Post on 04-Apr-2018
7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
1/24
Hutan dan Komuniti: Isu pembalakan dan implikasinya terhadap sosiobudaya komuniti Lundayeh di
hutan Long Pasia
1.0 Pengenalan
Isu pembalakan bukan satu perkara baru di Sabah. Isu ini telah lama berlaku mengakibatkan
kemusnahan hutan dan habiat disekitarnya. Kegiatan pembalakan yang tidak mapan dan perkembangan
pesat dalam pertanian komersial menjadi punca utama kepada penebangan hutan. Penggondolan hutan
menjadi punca utama berlakunya kemerosotan kualiti udara akibat daripada jerebu dan berlakunya
perubahan cuaca yang mendadak dikenali sebagai pemanasan global. Menyedari betapa seriusnya isu
pembalakan yang kini mengancam kehidupan komuniti hutan, kami mengambil inisiatif untuk
melakukan kajian secara tinjauan dan pemerhatian sendiri implikasi kemusnahan hutan terhadap
komuniti dan alam sekitar. Dalam kajian ini kami telah memilih komuniti Lundayeh di Long Pasia.
Terletak di persempadanan tiga segi antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan Timur, terdapat suatu
kawasan yang dikenali sebagai Ulu Padas. Di sinilah letaknya dua buah kampung, iaitu Long Mio dan
Long Pa Sia. Suku yang menetap di sini ialah suku Lundayeh. Mereka mempunyai sejarah dan legenda
yang sama dengan masyarakat Lundayeh yang tinggal di dataran tanah tinggi Krayan-Kelabit di
Kalimantan Timur, Indonesia, dan di daerah Lawas, Sarawak. Di sini mereka dikenali sebagai Lun
Bawang.
Suku Lundayeh mempunyai lagendanya yang tersendiri. Legenda ini ialah mengenai seorang yang kuat,gagah perkasa dan mempunyai kuasa ghaib. Namanya ialah Upai Semaring, yang mereka anggap sebagai
seorang manusia luarbiasa dan nenek moyang mereka. Pada zaman dulu, kalau seseorang berjaya
memancung kepala musuhnya, ia dianggap sebagai satu kejayaan besar. Sekembali dari peperangan, dia
akan mendirikan sebatang kayu yang penuh dengan hiasan di atas sebuah tugu yang dibuat dalam
bentuk buaya ataupun naga (darung). Tugu itu diperbuat daripada tanah.
Kedua-dua binatang ini dianggap sebagai binatang yang paling bengis dan kuat. Itu sebab suku Lundayeh
membuatnya sebagai simbol musuh yang diserang. Kemuncak up-acara itu ialah apabila tuan rumah
menunjukkan kekuatan dan kegagahannya kepada tetamunya dengan menetak belakang buaya (ulung
buayeh) itu dengan pedangnya. Upacara beramai-ramai di sekeliling tugu itu akan berterusan untuk
beberapa hari, di mana para tetamu menyanyi dan menari sambil minum burak.
7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
2/24
Suku Lundayeh menganggap Ulu Padas sebagai satu daripada kawasan asal-usul mereka. Pada zaman
silam mereka membina rumah panjang berdekatan dengan hutan, terutama sekali di hulu Sungai
Matang dan anak-anak sungai yang mengalir ke dalamnya. Suku Lundayeh adalah suku yang sangat
ditakuti kerana kegagahan, keberanian dan kekuatan mereka berperang dengan jiran-jiran mereka.
Kehidupan mereka dikuasai oleh satu sistem kepercayaan menghubungi dewa-dewa dan roh-roh melalui
binatang-binatang seperti burung, ular dan lain-lain. Kepercayaan seperti ini sudah pupus setelah suku
seluruh suku Lundayeh menerima ugama Kristian sebagai ugama mereka kira-kira seratus tahun yang
lalu. Para penginjil telah datang ke Ulu Padas dalam tahun 1930an dan mengubah kepercayaan mereka.
Hutan Long Pasia di Ulu Padas merupakan antara hutan yang tertua di kepulauan Borneo. Komuniti
Lundayeh yang mendiami kawasan ini bergantung kepada hutan sebagai sumber makanan seperti
binatang buruan, buah-buahan,ubat-ubatan tradisional,kayu api dan sebagainya.
Menurut Fung (2006) yang melakukan kajian terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan habitat di
kawasan berkenaan mendapati bahawa hutan ini terancam oleh pengaruh luar yang
merosakkan,termasuk penebangan dan pembalakan yang tidak terurus. Hutan ini juga amat terpencil,
dan tidak dapat diakses dengan komunikasi moden. Projek yang ditaja oleh WWF Malaysia ini juga
mengenalpasti peranan komuniti amatlah penting bagi mengoptimumkan perlaksanaan pemeliharaan
dan pemuliharaan hutan dan habitatnya untuk mencapai objektif pengurusan hutan yang lestari.
2.0 Objektif Kajian
2.1 Untuk mengkaji kesan kemusnahan hutan terhadap habitat dan sumber ekonomi komuniti Lundayeh
2.2 Untuk mengenalpasti implikasi pembangunan dan transformasi terhadap sosiobudaya dan identiti
komuniti Lundayeh
2.3 Untuk melihat sejauhmana inisiatif kerajaan dapat mempertingkatkan taraf hidup komuniti
Lundayeh
3.0 Sorotan Literatur
Ulu Padas ialah hulu Sungai Padas, kawasan seluas 80 000 hektar yang terletak di bahagian selatan
Sabah. Ia adalah kawasan pergunungan yang curam dengan ketinggiian di antara 915 2070 meter dan
ianya kekal sebahagaian daripada hutan negeri Sabah yang tua dan luas. Menurut Vaz (1999) kerisauan
penduduk tempatan terhadap pembalakan yang dijalankan di sekitar Hutan Simpan akan mengancam
kehidupan mereka kerap diutarakan dalam perbincangan formal dan tidak formal. Vaz (1999) yang
mengetuai satu projek WWF-Malaysia untuk menyokong usaha pemuliharaan hutan hujan Ulu Padas
7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
3/24
yang melibatkan komuniti kaum Lundayeh di kawasan ini. Menurut beliau, bertahun lamanya status
pemilikan tanah yang tidak menentu telah menjadi satu faktor yang signifikan kepada pengurangan
hutan. Kajian dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan potensi bagi mendapat ruang biodiversiti
dengan kaedah mendapatkan lebih hak milik tanah bagi penduduk tempatan.
