Post on 13-Jan-2016
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER SEPTEMBER 2014
HBHE3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN
1
NAMA : MOHD
NO. MATRIKULASI : 7006
NO. KAD PENGENALAN : 7006
NO. TELEFON : 0125
E-MEL : haikal7081
PUSAT PEMBELAJARAN : SUNGAI PETANI
Isi kandungan Muka Surat
1.0 Teks Ceramah. 3
2.0 Pengumpulan Data dan Analisis Perbincangan 13
3.0 Borang Maklumbalas Pemantauan 13
4.0 Laporan Dan Analisis Graf 15
5.0 Kesimpulan 20
6.0 Rujukan 21
2
1.0 Teks Ceramah.
Teks Ceramah Kepentingan Amalan Kebersihan Dan Keselamatan Di Sekolah
Yang Berusaha En Samion Bin Mad Din , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Buluh Lima.
Yang Dihormati Encik Salleh Bin Yahya, Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
(PIBG) Sekolah Kebangsaan Buluh Lima. Yang Berusaha guru-Guru Penolong Kanan, Yang
Berusaha Guru-Guru, Yang Di Hormati Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG, Yang Di Hormati ,
Pengusaha kantin dan kakitangannya, para waris , para pelajar yang dikasihi dan hadirin
hadirat sekalin.
Assalamualaikum , selamat pagi, salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Bersyukur kita kepada Allah kerana kita sama- sama dapat berkumpul di Dewan Sekolah
Kebangsaan Buluh Lima ini dengan aman dan sejahtera. Saya Mohd Azli bin Che Amat ,
salah seorang daripada ahli jawatankusa 3K dan selaku penceramah pada pagi ini semperna
Program ‘Sekolahku Syurgaku’.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Tajuk ceramah kita pada pagi ini ialah Kepentingan Amalan Kebersihan Dan
Keselamatan Di Sekolah. Apa yang dimaksudkan dengan amalan menjaga kebersihan ialah
budaya menjaga kebersihan sama ada diri sendiri , keluarga dan yang pentingnya ialah di
fokuskan pada sekolah dan warganya serta persekitarannya. Manakala keselamatan ialah
memastikan sekolah dan persekitarannya selamat daripada perkara-perkara yang boleh
mendatangkan bahaya.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Pertamanya, marilah kita terlebih dahulu memahami amalan kepentingan menjaga
kebersihan. Amalan menjaga kebersihan ini adalah didahului dengan menjaga kebersihan diri
sendiri. Menjaga kebersihan diri sendiri ialah menjaga kebersihan seluruh anggota tubuh
badan seperti kebersihan tangan, kebersihan mulut, rambut, hidung, telinga, mata, kaki dan
pakaian yang dipakai. Tangan hendaklah sentiasa bersih iaitu membasuhnya sebelum makan,
selepas makan, selepas ke tandas dan selepas memegang sesuatu yang kotor. Basuhlah
dengan sabun atau pencucinya. Ini kerana tangan dalah anggota yang digunakan kita untuk
menyuap makanan ke dalam mulut. Jika tangan tidak bersih berarti kita turut memakan
segala mikroorganisma yang terdapat pada tangan kita melalui makanan yang dimakan.
