Post on 14-Apr-2018
7/29/2019 Hotel Patuh Shariah
1/4
PROSIDING PERKEM VI, JILID 2 (2011) 477 480ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI),Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup,Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 7 Jun 2011
Hotel Patuh Shariah (Shariah Compli ant Hotels) Sebagai Produk
Baru Industri Pelancongan di Malaysia
Shariah Compliant Hotels as a New Product for Tourism Industry in Malaysia
Mohd Fadil Mohd YusofJabatan Pelancongan dan Hospitaliti
Fakulti Keusahawanan dan PerniagaanUniversiti Malaysia Kelantan (UMK)
Emel: fadil@umk.edu.my
ABSTRAK
Kertas ini membincangkan pembangunan industri pelancongan yang merupakan salah satu daripada
dua belas bidang utama ekonomi negara berdasarkan Model Ekonomi Baru (MEB). Industri
pelancongan memerlukan pembaharuan yang dinamik dengan melahirkan produk-produk baru yang
akan menarik ramai pelancong ke dalam negara. Salah satu produk pelancongan yang berpotensi untuk
diketengahkan ialah hotel patuh shariah (shariah-compliant hotels) Ianya merupakan konseppengurusan perhotelan yang semakin mendapat tempat di negara-negara Timur Tengah seperti di UAEdan juga Arab Saudi. Konsep hotel patuh syariah ini masih di peringkat pengenalan dan dibina bagi
memenuhi permintaan kebanjiran pelancong-pelancong yang beragama Islam yang semakin
bertambah. Ianya semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Arab terutama di Arab Saudi
kerana beroperasi mengikut kerangka yang ditetapkan oleh Islam. Kertas ini menerangkan konsep
hotel patuh shariah dan juga ciri-ciri yang perlu ada bagi menguruskan hotel yang berkonsepkan Islam
tersebut berdasarkan penemuan yang diperolehi daripada sumber-sumber sekunder tentang pengurusan
operasi hotel berlandaskan shariah seperti dipraktiskan oleh pengusaha-pengusaha hotel di negara
Timur Tengah. Oleh kerana pertambahan masyarakat yang beragama Islam dan juga kesedaran agama
di kalangan masyarakat Islam, pengusaha perhotelan perlu membangunkan produk pelancongan
seperti hotel patuh shariah bagi merancakkan industri pelancongan negara yang merupakan salah satu
industri yang memberi impak tinggi kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kata Kunci: Pelancongan, Perhotelan.
ABSTRACT
This paper discusses the important of the tourism industry to the country which is being identified as
one of twelve key areas to be developed under New Economic Model. The tourism industry needs to be
dynamic by having new products to attract more tourists to the country. One of the products that can
be developed is shariah compliant hotels. Shariah compliant hotels are widely accepted in the Middle
East countries such as Saudi Arabia and UAE. The concept of shariah compliant hotel is relatively
new and it is developed to cater to high demand among Arab tourists. This paper explains the concept
of shariah compliant hotels based on secondary sources and outlines its attributes as practiced by the
hotels operated in the Middle East. It is important for hotel operators in Malaysia to develop the ideasof setting up shariah compliant hotels considering high demands from Islamic tourism market.
Furthermore, this new product is able to stimulate the tourism industry which may give high impact to
the countrys economic growth.
Keywords: Hotel industry,, Tourism, Malaysia.
