Post on 15-Mar-2019
U M VEKSITI
j
KEBANCSAAN7 MALAYSIA
Mm J^unti
Pusat Pembangunan Akademikwww.ukm.my/ppa
C-
ISBN 978-967-5048-64-7
II III^ i ^ lll l l U llll I I
U N \'ERSITI
KEBANCSAAN
NAA LA)IIA
Pusat Pembangunan Akademik
www.ukm.my%ppa
^•J
ISBN 978-967-5048-64-7
9 78 675 048647
Prakata
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Institut Pengajian Tinggi yang
mempunyai kepimpinan yang efektif, tenaga akademik yang tersohor serta
profesional, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini, bakal
graduan yang berkualiti serta silabus yang relevan akan lebih berdaya saing
dalam menghadapi persaingan global yang semakin mencabar. Sehubungan
itu, sebagai usaha untuk mewujudkan program pengajian yang berkualiti, UKM
amat serius melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) yang memberi
penekanan kepada pendidikan berasaskan hasil pembelajaran (OBE). Bagi
menjayakan hasrat ini, buku `Panduan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran
Berkesan' ini disunting sebagai bahan bacaan asas untuk dijadikan panduan
kepada setiap warga akademik di UKM. Buku ini dibahagikan kepada lima
bahagian yang difikirkan penting bagi pengendalian kursus setiap program
pengajian di UKM. Bahagian pertama berkaitan dengan Pembangunan
Kurikulum Pengajian Tinggi yang merangkumi aspek pembentukan program
berdasarkan KKM, pendekatan OBE, pembentukan hasil pembelajaran kursus
serta penentuan jam pembelajaran pelajar (SLT). Bahagian kedua akan
menghuraikan pelbagai Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran termasuk
pembelajaran dewasa, pembelajaran kolaboratif dan koperatif, pembelajaran
berasaskan masalah (PBL) dan pembelajaran berasaskan projek. Bahagian
ketiga pula memperihalkan tentang Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran
yang meliputi aspek reka bentuk instruksi (ID dan e-Pembelajaran) termasuk
pengendalian forum dan kuiz atas talian. Bahagian keempat membincangkan
kepentingan Penaksiran dan Penilaian; manakalabahagian kelima membahaskan
tentang Pendekatan Humanistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada
Prof. Jr.. Dr. Riza Atiq Abdullah, Pengarah, PPA kerana memberi kepercayaan
kepada saya untuk menyunting karya ini bagi manfaat warga akademik UKM.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penulis yang
sudi berkongsi kepakaran serta pengalaman masing-masing melalui penulisan
bab dalam bentuk yang santai dan mudah dibaca. Tidak lupa juga kepada
semua staf PPA yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menerbitkan
buku ini.
Prof. Dr. Mohamed Amin EmbiPusat Pembangunan Akademik
Bab Tajuk
Prakata
Bahagian I
Pembangunan Kurikulum Pengajian Tinggi
Muka
Surat
II
Bab I Pembentukan Program Pengajian Berdasarkan 1
Kerangka Kelayakan Malaysia
Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin &Riza Atiq O.K Rahmat
Bab 2 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil 27
Wan Hamidon Wan BadaruzzamanBab 3 Pembentukan Hasil Pembelajaran Kursus 43
Rosadah Abdul MajidBab 4 Penentuan Jam Pembelajaran Pelajar
Ab. Halim Tamuri
Bahagian 2
Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Bab 5 Pembelajaran Dewasa
Norzaini Azman
57
67
Bab 6 Pembelajaran Kolaboratif & Koperatif 93
Saemah RahmanBab 7 Pembelajaran Berasaskan Masalah
Nabishah MohamadBab 8 Pembelajaran Berasaskan Projek
Ruhizan Mohd Yassin
Bahagian 3
Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran
Bab 9 Reka Bentuk Instruksi
Norazah Mohd Nordin
107
117
133
Bab 10 Pemilihan & Penilaian Bahan Sumber Pendidikan 151
Mohd . Arif IsmailBab 1 I Pelaksanaan e-Pembelajaran Menggunakan SPIN 161
Mohamed Amin Embi
Bab 12 Pengendalian Forum Atas Talian
Supyan Hussin
177
Bab 13 Pengendalian Kuiz Atas Talian
Norizan Abd. Razak
189
Bahagian 4
Penaksiran & Penilaian
Bab 14 Bentuk Penilaian
Ima Nirwana Soelaiman
201
Bab 15 Penilaian Berdasarkan Hasil Pembelajaran
Abdul Wahab Mohammad
215
Bab 16 Penilaian Berasaskan Kompetensi
Nabishah Mohamad
225
Bahagian 5
Pendekatan Humanistik dalam Pengajaran & Pembelajaran
Bab 17 Motivasi dalam Pengajaran & Pembelajaran
Salleh Amat233
Bab 18 Bimbingan & Mentoran
Zuria Mahmud247
Bab 19 Profesionalisme dalam Pengajaran &
Pembelajaran
Khairul Anwar Mastor
265
Prof. Tan Sri Dato ' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
merupakan Naib Canselor, UKM dan pernah
memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian
Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi
serta Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Akreditasi
Negara. Beliau telah memberi sepenuh perhatian dan
masanya dalam bidang perkembangan pendidikan
perubatan dan piawaian kualiti dalam pengajian tinggi. Beliau telah
diberi kepercayaan untuk pembangunan rangka kerja mengikut
undang-undang untuk jaminan kualiti di Malaysia.
Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Bin Orang Kaya Rahmat merupakan Pengarah
Pusat Pembangunan Akademik, UKM dan pensyarah
dalam bidang kejuruteraan pengangkutan di Fakulti
Kejuruteraan & Alam Bina, UKM. Pengalaman beliau
dalam pembangunan kurikulum dan akreditasi tidak
dapat dinafikan malahan sering dijemput oleh IPT lain
untuk mendapatkan nasihat bagi menggubal program
pengajian bersesuaian dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.
Prof. Dr. Mohamed Amin Embi merupakan Timbalan Pengarah
(e-Pembelajaran ) di Pusat Pembangunan
Akademik, UKM. Sebagai pensyarah di Fakulti
Pendidikan UKM, beliau adalah pakar dalam
bidang m-pembelajaran dan e-pembelajaran.
Beliau adalah penerima sulung Anugerah
Akademik Negara 2006 (Kategori Pengajaran).
BAB 12
Pengendalian Forum Atas Talian
Supyan Hussin
PengenalanBab ini membincangkan perkara berkaitan dengan
pengintegrasian forum atas talian untuk kursus di IPT. Meskipun
forum atas talian sudah bertapak dalam alam siber sebelum
wujudnya platform w.w.w. (world wide web), penggunaannya
dalam kursus di IPT tempatan masih belum begitu meluas. Forum
menekankan pentingnya penglibatan pelajar dalam perbincangan
bagi mengukuhkan kefahaman pelajar mengenai konsep atau idea
yang telah disarnpaikan oleh pensyarah. Bab ini akan menyentuh
tiga perkara: kedudukan forum dalam pengajaran, penyediaan forum
untuk kursus, dan pengendalian forum.
Kedudukan Forum dalam PengajaranDi dalam pengajaran, terdapat empat proses yang harus
dilaksanakan oleh pensyarah secara berurutan: (1) memperkenalkan
konsep atau idea; (2) membimbing pelajar memahami konsep atau idea
yang dikemukakan oleh pensyarah dengan mengemukakan contoh,
ilustrasi, atau demonstrasi; (3) melatih-tubi pelajar untuk menguasai
konsep atau idea dengan cara mengaplikasi konsep atau idea dalam
siri-siri latihan termasuk penyelesaian masalah, ujikaji, simulasi, dan
perbincangan atau forum; dan (4) menguji sejauhmana pelajar telah
menguasai konsep atau idea yang dipelajari melalui peperiksaan,
kertas kerja, dan persembahan.
Forum adalah salah satu kaedah penting dalam memastikan
proses penguasaan ilmu berlaku dengan lebih berkesan. Forum, yang
bersifat dua hala, samada antara pensyarah dengan pelajar atau pelajar
dengan pelajar, melibatkan aras berfikir tahap pertengahan dan arcs
berfikir tahap tinggi seperti yang disebutkan dalam Taksonomi Bloom.
177
Melalui forum, pensyarah dapat membuat pemerhatian awal tahap
penguasaan pelajar dalam mengaplikasikan konsep atau idea yang
telah disampaikan kepada mereka. Bagi pelajar pula, forum dapat
membantu pelajar berkongsi kefahaman dengan lebih mendalam
mengenai sesuatu konsep atau idea yang dipelajari.