3
Mikroorganisma ini terdiri dari bakteria, virus, protozua dan kulat yang kebanyakannya boleh
membawa penyakit. Oleh yang demikian tengan hendaklah sentiasa bersih untuk pastikan
kita tidak di hinggapi penyakit merbahaya.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Mulut juga adalah anggota badan kita yang penting selepas tangan tersebut. Didalam
mulut kita ada gigi untuk menguyah makanan. Gigi kita mestilah diberus sekurang-kurangnya
dua kali sehari atau tiga kali sehari. Iaitu pagi, tengahari selepas makan dan malam sebelum
tidur. Beruslah gigi dengan ubatnya seperti Colgate, Darli, Zaitun dan sebagainya yang
terdapat di pasaran. Jika kita tidak menjaga kebersihan gigi, gigi kita akan sakit . Bagi para
pelajar , jika gigi anda sakit akan menyebabkan anda tidak dapat mengikuti pengajaran dan
pembelajaran guru dengan baik. Tumpuan fokus akan hilang dan anda akan ketinggalan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga guru, jika gigi anda sakit,anda tidak dapat
mengajar dengan baik atau anda akan mengambil cuti sakit. Pengajaran tersebut akan
tertangguh. Seterusnya lain- lain anggota badan seperti kaki , rambut, mata dan hidung
hendaklah dibersihkan selalu dengan sabun , rambut dengan shyampo dan kuku yang panjang
hendaklah dipotong untuk mengelakkan mikroorganisma daripada menumpang pada kuku
tersebut. Pakaian juga hendaklah sentiasa bersih dan kemas selalu supaya kita dapat duduk
dalam keadaan selesa semasa belajar.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kebersihan persekitaran sekolah adalah memainkan peranan yang penting bagi
keselesaan para pelajar untuk bergerak disekitarnya semasa waktu rehat, waktu bersenam,
waktu makan dan waktu aktiviti yang berkaitan. Persekitaran sekolah merangkumi seperti
longkang, pondok rehat, tangga, taman sains dan tempat letak kenderaan. Longkang
hendaklah sentiasa dibersihkan dari sebarang kotoran, sampah-sarap dan elakkan dari air
bertakung. Longkang yang kotor dengan sampah sarap adalah boleh mendatangkan bau yang
busuk, mengundang serangga seperti lalat dan tikus dan yang ditakuti sekali ialah longkang
yang bertakung boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Nyamuk aedes ini adalah
pembawa kepada demam denggi. Vektor demam denggi adalah nyamuk aedes betina.
Demam denggi yang paling merbahaya ialah demam denggi berdarah yang boleh membawa
maut . Pada asasnya terdapat empat jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, Den-2, DEN-3
4
dan DEN-4. Jika dilihat pada data Kes Denggi yang dipaparkan daripada LCD ini, kita dapati
mangsa denggi ini adalah sangat ramai dan ini menakutkan kita.
Maklumat Kes Denggi Terkini
Pada 12 November 2014
NEGERI JUMLAH KES HARIAN JUMLAH KES TERKUMPUL 2014
JOHOR 25 5,216
KEDAH 8 889
KELANTAN 18 13,971
MELAKA 10 2,373
NEGERI SEMBILAN 2 3,289
PAHANG 2 1,629
PERAK 49 4,867
PERLIS 3 227
PULAU PINANG 17 2,106
SABAH 8 1,165
5
SARAWAK 12 1,855
SELANGOR 208 43,460
TERENGGANU 12 1,382
WP KUALA LUMPUR 12 5,921
WP LABUAN 0 11
WP PUTRAJAYA 0 287
Sumber : Kementerian Kesihatan.
Oleh itu jagalah kebersihan longkang, dan lain- lain tempat yang boleh ditakungi air
supaya kita sama-sama dapat mengelakkan denggi dari dijangkita oleh warga sekolah ini.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Padang sekolah merupakan tempat para pelajar melakukan berbagia aktiviti seperti
bersenam , bermain pelbagai permainan dan ada kalanya tempat merehatkan diri. Oleh yang
demikian, pedang juga perlu bebas dari sampah sarap. Ini kerana sampah sarap boleh
mengundangkan bau yang busuk, pembiakan pelbagai kuman, mengundang haiwan seperti
tikus, lalat dan lipas. Situasi yang tidak menyenagkan ini menyebabkan ketidak selesaan para
pelajar melakukan pelbagai aktiviti. Ini menyebabkan pelajar juga enggan bersenam ,
bermain dan sebagainya . begitu juga guru yang tidak selesa mengajar dan membantutkan
6
pengajaran. Oleh itu jagalah kebersihan padang . selain itu jagalah rumputnya supaya tidak
panjang dan selesa untuk melakukan sebarang aktiviti. Sediakanlah tong sampah yang
mencukupi di tepi-tepi padang dan elakkanlah pelajar dari makan dan minum di sekitar
padang. Seboleh-bolehnya makan dan minum hanya di kantin.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Tangga –tangga sekitar sekolah, koridor atau kaki lima pejalan kaki hendaklah
sentiasa bersih. Sediakanlah tong sampah yang mencukupi. Ini untuk menggelakkan dari
kehadiran tikus, lalat dan lipas sama ada waktu siang dan yang aktifnya waktu malam.
