Post on 12-Oct-2019
INISIATIF DIGITAL PERPUSTAKAAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK ;
REPOSITORI INSTITUSI
Sabrina Binti Milan
abreen2000@yahoo.com
Pensyarah
Razeli Bin Sani
razeli.s@poliku.edu.my
Pensyarah
Kiprawi Bin Sani
kiprawisani@gmail.com
Pustakawan
Politeknik Kuching Sarawak
KM22, Jalan Matang,
93050 Kuching,
Sarawak
Abstrak
Sejak pengumuman Wawasan 2020 pada tahun 1991 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun
Mahathir Bin Mohamad telah menjadikan Malaysia bergerak maju ke hadapan untuk mencapai
sebuah negara maju pada tahun 2020. Berdasarkan cabaran-cabaran yang dinyatakan pastinya
memberi cabaran kepada rakyat Malaysia. Program inisiatif seperti Digital Malaysia diwujudkan
bagi memastikan perjalanan menuju ke tahun 2020 berjalankan lancar. Bagi bersama-sama
merancakkan program digital Malaysia, Perpustakaan Politeknik Kuching Sarawak juga
melaksanakan inisiatif digital bagi memastikan bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan
seperti Koleksi Arkib PKS dan penyelidikan serta kajian dapat diakses secara lebih luas. Antara
masalah yang dihadapi apabila menguruskan bahan-bahan yang terdapat dalam Koleksi Arkib
PKS ialah pengorganisasian dan akses yang terhad. Digital Repositori Institusi Politeknik
Kuching Sarawak telah dilaksanakan secara kolaborasi diantara jabatan dan unit di PKS dengan
memaksimumkan sumber serta kepakaran yang ada. Perisian Dspace telah dipilih bagi
merealisasikan serta memastikan bahan-bahan Koleksi Arkib PKS diurus dan dapat diakses
dengan lebih luas lagi. Projek ini menekankan pengurusan bahan-bahan sejarah PKS, bahan
untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga sumber intelektual warga PKS. Projek ini telah
berjaya dilaksanakan dengan hampir 1,000 bahan telah berjaya dimuatnaik. Kejayaan projek ini
telah memberi impak yang positif kepada pengurusan Perpustakaan PKS. Antaranya ialah
perkongsian maklumat penyelidikan, penggunaan perisian sumber terbuka dan sebagainya.
Projek ini telah memberi cabaran dan beberapa isu berhubung kadar deposit yang rendah,
peruntukan pendigitan dan pembangunan sumber manusia. Penilaian terhadap penggunaan perlu
dilakukan oleh Perpustakaan PKS untuk melihat keberkesanan Digital Repositori Institusi
Politeknik Kuching Sarawak dalam membantu mengurus, memelihara dan menyampaikan
maklumat kepada pengguna.
Kata Kunci : Repositori Institusi, perpustakaan digital, inisiatif digital, perisian terbuka.
1. PENGENALAN
Tun Mahathir Mohamad menggariskan cabaran-cabaran untuk mencapai Wawasan 2020 yang
merupakan impian Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Wawasan yang
diilhamkan menjadi panduan kepada rakyat Malaysia untuk menggerakkan cita-cita menjadi
sebuah negara maju dalam semua aspek kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, politik dan
aspek rohani. Bersempena dengan Wawasan 2020, National Information Technology Counsil
(NITC) telah menggubal National Information Technology Agenda (NITA) yang menjadi tulang
belakang kepada Malaysia untuk menjadi sebuah negara moden dari aspek teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT). NITA berperanan mengaplikasi pemodenan ICT yang dimiliki oleh
negara kita mentransformasi masyarakat Malaysia menjadi masyarakat bermaklumat yang
kemudiannya menjadi masyarakat berpengetahuan seterusnya masyarakat berasaskan
pengetahuan. NITA memfokuskan membangunkan masyarakat Malaysia, infostructure dan
membina aplikasi membentuk nilai, ekuiti dan akses kepada masyarakat Malaysia untuk
mentransformasi masyarakat Malaysia kearah masyarakat berasakan pengetahuan menjelang
tahun 2020
NITC telah membentuk Agenda Strategik NITC yang akan memacu Malaysia ke arah E-World
dalam dunia milenium sebagai aspek untuk merealisasikan NITA. Agenda startegik yang
digariskan merangkumi lima tumpuan iaitu E-Community, E-Public Services, E-Learning, E-
Economy dan E-Sovereignty. NITC telah memainkan peranan mempromosikan bahawa
pengetahuan dan maklumat merupakan aset yang penting dalam bidang ekonomi pada zaman
milenium ini. Untuk kekal kompetitif, masyarakat Malaysia perlu berasaskan ekonomi
berasaskan pengetahuan (k-economy) dan mencipta masyarakat usahawan berkelas dunia yang
akan bersaing dari aspek kelebihan harga, kualiti, penghantaran dan kos. NITA adalah asas
kejayaan Malaysia dalam era maklumat. Pengguna internet yang meningkat saban tahun salah
satu aspek yang membuktikan masyarakat Malaysia ghairah memajukan diri bersama teknologi.
