Post on 04-May-2019
1
Rasulullah Model Kepimpinan
Berintegriti
Pada prinsipnya setiap manusia adalah
pemimpin. Pemimpin yang berjaya
adalah seseorang yang mengetuai
dirinya sendiri, keluarga, organisasi atau
pertubuhan, meneraju membuat
perubahan ke arah mencapai matlamat
yang ditentukan. Tanggungjawab ini
bukan mudah kerana banyak cabaran
dan ujian yang akan dihadapi. Peranan
penting seorang pemimpin ini pernah
dijelaskan oleh Nabi SAW dalam sabda
baginda yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari:
Mafhumnya: “Ingatlah! Setiap orang
daripada kamu adalah pemimpin dan
setiap kamu bertanggungjawab
terhadap apa yang dipimpinnya”.
Junjungan mulia Nabi Muhammad SAW
merupakan model terunggul dalam
kepimpinan. Rasulullah SAW adalah
pemimpin yang memenuhi fitrah
manusia sejagat melalui sifat-sifat mulia
seperti amanah, siddiq,
tabligh dan fatanah. Menurut sirah,
sebelum dari kerasulannya, pemimpin
Arab Quraish pernah memberikan
gelaran 'al-Amin' kepada Baginda
kerana ketinggian sifat integriti dan
akauntabiliti dalam memberi
perkhidmatan cemerlang kepada
masyarakat. Gelaran 'al-Amin' ini telah
membangkitkan rasa kasih sayang
berterusan sebahagian besar
masyarakat Quraish kepada Rasulullah
SAW.
Walau bagaimanapun cabaran yang
dihadapi oleh baginda juga cukup
hebat. Abu Jahal seorang pemimpin
kanan Quraish, pernah menawarkan
jawatan Raja, perempuan cantik, dan
harta kekayaan, supaya Rasulullah SAW
tidak meneruskan perjuangan Islam.
Namun, berdasarkan kekuatan integriti
dan maruah kepimpinan
Islam, maka Rasulullah SAW menolak
semua tawaran itu.
Selain Abu Jahal, al-Qur'an juga
merakamkan beberapa watak
kepimpinan korup yang tidak berintegriti
sehingga merosakkan negara,
memecah belahkan masyarakat dan
membawa kesengsaraan kepada
keluarga, bangsa dan agama. Watak
tersebut ialah Fir'aun, Haman, dan Qarun.
Hinanya mereka hingga kezaliman
mereka dikecam sehingga kini.
Dr Sheikh Yusuf al-Qaradhawi
menjelaskan bahawa Fir'aun adalah
pemerintah diktator, mempunyai bidang
kuasa mutlak menghukum musuhnya
sesuka hati dan mendakwa dirinya tuhan
kerana meyakini tidak ada kuasa lain
boleh menggugat
pemerintahannya; Haman pula seorang
yang sentiasa berlegar mengelilingi
Fir'aun menjalankan tugas ampu-
mengampu untuk memperkukuhkan
PEKA INFO
PERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
2
kekuasaan Fir'aun; manakala Qarun pula
seorang tokoh korporat yang mengambil
manfaat daripada pemerintah. Dia
membantu pemerintah dengan
kewangannya dengan harapan akan
mengaut habuan lebih besar tanpa
mempedulikan penderitaan orang lain.
Integriti seorang pemimpin berkait rapat
dengan imej agama Islam dan nasib
keluarga serta umatnya di dunia hingga
akhirat. Lihat sahaja bukti kepimpinan
Rasulullah SAW yang mengasihi umatnya,
sehinggakan di waktu sakaratulmaut pun
baginda masih terkenang mengenai
nasib umatnya di dunia ini dengan
keluhan yang berat. Berulang kali
baginda menyebut umatku! umatku!
umatku!.
Hasil kepimpinan yang ditunjukkan oleh
Baginda SAW telah diterjemahkan dalam
kepimpinan Khalifah Umar Al-Khatab RA.
Khalifah Umar RA adalah salah seorang
pemimpin yang sangat disayangi rakyat
kerana tanggungjawabnya yang luar
biasa terhadap rakyat jelata. Dalam
suatu peristiwa ketika beliau sedang
meronda di sekeliling kota pada waktu
malam untuk meninjau kehidupan
rakyatnya, beliau terdengar tangisan
kanak-kanak yang sedang kelaparan,
sedangkan ibunya tidak mempunyai
apa-apa untuk dimasak. Ibu tersebut
terpaksa berpura-pura memasak
dengan memasukkan beberapa ketul
batu kedalam periuk supaya anak itu
berhenti menangis. Melihat suasana
yang menyayat hati itu, maka Khalifah
Umar al-Khatab RA telah membawa
beberapa guni gandum dan memasak
sendiri untuk ibu dan anak yang
kelaparan tadi. Perbuatan Khalifah Umar
RA mendapat pujian dari wanita tersebut
tanpa mengetahui bahawa orang yang
menolongnya tadi adalah Khalifah Islam
yang sebenarnya sedang memimpin
negara ketika itu. Semoga kisah tauladan
ini memberi manfaat dan pengajaran
yang berguna kepada kita.
Sebagai kesimpulannya, semua pihak
hendaklah menginsafi diri dengan
mempertingkatkan kualiti jati diri dan
integriti yang telah dicontohi Rasulullah
SAW dan para sahabat melalui langkah
berikut:
A) Memantapkan urus tadbir negara,
masyarakat, dan keluarga
berpandukan syariat Islam,
B) Menjauhi daripada mencontohi
watak tokoh pemimpin yang korup,
C) Harus diingat bahawa, golongan
yang tidak berintegriti walaupun
terlepas hukuman di dunia tetapi
mereka tidak terlepas daripada
hukuman Allah SWT pada hari
akhirat, dan
D) Pemimpin yang berintegriti akan
lebih dihormati, dikagumi dan
disayangi oleh keluarga dan
masyarakat.
Sumber : Unit Integriti MOA
3
DATO’ HAJI MOHD SALIM BIN HAJI TAHA
B.C.M, J.S.M, D.I.M.P
BIODATA
Jawatan : Ketua Pengarah LPP
Tarikh Lahir : 22 Mac 1958
Tempat Lahir : Muar, Johor
Gred : Jusa B (VU6)
Tarikh Lantikan : 01 April 1983
A) KELAYAKAN AKADEMIK
1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas
Dua Atas (UKM) - 1983
2. Ijazah Master Sains (Pembangunan
Sumber Manusia)(UPM) - 1998
B) PENGALAMAN KERJA
TARIKH JAWATAN
01.04.1983 hingga 31.03.1986
Penolong Pengarah Pentadbiran Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Ibu Pejabat LPP – Gred A22
01.04.1986 hingga 30.11.1990
Penolong Pengarah Kewangan (Perolehan) Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Ibu Pejabat LPP – Gred A22/E3
01.12.1990 hingga 31.05.1991
Penolong Pengarah Pengurusan Bahagian Pengurusan Pertubuhan Peladang Ibu Pejabat LPP – Gred E3
01.06.1991 hingga 03.10.1993
Penolong Pengarah Penyeliaan Bahagian Penyeliaan Ibu Pejabat LPP – Gred E3
04.10.1993 hingga 30.06.1996
Timbalan Pengarah LPP Negeri Pulau Pinang – Gred E3
01.07.1996 higga 30.06.1998
Cuti Belajar di Peringkat Sarjana Sains UPM
01.07.1998 hingga 15.07.1999
Urusetia Pejabat Ketua Pengarah LPP
16.07.1999 hingga 15.11.2001
Penolong Pengarah Latihan Bahagian Latihan Ibu Pejabat LPP – Gred E3
16.11.2001 hingga 05.10.2003
Pengarah LPP Negeri Melaka – Gred E3/E48
06.10.2003 hingga 31.08.2009
Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Ibu Pejabat LPP – Gred E52/E54
01.09.2009 hingga 31.08.2010
Pengarah Bahagian Pengeluaran Ladang Ibu Pejabat LPP – Gred 54
01.09.2010 hingga 01.12.2015
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Gred Jusa C (VU7)
02.12.2015 hingga sekarang
Ketua Pengarah Gred Jusa B (VU6)
4
TEMUBUAL BERSAMA Y.BHG DATO’ KETUA PENGARAH
PEKA :
Assalamualaikum Dato’ dan tahniah kerana masih
dapat berkhidmat dengan jayanya sehingga akhir-
akhir perkhidmatan
Dato’ KP :
Mualaikum salam wrt. Terima kasih atas
pandangan-pandangan dan mengikuti
perkembangan sepanjang saya menjadi Ketua
Pengarah LPP.
