Post on 31-Mar-2018
INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL
(menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia)
(ALIRAN PERDANA)
KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Teknologi Elektrik Program ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC
& AC) , penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik
domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan,
melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan
peraturan pemasangan yang ditetapkan.
Teknologi Elektronik Program ini memberi penekanan kepada mentafsir dan
mengenalpasti simbol, komponen dan lukisan skematik,
memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan
elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan
video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem
komunikasi dan industri robotik.
Teknologi Pemesinan
Industri
Program ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel
pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk
pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai
alatan dan pengoperasian mesin industri.
Teknologi Kimpalan Program ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras
bs/aws, proses dan teknik, pengkelasan bahan logam, teknik.
Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan
kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal
arka logam berperisai. Di samping itu, murid juga didedahkan
dengan automasi komputer.
Teknologi Automotif Program ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi
menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk
melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang
automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat
menyumbang ke arah pembangunan negara.
Teknologi
Penyejukbekuan &
Penyamanan Udara
Program ini memberi pendedahan kepada murid mengendali
bahan pendingin, memasang kipas pengudaraan, memasang
unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapat
melakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan
membaikpulih kerosakan mengikut prosedur yang betul
seterusnya berupaya mengikuti kemahiran di peringkat yang
lebih tinggi untuk meningkatkan taraf hidup serta menjadi tenaga
kerja mahir dalam industri penyamanan.
Teknologi Pembinaan Program ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan
sesuatu struktur. Murid akan didedahkan dengan bahan-bahan
binaan, cara-cara asas pembinaan, asas lukisan pelan,
keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik,
pengurusan industri
Teknologi Pemprosesan
Kayu dan Kemasan
Program ini memberi pendedahan kepada murid tentang seni
pembuatan perabot dan bagaimana membuat finishing agar
setiap rekaan kelihatan sesuai digunakan.
Seni Kulinari Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan
penyelenggaraan dapur, penyediaan makanan dan restoran,
penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih
tempatan, roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan
makanan halal dan pengurusan makanan.
Bakeri dan Pastri Program ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan
penyediaan roti, kek, manisan. Cokelat, pasteri, pencuci mulut,
donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru dan
istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang
ini.
Pelancongan Program ini menyediakan murid dalam industri pelancongan di
mana pendedahan dalam bidang pengurusan acara,
pengoperasian agensi pelancongan, penajaman dan
penguasaan dalam komunikasi bahasa asing serta kemahiran
dalam pemasaran dan jualan.
Fesyen dan Membuat
Pakaian
Program ini menyediakan murid tentang jenis, klasifikasi dan
alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan
tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian
dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan
antarabangsa mengikut fesyen terkini.
Kosmetologi Program ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan
rawatan wajah dan anggota badan, penggayaan rambut, seni
make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan,
pengurusan dan pengoperasian salon.
Pengajian Awal Kanak-
kanak
Program ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan
penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi
sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan
pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan
pemakanan keselamatan tempat tinggal serta pengurusan aset
kewangan dan operasi.
Pengurusan Perniagaan Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang
pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan
pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.
Kesetiausahaan
Pentadbiran
Program ini menyediakan murid dalam pengurusan dan
pentadbiran pejabat, keupayaan dalam menggunakan aplikasi
perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan
lain-lain.Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran.
Perbankan Program ini menyediakan asas perbankan seperti ekonomi,
statistik, perakaunan, perundangan bank, khidmat pelanggan,
produk, pemasaran, pemprosesan serta pungutan dan
perolehan pinjaman dan etika dalam perbankan.
Insurans Program ini menawarkan murid untuk mengenalpasti jenis,
prinsip, fungsi, tata cara, underwriting, proses, perundangan dan
pengurusan sistem insurans serta etika dan salah laku dalam
perniagaan insurans.
Pemasaran Program ini memberi penekanan kepada murid dalam
mengenalpasti kaedah, strategi kajian, promosi dan pengurusan
dalam mengetengahkan produk kepada pasaran bagi
meningkatkan hasil jualan syarikat.