Malah Berita Harian (2013) memetik Laporan Ekonomi 2013/2014 yang menjangkakan
pengguna internet di Malaysia akan meningkat 25 juta pada tahun 2015 berbanding 18 juta pada
tahun 2012.
1.2 DIGITAL MALAYSIA
Multimedia Development Corporation (MDEC) merupakan agensi yang bertanggungjawab dan
menyelaras aspek Digital Malaysia, menyatakan Program Digital Malaysia merupakan satu
program nasional berteraskan strategi untuk mengerakkan Malaysia menjadi sebuah Negara maju
dalam ekonomi digital pada tahun 2020. Digital Malaysia akan membentuk ekosistem yang
mempromosi aspek ICT dalam ekonomi yang menghubungkan serta berinterasi komuniti global
yang meningkatkan KDNK, produktiviti dan kehidupan.
Utusan Malaysia (2013) Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menekankan betapa
pentingan inisiatif digital terhadap ekonomi Malaysia. Menurut beliau lagi, inisiatif digital akan
menganjak ekonomi Malaysia ke satu tahap dan menambahbaik aspek kehidupan masyarakat
Malaysia. Malah Digital Malaysia akan menyumbang kepada negara melalui perspektif ekonomi,
sosial dan ICT. Malah kerajaan menjangkakan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) sebanyak 17 peratus.
1.3 PERPUSTAKAAN DIGITAL
Insiatif digital semakin menjadi trend masa kini memberi impak yang besar dalam perkhidmatan
perpustakaan. Galakkan daripada pihak kerajaan dan gaya hidup masyarakat Malaysia masa kini
yang cenderung terhadap teknologi perlu digunakan sepenuhnya oleh perpustakaan.
Perbincangan berkaitan inisiatif digital dalam bidang perpustakaan dan maklumat sangat berkait
rapat dengan perpustakaan digital. Digital Library Federation (DLF) mendefinisikan "Digital
libraries are organizations that provide the resources, including the specialized staff, to select,
structure, offer intellectual access to, interpret, distribute, preserve the integrity of, and ensure
the persistence over time of collections of digital works so that they are readily and economically
available for use by a defined community or set of communities". International Federation
Library Association (IFLA) pula mentafsirkan “Digital Libraries an online collection of digital
objects, of assured quality, that are created or collected and managed according to
internationally accepted principles for collection development and made accessible in a coherent
and sustainable manner, supported by services necessary to allow users to retrieve and exploit
the resources.”
Perisian terbuka repositori institusi yang ada pada hari ini merupakan penyelesaian bagi
menyediakan perkhidmatan koleksi digital. Lynch dan Lippincott (2005) repositori institusi telah
menjadi infrastruktur penting dalam dunia digital. Ini dibuktikan perlaksanaan yang telah
dijalankan di universiti penyelidikan. Jangkaannya akan terdapat peningkatkan dalam masa
beberapa tahun akan datang hubungan repositori institusi dengan pengurusan, penyebaran dan
pemeliharaan data-data penyelidikan. Abrizah (2009) dalam kajiannya repositori institusi akan
memelihara dan menyebarkan bahan digital yang dibuat atau milik universiti. Kajiannya
membincangkan isu perlaksanaan bahan penyelidikan secara akses terbuka dan juga potensi
fakulti untuk memainkan peranan meyumbang bahan untuk repositori institusi.
