Post on 08-Mar-2020
HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI, GAYA PEMBELAJARAN DAN IKLIM BILIK
DARJAH TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR TINGKATAN EMPAT
DONALD MICHAEL OBIH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI, GAYA PEMBELAJARAN DAN IKLIM BILIK
DARJAH TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
TINGKATAN EMPAT
DONALD MICHAEL OBIH
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiarn Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
“ Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan, di mana-mana satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :…………………………………………………
Nama Penyelidik : DONALD MICHAEL OBIH
Tarikh : APRIL 2010
iii
DEDIKASI
Buat Ayah Dan Ma Yang Dikasihi
Michael Obih & Katineh Anjun
Abang Dan Adik-Adik Yang Disayangi
Frederic@Felix, Dayana@Nana, Fedorana@Dora, Michelle@Lisa & Kyle Bryan@Adam
Teman-Teman Seperjuangan Yang Sama Mengharungi
Nasir, Haris, Zulhazmi, Ronnel, Saiful, Linda, Daus, Zaki, Firdaus, Tiqa, Era, Sufian
Dan Rakan-Rakan Sekuliah Yang Lain
Terima Kasih Diatas Segala Sumbangan, Dorongan Dan Doa Yang Diberikan
&
Akan Saya Kenang Hingga Ke Akhir Hayat…
Serta
Kejayaan Ini Milik Kita Bersama…….
iv
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan antara motivasi, gaya
pembelajaran dan iklim bilik darjah terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan
empat. Kajian ini melibatkan 108 responden yang dipilih secara rawak. Data diambil
dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Maklum balas yang
diperolehi menerusi borang soal selidik dan dianalisis dalam bentuk skor min, peratusan,
kekerapan dan sisihan piawai dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social
Science) Version 17.0 for Windows. Kajian rintis telah dijalankan di SMK Taman
Universiti II. Nilai kebolehpercayaan instrumen yang diperolehi adalah α=0.90. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi, gaya pembelajaran dan iklim bilik darjah
terhadap diri pelajar tingkatan empat berada di tahap yang tinggi iaitu pada skor min
3.79 bagi tahap motivasi terhadap diri pelajar tingkatan empat, skor min 3.85 bagi tahap
gaya pembelajaran terhadap diri pelajar tingkatan empat dan skor min 4.06 bagi tahap
iklim bilik darjah terhadap diri pelajar tingkatan empat. Analisis terhadap motivasi, gaya
pembelajaran dan iklim bilik darjah berdasarkan jantina menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dan nilai skor min perempuan adalah melebihi lelaki. Hasil
ujian korelasi Pearson menunjukkan berkadar songsang dan lemah serta tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara motivasi, gaya pembelajaran dan iklim bilik darjah
terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan empat.
v
ABSTRACT
This research is carried out to identify the relationship between motivation,
learning style and classroom climate on student academic achievement for form four
students. This study involved 108 respondents selected randomly. Questionnaire was
used as an instrumental research. Feedback from the questionnaire was analyzed in mean
score, percentage, frequency and standard deviation by using the Statistical Package for
Social Science (SPSS) Version 17.0 for Windows. Pioneer research was conducted at
SMK Taman Universiti II to test the reliability of the questionnaire. Value of alpha
Cranach is α=0.90. Research findings indicate that the level of motivation, learning style
and classroom climate against the form four students are at a high mean score, the mean
score of 3.79 for the level of self-motivation form four students, mean score 3.85 for the
level of learning styles of form four students and the mean score 4.06 for the level of
climate classroom against the form four students. Analysis of the motivation, learning
style and classroom climate based on gender showed no significant differences and
mean score value of women is more than men. Pearson correlation test results showed
inversely proportional and weak and there is no significant relationship between the
motivation, learning style and classroom climate of academic achievement form four
students.
vi
PENGHARGAAN
Dengan syukurnya, Projek Sarjana Muda yang bertajuk “Kesan Motivasi, Gaya
Pembelajaran Dan Iklim Bilik Darjah Terhadap Pencapaian Pelajar Tingkatan Empat”
telah Berjaya disiapkan dalam tempoh masa yang ditentukan.
Kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada penyelia saya, Prof. Madya Dr. Azizi Bin Haji Yahaya atas segala
tunjuk ajaryang telah dicurahkan. Bimbingan, dorongan, bantuan dan tunjuk ajar yang
telah beliau berikan banyak membantu menyiapkan penulisan ini. Jasa beliau amat saya
hargai dan dikenang sepanjang hayat saya.
Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pentadbir dan pelajar SMK Sri
Alam, Masai, SMK Teknik Johor Bahru, Johor Bahru, SMK Sultan Ibrahim, Kulai dan
SMK Taman Universiti 2, Skudai atas kerjasama yang diberikan amatlah saya hargai.
Tidak lupa juga saya merakamkan penghargaan ini kepada semua ahli keluarga
dan rakan seperjuangan yang banyak member dorongan dan nasihat dalam menyiapkan
projek ini.
Semoga Tuhan merahmati dan memberkati kehidupan kalian di dunia dan di
akhirat.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
viii
1.8 Skop dan Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Istilah /Operasional 11
1.9.1 Motivasi 11
1.9.2 Gaya Pembelajaran 12
1.9.3 Iklim Bilik Darjah 12
1.9.4 Pencapaian Akademik Pelajar 13
1.9 Penutup 14
2 SOROTAN KAJIAN 15
2.1 Pengenalan 15
2.2 Motivasi 16
2.2.1 Motivasi Luaran (Ekstrinsik) 17
2.2.2 Motivasi Dalaman (Intrinsik) 18
2.3 Gaya Pembelajaran 20
2.3.1 Model Gaya Pembelajaran 22
2.4 Iklim Bilik Darjah 23
2.4.1 Konsep Bilik Darjah 23
2.4.2 Iklim Bilik Darjah 24
2.5 Teori-Teori Yang Berkaitan Dengan Kajian 32
2.5.1 Teori Abraham Maslow 32
2.5.2 Teori Pembelajaran Kognitif :Ausubel 34
2.5.2 Teori Pembelajaran Kognitif : 36
Robert M.Gagne
2.6 Teori Abraham Maslow Dipilih 37
Sebagai Model Kajian
2.5.1 Kerangka Model 38
2.7 Penutup 39
ix
3 METODOLOGI 40
3.1 Pengenalan 40
3.2 Rekabentuk Kajian 41
3.3 Tempat Kajian 41
3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian 42
3.5 Instrumen Kajian 44
3.5.1 Bahagian A 45
3.5.2 Bahagian B 45
3.6 Kajian Rintis 47
3.6.1 Analisis Kebolehpercayaan 48
Borang Soal Selidik
3.7 Prosedur Kajian 49
3.8 Penganalisisan Data 50
3.9 Penutup 52
4 ANALISIS DATA 53
4.1 Pengenalan 53
4.2 Huraian Latar belakang Responden 53
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan 54
Jantina
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan 54
Bangsa
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan 55
Agama
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan 56
Pekerjaan Bapa atau Penjaga
4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan 56
Kelulusan Akademik Bapa atau Penjaga
4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan 57
Pendapatan Bapa atau Penjaga
x
4.2.7 Taburan Responden Berdasarkan 58
Tempat Tinggal.
4.2.8 Taburan Keputusan Peniaian Menengah 59
Rendah (PMR) Responden
4.3 Dapatan Kajian Bahagian B 61
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 62
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 64
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 66
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 68
4.3.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 70
4.3.6 Dapatan Persoalan Kajian 6 73
4.4 Penutup 75
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 76
5.1 Pengenalan 76
5.2 Perbincangan Kajian 77
5.2.1 Latar Belakang Responden 77
5.2.2 Tahap Motivasi Terhadap Diri 78
Pelajar Tingkatan Empat
5.2.3 Tahap Gaya pembelajaran Terhadap 80
Diri Pelajar Tingkatan Empat
5.2.4 Tahap Iklim Bilik Darjah Terhadap 83
Diri Pelajar Tingkatan Empat
5.2.5 Perbezaan Antara Motivasi 84
, Gaya Pembelajaran Dan Iklim Bilik
Darjah Terhadap Pelajar Tingkatan Empat
Berdasarkan Jantina
5.2.6 Perbezaan Antara Motivasi 86
, Gaya Pembelajaran Dan Iklim Bilik
Darjah Terhadap Pelajar Tingkatan Empat
xi
Berdasarkan Etnik
5.2.7 Hubungan Antara Motivasi 88
, Gaya Pembelajaran Dan Iklim Bilik
Darjah Terhadap Pencapaian Akademik
Pelajar Tingkatan Empat
5.3 Rumusan 89
5.4 Cadangan Kajian 90
5.4.1 Cadangan Kepada Institusi Pendidikan 91
5.4.2 Cadangan kepada Ibubapa 91
5.4.3 Cadangan Kepada Guru 91
5.4.4 Cadangan Kepada Pelajar 92
5.5 Kajian Lanjutan 93
5.6 Penutup 94
RUJUKAN 95
Lampiran A-F 101-113
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Sekolah 41
3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel 43