Kajian ini menunjukkan potensi gabungan tenaga di antara pengukuhan hak milik pegangan tanah dan
pemuliharaan biodiversiti. Walaubagaimanapun, pengalaman kajian lapangan menunjukkan terdapat
keperluan untuk mengubahsuai tanggapan masyarakat kepada komitmen penduduk tempatan terhadap
usaha pemuliharaan. Sungguhpun penduduk tempatan mempunyai rasa dan keinginan yang mendalam
terhadap alam sekitar mereka, namun ianya bukanlah jaminan yang memberi keutamaan kepada
pemuliharaan. Perkara ini paling ketara dilihat pada tempoh perubahan sosial yang mendadak, di mana
terdapat akses yang lebih mudah kepada masyarakat bandar dan sistem yang mempunyai pengaruh
yang besar terhadap aspirasi tempatan yang sentiasa berubah-ubah. Perhatian yang lebih diperlukan
untuk mengurus perkongsian komuniti dan pemuliharaan alam sekitar sekiranya masyarakat ingin
melihat hasil yang relevan terhadap pemuliharaan alam sekitar dan aspirasi penduduk setempat kepada
pembangunan ekonomi. Aktiviti pembalakan telah mengeruhkan sungai yang melalui kawasan lembah
kedua-dua penempatan penduduk. Sungai Merah Long Pasia yang terkenal, yang airnya berwarna
merah terang kesan dari tumbuhan dan dedaun hutan, kini telah bertukar menjadi keruh. Masalah
banjir dan sumber hutan yang semakin berkurangan juga sering berlaku. Long Mio juga menghadapai
masalah yang sama dengan Sungai Mio akibat aktiviti pembalakan di hulu sungai.
Dalam kajiannya Vaz mendapati aktiviti pembalakan yang menjadi faktor yang signifikan terhadap
pengurangan sumber tradisional yang menjadi mata pencarian komuniti Lundayeh juga menyebabkanancaman terhadap alam sekitar, aktiviti ekonomi dan kualiti hidup. Masyarakat tempatan telah
beberapa kali cuba menyuarakan kebimbangan mereka kepada pihak berkuasa tetapi gagal untuk
mendapatkan tuntutan bagi hak milik tanah di hutan Long Pasia menyebabkan mereka tidak berupaya
dan tidak dapat mengawal pembalakan yang dijalankan. Memburukkan lagi keadaan jalan balak yang
disediakan oleh Sabah Forest Industries(SFI) bagi tujuan pembalakan, mengakibatkan pihak luar turut
mengambil kesempatan untuk membalak di Hutan Simpan Ulu Padas. Aktiviti ini menyebabkan
kebanyakkan penduduk kampung merasa terganggu dan terancam.
Menurut Vaz beberapa kawasan tanah negeri di hutan Ulu Padas, menjadi sasaran pihak-pihak luar yang
berminat untuk mendapatkan hak milik bagi tanah tersebut. Tambahan lagi, tanpa hak milikan yang sahdari kaum Lundayeh, maka tempat ini bebas untuk dimasuki oleh pelbagai pihak dari luar. Sejak
pertengahan tahun 1990-an, jalan balak telah menyediakan jalan masuk bagi pemburu rekreasi dan
kem-kem balak. Penangkapan ikan sungai juga dilakukan secara berleluasa menggunakan elektrik dan
tuba. Dari perspektif pemuliharaan dan nilai, membantu penduduk tempatan mendapatkan hak milikan
tanah bagi kawasan tersebut merupakan satu cara untuk menghalang pembalakan, memberikan
pengurusan masyarakat dan membolehkan pelaksanaaan tugas pemuliharaan. Tanah Negeri Hutan Ulu
7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
4/24
Padas juga mempunyai hutan pokok kerangas yang jarang ditemui, riverine oak chestnut, dan Agathis.
Semakin lewat proses untuk mendapat hak milik tanah bagi penduduk tempatan, maka semakin terbuka
peluang untuk kontraktor pembalak haram membuat aktiviti pembalakan di tanah negeri.
Dalam kajian beliau satu analisis masalah telah dijalankan dalam fasa projek pada tahun 1999 mendapati
bahawa komuniti tempatan ini telah berpecah belah akibat isu tuntutan hak milikan tanah ini. Walaupun
terdapat sokongan yang kuat untuk mengekalkan sumber hutan dan cara hidup kaum Lundayeh,
terdapat juga pihak yang ingin mendapat keuntungan yang cepat dari aktiviti pembalakan. Mereka ini
menggunakan taktik dengan membuat tuntutan tanah yang telah diusahakan sejak turun temurun,
tetapi pada masa yang sama, motif sebenar mereka ialah untuk mendapatkan jalan bagi memasuki
tanah dan ladang, memberi kebenaran kepada syarikat pembalakan untuk menjalankan operasi di atas
tanah milik mereka. Ada juga pihak yang berusaha untuk mendapatkan kawasan tanah yang luas,
dengan alasan untuk memulihara tanah tersebut dari kemusnahan aktiviti pembalakan sedangkan
tujuan sebenar disembunyikan oleh pihak ini.
Menurut Vaz lagi tanpa kepimpinan pusat yang baik, maka amatlah sukar untuk menjalankan apa jua
tindakan bagi mengatasi masalah ini. Adalah begitu jelas sekali bahawa terdapat banyak pihak yang
tidak jujur dalam mengemukakan tuntutan mereka. Penduduk tempatan juga semakin dipengaruhi oleh
pihak luar yang memujuk mereka untuk mengaut keuntungan bersama. Berdasarkan dari senario ini,
ramai penduduk mengarapkan agar WWF-Malaysia dapat menjadi satu entiti luar yang dapat membantu
memastikan pembahagian tanah dan kawasan secara adil di kalangan penduduk dan seterusnya
memastikan pemuliharaan sumber hutan. Vaz turut mencadangkan satu kaedah pembahagaian
tuntutan hak milik tanah yang lebih baik dari tuntutan tradisional . Sekiranya tuntutan-tuntutan initidak didefinisikan dengan baik, maka ia pasti akan mengakibatkan pengurusan sumber hutan yang tidak
cekap dan tidak akan menjamin kebajikan komuniti tempatan untuk tempoh jangka panjang.