PENGENALAN
Industri pelancongan adalah salah satu industri penting yang dikenal pasti oleh kerajaan untuk memacu
pertumbuhan ekonomi negara. Model baru ekonomi yang telah diperkenalkan oleh kerajaan telah
menyenaraikan sektor pelancongan sebagai salah satu sektor yang berpotensi untuk merancakkan
pertumbuhan dan menjana hasil pendapatan negara. Mengikut statistik yang dikeluarkan olehPelancongan Malaysia, jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia meningkat dari tahun ke tahun
7/29/2019 Hotel Patuh Shariah
2/4
478 Mohd Fadil Mohd Yusof
(JADUAL 1). Pada tahun 2009, sektor pelancongan mencatatkan kedatangan pelancong seramai 23.6
juta di mana pertambahan sebanyak 7.2 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kadar perbelanjaan
yang dihasilkan oleh sektor pelancongan pada tahun 2009 adalah melebihi RM53 bilion iaitu
pertambahan sebanyak 8 peratus juga berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan dari segi kedatangan
pelancong dan jumlah perbelanjaan pelancongan yang diperolehi menunjukkan sektor pelancongan
adalah penting kepada ekonomi negara dari segi penjanaan pendapatan dan mewujudkan peluang-
peluang pekerjaan dalam bidang perhotelan, perkhidmatan makanan dan minuman dan sebagainya.Oleh yang demikian, sumbangan sektor pelancongan ini mampu menjadikan Malaysia negara maju
yang berpendapatan tinggi.Pada amnya, kertas ini menerangkan secara ringkas konsep hotel patuh syariah yang telah
dipraktiskan oleh pengusaha-pengusaha hotel di luar negara seperti di Arab Saudi dan di Emeriah Arab
Bersatu. Konsep ini masih lagi diperingkat pengenalan dan memerlukan kajian yang terperinci dari
segi persepsi dan penerimaan pelanggan terhadap produk ini terutama di kalangan pelanggan bukan
Islam. Kertas ini juga membincangkan betapa perlunya hotel yang berkonsepkan Islam bagi
menampung kedatangan pelancong Muslim yang semakin bertambah terutamanya pelancong dari AsiaBarat. Berdasarkan statistik yang didapati di laman sesawang Tourism Malaysia, kemasukan
pelancong dari Timur Tengah menunjukkan peningkatan yang ketara terutama dari Arab Saudi, Iran,
U.A.E dan Qatar. Mengikut laporan yang bertajuk Masa depan Populasi Muslim Global oleh Pusat
Penyelidikan Pew, organisasi bukan kerajaan yang berpusat di Washington, jumlah penduduk Muslim
dunia dijangka akan meningkat daripada 1.6 bilion pada tahun 2010 kepada 2.2 bilion pada tahun 2030(The Economist 2011). Justeru, adalah amat signifikan untuk para pengusaha hotel di Malaysiamemajukan hotel yang berkonsepkan patuh syariah ataupun sekurang-kurangnya hotel yang
mempunyai ciri-ciri perkhidmatan yang sesuai dikunjungi oleh pelancong Muslim.
PELANCONGAN ISLAM DAN HOTEL PATUH SYARIAH
Aktiviti pelancongan adalah bukanlah asing dikalangan umat Islam. Berdasarkan sumber di dalam Al
Quran, umat Islam digalakkan untuk mengembara melihat kehebatan alam ciptaan Allah dan pada
masa yang sama bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan. Kadir (1989) menyatakan konsep
pelancongan dalam Islam adalah bertujuan untuk mencapai ketenangan dari segi fizikal, sosial
mahupun kerohanian. Dengan ada aktivitinya pelancongan, umat Islam dapat mengenali diantara satu
sama lain dan merapatkan silaturrahim di kalangan penganut yang berlainan bangsa, bahasa danbudaya. Pada masa yang sama, umat Islam perlu patuh kepada ajaran Islam berdasarkan Al Quran dan
Hadis. Konsep syariah/syarak adalah konsep yang bersumberkan hukum yang tercatat di dalam Al-
Quran dan Hadis. Peraturan yang digariskan oleh syarak perlu dipatuhi oleh setiap orang Islam yang
jelas menggariskan apa yang dibenarkan atau diharamkan untuk dipraktiskan.
Sektor perhotelan merupakan salah satu komponen penting industri pelancongan dan ianyamenyediakan kemudahan penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman kepada pelancong.
Kebanyakan hotel-hotel 4 dan 5 bintang yang beroperasi di pusat-pusat pelancongan utama negara
kurang mengambil berat isu halal dan kemudahan yang perlu disediakan kepada pelanggan Muslim.
Kebiasaanya hotel 4 dan 5 bintang menyediakan bar yang menyediakan makanan yang beralkohol
kepada pelanggan. Oleh yang demikian, status operasi hotel sebegini menyebabkan sijil halal adalah
sukar diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Namun begitu, industry hotel di
Malaysia perlu membuat perubahan bagi menyediakan kemudahan dan fasiliti yang mesra pelanggan
Muslim. Pengikitirafan negara-negara luar terhadap Malaysia sebagai sebuah negara Islam yangmoderat memberi kelebihan kepada pengusaha-pengusaha hotel untuk mendirikan sebuah hotel yang
berkonsepkan patuh syariah.