Kini dislcusi atau forum `pensyarah-pelajar' serta `pelajar-
pelajar' tidak lagi terhad kepada ruang fizikal dan ruang masa.
Dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang
menggunakan komputer, Internet dan telefon bimbit, diskusi atas
talian atau dikenali juga sebagai forum atas talian atau e-forum,
dapat membantu pensyarah memanjangkan dan menggiatkan lagi
perbincangan di kalangan pelajar. Melalui forum atas talian, pelajar
pula akan dapat belajar dan memperoleh maklumat lebih lanjut
mengenai sesuatu yang dibincangkan dalam sesuatu kursus. Sudah
pasti proses ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar selain daripada
usahanya sendiri untuk memahami dan menguasai apa yang sedang
dan telah dipelajari.
Forum atas talian menawarkan ruang komunikasi yang lebih
luas dan melangkau kekangan pertemuan fizikal dan kekangan masa.
Forum atas talian menawarkan elemen privasi dalam interaksi maya di
mana bagi pelajar yang pemalu atau pendiam di dalam kelas atau bilik
kuliah tidak perlu bimbang diperhatikan oleh orang lain. Sesetengah
pelajar yang tidak berani bercakap di hadapan khalayak ramai dalam
kelas konvensional boleh menyatakan pandangan, harapan, idea,
dan soalan tanpa perlu memperkenalkan diri mereka secara terbuka.
Perasaan tertekan, takut membuat silap, takut diejek kerana lemah
bahasa dapat diminimakan dalam forum atas talian bagi mereka yang
bimbang akan kemampuan mereka dalam berbahasa. Sebagai pulangan
mereka akan mempelajari dan memperolehi sesuatu yang baru dalam
kursus mereka. Tidak sepertimana blog yang lebih bersifat peribadi
dan bebas fokus, forum atas talian lebih berfokus kepada kelompok
tertentu, keahliannya terhad, dan topiknya berfokus mengikut tema
atau sub-tema yang ditentukan oleh pengedalinya atau moderator iaitupensyarah kursus.
Supyan (2005, 2006a, 2006b, 2008) menjalankan sin kajian
tentang forum atas talian dalam kursus pengajian Bahasa di Universiti
ebangsaan Malaysia mendapati 10 perkara yang harus diben
erhatian: (1) majoriti pelajar menyatakan bahawa forum atas talian
=tembantu mereka untuk memahami kandungan kursus yang mereka
perolehi dari bilik kuliah dengan lebih balk; (2) kebanyakan pelajar
#bersetuju bahawa mereka mendapat manfaat dari sudut kemahiran
`berkomunikasi dan kemahiran berbahasa melalui forum atas talian di
samping dapat menyelesaikan tugasan dengan lebih baik; (3) majoriti
pelajar tahun tiga menunjukkan motivasi yang tinggi untuk aktif dalam
`:forum atas talian berbanding pelajar tahun dua di UKM; (4) majoriti
'pelajar yang terlibat dalam forum atas talian di dalam dua kursus
yang mereka ikuti mahukan forum atas talian dijalankan juga dalam
kursus-kursus lain; (5) terdapat rungutan daripada pelajar (kurang dari
sepuluh peratus) yang menyatakan sebahagian mesej yang dipaparkan
dalam forum atas talian adalah tidak relevan dan mengelirukan; (6)
sebahagian pelajar (bidang Bahasa Inggeris) menyatakan kekangan
masa merupakan faktor yang menghadkan penglibatan aktif mereka
dalam forum atas talian didorong rasa kurang yakin terhadap tahap
pengusaan bahasa Inggeris mereka untuk digunakan dalam forum
atas talian (8) sebahagian pelajar tidak ada kepastian bilakah rakan
forum atas talian harus memberikan respon kepada input/mesej yang
dipaparkan; (9) sebilangan kecil pelajar mengharapkan pensyarah
memberi respon segera kepada input/mesej dalam forum, tetapi
berharap respon diberikan oleh pensyarah tidak lewat dari seminggu;
(10) majoriti pelajar bersetuju bahawa forum atas talian akan lebih
bermakna apabila is ada kaftan dengan aktiviti lain dalam kursus,
dalam tugasan, dan dalam penilaian.