Pengurusan masyarakat setempat mengenai sumber semulajadi mempunyai lebih keadilan sosial dan
memelihara alam sekitar. Pengurusan masyarakat setempat digambarkan sebagai menyumbang kepada
pengunaan sumber semulajadi dan membekalkan keperluan penduduk tempatan dengan memastikan
pembahagian tanah dan sumber yang lebih baik. Selain keperluan ini, sistem pengurusan masyarakat
setempat yang berfungsi perlu disokong oleh satu sistem organisasi komuniti untuk memastikan
peraturan dipatuhi dan dilaksanakan dalam pengurusan sumber. Dalam kajian Vaz (1999) beliau
mendapati bahawa ketiga-tiga elemen ini tidak berfungsi di Ulu Padas. Sesetengah mempertikaikan
bahawa situasi ini diakibatkan oleh pihak berkuasa tempatan yang telah diketepikan dan penggunaan
sumber yang tidak diuruskan dengan baik. Sekiranya polisi persekitaran adalah sesuai, maka
berkemungkinan pengurusan masyarakat setempat yang baik dapat dilaksanakan. Walaubagaimanapun,
situasi semasa tidak menunjukkan keyakinan terhadap pengurusan sumber oleh masyarakat setempat.
7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
5/24
Faktor yang dapat dilihat dalam keadaan ini ialah sejauh manakah kehidupan komuniti desa tersebut
telah dipengaruhi pembangunan dan arus kemodenan.
Menurut Juli Edo (2002) pembangunan secara umumnya membawa maksud peningkatan kualiti
kehidupan: Kualiti kehidupan yang dicapai lebih baik berbanding keadaan sebelumnya. Pembangunan
boleh dicapai melalui dua cara iaitu cara berperingkat-peringkat (evolusi) atau mengejut (revolusi).
Pembangunan yang berlaku secar berperingkat-peringkat dianggap lebih baik kerana peningkatan
peningkatan kualiti hidup berdasarkan kebendaan berlaku seiring dengan perkembangan minda.
Pembangunan seperti ini dapat menghindarkan kejutan budaya yang mengundang permasalahan first-
world facilities vs third-world mentality. Masyarakat tidak perlu membuat penyuasaian drastik kerana
keinginan (kehendak) atau keperluan terhadap perkara-perkara yang lebih berkualiti berlaku selaras
dengan perkembangan minda yang timbul hasil daripada pendidikan, interaksi dan pendedahan kepada
unsur-unsur pemodenan yang diperolehi melalui mediamassa dan sumber-sumber pengetahuan yang
lain.
Dalam kajian beliau mengenai pembangunan dan transformasi yang berlaku melibatkan penduduk
pendalaman khasnya dalam kalangan masyarakat peribumi-minoriti, mendapati bahawa putaran ganas
kemiskinan dan kemunduran mengancam segelintir kumpulan minoriti ini. Sistem sokongan yang tidak
kukuh memaksa kumpulan minoriti ini berkerja keras untuk memenuhi tuntutan kemodenan yang
semakin rumit. Disamping membeli makanan dan keperluan asas, mereka terpaksa membayar berbagai-
bagai bil, membeli peralatan rumah, perhiasan diri, barangan mewah seperti alat-alat elektrik,
kenderaan dan sebagainya. Dalam masyarakat seperti ini, pendidikan lazimnya tidak berfungsi sebagai
saluran untuk meningkatkan taraf hidup mereka dan status sosial mereka. Dalam keadaan inimasyarakat pedalaman masih dibelenggu pelbagai kesempitan dan memerlukan sistem sokongan yang
padu untuk meningkatkan kualiti hidup. Anologi seperti ini menunjukkan inspirasi dan aspirasi
pembangunan yang jelas tidak bersimpang-siur di antara pembangunan dan menjurus terus ke arah
jalan penyelesaian yang tulin dan politik pembangunan. Masyarakat secara umumnya akan
berperasangka dan menuding jari kepada sikap pemerintah serta karenah birokrasi sebagai faktor
kepada kemunduran dan keciciran mereka dalam pelbagai bidang.Tegasnya kerajaan sentiasa bersikap
telunjuk lurus, kelingking berkait dan ada udang disebalik batu dalam membangunkan masyarakat
pedalaman. Agenda pembangunan yang tersurat seringkali berlainan arah dengan, atau dibayangi oleh
agenda-agenda yang tersirat. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan untuk menghapuskan
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Salah satu langkah dilaksanakan kerajaan untuk
meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar ialah melalui rancangan Buku Hijau, namun program
ini dikatakan gagal membantu.
Juli Edo (2002) berpendapat bahawa masyarakat kawasan pedalaman khasnya kumpulan minoriti
menghadapi terlalu banyak halangan secara langsung ataupun tidak yang membantutkan pembangunan
7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
6/24
mereka. Walaupun kumpulan ini bersemangat positif terhadap pembangunan, namun seringkali luntur
akibat halangan-halangan yang sebahagian besarnya berpunca daripada pihak luar, umpamanya
masalah status tanah yang tidak menentu menyebabkan mereka tidak dapat mengusahakan tanah
dengan berkesan kerana tidak ada agensi-agensi pembangunan yang sanggup membantu. Selain itu
sebahagian besar peruntukan untuk pembangunan adalah kecil dan terbatas pengagihannya.Keadaan ini
amat merugikan masyarakat kerana mereka telahpun mengorbankan cara hidup tradisional sedangkan
cara hidup baru tak kunjung tiba.
Dalam kajian ini beliau mengenalpasti empat kelemahan program pembangunan iaitu sistem yang
bersifat terlalu dipusatkan, kedua program-program yang dilaksanakan terlalu umum dan khidmat
sokongan susulan terlalu lemah, tiada kesungguhan untuk menyesuaikan pembangunan nasional
dengan keperluan masyarakat dan keempat, sistem birokrasi yang terasing daripada komuniti orang asli.
Berdasarkan dua sorotan literatur ini kami mendapati ianya amat signifikan dengan kajian yang kami
lakukan terhadap komuniti Lundayeh di hutan Long Pasia. Isu utama dalam kajian-kajian lepas ialah
status pemilikan tanah. Status pemilikan tanah di kalangan penduduk Long Pasia masih belum menemui
jalan penyelesaiannya. Keadaan ini menyebabkan ada pihak luar yang mengambil kesempatan seperti
melakukan pembalakan haram, penebangan hutan yang tidak terurus, pencerobohan ke kawasan hutan
simpan yang menjadi sumber makanan dan pendapatan penduduk, pencemaran kualiti udara, air dan
sebagainya. Dalam kajian ini kami cuba mengupas bagaimana isu pembalakan ini telah secara langsung
dan tidak langsung telah memberi implikasi terhadap sosiobudaya komuniti Lundayeh, dan melihat
sejauhmana kerajaan telah memainkan peranannya dalam membantu meningkatkan taraf hidup mereka
dan mengurangkan kesan pembalakan terhadap habitat dan alam sekitar yang kian terancam.