PEKA :
Dato’ telah berkhidmat dengan LPP sejak 1 April
1983 iaitu selama lebih 34 tahun. Bagaimana
perasaan Dato’ secara menyeluruh setelah sekian
lama berkhidmat dengan LPP?
Dato’ KP :
Saya rasa bersyukur kerana telah berkhidmat
dengan LPP kerana jiwa saya sangat sesuai dan
selaras dengan apa yang dilaksanakan oleh LPP
sebagai salah satu agensi pembangunan luar
bandar yang melibatkan ahli-ahli Peladang,
Penternak dan Nelayan. Saya sangat berpuashati
kerana dengan bertugas di LPP kita dapat
bertemu dengan semua peringkat bermula dari
peringkat atasan iaitu di Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani (MOA), Peringkat Negeri,
Exco Pertanian sampailah ke kumpulan sasar kita
iaitu ahli PP di peringkat kawasan. Ini dapat
memberi kita ruang untuk melaksanakan, melihat
hasil kerja kita secara pasti dan menyelia apa
yang telah kita rancangkan. Pada saya LPP
merupakan satu agensi yang tepat dengan apa
yang saya alami dan rasai sepanjang saya
berkhidmat dengannya.
PEKA :
Dato’ juga merupakan pegawai yang
berpengalaman luas dimana pernah bertugas di
pelbagai bidang di beberapa Negeri/Bahagian
sebelum menjawat Timbalan Ketua Pengarah
Pembangunan. Boleh Dato berkongsi dengan
kami Negeri atau Bahagian mana yang paling
seronok, mencabar dan paling bermakna yang
Dato’ telah berkhidmat dan mengapa?
Dato’ KP :
Sebenarnya bekerja di LPP disemua peringkat
sangat menarik dan memberi kepuasan tidak kira
bekerja di peringkat ibu pejabat, negeri mahupun
kawasan. Bekerja di LPP memberi peluang
kepada kita melawat semua kawasan kerana PPK
berada diseluruh negara yang meliputi
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Saya berpeluang melawat keseluruhan tempat
bagi melihat perkembangan PPK samada di
bawah seliaan LPP, KADA, MADA dan Jabatan
Pertanian Sarawak. Pada saya tempat bertugas
yang mencabar adalah apabila kita berada di
peringkat Negeri kerana kita akan berhadapan
dengan kumpulan sasar. Menyelesaikan masalah
di lapangan, pertikaian antara PPK dan ahli,
masalah baja yang lambat diterima oleh ahli PPK,
traktor dan ’combine harverster’ yang tenggelam
di petak sawah dan lain-lain. Kita terpaksa
berdepan dengan cabaran-cabaran sebegini dan
mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Berkhidmat di bawah wing pembangunan
memperkayakan lagi pengalaman, meluaskan
kemahiran yang sedia ada, mengimbangi semua
program di peringkat negeri dan kawasan bagi
mempastikan mereka menerima manfaat dari apa
yang telah kita laksanakan.
PEKA :
Sebagai pegawai yang telah lama berkhidmat di
LPP, adakah terdapat perbezaan cara berfikir dan
bekerja pegawai-pegawai dahulu dengan yang
sekarang?
Dato’ KP :
Sebenarnya perubahan atau perbezaan adalah
disebabkan oleh sistem. Pada masa sekarang
tumpuan kita lebih kepada kumpulan sasar sama
ada ahli PPK, Peladang Muda, Peladang Nita,
pecahan umur, jantina dan sebagainya. Fokus kita
adalah untuk membangunkan apa yang kita
rancangkan secara komprehensif. Di dalam
konteks LPP, ditekankan kepada sistem berpusat
(system centric) yang mana ianya berpaksikan
5
kepada sesuatu sistem dan bukan berpaksikan
kepada individu. Sistem yang diwujudkan akan
digunapakai di semua peringkat sama ada Ibu
pejabat, negeri mahupun kawasan dan dengan ini
secara langsung akan memberikan kesan yang
baik. Sekiranya pegawai tiada disebabkan
pertukaran dan sebagainya, sistem masih kekal
dan masih boleh digunakan.
Berbanding cara kerja dahulu, fokus adalah lebih
kepada menyemarakkan semangat orang ramai
supaya menyertai PPK. Merubah ’mind set’
masyarakat supaya menjadi ahli, disamping
menonjolkan kebaikan atau faedah PPK kepada
ahlinya yang merupakan kekuatan sesebuah
PPK. Dari segi pendekatan dan fokus tersebut
sememangnya terdapat perbezaan dari segi
pemikiran dan cara kerja antara dahulu dan
sekarang.
PEKA :
Alhamdulillah Dato’ juga telah berjaya menjawat
jawatan Ketua Pengarah LPP semenjak 2
Disember 2015 lagi. Adakah Dato’ pernah terfikir
untuk mendapat jawatan tertinggi LPP ini semasa
mula-mula bertugas dulu dan mungkin Dato’ boleh
berkongsi petua, panduan dan seumpamanya
bagi pegawai-pegawai muda yang bercita-cita
untuk memegang jawatan tertinggi itu.
Dato’ KP :
Sebagai orang biasa, mendapat tawaran kerja
sudah cukup buat saya rasa bersyukur kerana
dengannya dapat membantu meringankan beban
keluarga. Saya tidak memandang apa yang ada di
LPP kerana niat bekerja di LPP dapat membuat
simpanan sudah memadai. Apabila kita telah lama
bekerja, meningkat usia baru kita nampak peluang
yang disediakan di LPP sekiranya kita
bersungguh-sungguh. Tapi apa yang penting
sebagai anggota dimana-mana organisasi
sekalipun, kesetiaan itu sangat penting, setia
pada organisasi. Sepanjang saya berkhidmat
hanya sekali memohon kerja di jabatan lain itu pun
tidak berjaya. Mungkin ada hikmahnya terus
bekerja di LPP.
Sebagai seorang pekerja kita perlu setia pada
organisasi, sedia untuk diarah selagi ianya
bersesuaian dengan keperluan. Sentiasa
menyediakan diri untuk ‘to be somebody’. Sebagai
contoh kalau sesuatu jawatan tu memerlukan
kelulusan Master, jadi kena berazam untuk
sambung belajar master dan rebut peluang untuk
dapatkan jawatan tersebut.
Menyediakan diri supaya penampilan itu dilihat
oleh ‘top management’ termasuk sumbangan kita
dalam kerja-kerja sukarelawan atau NGO seperti
MKSR, KSK, SKIP, KNB dan sebagainya. Kita
juga perlu sentiasa terbuka untuk memberi
pendapat dan cadangan kepada ‘top
management’ kerana anggota LPP adalah rakan
kongsi kepada pengurusan. Walaupun kita bukan
sebagai penyumbang utama tetapi kita perlu
lakukan sesuatu untuk organisasi.
Disamping itu, sentiasa berfikiran terbuka, jangan
terlalu rigid dan berfikiran sempit. Sentiasa berfikir
di luar kotak supaya kita dapat menampilkan
sesuatu yang baru kepada organisasi. Selain itu,
aspek pergaulan penting kerana ianya
mencerminkan PR (perhubungan awam) kita.
Jangan biarkan pergaulan kita tersekat dan
terkongkong. Binalah pergaulan dengan semua
pihak.
PEKA :
Apakah nasihat dan saranan Dato’ kepada
kepimpinan baru LPP yang akan datang ini?