3.3 Jumlah Responden Kajian Mengikut Sekolah 44 3.4 Skala Likert dengan markah skor 46 3.5 Item-item Dalam Persoalan Kajian 46 3.4 Skala pencapaian keputusan PMR responden 47 3.5 Nilai Alpha Cronbach bagi setiap persoalan kajian 48 3.6: Jadual Pertimbangan Skor Min. 51 3.7: Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian. 51 4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 54 4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 54 4.3 Taburan Responden Berdasarkan Agama 55 4.4 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan 56 Bapa atau Penjaga 4.5 Taburan Responden Berdasarkan 56 Kelulusan Akademik Bapa atau Penjaga 4.6 Taburan Responden Berdasarkan 57
Pendapatan Bapa atau Penjaga 4.7 Taburan Responden Berdasarkan Tempat Tinggal 58
xiii
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.8 Taburan Keputusan Penilaian Menengah Rendah 59
(PMR) Respoden
4.9 Taburan Kekerapan, Peratus, Min 62
dan Sisihan Piawai Bagi Tahap Motivasi
Terhadap Diri Pelajar Tingkatan Empat
4.9.1 Taburan tahap motivasi terhadap diri pelajar 62
tingkatan empat
4.10 Taburan Kekerapan, Peratus, Min dan 64
Sisihan Piawai Bagi Tahap Gaya Pembelajaran
Terhadap Diri Pelajar Tingkatan Empat
4.10.1 Taburan tahap gaya pembelajaran terhadap 65
diri pelajar tingkatan empat
4.11 Taburan Kekerapan, Peratus, Min dan 66
Sisihan Piawai Bagi Tahap Iklim Bilik Darjah
Terhadap Diri Pelajar Tingkatan Empat
4.11.1 Taburan tahap iklim bilik darjah terhadap 67
diri pelajar tingkatan empat
4.12 Hasil Analisis Ujian-t Bagi Motivasi 68
Berdasarkan Jantina
4.13 Hasil Analisis Ujian-t Bagi
Gaya Pembelajaran Berdasarkan Jantina 69
4.14 Hasil Analisis Ujian-t Bagi 69
Iklim Bilik Darjah Berdasarkan Jantina
xiv
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.15 Analisis Min dan ANOVA Sehala Perbezaan 70
Antara Motivasi Terhadap Pelajar
Tingkatan Empat Berdasarkan Etnik
4.16 Analisis Min dan ANOVA Sehala Perbezaan 71
Antara Gaya Pembelajaran Terhadap Pelajar
Tingkatan Empat Berdasarkan Etnik
4.17 Analisis Min dan ANOVA Sehala Perbezaan 72
Antara Iklim Bilik Darjah Terhadap Pelajar
Tingkatan Empat Berdasarkan Etnik
4.18 Hasil Analisis Ujian Korelasi Pearson 73
(Hubungan Antara Motivasi Terhadap
Pencapaian akademik Pelajar Tingkatan Empat).
4.19 Hasil Analisis Ujian Korelasi Pearson 74
(Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Terhadap
Pencapaian akademik Pelajar Tingkatan Empat).
4.20 Hasil Analisis Ujian Korelasi Pearson 75
(Hubungan Antara Iklim Bilik DarjahTerhadap
Pencapaian akademik Pelajar Tingkatan Empat).
xv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Sosiogram (Peta Interaksi) 30
2.2 Teori hierarki keperluan Maslow 33
2.3 Teori Pembelajaran Ausubel 34
2.4 Model Kajian 38
xvi
SENARAI SINGKATAN
PIBG - Persatuan Ibubapa dan Guru
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package of Social Science
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik Pelajar 101
B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 108
C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Johor 110
D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 111
E Pengesahan Soal selidik daripada Pensyarah 1 112
F Pengesahan Soal selidik daripada Pensyarah 2 113
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada masa kini, sistem pendidikan di negara kita banyak diterapkan dengan
pelbagai rangsangan dan kaedah serta pendedahan untuk peningkatan perkembagan
pembelajaran pelajar. Setiap pelajar bertindak balas dengan cara pembelajaran yang
berlainan untuk meningkatkan daya pembelajaran mereka. Tindak balas ini adalah saling
bergantungan antara satu sama lain. Perkara ini juga sering menjadi panduan dan
dorongan kepada pelajar untuk menentukan pencapaian mereka dalam sistem
pembelajaran mereka.