4.0 Isu dan perbincangan
Komuniti hutan Ulu Padas ini terdiri dari dua buah kampung yang mempunyai seramai 500 orang
penduduk, berpusat di hulu sungai Pasia dan Mio . Kaum Lundayeh di Long Pasia dan Long Mio
kebanyakannya menanam padi, namun penanaman tembakau, kopi, sayuran dan buah-buahan semakin
meningkat. Pemburuan binatang merupakan sumber protein yang utama dan ia merupakan identiti
kehidupan kaum Lundayeh.Sungai membekalkan air dan ikan, manakala hutan merupakan sumber
makanan, ubatan, bahan api dan bahan binaan (bambu, rotan dan kayu-kayan). Penduduk tempatanbiasanya masuk jauh ke dalam kawasan hutan terutamanya untuk mencari ubatan dan tumbuhan yang
jarang dijumpai, yang hanya yerdapat di kawasan hutan yang belum tercemar (Kulip et. al 2000).
Kawasan ini juga merupakan kawasan perburuan yang terbaik. Keterasingan perkampungan ini iaitu
sejauh 123km mengikut jalan pembalakan dari Sipitang dan pendapatan yang bermusim menjadikan
hutan ini penyelamat dan sumber kehidupan kepada penduduk tempatan.
7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
7/24
Dari tinjauan kami menerusi kajian-kajian lepas dan pemerhatian sendiri pada 11 Oktober 2009
terhadap aktiviti pembangunan terutamanya pembalakan yang sedang giat dilakukan, ternyata ianya
kini mengancam aktiviti ekonomi komuniti Lundayeh di Long Pasia yang bergantung sepenuhnya
terhadap hutan ini. Ekonomi tradisional Sabah adalah berskala kecil(Mustapha 1993). Sabah mempunyaibanyak ekonomi tradisional yang kecil-kecil. Setiap ekonomi itu berbeza dari segi kuantiti dan kualiti
sumber alam yang digunakan, dan berbeza pula makanan utamanya. Ada ekonomi memburu dan ada
ekonomi nelayan di mana kedua-dua ekonomi ini bergantung kepada persekitaran alam. Ada juga
ekonomi yang mengamalkan tanaman pindah, tetapi kebanyakan dari ekonomi Sabah adalah
berasaskan penanaman dan perkebunan tetap. Ringkasnya ekonomi tradisional Sabah tidak mempunyai
institusi-institusi yang dapat mewujudkan interaksi sosioekonomi, identiti kebudayaan dan kesedaran
bersama oleh berjuta manusia.
Teknologi ekonomi tradisional Sabah bukan sahaja berskop dan bersaiz kecil malah ianya sukar berubah
dari satu generasi ke satu generasi. Sistem ini hanya mampu menyokong ekonomi sara diri untuk
kelompok-kelompok kecil seperti keluarga dan kampong sahaja(Mustapha,1993). Di kawasan
pendalaman Sabah di mana terdapat orang ulu,Murut, Dusun, Bisayah dan suku lain seperti Lundayeh,
masyarakatnya adalah bercorak egalitarian dan demokratis dari segi pentadbiran politik dan undang-
undang. Dalam masyarakat ini, kuasa untuk menentukan dan melaksanakan undang-undang tempatan
diserahkan kepada orang tua-tua kampong yang bertindak secara berkelompok sebagai badan tertinggi
komuniti itu.
Menurut Vaz (1999) dari perspektif pemuliharaan dan nilai, membantu penduduk tempatan
mendapatkan hak milikan tanah bagi kawasan tersebut merupakan satu cara untuk menghalang
pembalakan, memberikan pengurusan masyarakat dan membolehkan pelaksanaaan tugas
pemuliharaan. Status pemilikan tanah dikatakan menjadi punca kegiatan pembalakan semakin
berleluasa di hutan sekitar Long Pasia. Menurut laman web Sabahkini.com terdapatnya kes permohonan
yang melibatkan pemalsuan peta pembalakan bagi tujuan mendapatkan lesen untuk memulakan
kegiatan pembalakan, namun lazimnya mereka telah menjalankan kerja pembalakan secara haram
sebelum lesen dikeluarkan dan jaminan bank disediakan. Sejauh mana kebenaranya dakwaan ini tidak
dapat dipastikan namun pada pendapat kami jenayah terancang ini, jika dibiarkan berterusan akan
menyebabkan Sabah akan kehilangan satu-satunya hutan tertua di kawasan tanah tinggi yang masihtinggal dan amat penting untuk ekosistem dan biodiversiti.
Semasa melakukan tinjauan di perkampungan Lundayeh kami juga berkesempatan mendengar luahan
hati penduduk mengenai kesukaran mereka untuk mendapatkan keperluan asas seperti bahan makanan
dimana hanya terdapat satu koperasi yang menjual barangan keperluan seperti beras,gula,minyak
7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
8/24
masak dan sebagainya. Harga barangan ini dijual agak mahal berbanding di Pekan Sipitang yang
merupakan Pekan yang terhampir dengan perkampungan ini. Kesukaran mendapatkan pengangkutan
juga merupakan masalah utama kepada komuniti ini dimana sebahagian besar daripada mereka ini tidak
mempunyai kenderaan dan hanya berharap dapat menumpang kenderaan pelancong yang datang
berkunjung, ataupun kenderaan kontraktor balak yang jika secara kebetulan melalui kawasan
perkampungan mereka. Jika berlaku keadaan yang tidak diingini umpamanya kecemasan dan
memerlukan rawatan segera sudah tentunya kesukaran mendapatkan kenderaan dan pengangkutan
akan merumitkan lagi keadaan.