Dato’ KP :
Pada saya, siapa juga yang memegang tampuk
kepimpinan dimana-mana organisasi pun, mereka
mesti membawa perubahan kerana ianya sangat
penting supaya LPP dapat terus menangani
masalah, tidak menjadi satu organisasi yang rigid
atau tidak berubah kerana persekitaran kerja
sentiasa berubah. Kita sebagai kepimpinan utama
mesti melihat keadaan yang bersesuaian dan
boleh menjadi panduan pada semua pihak.
Sebagai contoh Pelan Korporat LPP telah
mensasarkan perancangan kita sehingga tahun
2020 dimana semuanya telah digariskan, cuma
kaedah pelaksanaannya itu memerlukan kepada
perubahan strategi. Ini perlu dilihat dengan teliti
supaya peranan kita sejajar dengan apa yang
disasarkan oleh Kementerian. Kita juga perlu
sentiasa melaporkan kepada ‘top management’
tentang kejayaannya.
Keduanya, kita hendaklah sentiasa fokus kepada
kumpulan sasar. Kita harus sedar bahawa
kewujudan LPP, PPK, PPN dan NAFAS berpunca
dari ahli PPK. Ini merupakan ‘basic rule’ yang kita
6
kena pegang supaya jangan meninggalkan
mereka yang menjadi asas kepada ukuran
kejayaan. Kita boleh mempunyai bangunan yang
indah, kita boleh mempunyai projek yang berjaya
tetapi bagaimana kalau ahli tidak meningkat dari
segi pendapatan, kekukuhan ekonomi dan cara
berfikirnya.
Kita sudah mencapai usia 44 tahun. Jika ahli
peladang masih di takuk lama ia akan
menjejaskan imej LPP. Jangan sekali-kali lupa
bahawa ahli PP adalah asas dan kita di peringkat
pengurusan mesti membuat perubahan untuk
menjamin daya saing yang berterusan.
PEKA :
Apakah pula nasihat Dato’ kepada semua
pegawai-pegawai LPP di semua peringkat?
Dato’ KP :
Pertama sekali kita mesti bekerja sebagai satu
pasukan kerana di LPP kita ada pelbagai skim
yang melibatkan semua komposisi termasuk gred
E, J, W, N dan F. Sekiranya tiada semangat
berpasukan dalam membangunkan LPP maka ia
akan mendatangkan masalah. Tidak harus
memperjuangkan kelompok kita sahaja
sebaliknya berjuanglah untuk kebaikan LPP.
Keduanya, semua anggota kita mesti
meningkatkan pengetahuan, personaliti dan sikap
kerana ianya menjadi asas kepada kejayaan LPP
untuk menangani masalah yang akan datang. Kita
perlu memperlihatkan kelebihan kita dari orang
lain. Kita mesti bersedia melakukan kejutan yang
baik dalam konteks kumpulan sasar kita. Sektor
pertanian kini bersifat global dan banyak kaedah
terkini serta teknologi baru yang digunakan. Jadi
kita tidak boleh lari daripada perubahan itu. Selain
itu kita kena mengamalkan sifat-sifat integriti
seperti ketelusan, ketulusan dan mengelakkan
ketirisan kerana LPP sentiasa dipandang sebagai
agensi yang menerajui peladang di lapangan.
Sekiranya LPP sendiri tidak bersih sukar untuk
mendapat kepercayaan.
PEKA :
Pada pandangan Dato’, apakah langkah-langkah
selanjutnya yang perlu diambil oleh LPP untuk
mencapai matlamat penubuhannya iaitu
memajukan para peladang?
Dato’ KP :
Kita tidak boleh terus berpaksikan kepada kaedah
lama atau kaedah sedia ada. Pada saya kita kena
ada unsur-unsur proaktif, maknanya melihat
kehadapan lebih banyak dari melihat ke belakang.
Pencapaian kita pada masa hadapan bergantung
kepada nilai dan bagaimana kita menyantuni
setiap arahan-arahan semasa kerajaan. Sebagai
contoh masalah harga, kos yang tinggi,
bagaimana kita boleh membantu menangani
masalah tersebut.
Kita telah buktikan yang kita membantu dari segi
kos membajak, kos menuai yang agak rendah
berbanding harga pasaran. Projek 'Touch Point’
perlu lebih banyak bagi merangsang kumpulan
sasar kita termasuk masyarakat umum dan dalam
masa yang sama pelaksanaannnya perlu
dimantapkan. Ahli peladang akan merasa lebih
dihargai dan berkepentingan.
LPP juga perlu membina hubungan-hubungan
baik yang dengan ahli peladang. Kita telah
merungkai komposisi Ahli Jemaah Pengarah,
Peladang Muda, Peladang Nita dan menyediakan
satu proses penggantian kepimpinan di PP
supaya generasi muda boleh sama-sama
menyertai PP dan seimbangkan keperluan di PP.
Kita juga perlu mendorong dan meningkatkan
kemampuan usahawan termasuk mengurangkan
mentaliti sabsidi di kalangan mereka. Usahawan-
usahawan perlu dibimbing sehingga menjadi ‘role
model’ untuk ahli peladang yang lain. Ini sebagai
salah satu dorongan walaupun peladang kita
masih memerlukan bantuan dari kerajaan tetapi
masih menunjukkan usaha-usaha bagi mengubah
persepsi tersebut.
PEKA :
Tahniah kepada Dato’ yang telah menggerakkan
pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kepada
semua peringkat LPP/PP bagi menimbulkan
kesedaran kepada semua pihak kepentingan
membasmi rasuah dan juga meningkatkan
integrity di kalangan warga LPP dan kepimpinan
PP. Apa saranan Dato’ agar IBR ini benar-benar
berkesan atau mencapai matlamatnya dan
bagaimana usaha-usaha yang perlu dilaksanakan
bagi meningkatkan integriti di LPP/PP?
7
Dato’ KP :
Kita memang mudah berikrar, menandatangani
akujanji tetapi untuk menggerakkannya itu perlu
semangat yang kuat. Walaupun ia merupakan
satu tujuan yang baik tetapi sekiranya tidak dapat
dijiwai oleh masyarakat peladang mahupun
dikalangan anggota kita sendiri maka tujuan
tersebut sukar dicapai. Oleh sebab itu kita
mengadakan secara serentak IBR ini kepada
anggota kita diseluruh negara.
Kita di fasa kedua dimana ia dilaksanakan
diseluruh PPN di negeri masing-masing dan
seterusnya kita akan mengadakan sistem
penyeliaan yang lebih rapi. Kita tidak
menggunakan kaedah ‘reward & punishment’
secara meluas kerana ini bukan kaedah jangka
panjang. Kaedah jangka panjang adalah
bagaimana menimbulkan kesedaran apa yang
dibuat adalah sesuatu yang salah dan tidak perlu
dilakukan dan yang paling mustahak adalah
memperkuatkan aspek kerohanian.
Mendedahkan dengan perkara-perkara yang ada
kesan kepada orang ramai dan ahli peladang
serta tidak menampilkan keburukan. Dalam hal
yang sama kita perlu menutup ruang-ruang
perbuatan salah laku, salahguna kuasa,
salahguna wang dengan menetapkan S.O.P
supaya semua anggota kita faham dan jelas.
S.O.P akan digunapakai untuk memperbaiki
perkara-perkara tersebut di masa akan datang.
Tidak kurang juga kita perlu sentiasa mengadakan
‘rotation’ di jabatan-jabatan yang kritikal bagi
mengurangkan ruang-ruang salah guna kuasa.
Akhir sekali memberi kesedaran pada diri sendiri
dan bagaimana perkara ini dapat dirasai, ditolak
oleh individu itu tanpa perlu ada arahan pihak
atasan.
PEKA :
Alhamdulillah, Dato’ juga telah memperkenal dan
memperkasakan kepentingan pematuhan syariah
dengan menubuhkan Cawangan Pematuhan
Syariah di LPP dan seterusnya melantik Panel-
panel Pematuhan Syariah bagi memantau
perjalanan urusniaga/proses kerja di LPP/PP.
Boleh Dato’ luahkan hasrat dan harapan hala tuju
program pematuhan syariah ini.