Menyediakan Forum Untuk KursusTerdapat beberapa enjin atau sistem yang boleh digunakan
oleh pensyarah untuk menyediakan forum atas talian dan seterusnya
mengintegrasikan dalam kursus. Bagi IPT yang sudah memiliki LMS
(Learning Management System) seperti MyLMS di OUM (Open
University Malaysia), MLMS di MMU (Multimedia University),
178 1 179
dan SPIN di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), enjin bagi
menyediakan forum sudah tersedia ada untuk digunakan olehpensyarah. LMS yang berasaskan open source seperti MOODLEyang boleh didapati secara percuma, juga menawarkan penggunaan
enjin forum. Begitu juga dengan LMS komersil seperti WEBCT dan
BLACKBOARD yang turut sama menyediakan ruang forum untuk
penggunanya. Antara kelebilian enjin form dalam LMS milik IPT
masing-masing ialah is meniadi satu kebanggaan IPT berkenaan,
mengumpul bahan perbincangan khusus untuk sesuatu kursus,
meningkatkan tahap kemahiran TMK pensyarah dan pelajar, Berta
memantau penglibatan pelajar dalam kursus. Bagaimanapun, terdapat
kekangan yang mungkin bersifat sementera, misalnya, akses kepada
komputer pelayan universiti yang tidak mampu menampung tuntutan
yang meningkat khususnya ketika waktu laluan trafik yang sibuk di
lebuhraya maklumat, talian Internet yang terhad, data forum yang tidak
dapat disimpan lama serta terpaksa dihapuskan pada semester seterusnya
kerana kekurangan ruang dalam cakera padat, dan makluman mesej bare
yang tidak dapat disampaikan kepada pelajar kecuali pelajar masuk ke
LMS untuk menyemak jika ada mesej baru dalam forum.
Berbanding dengan enjin umurn yang tidak dimiliki oleh IPT
seperti Yahoo Groups (http://groups.yahoo.com/) (lihat Gambarajah
12. 1), Nicenet (www.nicenet.org), Wikea Forum (http://forums.wikia
con), dan Google Community (http://www.googiecoi-nMLinity.com
enjin ini boleh digunapakai oleh siapa sahaja untuk menyediakan
forum bagi kursus masing-masing. Kelebihan enjin form umum
ini mengatasi segala kekangan yang disebutkan di atas yang berlaku
di IPT. Apa yang amat ketara dalam enjin forum umum ini ialah,
misalannya dalam Yahoo Groups, pertama, setiap mesej yang dihantar
ke forum in] akan diunaklumkan kepada setiap ahli forum melalui emel
Jan satu salinan mesej disimpan di dalam forum. Ini bermakna pelajar
bukan sahaja boleh membaca mesej berkenaan tanpa masuk ke dalam
forum tetapi boleh juga menghantar mesej melalui emelnya sendiri.
Kedua, data dalam forum atas talian in* akan tens tersimpan di dalam
server Yahoo selagi mana pemiliknya (pensyarah) tidak memadarn
itau memusnahkan akaunnya. Data yang tidak musnah ini juga boleh
180
;;digunapakai semula untuk pengajaran kursus akan datang, dan boleh
juga dijadikan data untuk tujuan penyelidikan. Pensyarah boleh
smemilih untuk menggunakan enjin forum dari LMS di IPT mahupun
enjin forum yang umum. Pemilihannya bergantung kepada keperluan
dan tuntutan persekitaran.
raa5, „^6 > sera *.-- 40 0 - f^k in LJ ©f- & 3
acts la]0550 IltOt deoc O uwf<+seaul ..- __.._ .... ....
a=eon r e *- ftsesrs . seees s 4c.twry : wae.a.:a ^,^^ + ae t.^l
y_reu' ar-n-' Man :c,.. -
YIL HOO! , GROUPS
Commercial Portable-Air
condttioner , ,
i supyanukm
WEBBLL
.Make yI My Hs„epaye
arm
Caess ctat pre to ten ton f eetest acs cmterf , pottsn4e ar
cwdIttonen oath ,,Iao wocesafr controls , ea&faMe 5, ekcoated. spilt
^d weter-aX*e0 . Great too eO era eM 05,5,5,.
www. kwikoat.cov,
u anukrn®yaho, . cost 1 Group Owner - [fit Membersh,
wsb-based Iavgua^e learning
(' ltos^aCOS
Search for other groups Search
Stay up to speed on the latest Groups news and updates , visit the Groups blog today.