Perisian terbuka repsoritori institusi telah memberikan satu dimensi baru kepada perpustakaan
untuk mendigitalkan koleksi perpustakaan yang ada. Sutarmi Kasimun (2010) menyatakan
peranan perpustakaan kini bukan sahaja sebagai perpustakaan akademik yang membangun dan
menguruskan koleksi dalam bentuk cetak sahaja tetapi juga perlu melangkah pantas ke arah
sebuah perpustakaan digital yang menyediakan sistem rangkaian maklumat secara elektronik
bagi memastikan perkhidmatan kepada pengguna dapat diberikan tanpa mengira ruang dan
waktu. Pourin dan Palmer (2008) hasil kajian yang dijalankan di University of Massachusetts
Medical School ke atas repositori institusi yang digunakan, mereka berpendapat pendigitan
disertasi adalah sangat berjaya dan kos yang efektif dalam mendapatkan bahan dan membantu
membina hubungan yang baik di sekolah perubatan untuk menjaga kandungan masa depan.
Sejak awal tahun 1990an beberapa perpustakaan di Malaysia sudah memulakan projek inisiatif
digital. Perkembangan ICT telah membawa perubahan kepada perpustakaan dan pihak
pengurusan perpustakaan mengambil peluang untuk menambahbaik perkhidmatan perpustakaan
dan juga pengurusan koleksi. Perkembangan positif ini akan membantu meningkatkan akses
koleksi perpustakaan kepada semua pengguna.
PROJEK INISIATIF DIGITAL; DIGITAL REPOSITORI INSTITUSI POLITEKNIK
KUCHING SARAWAK (PKS)
2.1 Latar Belakang PKS
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah ditubuhkan pada tahun 1988 di bawah Rancangan
Malaysia Kelima. PKS terletak kira-kira 22 kilometer dari Bandaraya Kuching dan berkeluasan
112 ekar. PKS memulakan pengambilan pertama pada Julai 1989 dengan permulaan 160 orang
pelajar. Sebagai sebuah institusi pendidikan yang menawarkan pendidikan teknikal PKS
memainkan peranan dalam melahirkan tenaga separa professional bagi memenuhi tenaga kerja
pelbagai industri. PKS mempunyai lapan jabatan akademik yang terdiri daripada enam jabatan
induk dan dua jabatan sokongan. PKS menawarkan 13 program dengan sembilan program yang
dijalankan merangkumi bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan yang terdiri daripada
Sembilan program kejuruteraan, dua program perdagangan dan tiga program teknologi
maklumat. Sepanjang tempoh penubuhan sejak 25 tahun yang lalu PKS telah menghasilkan lebih
20,000 orang graduan yang bekerja dipelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. Pada masa sekarang
PKS mempunyai kira-kira 500 orang warga kerja yang terdiri dari warga kerja akademik dan
sokongan akademik manakala jumlah pelajar kira-kira 4,500 orang. Perpustakaan PKS
merupakan sebahagian unit-unit sokongan yang terdapat di PKS memainkan peranan yang
penting dalam menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan graduan
politeknik yang berdaya saing. Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan
telah menjadikan perpustakaan sebagai pusat rujukan utama kepada pelajar malah berperanan
sebagai pusat riadah dan sebagainya. Sehingga sekarang Perpustakaan PKS mempunyai kira-kira
30,000 naskah bahan.