Dato’ KP :
Sebenarnya kita di LPP amat bernasib baik
kerana kita mempunyai hampir 98% ahli yang
beragama Islam. Tapi jika dilihat di Sabah dan
Sarawak mungkin bilangan bumiputra disana
agak berlainan dengan yang ada di semenanjung.
Sebenarnya pematuhan syariah sebagai satu
langkah untuk membersihkan diri anggota-
anggota kita terutamanya yang beragama Islam
kepada satu kaedah yang dituntut oleh syarak dan
ianya merupakan fardu kifayah. Apabila ianya
fardu kifayah, melaksanakannya pasti ada
ganjaran kerana bekerja itu satu ibadah. Sentiasa
melihat Islam itu sebagai penanda aras yang
tinggi yang perlu dicapai. Pematuhan syariah ini
bukan sahaja melibatkan sistem dan
pelaksanaan, bahkan dipantau oleh panel syariah
yang sentiasa ada bersama-sama kita. Ini penting
supaya dapat membebaskan anggota kita di LPP
dan PP dari unsur-unsur negatif yang ada dalam
diri kerana setiap diri kita ini ada sifat-sifat terpuji
dan sifat-sifat terkeji. Jadi kita perlu
menambahkan sifat terpuji dan mengurangkan
sifat terkeji tersebut.
Ini bukanlah bermakna kita hendak menafikan hak
orang bukan Islam. Sebagaimana kita ada sistem
konvensional, kita juga ada sistem islamik yang
sesuai yang tidak melibatkan persoalan akidah.
Cuma dari segi pelaksanaan cara hidup,
melaksanakan projek yang telus dapat diteruskan
lagi. Ia tidak menjadi beban kepada sesiapa
sahaja untuk melaksanakan sistem ini kerana ia
tidak melibatkan unsur akidah tetapi lebih kepada
unsur kehidupan dan persediaan kepada
kehidupan yang lebih baik dan menguruskan
organisasi yang lebih telus dan berkat.
PEKA : Saya lihat walaupun umur Dato’ hampir
menjangkau 60 tahun, Dato’ masih bertenaga
bekerja, turun padang dan juga aktif dalam aktiviti-
aktiviti seperti mendaki gunung dan
seumpamanya. Apa rahsia dan nasihat Dato’
berkaitan kesihatan kepada semua warga LPP?
YBhg. Dato’ KP :
Banyak amalan-amalan yang disarankan oleh
Islam yang boleh membawa kebaikan sekiranya
kita mengamalkannya secara berterusan dan
istiqomah. Jika kita mempunyai masalah
kesihatan, tanganinya dengan cara yang betul.
8
Pertamanya mengamalkan petua-petua kerana ia
tidak melibatkan kos. Sebagai contoh, bangun
pagi sebelum kita memberus gigi, kumur mulut
dahulu kerana mulut kita mempunyai enzim yang
membantu membersihkan perut kita. Amalan ini
apabila dilakukan berterusan akan membantu
kita.
Keduanya melakukan senaman secara
berterusan kerana ianya sangat penting untuk
memastikan kita sentiasa cergas. Senaman
seperti berjalan kaki, berbasikal, menggunakan
alatan senaman. Kesihatan merupakan aset
utama diri kita.
Saya menasihat kepada semua anggota kita
sentiasa menjaga kesihatan diri kerana ia akan
membolehkan kita menjadi yang terbaik,
sebaliknya sekiranya kesihatan terganggu akan
menjejaskan kerja seharian kita. Otak atau
pemikiran yang baik itu berasal dari badan yang
sihat. Sertailah badan-badan kesukanan seperi
MKSR, SKIP yang banyak menganjurkan aktiviti-
aktiviti seperti ini. Kita mungkin tidak mampu untuk
malakukannya sendiri tetapi bila berkumpulan
lebih seronok dan bersemangat.
Selain itu, aspek pemakanan juga sangat penting.
Makanlah makanan yang sihat dan masa makan
yang betul dengan kuantiti yang sesuai. Elakkan
aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan diri. Kita
juga perlu sentiasa menjalankan pemeriksaan
kesihatan berkala untuk mengetahui tahap
kesihatan kita.
Saya pernah mendengar satu kisah ada seorang
pegawai kerajaan yang mana selama berkhidmat
dengan jabatan tidak pernah mengambil cuti sakit
dan pernah menerima anugerah. Tetapi bila
beliau berpencen, keesokkan harinya beliau
meninggal. Ini bermakna beliau tidak pernah
memeriksa tahap kesihatannya. Jadi kita perlu
sentiasa memastikan kita sentiasa berada dalam
tahap kesihatan yang baik.
PEKA :
Dato’ akan mula bersara pada 22 Mac 2018. Apa
perasaan Dato’ dan apa perancangan Dato’
semasa bersara nanti?
Dato’ KP :
Sebenarnya saya tidak bercadang untuk
menyambung perkhidmatan saya selepas
22 Mac 2018. Sememangnya ia adalah tarikh
akhir perkhidmatan saya sebagai Ketua Pengarah
LPP. Pengisian masa berpencen ini saya
bercadang untuk terlibat dalam projek ekonomi
untuk mengembalikan stamina kita setelah kita
meninggalkan kerja-kerja di lapangan.
Meneruskan projek-projek kelapa sawit yang
sedia ada, merancang projek madu kelulut
sabagai satu projek tambahan, tanaman pokok
buah kedondong usahasama dengan perusahaan
jeruk Pak Ali. Selain itu, kerja-kerja kebajikan akan
saya teruskan. Saya sebenarnya merupakan
pengamal perubatan Darul Syiffa dan telah
memperoleh ijazah dalam bidang tersebut dan
saya akan gunakan kebolehan ini untuk kerja-
kerja kebajikan saya. Untuk menjadi pengamal
perubatan Darul Syiffa ini bukan sesuatu yang
mudah. Perlu mematuhi syarat-syarat yang ketat
antaranya kuliah perlu 7 hari setahun dan
beberapa syarat lain. Ini adalah sebahagian
daripada perancangan saya selepas bersara
Insya Allah.
PEKA : Mohon Dato’ beri nasihat atau
cadangan kepada PEKA LPP ini.
Dato’ KP :
Persatuan tidak boleh bergerak hanya dengan
idea-idea kumpulan sahaja tetapi kita perlu
melihat keseluruhan keperluan di LPP kerana kita
yang menerajui badan-badan lain di LPP. Tidak
perlu membezakan skim-skim perkhidmatan yang
ada di LPP. Saya menasihatkan kepimpinan di
dalam PEKA ini jangan terlalu memikirkan
kepentingan peribadi masing-masing. Kita perlu
menampilkan sumbangan kita yang akan
memberi imej yang baik kepada LPP. Tidak kisah
kita berada dimana, MKSR atau SKIP atau badan-
badan yang lain kita perlu tonjolkan sesuatu yang
baik. Individu itu akan datang seiring dengan apa
yang telah ditonjolkan dan akan digunakan oleh
semua pihak.
Selain itu, PEKA perlu memasyarakatkan semua
peringkat dengan memberikan perkhidmatan dan
layanan yang sama rata. Apa yang lebih penting
adalah menyekat supaya jangan ada idea-idea
yang terkeluar dari landasan kita. Contohnya
pelantikan orang luar sebagai Ketua Pengarah
sepatutnya kita kena mempertahankan orang
dalaman LPP untuk memimpin LPP kerana kita
lebih dekat dan menjiwai dari mula, menjiwai sikap
9
dan mengenalpasti kekurangan dan kelebihan
anggota-anggota kita. Kekalkan lantikan Ketua
Pengarah LPP ini dikalangan pegawai-pegawai
LPP sahaja.
PEKA :
Akhir sekali PEKA mengucapkan ribuan terima
kasih di atas sumbangan Y Bhg Dato’ selama
berkhidmat dalam LPP. Kami juga mendoakan
agar Dato’ dan keluarga diberi kesihatan yang
baik, dipermudahkan segala urusan dan
seterusnya dimurahkan rezeki dan dilindungi
Allah.
