab mereka.
Tidak dibenarkan memakai sebarangan yang boleh membahayakan pemain-pemain
lain. Pemain-pemain padang digalak sepenuhnya memakai pelindung
betis/pergelangan kaki dan mulut.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
27
b) Penjaga Gol
i. Dikehendaki memakai baju atau pakaian melitupi sebarang pelindung
bahagian di atas tubuhnya. Baju atau pakaian ini hendaklah berlainan
warnanya daripada yang dipakai oleh pemain-pemain pasukannya mahupun
daripada pasukan lawan.
ii. Diwajibkan memasang pelindung kepala (protective headgear) kecuali semasa
mengambil (bukan mempertahankan penalti strok. Peralatan pelindung
keepala yang sesuai: helmet berpelindung muka dan menutup seluruh kepala
termasuk bahagian belakang dan kerongkong disyorkan. Pelindung kepala
yang direka bentuk dan diluluskan untuk permainan hoki ais
biasanyamemenuhi keperluan kebanyakkan penjaga gol.
iii. Penjaga gol juga dinasihatkan meemakai lain-lain peralatan pelindung
(misalnya untuk melindungi badan, tangan, siku, paha, lutut dan sebagainya)
pada setiap masa. Berikut ialah peralatan pelindung yang dbenarkan untuk
kegunaan penjaga gol: pelindung tubuh, ped kaki, penendang (kicker), sarung
tangan dan pelindung untuk bahagian paha, lengan (upper arm), lengan
(forearm) dan siku.
iv. Pad, penendang dan pelindung tangan: tidak dibenar mempunyai bahagian
tepi yang kasar atau tonjolan.
v. Pad: lebar maximum semasa dipasang kepada kaki penjaga gol ialah 300mm.
vi. Pelindung tangan: lebar maksimum 228 mm semasa diletakkan di atas
permukaan yang rata dan menghala ke atas; panjang maksimum 355mm –
diukur dari bawah ke penghujung.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
28
vii. Tiada pengubahsuaian/ tambahan bagi membolehkan kayu melekat kepada
pelindung tangan semasa kayu tidak dipegang.
Tiang-Tiang Bendera
Empat tiang bendera di setiap sudut padang dan dipanggil bendera sudut. Tingginya 4
kaki minimum dan 5 kaki maksimum, dan diletakkan di luar sudut.
Tiang-tiang bendera juga diletakkan di setiap belah tengah padang pada jarak 1 ela di luar
garisan-garisan tepi. Tiang-tiang bendera juga dicadangkan untuk garisan-garisan 25 ela.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
29
Padang hoki.
Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah
ditentukan di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur dengan
100 ela panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan
belakang atau garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan tersebut.
8. ORGANISASI PENGAJARAN DAN KEJURULATIHAN HOKI
Perancangan dan penyediaan:
Masa - menggunakan masa yang ada dengan maksima
Ruang - menggunakan ruang yang ada dengan maksima
Kemudahan - Menggunakan kemudahan yang ada
Kaedah pengajaran jurulatih;
Memanaskan badan dalam kumpulan
Latihan individu
Demontrasi
Pengajaran rakan sebaya
Latihan kumpulan
MAIZURA RUSLAN 741102016352
30
Permainan
Pemain dipecahkan mengikut saiz dan tempat supaya urutan pengajaran anda kesinambungan
dengan lancar. Setiap sesi dirancang awal supaya tahu apa yang ingin dicapai,apakah kaedah
yang hendak digunakan dan sesi organisasi yang dijalankan:
Objektif
Organisasi
Kaedah dan prosedu
Penilaian
Penilaian:
Rekod dan prestasi individu dan pasukan
Kehadiran semasa latihan dan sesi lain
Sikap pemain kepada jurulatih
Sikap pemain kepada pengurusan pasukan
Pengajaran Kemahiran Hoki:
Kemahiran asas adalah rangka kepada pembinaan pasukan dan kemajuan aspek-aspek
permainan.
Bila dan dimana dan kenapa sesuatu kemahiran itu digunakan.
Bagaimana Kemahiran Dipelajari
Idea
Demostrasi
Latihan
Maklum balas
Modifikasi
Progresif
MAIZURA RUSLAN 741102016352
31
9. PERATURAN – PERATURAN PERMAINAN HOKI
Masa Permainan
Dua separuh masa selama 35 minit setiap satu kecuali telah dipersetujui sebelumnya.
Masa rehat separuhmasa: 5 hingga 10 minit seperti dipersetujui: pasukan-pasukan
menukar bahagian padang.
Setiap separuh masa bermula apabila pengadil meniupkan wisel untuk hantaran
tengah.
Memulakan dan memulakan semula permainan.
Hantaran tengah;
i. Dimainkan dari tengah padang.
ii. Tolakan atau pukulan ke mana-mana arah; semua pemain kecuali pemain yang
membuat hantaran, hendaklah berada di bahagian padang masing-masing.
iii. Dilakukan pada permulaan permainan oleh pemain daripada pasukan yang tidak
memilih bahagian padang.
iv. Selepas separuh masa pertama, oleh pemain daripada pasukan yang tidak
memulakan permainan.
v. Setelah separuh masa pertama, oleh pemain daripada pasukan yang kena jaringan
gol atau gol telah diberi terhadap pasukannya.