Pengurusan Peruncitan Program ini menawarkan asas dalam penentuan harga,
pengurusan stok, penyusunan barangan bagi tujuan promosi
atau kepentingan, khidmat pelanggan serta polisi perniagaan
bagi menggalakkan daya maju dalam bidang peruncitan.
Perakaunan Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan
syarikat seperti penyediaan buku kira-kira, akaun runcitan,
untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa tentang
prestasi syarikat.
Sistem Komputer &
Rangkaian
Program ini menyediakan murid kepada asas perniagaan,
penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem
komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping
pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.
Multimedia Kreatif
(Animasi)
Program ini mendedahkan murid kepada asas penggunaan
unsusr media yang pelbagai dalam menghasilkan sesuatu iklan.
Mereka juga akan mempelajari konsep Dual Dimension (2D),
Kesan Khas (FX) dan animasi lain yang berkaitan.
Rekabentuk Grafik
Industri (Print Media)
Kursus ini akan mendedahkan murid dengan Desktop
Publishing, grafik, pengiklanan, percetakan, label
pembungkusan di mana akhirnya akan dijelmakan dalam media
cetak.
Sistem Pengurusan
Pangkalan Data dan
Aplikasi Web
Program ini menyediakan murid kepada struktur, konfigurasi,
penyediaan sistem pengkalan data dan mengenalin kegunaan
serta hubungkaitnya dengan aplikasi web sebagai perantara
atau User Interface (UI)
Agroindustri Tanaman Program ini menyediakan murid kepada penyediaan,
penanaman dan penjagaan tanaman, mengawal kerosakan
tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jentera dan
fertigasi serta aktiviti lain berkaitan industri tanaman sehingga
urusan penuaian hasil dan pemasaran.
Agroindustri Ternakan
Ruminan
Program ini mendedahkan murid aspek pengurusan aktiviti
ternakan berkaki empat, merangkumi aspek kesihatan,
penyediaan makanan, pembiakandan kebersihan kawasan
ternakan di samping mengekalkan kualiti produk dan hasil
pengeluaran ternakan ruminant. Contoh: lembu, kuda, kambing
dan kerbau
Agroindustri Ternakan
Poultri
Program ini mendedahkan murid tentang aktiviti ternakan haiwan
berkaki dua – unggas (poultry) daripada penyediaan kawasan
ternakan, pembersihan, penjagaan kesihatan ternakan sehingga
penuaian hasil dan pemasaran ternakan. Contoh: ayam, itik,
angsa, burung.
Mekanisasi Agro Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan
penyelenggaraan tanaman, ternakan, pengurusan lading,
penyediaan kawasan penanaman, pengurusan operasi logistik,
pembungkusan, pelabelan dan pemasaran hasil.
Bioteknologi Program ini member pendedahan kepada teknologi berasaskan
biologi bagi peningkatan kualiti dan daya tahan hasil bagi
industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkan kepada
teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam
penyelidikan biologi seperti penggabungan semula
Deoxyribonucleic Acid (DNA) atau proses berasasakan
pengkulturan tisu.
Akuakultur Program ini mengkhususkan murid kepada aktiviti pengurusan
ikan air tawar dan ikan hiasan serta kemahiran pembiakan,
menternak dan mengusaha, menyediakan, menyelenggara dan
menuai hasil akuakultur dalam persekitaran terkawal
Hortikultur Hiasan Dalam Program ini, murid akan didedahkan dengan
pengetahuan berkaitan penjagaan dan penanaman buah,
tumbuhan hiasan dan sayuran. Murid juga akan menjaga
tumbuhan dan menjualkannya jika telah sampai waktunya.
Landskap Murid akan didedahkan dengan kaedah dan teknik penanaman
landskap, pemilihan tumbuhan yang sesuai serta bagaimana
menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan
mempelajari bagaimana menggunakan peralatan yang sesuai
dan bagaimana membuat lakaran.
Pemprosesan Hasil
Pertanian
Murid akan didedahkan bagaimana menguruskan hasil pertanian
daripada ternakan, buahan, sayuran serta bahan keperluan
makanan. Di samping itu, murid akan didedahkan dengan
pengurusan sumber manusia.