Dato’ KP :
Terima kasih atas harapan dan doa. Saya sendiri
sangat yakin dengan bakal pengganti saya walau
siapa pun yang dilantik. Insya Allah kita akan terus
ada hubungan yang baik kerana LPP telah
menyediakan platform seperti Alumni, sebuah
badan yang menaungi anggota-anggota kita yang
bersara. Kita akan bersama-sama dengan Alumni
untuk memberikan pandangan-pandangan yang
baik untuk LPP di masa akan datang. Saya amat
yakin LPP sentiasa menampilkan pengganti-
penganti yang baik dan sentiasa bersedia
menerima perubahan dan saya yakin LPP akan
terus maju.
PELAN KORPORAT LPP
2016 - 2010
TERAS STRATEGI PKE- 6
10
PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PESARA LPP
Haji Rusmin bin Juwahir
Pengurus Besar PPN Johor
3 Februari 2017
En Maad Tazri bin Ngah Zakaria
Timbalan Pengarah LPP Perak
20 Februari 2017
Tuan Haji Ramli bin Md Isa
Pengarah LPP Melaka
4 Februari 2017
11
Encik Mohd Naser bin Haron
Timbalan Ketua Pengarah Operasi
17 Mei 2017
Tuan Haji Rosli Hanar bin Mansor
Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang
12 September 2017
Encik Jamaludin bin Ishak
Timbalan Pengarah Bhg Audit Pertubuhan
23 Jun 2017
En Azhari bin Md Isa
Pengarah LPP Pulau Pinang
1 April 2017
12
Integriti Kerja Dari
Perspektif Islam
Integriti merupakan satu perkataan yang
sinonim dan biasa kita dengar saban hari.
Maksud Integriti mengikut Kamus Dewan
edisi Ketiga ialah kejujuran; keadaan
sempurna dan utuh, mempunyai atau
menunjukkan komitmen terhadap
sesuatu.
Dalam Islam, Integriti merupakan satu
perkara yang sangat penting
terutamanya Integriti dalam pekerjaan. Al-
Syahid Imam Hasan al-Banna berkata : “
Islam menggalakkan manusia bekerja dan
mencari rezeki. Malah Islam menetapkan
orang yang berkemampuan wajib
bekerja. Islam amat memuji pekerja-
pekerja yang mahir lagi professional. Islam
juga mengharamkan manusia meminta-
minta. Islam menjelaskan bahawa ibadat
yang terbaik ialah bekerja. Bekerja adalah
sunnah para Nabi. Hasil usaha yang
terbaik adalah dengan hasil usaha tangan
sendiri. Islam mengecam mereka yang
menganggur dan juga mengecam
mereka yang menjadi beban kepada
masyarakat walau dengan alasan apa
sekalipun untuk mereka menganggur,
untuk memberi tumpuan kepada ibadat”.
Islam tidak pernah mengenal erti
pengangguran sebegini. Bertawakal
kepada Allah swt adalah dengan cara
melakukan sesuatu dan yang boleh
mendatangkan hasil. Jika salah satu
perkara ini tidak dilakukan, ia bukanlah
tawakal. Rezeki yang ditentukan dikaitkan
dengan usaha yang berterusan. Allah swt
berfirman dalam surah atTaubah ayat 105
yang bermaksud :
“ Dan katakanlah (wahai Muhammad):
Bekerjalah kamu, maka Allah akan
melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-
Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu
akan dikembalikan kepada (Allah) yang
mengetahui yang ghaib dan nyata . Lalu
diberitakan-Nya kepada kamu apa yang
telah kamu kerjakan.”
Al-Qurtubi berkata: “ kalaulah seseorang
melakukan sesuatu perkara dalam
tembok batu, tiada pintu dan tingkap
sekalipun, nescaya keluar amalannya itu
kepada manusia”. Ibn kathir pula
menyebut dengan menaqalkan
pendapat Mujahid: “ ini merupakan
ancaman yakni daripada Allah swt
kepada orang yang melanggar arahan-
Nya di mana segala amalannya
dibentangkan kepada Allah swt, Rasul
dan orang yang beriman”.
Manusia diciptakan oleh Allah swt dengan
unsur kerohanian dan fizikal yang
merupakan potensi bagi membolehkan
manusia mengurus tadbir dunia
berbanding makhluk Allah swt yang lain.
Proses pemantapan fungsi manusia akan
menjadi sempurna apabila kedua-dua
unsur tersebut berkembang secara
sepadu dan seimbang. Unsur kerohanian
adalah unsur abstrak yqng terdiri dari roh,
akal dan nafsu perlu dididik dengan nilai-
nilai yang bersifat kerohanian yang
memerlukan mekanisme pemantauan
yang dikenali sebagai muhasabah diri.
Tanpa didikan dan kawalan akan
menyebabkan nafsu menguasai tindakan
individu dan seringkali juga akal tidak
dapat melaksanakan fungsinya yang
13
sebenar Apabila situasi ini berlaku akan
mendorong individu melakukan sesuatu
yang 7 bertentangan dengan norma
kehidupan, peraturan dan undang-
undang . Dalam konteks pengurusan dan
tadbir urus organisasi, pembudayaan
integriti memerlukan kefahaman dan
kesedaran bahawa etika tersebut mesti d
i a m a l k a n d a n p e n g a b a i a n n y a
a k a n membawa kerosakan bukan
sahaja kepada diri sendiri tetapi juga
kepada orang lain dan organisasi. integriti
dapat dipupuk dan dimantapkan melalui
peringatan bahawa tugas adalah
amanah, tindak tanduk individu dipantau
melalui konsep ihsan, konsep
pengetahuan dan penyaksian Allah swt
tidak ada batasan waktu dan tempat.
Manakala konsep-konsep lain yang
berteraskan nilai ajaran Islam yang akan
menambah kekuatan dalaman penjawat
awam untuk menghadapi tugas yang
semakin mencabar.
Seorang yang soleh merumuskan cara
menewaskan musuh ketatnya sama ada
hasutan syaitan atau hawa nafsu
hendaklah merenung dan mimikirkan
cara-cara dari pintu manakah syaitan
masuk ke dalam diri manusia. Antara cara
ia masuk ke dalam diri manusia ialah
melalui sepuluh pintu dan hendaklah
dihindari dengan:
Pertama: Tamak dan buruk sangka.
Hadapilah dengan sifat manaruh
kepercayaan kepada apa yang ada.
Kedua: Cintakan kehidupan dunia dan
panjang angan-angan. Hadapilah
dengan perasaan takut terhadap
kedatangan maut yang boleh berlaku
saban hari.
Ketiga: Cintakan kemewahan. Hadapilah
dengan kayakian bahawa kenikmatan itu
akan hilang dan balasan buruk pasti
menanti.
Keempat: Kagum terhadap diri sendiri
(‘ujub). Hadapilah dengan rasa terhutang
budi kepada Allah. Disunting oleh Luqman
bin Mahadi
Kelima: Memandang rendah terhadap
orang lain dan tidak menghormati
mereka. Hadapilah dengan mengenali
hak-hak serta menghormati mereka
secara wajar.
Keenam: Hasad dengki. Hadapilah
dengan sifat berpada (qanaah) dan
redha terhadap kerniaan Allah swt
kepada makhluk-Nya.
Ketujuh; Riya’ dan sukakan pujian.
Hadapilah dengan sifat keikhlasan.
Kelapan: (Bakhil) Kedekut. Hadapilah
dengan menyedari bahawa apa yang
ada pada makhluk akan binasa
manakala yang kekal itu berada di sisi
Allah swt.
Kesembilan: (Takabbur) membesar diri.
Hadapilah dengan rasa tawadhu’
(rendah diri) Keseuluh: Tamak Haloba.
Hadapilah dengan kepercayaan
ganjaran yang disediakan di sisi Allah swt
dan tidak tamak terhadap apa yang ada
di sisi manusia.
Kesepuluh: Tamak Haloba. Hadapilah
dengan kepercayaan ganjaran yang
disediakan di sisi Allah swt dan tidak tamak
terhadap apa yang ada di sisi manusia.