Haiwan dan serangga ini akan meninggalkan najis yang kotor dan menyebabkan penyakit
kepada warga sekolah. Bersihkanlah kawasan ini sekurang-kurangnya sekali sehari.
Hadirin dan hadirat sekalin,
Tidak dapat dinafikan, tandas adalah tempat yang sentiasa dikunjungi pelajar dan
warga sekolah yang lainnya. Kebersihan tandas amat penting. Ini kerana tandas yang kotor
boleh mendatangkan bau yang busuk, baktera yang berkeliaran, pemandangan yang kotor dan
mengganggu kita untuk menunaikan hajar. Ini menyebabkan para pelajar amnya enggan ke
tandas. Maka berlakulah membuang najis di dalam kelas dan menyusahkan guru serta
mengganggu pelajar lain untuk belajar. Oleh itu pastikanlah tandas dibersihkan selalau, di
ceriakan dengan sepatutnya dan dipantau selalu. Tandas yang bersih menyenangkan warga
sekolah menggunakannya dan tidak mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas serta menyeronokkan pelajar untuk datang belajar. Selain itu tandas juga
mencerminkan budaya sekolah tersebut serta warganya. tandas yang bersih melambangkan
warganya yang bersih, sihat dan prihatin.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Selain dari tandas , kita beralih pula ke kantin. Kantin merupakan tempat tumpuan
utama warga sekolah untuk membeli makanan dan makan untuk mengenyangkan perut bagi
menyambung pengajaran dan pembelajaran berikutnya. Kantin menjadi tumpuan pada awal
7
pagi untuk sarapan, waktu hampir tengahari pukul 10 atau mengikut jadual sekolah masing -
masing untuk makan makanan berat seperti nasi, mee, laksa dan sebagainya, seterusnya
waktu petang jika ada aktiviti- aktviti tertentu. Oleh itu tidak dapat disangkal bahawa kantin
tuampuan utama. Kebersihan kantin adalah sepatutnya kebersihan yang maksimum.
Kebersihannya merangkumi dalam dan luar. Kebersihan luarannya ialah seperti lantai, meja
dan kerusi, longkang, tempat basuh tangan. Semua ini perlulah diberssihkan selalau.
Longkang perlu bersh tidak ada air bertakung dan sampah –sarap. Tempat cuci tangan perlu
bersih dan ada sabun untuk para pelajar cuci tangan. Meja perlu di lap dan kering selalu.
Kerusi perlu bersih dari sisa makanan yang tumpah. Lantai perlu di lap selalu supaya kering
dan bersih dari sisa makanan.
Situasi ini untuk mengelakkan dari kedatangan serangga seperti lalat dan lipas yang
boleh membawa mikroorganisma yang tertentu. Mikroorganisma ini boleh menjangkiti
makanan dan membawa kepada keracunan makanan.
Hadirin dan hadirat sekalian.
Kebersihan di dalam kantin yang tempatnya terdiri daripada dapur, tempat mencuci
makanan atau bahan mentah, bilik air, tempat menyimpan makanan dan tempat simpanan
alatan juga adalah amat penting. Tempat menyimpan makanan iaitu seperti peti sejuk
hendaklah bersih. Pastikan segala sisa bahan mentah sentiasa dibersihkan sebelum
menyimpan bahan mentah baru seperti ikan dan daging di tempat pembekuan. Sayur-sayuran
pada tempat khasnya begitu juga buah-buahan. Semuanya hendaklah bersih untuk
mengelakkan dari pembiakan bakteria dan kulat. Tempat membasuh bahan mentah juga pelu
bersih . Begitu juga lain lain tempat menyimpan makan. Ini untuk mengelakkan dari
jangkitan bakteria dan kulat supaya warga sekolah tidak mengalami keracunan makan.
