Post on 22-Jun-2015
Haji Mohamad Shalahudin Bin Marzuki
Pegawai Hal Ehwal Islam (Naqib)
Jabatan Agama Islam Sarawak
TAKRIF :
Bahasa : Mengelokkan sesuatu
Istilah : Mengeluarkan setiap huruf daripada makhrajnya, serta memberikan haknya dan yang dihakkan kepadanya ( hak mendatang).
HAK HURUF : Sifatnya yang asal.
Iaitu sifat zat huruf yang ada pada huruf, seperti
sabdu
.dan lain-lain ( الغن!ة ) dengung (االس!تعأل ) tinggi ,(الش!دة )
Tidak boleh terpisah daripadanya. Sekiranya terpisah
daripadanya walaupun sedikit, maka salahlah
makhrajnya.
YANG DIHAKKAN KEPADANYA (HAK MENDATANG) :
Sifat yang mendatang (sifat yang sepatutnya) bagi
huruf.
Sifat-sifat yang berlaku daripada sifat-sifat huruf
itu sendiri, seperti bacaan secara tebal ( التفخيم ),
iaitu kalimah tersebut keluar daripada huruf yang
tinggi ( االستعأل ).
Mempelajarinya adalah fardhu kifayah.
Beramal dengannya adalah fardhu ‘ain
atas
setiap pembaca Al-Quran Muslim dan
Muslimah.
Memelihara lidah daripada tersalah dalam
membaca Kalam Allah.
Kesalahan yang boleh mengubah makna atau
boleh mencacatkan status Al-Quran.
Hukumnya adalah haram.
Bertukar atau mengubah makhraj huruf
Berubah sifat huruf
Berubah baris
Menambah huruf
Mengurangkan huruf
Menambah kalimah
Mengurangkan kalimah
Mewakafkan di tengah kalimah
Bernafas di tengah-tengah kalimah
Ibtida’ di tengah-tengah kalimah
Kesalahan yang tidak mengubah makna dan tidak mencacatkan status Al-Quran.
Hanya sekadar mengurangkan fasohah dan menghilangkan kesenian bacaan.
Bacaannya makruh dan tidak afdhal dijadikan Imam sembahyang.
Tidak sempurna makhraj atau sifat-sifat huruf.
Tidak tepat membunyikan baris (fathah, kasrah,
dhommah).
Tidak tepat membunyikan tarqiq, tafkhim, dan taghliz.
Tidak tepat /tidak sempurna sifat-sifat ghunnah.
Tidak sempurna pelaksanaan idgham, izhar, dan iqlab.
Tidak seragam kaedah toriq, riwayat atau Imam
Qiraat.
TAKRIF :
Bahasa : Tempat keluar.
Istilah : Tempat keluar huruf.
Bilangan makhraj huruf ialah tujuh belas mengikut pendapat yang rojih.
Ia dibahagikan secara ringkas kepada lima bahagian
1. Al-Jauf ( الجوف ) – Rongga
2. Al-Halq ( ااحلق ) – Kerongkong
3. Al-Lisan ( اللسان ) – Lidah
4. As-Syafatan ( الشفتان ) – Dua bibir
5. Al-Khaisyum ( الخيش!وم ) – Pangkal hidung
Iaitu tempat kosong yang terdapat di antara
mulut dan halqum. Daripada tempat tersebut
keluarnya tiga huruf mad, iaitu : alif mati ( ا )
wau mati yang sebelumnya baris depan ( و )
dan ya mati yang sebelumnya baris bawah
.(ي )
Keluar dari makhraj ini enam huruf iaitu :
ء ه ح ع غ خ
Makhraj ini dibahagikan pula kepada tiga bahagian.
.i di hujung rongga (ke arah pangkal ه dan ء
dada).
.ii .di tengah tekak ع dan ح
.iii di pangkal rongga selepas daripada غ dan خ
mulut.
Daripada makhraj ini keluar lapan belas huruf. Iaitu ;
ق ك ج ش ي ض ل ن ر ط د ت ص ز س ظ ذ ث
Makhraj ini terbahagi kepada 10 makhraj kecil.
10 Makhraj kecil :
1. Makhraj huruf ق ialah di pangkal lidah bersama naik ke lelangit
atas.
2. Makhraj huruf ك ialah pangkal lidah bersama naik ke lelangit
atas di bawah sedikit daripada makhraj ق .
3. Makhraj huruf ي ش ialah di tengah lidah bertentangan dengan ج
langit-langit.
4. Makhraj huruf ض ialah salah satu daripada tepi lidah
bertentang dengan gigi geraham atas di sebelah kiri atau
kanan.