2.2 Koleksi Arkib PKS
Koleksi ini mengumpulkan bahan-bahan mengenai sejarah, perkembangan dan penulisan
akademik yang merangkumi terbitan rasmi, gambar, karya ahli-ahli akademik, serta lain-lain
terbitan warga PKS. Antara Koleksi Arkib adalah penyelidikan, kertas persidangan, laporan
tahunan, prospektus, buku konvokesyen, buletin, keratan akhbar mengenai, risalah dan
sebagainya. Semenjak 25 tahun yang lalu banyak bahan-bahan yang berkaitan PKS samada
diterbitkan atau tidak, tersimpan di jabatan dan unit di PKS. Bahan-bahan ini amat bernilai
berdasarkan kandungannya, nilai sejarah dan juga tahun penerbitan. Perpustakaan PKS
mengambil inisiatif untuk menjadikan peranannya sebagai perpustakaan dan pusat arkib serta
sejarah PKS. Perpustakaan PKS memulakan kerja-kerja mengumpul bahan pada tahun 2003 dan
mewujudkan Koleksi Arkib PKS bagi memudahkan akses kepada pengguna yang ingin
mendapatkan maklumat berkaitan sejarah PKS. Perubahan zaman telah menyebabkan pendigitan
Koleksi Arkib PKS perlu dilaksanakan bagi memudahkan akses dan pelaksanaan Digital
Repositori Institusi PKS akan memberi satu dimensi baru kepada Perpustakaan PKS.
2. PERMASALAHAN
2.1 Kehilangan Rekod dan Koleksi
Tidak terdapat satu pusat penyimpanan rekod berkaitan PKS telah menyebabkan satu kehilangan
yang sukar dicari ganti. Walaupun tiada angka yang tepat berkaitan rekod dan koleksi sejarah
PKS ini, usaha-usaha pengesanan dan pemuliharaan perlu dijalankan lebih baik dan tersusun
bagi mengelak kehilangan rekod dan koleksi.
2.2 Pengorganisasian Pengetahuan
Melalui pemerhatian awal terhadap koleksi perpustakaan, tidak terdapat koleksi berkaitan PKS di
perpustakaan. Koleksi yang berkaitan PKS berselerakan terdapat di jabatan-jabatan akademik
dan unit-unit yang terdapat di PKS. Manakala penulisan-penulisan warga PKS tidak mempunyai
pengurusan yang sistematik, tidak dikongsi atau hilang begitu saja. Bagi memastikan rekod-
rekod ini terpelihara maka, Koleksi Arkib PKS harus diwujudkan dan diurus dengan baik serta
boleh diakses.
2.3 Penyebaran maklumat
Kewujudkan Koleksi Arkib PKS di perpustakaan sudah sedekad namun terdapat segelintir warga
PKS tidak mengetahuinya. Penyebaran maklumat tidak menyeluruh dan tidak sampai kepada
warga PKS. Adalah penting bagi warga PKS mengetahui sejarah dan peristiwa yang pernah
berlaku di PKS.
3. PERLAKSANAAN
Proses pengumpulan bahan-bahan untuk Koleksi Arkib PKS dimulakan pada tahun 2003. Bahan-
bahan yang dikumpulkan terdiri daripada penerbitan, gambar dan audio visual. Bahan-bahan
diperolehi melalui sumbangan sukarela oleh warga PKS yang memahami kepentingan Koleksi
Arkib PKS masa akan datang. Setelah mendapati kurangnya keberkesanan penyampaian dan
perkongsian perkhidmatan Koleksi Arkib PKS akhirnya penggunaan sistem dicadangkan bagi
meningkatkan penyampaian dan pengurusan yang lebih efisyen kepada pengguna.
Kolaborasi kepakaran telah dibentuk dengan dianggotai warga kerja PKS dari Jabatan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan
Perpustakaan telah dibentuk bagi merangka perancangan perlaksanaan Institusi Repositori PKS.
Setelah melalui beberapa perbincangan, perisian terbuka Dspace telah dipilih untuk menjayakan
projek inisiatif digital ini.
Perisian Dspace dibangunkan oleh hasil kerjasama Massachusetts Institute of Technology (MIT)
dan Hewlett-Packard (HP) mempunyai fungsi yang efektif serta membantu PKS mengurus
sumber intelektualnya dan menggerak perpustakaan PKS ke arah perpustakaan digital. Menurut
Kurtz (2010) Dspace direka untuk kemudahan pengguna yang tidak memahami metadata yang
dibangunkan selaras dengan prinsip repositori institusi. Ia juga direka untuk kemudahan pelbagai
penyumbang dengan pelbagai metadata dan kemahiran bibliografi.
