Post on 09-Aug-2015
BAB 1
MASALAH KAJIAN
1.0 Pengenalan
Wawasan 2020 yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad
menggariskan langkah pencapaian matlamat menjadikan Malaysia
negara maju
mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada
segi ekonomi, politik,
sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah
negara yang
masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang
tinggi, berpegang teguh
kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang
demokratik, liberal
dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama,
progresif dan makmur,
serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta
berdaya tahan.
Jika dilihat hasrat keenam daripada cabaran wawasan 2020 iaitu:
“untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang
mempunyai daya perubahan dan memandang ke depan, yang bukan
1
sahaja menjadikan pengguna teknologi malah mewujudkan penyumbang
kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan”
Oleh itu, pembangunan sumber manusia yang berpengetahuan luas,
berpendidikan tinggi,
berketrampilan, berkemahiran teknik yang tinggi, berkemampuan
menerima teknologi terkini, berkebolehan dalam pengurusan dan
penyeliaan serta mempunyai nilai-nilai sejagat yang disanjung amat
diperlukan. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
dirumus dengan berpandukan hasrat dan cita-cita yang terkandung dalam
Penyata Razak dan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Laporan
Jawatankuasa Kabinet serta Rukun Negara (Mohd. Yunus,1990). Falsafah
Pendidikan Negara dirumus dan dinyatakan seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbangdan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Dalam konteks pendidikan awal, kanak-kanak meneroka alam sekitar,
membuat
eksperimen dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui cuba
jaya serta meneroka dan menyiasat mengikut keinginan dan minat
mereka. Sains memerlukan kanak-kanak membuat inkuiri dan penemuan.
Justeru, guru perlu bijak menggunakan peluang yang ada memupuk minat
dan sifat kanak-kanak yang sentiasa bertanya bagi memenuhi naluri ingin
tahu mereka. Pendekatan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ membantu kanak-
kanak berfikir secara kritis dan membina keyakinan mereka dalam
menyelesaikan masalah (Maznah Ali, et al., 2003).
Kebimbangan merupakan suatu masalah yang berkaitan dengan emosi
dan psikologi individu. Perasaan ini berlaku kepada semua golongan
2
tanpa mengira peringkat umur. Kebimbangan merupakan suatu keadaan
tertekan hasil daripada jangkaan seseorang tentang suatu keadaan
bahaya yang bakal berlaku. Kebimbangan dapat dikesan melalui tindak
balas dari segi fisiologi, kognitif dan rasa ketidakselesaan yang subjektif.
Adalah dipercayai bahawa sikap memainkan peranan penting dalam
mendorong kepada berlakunya kebimbangan terhadap diri sendiri.
Melalui kajian yang akan dilaksanakan ini, kita akan dapat mengesan
perkaitan antara sikap dan kebimbangan terhadap Sains di kalangan
murid-murid. Walau bagaimana pun, dijangkakan bahawa sikap positif
akan merendahkan tahap kebimbangan manakala sikap negatif akan
meningkatkan tahap kebimbangan terhadap Sains.
1.2 Latar Belakang Kajian
Sains merupakan satu mata pelajaran teras yang dinilai pada setiap peperiksaan samada pada
peringkat sekolah (PKBS) ataupun kebangsaan (UPSR). Jadi, mata pelajaran Sains
merupakan mata pelajaran yang wajib lulus bagi meningkatkan prestasi akademik. Cara
pengajaran guru yang berkesan boleh impak kepada sikap murid dalam mempelajari mata
pelajaran Sains. Pelajar akan bersikap positif dan menaruh minat dalam pembelajaran Sains.
Dalam bidang pendidikan, motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran di
dalam kelas. Menurut Saedah Siraj dan Zainun Ishak, motivasi ialah penggerak kepada
kemahuan dan keinginan untuk berjaya untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Guru
memerlukan motivasi menggerakkan dirinya untuk mencapai kualiti kerja. Pada waktu yang
sama, guru juga menjadi motivator kepada murid-murid untuk berjaya dalam kehidupan
mereka. Guru yang mempunyai motivasi ialah guru yang dinamik , cekap dan sentiasa
berusaha untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
3
Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang mempunyai sikap positif dan mempunyai
minat untuk belajar. Mereka akan mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada
pelajaran. Mereka aktif di dalam dan di luar kelas, mudah bergerak mengikut arahan guru.
Mereka boleh berdikari dan suka memberi pandangan dan pendapat dalam kelas. Teori
motivasi memberikan pemberatan bahawa diri sendiri memainkan peranan penting dalam
memberikan motivasi dan pembelajaran kawalan sendiri (McCombs,1989; McCombs dan
Marzano, 1990; McCombs dan Whisler,1989).
Kajian penyelidikan ini dilaksanakan di SK ST Paul, Bunuk yang terletak 32 km dari
bandar Kuching. Sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di luar bandar dan berada
dalam pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Padawan. Sekolah ini dikategorikan sebagai
sekolah kurang murid (SKM), gred A. Jumlah keseluruhan murid pada tahun 2011 ini ialah
130 orang dan mempunyai 6 buah kelas bagi setiap tahun. Sekolah ini mempunyai 14 orang
pendidik dan kebanyakkannya mempunyai pengalaman lebih 10 tahun mengajar. Sampel
kajian ini terdiri daripada 70 orang pelajar iaitu 53.85% daripada jumlah populasi. Kajian
penyelidikan ini dilakukan untuk meneliti perkaitan di antara sikap dan kebimbangan murid
terhadap pembelajaran mata pelajaran Sains. Berdasarkan keputusan UPSR dari tahun
sebelumnya, masih terdapat pelajar yang mendapat gred D dan E dalam mata pelajaran Sains
dan ini mempengaruhi keputusan keseluruhan peperiksaan tersebut. Pihak sekolah telah
merangka program tahunan bagi meningkatkan prestasi akademik murid tetapi kegagalan
semasa peperiksaan masih berlaku. Jadi, kajian ini akan menyelidik adakah wujud hubungan
antara sikap dan kebimbangan terhadap Sains yang menyebabkan prestasi mata pelajaran
tersebut berada pada tahap yang tidak memberangsangkan.