^9 I Homep r ?? Er-et., t--
'
! P,^ofI(II ^ n'.U
Pon,
Description loot, .me eeoc)
This is a forum for web based language learning course . We will discuss matters concerning coursecontents , course assignments, and relevant issues in this field. All students in this course must join theforum. Click on "accept invitation " and follow the rest of the instruction . Your participation will be graded.Have a great days
Members ^ ^^ Mast Rare M5< a
!i'^dw^+w ow^t^co:lrt^a^rdroo.<^lwwM't^itf
Gambarajah 12.1: Contoh Forum dari Yahoo Groups
Pengedalian Forum
Penentuan kejayaan sesuatu forum bukanlah isi kandungan
forum atas talian semata-mata tetapi teknik bagaimanakah is
dilaksanakan. Di sinilah keperluan aspek pedagogi hares diteliti
dan diterjemahkan untuk mengintegrasikan forum atas talian dalam
pengajaran. Bagi mengendalikan forum atas talian, beberapa perkara
penting di bawah harus diambilkira.
Pertama, forum atas talian bukan semata-mata pertukaran dan
penghantaran mesej (idea, pandangan, soalan) di kalangan pelajar
tetapi is adalah sebahagian dari tugasan dalam kursus. Apabila forum
atas talian dilihat relevan dengan kuliah, tugasan, pengurusan kursus,
dan penilaian, maka pelajar akan mengeksploitasi forum atas talian
181
ra RGH_..;;
Staff a G:sn jhfy Gr•,ups
secara optimum. Pelajar perlu difahamkan bahawa penglibatan mereka
dalam forum direkabentuk bagi menjadikan mereka bertanggungjawab
ke atas pembelajaran mereka dan penglibatan mereka menyumbang
kepada kejayaan untuk memenuhi objektif kursus. Di dalam proses
perbincangandalam forum, pelajardilatihberfikirberasaskanTaksonomi
Bloom. Misalnya apabila pelajar menyelusuri Internet, mereka hares
bersedia secara mental menjawab beberapa soalan yang diberikan olehpensyarah di dalam forum atas talian , disusuli dengan membaca laman
web pilihan, mengenalpasti web maklumat yang relevan, membezakan
maklumat perlu dengan yang kurang perlu, mengklasifikasi maklumat,mensintesis maklumat, dan kemudiannya menkonsepsikan maklumatserta membina maklumat tadi dalam bentuk yang mudah difahami
untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan forum. Amalan ini dapat
dilihat pada penulisan Doolittle (2001:5) yang menerangkan tentang
pembinaan ilmu pengetahuan sebagaimana digariskan dalam teorikonstruktivis:
Students interact with knowledge within a socioculturalenvironment. This external social experience causesthe formation of internal mental structures that areinfluenced by the presence of social, cultural, contextual,and activity-based factors. The student does not acquirean exact representation of this knowledge, but rather apersonal interpretation of the external knowledge. Thenewly constructed knowledge will be based on the studentsprior knowledge and the impact of the social, cultural, and
activity-based factors.
Proses berfikir secara aktif untuk mengaitkan antara sate
aktiviti dengan aktiviti yang lain akan menjadikan pelajar menghargai
ilmu pengetahuan dan input yang diberikan.
Sate contoh terbaik penggunaan forum dalam kursus "Web-
based Language Learning" di UKM pada tahun 2007 dirakamkan
di sini. Salah sate topik kuliah bagi Icursus ini ialah `copyright and
intellectual property'. Setelah konsep `copyright' disampaikan dalam
kuliah, pensyarah mengemukakan satu soalan mengenai `copyleft'.
pensyarah mendapati kesemua pelajar tidak pernah mendengar konsep
atau kosakata `copyleft'. Lantas pensyarah meminta pelajar mencari
maklumat mengenai `copyleft' di Internet dan dimasukkan ke dalam
forum atas talian untuk dibincangkan. Pada peringkat pertama pelajar
menggunakan taksonomi berfikir aras rendah iaitu `mengenalpasti'
maksud `copyleft' melalui pencarian di Internet dan dikongsi bersama
maklumat berkenaan dan sumber URLnya di dalam forum atas talian.