3.1 Jangka Masa
Perlaksanaan Digital Respositori PKS ini mengambil masa enam bulan untuk siap
sepenuhnya. Antara faktor yang membantu melancarkan proses ini adalah kesediaan bahan,
kerjasama kumpulan pelaksana dan juga sokongan pengurusan PKS.
Jadual 3.1 Jangka masa perlaksanaan Digital Repositori Dspace Politeknik Kuching Sarawak
3.2 Keberhasilan Digital Repositori Institusi PKS
No Komuniti
Bilangan
1 PKS Archives
Images
Sebahagian gambar-gambar terpilih berdasarkan
Pengetua dan Pengarah yang memimpin PKS sejak
tahun 1987 hingga 2013
13
Annual report
Laporan tahun yang pertama diterbitkan tahun 1999
hingga 2012
11
Bulletin
Buletin rasmi PKS yang mengandungi laporan
aktiviti. Penerbitan terakhir pada tahun 2011
Convocation Books
Buku konvokesyen PKS yang dikeluarkan dari
Konvokesyen PKS yang pertama pada tahun 1993
19
Newspaper articles
Berita tentang PKS yang diterbitkan dalam akhbar
harian di Malaysia.
7
Prospectus
Prospektus tentang PKS yang memaparkan
maklumat tentang program, kemudahan dan
sebagainya untuk tujuan promosi
3
2 Publications
Penerbitan yang dilakasanakan oleh PKS dalam
bentuk diges akademik dan jurnal.
Penerbitan yang dilaksanakan oleh staf PKS seperti
buku. Inisiatif yang oleh staf sebagai cara untuk
perkongsian pengetahuan.
5
3 Articles – published
Penulisan akademik dan pengetahuan yang
dihasilkan oleh staf PKS yang diterbitkan di luar
PKS
2
4 Research and Innovations Penulisan yang diterbitkan dan tidak diterbitkan bagi
13
tujuan perkongsian pengetahuan
5 Conference
Pembentangan yang dilakukan oleh staf PKS secara
dalaman dan juga diperingkat kebangsaan serta
antarabangsa
14
6 Examination Papers
Kertas soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. 660
7 PKS Directors Speech
Koleksi ucapan majlis rasmi oleh Pengarah PKS 8
8 Tracer Study Report
Laporan kajian pengesanan graduan yang melibatkan
pelajar PKS
4
Jadual 3.2 Jumlah Koleksi Arkib PKS yang dimuatnaik sehingga 30 Jun 2014
Rajah berikut merupakan antara muka (interface) utama Digital Repositori Politeknik Kuching
Sarawak.
Rajah 3.2 : Antara muka utama
4. IMPAK PROJEK DIGITAL INSTITUSI REPOSITORI
Komuniti Dspace
PKS Akaun pengguna ;
register & log in
Menu pencarian
4.1 Politeknik Pertama Menggunakan Perisian Terbuka Untuk Repositori Institusi
Perlaksanaan projek ini telah menjadikan PKS politeknik pertama yang mendigitalkan koleksi
arkib dan akademiknya. Belum ada mana-mana politeknik di Malaysia yang melaksanakan
Repositori Institusi malah projek inisiatif digital ini telah menjadikan akses Koleksi Arkib PKS
menjadi lebih baik dan tersusun.
4.2 Pengurusan Maklumat Penyelidikan dan Intelektual
Ahli akademik merupakan penyumbang terbesar ilmu-ilmu baru terutamanya yang diperolehi
melalui penyelidikan dan kajian mereka. Bagi memastikan penyelidikan dan kajian ini kekal
sepanjang masa maka pengurusan maklumat intelektual yang effisen perlu diwujudkan agar
aspek-aspek perkongsian pengetahuan dan perkhidmatan rujukan dapat dilakukan.