1.3 Pernyataan masalah
Salah satu cabaran penting dalam pendidikan Sains peringkat rendah ialah menyediakan
bilangan pelajar yang meminati dan menguasai Sains dengan cemerlang bagi membantu
mencapai matlamat memenuhi kuota 60:40 pelajar aliran Sains dan sastera di peringkat
sekolah menengah. Ini adalah perlu bagi membina masyarakat yang inovatif dengan
keupayaan Sains dan Teknologi yang kukuh (KPM, 2001;2006). Menurut Molly L. dan
Khadijah Zon (1996) pencapaian dan pengetahuan asas yang kukuh dalam kalangan murid
4
sekolah rendah amat penting sebagai penentu kejayaan bagi sebarang dasar di peringkat
menengah dan membolehkan mereka mengikuti pengajian tinggi kerana peranan
pengetahuan lampau dalam membina kematangan dan kedewasaan seseorang (Lawson, 1995;
Mohamad Daud Hamzah, 1996; Piaget, 1970). Kegagalan menguasai kemahiran dan
pengetahuan asas dengan mantap merupakan antara penyebab keciciran, pembentukan sikap
negatif, kurang keyakinan diri, kurang berdaya dan menyebabkan ciri-ciri kelemahan itu
semakin subur dan menjadi kumulatif yang akhirnya mempengaruhi pencapaian pada tahap
yang lebih tinggi (Isahak Haron, 2001; Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 1994,
2006). Pandangan yang sama dirumuskan oleh Kilpatrick, Swafford, dan Findell (2001)
kerana menurut mereka kefahaman peringkat lebih rendah sebagai kaedah komprehensif dan
menjadi asas untuk memajukan kecekapan pada peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai panitia Sains dan guru Sains di SK ST Paul Bunuk, adalah menjadi
tanggungjawab saya untuk memastikan pencapaian mata pelajaran sains berada pada tahap
yang dikehendaki sejajar dengan kehendak pihak pentadbir. Justeru itu melalui kajian
penyelidikan ini, saya cuba untuk menyingkap persoalan mengenai hubungan antara sikap
dan kebimbangan terhadap Sains yang menyebabkan prestasi murid menjadi rendah.
Walaupun pelbagai teknik dan strategi yang saya aplikasikan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, tetapi masih ada murid yang gagal dalam menjawab soalan peperiksaan.
Melalui pemerhatian yang dilakukan di dalam bilik darjah, masih terdapat segelintir murid
yang bersikap pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid yang bersikap
pasif mempunyai prestasi yang lebih rendah disebabkan mereka segan untuk meluahkan apa
yang tidak diketahui ataupun sebaliknya.
Young-Shin (1998) menyatakan bahawa kebimbangan murid terhadap
pembelajaran Sains membuat mereka menjadi murid yang pasif dan akhirnya tidak dapat
mencapai tahap pencapaian yang terbaik. Ini dikhuatiri akan menyebabkan murid tersebut
menjadi seorang yang pendiam dan pasif di dalam kelas. Berdasarkan pendapat yang
dinyatakan oleh Parkinson dan Colmar (1995) pula, kebimbangan akan mengganggu
perlakuan, memfokus tumpuan sesuatu yang dilakukan dengan salah, dan mendorong
seseorang itu untuk mencari tindakan alternatif. Tindakan alternatif itu perlu bagi membantu
untuk mengatasi perasaan tersebut.
5
1.4 Objektif kajian
1.1.1 Mengenal pasti sikap murid terhadap mata pelajaran Sains.
1.1.2 Mengenal pasti tahap kebimbangan terhadap Sains di kalangan murid.
1.1.3 Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara tahap kebimbangan terhadap Sains
dengan sikap di kalangan murid.
1.5 Persoalan kajian
Dalam kajian ini, beberapa persoalan telah ditimbulkan iaitu:
a) Apakah tahap sikap murid terhadap Sains?
b) Apakah tahap kebimbangan terhadap Sains di kalangan murid?
c) Adakah terdapat hubungan di antara tahap kebimbangan dan sikap terhadap Sains di
kalangan murid?
1.6 Kepentingan kajian
Penguasaan terhadap matapelajaran sains oleh murid dapat diperkukuhkan dengan aktiviti
pembelajaran yang dirancang secara sistematik dan efisyen, sesuai dengan faktor
persekitaran murid. Meski pun Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyelaraskan
kurikulum Sains di semua sekolah dan semua guru diberi panduan dan sukatan pelajaran
yang sama, namun murid-murid masih tidak dapat mencapai keseimbangan di mana ada
murid yang berpencapaian cemerlang dan ada masih berpencapaian lemah.
Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains berdasarkan hasil yang telah diperolehi.