INFO KURSUS
SIJIL KEMAHIRAN
MALAYSIA (SKM)
BAGI MURID LEPASAN
TINGKATAN 3 TAHUN
2015
(ALIRAN PERDANA)
Program dilaksanakan sepenuh masa selama dua (2) tahun dan murid diberi
latihan dalam dua (2) komponen iaitu:
Komponen akademik – menggunakan kurikulum Mata Pelajaran Aliran
Kemahiran (MPAK)
Komponen vokasional - mengikut National Occupational Skills Standard-
NOSS)
BIL KURSUS INFO
1. Pekerja Ladang Pertanian Murid diberi pendedahan berkaitan teknologi
pertanian secara teori dan praktikal. Ia juga
menekankan aspek keselamatan dan kesihatan
semasa di ladang.
2. Juruteknik Elektrik Rendah Murid didedahkan teknik memasang dan
menyelenggara peralatan elektrik atau sistem elektrik.
3. Pengurusan Pejabat Murid didedahkan secara teori dan praktikal berkaitan
pengurusan pejabat yang sistematik, sistem fail dan
komunikasi yang berkesan
4. Pembuatan Pakaian Wanita Kursus meliputi pengetahuan membuat pakaian
wanita hingga siap dan membuat sebarang
perubahan (alteration) mengikut kehendak serta
keselesaan pemakai sama ada dengan menggunakan
jahitan tangan atau mesin jahit. Selain daripada
mengendalikan peralatan, membuat pola,
menggunting, memotong pakaian, mereka fesyen
pelatih juga diajar mengendalikan perniagaan
5. Toubleshooting,
pembaikpulihan dan
Penyelenggaraan Peralatan
Elektronik
Kursus ini adalah untuk melengkapkan pelajar
dengan pengetahuan dan kemahiran dalam
pemasangan, masalah, pembaikan, penyenggaraan,
pembangunan produk, reka bentuk dan pengurusan
produk elektronik dan peralatan .Kandungan kursus
ini meliputi pengkhususan dalam peralatan elektronik
dan pemasangan peralatan serta penyelesaian
masalah peralatan elektronik. Selain itu, kursus ini
juga dilengkapi dengan kemahiran pengurusan dan
penyeliaan disamping mendedahkan kepada pelajar
tentang asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan
teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan
teknologi elektronik terutama dalam bidang
pengeluarandan pengukuran.
6. Operasi Pembuatan Perabot Murid diberi pendedahan berkaitan teknologi serta
kemahiran praktikal dalam bidang rekabentuk dan
pembuatan perabot serta mempunyai kebolehan
untuk bekerja di dalam pasukan
7. Jurubina Bangunan
Berasaskan Kayu
Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menyelenggara
dan menggunakan pelbagai jenis mesin kayu,
membuat tanggam, memasang struktur kayu seperti
rangka bumbung, lantai kayu, rangka pintu serta
dinding, penerapan batu bata dan kerja paip.
8. Penyeliaan Pemasangan &
Penyelenggaraan HVAC
Murid diberi penekanan kepada pengetahuan dan
kemahiran dalam pengujian dan penyelenggaraan
sistem penyamanan udara domestik, menganalisa
dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan
udara, mempelajari kemahiran menulis laporan
pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam
kerja‐kerja binaan berkaitan penyamanan udara
9. Automotif-Servis Selepas
Jualan
Murid akan didedahkan penggunaan alatan tangan,
mesin, keselamatan, penyelenggaraan, pembaikkan,
bermula dari kerja-kerja asas hingga kerja-kerja
separuh mahir sebagai seorang mekanik kenderaan
10. Jurukimpal Arka Logam Murid akan diajar mengenai kaedah pemotongan,
membuat kimpalan logam, membaca simbol dan blue
print serta menguji sambungan kimpalan.
11. Jurukecantikan Murid didedahkan kepada topik keselamatan,
kebersihan diri, penggunaan peralatan dan perkakas
alat solek. Murid didedahkan kepada kaedah rawatan
dan penjagaan muka, teknik mekap dan khidmat
pelanggan
12. Operasi Pengeluaran
Pemprosesan Makanan Murid didedahkan kaedah pembersihan am kawasan
pengeluaran, peralatan dan semasa penerimaan
bahan mentah untuk pemprosesan, membuat
persiapan awal bahan mentah untuk pemprosesan.