Hantaran tengah dan memasukkan bola ke dalam permainan semula:
i. Semua pemain dari pasukan lawan sekurang-kurangnya 5 meter dari bola.
ii. Bola ditolak atau dipukul.
iii. Bola mesti bergerak sekurang-kurangnya 1 meter.
iv. Selepas memainkan bola, pemain berkenaan tidak boleh menyentuh bola lagi
ataupun berada berdekatan atau menghampiri bola dalam jarak mainan sehingga
bola itu sudah dimainkan oleh pemain lain.
v. Bola tidak boleh diangkat dengan segaja atau mengakibatkan bahaya atau
menjurus kepada permainan yang membahayakan.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
32
Bola terkeluar padang.
i. Bola terkeluar daripada permainan apabila keseluruhannya sudah melepasi
garisan tepi atau garisan belakang. Bila berkenaan atau bola lain hendaklah
digunakan untuk memulakan semula permainan.
ii. Melepasi garisan tepi:
a. Di atas garisan tepi berdekatan dengan tempat bola terkeluar daripada
permainan.
b. Pemain yang memainkan bola tidak perlu berada sepenuhnya di dalam atau di
luar garisan tepi.
c. Diambil oleh seorang pemain dari pasukan lawan.
iii. Melepasi garisan belakang oleh pasukan penyerang semasa gol tidak dijaringkan:
a. Sehingga 14.63 meter dari dan bertentangan tempat bola melepasi garisan
belakan, selari dengan garisan tepi.
b. Diambil oleh pemain penyerang.
iv. Melepasi garisan belakang:
Secara tidak sengaja oleh pasukan pertahanan semasa gol tidak dijaringkan:
a) Di atas garisan tepi, 5 meter dari tiang bendera yang terhampir dengan tempat
bola melepasi garisan belakang.
b) Diambil oleh pemain penyerang.
v. Melepasi garisan belakang:
i. Secara sengaja oleh pasukan pertahanan semasa gol tidak dijaringkan dari
satu tanda di atas garisan belakang 9.14 meter dari penjuru luar tiang gol
terdekat di mana-mana belah padang yang dipilih oleh pasukan penyerang.
ii. Diambil oleh pemain penyerang.
vi. Permainan hendaklah dimulakan semula dengan buli apabila:
Bola dalam permainan terpaksa digantikan.
Berlakunya perlanggaran Peraturan-peraturan serentak oleh pemain-pemain
daripada kedua-dua pasukan.
Bola tersangkut di dalam ped kaki penjaga gol atau pakaian pemain atau
pengadil. Apabila permainan dihentikan kerana kecederaan atau sebab-sebab
lain dan tiada pelanggaran Peraturan-peraturan telah dilakukan.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
33
Buli
Di tempat yang dipilih oleh pengadil tetapi tidak boleh kurang daripada 14.63 meter dari
garisan belakang.
Seorang pemain daripada kedua-dua pasukan akan menghadap pemain pasukan lawan
dengan garisan belakang bahagian padang masing-masing.
Bola di letak di atas padang di antara kedua-dua orang pemain.
Kedua-dua pemain mengetuk padang dengan kayu di sebelah kanan bola; kemudiannya
permukaan rata kayu pemain pasukan lawan di atas bola; diulangi tiga kali selang-seli;
dan selepas itu mana-mana satu pemain bleh memainkan bola untuk memulakan
permainan.
Pemain-pemain lain berada pada jarak sekurang-kurangnya 5 meter sehingga bola
dimasukkan ke dalam permainan.
10. KEMAHIRAN TEKNIKAL ASAS
Kemahiran hoki dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
1. Kemahiran Individu
2. Kemahiran Berkumpulan
Bagi merancang program latihan Pra Pertandingan selama 6 minggu, kemahiran yang akan
diajarkan dan diberi penekanan ialah:
1. Mengawal bola dan mengelecek
2. Memukul dan menahan bola
3. Menolak, menguis dan menceduk
4. Menghantar dan menerima
MAIZURA RUSLAN 741102016352
34
Kemahiran mengawal dan mengelecek bola
a) Mengawal Bola
Latihan yang dilakukan ialah menimang bola diatas kayu, menimang bola diatas permukaan
kayu atau gabungan kedua-duanya. Pemain dalam kumpulan 3 atau 4 orang cuba menghantar
bola dari kayu ke kayu dengan tidak menjatuhakan bola ke lantai. Jarak antara pemain perlu
melebihi 3 ela supaya bola dapat dimainkan diudara dari kayu ke kayu.
b) Mengelecek Bola
i. Mengelecek rapat
Kawalan rapat keatas bola dapat dikekalkan dengan membawanya rapat dengan kayu. Ini perlu
untuk mengekalkan kawalan yang kuat serta merta dan berterusan keatas bola dimana
kawasannya terhad dan juga untuk membawa bola mengelilingi lawan.
ii. Mengelecek Longgar/Bebas
Teknik membenarkan bola dikawal dengan bebas dan bergerak dihadapan kayu. Hasilnya
pergerakkan menjadi lebih pantas dan penelitian yang baik tetapi ia akan menambah risiko bola
dirampas oleh pihak lawan. Kelecek bebas juga digunakan untuk melepasi lawan yang pegun
dengan menolak bola melalui celah atau keliling kaki lawan menggunakan kelajuannnya.