Kajian yang dilakukan ini juga penting dalam memberikan maklumat tentang tahap
keyakinan diri, persepsi terhadap mata pelajaran Sains serta usaha yang perlu dilakukan bagi
meningkatkan pencapaian murid-murid dalam mempelajari mata pelajaran Sains. Seandainya
sikap positif murid terhadap mata pelajaran Sains disemai di dalam diri mereka, maka akan
6
menimbulkan minat murid itu sendiri. Hal ini akan memotivasikan mereka untuk terus
mencari maklumat tambahan bagi mendalami ilmu Sains dengan lebih mendalam justeru
meningkatkan penguasaan pengetahuan dan pencapaian mereka dalam pembelajaran Sains.
Kajian ini juga penting dalam mempercepatkan proses menghasilkan murid-murid yang
berintelek dan bekemahiran dalam bidang Sains memandangkan negara memerlukan tenaga
mahir dalam bidang sains dan teknologi menjelang tahun 2020. Oleh itu, kajian ini dilakukan
untuk mengetahui sejauh mana tahap kebimbangan murid mempengaruhi sikap mereka
terhadap Sains. Dengan adanya kajian seumpama ini, maka masalah kebimbangan di
kalangan murid dapat diketahui dengan lebih jelas lagi. Ia amat berguna untuk para guru,
khususnya guru sains agar mereka sedar akan kewujudan perasaan bimbang di kalangan
murid mereka setiap kali menghadiri kelas Sains. Dengan itu, langkah-langkah yang
sewajarnya dapat diambil bagi mengatasi masalah tersebut.
1.7 Batasan kajian
Kajian hanya dijalankan di Sekolah Kebangsaan ST Paul Bunuk, Padawan, Kuching,
Sarawak sahaja. Oleh kerana tujuan kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara
tahap kebimbangan murid dan sikap dalam mempelajari matapelajaran Sains, maka kajian ini
akan terbatas kepada murid-murid tahap II sahaja iaitu tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Sampel
sejumlah 70 orang daripada tahap II iaitu mewakili 53.85 % daripada jumlah populasi (130
orang). Murid-murid tahap II telah dipilih sebagai sampel kajian kerana mempunyai
kematangan dalam menjawab soalan dan hasil keputusan akan dinilai bagi meningkatkan
keputusan matapelajaran sains pada tahun berikutnya. Selain daripada itu, kajian ini juga
boleh menjadi bahan rujukan bagi guru-guru yang mengajar matapelajaran Sains di sekolah
dan kawasan luar bandar berdasarkan lokasi tempat yang dikaji. Semoga kajian ini dapat
7
meningkatkan minat dan sikap positif murid terhadap mata pelajaran Sains dan seterusnya
dapat meningkatkan pencapaian sekolah dalam peperiksaan.
1.8 Definisi istilah
1.8.1 Sikap
‘ Sikap adalah suatu kecenderungan untuk bertindak balas dalam cara tertentu kepada
individu, objek, situasi, kejadian atau idea.’
(Encyclopedia Americana 2, 1997)
Menurut Strickland (2001) pula, sikap adalah suatu perasaan, kepercayaan atau
pendapat kepada kebenaran atau ketidakbenaran ke atas sesuatu.
Ostrum (1989) dalam Burkett, Spector & Leard (2003) pula berpendapat bahawa
sikap adalah sebagai ” state of readiness that exerts a dynamic influence upon an
individual’s responses.”
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa sikap adalah suatu bentuk perbuatan yang
lahir daripada perasaan, kepercayaan dan kecenderungan seseorang kepada sesuatu.
1.8.2 Kebimbangan
Rice (1992) menyatakan bahawa ”anxiety is a feeling of impending doom without
knowing when, where and how the doom will occur.”
(pg 318)
Ini bermakna kebimbangan merupakan suatu perasaan tentang kejadian bahaya
yang bakal berlaku tetapi tidak tahu dimana dan bila akan terjadi.
Strickland (2001) pula menyatakan kebimbangan sebagai ”an unpleasent emotion
triggered by anticipation of future events, memories of past events or rumination about
self ”
(pg 42)
8
Dalam erti kata lain, perasaan bimbang adalah suatu perasaan yang tidak selesa
yang disebabkan oleh jangkaan seseorang mengenai kejadian yang bakal berlaku, masa
lampau atau fikiran kendiri.
Menurut Encyclopedia Americana 2 (1997) pula, kebimbangan ialah suatu
keadaan emosi dan gangguan fizikal hasil rangsangan daripada ugutan yang benar atau
imaginasi seseorang.
Kesimpulannya, kebimbangan merupakan satu bentuk gangguan emosi yang lahir
daripada jangkaan seseorang tentang bahaya yang bakal berlaku, sama ada kebenaran
atau imaginasi semata-mata.
