Post on 19-Jul-2015
Aktiviti Sains
Topik: Daya dan GerakanAhli Kumpulan: Lum Shao Yi 28836 Lim Ying Juan 28835 Kon Suh Huey 29037 Chin Mun Choi 29071 Pensyarah: Tuan Hj Lokmanhakim Abd. Wahid
Tajuk Eksperimen
Mencari hubungan antara jisim dengan inersia
Kemahiran Proses Sains Bersepadu
Mendefinisi Secara OperasiAplikasi: Menyatakan inersia merupakan sifat semula jadi suatu objek yang cenderung untuk menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada keadaan pegun atau keadaan bergerak. Menyatakan jisim ialah kuantiti jirim yang terdapat dalam objek dan ia adalah tetap dan tidak dipengaruhi oleh faktor seperti daya tarikan graviti.
Radas dan Bahan Neraca inersia dengan pemberat (silinder logam) 2 Pengapit-G Jam randik
Kemahiran Proses Sains Bersepadu
Mengawal PembolehubahAplikasi: Pembolehubah dimanipulasikan: Jisim pemberat Pembolehubah bergerak balas: Tempoh ayunan pemberat Pembolehubah dimalarkan: Amplitud ayunan dan kekerasan bilah keluli
Kemahiran Proses Sains Bersepadu
Membuat HipotesisAplikasi: Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar inersia objek itu.Nilai Saintifik
Minat dan sifat ingin tahu
Kemahiran Proses Sains Bersepadu
MengeksperimenAplikasi: Menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jisim dengan inersia.Nilai Saintifik
Bekerjasama
Prosedur1. Radas disusunkan seperti dalam rajah di bawah.
2. Pemberat dengan jisim (m) dipasangkan pada hujung neraca.
Kemahiran Manipulatif
Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul
Aplikasi: Alat/radas eksperimen disediakan dan digunakan dengan cara yang betul.Nilai Saintifik
Bertanggungjawab
Prosedur (sambungan)3. Masa untuk 10 ayunan lengkap ditentukan dengan jam randik dan dicatatkan.
Kemahiran Proses Sains Asas
MemerhatiAplikasi: Memerhati pemberat melengkapkan 10 kali ayunan.Nilai Saintifik
Minat dan sifat ingin tahu
Kemahiran Proses Sains Asas
MengelasAplikasi: Persamaan: Pemberat diperbuat daripada bahan yang sama, iaitu logam. Perbezaan: Silinder logam yang digunakan mempunyai jisim pemberat yang berbeza.
Kemahiran Proses Sains Asas
Membuat InferensAplikasi: Membuat inferens tentang hubungan jisim dengan inersia melalui perbincangan.Nilai Saintifik
Minat dan sifat ingin tahu
Kemahiran Proses Sains Asas
MeramalAplikasi: Pemberat yang lebih berat akanmengambil masa yang lebih panjang untuk melengkapkan satu ayunan.Nilai Saintifik
Minat dan sifat ingin tahu
Kemahiran Proses Sains Asas
Mengukur & Menggunakan NomborAplikasi: Mengukur masa untuk 10 ayunan lengkap dengan menggunakan jam randik dalam unit saat.Nilai Saintifik
Jujur dan tepat dalam mengesahkan data Tabah dalam menjalankan eksperimen
Kemahiran Proses Sains Asas
Menggunakan Perhubungan Ruang & Masa Aplikasi: Mengukur dan membanding masa ayunan yang diambil oleh jisim pemberat yang berlainan.Nilai Saintifik
Sistematik dan yakin
Prosedur (sambungan)4. Prosedur 2, 3 dan 4 diulangi untuk 2 nilai m yang berlainan.
Kemahiran Proses Sains Bersepadu
Mentafsir MaklumatAplikasi: Menyiasat hubungan antara tempoh ayunan lengkap dengan jisim pemberat.Nilai Saintifik
Sistematik dan yakin
KeputusanJisim, m/g 100 200 300
Masa untuk 10 ayunan lengkap, t/s Tempoh ayunan lengkap,
Graf tempoh lawan jisim
Kemahiran Proses Sains Asas
BerkomunikasiAplikasi: Keputusan dipersembahkan/direka dalam bentuk jadual dan kemudian graf tempoh lawan jisim diplotkan.Nilai Saintifik
Sistematik dan yakin
KesimpulanSemakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar inersia objek itu.
Kemahiran Manipulatif
Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat
Aplikasi: Alat/radas eksperimendisimpan dengan cara yang betul dan selamat.Nilai Saintifik
Bertanggungjawab
Sekian, terima kasih
Kemahiran Proses Sains Asas
MemerhatiDefinisi: Menggunakan pencaindera untuk mengenal pasti ciri-ciri objek, perubahan, persamaan & perbezaan.
Kemahiran Proses Sains Asas
MengelasDefinisi: Mengumpul objek/peristiwa mengikut persamaan & perbezaan.
Kemahiran Proses Sains Asas
Mengukur & Menggunakan NomborDefinisi: Membuat pemerhatian kuantitatif dgn membanding kepada piawai tertentu.
Kemahiran Proses Sains Asas
Membuat InferensDefinisi: Membuat kesimpulan awal untuk menerangkan sesuatu peristiwa berdasarkan sebab-sebab/ alasanalasan tertentu.
Kemahiran Proses Sains Asas
MeramalDefinisi: Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berdasarkan pemerhatian/ inferens.
Kemahiran Proses Sains Asas
BerkomunikasiDefinisi: Memindahkan maklumat/ idea kepada orang lain secara lisan/ bertulis.
Kemahiran Proses Sains Asas
Menggunakan Perhubungan Ruang & MasaDefinisi: Mengenal pasti bentuk dan pergerakan mengikut masa.
Kemahiran Proses Sains Bersepadu
Mentafsir MaklumatDefinisi: Memberi penerangan tentang pola/ peristiwa berdasarkan maklumat yang dikumpul.
Kemahiran Proses Sains Bersepadu
Mendefinisi Secara OperasiDefinisi: Memberi takrif dengan memperihalkan apa yang diperhatikan.
Kemahiran Proses Sains Bersepadu
Mengawal PembolehubahDefinisi: Mengenal pasti semua pembolehubah iaitu aspek-aspek yg boleh mempengaruhi hasil eksperimen. Menjalankan eksperimen dgn hanya memanipulasikan satu pembolehubah sementara pembolehubah yg lain dimalarkan.
Kemahiran Proses Sains Bersepadu
Membuat HipotesisDefinisi: Membuat tekaan intelek yang boleh diuji berdasarkan bukti yang telah dikumpul.
Kemahiran Proses Sains Bersepadu
MengeksperimenDefinisi: Menyiasat memanipulasikan pembolehubah dan menguji hipotesis untuk membuat keputusan.