Kemahiran memukul dan menahan bola
a) Memukul Bola
Pukulan dibuat semasa bola dalam keadaan pegun dan juga selepas mengelecek bola. Tangan kiri
menggengam bahagian atas kayu hoki secara berjabat tangan. Tangan kanan rapat dengan tangan
kiri. Posisi badan dan bola perlu condong sedikit kehadapan. Cara memukul pula letak kaki kiri
bertentangan bola antara 9 hingga 12 inci dari kaki kiri. Bahu kiri menghala kesasaran badan di
atas bola, hayun kayu ke belakang dan pastikan lengan bengkok sedikit.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
35
b) Menahan Bola
i. Menahan bola dari arah hadapan
Pastikan badan berada di hadapan bola dan selari dengan arah bola. Kayu menegak dan
kepalanya rapat pada permukaan padang untuk mendapat kawasan menahan yang luas.
Perhatikan bola sehingga ditahan.
ii. Menahan bola dengan kayu kilas
Membawa kayu dari sebelah kanan ke kiri mengikut arah pergerakkan bola. Kaki kanan
disilangkan dan kayu dikilas untuk menahan bola. Pastikan kedudukkan kepala kayu di atas bola.
Sentiasa perhatikan bola sehingga bola ditahan.
Kemahiran menolak, menguis dan menceduk
a) Menolak
Pegangan seperti mengelecek bola dengan tangan kanan menggengam dekat tengah kayu hoki.
Kedudukkan bola dan badan dihadapan antara kaki kiri dan kaki kanan. Kaki mengangkang,
paras bahu dihalakan kearah mana bola akan dihantar. Lutut membengkok dan kedudukkan
badan direndahkan sedikit. Tangan kanan menolak kayu hoki melalui bola dan tangan kiri
menarik kayu kebelakang dan pada masa yang sama memberi kuasa tolakkan. Siku diluruskan
dan bilah kayu menghala kearah lonjakkan.
b) Menguis
Hantaran bola ke udara untuk penalti stroke dan menjaringkan gol. Pegangan adalah sama
seperti mengelecek tetapi kedudukkan tangan adalah lebih rendah. Bahu menhadap kearah mana
bola ditunjukkan. Jarak kaki dilebarkan lebih dari jarak bahu. Lutut membengkok dan
kedudukkan badan direndahkan. Kedudukkan bilah kayu dicondongkan menyentuh bola dan
kedudukkan gagang kayu direndahkan.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
36
c) Menceduk
Menceduk lurus digunakan untuk hantaran udara dan menghantar bola tinggi dan jauh.
Genggaman tangan kayu hoki dipegang seperti kaedah menguis. Kedudukkan bola dan badan
seperti menguis tetapi lutut lebih bengkok dan bilah kayu lebih condong. Menceduk “shovel”
pula kedudukkan badan berubah iaitu kaki kanan kehadapan sedikit, badan akan dipusingkan ke
posisi menahan bola kilas. Mata sentiasa memandang bola semasa membuat cedukkan. Kedua-
dua tangan dijarakkan dengan kaki kanan didekatkan dengan bola. Pergerakkan menceduk
dengan mengunakan pergelangan tangan dan lengan untuk mendapat satu cedukkan yang tinggi
dan jauh.
11. LATIHAN INTENSIF PRA PERTANDINGAN
Program latihan secara intensif yang dirangka untuk pasukan hoki sekolah adalah
bertujuan memberi mereka persedian yang mencukupi bagi menghadapi Pertandingan Peringkat
Zon yang dijalankan pada bulan Julai. Aktiviti ini di jalankan selepas waktu persekolahan
bermula jam 3.30 petang hingga 6.30 petang.
Latihan intensif ini merupakan sebahagian daripada perancangan latihan Pasukan Hoki Sekolah,
namun ianya tidak termasuk dalam Jadual Pertemuan Kokurikulum atau Takwim.
DATA LATIHAN PASUKAN HOKI SEKOLAH
Data latihan yang ini meliputi pelbagai aspek dan dijelas secara tepat dan terperinci agar mudah
dirujuk oleh atlet dan juga jurulatih.
BIL DATA LATIHAN PENERANGAN
1 Jenis sukan Permainan hoki
2 Peserta/atlet Pasukan Hoki Sekolah
MAIZURA RUSLAN 741102016352
37
3 Bilangan peserta 18 orang
4 Umur Bawah 12 tahun
5 Jantina Lelaki
6 Tahap kecergasan Sederhana
7 Tahap kemahiran Sederhana
8 Pertandingan Pertandingan Peringkat Zon (Julai 2012)
MSS Daerah (Oktober 2012)
9 Jangka masa latihan Mei – Julai 2012 (6 minggu)
12. PROGRAM LATIHAN INTENSIF PRA PERTANDINGAN HOKI (PERINGKAT
ZON)
Minggu 1 – minggu 6
MINGGU 1
TARIKH/HARI KAEDAH LATIHAN INTENSITI
Isnin
14 Mei 2012
3.30 – 5.30 ptg
Rabu
16 Mei 2012
Ujian Kecergasan Fizikal
Ujian Kecergasan Teknikal
Mengawal bola dan mengelecek.