1.9 Rumusan
Secara keseluruhannya, bab ini telah menyentuh tentang latar belakang kajian dan penyataan
masalah yang mengetengahkan hubungan antara sikap dan tahap kebimbangan murid
terhadap mata pelajaran sains. Selain itu turut diutarakan dalam bab ini ialah persoalan kajian
dan juga objektif-objektif kajian yang perlu dicapai dalam kajian ini. Tidak ketinggalan juga
dimuatkan dalam bab ini tentang kepentingan kajian, definisi istilah, andaian kajian serta
batasan kajian. Pada bab seterusnya, tinjauan literatur yang berkaitan dengan kajian pula
akan dibincangkan.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
9
2.0 Pengenalan
Melalui bab ini akan dibincangkan tentang ulasan mengenai tajuk kajian iaitu sikap dan
kebimbangan secara umum berdasarkan kepada penulisan dan kajian-kajian yang telah dibuat
oleh para pengkaji sebelum ini. Perbincangan dalam bab ini juga akan memperkukuhkan lagi
permasalahan mengenai hubungan sikap dan kebimbangan terhadap Sains pada peringkat
rendah. Bab ini akan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :
i. Sikap
ii. Kebimbangan
iii. Sikap dan kebimbangan
2.1 Sikap
Sikap merupakan sesuatu yang subjektif untuk diinterpretasikan atau diterangkan. Individu yang
berlainan akan menunjukkan sikap yang berbeza terhadap sesuatu rangsangan sama ada objek
atau pun manusia (seseorang). Contohnya, dalam sebuah kelas terdapat 20 orang murid sedang
mengikuti pembelajaran mata pelajaran Sains. Setiap orang murid mempunyai perwatakan yang
berbeza terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku. Kemungkinan
terdapat murid menunjukkan minat yang mendalam terhadap Sains tetapi ada yang bersifat
sebaliknya.
Sikap seseorang individu, khususnya murid, dipengaruhi oleh beberapa faktor yang
mungkin tidak diketahui. Menurut Warring, Younger & Williams (2000), imej dan kumpulan
sosial memainkan peranan penting yang utama di dalam kehidupan murid dan sikap murid
terhadap kerja serta sekolah (tempat belajar). Ini menunjukkan bahawa sikap seseorang murid
dipengaruhi oleh faktor sosial dan rakan sebaya.
Kajian yang telah dibuat oleh Berndt (1999) membuktikan bahawa rakan sebaya banyak
mempengaruhi seseorang murid dalam proses penyesuaian diri di sekolah. Beliau mendapati
bahawa seseorang murid telah menjadi seperti kawannya walaupun kawan tersebut mempunyai
persepsi yang positif atau negatif terhadap sekolah berbanding dirinya sendiri. Ini bermakna
pada kebiasaannya, murid akan cuba meniru gaya dan sikap rakannya terhadap pembelajaran.
10
Contohnya, jika murid berkenaan mempunyai rakan yang meminati mata pelajaran sains maka
dia akan turut sama meminati mata pelajaran tersebut. Kemungkinan wujud perasaan di dalam
dirinya bahawa dia mudah untuk melakukan perbincangan dengan rakannya itu. Berndt (1999)
juga berpendapat bahawa persahabatan yang berkualiti tinggi dikaitkan dengan frekuensi
terhadap interaksi positif yang tinggi dan mempunyai sedikit interaksi yang negatif. Maka, nilai
persahabatan juga penting di mana persahabatan yang kukuh akan member impak yang positif
kepada seseorang murid.
Selain itu, pembentukan sikap juga dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Perasaan minat
terhadap Sains mungkin wujud disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor individu dan faktor
situasi. Bergin (1999) menjelaskan faktor individu dan faktor situasi seperti berikut:
“The individual factors are belongingness ( which includes cultural value, identification and
social support), emotions, competence, utility-goal relevance and background knowledge (which
include a hole in the schema). The situational factors are hands-on, discrepancy, novely, food,
social interaction (which includes visible author), modeling, games and puzzles, content,
biophilia, fantasy, humors and narrative).”
(Pg87)
Kedua-dua faktor tersebut saling bersandaran di antara satu sama lain. Menurut Bergin
(1999), adalah penting untuk mengenal pasti bahawa faktor individu selalu berhubung kait
dengan faktor situasi bagi mewujudkan minat terhadap sesuatu atau mengurangkan minat
tersebut. Dengan itu, sikap seseorang individu boleh dibentuk oleh individu sendiri (melaui
emosi, sokongan sosial dan kecekapan ) dan situasi sekeliling (interaki sosial, makanan dan
pembaharuan). Secara tidak langsung, perkara-perkara tersebut juga mungkin boleh
mempengaruhi sikap murid terhadap Sains, sama ada positif atau negatif.
Dalam konteks sikap terhadap mata pelajaran Sains, Norhijuddin Mohammad (2002)
mendapati bahawa status sosio ekonomi bukan penentu kepada sikap murid terhadap Sains.
Beliau mendapati murid yang mempunyai status sosio ekonomi yang tinggi mempunyai sikap
yang sama terhadap Sains dengan murid yang mempunyai status sosio ekonomi yang rendah.
11
Menurut Hasan & Bileh (1975) dan Munby (1983) dalam kajian yang dilakukan oleh
Kamisah & Lilia (tahun tidak dinyatakan), sikap terhadap Sains melibatkan perasaan, pendapat,
kepercayaan dan penghargaan yang mana telah dibentuk oleh seseorang individu hasil daripada
interaksi secara tidak langsung dengan pelbagai aspek yang berkaitan dengans Sains. Kajian
tersebut juga menunjukkan bahawa sikap murid terhadap sains adalah tinggi dan terdapat
perbezaan yang signifikan di dalam aspek yang berkaitan antara sikap terhadap sains dengan
tahap pengalaman dalam pendidikan. Mereka turut mendapati bahawa latar belakang budaya
murid memberi impak yang tinggi di dalam pembentukan sikap murid terhadap Sains serta
sikap saintifik mereka.