Sumber : Unit Integriti MOA
14
TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA AHLI-AHLI PEKA YANG MEMPEROLEHI
PHD DAN MASTER
Mohd Azizie bin Ahtar
Doctor in Business Administration, UUM
Penempatan sekarang: PPN Pahang
Mohd Syahril b Abdul Ghani
Master in Marketing, UKM
Penempatan sekarang: PPD Perak Utara
Tasliahwiznah Binti Md Talip
Master in Business Administration, UPM
Penempatan sekarang: Unit Integriti
Zulkifly Bin Jamil
Master in Business Administration, UKM
Penempatan sekarang: PPD Perak
Haji Hydeer Jaleel bin Gafoor Abdul Rasheed
Master of Business Administration, UMK
Penempatan sekarang : Pengurus Besar PPN Kedah
15
TAHNIAH SENARAI PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2017
BIL NAMA JAWATAN
1 Mohd Naser bin Harun Timbalan Ketua Pengarah Operasi (Bersara)
2 Zulkifly bin Ismail Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
3 Rosli Hanar bin Mansor Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (Bersara)
4 Zaibelah binti Md Lelah Ketua Cawangan Undang-undang
5 Zaheran binti Abd Ghani Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan
6 Mohd Hanifa bin Awang Su Pengurus Besar PPN Pulau Pinang
7 Ruhaida binti Mat Tukiran Jurutera Bahagian Kejuruteraan
8 Salleh bin Othman Timbalan Pengarah Bahagian Kewangan
9 Mohd Redzuan bin Kassim Penolong Pengarah Bahagian Penyeliaan
10 Mohd Yusof bin Abd Jalil Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian
11 Mazmul Azan bin Ismail Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan
12 Syamsul Azran bin Shukor Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan
13 Mohd Farhan bin Zainul Alam Penolong Pengarah Bahagian Pengeluaran Ladang
14 Azman bin Zainal Abidin Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
15 Azizul bin Lebai Ishak Pengarah LPP W.P Labuan
16 Azizan bin Mohd Isa Penolong Pengarah LPP Negeri Kedah
17 Azhari bin Md Isa Pengarah LPP Negeri Pulau Pinang (Bersara)
18 Jamaludin bin Ismail Pengurus Besar PPK Kg Pelet, Pulau Pinang
19 Mohammad Nasir bin Sakijan Penolong Pengarah LPP Negeri Perak
20 Ahmad Rozali bin Khanan Pengurus Besar PPK Langkap
21 Mohd Hafiz bin Aziz Pengurus Besar PPK Kuala Selangor
22 Rohman bin Jasmani Pengurus Besar PPK Pasir Panjang
23 Rahmat bin Sohod Penolong Pengarah LPP Negeri Sembilan
24 Ramli bin Md Isa Pengarah LPP Negeri Melaka (Bersara)
25 Yazid bin Mahat Timbalan Pengarah LPP Negeri Johor
26 Ramlan bin Othman Penolong Pengarah LPP Negeri Johor
27 Muhammad Sahri bin Mohamad Penolong Pengarah LPP Negeri Johor
28 Husnani binti Abdul Manan Penolong Pengarah LPP Negeri Pahang
29 Hasmila binti Abas Penolong Pengarah LPP Negeri Terengganu
30 Md Zahari bin Abdullah Pengarah LPP Negeri Kelantan
31 Weldan bin Musa Pengetua IPP Panji (Telah meninggal dunia - Alfatihah)
32 Fitrisubroto bin Yahmin Penolong Pengarah LPP Negeri Sabah
16
TAHNIAH KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI YANG MENDAPAT
KENAIKAN PANGKAT
BIL NAMA ANGGOTA TEMPAT BERTUGAS MEMANGKU GRED TEMPAT
BERTUKAR TARIKH
KUATKUASA
1.
Azulita Binti
Salim
Akauntan Gred
WA54.
Kaunselor Pertanian Gred 54 Pejabat Atase Pertanian Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Itali
Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jusa C/VU7
Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Operasi
1/8/2017
2
Azizan bin Abd
Hamid
Pegawai Ehwal
Ekonomi Gred
E48
Pengarah LPP Negeri Sembilan
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E52
Pengarah LPP Negeri Sembilan
1/8/2017
3
Siti Aini binti Osman Pegawai Ehwal
Ekonomi Gred
E48
Pengarah LPP Negeri Kedah
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E52
LPP Negeri Kedah
1/8/2017
4
Mohd Saupee
bin Sudin
Pegawai Ehwal
Ekonomi Gred
E44
Timbalan Pengarah Bahagian Pengeluaran Ladang
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E48
Timbalan Pengarah Bahagian Pengeluaran Ladang
1/8/2017
5
Ahmad Fuad bin Zakaria Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E44
Pengurus Besar PPN Selangor
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E48
Pengurus Besar PPN Selangor
1/8/2017
6
Hyder Jaleel bin Ghafoor Abdul Rasheed Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E44
Pengurus Besar PPN Kedah
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E48
Pengurus Besar PPN Kedah
1/8/2017
17
BIL NAMA ANGGOTA TEMPAT BERTUGAS MEMANGKU GRED TEMPAT
BERTUKAR TARIKH
KUATKUASA
7
Mohd Khairi Bin Mohd Hadzir Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E44
Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E48
Penolong Pengarah BKP Timbalan Pengarah BKP
1/8/2017
8
Muhamad Sahri bin Mohamad Pegawai Ehwal Ekonomi Fleksi Gred E44
Ketua Cawangan Urusan Pendaftar LPP Negeri Johor
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E44
Ketua Cawangan Urusan Pendaftar LPP Negeri Johor
1/8/2017
9
Abd Razak bin Said Pegawai Ehwal Ekonomi Fleksi Gred E44
Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E44
Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian
1/8/2017
10
Noh bin Mohamad Pegawai Ehwal Ekonomi Fleksi Gred E44
Penolong Pengarah Bahagian Perniagaantani
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E44
Penolong Pengarah Bahagian Perniagaantani
1/8/2017
11
Mohd Hafiz bin Aziz Pegawai Ehwal Ekonomi Fleksi Gred E44
Pengurus Besar PPK Kuala Selangor
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E44
Pengurus Besar PPK Kuala Selangor
1/8/2017
12
Catherina Edward Pegawai Ehwal Ekonomi Fleksi Gred E44
Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan (Cuti Belajar)
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E44
Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan (Cuti Belajar)
1/8/2017
13
Amir bin Matamin Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E52
Timbalan Pengarah LPP Negeri Sabah
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E54
Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang
1/11/ 2017
14
Ahmad Hanafi bin Mohamed Ismail Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E48
Pengarah LPP Melaka
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E52
Pengarah LPP Melaka
1/11/ 2017
15
Mozamir bin Haji Hussein Pegawai Ehwal Ekonomi E44