Memukul dan menahan bola.
Menolak, menguis dan menceduk.
LATIHAN LITAR
6 stesen X 3 set
Masa aktiviti setiap stesen: 30 saat.
Pra Ujian
Sederhana
□ T1
□ T2
MAIZURA RUSLAN 741102016352
38
3.30 – 5.30 ptg
Jumaat
18 Mei 2012
3.30 – 5.30 ptg
Masa rehat diantara stesen: 60 saat.
LATIHAN BEBANAN
Intensiti: 50% X 1RM
Ulangan: 8 kali
Set: 3 set
Aktivti: Bench Press
Leg Press
Triceps Curl
Heel Raice
Bicep curl
Triceps push down
□ T3
Sederhana
□ S1
□ S2
□ S3
MINGGU KE 2
Isnin
21 Mei 2012
3.30 – 5.30 ptg
Rabu
23 Mei 2012
3.30 – 5.30 ptg
Latihan Aerobik
Latihan Fartlek
Berjalan,Berjogging (jarak 5 KM)
Lari berpasangan, Lari pecut
Latihan Jeda
3 kemahiran asas hoki
Ulangan: 8 ulangan
Set: 2 set
Jeda kerja: 20 saat
Jeda rehat: 60 saat
Aktiviti jeda rehat:
Memukul dan menahan bola.
Rendah
□ R1
□ R2
□ R3
Tinggi
□ T1
□ T2
□ T3
MAIZURA RUSLAN 741102016352
39
Jumaat
25 Mei 2012
3.30 – 5.30 ptg
Menghantar dan menerima.
Latihan Bebanan
Intesiti: 60% X 1RM
Ulangan: 10 kali
Set: 2 set
Aktiviti: Bench Press
Leg Press
Triceps Curl
Heel Raicel
Bicep Curl
Triceps push down
Rehat (Cuti Pertengahan Penggal Pertama)
28 MEI hingga 8 JUN 2012
Sederhana
□ S1
□ S2
□ S3
MINGGU KE 3
Isnin
11 Jun 2012
3.30 – 5.30 ptg
Rabu
13 Jun 2012
Latihan Aerobik
Senaman aerobik: 45 minit
Masa rehat antara aktiviti: 20 minit
Latihan Litar (Umum)
6 stesen X 3 set.
Masa akitiviti setiap stesen: 30 saat
Masa rehat diantara stesen: 60 saat
Latihan Jeda
Larian 400 M ( 4 ulangan X 2 set)
Rendah
□ R1
□ R2
□ R3
Sederhana
□ S1
□ S2
□ S3
Tinggi
□ T1
MAIZURA RUSLAN 741102016352
40
3.30 – 5.30 ptg
Jumaat
15 Jun 2012
3.30 – 5.30 ptg
Jeda kerja: 150 saat.
Jeda rehat: 300 saat
Aktiviti jeda rehat
Lari anak (slow jog)
Latihan Jeda
3 kemahiran asas hoki
Ulangan: 8 Ulangan
Set: 2 set
Jeda kerja: 20 saat.
Jeda rehat: 60 saat.
Aktiviti jeda rehat:
Menolak bola bersemuka
Menguis tinggi bersemuka
□ T2
□ T3
Tinggi
□ T1
□ T2
□ T3
MINGGU KE 4
Isnin
18 Jun 2012
3.30 – 5.30 ptg
Rabu
20 Jun 2012
3.30 – 5.30 ptg
Latihan Aerobik
Latihan Fartlek
Berjalan,berjogging ,lari berpasangan, lari pecut
(jarak 5 KM)
Latihan Bebanan
Intesiti: 50% X 1RM
Ulangan: 10 kali
Set: 2 set
Aktivti:
1. Bench Press
2. Leg Press
Rendah
□ R1
□ R2
□ R3
Sederhana
□ S1
□ S2
□ S3
MAIZURA RUSLAN 741102016352
41
Jumaat
22 Jun 2012
3.30 – 5.30 ptg
3. Triceps Curl
4. Heel Raise
5. Bicep Curl
6. Triceps push down
Latihan Tekanan
5 aktiviti kemahiran asas permainan hoki
1. Menahan bola (20 kali 60 saat)
2. Memukul bola (20 kali 60 saat)
3. Menghantar bola (16 kali 60 saat)
4. Menerima bola (16 kali 60 saat)
5. Mengawal dan mengelecek (14 kali 60 saat)
Bilangan Set: 3 set
Rehat antara set: 120 saat
Tinggi
□ T1
□ T2
□ T3
MINGGU KE 5
Isnin
25 Jun 2012
3.30 – 5.30 ptg
Rabu
27 Jun 2012
3.30 – 5.30 ptg
Latihan Aerobik
Senaman aerobik: 45 minit
Masa rehat antara aktiviti: 20 minit
Latihan Litar (Umum)
6 stesen X 3 set.