Reid & Skrybina (2002) menyatakan bahawa murid mempunyai sikap yang positif
terhadap Sains di awal pembelajaran mereka. Adakah ini bermaksud sikap tersebut berubah
apabila umur semakin meningkat? Perkara ini terjadi mungkin disebabkan oleh isi kandungan
mata pelajaran sains yang semakin kompleks dan sukar untuk difahami. Mereka turut mendapati
sikap terhadap pembelajaran Sains dan keinginan untuk mempelajari Sains mempunyai perkaitan
yang tinggi ( semakin tinggi sikap terhadap pembelajaran Sains, semakin tinggi keinginan untuk
mempelajari sains).
Perbezaan sikap terhadap Sains di antara pelajar lelaki dan perempuan juga telah
dilakukan kajian oleh beberapa penyelidik. Contohnya, kajian yang dilakukan oleh Haladyna &
Shaughnessy (1982) mendapati bahawa terdapat sedikit hubungan antara jantina dan sikap
terhadap Sains. Pelajar lelaki lebih menyukai Sains berbanding murid perempuan (Haladyna &
Shaughnessy, 1982;Norhijuddin Mohamad, 2002). Namun begitu, menurut Haladyna &
Shaughnessy (1982), perbezaan tersebut selalunya kecil dan bervariasi dari satu kajian ke satu
kajian dan dari satu gred ke satu gred yang lain. Oleh yang demikian, perbezaan sikap antara
murid lelaki dan perempuan di dalamSsains tidak begitu ketara.
Maka, pembentukan sikap seseorang pelajar terhadap Sains dipengaruhi oleh faktor yang
pelbagai. Perasaan bimbang mungkin menjadi salah satu faktor sama ada menjurus kepada sikap
yang positif atau negatif.
12
2.2 Kebimbangan
Kebimbangan adalah salah satu masalah emosi yang tidak asing lagi zaman ini. Terdapat
beberapa kajian telah dilakukan berkenaan dengan masalah ini, sama ada dalam bidang
pendidikan mahupun psikologi. Namun begitu, Barlow & Durand (1999) berpendapat bahawa
aspek kebimbangan sukar untuk dikaji. Menurut mereka juga, perasaan bimbang yang terdapat
dalam diri manusia boleh menjadi suatu perasaan ketidaksenangan yang subjektif, satu set
perlakuan (khuatir atau gelisah), dan suatu respon psikologi yang berasal dari otak dan
ditunjukkan oleh peningkatan kadar denyutan jantung dan ketegangan otot.
Rachman (1998) menggambarkan kebimbangan sebagai satu perasaan kegelisahan yang
tidak menyenangkan, jangkaan yang tegang mengenai ancaman atau kejadian yang samar-samar.
Menurut beliau, terdapat empat pendekatan utama tentang kebimbangan iaitu kebimbangan
sebagai suatu hasil pembelajaran, penerangan kognitif, teori psikoanalitik dan penerangan secara
biologi.
Kebimbangan meningkat (increased anxiety) digambarkan sebagai satu respon adaptif
apabila seseorang individu berhadapan dengan amaran bahaya atau ancaman akan berlaku dan
terdorong untuk bertindak atau melakukan sesuatu pada tahap optimum (Lowe & Reynolds,
2000).
Menurut Mohd. Daud Hamzah (1990) pula, “setiap kebimbangan adalah satu
keperihalan atau keperihalan bangkitan fisiologi yang dialami oleh individu yang
dirangsangkan oleh rangsangan yang kurang diketahui di dalam situasi dan menyebabkan
individu tak bersedia untuk bergerak balas kepadanya.” Maka, seseorang individu tidak dapat
mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan mereka berasa bimbang.
Sigmun Freud, dalam kajian yang dilakukan oleh Strongman (1996) melihat
kebimbangan sebagai suatu fenomena harian dan satu cara untuk menjelaskan tentang neurosis.
Freud, pencetus teori kebimbangan melalui teori psikoanalitik mengaitkan rasa kebimbangan
dengan tindakan sel-sel saraf manusia.
13
Namun begitu, berbeza pula dengan Karen Horney dalam kajian yang dilakukan oleh
Engler (1995). Beliau yang mewujudkan konsep kebimbangan asas (basic anxiety) menyatakan
bahawa :
“ ……anxiety is created by social forces rather than by the human predicament itself.”
(pg. 123)
Berdasarkan kepada konsep kenimbangan asas yang dinyatakan oleh Horney,
persekitaran secara keseluruhannya adalah amat menakutkan kerana ia dilihat sebagai tidak
realistik, merbahaya, tiada penghargaan dan tidak adil. Kanak-kanak bukan sahaja takut kepada
nadi dalaman mereka atau terhadap hukuman tetapi disebabkan juga persekitaran itu sendiri yang
menjadi ancman kepada perkembangan dan kehendak mereka seperti yang dinyatakan oleh
Freud dalam konsep beliau tentang neurotik dan kebimbangan moral.
Perasaan bimbang secara amnya akan member kesan fisiologi kepada manusia hasil
daripada rangsangan-rangsangan tertentu. Menurut Cloninger (1996) :
“ Activity of the autonomic nervous system produces symptoms of anxiety, including rapid heart
beat, sweating, feelings of nervousness.”
(pg 408)
Contohnya, kesan fisiologi seperti peningkatan denyutan jantung akan menyebabkan
seseorang individu itu mungkin berasa tidak selesa untuk melakukan sesuatu perkara yang
menjadi punca kebimbangan mereka. Dalam aspek pembelajaran, mungkin ia lebih tertumpu
kepada cara pelajar mempelajari mata pelajaran Sains.