Pada peringkat kedua, pelajar diminta membandingkan ciri `copyright'
dan `copyleft' di dalam forum di mana pelajar perlu menggunakan
taksonomi berfikir aras pertengahan iaitu `membezakan'. Manakala di
peringkat ketiga pula, pelajar diminta untuk memutuskan samada untuk
bersetuju atau tidak bersetuju dengan `copyright' dan `copyleft' serta
memberikan rasional mereka. Di tahap ini pelajar perlu menggunakan
taksonomi berfikir aras tinggi. Ringkasnya, pengulcuhan konsep yang
dikuliahkan boleh dilakukan dalam forum atas talian yang tidak kenal
sempadan fizikal dan masa. Dalam contoh ini (lihat Gambarajah
12.2), forum atas talian akan menjadi lebih relevan dan bermakna
kepada pelajar kerana kandungannya berkait rapat dengan apa yang
disampaikan dalam kuliah sebelum ini.
.^. ,ate
_ ^. ^ »rp:rnan.Pa,c•.r.i,W..a „ /q„orwsen.n,,..,ao.r,Yr . R __ mss-
raroo My Yan_c! .tai .we
YAHOOt GROUPS
u nankin su any m® ranoo . mm I c,o.e owner - _..,, ...I
Messages
Panels
Spam^ iUs:ate;
Yost
-i!es
hotos
i)atabc-se
.'.:render
Messages
Message # I
Make. Y. My ltpniepap^
SearchGo
Copyleft theory
earth for other groups Search
Dear Dr Supyan and fellow friends.
As discussed in yesterday lecture about copyright and copyleft etc. 1 found out the definition that will helpus to understand more about this technical term and hopefully this term will be asked in the final exam
Copyleft definition:T11e coucepl of cop}iett is to put a Irrovalit limbo Ste public (lonu_ia, and choose not to enforceany cop^•n^11t ou th a promaul . Cop}iett 1n• a hpe of ultahlechul property 11 eteetian . Those uilonee and dug bufe sofhva n flint i. o elertrd 1..- cn...u.tt 1...-a t t,, ..... .nort,F
Gambarajah 12.2: Contoh Paparan Respon Pelajar
a.m
mgt
ta_
<.,ntau90+
182 I183
Kedua, oleh kerana forum atas talian adalah suatu bentuk
pengukuhan dalam proses pembelajaran, maka tugasan ini hares
liberikan markah atau insentif yang wajar agar is dilihat berbaloi
lengan penglibatan mereka, dan relevan kepada pelajar. Pemberian
narkah yang munasabah akan meningkatkan motivasi pelajar untuk
;erus terlibat dalam forum atas talian. Jumlah masa yang diberikan oleh
,elajar untuk mengakses forum atas talian, membaca serta meneliti
nput/mesej yang diberikan oleh rakan forum atas talian dan memberi
-espon kepada mesej/input adalah suatu yang berbaloi dan perlu
dberikan ganjaran yang setimpal. Pengalaman masa lalu mendapati
narkah 5% bagi penglibatan dalam forum atas talian adalah terlalu
-endah dan tidak berbaloi serta tidak menggalakan pelajar untuk terlibat
;ama dalam forum atas talian. Paling minima markah yang dianggap
)erpatutan ialah antara 10-15% (Supyan 2006b, 2007). Markah lebih
inggi akan menjadi sate insentif yang mendorong pelajar untuk aktif
ialam penyertaan e-forum. Biarpun begitu, markah tinggi bukan satu-
;atunya elemen ekstrinsik dalam memotivasi pelajar. Penghargaan dart
)ensyarahjuga boleh berlaku dalam bentuk puj ian kepada pelajar dalam
orum, menyatakan persetujuan pendapat dengan sesuatu pandangan,
Ian merakamkan pengesahan kepada apa yang disampaikan oleh
)elajar, sekaligus dapat menarik perhatian pelajar dan mempengaruhi
;ikap pelajar terhadap aktiviti forum.
Ketiga, penilaian ke atas pencapaian pelajar dalam forum
etas talian tidak hares menghukum atau mengkritik penguasaan
)ahasa pelajar yang lemah jika tujuan forum itu ialah untuk menarik
)elajar untuk memberi pandangan dan idea. Kesilapan nahu, ayat
ergantung, ringkasan perkataan, dan ayat struktur tidak formal yang
lilakukan oleh pelajar tidak hares diberikan penalti kerana is akan
nelemahkan semangat pelajar dan membimbangkan pelajar untuk
nengambil bahagian dalam forum atas talian. Apa yang lebih utama
alah penglibatan aktif mereka dalam forum dengan penekanan kepada
kndungan yang balk dan bukannya ketepatan dalam penggunaan
)ahasa, walaupun ketepatan itu pastinya dapat membantu memudahkan
agi orang lain memahami mesej/input yang disampaikan.