Menurut Henderson (2010), criteria hotel patuh syariah masih lagi kabur. Namun,berdasarkan perbincangan sesama pengamal dan penganalisa, hotel patuh syariah memerlukan ciri-ciri
seperti berikut:
Kebanyakan hotel patuh syariah yang beroperasi di negara Timur Tengah mempunyai
pelbagai versi dari segi amalan pengurusan dan perniagaan. Hotel yang tidak menyediakan minuman
keras juga layak di kategorikan sebagai hotel patuh syariah walaupun tidak mematuhi peraturan-
peraturan lain yang digariskan oleh syarak. Ada juga yang berpendapat untuk melayakkan sesebuahhotel dikategorikan sebagai hotel patuh syariah perlu ada peraturan yang ketat dari segi pergaulan
bebas di hotel. Di samping itu, hotel ini juga menyediakan restoran khusus tetamu perempuan sahaja
dan begitu juga perkhidmatan-perkhidmatan lain yang menyediakan staf perempuan untuk melayan
tetamu perempuan sahaja. Oleh kerana tiada piawaian yang ditetapkan oleh pihak industri ke atas hotelpatuh syariah ini maka terdapat sedikit kecelaruan dari segi operasi dan pengurusan hotel tersebut.
7/29/2019 Hotel Patuh Shariah
3/4
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 479
Di Malaysia, terdapat beberapa hotel yang cuba menerapkan nilai-nilai Islam dalam menyediakan
produk dan perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan Muslim. Sebagai contohnya, Kumpulan
Hotel De Palma yang dimiliki oleh PKNS menyediakan pelbagai pelbagai perkhidmatan yang
bercirikan mesra pelanggan Muslim. Perkhidmatan seperti pakej seminar hotel adalah bercirikan Islam
dengan menyediakan buah kurma dan kismis semasa seminar, perkhidmatan imam dan tazkirah semasa
tempoh penginapan tetamu di hotel tersebut. Hotel ini juga telah memamerkan tanda logo halal di
laman sesawang dan menyatakan ianya adalah pelopor hotel patuh syariah dalam negara. Perubahanyang dilakukan oleh pengurusan kumpulan hotel De Palma dalam mengetengahkan konsep hotel patuh
shariah patut dipuji dan diberi sokongan sepenuhnya. Sekurang-kurangnya, konsep hotel yangbercirikan Islam memberi alternatif penginapan kepada pelanggan Muslim yang kurang selesa untuk
menginap di hotel-hotel mewah.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, industri pelancongan negara mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara
dengan menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan yang akan menarik ramai pelancong
berkunjung ke dalam negara. Pelancongan Islam sebagai contohnya adalah segmen pasaran yang
semakin berkembang pesat dengan bertambahnya pelancong dari negara Timur Tengah dan pelancong
Muslim. Bagi memenuhi permintaan dan kehendak pasaran ini, industry pelancongan perlumengetengahkan produk baru iaitu hotel patuh shariah yang akan memenuhi keperluan segmen pasaranini. Konsep hotel patuh shariah perlu diperluaskan dan dimajukan dengan lebih agresif terutama
dengan mempromosikannya ke peringkat antarabangsa mahupun tempatan. Malaysia yang diiktiraf
sebagai negara Islam yang progresif mampu mempelopori konsep hotel patuh shariah dang seterusnya
dapat menyaingi produk-produk perhotelan yang disediakan oleh negara-negara Barat.
RUJUKAN
Battour, M., Ismail, M. N., & Batour, M. (2010). The Impact of Destination Attribues on Muslim
Tourist's Choice.International Journal of Tourism Research.
Din, K. (1989). Islam and Tourism: Patterns, issues and option. Annals of Tourism Research, 16, 542-
563.Henderson, J. C. (2010). Sharia-Compliant hotels. Tourism and Hospitality Research, 10(3), 246-254.
Rahman, S., Man, Y. C., & Zulkifli, W. S. W. (2010).Hotel Mesra Pelanggan dalam Industri
Pelancongan di Malaysia. Paper presented at the Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan
Islam, UiTM Shah Alam.
7/29/2019 Hotel Patuh Shariah
4/4
480 Mohd Fadil Mohd Yusof
JADUAL 2Ciri-ciri Hotel Patuh Syariah
1Minuman arak tidak dijual atau diminum di premis hotel2Hanya menyediakan makanan halal sahaja
3Naskah al-Quran, sejadah dan arah tunjuk kiblat disediakan di dalam bilik hotel
4Katil dan tandas di bilik tidak mengadap kiblat5Kemudahan tandas mesra pelanggan Muslim
6Surau disediakan untuk tetamu lelaki dan perempuan
7Hiburan yang dibenarkan oleh syarak8Pekerja kebanyakannya terdiri dari orang Islam
9Etika pakaian mengikut syarak10Kemudahan rekreasi yang berasingan untuk lelaki dan perempuan
11Disediakan level bilik yang dikhususkan kepada tetamu perempuan sahaja12Etika pakaian yang dibenarkan untuk tetamu
13Pengurusan kewangan berlandaskan hukum syarak