Pekerja dan pengusaha kantin perlu diberi suntikan TY2 , perlu menghadiri Kursus
Penyediaan Makanan , perlu sentiasa bersih dan sihat dan memakai pakaian bersih , memakai
apron dan tudung kepala. Semua ini untuk menjaga kebersihan makanan bagi mengelakkan
keracunan makanan oleh warga sekolah. Keracunan makanan ini pernah berlaku di beberapa
buah sekolah seperti di dalam petikan yang dipaparkan ini (di pancar dari LCD). Sumbernya
adalah dari Berita harian bertarikh 22/06/2014. Kejadian adalah di Pulau Pinang.
8
50 pelajar 3 sekolah keracunan makanan di Pulau Pinang2014/06/22 - 00:49:49 AMCetak Emel Kawan
Tweet
GEORGETOWN: Seramai 50 pelajar di tiga sekolah menengah di sini mengalami keracunan makanan dengan dua daripada mereka terpaksa dimasukkan ke wad selepas makan lewat malam kelmarin di asrama masing-masing.
Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Lailanor Ibrahim, berkata sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tunku Abdul Rahman Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) (P) Al-Mashoor dan SMKA (L) Al-Mashoor.
"Dua pelajar yang dimasukkan ke wad adalah dari SMT Tunku Abdul Rahman Putra manakala 17 pelajar dari SMKA (P) Al-Mashoor dan 31 dari SMKA (L) Al-Mashoor. Bilangan keseluruhan pelajar masih belum diketahui," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pelajar terbabit dipercayai makan roti jala dan kari ayam yang dihidang kepada mereka kira-kira 10 malam kelmarin.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Osman Hussain, ketika dihubungi, berkata pelajar berkenaan berada dalam keadaan stabil dan laporan penuh punca keracunan makanan itu dijangka akan diperoleh hari ini.
"Situasi ini terkawal dan pelajar terlibat dibawa menerima rawatan ke hospital oleh guru masing-masing," katanya.
Oleh itu ditegaskan sekali lagi, jagalah kebersihan kantin keseluruhannya demi untuk
keselesaan dan keselamatan warga sekolah ini.
Hadirin dan hadirat sekalian.
Selain daripada kantin, bilik guru, bilik makmal sains , makmal komputer, pusat
sumber, pejabat dan sebagainya perlu bersih daripada sebarang sampah dan mempunyai
peraturan-peraturan berkaitan dengan kebersihan dan kekemasan demi untuk keselesaan
pelajar dan warga sekolah lainnya.
9
Hadirin dan hadirat sekalian.
Tadi kita telah pun mengupaskan tajuk berkaitan dengan amalan kebersihan.
Seterusnya kita akan membuat kupasan pula berkaitan dengan keselamatan di sekolah. Dua
tajuk ini berkait rapat dalam Program 3k yang kita ikuti sekarang. Oleh itu, marilah kita
hayati pula apakah yang dikatakan keselamatan di sekolah.
Hadirin dan hadirat sekalian.
Bahaya itu ada di mana-mana sahaja di sekolah ini . Oleh itu mari kita lihat dan
atasinya di manakah tempat –tempat itu. Persekitaran sekolah mempunyai longkang-
longkangnya . Apabila pelajar bergerak sama ada berlari atau berjalan , mereka terdedah
kepada jatuh kedalam longkang. Ini boleh menyebabkan kecederaan luka atau patah pada
mana-mana anggota badan . kaki atau tangan. Ini merbahaya dan tidak selamat. Oleh itu
langkah menutupi longkang dengan penutupnya yang sesuai perlulah diambil tindakan
segera. Padang sekolah juga merupakan tempat yang tidak selamat sekiranya dibiarkan
rumput yang panjang tidak dipotong. Rumput yang panjang ini mengundang haiwan seperti
ular , tikus dan serangga lain yang merbahaya yang akan menyerang warga sekolah. Oleh itu ,
padang permainan dan lain lain tempat berumput mestilah di kawal rumput itu daripada
menjadi terlalu panjang. Padang yang rumputnya pendek memberi keselesaan dan
kegembiraan kepada pelajar dan guru menjalankan berbagai aktiviti seperti bersenam,
bermain bola dan latihan sukan.