Kebijaksanaan bukan sesuatu elemen statik tetapi adalah suatu sistem dinamik
terbuka yang sentiasa berkembang sepanjang hayat. Kebanyakan proses pembelajaran
yang signifikan adalah daripada apa yang telah kita lakukan iaitu melalui tindakan dan
pemerhatian. Menurut Honey dan Mumford (1992), pembelajaran telah berlaku apabila
manusia boleh mempamerkan sesuatu yang baru samada dalam bentuk pemahaman,
kesedaran atau pun kemahiran.
Penerokaan terhadap pembelajaran dimulai dengan penerokaan bagaimana akal
memperolehi pengetahuan dan proses mengabstraksi makna daripada kejadian yang
2
ditemui dialami kehidupan ini (Mohd.Daud Hamzah, 1990). Keberkesanan pembelajaran
ini adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti kaedah pengajaran, persekitaran
yang kondusif, alat bantuan mengajar, kaedah komunikasi, jangkaan realistik pelajar dan
maklum balas konstruktif supaya dapat melahirkan situasi pembelajaran (Hargreaves,
1996).
Bagi merealisasikan matlamat dalam peningkatan pencapaian pelajar ini,
pelbagai cara yang boleh dirancang dan diterapkan untuk membangkitkan minat pelajar
untuk belajar. Antara cara yang perlu dititikberatkan dalam meningkatkan pembelajaran
pelajar adalah dengan memberi rangsangan motivasi kepada pelajar. Menurut Azizi
Yahya dan Jaafar Sidek Latif (2005), motivasi mempengaruhi bidang-bidang
pertumbuhan, perkembangan, pembelajaran dan pencapaian. Motivasi adalah sebagai
suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai
maklumat-maklumat yang tertentu. Konsep motivasi memang susah difahami kerana
kesannya tidak dapat diketahui secara langsung. Seseorang guru terpaksa melibatkan
proses pelbagai motif kelakuan seseorang yang diukur seperti dari segi perubahan,
keinginan, keperluan dan matlamatnya. Motivasi yang tinggi akan mendorong seseorang
individu bekerja bersungguh-sungguh kearah matlamatnya. Motivasi adalah merupakan
satu rangsanagan yang sangat berguna dalam menentukan pencapaian seseorang pelajar
dalam pelajaran mereka.
Selain itu, gaya pembelajaran pelajar itu sendiri juga dapat menentukan
pencapaian mereka dalam sesuatu pembelajaran. Gaya pembelajaran juga merujuk
kepada cara individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya (Ee Ah Meng, 1994).
Gaya pembelajaran merujuk kepada strategi dan teknik yang disukai dan
digunakan oleh individu semasa belajar. Menurut Dunn & Dunn (1978) merujuk gaya
pembelajaran seseorang individu menumpukan perhatian untuk memahami dan
mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran yang baru. Ini melibatkan kecenderungan
individu mengamati dan memproses maklumat, bukannya kemahiran belajar. Menurut
3
Hawa ( 1987), kemahiran belajar adalah merujuk kepada pendedahan prinsip dan teknik
belajar merangkumi kemahiran-kemahiran seperti mengurus masa, membaca dengan
cepat, pembelajaran melalui perbincangan, teknik mengingat fakta dalam pelajaran dan
teknik menghadapi peperiksaan harus disediakan kepada pelajar dan kesemua jenis
kemahiran ini seringkali disebut-sebut oleh tokoh psikologi untuk diamalkan oleh setiap
insan di dunia ini. Menurut Hawa (1987), menyatakan bahawa kejayaan pelajar adalah
berdasarkan faktor yang tertentu seperti kebolehan, suka bekerja, cara belajar yang
berkesan dan minat yang mendalam.