Dalam konteks pembelajaran (murid), aspek akademik banyak menyumbang kepada
lahirnya perasaan bimbang. Milgam dan Toubiana (1999) telah membuat kajian mengenai tiga
tugasan akademik yang utama iaitu kerja rumah, tugasan penulisan dan peperiksaan. Hasil kajian
mereka menunjukkan bahawa murid-murid kurang berasa bimbang tentang kerja rumah
berbanding dengan tugasan akademik yang lain. Kebimbangan murid terhadap peperiksaan dan
tugasan penulisan ada perkaitannya dengan perbuatan murid mengelak daripada tugasan tersebut.
14
Ramai yang beranggapan bahawa kebimbangan dan ketakutan adalah sama. Namun
menurut Rice (1992), kedua-dua perasaan tersebut adalah berbeza. Beliau menyatakan bahawa:
“….anxiety is a general state of apprehension and fear has a specific object. A person is afraid
of spiders or snakes or heights, for example. Anxiety, on the other hand does not seem related to
anything in particular, at least, not that the person can point to directly.” (pg8)
Pernyataan di atas menjelaskan bahawa rasa takut dan bimbang adalah berbeza antara
satu sama lain. Punca ketakutan dapat dilihat dan diukur dari segi fizikal tetapi kebimbangan
lebih kepada sesuatu yang abstrak di mana seseorang itu boleh berasa bimbang tanpa mengetahui
sebabnya.
Stricland (2001) pula menjelaskan bahawa sesetengah pengkaji percaya bahawa
kebimbangan adalah sinonim dengan ketakutan, terjadi dalam kadar dan situasi yang berbeza.
Namun begitu, menurut Strickland (2001):
“Unlike fear, which is caused by realistic, know dangers, anxiety can be more difficult to identify
and to alleviate.”
Sehubungan dengan itu, ketakutan boleh dikatakan berlaku kerana sebab-sebab yang
realistic dan nyata berbanding dengan kebimbangan yang timbul disebabkan oleh perkara yang
sama. Maka, punca berlakunya kebimbangan agak sukar untuk dikesan.
2.3 Kebimbangan dan Sikap terhadap Sains
Kebimbangan dan sikap adalah dua perkara atau keadaan yang berbeza dan sukar untuk
diperjelaskan perkaitan dalam bidang Sains. Tetapi terdapat persoalan yang mungkin boleh
diselidiki iaitu hubungan antara sikap dan kebimbangan terhadap pembelajaran Sains atau
adakah sikap mempengaruhi kebimbangan terhadap pembelajarn Sains.
Ajzen & Fishbein (1994) dalam Burkett, Spector & Leard (2003) beranggapan bahawa:
“Anxiety and a lack of self-efficacy can lead to a negative attitude toward science”
15
(pg4)
Secara tidak langsung, mereka berpendapat bahawa kebimbangan dan sikap kendiri yang
negatif akan membawa kepada timbulnya sikap negatiF terhadap Sains. Sikap negatif yang
mungkin ditunjukkan oleh murid adalah seperti bosan, tidak berminat dan malas.
Norhayati (2000) berpendapat bahawa persekitaran dan masyarakat sekeliling boleh
mempengaruhi perasaan bimbang murid terhadap Sains. Beliau menyatakan bahawa :
“Persekitaran yang baik yakni masyarakat yang memandang positif terhadap Sains tentunya
tidak mendatangkan sikap gerun terhadap murid untuk mempelajari mata pelajaran tersebut.”
Menurut Bergin (1999) pula, emosi mempunyai pengaruh yang kuat ke atas
perkembangan minat seseorang. Emosi yang dimaksudkan oleh Bergin itu boleh dikaitkan
dengan perasaan bimbang manakala minat adalah suatu sikap iaitu sikap yang positif terhadap
sesuatu. Maka, boleh dirumuskan bahawa kebimbangan mungkin mempengaruhi sikap
seseorang.
2.4 Rumusan
Secara keseluruhannya, sikap dan kebimbangan terhadap Sains mungkin mempunyai hubungan
saling mempengaruhi antara satu sama lain. Berdasarkan penulisan dan kajian yang telah dibuat,
didapati bahawa kebimbangan adalah suatu faktor dalam pembentukan sikap seseorang seperti
yang dikemukakan oleh Ajzen & Fishbein (1994) dalam Burkett, Spector & Leard (2003). Ia
juga turut dinyatakan dalam Bergin (1999). Maka, kajian penyelidikan ini dilaksanakan untuk
mengetahui sejauh mana hubungan kedua-dua perkara tersebut pada peringkat rendah.
16
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
17
3.0 PENGENALAN
Bab ini membincangkan tentang proses-proses menjalankan kajian. Ia terdiri daripada
rekabentuk kajian, sampel, instrument kajian, prosedur kajian dan kaedah menganalisis data
3.1 Rekabentuk Kajian
Ini merupakan suatu kajian tinjaun yang menggunakan kardah soal selidik. Pekali kolerasi dikira
untuk mengkaji hubungan antara dua pembolehubah iaitu sikap dan kebimbangan terhadap
pembelajaran Sains.
3.2 Populasi dan sampel kajian
Sekolah yang terlibat di dalam kajian ini ialah SK ST Paul, Bunuk, Padawan. Seramai 70
orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 dijadikan sampel kajian.
Menurut Azizi et al (2007), persampelan adalah pemilihan responden bertujuan untuk
mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki dalam menjawab soalan kajian. Populasi
sekolah ini ialah seramai 130 orang dan 53.85 % telah dipilih untuk mewakili keseluruhannya.