4.3 Peranan Perpustakaan sebagai Pusat Arkib
Peranan perpustakaan pada hari ini bukan sahaja menyediakan koleksi berkaitan akademik malah
bertindak sebagai pusat arkib, pusat komuniti dan sebagainya. Dalam konteks PKS, Perpustakaan
telah memainkan peranan memelihara, mengurus dan menyebarkan maklumat berkaitan PKS.
Pusat Arkib ini bukan sahaja sebagai rujukan warga PKS malah menjadi rujukan komuniti dan
masyarakat setempat.
4.4 Kos Efektif
Penggunaan perisian terbuka merupakan perisian yang boleh digunakan oleh sesiapa saja dan
senang diuruskan. PKS tidak perlu membayar kos penyenggaraan sistem dan membantu
menjimatkan perbelanjaan politeknik.
4.5 Akses bahan lebih terbuka
Sebelum perlaksanaan Digital Repositori Institusi, Koleksi Arkib PKS tidak diakses secara
optimum. Ini ditambah pula dengan bahan-bahan yang ada hanya boleh diakses di perpustakaan
sahaja. Selepas perlaksanaan, Koleksi Arkib PKS dapat diakses secara atas talian dan ini telah
menjadikannya lebih terbuka.
4.6 Pemeliharaan bahan
Pengekalan kandungan bahan-bahan Koleksi Arkib PKS menjadi keutamaan yang penting dalam
perlaksanaan projek ini. Pendigitan Koleksi Arkib PKS telah menjadikannya kekal dan
terpelihara.
4.7 Tanpa Sempadan
Oleh kerana Repositori Institusi merupakan sistem terbuka maka setiap orang yang mempunyai
kebenaran untuk mengakses dan memuatnaik penulisan akademik. Ini telah menjadikan sistem
ini beroperasi tanpa had dan sempadan.
5. CABARAN DAN ISU
5.1 Kadar Deposit Rendah Dari Ahli Akademik
Ferreira et al (2008) menyatakan tugas untuk meyakinkan penyelidik bagi memasukan bahan
penerbitan mereka ke repositori institusi merupakan tugas yang mencabar. Katayoon Kamraninia
dan Abrizah Abdullah (2010) dalam kajian yang dilakukan mendapati proses memuatnaik bahan
kebanyakan dilakukan oleh pustakawan berbanding dengan penulis atau penyelidik. Kajian
mereka juga mendapati menyediakan latihan dan perjumpaan dengan fakulti serta menyediakan
hubungan laman web repositori institusi sebagai salah satu mempromosi repositori institusi.
Sejak pengenalan Digital Repositori Institusi PKS ini cabaran yang perlu dihadapi adalah deposit
yang rendah dari ahli akademik. Sejak tahun 2012 hingga 2013 pendedahan serta kesedaran
terhadap kepentingan Digital Repositori Institusi PKS telah dijalankan melalui program outreach
Perpustakaan PKS yang dirancang sepanjang tahun. Sebanyak 12 sesi telah dijalankan untuk
pensyarah malah disusuli dengan promosi melalui email rasmi jabatan, facebook, laman web dan
brosher. Pada masa sekarang hanya segelintir sahaja berminat memuatnaik bahan ke Digital
Repositori Institusi PKS.
5.2 Perkongsian Pengetahuan
Ramlee Abdul Rahman dan Basri Hassan (2011) menekankan betapa budaya perkongsian
pengetahuan amat penting dalam perlaksanaan ekonomi berasaskan pengetahuan. Untuk terus
bersaing dan kekal kompetitif individu dan organisasi perlu sentiasa memperbaharui, menambah,
mengembangkan, mencipta dan mencipta semula ilmu dan berkongsi dengan berkesan.
Isu ini telah diutarakan apabila segelintir warga PKS agak keberatan berkongsi kertas
penyelidikan yang dibentangkan di seminar luar samada diperingkat zon, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa. Kertas yang dibentangkan tidak dimuatnaik dan menyukarkan penyebaran dan
perkongsian maklumat secara lebih pantas dan berkesan.