Timbalan Pengurus Besar PPNJ
Pegawai Ehwal Ekonomi E48
Timbalan Pengurus Besar PPNJ
1/11/ 2017
18
PEKA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA BARU KE GRED 41
BIL NAMA PENEMPATAN / BAHAGIAN GRED TARIKH
LANTIKAN CATATAN
BULAN MEI 2017
1 MOHAMMAD FAIZZUDDIN BIN MOHAMMAD BAKI
LPP KL J41 02.05.2017 LANTIKAN BARU
2 SYED ABDUL HAIYE BIN SYED ISMAIL PPN PERAK WA41 02.05.2017 LANTIKAN BARU
BULAN JULAI 2017
1 SITI MUNIRAH BINTI MOHAMED NOOR BHG PENYELIAAN E41 03.07.2017 LANTIKAN BARU
2 MUHAMMAD BIN MOHAMAD ASRI CAW PEMATUHAN SYARIAH E41 03.07.2017 LANTIKAN BARU
3 NOOR ZURAINI BINTI ZAINUDIN CAW UNDANG-UNDANG E41 03.07.2017 LANTIKAN BARU
4 NURULJANNAH BINTI MOHAMAD RADZI BHG PERANCANGAN DAN PENILAIAN E41 03.07.2017 LANTIKAN BARU
5 MOHD DYIYAUDDIN BIN NOR AZMINUDDIN IPP LANGKAWI E41 03.07.2017 LANTIKAN BARU
6 ASZA ASZIANA BINTI MOHD SA'AID BHG HAL EHWAL KORPORAT E41 03.07.2017 LANTIKAN BARU
7 MOHAMMAD ROSLI BIN HUSSIN LPP NEGERI SEMBILAN E41 03.07.2017 PSL
8 MOHD SHAHABUDIN BIN ISMAIL BHG PERNIAGAANTANI E41 03.07.2017 PSL
9 ROZITA BT ADNAN LPP NEGERI KEDAH E41 03.07.2017 PSL
10 ZAID BIN RAMLI LPP NEGERI JOHOR E41 03.07.2017 PSL
11 SHAHROL NIZAM BIN DAUD LPP NEGERI PAHANG E41 03.07.2017 PSL
12 WAN KHAIRUL FAIZEE BIN WAN ZULKIFLI LPP NEGERI PERAK E41 03.07.2017 PSL
BULAN OGOS 2017
1 MUHAMMAD ZUHAILI BIN MOHAMAD SAIPUDDIN
LPP NEGERI PAHANG E41 15.08.2017 LANTIKAN BARU
2 FARHANAH BT AHMAD JARKASI LPP NEGERI SEMBILAN E41 15.08.2017 LANTIKAN BARU
3 AMRUL AZRI BIN SHAMSUDDIN LPP WP LABUAN E41 15.08.2017 LANTIKAN BARU
4 MUHAMMAD ZAIM BIN MUHAMAD RAPIDI LPP NEGERI PAHANG E41 15.08.2017 LANTIKAN BARU
5 MOHD JOLHARRY BIN ABDUL RAZAK BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENILAIAN
E41 15.08.2017 LANTIKAN BARU
6 MOHD SUKRIHISHAM BIN GHAZALI IPP LANGKAWI E41 15.08.2017 PSL
7 KU MOHAMMAD SHAH BIN MANSOR LPP NEGERI PAHANG E41 15.08.2017 PSL
8 SYED NADZUAN BIN SAYED JAAFAR LPP NEGERI TERENGGANU E41 15.08.2017 PSL
9 YUNUS BIN LAUPE LPP NEGERI PULAU PINANG E41 15.08.2017 PSL
10 AZLINI BINTI ABDULLAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN E41 15.08.2017 PSL
BULAN DISEMBER 2017
1 ATHILIA BINTI AZHARI LPP NEGERI PAHANG E41 04.12.2017 LANTIKAN BARU
2 AQMAL ASYRAF BIN SALLEH LPP NEGERI SABAH E41 01.12.2017 LANTIKAN BARU
3 NOR MAZNI BINTI MANSOR LPP NEGERI JOHOR E41 04.12.2017 LANTIKAN BARU
4 MOHD FAEIZAL BIN MOHD RAZALI LPP NEGERI PAHANG E41 04.12.2017 LANTIKAN BARU
JUMLAH ANGGOTA LANTIKAN BARU DAN PSL TAHUN 2017 - GRED 41:
GRED E41 - 26 ORANG PSL - 11
GRED J41 - 1 ORANG
GRED WA41 - 1 ORANG
19
PEKA MENGUCAPKAN SELAMAT BERTUKAR DAN MAJU JAYA KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI LPP KE TEMPAT BARU
BIL NAMA ANGGOTA/JAWATAN/TEMPAT
BERTUGAS SEKARANG JAWATAN DAN TEMPAT
BERTUKAR TARIKH
BERTUKAR
1. Puan Hadriyani binti Ahmad (E52), Pengarah LPP W.P Labuan
Pengarah LPP Negeri Pulau Pinang
2/5/2017
2.
Encik Ahmad Hanafi bin Muhamed Ismail (E48), Timbalan Pengarah Bahagian Perniagaantani
Pengarah LPP Negeri Melaka
2/5/2017
3. Encik Azizul bin Lebai Ishak (E44), Timbalan Pengarah LPP Negeri Perlis
Pengarah LPP W.P Labuan (MDTNP Gred E48)
1/6/2017
4 Puan Arzilinna binti Ahmad Kamal (E44), Bahagian Perniagaantani, LPP Kuala Lumpur
Timbalan Pengarah Bahagian Perniagaantani, LPP Kuala Lumpur (MDTNP Gred E48)
1/6/2017
5 Puan Ummu Nadia bt Hussin (E41), Bahagian Khidmat Pengurusan, LPP Kuala Lumpur
Bahagian Pengeluaran Ladang, LPP Kuala Lumpur
19/6/2017
6 Puan Nur Hamizah bt Hasbullah (E41), Bahagian Pengeluaran Ladang, LPP Kuala Lumpur
Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang, LPP Kuala Lumpur
19/6/2017
7
Encik Ramlan bin Musa (E52), Timbalan Pengarah Bahagian Pengeluaran Ladang, LPP Kuala Lumpur
Timbalan Pengarah LPP Negeri Perak
3/7/2017
8
Encik Mohamad Azizi bin Mohd Atar (E52), Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian LPP Kuala Lumpur
Pengurus Besar PPN Pahang
3/7/2017
9 Encik Ghazali bin Hassan (E48), Ketua Cawangan Urusan Pendaftar (KCUP) LPP Negeri Perak
Timbalan Pengarah LPP Negeri Kedah
3/7/2017
10 Encik Mohd Saupee bin Sudin (E44), Pengurus Besar PPN Pulau Pinang
Timbalan Pengarah Bahagian Pengeluaran Ladang, LPP Kuala Lumpur
3/7/2017
11 Encik Hyder Jaleel bin Ghafoor (E44), Cuti Belajar
Pertubuhan Peladang Negeri Kedah
3/7/2017
20
BIL NAMA ANGGOTA/JAWATAN/TEMPAT
BERTUGAS SEKARANG JAWATAN DAN TEMPAT
BERTUKAR TARIKH
BERTUKAR
12
Encik Mohd Hanifa bin Awang Su (E44), Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat LPP Kuala Lumpur
Pengurus Besar PPN Pulau Pinang
3/7/2017
13 Puan Norshidah binti Baharudin (E44), Bahagian Hal Ehwal Korporat LPP Kuala Lumpur
Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat, LPP Kuala Lumpur
3/7/2017
14 Encik Mozamir bin Haji Hussien (E44), Pengurus Besar PPN Perlis
Timbalan Pengurus Besar PPN Johor
3/7/2017
15 Encik Mohd Zaidi bin Mohamad Isa (E44), Timbalan Pengarah LPP Negeri Sembilan
Bahagian Pengeluaran Ladang LPP Kuala Lumpur
3/7/2017
16 Encik Suhaimi bin Ridwan (E44), Bahagian Kejuruteraan LPP Kuala Lumpur
Timbalan Pengarah LPP Negeri Sembilan
3/7/2017
17 Encik Suhaimi bin Ibrahim (E44), Pengurus Besar PPK Pekan, Pahang
Ketua Cawangan Urusan Pendaftar (KCUP) LPP Negeri Kedah
3/7/2017
18 Encik Shahrizan bin Khairudin (E44), Pegawai Penyelia Daerah LPP Negeri Johor
Timbalan Pengurus Besar PPN Johor
3/7/2017
19 Encik Ahmad Rahim bin Senawi (E41), Timbalan Pengurus Besar PPN Johor
LPP Negeri Johor 3/7/2017
20 Encik Mohd Zaid bin Ali Kamarulzaman (E44), LPP Negeri Johor
PPD Muar/Ledang/Segamat 3/7/2017
21 Puan Dini Fernandez (E41) Bahagian Penyeliaan dan Penguatkuasaan, LPP Kuala Lumpur
Bahagian Perancangan dan Penilaian LPP Kuala Lumpur
3/7/2017
22 Encik Noh bin Mohamad (E44), Bahagian Perancangan dan Penilaian LPP Kuala Lumpur
Bahagian Perniagaantani, LPP Kuala Lumpur
3/7/2017
23 Encik Mohd Khalib bin Mukhtar (E41) Bahagian Perniagaantani LPP Kuala Lumpur
Bahagian Hal Ehwal Korporat LPP Kuala Lumpur
3/7/2017
21
BIL NAMA ANGGOTA/JAWATAN/TEMPAT
BERTUGAS SEKARANG JAWATAN DAN TEMPAT
BERTUKAR TARIKH
BERTUKAR
24 Dato’ Haji Ismail bin Salleh (E54) Pengarah LPP Negeri Kedah
Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat
17/7/2017
25 Puan Siti Aini binti Osman (E52) Pengurus Besar PPN Kedah
Pengarah LPP Negeri Kedah
17/7/2017
26
Tuan Haji Mohd Rashid bin Awang (E54), Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat LPP Kuala Lumpur
Timbalan Pengarah LPP Negeri Kelantan
17/7/2017
27 Encik Nor Fadzli bin Hassan (E48) Timbalan Pengarah LPP Negeri Kelantan
Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian LPP Kuala Lumpur
17/7/2017
28 Puan Marlina binti Mohd (E44) Penolong Pengarah LPP Negeri Kelantan
Timbalan Pengarah LPP Negeri Perlis
17/7/2017
29 Encik Jefni bin Md Noor (E41) Pengurus Besar PPK Kampung Pelet Pulau Pinang
Pengurus Loji Benih Padi, PPK Lahar Bubu, PP
17/7/2017
30 Encik Muhammad Azzrinie bin Shafie (E44) , Cuti Belajar
Timbalan Pengarah Bahagian Audit Pertubuhan LPP Kuala Lumpur
4/9/2017
31 Puan Mardiana bt Yusoff (E41) Pengurus Besar PPK Mata Ayer, Perlis
Penolong Pengarah LPP Negeri Kedah
1/8/2017
32 Puan Azlinawati bt Romli (E41) Pengurus Institut Pengurusan Peladang Sg Petani Kedah
Penolong Pengarah LPP Negeri Perlis
1/8/2017
33 Puan Rozita bt Adnan (E41), Penolong Pengarah LPP Negeri Kedah
Pengurus Institut Pengurusan Peladang Sg Petani Kedah
1/8/2017
34 Shahrol Nizam bin Daud (E41) Penolong Pengarah LPP Negeri Pahang
Pengurus Besar PPK Pekan, Pahang
1/8/2017
35 Ahmad Zuber Bin Mohamed (E41) Penolong Pengarah LPP Negeri Pahang
Penolong Pengarah LPP Negeri Selangor
15/8/2017
36 Mohd Sufian Bin Sariman (E41) Pengurus Besar PPK Kuala Lipis ,Pahang
Penolong Pengarah LPP Negeri Melaka
15/8/2017
22
BIL NAMA ANGGOTA/JAWATAN/TEMPAT
BERTUGAS SEKARANG JAWATAN DAN TEMPAT
BERTUKAR TARIKH
BERTUKAR
37
Nik Mohd Shaharil bin Nik Md Hashim (E54) Pengarah Bahagian Pengeluaran Ladang LPP Kuala Lumpur
Timbalan Pengurus Besar (Kanan), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
16/10/2017
38
Aduni Adlin binti Mohd Bee (E52), Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan LPP Kuala Lumpur
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan LPP Kuala Lumpur
01/11/2017
39 Mohd Khairi bin Mohd Hadzir (E48) Bahagian Khidmat Pengurusan LPP Kuala Lumpur
Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan LPP Kuala Lumpur
01/11/2017
40
Dato’ Haji Ismail bin Salleh (E54), Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat LPP Kuala Lumpur
Pengarah Bahagian Pengeluaran Ladang LPP Kuala Lumpur
01/11/2017
41
Amir bin Matamin ( E52) Timbalan Pengarah LPP Negeri Sabah
Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang LPP Kuala Lumpur
05/12/2017
42
Hajjah Rosmina binti Ishak ( E48), Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan LPP Kuala Lumpur
Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat LPP Kuala Lumpur
01/11/2017
43 Anuar bin Mat Esa (E48) Timbalan Pengarah LPP Negeri Johor
Timbalan Pengarah LPP Negeri Selangor
01/11/2017
44
Tajul Nizam bin Sahadan ( E48) Timbalan Pengarah LPP Negeri Selangor
Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang LPP Kuala Lumpur
01/11/2017
45 Fitrisubroto bin Yahmin (E44) Ketua Cawangan Urusan Pendaftar LPP Negeri Sabah
Timbalan Pengarah LPP Negeri Sabah
05/12/2017
46
Husnani binti Abdul Manan@Sulong (E44) Timbalan Pengarah LPP Negeri Pahang
Ketua Unit Perniagaantani LPP Negeri Pahang
16/11/2017
47 Haji Samsudin bin Selamat (E44) Pegawai Peladang Daerah Johor Timur, Johor
Timbalan Pengarah LPP Negeri Pahang
01/11/2017
48
Yazid bin Mahat (E44) Pengurus Besar PPN Melaka
Timbalan Pengarah LPP Negeri Johor
01/11/2017
49
Mohd Nor bin Jantan (E44) Ketua Cawangan Urusan Pendaftar LPP Negeri Melaka
Pengurus Besar PPN Melaka
01/11/2017
23
BIL NAMA ANGGOTA/JAWATAN/TEMPAT
BERTUGAS SEKARANG JAWATAN DAN TEMPAT
BERTUKAR TARIKH
BERTUKAR
50
Tasliahwiznah binti Md. Latip (Fleksi E44) Bahagian Pembangunan Modal Insan LPP Kuala Lumpur
Unit Integriti LPP Kuala lumpur
23/10/2017
51
Mohamad Zulkhairi bin Rosli (Fleksi E44) Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang LPP Kuala Lumpur
Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan LPP Kuala Lumpur
06/11/2017
52
Zaheran binti Abdul Ghani (E44) Bahagian Perancangan dan Penilaian LPP Kuala Lumpur
Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang LPP Kuala Lumpur
01/11/2017
53
Suhaina binti Sapian (Fleksi E44) Bahagian Penyeliaan dan Penguatkuasaan LPP Kuala Lumpur
Bahagian Khidmat Pengurusan LPP Kuala Lumpur
04/12/2017
54 Rizal bin Omar (Fleksi E44) Bahagian Audit Pertubuhan LPP Kuala Lumpur
Bahagian Penyeliaan dan Penguatkuasaan, LPP Kuala Lumpur
04/12/2017
55
Mohd Fais bin Mohd Ismail (E41) PPK Sik, Kedah
Bahagian Perancangan dan Penilaian, LPP Kuala Lumpur
01/11/2017
56
Ku Mohammad Shah bin Mansor (E41) LPP Negeri Pahang
LPP Negeri Kedah 01/11/2017
57 Haji Che Saadon bin Che Yahya (E44) Pengurus Besar PPN Terengganu
Penolong Pengarah LPP Negeri Terengganu
29/10/2017
Sumber - Services Marketing - People, Technology, Strategy by Christopher Lovelock & Jochen Wirtz
24
Menziarahi Encik Rizal Omar pada 23 Mac 2017
Wakil PEKA dan Bahagian Kejuruteraan menziarahi Pengarah LPP Negeri Sembilan pada 22 Ogos 2017
Pengarah LPP Johor/Wakil PEKA melawat Encik Ahmad Rahim Senawi, Ketua Unit Perniagaantani LPP Johor pada 23 September 2017.
AKTIVITI-AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN
25
Penyampaian sumbangan PEKA kepada isteri Allahyarham Encik Weldan Musa
oleh Y. Bhg. Dato' Ketua Pengarah pada 15 November 2017
Isteri dan anak-anak Allahyarham
(semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka menghadapi ujian ini)
26
AKTIVITI-AKTIVITI BIRO PENDIDIKAN
Lawatan sambil belajar ke Hanoi Vietnam pd 28-31 julai 2017
Kursus kecergasan dan kecemerlangan anggota PEKA 2017 pd 13-16/11/2017
AKTIVITI-AKTIVITI BIRO PENDIDIKAN
27
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan
amanah kepada yang berhak menerimanya, dan
(menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara
manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.
Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-
baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha
Mendengar lagi Maha Melihat". (An-Nisa’ : 58)