Hhhc9701

Post on 11-Aug-2015

23 views 1 download

Transcript of Hhhc9701

NAMA : NURUL ATIKA BINTI MOHD ROSMAN

NO. MATRIK : A143450

NAMA PROGRAM : MALAM RESEPSI GEMILANG ZA’BA 2014 (MAGIZ’14)

NO. KELULUSAN JPPEL : DN00871/2013

Saya, Nurul Atika binti Mohd Rosman telah mengambil bahagian dan menjadi krew sewaktu

‘Malam Resepsi Gemilang Za’ba 2014’ pada 21 Mei 2014 yang lalu. Malam resepsi gemilang

za’ba ialah sebuah majlis makan malam tahunan bagi penghuni kolej pendeta za’ba. Program ini

telah dianjurkan oleh biro kewangan kolej pendeta za’ba, dimana saya merupakan ahli dalam

biro tersebut. Melalui biro ini, kami telah dipecahkan kepada beberapa unit-unit kecil seperti unit

persembahan, unit protokol dan beberapa unit kecil yang lain. Pengagihan ahli melalui unit-unit

kecil adalah bertujuan untuk memudahkan lagi perjalanan program kami ini. Saya telah

ditempatkan dalam unit cenderamata dan skop pekerjaan kami adalah untuk mencari ‘doorgift’

kepada VVIP, VIP dan tak lupa juga untuk penghuni kolej pendeta za’ba yang akan hadir pada

malam dinner tersebut.

Disebabkan saya ditugaskan sebagai ahli unit cenderamata, tugas saya memerlukan saya untuk

berjumpa dengan pihak-pihak luar. Saya harus mencari cenderamata mengikut ‘budget’ yang

telah ditetapkan oleh pihak atasan kolej saya. Oleh itu, saya telah pergi ke kedai-kedai

cenderamata di sekitar Kajang dan juga di Pasar Seni, Kuala Lumpur untuk ‘survey’ harga yang

terbaik sebelum membuat keputusan untuk membeli. Keputusan membeli bukan terletak di

tangan saya sahaja namun ia berdasarkan keputusan bersama ahli biro yang lain dan juga

pengetua kolej saya. Perjumpaan bersama ahli biro diadakan pada setiap minggu iaitu pada hari

ahad malam.

Bagi unit cenderamata, kami hanya mempunyai 3 orang ahli termasuk saya. Maka, segala

perbincangan kami adalah melalui aplikasi ‘group whatsapp’. Melalui aplikasi ini, kami

menjalankan segala perbincangan, mengutarakan sebarang masalah dan juga saling

mengingatkan ahli-ahli lain berkenaan tugas-tugas yang perlu dilakukan untuk program MAGIZ

ini.

Apabila keputusan pembelian telah ditetapkan, urusniaga mula dijalankan antara unit

cenderamata kami dengan pihak luar iaitu peniaga-peniaga cenderamata. Melalui proses

pembelian ini, saya telah belajar bahawa sebelum urusniaga kami diproses, kami perlu

membayar deposit pembayaran dahulu.

Melalui program MAGIZ’14 ini, saya telah banyak belajar banyak perkara-perkara baru yang

mungkin sukar untuk saya peroleh di dewan kuliah. Disamping itu saya juga dapat menerapkan

kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam diri saya sepanjang program ini berlangsung

dari awal peringkat perancangan lagi.

Sekian itu sahaja dari saya. Terima kasih.