3.3 Instrumen/Alat Kajian
Instrumen yang digunakan bagi menjalankan kajian ini adalah soal selidik berskala Likert yang
digubal sendiri oleh pengkaji. Pengkaji telah merujuk kepada penyelia bagi memastikan kesahan
item-item soal-selidik tersebut.
Borang soal selidik yang mengandungi 20 soalan telah diselaraskan dan diberi kepada
semua sampel kajian yang terlibat (lampiran A). Soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu :
18
i. 10 soalan untuk mengukur sikap murid terhadap pembelajaran Sains.
ii. 10 soalan untuk mengukur tahap kebimbangan murid terhadap pembelajaran Sains.
Skala Likert yang digunakan dalam soal selidik ini adalah seperti berikut:
1 – Amat Tidak Setuju (ATS)
2 – Tidak Setuju (TS)
3 – Setuju (S)
4 – Amat Setuju (AS)
Soalan-soalan yang terkandung di dalam soal selidik tersebut terdiri daripada item positif
dan item negatif bagi kedua-dua pembolehubah. Jadual 3.1 menunjukkan taburan item positif
dan negatif bagi sikap dan kebimbangan terhadap pembelajaran Sains.
Jadual 3.3
Taburan item positif dan negatif bagi sikap dan kebimbangan terhadap Sains
Pembolehubah
Nombor item
Item positif Item negatif
Sikap terhadap Sains 3,10.11.15,20 1,7,13,17,18
Kebimbangan terhadap Sains 2,5,8,9,16,19 4,6,12,14
3.4 Tatacara pengumpulan Data Kajian
Kajian dimulakan dengan melakukan perbincangan dengan penyelia mengenai tajuk kajian yang
ingin dilakukan. Setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan tajuk yang dipilih, maka penulisan
kajian dimulakan dengan menulis Bab 1 sehingga Bab 3. Pada peringkat ini, soalan soal selidik
akan dilampirkan bersama bagi mendapatkan kesahan daripada pihak penyelia. Setelah
diluluskan oleh pihak OUM, maka borang soal selidik akan diedarkan kepada sampel kajian
yang telah dipilih iaitu murid-murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 yang berjumlah 70 orang di SK
19
ST Paul, Bunuk, Padawan. Selepas soal selidik ditadbir, skor bagi setiap sampel akan dikira
secara manual. Skor ini kemudiannya dianalisa dan diintepretasikan menggunakan perisian
Statistical Package For Social Science (SPSS) version 11.0 for Windows.
3.5 Tatacara Penganalisan Data Kajian
Bagi menjawab soalan kajian dan hipotesis kajian, data-data yang diperolehi telah dianalis.
Penganalisan data telah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :
i. Analisis statistik diskriptif
ii. Analisis sikap terhadap Sains
iii. Analisis tahap kebimbangan terhadap Sains
iv. Analisis hubungan antara sikap dan kebimbangan terhadap Sains
3.5.1 Analisis Statistik Deskriptif
Analisis secara deskriptif telah dilakukan untuk mendapatkan min skor dan sisihan piawai bagi
sikap dan kebimbangan terhadap sains. Ia digunakan untuk menentukan jenis sikap dan tahap
kebimbangan terhadap Sains di kalangan sampel yang dikaji.
3.5.2 Analisis Sikap Terhadap Sains
Aspek sikap terhadap sains telah dikaji menggunakan instrumen soal selidik. Item bagi sikap
terhadap sains terdiri daripada 10 item ( soalan 1, 3, 7, 10, 11, 13, 15, 17, 18 dan 20). Analisis
tersebut dilakukan berlandaskan kepada skor bagi setiap skala Likert yang digunakan. Skor-skor
tersebut adalah berlainan bagi item positif dan negatif. Jadual 3.5.2 (a) menunjukkan
pembahagian skor bagi item positif dan negatif berpandukan skala Libert serta sikap yang
ditunjukkan.
20
Jadual 3.5.2 (a)
Bentuk skor bagi item sikap terhadap pembelajaran sains
Skala Skor Item Positif Sikap Skor Item Negatif Sikap
1 = ATS 1 Negatif 4 Positif
2 = TS 2 Negatif 3 Positif
3 = S 3 Positif 2 Negatif
4 = AS 4 Positif 1 Negatif
Selepas skor diberikan dan dijumlahkan bagi setiap murid, jenis sikap tersebut akan
ditentukan julat yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Julat skor bagi 10 item yang mengukur
sikap tehadap sains mungkin berada di antara 10 hingga 40. Oleh itu, jika murid mendapat skor
antara 10 hingga 25 akan dianggap sebagai pelajar yang mempunyai sikap negatif terhadap
Sains. Pelajar yang memperoleh skor antara 26 hingga 40 pula dimasukkan ke dalam kumpulan
pelajar yang bersikap positif terhadap Sains.
Peratus pelajar dan min bagi setiap item akan dikira. Min bagi item-item tersebut akan
digunakan untuk mengukur tahap pencapaian hasil kajian berpandukan julat yang telah digubal
oleh pengkaji. Pengkaji telah merujuk kepada skala julat tahap penerimaan mengikut min yang
telah digubal oleh Cheah (2002) sebagai panduan untuk menentukan julat tersebut. Jadual 3.5.2
(b) menunjukkan skala julat pengukuran tahap penerimaan mengikut min bagi item positf dan
negatif berkenaan dengan sikap terhadap Sains.