Masa akitiviti setiap stesen: 30 saat
Masa rehat diantara stesen: 60 saat
Latihan Jeda
3 kemahiran asas hoki
Ulangan: 8 ulangan
Rendah
□ R1
□ R2
□ R3
Sederhana
□ S1
□ S2
□ S3
Tinggi
□ T1
□ T2
MAIZURA RUSLAN 741102016352
42
Jumaat
29 Ogos 2012
3.30 – 5.30 ptg
Set: 2 set
Jeda kerja: 20 saat
Jeda rehat: 60 saat
Aktiviti jeda rehat:
Menolak bola bersemuka.
Menguis bola tinggi bersemuka
Latihan Tekanan
5 aktiviti kemahiran asas permainan hoki
1. Menahan bola (20 kali 60 saat)
2. Memukul bola (20 kali 60 saat)
3. Menghantar bola (16 kali 60 saat)
4. Menerima bola (16 kali 60 saat)
5. Mengawal dan mengelecek (14 kali 60 saat)
□ T3
Tinggi
□ T1
□ T2
□ T3
MINGGU KE 6
Isnin
2 Julai 2012
3.30 – 5.30 ptg
Rabu
4 Julai 2012
3.30 – 5.30 ptg
Latihan Aerobik
Latihan Fartlek
Berjalan, berjogging, lari berpasangan, lari pecut
(jarak 5 KM)
Latihan Tekanan
5 aktiviti kemahiran asas permainan hoki
Menahan bola (20 kali 60 saat)
Memukul bola (20 kali 60 saat)
Menghantar bola (16 kali 60 saat)
Menerima bola (16 kali 60 saat)
Mengawal dan mengelecek (14 kali 60 saat)
Rendah
□ R1
□ R2
□ R3
Tinggi
□ T1
□ T2
□ T3
MAIZURA RUSLAN 741102016352
43
Jumaat
5 Jun 2012
3.30 – 5.30 ptg
Ujian Kecergasan Fizikal
Ujian Kecergasan Teknikal
Mengawal bola dan mengelecek.
Memukul dan menahan bola.
Menolak, menguis dan menceduk.
Pasca Ujian
Program Latihan intensif Pra Pertandingan ini merupakan inisiatif para jurulatih dan guru
Penasihat Pasukan Hoki Sekolah agar para pemain mempunyai persediaan dari segi kecergasan
Fizikal dan kemahiran dalam menghadapi Pertandingan Hoki Peringkat Zon Daerah Muar. Para
kemenangan dan mara ke peringkat seterusnya.
13. RANCANGAN LATIHAN HARIAN
Latihan Jeda: Stesen 1
Kemahiran Menolak dan Menahan
Aktiviti Menolak dan menahan secara berganti-ganti dan berterusan
Prosedur a) Pemain (A) memulakan aktiviti tolakan
b) Apabila wisel di bunyikan pemain A dikehendaki menolak bola ke B.
Pemain B menahan dan A berlari menuju ke B. Pemain B selepas
menahan menolak ke C dan berlari ke tempat C.
c) Pemain D akan mengambil tempat A apabila A berlari ke B. Pusingan
ini berterusan mengikut arah yang ditetapkan dan mengulangi lakuan.
Arah tolakan juga boleh ditukar
Jeda Kerja 20 saat
Jeda Rehat 60 saat
Nisbah Kerja : Rehat 1 : 3
Ulangan & Set
Aktiviti Jeda rehat
8 kali 2 set
Menolak dan Menahan secara bersemuka
Jeda Rehat (Antara
Set)
2-3 minit
MAIZURA RUSLAN 741102016352
44
Gambar: Menolak dan menahan berganti-ganti
Aktiviti jeda rehat: Menolak dan menahan bersemuka
Latihan Jeda : Stesen 2
Kemahiran Menguis
Aktiviti Menguis ke Sasaran
Prosedur a) Pemain menguis bola dari satu tempat permulaan pada jarak 5 ela, 7
ela dan 10 ela, 12 ela dan 15 ela.
b) Apabila wisel dibunyikan, pemain A dikehendaki menguis kearah
skitel yang disediakan. Kemudian pemain A berlari ke belakang
pemain D dan pemain B meneruskan permainan.Jika bola melalui
skitel pemain mendapat markah.
c) Jarak antara skitel ialah 3 ela. Jarak ini boleh dikurangkan untuk
melatih pemain meningkatkan ketepatan sasaran.
Jeda Kerja 20 saat
Jeda Rehat 60 saat
Nisbah Kerja : Rehat 1 : 3
Ulangan & Set
Aktiviti Jeda rehat
8 kali 2 set
Menguis secara bersemuka
MAIZURA RUSLAN 741102016352
45
Jeda Rehat (Antara Set) 2-3 minit
Gambar: Menguis ke sasaran
Aktiviti jeda rehat: Menguis tinggi bersemuka
Latihan Jeda Stesen 3
Kemahiran Memukul dan Menahan Bola
Aktiviti Pukulan berganti-ganti berterusan
Prosedur a) Jarak antara pemain ialah 20 ela. Pemain A memulakan permainan.
b) Pemain A pukul ke b dan terus berlari kesebelah garisan B.
c) B menahan bola dan memukul ke C. C menahan dan pukul ke D.