Dari segi kemudahan perhubungan telekomunikasi, perkampungan ini hanya dibekalkan dengan dua
buah telefon awam iaitu yang menggunakan satelit. Penduduk kampong yang ingin menggunakan
perkhidmatan ini, dikehendaki untuk membeli kad telefon yang dijual oleh wakil sebuah syarikat swasta
dan pemakaian adalah secara bergilir dan mengikut keperluan penduduk. Kemudahan perhubungan
jalan raya pula, nampaknya ada peningkatan berbanding dulu, dimana penduduk mengambil masa
seminggu berjalan kaki untuk sampai ke Pekan Sipitang, kini melalui jalan balak yang tidak beraspal
penduduk hanya memerlukan tiga jam perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk
sampai ke Pekan Sipitang. Bagaimanapun pada pendapat kami kerajaan seharusnya menyegerakan
projek untuk menaiktaraf jalan ini kepada jalan yang beraspal. Adalah tidak adil kepada penghuni
kawasan ini dimana pencerobohan dan penebangan berlaku ke atas kawasan-kawasan hutan samaada
yang dikonsesikan mahupun tidak hanya mengkayakan syarikat dan individu tertentu. Namun disebalik
limpahan hasil dari sumber alam yang diekploitasi atas nama Ekonomi telah menjurus kepada
ketidakadilan sosial dengan menafikan hak capaian komuniti hutan dan masyarakat pedalaman kepada
sumber asli hutan yang jelas memberikan impak terhadap penurunan kualiti hidup mereka, serta
menambah jurang kemiskinan antara bandar dan kawasan pedalaman seperti Long Pasia.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, isu pembalakan dan implikasinya terhadap sosiobudaya kominiti Lundayeh di hutan
Long Pasia seharusnya mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak yang berwajib. Pembalakan yang
sedang giat dijalankan ini jelas mengancam habitat hutan, memusnahkan kawasan tadahan air dan
meningkatkan hakisan tanah. Pendekatan yang lebih holistik dan dinamik diperlukan bagi mengatasi
masalah penduduk dan penghuni yang bergantung kepada hutan ini sebagai sumber hidup mereka.
Dalam melindungi kawasan hutan dan pemuliharaan biodiversiti perlaksanaan dasar seharusnya
seperkasa objektif dasar perhutanan yang telah didokumenkan bagi memastikan perlaksanaan yang
lebih telus, berkesan dan bersesuaian dengan kehendak rakyat Malaysia yang mencintai alam sekitar.
7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
9/24
6.0 Rujukan
Mustapha hj.Mohd Jar.(1993). Sistem Ekonomi Tradisional Sabah Dlm Masyarakat dan Perubahan
suntingan Mohamed Salleh Lamry (1993). Percetakan Watan Sdn Bhd.Kuala Lumpur.
Juli Edo.(2002). Retorik Pembangunan Orang Asli. Seminar Kebangsaan Pembanguanan Komuniti
Anjuran Universiti Utara Malaysia (5-6 Febuari 2002).
_______.Krisis Alam Sekitar Malaysia.Diterbitkan oleh Sahabat Alam Malaysia.Jutaprint.Pulau Pinang.
Rujukan Internet:
http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=2220:tubuh-unit-khas-
siasat-pemalsuan&catid=41:jenayah&Itemid=56(13/10/2009)
Maria Christina Fung.(2006).Forest Habitat Conservation in Ulu Padas Sabah.
http://www.panda.org/what_we_do/where_we_work/borneo_forests/borneo_rainforest_conservation
/wwf_history_borneo/(12/10/09)
http://www.panda.org/what_we_do/where_we_work/borneo_forests/borneo_rainforest_conservation/wwf_history_borneo/(12/10/09)http://www.panda.org/what_we_do/where_we_work/borneo_forests/borneo_rainforest_conservation/wwf_history_borneo/(12/10/09)http://www.panda.org/what_we_do/where_we_work/borneo_forests/borneo_rainforest_conservation/wwf_history_borneo/(12/10/09)http://www.panda.org/what_we_do/where_we_work/borneo_forests/borneo_rainforest_conservation/wwf_history_borneo/(12/10/09)http://www.panda.org/what_we_do/where_we_work/borneo_forests/borneo_rainforest_conservation/wwf_history_borneo/(12/10/09)7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
10/24
SIMPANG DARI PEKAN SIPITANG KE LONGPASIA
BERHAMPIRAN SUNGAI MELIGAN
SEMPADAN TANAH ADAT
7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
11/24
LONGPASIA
7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
12/24
7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
13/24
7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
14/24
Get theNeoCounterwidget and many othergreat free widgetsatWidgetbox!
http://www.widgetbox.com/widget/neocounter2http://www.widgetbox.com/widget/neocounter2http://www.widgetbox.com/widget/neocounter2http://www.widgetbox.com/http://www.widgetbox.com/http://www.widgetbox.com/http://www.widgetbox.com/http://www.widgetbox.com/http://www.widgetbox.com/http://www.widgetbox.com/http://www.widgetbox.com/http://www.widgetbox.com/widget/neocounter27/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
15/24
Pakaian
Kebanyakan suku kaum di Sabah memilihhitamsebagai warna pakaian traditional mereka. Penggunaan
warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna
ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada
setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan carahidup dan keadaan semulajadi di waktu itu.
[sunting] Aksesori
Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri,mutiara,butang putih atau
cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan
perempuan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan
moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-
hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti
manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang yang
dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada
berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan,
pergelangan tangan serta kaki.
[sunting] Hiasan Kepala
Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai pakaian biasa
sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai
adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan
hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu
upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalahsekeping kain segiempat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si
pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan
kegiatan yang dilakukan.
[sunting] Kraftangan
Kraftangan di kalangan masyarakat asli Sabah bermula dalam usaha mereka untuk berteduh/berlindung,
menutup tubuh dan mencari makanan dengan cara yang terbaik sekali. Mereka menghasilkan berbagai-
bagai barang yang banyak dengan menumpukan kepada fungsi bahan yang dihasilkan dan kurang
perhatian pada hiasan. Benda-benda yang dihasilkan meliputi kelengkapan rumah, pertanian dan
pemburuan di samping benda untuk kegunaan ritual dan upacara keagamaan. Penghasilan kraftanganmereka bergantung pada sumber alam sekitar dan keperluan dari segi budaya.
Kaum lelaki dan wanita secara tradisi membuat berbagai-bagai jenis kraftangan. Di pedalaman Sabah,
sebilangan besar kaum wanita membuat terendak, anyaman tikar, tenunan kain, sulaman, bakul-bakul
kecil, nyiru dan benda-benda kecil untuk kegunaan seharian. Kaum lelaki pula membuat bakul yang lebih
besar, parang, alat-alat membajak dan memburu, jala dan alat menangkap ikan yang lain dan senjata.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hitamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hitamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hitamhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=2http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=2http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=2http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=3http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=3http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=3http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=4http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=4http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=4http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=4http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=3http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=2http://ms.wikipedia.org/wiki/Hitam7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
16/24
Dikalangan masyarakat nelayan tepi pantai, kaum lelaki membuat perahu, ukiran kayu, alat penangkap
ikan dan wanitanya menenun dan menyulam kain, mengayam tikar dan lain-lain.