Akhir sekali, peranan pensyarah dalam forum atas talian haresdiperjelaskan kepada pelajar bahawa pensyarah hanyalah bertindaksebagai pembimbing dan pemudahcara . Pensyarah tidak perlu mengajardalam forum atas talian sepertimana mereka lakukan dalam bilikkuliah . Tetapi pensyarah hares memanjangkan perbincangan Bari bilikkuliah kepada forum atas talian untuk memantapkan kefahaman dan
mengkayakan ilmu pengetahuan dengan meminta pelajar mendapatkan
maklumat lanjut dari Internet dan berkongsi maklumat mereka dalam
forum atas talian. Pensyarah juga perlu mencetuskan soalan-soalandan penyataan yang merangsang untuk menarik perhatian pelajar dan
mendorong pelajar untuk memberi respon mereka kepada input dalamforum atas talian . Soalan-soalan ini diharapkan dapat menggiatkanproses berfikir dan menggalakkan pelajar supaya bersedia memberikanmasa dan usaha tambahan dalam forum atas talian . Selain daripada itu,hasil perbincangan yang bertali arus melibatkan maklumat barn yang
tidak dibincangkan dalam kuliah boleh dijadikan sebahagian dari kuizatau soalan peperiksaan . Dengan itu , pelajar tidak akan memandangsepi kandungan forum atas talian . Dalam masa yang sama pensyarahtidak perlu bersikap jumud apabila mengendalikan forum . Sekiranyapensyarah telah menggariskan peraturan awal sebagai panduan kepada
pelajar untuk mengambil bahagian dalam e-forum, isu-isu rutin harian,politik, agama , sosial dan lain-lain yang tidak berkaitan dengan kursusdapat dielakkan.
KesimpulanJika forum atas talian dirancang dengan teliti dengan
mengambilkira prinsip-prinsip pedagogi, is dapat meluaskan zonperkembangan minda pelajar di mana berlakunya proses pengukuhan
dan pemantapan kefahaman pada setiap individu pelajar. Peluasan zon
ini banyak bergantung kepada kemampuan, sikap dan motivasi pelajar
sendiri untuk menguasai lebih banyak maklumat dan ilmu pengetahuan
dalam sesuatu kursus yang diikuti. Proses yang berterusan ini akanmendorong pelajar untuk berkendiri dalam zon yang mereka pilih dan
zon yang selesa serta sesuai dengan diri mereka. Dalam erti kata lain,
penggunaan forum atas talian dalam pengajaran adalah suatu yang
-84 1 185
amat praktikal dan munasabah. Malah is menjadi satu norma dalam
dunia pendidikan masakini. Dengan mengambil perhatian serius
terhadap infrastruktur, perkakasan, perisian, dan kemahiran asas TMK
yang harus ada pada diri pelajar, pensyarah perlu memahami potensi
dan kelebihan forum atas talian. Apa yang lebih penting dari itu ialah
pensyarah perlu tahu mengaplikasi prinsip pedagogi yang sesuai dalam
pelaksanaan forum atas talian bagi kursus yang mereka kendalikan.
Menyedari akan kepentingan kualiti dalam perbincangan di forum
atas talian dan sumbangan perbincangan itu dalam proses pembinaan
semula maklumat dan ilmu pengetahuan dalam bilik kuliah, pensyarah
harus membenarkan generasi pelajar masakini untuk mengambil
bahagian dalam jaringan komunikasi yang lebih luas melalui forum
atas talian yang bukan sahaja disediakan oleh pensyarah tetapi juga
forum atas talian yang dikendalikan oleh pihak lain yang berkaitan
dengan bidang yang mereka sedang ikuti. Ini akan dapat memupuk
semangat dan budaya pembelajaran sepanjang hayat di kalagan pelajar
apabila mereka tamat pengajian di IPT. Bagi pensyarah yang berminat
meneruskan kaj ian berterusan, perbincangan demi perbincangan dalam
forum atas talian yang dijalankan setiap semester boleh menjadi data
yang kaya untuk dianalisis dan diwacanakan selagimana kandungan
forum atas talian itu tidak dipadam pada akhir semester. Pembuat polisi
harus menyediakan peruntukan dana untuk menaiktaraf komputer
pelayan dan latihan sumber tenaga manusia supaya IPT hari ini dapat
menawarkan pendidikan yang lebih berkualiti untuk generasi masadepan.