5. Makhraj huruf ل ialah di antara dua tepi lidah selepas daripada
makhraj ض sehingga penghabisan hujung lidah bertentangan
dengan gusi gigi atas .
6. Makhraj huruf ن ialah hujung lidah bertentangan dengan
gusi dua gigi kapak sebelah atas di bawah makhraj ل
sedikit.
7. Makhraj huruf ر ialah di hujung lidah serta sedikit belakang
lidah bertentang dengan gusi gigi hadapan (gigi kapak).
8. Makhraj huruf ت د ialah belakang hujung lidah ط
bertentangan dengan pangkal dua gigi kapak.
9. Makhraj huruf ز س ialah di hujung lidah bersama ص
hujung gigi bawah bertentangan dengan dua gigi kapak.
10. Makhraj huruf ظ ذ ialah hujung lidah bersama hujung ث
gigi atas (dikeluarkan lidah antara dua gigi).
Terdapat dua tempat keluar daripada makhraj
ini. Daripada kedua-duanya pula keluar 4 huruf.
1. Perut bibir bawah bersama hujung gigi atas.
Keluar darinya huruf ف
2. Dua bibir yang keluar bersekali. Daripada
kedua-dua bibir tersebut keluar huruf ب م dan و yang hidup.
Keluar daripadanya huruf-huruf
dengung iaitu nun mati atau tanwin
dan mim ketika didengungkan.
أذ أد أخ أح أج أث أت اب أأ
أط أض أص أش أس أز أر
أل اك أق أف أغ أع أظ
أي أه أو أن أم
Takrif :
Bahasa : Nyata
Istilah : Mengeluarkan setiap huruf pada makhrajnya tanpa dengung pada huruf yang diizharkan.
Apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu salah satu dari 6 huruf .
أغح خعه
Terdiri dari 6 huruf Halqiah (Tekak):
ء ه ع ح غ خ
) أغح خعه (
?
Cara bacaan adalah seperti bacaan Izhar Halqi.
Hurufnya ada 2 sahaja :ي dan و
الدنيا .1
بنيانهم .2
قنوان.3
صنوان .4
Takrif :
Bahasa : Memasukkan
Istilah : Bertemu huruf yang mati dengan huruf yang hidup sehingga dua huruf itu terbentuk satu huruf yang ditasydidkan. Diangkat lidah semasa menyebutnya.
Ma’al ghunnah = Beserta dengung
Dinamakan Idgham Naqis, iaitu tidak sempurna kerana hanya hilang huruf nun mati dan tanwin tetapi masih tertinggal sifatnya iaitu dengung.
Apabila nun mati atau tanwin bertemu salah satu dari 4 huruf dalam dua kalimah.
ي ن م و
( ينمو )
?
Bila Ghunnah = Tiada dengung
Dinamakan Idgham Kamil, iaitu sempurna kerana hilang huruf yang pertama beserta sifatnya iaitu dengung.
Apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu salah satu dari dua huruf .
ل ر
?
Takrif :
Bahasa : Menyembunyikan
Istilah : Menyembunyikan huruf dengan sifat di antara Izhar dengan Idgham dengan tidak bertasydid serta didengungkan pada huruf pertama iaitu nun mati dan tanwin.
Apabila nun mati atau tanwin bertemu salah satu dari 15 huruf.
?
Takrif :
Bahasa : Membalikkan sesuatu daripada permukaannya.
Istilah : Menjadikan huruf di tempat lain, iaitu ditukarkan nun yang mati dan tanwin kepada mim yang berada sebelum huruf ba dengan menjaga dengungnya serta diikhfa’kan mim.
Apabila nun mati atau tanwin
bertemu huruf ب
Dinamakan ikhfa’ Syafawi kerana huruf
mim dan ba sejenis tempat keluar dan sifat
kedua-duanya (kedua-duanya keluar dari
dua bibir).
Apabila mim mati bertemu dengan huruf ب
Hukumnya wajib diikhfa’kan
?
Apabila mim mati berjumpa dengan mim hidup
Dibaca dengan hukum idgham serta dengung
?
Apabila mim mati berjumpa dengan 26 huruf selain huruf Ikhfa’ Syafawi dan Idgham Mithlain.
Wajib dibaca secara izhar.
?
Terbahagi kepada empat bahagian ;
Tartil ( الترتي!!ل ) iaitu bacaan yang sederhana, tenang dan
mengeluarkan setiap huruf daripada makhrajnya dan memberikan haknya serta yang bersangkutan dengannya bersama ‘mentadabbur’ maknanya.