[sunting] Variasi
Kraf yang dihasilkan oleh penduduk dari berbagai-bagai budaya dalam berbilang daerah mempunyai
variasi yang luas. Sebagai contoh, penduduk pesisiran pantai yang penghidupannya bergantung pada
laut telah menghasilkan alat yang berbeza dari penduduk pedalaman yang masih mengamalkan
penanaman padi huma atau padi sawah dan memburu serta menangkap ikan sungai. Perbezaan juga
wujud di antara kebudayaan kebendaan penduduk yang mengusahakan padi sawah dan padi huma.
Perbezaan bukan sahaja terdapat pada alat-alat utilitarian tetapi juga benda-benda ritual, alat-alat
muzik dan ciri-ciri kebudayaan kebendaan yang lain.
[sunting] Bahan
Keadaan tentang adanya bahan-bahan tempatan juga mempengaruhi jenis kraftangan yang dihasilkan.
Di daerah Tambunan, sebagai contoh penggunaan buluh untuk membuat perkakas rumah, bakul, rumah(termasuk atap) dan pagar sangat luas di kalangan masyarakat Dusun/Kadazan Tambunan. Dalam pada
itu, labu pahit yang terdapat di Tambunan telah menjadikan daerah ini sebagai pusat pengeluaran
sompoton, sejenis organ mulut yang diperdagangkan di kalangan kumpulan Dusun, walaupun ia juga
ada dibuat di tempat-tempat lain. Rotan yang merupakan satu lagi bahan yang tahan digunakan dengan
luasnya untuk membuat terendak, bakul, hiasan dinding dan juga pengikat kayu atau buluh. Bahan
untuk membuat pakaian tradisional juga diperolehi daripada tumbuhan tempatan, termasuklah kulit
kayu, kapas atau gentian tumbuhan daripada nanas, pisang atau kelapa.
[sunting] Komersial
Benda-benda yang dibuat pada masa lalu adalah hanya untuk kegunaan rumah sahaja dan corak asas
benda-benda tersebut mencerminkan fungsi asalnya. Hasil yang lebih kadang kala dijual di tamu untuk
komoditi lain. Dengan cara ini, barang-barang dagangan yang diimport seperti tempayan, manik, benda
tembaga, gong tembaga dan kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk pesisiran pantai dibawa masuk
ke kawasan pedalaman pulau Borneo. Dengan perhubungan dengan dunia luar yang semakin
meningkat, bahan-bahan yang jarang terjumpa diganti dengan benda-benda yang diimport dan lebih
murah dalam usaha menghasilkan kraftangan tradisional. Dengan itu, manik-manik kaca yang jarang
ditemui telah diganti dengan manik plastik yang murah dalam penghasilan manik dan hiasan pakaian.
Benang kapas import yang murah kini diguna dalam sulaman dan tenunan. Kain kapas dan baldu hitam
yang diimport telah digunakan sebagai pengganti kepada kain buatan sendiri secara tradisional dalam
penghasilan pakaian.
Salah satu kraftangan yang sangat banyak dibuat di Sabah ialah bakul oleh kerana benda ini dipakai oleh
hampir semua kumpulan etnik. Bentuk dan jenis bakul bergantung kepada fungsi dan tradisi penduduk
yang membuat benda-benda ini. Artifak berbagai-bagai macam kini telah diubah suai dan dihasilkan
untuk memenuhi selera pelancong walaupun sesetengah dari artifak ini masih dibuat dalam bentuk yang
asal.
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=5http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=5http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=5http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=6http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=6http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=6http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=7http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=7http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=7http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=7http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=6http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=57/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
17/24
[sunting] Tarian & muzik
Muzik tempatan sering berkait rapat dengan tarian. Ia juga berfungsi sebagai muzik latar dalam sesuatu
majlis upacara. Sesetengah alat lazimnya digunakan oleh orang perseorangan untuk hiburan diri sendiri.
Antara tarian-tarian asli yang popular dan dikenali ramai adalahtarian Sumazau,tarian Limbai,tarian
Igal Igal,tarian Magunatip,tarian Adai-adaidantarian Daling-daling.
[sunting] Upacara
Muzik melambangkan keselarasan tradisional yang wujud di kalangan penduduknya sejak bertahun-
tahun. Ia dimain semasa majlis perkahwinan, pertunangan, perayaan menuai, hari ulang tahun pertama
kanak-kanak, upacara-upacara keagamaan animisma dan upacara-upacara berkaitan yang penting bagi
masyarakat tempatan. Setiap kumpulan etnik mempunyai bentuk muzik yang tersendiri walaupun
banyak alat-alat muzik utama merupakan alat yang sama digunakan. Setiap alat dibuat dengan perasan
sayang dengan memotong, membentuk dan diuji. Berbagai-bagai gabungan alat-alat muzik mempunyai
keistimewaannya sendiri dengan perbezaan dalam segi bentuk, rentak dan nada. Terdapat juga alat-alat
muzik tertentu yang hanya digunakan oleh satu kumpulan masyarakat sahaja dan tidak dimain oleh
masyarakat yang lain.
[sunting] Notasi & Alat Muzik
Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni kata lagu juga tidak
bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi dari generasi ke generasi. Persembahan
muzik boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi dihasilkan
khusus sama ada untuk pemuzik lelaki atau wanita sahaja.
Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon,
turali, suling (atau seruling), sompoton, gabang dan togunggak diperbuat daripadabuluh. Alat lain
seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing.Gongdan kulintangan dibuat
daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis
gentian pokok palma.