Pemain D menahan dan membuat pukulan ke B dan seterusnya.
d) Keempat-empat pemain berganti-ganti secara berterusan untuk
membuat pukulan. Masa permainan selama 5 minit
Jeda Kerja 20 saat
Jeda Rehat 60 saat
Nisbah Kerja : Rehat 1 : 3
Ulangan & Set
Aktiviti Jeda rehat
8 kali 2 set
Memukul secara berpasangan
Jeda Rehat (Antara Set) 2-3 minit
MAIZURA RUSLAN 741102016352
46
Gambar: Memukul dan menahan bola.
Aktiviti jeda rehat: Memukul dan mengelecek rapat
14. JADUAL PERTANDINGAN HOKI
Peringkat Zon 1 Daerah Muar
Tarikh/ Tempat
7 Julai 2012
9.30 hingga 10.40 pagi (1jam10 minit)
11 Julai 2012
9.30 hingga 10.40 pagi (1jam10 minit)
Perlawanan
Perlawanan Hoki Peringkat Zon
SK Jalan Yusuf Muar lawan SK Parit No 5
Perlawanan Pertama.
Tempat : Padang sekolah SK Parit No 5
SK Jalan Yusuf Muar lawan SK Pekan Baru
Perlawanan Kedua.
Tempat : Padang sekolah SK Jalan Yusuf
MAIZURA RUSLAN 741102016352
47
14 Julai 2012
9.30 hingga 10.40 pagi (1jam10 minit)
SK Jalan Yusuf Muar lawan SK Parit Lattif
Perlawanan Ketiga.
Tempat : Padang sekolah SK Parit Latif
Gambar beberapa buah pasukan hoki sebelum perlawanan Peringkat Zon
MAIZURA RUSLAN 741102016352
48
15. JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 1
Tarikh : 7 Januari 2012
Masa : 7.30 – 9.30 pagi
Aktiviti : Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa
Jadual Pertemuan penggal pertama.
Pendaftaran ahli kelab hoki Sekolah.
Masalah :
Pemilihan Ahli Jawatankuasa Pasukan Hoki merupakan perjumpaan pertama bagi tahun
2012. Aktiviti ini merupakan perkara penting agar sesuatu pasukan dpat diorganisasikan dengan
baik dan teratur. Untuk Jawatan Pengerusi hingga Bendahari, Guru penasihat meminta agar
dikhususkan untuk Tahun 6, memandangkan mereka akan melangkah ke sekolah menengah pada
tahun hadapan.
Masalah timbul apabila terdapat beberapa murid Tahun 5 mempertikaikan perkara ini dan
menggangap ianya tidak adil untuk ahli pasukan. Bagi murid Tahun 4 pula yang baru menyertai
aktiviti kokurikulum agak termangu-mangu kerana mereka tidak mengetahui berkaitan
kokurikulum sewaktu berada di Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3)
Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan.:
Sebagai guru penasihat, kami memberi pejelasan bahawa guru penasihat berbuat
demikian kerana kami berharap segala jawatan ini akan memberi nilai dalam penglibatan murid
Tahun 6 semasa di sekolah rendah. Selain itu rasional pemilihan murid Tahun 6 adalah kerana
mereka lebih arif berkaitan permainan hoki, malah pernah menyertai pertandingan dan mewakili
sekolah semasa di Tahun 5. Murid Tahun 5 diminta untuk lebih bekerjasama dan bertoleransi
memandangkan mereka juga akan melalui situasi yang sama pada tahun hadapan.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
49
Bagi murid Tahun 4 pula, kami menasihatkan mereka agar belajar menyesuaikan diri
dengan aktiviti kokurikulum sekolah dan giat mempelajari kemahiran hoki yang akan diajarkan.
Setiap ahli pasukan diarahkan untuk menghadiri setiap perjumpaan kokurikulum yang akan
diadakan. Setiap ahli mendapat Takwim Jadual Kokurikulum dan Takwim aktiviti hoki untuk
sepanjang penggal pertama persekolahan
JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 2
Tarikh : 7 Januari 2012
Masa : 7.30 – 9.30 pagi
Tempat : Bilik Darjah
Aktiviti : Pembelajaran di dalam kelas
Memperkenalkan murid-murid peralatan permainan hoki dan kemahiran asas hoki
Masalah :
Pada pertemuan kedua ini, murid-murid diperkenalkan kepada peralatan permainan hoki
dan kemahiran yang akan dipelajari. Peralatan permainan hoki seperti bilah kayu hoki, pakaian,
bola hoki, saiz padang dan kemahiran asas permainan hoki. Bagi murid - murid Tahun 4, ianya
merupakan suatu perkara baru dan mereka amat berminat untuk mengetahuinya. Namun bagi
murid Tahun 5 dan 6. Penerangan ini seperti membosankan kerana mereka telah
mempelajarinaya ketika Tahun 4 dan 5.
Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan.