Murid diberi pendedahan dalam melaksanakan dan
mengamalkan asas Amalan Perkilangan Yang Baik
atau Good Manufacturing Practices (GMP) dan
amalan kebersihan dan saintasi yang baik.
13. Timber Processing &
Finishing
Murid diberi pendedahan berkaitan teknologi serta
kemahiran praktikal dalam bidang rekabentuk dan
pembuatan perabot serta mempunyai kebolehan
untuk bekerja di dalam pasukan
Aliran Teknikal seluruh
Malaysia memberi fokus kepada bidang/pengajian seperti berikut.
Bidang-bidang tersebut adalah :
Kejuruteraan Elektrikal Elektronik.
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal
Perdagangan
Sains Pertanian
Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:
a. Tingkatan 4
b. Tingkatan 5
dan seterusnya dinilai melalui Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
(menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia)
(ALIRAN PERDANA)
Kejuruteraan
Elektrik
Kursus ini adalah pendedahan kepada pelajar kepada asas
Kejuruteraan Elektrik. Konsep-konsep asas yang dipelajari dapat
memupuk dan memperkembangkan minat dan penguasaan prinsip
kejuruteraan Elektrik seperti litar, elektromagnet, pengubal diod,
transistor dwikutub, perhubungan, komputer motor dan robotik
melalui aktiviti pembelajaran secara teori, amali dan binaan projek.
Ia juga membantu pelajar untuk memahami komponen-komponen
elektrik serta simbol-simbolnya.
Kejuruteraan
Mekanikal
Kursus ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang
merangkumi sumber alam dan tenaga, penjanaan dan penggunaan
haba, daya jentera serta rekabentuk, pengeluaran dan kegunaan
mesin serta alat tangan. Pelajar juga akan didedahkan kepada
pengetahuan seperti metrologi dan mekanik berkaitan dengan
momentum dan geseran, sistem hidraulik, pneumatik dan robotik
asas. Kejuruteraan Mekanikal memberi tumpuan kepada
pemahaman konsep, prinsip asas, teori kejuruteraan mekanikal
serta kemahiran berkaitan
Kejuruteraan
Awam
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan
pengetahuan asas dalam Kejuruteraan Awam dengan memberi
penekanan kepada skop Proses Pembinaan, Bahan Binaan,
Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur Kejuruteraan, Sistem
Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas, Sumber
dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak dan
Taksiran. Pelajar juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran
secara teori, kerja amali serta lawatan industri. Ia juga bertujuan
untuk membentuk kesedaran pelajar agar peka terhadap alam
sekitar dan menyemai minat dalam kerja-kerja penyelidikan,
merekabentuk, menganalisis dan bertindak berasaskan fakta.
Perdagangan
Kursus ini ditawarkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar
berdasarkan amalan perdagangan dan perniagaan yang
merangkumi bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan,
bantuan perniagaan, pelaburan, pemilikan perniagaan,
konsumerisme dan etika amalan perniagaan. Pembelajaran
merangkumi pemahaman konsep serta perkembangan maklumat
terkini dalam bidang perdagangan berdasarkan kepada konsep,
peraturan, undang-undang yang diamalkan dalam dunia
perniagaan sebenar. Ia akan membantu untuk membina asas yang
kukuh untuk menceburkan diri dalam bidang perdagangan di aras
lebih tinggi. Kursus ini juga memberi peluang untuk pelajar
mempelajari amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan
perkhidmatan.
Sains Pertanian
Kursus ini adalah satu bidang pengajian saintifik terhadap prinsip
dan amalan dalam penanaman, penternakan, teknologi pertanian
dan pengurusan ladang. Pelajar didedahkan kepada pengetahuan,
kemahiran dan kefahaman mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi tanaman dan ternakan serta perladangan sebagai
suatu perniagaan. Pelajar juga akan mempelajari tentang pelbagai
faktor yang mempengaruhi hasil tumbuhan dan pengeluaran
ternakan serta cara untuk meningkatkan hasil serta mutu
pengeluaran. Aspek teknologi dalam pertanian juga diberi
penekanan dalam pembelajaran secara teori, kerja amali dan kerja
kursus.