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=8http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=8http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=8http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Sumazauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Sumazauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Sumazauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Limbaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Limbaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Limbaihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tarian_Igal_Igal&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tarian_Igal_Igal&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tarian_Igal_Igal&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tarian_Igal_Igal&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Magunatiphttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Magunatiphttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Magunatiphttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Adai-adaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Adai-adaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Adai-adaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Daling-dalinghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Daling-dalinghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Daling-dalinghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=9http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=9http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=9http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=10http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=10http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=10http://ms.wikipedia.org/wiki/Buluhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buluhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buluhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gonghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gonghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gonghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gonghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buluhhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=10http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=9http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Daling-dalinghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Adai-adaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Magunatiphttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tarian_Igal_Igal&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tarian_Igal_Igal&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Limbaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Sumazauhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_di_Sabah&action=edit§ion=87/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
18/24
Ciri-ciri Khas Bahasa
Lundayeh
Written by SMD Robert
Monday, 29 March 2010 04:22
CIRI-CIRI KHAS BAHASA LUNDAYEH
Setiap bahasa mempunyai ciri-ciri khasnya yang tersendiri yang menggambarkan kelainannya dengan
bahasa lain. Tidak semua bahasa mampunyai ciri-ciri khas yang sama. Bagi bahasa Lundayeh, terdapat 5
ciri-ciri khas bahasa yang akan dikemukakan di sini. Ciri-ciri khas itu ialah variasi bebas, vokal panjang,
vokal rangkap, hentian glotis dan diftong /aw/ dan /au/.
1. Variasi Bebas
Bahasa Lundayeh juga mengalami variasi bebas seperti yang berlaku dalam bahasa Melayu seperti
perkataanfaham denganpaham danfikirdenganpikir. Kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud
yang sama meskipun menggunakan konsonanfdanp. Menurut Abd. Hamid Mahmood (1997:54), variasi
bebas merupakan istilah yang digunakan bagi dua bunyi yang berbeza secara fonetis yang hadir pada
lingkungan yang sama dalam perkataan, dan bunyi itu boleh saling berganti antara satu sama lain tetapi
tidak membezakan makna. Paitoon (2006:126) menambah, dalam lingkungan tertentu, kadang-kala
terdapat sepasang bunyi yang memiliki fitur distingtif[1]tidak sama yang tersebar pada posisi yang samadan tidak pula membezakan makna. Perhatikan beberapa contoh variasi bebas berikut:
paweh dengan faweh kahwin
nuba dengan luba nasi
meriruh dengan mediruh ketawa
jier dengan dier leher
Variasi bebas ini berlaku disebabkan pertembungan dua pengaruh bunyi sebutan dari suku kaum
Lundayeh itu sendiri iaitu Lundayeh Pa Kemaluh dan Lun Bawang atau Lundayeh di Sarawak. Pergaulan
seharian boleh mengubah sebutan asal sama ada dari sebutan Lundayeh Pa Kemaluh kepada Lun
Bawang atau sebaliknya. Misalnya seseorang yang pada asalnya menggunakan bunyi sebutan /p/, pada
suatu masa kemudian menggunakan bunyi sebutan /f/ daripada pengaruh pergaulan harian.
Penggunaan konsonan /f/ mempunyai nada yang lembut berbanding bunyi /p/. Contohnya menyebut
nama [Fadan] dan [Padan]. Perbezaan yang ketara ini hanya berlaku pada bunyi konsonan /p/ dan /f/
sahaja. Bunyi sebutan yang lain masih sama. Fenomena yang berlaku akibat penggunaan variasi bebas
http://www.lundayehsabah.org/#_ftn1http://www.lundayehsabah.org/#_ftn1http://www.lundayehsabah.org/#_ftn1http://www.lundayehsabah.org/index.php?view=article&catid=61:bahasa-lundayeh&id=142:ciri-ciri-khas-bahasa-lundayeh&tmpl=component&print=1&page=&option=com_content&Itemid=157http://www.lundayehsabah.org/#_ftn17/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
19/24
ini, penutur dengan sewenang-wenangnya menggantikan bunyi fonem /p/ dengan fonem /f/ kerana
sudah menjadi amalan atau kebiasaan berbuat demikian. Konsonan /p/ tidak boleh dibunyikan fonem
/f/ untuk nama orang seperti Pengiran, Padan, Kapung dan seumpamanya. Selain itu, kekecualian ini
juga mencakupi fonem /p/ di posisi akhir seperti lutep tetap, takep bilik tidur dan tekip sarung;
tabpar upah atau tebubpunsembahyang.
2. Vokal Panjang
Selain diftong, bahasa Lundayeh juga mempunyai ciri prosodi seperti bunyi vokal yang panjang tanpa
hentian ditandai oleh penggandaan vokal [:] pada kata.Vokal panjang berlaku pada posisi awal dan
tengah kata. Misalnya;
ool [o:l] anting-anting/ subang
aar [a:r] pagar
paad [pa:d] supaya
suut [su:t] kecil
miid *m:d+ mengelap
nginuud *n:d+ menyesal
root [ro:t] permainan
Dalam kebanyakan sebutan penutur bahasa Lundayeh, terdapat juga bunyi vokal panjang di akhir kata.