Jadual 3.5.2 (b)
Skala julat pengukuran tahap penerimaan mengikut min bagi item positif dan negatif berkenaan
dengan sikap terhadap Sains
Min Tahap Penerimaan Respon bagi Penyataan Sikap
Item positif Item Negatif
3.00 – 4.00 Amat Tinggi AS ATS Positif terhadap sains
21
2.50 – 2.99 Tinggi S TS Positif terhadap sains
1.50 – 2.49 Rendah TS S Negatif terhadap sains
1.00 – 1.49 Amat rendah ATS AS Negatif terhadap sains
3.5.3 Analisis Tahap Kebimbangan Terhadap Sains
Dapatan kajian bagi aspek kebimbangan terhadap Sains juga dianalisis berdasarkan kepada skor
yang diperolehi bagi setiap skala Likert di dalam soal selidik. Skor-skor setiap item kebimbangan
terhadap sains dijumlahkan bagi mengetahui tahap kebimbangan sampel. Jadual 3.5.3 (a)
menunjukkan skor yang diberikan bagi skala Likert dalam setiap item positif dan negatif.
Jadual 3.5.3 (a)
Skor bagi item positif dan negatif berkenaan dengan kebimbangan terhadap Sains
Jenis Item
(Nombor soalan)
Skor yang diberikan bagi setiap skala
ATS TS S AS
1 2 3 4
Item Negatif (2,5,8,16,19) 1 2 3 4
Item Positif (4,6,12,14) 4 3 2 1
Setiap skor yang diberikan bagi item positif dan negatif menggambarkan tahap
kebimbangan yang berbeza. Ia dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan
tinggi. Jadual 3.5.3(b) menunjukkan tahap kebimbangan terhadap Sains berdasarkan skor item
positif dan negatif setiap skala Likert.
Jadual 3.5.3 (b)
Tahap kebimbangan terhadap Sains mengikut skor item positif dan negatif skala Likert
Skala Skor Item Positif Sikap Skor Item Negatif Sikap
1 = ATS 1 Negatif 4 Positif
2 = TS 2 Negatif 3 Positif
3 = S 3 Positif 2 Negatif
22
4 = AS 4 Positif 1 Negatif
Julat skor bagi item kebimbangan terhadap sains mungkin berada di antara 10 hingga 40.
Maka, jika murid memperoleh skor di antara 10 hingga 13, murid tersebut dikatakan mempunyai
tahap kebimbangan yang rendah manakala pelajar yang mendapat skor di antara 14 hingga 27,
pelajar tersbut dikatakan mempunyai tahap kebimbangan yang sederhana. Murid-murid yang
mendapat skor antara 28 hingga 40 pula dimasukkan ke dalam kumpulan murid yang
mempunyai tahap kebimbangan terhadap Sains yang tinggi.
Peratus murid dan min bagi setiap item akan dikira. Min setiap item tersebut digunakan
untuk mengukur tahap penerimaan bagi dapatan kajian yang diperoleh berdasarkan julat yang
telah ditetapakan oleh Cheah (2002). Jadual 3.5.3 (c) memberikan gambaran yang lebih jelas
mengenai skala julat tersebut.
Jadual 3.5.3 (c)
Skala julat tahap penerimaan mengikut min bagi item positif dan negatif untuk menguji
kebimbangan terhadap Sains
Min Tahap Penerimaan Respon bagi Penyataan Sikap
Item positif Item Negatif
3.00 – 4.00 Amat Tinggi AS ATS Positif terhadap Sains
2.50 – 2.99 Tinggi S TS Positif terhadap Sains
1.50 – 2.49 Rendah TS S Negatif terhadap Sains
1.00 – 1.49 Amat rendah ATS AS Negatif terhadap Sains
3.5.4 Analisis Hubungan Antara Sikap Dan Kebimbangan Terhadap Sains
Bagi menguji hipotesis kajian iaitu “Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap
kebimbangan dan sikap terhadap Sains di kalangan murid”, pekali korelasi Pearson, r, telah
dikira menggunakan perisian Statiscal Package For Social Scince (SPSS) Version 11.0 for
Windows. Kemudian, jenis hubungan yang diperolehi ditentukan berdasarkan penyataan yang
dinyatakan oleh Moore & Cobby (1997). Menurut Moore & Cobby (1997):
23
“In general, the closer the coefficient is to either -1 or +1, the stronger the linear relationship
between the two variables. Coefficients close to zero suggest little or no linear association
between the variable.”
(page 186)
Maksud Moore & Cobby (1997) ialah lebih hampir nilai pekali Pearson (r) pada -1 atau +1,
hubungan di antara pembolehubah berkenaan adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika nilai r
adalah hampir dengan 0, maka hubungan antara pembolehubah adalah lemah.
3.6 Rumusan
Secara kesimpulannya, kajian ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan data.
Analisis data pula dibahagikan mengikut objektif kajian, iaitu untuk meninjau sikap dan tahap
kebimbangan murid terhadap pembelajaran Sains serta mengenal pasti sama ada terdapat
hubungan yang signifikan di antara sikap murid dan tahap kebimbangan terhadap sains. Data
dianalis secara manual bagi mendapatkan skor dan peratusan murid bagi kedua-dua
pembolehubah. Pekali kolerasi Pearson pula digunakan untuk mengetahui sejauh mana hubungan
antara sikap dan tahap kebimbangan terhadap mata pelajaran Sains di kalangan sampel kajian.
24