Iklim sesuatu bilik darjah juga memain perananan yang penting. Keadaan atau
suasana bilik darjah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim bilik darjah yang berkesan. Menurut
Ee Ah Meng (1994), faktor persekitaran merangkumi empat elemen yang utama iaitu
cahaya, bunyi, suhu dan rekabentuk tempat belajar. Iklim bilik darjah yang baik dapat
membantu mempengaruhi tingkah laku pelajar, dan ini dapat membantu pelajar untuk
memfokuskan pembelajarn mereka dengan lebih baik. Apabila pelajar dapat
memberikan perhatian yang baik, ini dapat membantu meningkatkan pencapaian
pembelajaran mereka. Selain itu, hiasan dinding, kebersihan, gambar rajah, formula,
peta dan carta akan menambah keberkesan pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah
Alsagoff (1983), Kesan keseluruhan semua perkara itu jika diaturkan dengan sempurna
dapat mewujudkan persekitaran yang sesuai dengan pembelajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Motivasi, gaya pembelajaran dan iklim bilik darjah adalah berhubung rapat
dengan pencapaian pelajar dalam pelajaran. Pencapaian yang lemah dalam akademik
akan menimbulkan pelbagai kesan negatif. Antaranya ialah seperti keciciran pelajaran,
sukar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan sukar untuk
mendapatkan pekerjaan. Banyak faktor yang menjadi punca penyebab pencapaian
4
rendah dikalangan pelajar. Faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar ialah
keberkesanan motivasi daripada ibubapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling. Gaya
motivasi yang mendalam mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian pelajar.
Menurut Siti Hamizah (2001) faktor psikologi pelajar juga turut mempengaruhi
pencapaian pelajar. Perkara ini sering berlaku kepada pelajar yang sering mendapat
markah yang rendah dalam setiap ujian atau peperiksaan. Pelajar tersebut akan sentiasa
berasa rendah diri dan berasa jemu untuk belajar, kesannya ini akan menyebabkan
pencapaian akademik pelajar tersebut sentiasa ditahap yang rendah disebabkan faktor
tersebut.
Selain itu, keberkesanan gaya pembelajaran juga memainkan peranan yang
penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Kolb (1985) dapat menggambarkan
empat model pembelajaran yang asas hasil daripada gabungan pengalaman pelajar dan
keperluan persekitaran. Beliau berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran, semua
pelajar yang berkesan perlu berkebolehan dalam aspek pengalaman konkrit (concrete
experience), pemerhatian reflektif (reflective observation), konseptualisasi abstrak
(abstractconceptualization) dan eksperimentasi aktif (active experimentation). Manakala
model Dunn & Dunn yang dicipta oleh Rita dan Kenneth Dunn (1978), menekankan
lima faktor utama iaitu persekitaran, Emosi, fisiologi, Sosiologikal dan Psikologikal.
Kurangnya pendedahan berkaitan dengan gaya pembelajaran ini akan menimbulkan
masalah yang teruk kepada pelajar untuk menentukan tahap pencapaian mereka.
Kepelbagaian gaya pembelajaran juga sering menimbulkan pelbagai konflik terhadap
pelajar yang gemar mengikuti gaya pembelajaran pelajar lain. Masalah ini sering timbul
kepada pelajar yang lemah. Perkara ini adalah disebabkan kemampuan pelajar tersebut
tidak mempunyai kemampuan untuk mengikuti gaya pembelajaran pelajar yang
diikutinya.
Menurut Hunt (1981) gaya pembelajaran boleh merujuk kepada syarat-syarat
pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan berlaku. Oleh itu,
bolehlah dikatakan bahawa gaya pembelajaran amat abstrak dan berbeza diantara
5
individu (Ee Ah Meng, 1994). Masalah pembelajaran bukan semata-mata bergantung
kepada kesukaran sesuatu matapelajaran tetapi bergantung kepada jenis dan aras kognitif
yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu perkara (Keefe, 1988).
Aspek gaya belajar juga sering dikaitkan dengan pencapaian akademik para
pelajar. Kebiasanya pelajar yang menggunakan gaya belajar yang berkesan akan
memperolehi pencapaian akademik yang baik.