Tetapi agar sukar mengklasifikasikannya dalam kumpulan ini kecuali ada peraturan untuk
menyelaraskan satu sistem keselarasan bunyi seperti bahasa Melayu. Antara perkataan tersebut adalahseperti berikut:
balaa [bala:] percakapan
badaa [bada:] pasir
baraa [bara:] beras
3. Vokal Rangkap
Dalam bahasa Lundayeh terdapat juga pola vokal rangkap. Vokal rangkap berbeza dengan diftong. Vokal
rangkap merupakan turutan dua vokal penuh yang diucapkan dengan penuh, antaranya terdapat
pemisahan dua suku kata. Misalnya kata kuan yang bererti untukatau kepada, vokal u dan a adalah
vokal penuh yang memisahkan dua suku kata iaitu ku dan an. Vokal rangkap juga menerima pengaruh
unsur pembibiran (labialisasi), kerana sewaktu menghasilkannya, kedudukan lidah mengalami
geluncuran dan bibir dalam keadaan bundar. Labialisasi adalah satu proses artikulasi tambahan yang
7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
20/24
secara kebetulan terhasil ciri bunyi [ w ] sebagai unsur sekunder di tengah-tengah vokal bundar dan
leper yang terdiri daripada vokal /u/ dengan /a/, vokal /u/ dengan /e/ dan vokal /u/ dengan /i/ dalam
satu kata yang berpunca daripada gangguan artikulasi tambahan[2]. Beberapa contoh vokal rangkap
bahasa Lundayeh yang mengalami proses labialisasi adalah seperti berikut:
rua [ruwa] bambu untuk mengangkat air
bua [buwa?] buah
rueb *ruwb+ air terjun
ruen *ruwn+ melakukan
kiung *kiju+ muka
Selain proses labialisasi, vokal bahasa Lundayeh juga mengalami proses pempalatan seperti contohperkataan berikut:
teu *twu+ kita
mesia *msija?+ merah
4. Hentian Glotis
Dalam bahasa Lundayeh, hentian glotis atau glotalisasi banyak berlaku terhadap bunyi vokal pada posisi
akhir perkataan. Paitoon (2006:212) menjelaskan bahawa glotalisasi terhasil kerana berlaku
penyempitan alat artikulasi di kotak suara, iaitu pita suara dirapatkan. Isu penambahan [?] pada
sesetengah kata yang berakhir dengan vokal setakat ini menurut Chong Shin (2004:213-214), masih
tidak dapat diramalkan rumusnya, kerana ciri fonologi ini adalah varian Melayu Borneo Barat. Menurut
Nothafer (1996:14) yang dipetiknya juga mengatakan bahawa varian-varian ini merupakan bahasa
subkelompok Borneo Barat. Kehadiran hentian ini boleh membezakan makna sesuatu kata. Dalam
bahasa Lundayeh hentian ini berlaku pada vokal yang terletak di posisi akhir kata sahaja kecuali vokal
//. Jadi, bagi memudahkan penyebutan kata yang seumpamanya dengan tepat, simbol hentian ()
ditandakan bersama huruf vokal yang berkenaan seperti berikut:
ina [in?] emak
ina [in] tadi
bada [bada] pasir
bada [bada?] ajaran
iti [iti?] buah dada
http://www.lundayehsabah.org/#_ftn2http://www.lundayehsabah.org/#_ftn2http://www.lundayehsabah.org/#_ftn27/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
21/24
iti [iti] tanda / alamat
buri [buri] kekotoran
buri [buri?] percakapan
ticu *tiu?+ tangan
ticu *tiu+ diteruskan
Kehadiran hentian ini *+ tidak hanya berlaku terhadap bunyi vokal depan dan vokal belakang tetapi juga
vokal e taling. Misalnya:
[e?] ya, benar, betul
Perkataan ina, bada, buridan ticu di atas merupakan contoh perkataan yang akan menghasilkan makna
lain jika berlaku hentian glotis. Jadi, dalam bahasa Lundayeh hentian glotis pada bunyi vokal di akhir
perkataan sangat penting kerana ciri ini [?] berstatus fonem yang tersendiri dan bukan pasanganminimal /k/ dan /?/ seperti dalam perkataan kotak yang dibunyikan [kota?] Banyak perkataan Lundayeh
yang menggunakan hentian glotis [?] ini.
5. Diftong /au/ dan /aw/
Kehadiran dua diftong ini nyata membawa ciri yang berlainan berbanding bahasa peribumi yang lain di
Kepulauan Borneo ini. Fonem /u/ merupakan vokal bersuara manakala /w/ pula adalah separuh vokal.
Kadang kala menjadi suatu kesukaran menentukan bunyi diftong sama ada /au/ atau /aw/. Contoh
perkataan yang mengandungi diftong ini adalah seperti berikut:
pagau katil
arau gabus untuk panah sumpitan
irau pesta
megagau gelisah
tuwau burung merak
baw manik-manik
kerubaw kerbau
[1] Fitur-fitur khusus bagi benda-benda tertentu yang mampu membezakan bentuk, rupa, rasa, bau dan
http://www.lundayehsabah.org/#_ftnref1http://www.lundayehsabah.org/#_ftnref1http://www.lundayehsabah.org/#_ftnref17/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
22/24
bunyi daripada benda-benda lain yang sejenis dengannya. Dalam fonologi, ciri-ciri nyata fonem
membezakannya daripada fonem-fonem yang lain bagi memberikan makna-makna tertentu dalam
bahasa.
[2] Paitoon (2006:210).
http://www.lundayehsabah.org/#_ftnref2http://www.lundayehsabah.org/#_ftnref2http://www.lundayehsabah.org/#_ftnref27/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
23/24
KUMPULAN LAGU-LAGU RAKYAT
DUI KARAD (informan: Puan Lipie Ruab, Kg. Bamban)
Dui karad, dui karad
Na tudo ti anak kuyad
nak becuk nadur angat
Fiem dui karad, dui karad.
Dui karad, dui karad
Me lek wi nibar sibak
Me ngukak baku ucat
Fiem dui karad, dui karad.
Dui karad, dui karad
Na eme neh nak kuyad
nak becuk nadur angat
Fiem dui karad, dui karad.
Dui karad, dui karad
Na mecing fieh nan balad
Na mafit fieh nan afad
Fiem dui karad, dui karad.
Dui karad, dui karad
Udan idang ni daat-daatSia langit ni apat-apat
Fiem dui karad, dui karad.
Dui karad, dui karad
Na inufun fi Tua Libat
Rabar Kasing dueh dinganak
Fiem dui karad, dui karad.
Dui karad, dui karad
Nakikem fi anak kuyadFi anak becuk nadur angat
Fiem dui karad, dui karad.
Dui karad, dui karad
Seruk pa mateh dueh ferangat
Mecing nan mabin bata urat
7/31/2019 Hutan Dan KomunitiLONGPASIA
24/24
Fiem dui karad, dui karad.
Dui karad, dui karad
Afen ku kuaya dawa anak
Dawa decurku lai takap
Fiem dui karad, dui karad.
Dui karad, dui karad
Em buri i Tua Libat
Rabar Kasing dueh dinganak
Fiem dui karad, dui karad.
Sinopsis Lagu Dui Karad:
Dui Karad mengisahkan seekor anak monyet dan seekor kera yang sedang berusaha mencari
makanannya di hutan iaitu umbut pisang hutan dan bunga kantan (baku ucat). Dalam perjalanan di
hutan tiba-tiba hujan panas turun, lalu langit berubah menjadi warna kemerahan. Rupa-rupanya Si Tua
Libat seorang yang gagah perkasa tiba di hutan bersama adiknya Rabar Kasing. Mereka berjaya
menangkap anak monyet dan kera. Monyet dan kera berasa sedih dan menangis menitiskan air mata.
Titisan air mata itu jatuh ke pangkuan Si Tua Libat. Akhirnya, mereka dibawa pulang ke rumah untuk
dijadikan mainan anak-anak Si Tua Libat.
(Dipetik daripada Buku Pesta Kebudayaan Lundayeh Sabah, 2006 hal. 41-42)