Papan tanda perlu diadakan di padang permainan atau padang aktiviti tertentu. Iaitu
berkaitan dengan arahan kepada pelajar supaya tidak menjalankan aktiviti tanpa bersama
guru. Ini kerana dikhuatiri pelajar menjalankan aktiviti seperti bermain hoki, lompat tinggi
dan lompat jauh boleh mendatangkan kecederaan. Jika kecederaannya berat boleh
mendatangkan masalah besar kepada warga sekolah. Oleh itu awasilah setiap padang
selalusetiap padang permainan yang ada supaya pelajar tidak menjalankan aktiviti tanpa
bersama guru mereka.
Hadirin dan hadirat sekalian.
10
Selain dari padang permainan, tidak dapat dinafikan tempat yang penting selepasnya
ialah bilik darjah. Ini kerana pelajar menghabiskan banyak masa di dalam bilik darjar dari
lain lin tempat di sekolah. Bagi memastikan keselamatan bilim darjah , beberapa perkara
perlu di beri perhatian, antaranya ialah pendawaian dan peralatan elektrik. Pendawaian
elektik perlulah sempurna. Peralatan elektrik seperti kipas , lampu , suis dan sebagainya perlu
berfungsi dengan baik. Sebarang kerosakan pada alatan elektrik dan kebocoran pada
pendawaian elektrik boleh menyebabkan kebakaran dan mendatangkan kecelakaan yang
tidak di duga. Meja dan kerusi pelajar perlu kemas dan tiada kerosakan. Jika da kerosakan
padanya , situasi ini boleh menyebabkan pelajar jatuh dari kerusi atau meja boleh jatuh ke
atas pelajar. Ini mendatangkan kecederaan kepadanya. Di dalam bilik darjah perlu ada alat
pemadam api sebagai persediaan jika ada kebakaran dari alatan elektrik atau pendawaiannya.
Aliran udara masuk dan keluar dari bilik darjah perlu sempurna. Ini untuk memberi
keselesaan kepada pelajar untuk mendapat udara bersih dan mencukupi bagi keselesaan
mengikuti pembelajaran. Kelas yang bersesuainan dengan keluasan dan jumlah pelajar perlu
di beri perhatian demi untuk keselesaan pelajar yang mengikuti pemgajaran dan
pembelajaran.
Hadirin dan hadirat sekalian.
Selain dari bilik darjah, makmal komputer juga adalah tempat yang selalu menjadi
tumpuan pelajar dan guru. Ini adalah bilik sumber mendapat maklumat dari laman sesawang.
Tanpa kita sedari bilik ini adalah dipenuhi dengan komputer dan pelengkapnya. Tempat ini
adalah menjadi tempat yang banyak pendawaiannya dan risiko kebakaran dari kebocoran
pendawaian elektrik adalah amat tinggi jika langkah keselamatan tidak diambil segera. Di
dalam makmal tersebut perlu di adakan alat pemadam api, peraturan-peraturan penggunaan
alatan komputer dan yang paling pentingnya perlu ada guru untuk mengawasi pelajar setiap
masa. Perlu ada pintu yang mencukupi untuk pelajar keluar jika ada kecemasan kebakaran.
Iaitu pintu kecemasan.
Hadirin dan hadirat sekalian.
11
Selain makmal komputer, makmal sains juga adalah tempat yang perlu diberi perhatian. Di
dalam makmal sains terdapat berbagai alatan sains yang merbahaya seperti bahan-bahan
kimia yang berasid dan menghakis, bikar-bikar kaca yang berisiko pecah, alatan tajam dan
alatan elektrik. Dalam makmal ini perlu ada paparan peraturan penggunaan makmal. Selain
itu, pendawaian elektrik perlu sempurna, perlu ada alat pemadam kebakaran, ‘first Aid’ dan
buku rekod penggunaan alatannya. Semua langkah-langkah ini ini adalah untuk keselamatan
pelajar-pelajar dan guru.