Iklim bilik darjah juga perlu diambil kira untuk menentukan tahap pencapaian
pelajar. Dengan adanya iklim yang baik ini dapat memberikan keselesaan kepada pelajar
untuk belajar. Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) menyatakan bahawa hiasan dinding,
kebersihan, gambar rajah, formula, peta dan carta akan menambah keberkesan
pembelajaran. Kebiasaanya iklim bilik darjah pada masa kini kurang dititik beratkan
oleh guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran diadakan. Masalah ini akan
menimbulkan pelbagai masalah kepada pelajar yang kurang selesa dengan keadaan bilik
darjah yang tidak tersusun. Selain itu, keceriaan bilik darjah juga memain peranan yang
penting. Bilik darjah yang ceria dan kemas akan menimbulkan minat pelajar untuk
belajar dengan baik disamping itu juga keselamatan pelajar sentiasa adalah selamat dan
terjaga.
1.3 Pernyataan Masalah
Pencapaian yang tinggi dalam akademik sentiasanya adalah pelajar yang sering
mendapatkan motivasi yang mencukupi dalam diri mereka. Tetapi tidak semua pelajar
mempunyai motivasi yang mencukupi dalam diri mereka. Masalah ini akan
menyebabkan pencapaian mereka semakin merosot. Masalah ini juga menyebabkan
ramai pelajar bertambah bosan dengan keadaan pencapaian akademik mereka. Pelajar
selalu menghadapi masalah untuk berkomunikasi dan berkerjasama dalam apa sahaja
6
bentuk pembelajaran yang diajar oleh guru. Masalah ini adalah disebabkan kurangnya
rangsangan dan galakkan daripada guru mahu pun rakan-rakan.
Kepelbagaian gaya pembelajaran juga sering menimbulkan masalah kepada
pelajar. Terutamanya kepada pelajar yang tidak tahu untuk menguruskan dan
menentukan gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka. Akibatnya ramai
pelajar kurang berjaya untuk memperolehi pencapaian akademik yang membanggakan
dalam diri mereka.
Iklim bilik darjah juga memainkan peranan yang penting. Kurangnya
pendedahan dan pengurusan bilik darjah yang sistematik akan menyebabkan masalah
keselesaan pelajar adalah di tahap yang sederhana. Ini juga akan menyebabkan
pencapaian pelajar mudah merosot dengan keadaan bilik darjah yang tidak tesusun rapi.
Selain itu, walaupun terdapat beberapa kajian berkaitan tentang motivasi tetapi
kajian seumpama ini kurang dijalankan terhadap hubungan motivasi, gaya pembelajaran
dan iklim bilik darjah terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah. Masalah ini akan
menimbulkan kurangnya tumpuan terhadap pencapaian akademik pelajar melalui kesan
motivasi, gaya pembelajaran dan iklim bilik darjah.
Justeru, kajian ini dibuat untuk mengkaji hubungan motivasi, gaya pembelajaran
dan iklim dalam bilik darjah terhadap pelajar tingkatan empat untuk mempertingkatkan
kualiti dan prestasi akademik pelajar.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk;
i. Mengenal pasti tahap motivasi terhadap diri pelajar tingkatan empat.
ii. Mengenal pasti tahap gaya pembelajaran terhadap diri pelajar tingkatan
empat.
iii. Mengenal pasti tahap iklim dalam bilik darjah terhadap diri pelajar
tingkatan empat.
iv. Mengenal pasti pencapaian keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
terhadap pelajar tingkatan empat.
v. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara
motivasi, gaya pembelajaran dan iklim bilik darjah terhadap pencapaian pelajar
tingkatan empat berdasarkan jantina.
vi. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara
motivasi, gaya pembelajaran dan iklim bilik darjah terhadap pencapaian pelajar
tingkatan empat berdasarkan etnik.
vii. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi,
gaya pembelajaran dan iklim bilik darjah terhadap pencapaian pelajar tingkatan
empat.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan masalah yang dinyatakan, persoalan-persoalan kajian adalah seperti
berikut;
i. Apakah tahap motivasi terhadap diri pelajar tingkatan empat?
ii. Apakah tahap gaya pembelajaran terhadap diri pelajar tingkatan empat?
iii. Apakah tahap iklim bilik darjah terhadap diri pelajar tingkatan empat?
8
iv. Adakah terdapat perbezaan yang singnifikan antara motivasi, gaya pembelajaran
dan iklim bilik darjah terhadap pencapaian pelajar tingkatan empat berdasarkan
jantina?
v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi, gaya pembelajaran
dan iklim bilik darjah terhadap pencapaian pelajar tingkatan empat berdasarkan
etnik?
vi. Adakah terdapat hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dan iklim bilik
darjah terhadap pencapaian pelajar tingkatan empat?