5.3 Peruntukan Pendigitan
Sebelum permulaan projek, peruntukan merupakan isu utama yang dihadapi. Sumber kewangan
yang terhad telah menyebabkan projek ini dijalankan pada skala yang minima dengan cuba untuk
tidak menggunakan perbelanjaan mengurus. Keutamaan diberikan kepada penggunaan peralatan
dan perkakasan sedia ada untuk manjayakan projek. Dari aspek latihan tenaga manusia pula,
kepakaran yang ada pada warga PKS untuk pemberian latihan digunakan sepenuhnya tanpa
melibatkan pihak luar.
Norasiah Haji Harun (2011) mengutarakan peruntukan bajet yang sesuai untuk memudahkan
perancangan perpustakaan digital. Ianya perlu bagi pembangunan masa depan seperti penubuhan
pusat penyelidikan perpustakaan digital, latihan kepada pustakawan, langanan pangkalan data,
pembelian perkakasan dan perisian, penyediaan infrastruktur yang sesuai, penyediaan
perkhidmatan dalam talian dan juga untuk tujuan penyelenggaraan.
5.4 Kepakaran Dalam Bidang IT
Semua warga kerja Perpustakaan PKS tidak mempunyai kepakaran dalam bidang IT yang baik
merupakan salah satu cabaran yang dihadapi. Bagi mengatasi masalah ini kepakaran yang ada di
PKS digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan projek serta memastikan kesinambungan
Institusi Repositori ini. Penyenggaraan dan naik taraf juga dilaksanakan dengan bantuan
kumpulan pelaksana yang telah dibentuk. Kerjasama ini telah banyak memberikan keputusan
positif dan amat efektif.
5.5 Hak Cipta
Isu berkaitan hak cipta dan harta intelek merupakan cabaran yang perlu dihadapi. Kepesatan dan
kepantasan teknologi menjadikannya isu yang lebih mencabar bagi perpustakaan dan
pustakawan. Aspek ini perlu ditangani supaya tiada masalah yang akan timbul.
6. RUMUSAN
Setelah 25 tahun Perpustakaan PKS bergerak maju seiring dengan perubahan masa. Projek
inisiatif digital yang dilaksanakan merupakan satu pembaharuan untuk memastikan Perpustakaan
PKS kekal kompetetif dalam perkembangan dunia yang semakin mencabar ini. Walaupun masih
jauh lagi untuk memasuki era digital sepenuhnya namun usaha Perpustakaan PKS
memaksimumkan potensi untuk bergerak ke arah digital wajar diberi pujian. Projek ini perlu
melalui fasa penilaian bagi melihat keberkesanannya. Penilaian ini penting bagi memastikan
Digital Repositori Institusi PKS dapat memberi dan membantu pengguna perpustakaan
melaksanakan rujukan seterusnya menggunakan koleksi bahan yang terdapat dalam sistem ini.
BIBLIOGRAFI
(1991). Malaysia : melangkah ke hadapan ; terjemahan teks ucapan YAB Datuk Seri Dr.
Mahathir b. Mohammad, Perdana Menteri Malaysia pada 28 Febuari 1991 sempena
persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur. Teks asalnya bertajuk
‘Malaysia : The Way Forward’. Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
(2013, November 15). Tangani Digital Malaysia. Utusan Malaysia. Retrieved from
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131115/dn_01/Tangani-Digital-
Malaysia
(2013, Oktober 25) Bajet 2014: Pengguna Internet Malaysia cecah 25 juta orang pada 2015.
Berita Harian. Retrieved from
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bajet2014_PenggunaInternetMalaysiacecah25ju
taorangpada2015/Article/index_html
Abizah Abdullah. (2009). The Cautious Faculty: their Awareness and Attitudes towards
Institutional Repositories. Malaysian Journal of Library & Information Science 14, No 2.