Hadirin dan hadirat sekalian.
Selain makmal sains, lain lain tempat juga perlu diberi perhatian keselamatannya
seperti bilik guru, bilik mesyuarat, pusat sumber, pejabat bilik seni dan sebagainya. Bilik-
bilik ini perlu ada alat pencegah kebakaran , first aid atau peti kecemasan, pendawaian
elektrik perlu berkeadaan baik dan alatan-alatan merbahaya perlu disimpan dengan baik di
dalam almari berkunci. Alatan –alatan tajam ini terutamanya terdapat pada bilik kemahiran
hidup seperti gergaji, paku, pemahat dan sebagainya.
Hadirin dan hadirat sekalian.
Latihan kecemasan kebakaran perlu di adakan . pelan laluannya perlu di buat dan di
sertakan pada semua tempat. Semua warga sekolah perlu didedahkan dengan latihan ini.
Tujuannya bila berlaku kebakaran sebenar semuanya dapat diselamatkan. Dalam hal ini
loceng kecemasan perleu sentiasa aktif, alat pemadam kebakaran perlu diselia supaya aktif
seterusnya tempat berkumpul perlu selamat dari bangunan yang akan mengalamai kebakaran.
Hadirin dan hadirat sekalian.
Apa yang telah saya nyatakan tadi iaitu berkaitan amalan kebersihan dan keselamatan
telah pun di perincikan. Tujuannya adalah untuk menjadikan ‘ Sekolahku Syurgaku’ . Ini
bermaksud semua warga sekolah, iaitu para guru, kakitangan sekolah, warga kantin dan
PIBG yang mengunjungi sekolah akan berasa selamat dan selesa. Para pelajar umumnya akan
sentiasa sihat , ini menjadikan mereka sentiasa seronok dan selesa tinggal di sekolah yang
12
selamat. Mereka akan tertarik untuk datang ke sekolah. Para ibu bapa pula seronok
menghantar anak kesekolah. Para guru pula selesa, sihat dan seronok menjalankan aktiviti
pengajaran.
Hadirin dan hadirat sekalian.
Sebagai penutupnya, marilah kita sama-sama berganding bahu dengan jawatankuasa
3K untuk menzahirkan dan mengekalkan ‘Sekolahku Syurgaku’ demi untuk mencapai
wawasan 2020 dan melahirkan modal insan yang dikehendaki dalam Falsafah Kebangsaan .
Sekian, wabillahhitaufik, walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahhi
wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.
2.0 Pengumpulan Data Dan Analisis Perbincangan
Lima orang pemantau telah dipilih untuk menilai kebersihan dan keselamatan di Sekolah Kebangsaan Buluh Lima. Mereka diberi borang pemantauan seperti yang di nyatakan. Pemantauan adalah merangkumi lima kawasan iaitu kawasan sekitar sekolah, bilik darjah, kantin, makmal sains dan tandas. Setiap kawasan pemantauan mempunyai borangnya yang tertentu yang mempunyai lima item. Hasil pemantauan akan ditunjukkan dalam bentuk graf dan di analisis untuk mendapatkan laporannya.
3.0 BORANG MAKLUM BALAS PEMANTAUAN DAN PENILAIAN KEBERSIHAN DAN
KESELAMATAN
13
Pihak sekolah berterima kasih atas kesudian anda menjawab soal selidik ini. Dapatan ini akan digunakan untuk meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan di sekolah.