Rujukan
Doolittle, P. 2001 . Integrating constructivism and cognitivism.educational Psychology. (online ) http ://www.tandl . vt.edu/doolittle/-esearch/icc.html . ( 18 Feb 2007)
186
Supyan Hussin & Zaini Amir. 2005. Exploiting Online Forums
in E-Community of Experts in Language Teaching. Proceedings
for SEKOM 05, Seminar on E-Community. Bangi: Center for
E-Community, UKM.
Supyan Hussin. 2006. Online forum in ELT Training Program:Constraints or Problems? Proceedings of 6th Annual Southeast Asian
Association for Institutional Research SEEAIR 2006 Conference:
Transforming Higher Education for the Knowledge Society. KualaLumpur: SEEAIR-OUM, 438 - 446.
Supyan Hussin. 2006b. A Plenary paper: Revisiting online forum inlanguage teaching. Paper presented at ASIACALL. Organized byUPM. 26 - 28 Nov 2006.
Supyan Hussin & Azhar Jaludin. 2006c. To go or not to go with On-line Forums? Procceding for e-learning seminar: Advancing Quality in
Higher Education. Bangi: Center for Academic Development, UKM.
Supyan Hussin. 2007. (Nov 2008). Creating a Bigger Z.P.D. for ESL
Learners via Online Forum. The Collage Teaching Methods and StylesJournal. 4 (11): 1-9.
187
Bacaan Tambahan
flan Jolliffe, Jonathan Ritter & David Stevens. 2001. The Onlineearning Handbook. Kogan Page.
'hristopher R. Wolfe. 2001. Learning and Teaching on the WorldFide Web. Academic Press.
4arc Eisenstadt & Tom Vincent. 2000. The Knowledge Web:earning & Collaborating on the Net. Kogan Page.
fare J. Rosenberg . 2001. E-Learning Strategies for Deliveringnowledge in the Digital Age. McGraw-Hill.
rmond Simpson . 2002. Supporting Students in Online, Open &istance Learning. Second Edition. Kogan Page.
BAB 13
Pengendalian Kuiz Atas Talian
Norizan Abdul Razak
Pengenalan
Pengujian atas talian ialah satu kaedah barn di dalam
penilaian dan penaksiran. Kaedah ini menjadi popular sesuai dengan
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi masakini
yang telah menjadi satu medium penting di dalam pengajaran dan
pendidikan di peringkat sekolah dan juga di universiti. Dalam bab ini
konsep ujian atas talian dan kelebihan membangunkan dan mentadbir
ujian akan dibentang. Contoh sebuah ujian atas talian yang telah
dibangunkan menggunakan perisian Hot Patatoesjuga akan dihuraikan.
Isu-isu penting berkaitan keselamatan, pentadbiran ujian dan juga
pembangunan ujian juga akan dibincangkan. di bab ini. Objektif bab
ini adalah untuk memperkenalkan ujian atas talian dan seterusnya
membantu anda memahami konsep dan kaedah untuk membangunkan
sendiri ujian atas talian ini.
Latarbelakang Ujian Atas Talian
Ada banyak sebab mengapa kita perlu menguji pelajar kita.
Ujian boleh diberi sebagai indikator untuk memastikan penempatan
pelajar di dalam program atau untuk menilai kesediaan pelajar
memasuki topik-topik barn yang diperkenalkan di dalam kursus.
Ujianjuga untuk menilai kompetensi pelajar-atau pemahaman mereka
mengaplikasikan bahan kursus. Ujian juga adalah untuk mengenalpasti
tahap pencapaian objektif pembelajaran pelajar kita di dalam kursus
yang ditawarkan. Berasaskan teori yang diasaskan oleh Alderson
(2000), penilaian seseorang pelajar bertujuan untuk mengenalpasti
kefahaman dan penguasaan fakta, konsep, proses danjuga pengetahuan
strategik seseorang. Ujian atas talian boleh menguji aspek-aspek
tersebut dan pada masa ini ujian berbentuk objektif atau jawapan
189