Retrieved May 15, 2014 from
http://ejum.fsktm.um.edu.my/ArticleInformation.aspx?ArticleID=746
A. Abrizah. A. Noorhidawati and K. Kiran. (2010). Global visibility of Asian universities’ Open
Access institutional repositories. Malaysian Journal of Library & Information Science,
Vol.15, 53-73. Retrieved May 15, 2014 from http://e-
journal.um.edu.my/filebank/articles/2773/no.4.pdf
AN Zainab. (2010). Open Access Open repositories for journals for visibility: Implications for
Malaysian libraries. Malaysian Journal of Library & Information Science, Vol. 15, 97-117.
Retrieved May 15, 2014 from http://e-journal.um.edu.my/filebank/articles/2776/no.7.pdf
Clifford A. Lynch, Joan K. Lippincott. (2005). Institutional Repository Deployment in the
United States as of Early 2005. D-Lib Magazine, September 2005. Retrieved from
November 28, 2013 http://webdoc.sub.gwdg.de/edoc/aw/d-
lib/dlib/september05/lynch/09lynch.html
International Federation Library Association. (2010). IFLA/UNESCO Digital Library Manifesto.
Retrieved from http://www.ifla.org/digital-libraries/manifesto
Irma Indayu Omar. (2005). Panduan mengurus perpustakaan. Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publishing.
Katayoon Kamraninia, Abrizah Abdullah. (2010). Librarians' role as change agents for
institutional repositories: A case of Malaysian academic librarians. Malaysian Journal of
Library & Information Science, No 3. Retrieved May 15, 2014 from
http://ejum.fsktm.um.edu.my/ArticleInformation.aspx?ArticleID=961
Kurtz, Mary. (2010). Dublin Core, DSpace, and a Brief Analysis of Three University
Repositories. Information Technology & Libraries. Mar 2010, Vol. 29 Issue 1, p40-46.
Retrieved June, 15 2014 from http://www.pnmdigital.gov.my
Miguel Ferreira, Eloy Rodrigues, Ana Alice Baptista, Ricardo Saraiva. (2008). Some Ideas on
How to Create a Successful Institutional Repository. D-Lib Magazine, January/February
2008, Volume 14 Number ½. Retrieved November 28, 2013 from
http://www.dlib.org/dlib/january08/ferreira/01ferreira.html
Multimedia Development Corporation. (2014). Digital Malaysia. Retrieved from
http://www.mdec.com.my
National Information Technology Counsil. (2014). About NITC. Retrieved January 15, 2014
from http://nitc.kkmm.gov.my/index.php/the-national-it-council
Norasiah Hj Harun. (2011). Usability Evaluation Dimensions for Academic Digital Libraries: A
Review. Journal of Information & Knowledge Management (JIKM, June 2011). Retrieved
April 10, 2014 from http://fim.uitm.edu.my/v2/images/stories/JIKM/june2011_6.pdf
Pourin, Mary, Palmer, Lisa A. (2008). Digitizing dissertations for an institutional repository: a
process and cost analysis. Journal of the Medical Library Association. Jul 2008, Vol. 96 Issue
3, p223-229. doi : 10.3163/1536-5050.96.3.008. Retrieved May 15, 2014 from
http://www.pnmdigital.gov.my
Ramlee Abdul Rahman, Basri Hassan. (2011) Reviewing the Issue of Managing and Sharing
Organisation’s Knowledge. Journal of Information & Knowledge Management. (JIKM, June
2011). Retrieved April 10, 2014 from
http://fim.uitm.edu.my/v2/images/stories/JIKM/june2011_8.pdf
Razilan A. Kadir, Wan Ab Kadir Wan Dollah, Adnan Jamaludin. (2011). Usability Evaluation
Dimensions for Academic Digital Libraries: A Review. Journal of Information & Knowledge
Management. (JIKM, June 2011). Retrieved April 10, 2014 from
http://fim.uitm.edu.my/v2/images/stories/JIKM/june2011_4.pdf
Sutarmi Kasimun. (2010). Peranan Repositori Institusi dan Perpustakaan dalam Meningkatkan
Visibiliti Penyelidikan. Kekal Abadi 28(2). Retrieved May 15, 2014 from http://e-
journal.um.edu.my/filebank/published_article/4050/artikel-sk.pdf