Post on 28-Oct-2021
INSTITUSI TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SABAH: FUNGSI, PERANAN DAN BIOGRAFI
Sahiha& Osman et al
INSTITUSI TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SABAH:
PUNGSI, PERANAN DAN BIOGRAPI
INSTITUSI TUAN YANG TBRUTAMA YANG DIPBRTUA NEGERI SABAH:
FUNGSI, PBR, ANAN DAN BIOGRAM
Sidang Pengarang
Sabihah Osman Baszley Bee B. Basrah Bee
Bilcher Bala Mohamad Shaukhi Md. Radzi
Marja Azlima Omar Md. Shafie Abdul Rahim
Ismail Ali Mosli Tarsat
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu " Sabah " 2008 http: //www. edu. my/penerbit
© Universiti Malaysia Sabah, 2008
Semua hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana- mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apajuga bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Keizinan mendapat hak terbitan daripada hak cipta ini tertakluk kepada pembayaran royalti atau honorarium.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dal am-Penerbitan
Institusi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah: fungsi, peranan dan biografi / Sabihah Osman
... (et all.
Bibliography: ms. 45 ISBN 978-967-5224-5-8 1. Head of state--Sabah--Biography. 2. Statesmen--Sabah--Biography 3. Sabah--Politics and government. I. Sabihah Osman, 1948-. 923.159521
Muka Taip Teks: Times New Roman Saiz Taip Teks dan Leading: I1/ 13 pt.
Pereka Kulit: Maxwell Jonathan Pereka Letak Halaman: Maxwell Jonathan
Dicetak oleh: Norzaynab Printing Sdn. Bhd.
iv
KANDUNGAN
Halaman
PRAKATA vi PENGHARGAAN vii
Bab 1 Pengenalan 1
Bab 2 Institusi Yang DiPertua Negeri Sabah 3
Bab 3 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun 13
Bab 4 Tün Datuk Pengiran Haji Ahmad Raffae 17 bin O. K. K Pengiran Haji Omar
Bab 5 Tbn Datuk Haji Mohd. Fuad Stephens 21
Bab 6 Tun Datuk Mohd. Hamdan Abdullah 25
Bab 7 Tun Datuk Haji Ahmad O. K. K Koroh 29
Bab 8 Tun Datuk Seri Panglima Haji Mohammad 31 Adnan Robert
Bab 9 Tun Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Said 35 bin O. K. K Keruak
Bab 10 Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran 39 bin Dandai
Bab 11 Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah 43 bin Abdullah
Bibliografi 45
V
PRAKATA
Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat clan rahmat yang diberikan sehingga penulisan buku ini dapat disempumakan. Selawat clan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad s. a. w atas risalah yang dibawa.
Buku kecil ini dipersembahkan dengan tujuan untuk memerihalkan institusi Yang DiPertua Negeri Sabah. Fokus utamanya ialah memberikan kefahaman yang jelas tentang fungsi dan peranan institusi ini dalam pemerintahan negeri Sabah. Kedudukan institusi ini menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Negeri Sabah perlu diketahui demi memastikan keharmonian dan kestabilan negeri dan negara dapat dikecapi secara berterusan. Selain daripada itu, biografi tokoh yang pernah menyandang jawatan Tuan Yang Terutama (T. Y. T) Yang DiPertua Negeri Sabah dipersembahkan secara ringkas. Peranan dan sumbangan mereka sebelum dan selepas menyandang jawatan tertinggi dalam institusi pentadbiran negeri ini juga turut dinyatakan. Penulisan khusus iaitu biografi setiap dari mereka yang pernah menyandang jawatan amat berkurangan, justeru diharapkan buku ini akan memberi kesedaran kepada warga Sabah khususnya dan warga Malaysia umumnya akan peranan dan sumbangan yang diberikan oleh mereka.
Tulisan ini merupakan pelengkap kepada Bicara Sejarah Institusi T. YT Yang DiPertua Negeri Sabah yang dianjurkan oleh Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS). Melalui bicara sejarah dan penerbitan buku ini, diharapkan masyarakat umum memahami bahawa institusi T. Y. T Yang DiPertua Negeri Sabah merupakan sebuah institusi tertinggi di negeri ini dan seharusnya mendapat tempat tertinggi, sesuai dengan fungsi dan peranannya. Kedudukannya bukan sahaja berkaitan dengan aspek politik dan pentadbiran tetapi juga sosial. Sejak Sabah mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Persekutuan Malaysia, seramai sembilan orang anak tempatan negeri ini telah dilantik sebagai T. Y. T Yang DiPertua Negeri Sabah. Mereka berasal dari pelbagai latar belakang, etnik dan pengalaman yang melambangkan kepelbagaian etnik di Sabah. Sebagai Ketua Negeri, mereka telah melaksanakan fungsi dan peranan seperti yang dituntut oleh Perlembagaan dengan penuh tanggungjawab clan wibawa. Sabilah Osman et a!. Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah 2008
vi
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak UMS, teristimewa kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon, Naib Canselor atas segala sokongan dalam menjayakan penulisan dan penerbitan buku ini.
Rakaman perhargaan ini juga ditujukan kepada Arkib Negara Cawangan Sabah yang telah mencetuskan idea hingga terhasilnya buku ini. Begitu juga kepada Arkib Negeri Sabah, atas kerjasama dan bantuan dalam mendapatkan sumber dan rujukan. Tidak dilupakan, kepada Penerbit Universiti Malaysia Sabah kerana menerbitkan buku ini. Kepada pihak dan individu yang secara langsung dan tidak langsung dalam memberi idea dan bantuan bagi tujuan penulisan, setinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan.
Kami bagi pihak penulis memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan yang terdapat dalani buku ini. Sekian dan terima kasih.
vü