Arahan : Sila jawab semua soalan dengan menandakan (/) pada petak yang disediakan
SKALA CATATAN1 2 3 4 5
KANTIN
1 Lantai, syiling, kerusi dan meja adalah bersih2 Longkang, tempat memasak, dapur adalah bersih3 Bahan mentah memasak disimpan dengan betul4 Pencegahan LILATI5 Pernah menghadiri Kursus Penyediaan Makanan
TANDAS1 Flash berfungsi2 Paip air berfungsi dengan baik3 Terdapat jadual Tugas membersih4 Khidmat Sanitari di tandas perempuan5 Tandas sentiasa dijaga bersih, kering dan dalam
keadaan baik.
MAKMAL SAINS1 Lantai, syiling, meja , kerusi bersih & selamat 2 Terdapat tong sampah dan sabun pencuci tangan3 Dipaparkan Peraturan Penggunaan Makmal4 Kipas, lampu, suis-suis berfungsi dengan baik5 Ada alat pemadam kebakaran dan first aid
14
1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Tidak setuju
Tidak pasti Setuju Sangat setuju
BILIK DARJAH1 Lantai,cermin tingkap,langsir dan dinding bersih2 Ada tong sampah dan alatan kebersihan3 Dipaparkan Jadual Tugasan Harian 4 Kipas, lampu, dan semua suis berkeadaan baik5 Terdapat alat pemadam kebakaran dan fist aid
PERSEKITARAN SEKOLAH1 Sistem perparitan bersih dan saliran baik2 Terdapat tong sampah yang mencukupi3 Rumput pendek di kawasan padang
danpersekitaran4 Longkang yang dalam mempunyai penutup5 Tangga kering dan bersih
4.0 Laporan Dan Analisis Graf.
LAPORAN HASIL ANALISIS DATA PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN
KESELAMATAN DI SEKOLAH
Laporan hasil dapatan pemantauan kebersihan dan keselamatan di Sekolah Kebangsaan
Buluh lima dapat dinyatakan seperti di bawah.
JADUAL SKOR PEMARKAHAN PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH
KEBANGSAAN BULUH LIMA
15
SKOR
MARKAH
MARKAH
0-5
SANGAT
KOTOR DAN
SANGAT
TIDAK
SELAMAT
MARKAH
6-10
TIDAK
BERSIH DAN
TIDAK
SELAMAT
MARKAH
11-15
TIDAK PASTI
BERSIH
TIDAK PASTI
SELAMAT
MARKAH
16-20
BERSIH DAN
SELAMAT
MARKAH
21-25
SANGAT
BERSIH DAN
SELAMAT
Jadual Skor Pemarkahan di atas adalah sebagai panduan untuk melihat status kebersihan dan
keselamatan di sekolah apabila maklumat diperolehi dari analisis graf pemantauan.
Graf Di Atas Menunjukkan Analisis Pemantauan Kawasan Persekitaran Sekolah.
Pemantau 1 memperolehi markah keseluruhan 23, pemantau 2 memperolehi markah 23,
pemantau 3 memperolehi 22, pemantau 4 memperolehi markah 22 dan pemantau lima
memperolehi markah 24. Jumlah skor keseluruhan ialah 114 . Purata skor ialah 114
dibahagikan dengan 5 pemantau . Hasilnya ialah 23 markah. Ini dirujuk pada jadual skor
pemarkahan menunjukkan kawasan persekitaran sangat bersih dan selamat. Cadangannya
16
ialah diharap pihak sekolah dapat mengekalkan kebersihan tersebut pada tahap yang sedia
ada atau lebih lagi. Ini kerana tahap tersebut adalah tahap cemerlang.
Graf Di Atas Menunjukkan Analisis Pemantauan Bilik Darjah.
Pemantau 1 memperolehi markah keseluruhan 24, pemantau 2 memperolehi markah 23,
pemantau 3 memperolehi 22, pemantau 4 memperolehi markah 23 dan pemantau lima
memperolehi markah 21. Jumlah skor keseluruhan ialah 113 . Purata skor ialah 113
dibahagikan dengan 5 pemantau . Hasilnya ialah 23 markah. Ini dirujuk pada jadual skor
pemarkahan menunjukkan kawasan persekitaran sangat bersih dan selamat. Cadangannya
ialah diharap pihak sekolah dapat mengekalkan kebersihan tersebut pada tahap yang sedia
ada atau lebih lagi. Ini kerana tahap tersebut adalah tahap cemerlang.