Tahqiq ( التحقي!ق ) iaitu bacan yang seperti Tartil ( الترتي!ل ) tetapi bacaan ini lebih tenang. Ia digunakan di dalam pengajian / pembelajaran.
Hadr ( الح!!در) Iaitu cepat di dalam bacan dengan menjaga hukum-hukumnya.
Tadwir ( الت!دوير ) Iaitu martabat pertengahan di antara Tartil .( الحدر ) dan Hadr ( الترتيل )
Bacaan Tartil adalah sebaik-baik bacaan
kerana Al-Quran diturunkan dengan bacaan
ini sebagaimana firman Allah SWT di dalam
surah Al-Muzammil ayat 4 yang berbunyi:
Maksudnya : …dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil
Al-Alhan ( األلحان ) .1Membaca dengan lagu seperti nyanyian. Membaca dengan tarannum dibenarkan. Imam Syafie di dalam kitab Al-Mukhtasar menyatakan tidak mengapa membaca dengan lagu (taranum) selagi tidak keluar dari had Al-Quran. Tetapi jika terkeluar daripadanya maka haram cara bacaan yang tersebut.
At-Tarqis ( الترقيص ) .2
Menarikan suara bacaannya serta menambahkan harakat mad dengan sebab memainkan peranan lagunya seolah seorang penari yang menggerak-gerakkan anggotanya semasa menari
At-Tar’id (الترعيد ) .3
Membaca dengan cara menggetarkan suaranya seperti orang yang sangat sejuk atau suatu penyakit menimpanya.
At-Tahrif (التحريف ) .4
Membaca Al-Quran secara beramai-ramai secara serentak dan berhenti serentak. Di antara mereka membaca beberapa kalimah sahaja kemudian disambung oleh jemaah yang lain tanpa memikir mengenai Al-Quranul Karim.
Maksud bid’ah di sini ialah membaca Al-Quran dengan cara tidak yang pernah Rasulullah SAW membacanya.
CONTOH :1. Membaca bacaan dengan Lin ( لين ) dan Rakhawah ( رخاوة ) bererti
melembutkan pada semua huruf dengan menyerupai bacaan orang malas.
2. Takalluf ( تكلف ) : Membaca dengan cara menekankan huruf sekuat-kuatnya. Seakan-akan orang sedang bergaduh.
3. Memotongkan huruf pada bahagian yang menyerupai saktah ( سكتة ). Selalunya perkara ini berlaku pada hukum-hukum Izhar ( اظهار ), disebabkan hendak menjelaskannya.
4. Tidak menjelaskan bunyi huruf-huruf yang dimulai dan juga huruf-huruf yang diwaqaf di atasnya.
5. Memanjangkan baris sehingga terjadi mad, ini boleh merosakkan makna.
6. Qalqalah ( قلقلة ) dibaca dengan kuat sehingga menyerupai baris hidup.
8. Mentafkhimkan ( تفخيم ) ra’ ( ر ) pada tempat yang sepatutnya di tarqiqkan( ترقيق ).
9. Mengikuti sifat huruf kepada huruf yang berdekatan, terkadang sifat huruf itu perlu ditarqiqkan ( ترقي!ق) tetapi oleh sebab berdekatan dengan huruf yang perlu ditafkhimkan ( تفخيم ) maka ia dibaca secara tafkhim juga.
10. Memanjangkan baris huruf-huruf yang sebelum huruf-huruf akhir yang diwaqaf sehingga terjadi huruf mad. Contohnya : به dibaca بيه
11. Menggantikan huruf dengan huruf yang lain contohnya seperti تقيمaالمس di baca المسطقيم
12. Meringankan huruf-huruf yang bersabdu atau sebaliknya, terutama huruf yang dijadikan waqaf.
13. Menghidupkan huruf-huruf yang berbaris mati seperti الحمدلل!ه dibaca الحمدلله
14. Menambahkan harakah Mad Tabiie lebih dari 2 harakat seperti
15. Mengurangkan harakat Mad Tabiie kurang dari 2 harakat
Rukun bacaan Al-Quranulkarim ada tiga :
:صحة السند Sah sanadnya iaitu membaca dan mempelajari dari seorang guru yang mahir yang mana sanadnya bersambung terus kepada Nabi SAW. Hendaklah membaca dari awal sehingga khatam dengan guru tersebut.
Mengetahui Rasam ‘UthmaniMengetahui tulisan ‘Uthmani seperti maqtu’, mausul, dan lain-lain.
Muafakat bacaannya pada satu wajah di antara beberapa wajah nahu walaupun dengan wajah yang daif. Sekiranya mempelajari Al-Quran dengan guru yang mengetahui ilmu nahu, maka masih sah bacaannya, ini menurut pendapat yang sahih.