Sebagai guru penasihat, saya meminta mereka agar memberikan tumpuan kerana
walaupun mereka pernah mempelajarinya, aktiviti ini merupakan ulangan yang akan
MAIZURA RUSLAN 741102016352
50
memberikan mereka kefahaman yang lebih berkaitan permainan hoki. Mengetahui tidak bererti
mereka memahaminya dengan baik dan menguasai kemahiran permainan hoki.
JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 3
Tarikh : 5 Februari 2012
Masa : 7.30 – 9.30 pagi
Tempat : Padang sekolah
Aktiviti : Meperkenalkan permainan hoki
1. Cara memegang bilah kayu hoki.
2. Kemahiran mengawal bola.
3. Mengelecek.
Permainan “Keep It Up”: Bertujuan memperbaiki kawalan bola
Masalah :
Bagi aktiviti 1 dan 2, aktiviti ini agak mudah dijalankan. Murid-murid Tahun 4
khususnya memberikan tumpuan yang baik, namun agak sukar dilakukan kerana tangan mereka
agak kaku ketika memegang kayu hoki. Hal yang demikian menyebabkan mereka sukar
mengawal bola dengan baik. Aktiviti mengelecek juga amat sukar bagi mereka untuk
mengelecek di garis lurus dan menggunakan Skitel. Malah kayu hoki juga sering terlepas dari
genggaman kerana saiz tapak tangan mereka agak kecil agak sukar memegang kayu hoki.
Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan.
Para jurulatih terpaksa memperuntukkan masa yang agak lama untuk murid Tahun 4
melakukan setiap aktiviti. Perincian aktiviti ini telah diterangkan dalam Contoh Sesi Latihan
MAIZURA RUSLAN 741102016352
51
Permainan Hoki. Saya menggalakkan mereka agar mempunyai kayu hoki sendiri dirumah dan
berlatih dengan kerap bagi bagi memperbaiki kawalan bola. Bagi murid tahun 5 dan 6,
kelihatannya mereka dapat menguasai dengan baik dan mampu bermain Permainan “Keep it Up”
dengan baik
JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 4
Tarikh : 11 Februari 2012
Masa : 7.30 – 9.30 pagi
Tempat : Padang sekolah
Aktiviti : Memukul dan menahan
Permainan 1 : “Hitting game”
Permainan 2 : Pukulan berhalangan
Masalah :
Dalam Permainan “Hitting Game” Pemain diberi jarak dan diminta memukul melintasi
jarak. Pemain yang memukul paling kemas dikira pemenang. Masalah yang dikenalpasti ialah
hanya beberapa orang murid sahaja dapat memukul dengan kemas melintasi jarak. Kebanyakan
pukulan kurang kemas malah ada yang tidak melintasi jarak ditetapkan.
Dalam Permainan Pukulan Berhalangan pula, pemain di kehendaki memukul bola hingga
menjatuhkan skitel. Namun apabila pululan kurang kemas, tidak akan mengenai skitel. Pemain
juga perlu memulul dengan kemas dan tepat agar lawan dapat menahan.
Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan
Bagi pemain yang tidak dapat memukul dengan kemas dan melintasi jarak, mereka perlu
mengulangi aktiviti sehingga Berjaya. Begitu juga dalam Permainan Pukulan berhalangan.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
52
Jurulatih menangani masalah ini dengan mengadakan latih tubi sehingga Berjaya bagi mengatasi
kelemahan murid.
JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 5
Tarikh : 18 Februari 2012
Masa : 7.30 – 9.30 pagi
Tempat : Padang sekolah
Aktiviti : Menolak
Teknik menolak
Jenis Tolakkan
1. Tolakkan kilas
Permainan : Permainan Monyet
Masalah :
Murid-murid diajar konsep tolakan yang asas, kemudian barulah kepada beberapa jenis tolakan.
Namun tumpuan diberikan kepada Tolakan Kilas. Bagaimanapun pelajar sering melakukan
beberapa kesilapan seperti jarak kaki terlalu rapat, badan terlalu tegak dan bola terlalu jauh dari
kaki kiri apabila menolak.
Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan
Untuk mengatasi masalah ini jurulatih perlu memberi tumpuan kepada setiap murid
semasa mereka melakukan tolakan. Malah mereka juga perlu mengulangi kemahiran tolakan
dalam jumlah ulangan yang banyak agar kemahiran tolakan mereka bertambah baik.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
53
JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 6
Tarikh : 2 Mac 2012
Masa : 7.30 – 9.30 pagi
Tempat : Padang sekolah
Aktiviti : Menguis
Kuis ke sasaran.
Kuis tinggi.
Permainan : Permainan kuis jarak jauh (pertandingan kecil)
Masalah :
Menguis merupakan kemahiran yang agak sukar dalam permainan hoki. Terdapat
pelbagai kemahiran menguis. Namun tumpuan lebih diberikan kepada asas penguasaan
kemahiran menguis, menguis ke sasaran dan menguis tinggi.
Masalah yang sering berlaku pada pemain ialah mereka tidak dapat menukarkan berat
badan dari kaki kanan ke kaki kiri dan posisi badan terlalu tegak. Sekiranya kesalahan ini tidak
di perbaiki, pemain agak sukar menguasai asas menguis dengan sempurna.
Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan
Pada peringkat awal, jurulatih terpaksa membuat demontrasi kemahiran menguis.
Kesalahan yang di lakukan oleh setiap pelajar perlu diperbaiki. Setelah murid menguasai teknik
menguis, mereka di ajar teknik menguis ke sasaran secara berulang kali. Latihan ini bertujuan
melatih pemain membuat kuisan dengan tepat.
Bagi Pertandingan kecil, pula pemain diberi 5 percubaan menguis dalam jarak yang
berlainan. Permainan ini ternyata dapat meningkatkan sasaran kuisan.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
54
JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 7
Tarikh : 10 Mac 2012
Masa : 7.30 – 9.30 pagi
Tempat : Padang sekolah
Aktiviti : Menceduk , menghantar dan menerima
Masalah : Masa tidak mencukupi untuk mengajar semua kemahiran ini dengan baik
Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan
Para jurulatih berbincang dan bersetuju untuk mengajar semua kemahiran secara ringkas. Ini
bertujuan semua kemahiran dapat diajar dalam masa yang ditetapkan. Kemahiran ini akan di ajar
dengan terperinci pada sesi kokurikulum pada penggal kedua.
JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 8
Tarikh : 31 Mac 2012
Masa : 7.30 – 9.30 pagi
Tempat : Padang sekolah
Aktiviti : Mengelak aktif dan pasif. Permainan Drill Seluruh padang.
Masalah : Murid Tahun 4 masih lagi tidak menguasai pelbagai kemahiran hoki. Oleh itu
mereka tidak dapat menjalankan permainan ini dengan baik.
MAIZURA RUSLAN 741102016352
55
Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan
Pada penggal kedua nanti, murid tahun akan di ajar dengan lebih terperinci. Ketika Murid
Tahun 5 dan 6 diminta membantu murid Tahun 4 untuk menguasai kemahiran.
JURNAL REFLEKTIF
Setelah memasuki pertemuan ke 9 hingga pertemuan ke 20 guru peltih dan pembimbing
akan lebih menumpukan persiapan bagi menghadapi pertandingan peringkat zon yang mana
latihan secara intensif akan dijalankan. Pelajar-pelajar yang terpilih untuk mewakili sekolah akan
diajar dan dilatih dari segi aspek kecergasan fizikal dan kemahiran teknikal.
Memasuki fasa persediaan pertandingan, tumpuan haruslah diselaraskan kearah
penyediaan latihan yang intensif dan berkala mengikut turutan bagi mempertingkatkan stamina
dan kemahiran para pelatih permainan hoki. Dalam bab latihan fasa pertandingan diperjelaskan
dengan lebih terperinci tentang jeda latihan dan kekerapan ulangan yang diperlukan dari minggu
ke 12 hingga minggu ke 20. Secara jelasnya disini, penumpuan kepada fasa latihan adalah perlu
dalam usaha kita membentuk pemain dan menyediakan mereka menjelang fasa pertandingan
yang perlu menjadi keutamaan.
16. REFLEKSI
Kegiatan ko-kurikulum adalah satu bentuk tranformasi bagi membentuk keterampilan
pelajar. Pembinaan ahlak, kecergasan fizikal dan pelbagai nilai murni yang lain dapat dibentuk
melalui kegiatan ko-kurikulum. Perancangan pihak Kementerian dalam mewujudkan Program “1
pelajar 1 sukan” adalah bertujuan membentuk jati diri para pelajar. Aspek ini adalah pemangkin
dalam memebntuk sasiah dan jati diri yang lebih mulia dan terpuji jika pelajar dibentuk mengikut
acuan yang diterapkan.
Kaedah pembelajaran dan pengajaran adalah aspek yang penting dalam sesuatu proses
melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni yang terpuji. Mencergaskan badan
seterusnya akan mencergaskan minda mereka. Penekanan dan penumpuan yang betul akan
MAIZURA RUSLAN 741102016352
56
membentuk para pelajar mengikut acuan yang betul. Kesimpulannya kokurikulum ialah satu
saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian
besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran
dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform, persatuan,
kelab, sukan dan permainan. Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa:
Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan.
Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.
Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental
(intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.
Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat.
Masyarakat juga bertanggungjawab dalam mendidik murid.
Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhkan masa
lapang. Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan
aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih
setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada
berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha,
bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi,
mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti
persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang
demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk
disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin
susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita
mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudah
MAIZURA RUSLAN 741102016352
57
dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuhi disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi
lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
Tambahan pula, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum.
Kita boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk
menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya
latihan itu dijalankan tiga kali seminggu. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Kita akan
mengeluarkan peluh. Badan kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita tidak akan mudah sakit.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan
dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa
Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul.
Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan
hubungan sesama mereka.
Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum dapat
diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak
sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar
menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan
kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.
BIBILOGRAFI
1. tatabahasabm.tripod.com/bank/projekhoki.pdf
2. myhokiband.blogspot.com/.../kertas-kerja-kursus
3. www.abgshah.com/.../antara-ipoh-dan-alor-setar.ht.
4. www.nsc.gov.my/index.php?
5. library.utem.edu.my/index.php?option.