17
Graf Di Atas Menunjukkan Analisis Pemantauan Kantin.
Pemantau 1 memperolehi markah keseluruhan 18, pemantau 2 memperolehi markah 19,
pemantau 3 memperolehi 17, pemantau 4 memperolehi markah 18 dan pemantau lima
memperolehi markah 19. Jumlah skor keseluruhan ialah 91 . Purata skor ialah 91
dibahagikan dengan 5 pemantau . Hasilnya ialah 18 markah. Ini dirujuk pada jadual skor
pemarkahan menunjukkan kawasan persekitaran bersih dan selamat. Oleh itu , cadangannya
diharap pihak kantin perlu mempertingkatkan lagi kebersihan keseluruhan dan
keselamatannya untuk menuju ke arah skor yang baik iaitu antara 21 hingga 25.
18
Graf Di Atas Menunjukkan Analisis Makmal Sains.
Pemantau 1 memperolehi markah keseluruhan 18, pemantau 2 memperolehi markah 18,
pemantau 3 memperolehi 21, pemantau 4 memperolehi markah 20 dan pemantau lima
memperolehi markah 19. Jumlah skor keseluruhan ialah 96 . Purata skor ialah 96
dibahagikan dengan 5 pemantau . Hasilnya ialah 19 markah. Ini dirujuk pada jadual skor
pemarkahan menunjukkan kawasan persekitaran bersih dan selamat. Oleh itu , cadangannya
diharap bilik makmal sains perlu mempertingkatkan lagi kebersihan keseluruhan dan
keselamatannya untuk menuju ke arah skor yang baik iaitu antara 21 hingga 25.
19
Graf Di Atas Menunjukkan Analisis Makmal Sains.
Pemantau 1 memperolehi markah keseluruhan 16, pemantau 2 memperolehi markah 16,
pemantau 3 memperolehi 18, pemantau 4 memperolehi markah 17 dan pemantau lima
memperolehi markah 15. Jumlah skor keseluruhan ialah 82 . Purata skor ialah 82
dibahagikan dengan 5 pemantau . Hasilnya ialah 16 markah. Ini dirujuk pada jadual skor
pemarkahan menunjukkan kawasan persekitaran bersih dan selamat. Oleh itu , cadangannya
diharap tandas-tandas perlu dipertingkatkan lagi kebersihan keseluruhan dan keselamatannya
untuk menuju ke arah skor yang baik iaitu antara 21 hingga 25.
5.0 Kesimpulan.
Bagi mempromosikan sekolah yang sihat dan selamat. Ceramah yang telah disampaikan
adalah memberi kesan ke atas warga sekolah dan hadirinnya. Para warga sekolah dan
hadirinnya secara tidak langsung dapat menghayati amalan-amalan yang telah disarankan dan
mempraktiskannya dari semasa ke semasa. Pemantauan yang telah dibuat juga dapat
membantu warga sekolah untuk membaiki kelemahan-kelemahan dan juga kekuranagn yang
ada. Dari segi keselamatan juga adalah diharap pihak sekolah dapat membaiki kekurangan
dan kelemahan yang ada. Hasil laporan ini membolehkan pihak sekolah dapat mewujudkan
sekolah yang bersih dan selamat. Ini menjadikan sekolah adalah tempat yang menyeronokkan
20
semua warga sekolah untuk hadir ke sekolah dan menjalankan tugas. Ini bertepatan dengan
promosi ‘Sekolahku Syurgaku’.
6.0 Rujukan;
Modul Open University Malaysia. ( 2013). Modul HBHE3203 . Kebersihan Dan
keselamatan Persekitaran.
http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/index.php
http://jknns.moh.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=198&Itemid=582
http://sipenmerah.blogspot.com/2013/03/menangani-keracunan-makanan-di-sekolah.html
http://www2.bharian.com.my/articles/50pelajar3sekolahkeracunanmakanandiPulauPinang/Article/
21