Post on 06-Feb-2018
INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA
Kriteria Perlantikan Tenaga Pengajar Program Kompetensi NIOSH
No. Dokumen No. Pindaan Tarikh Muka Surat
NIOSH-P75AXX-T 00 DD.MM.2011 1 / 6
KRITERIA PERLANTIKAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM KOMPETENSI NIOSH NIOSH MALAYSIA
LAMPIRAN 1: Kriteria Perlantikan Tenaga Pengajar Program Kompetensi NIOSH
Disenaraikan adalah kriteria-kriteria asas dan khusus yang perlu dipatuhi oleh calon Tenaga Pengajar
NIOSH.
A. KRITERIA ASAS (WAJIB):
1. menghadiri sepenuhnya sekurang-kurangnya kursus dan lulus penilaian Basic Train the Trainer
(BTTT) anjuran NIOSH atau program setara di mana-mana pusat pengajar yang diiktiraf oleh
Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB); DAN
2. mempunyai pengalaman mengajar kursus OSH; DAN
3. boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan / atau Bahasa Inggeris dengan baik.
B. KRITERIA KHUSUS:
Bil Program Kriteria
1. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama dalam bidang berkaitan yang mendapat
pengiktirafan MQA DAN mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam
bidang OSH; ATAU
b. Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang berkaitan yang mendapat
pengiktirafan MQA DAN mempunyai sekurang-kurangnya 8 tahun pengalaman bekerja dalam
bidang OSH; ATAU
c. Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan dalam SPM DAN mempunyai sekurang-kurangnya
10 tahun pengalaman bekerja dalam bidang OSH;
DAN
d. Telah menghadiri sepenuhnya kursus SHO atau program setara di NIOSH atau di mana-mana
pusat pengajar yang diiktiraf oleh JKKP; ATAU
e. Berdaftar dengan JKKP sebagai Orang Yang Kompeten (OYK) / Orang Yang Berkelayakan
(OYB);
ATAU
f. Lulus sesi temuduga yang dikendalikan oleh Panel Temuduga Tenaga Pengajar NIOSH.
2. Penilaian Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (CHRA)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama dalam bidang perubatan / kejuruteraan /
sains yang mendapat pengiktirafan MQA;
DAN
b. Telah menghadiri sepenuhnya kursus dan lulus peperiksaan CHRA atau program setara di
mana-mana pusat penganjur yang diiktiraf oleh JKKP; DAN
c. Berdaftar dengan JKKP sebagai OYK (Pengapit);
DAN
d. Mempunyai pengalaman menjalankan penilaian risiko hazard kimia selama 3 tahun atau
sekurang-kurangnya 8 kali; ATAU
e. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang OSH.
INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA
Kriteria Perlantikan Tenaga Pengajar Program Kompetensi NIOSH
No. Dokumen No. Pindaan Tarikh Muka Surat
NIOSH-P75AXX-T 00 DD.MM.2011 2 / 6
KRITERIA PERLANTIKAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM KOMPETENSI NIOSH NIOSH MALAYSIA
Bil Program Kriteria
3. Juruteknik Higien Industri 1 (IHT1)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang perubatan / kejuruteraan / sains
yang mendapat pengiktirafan MQA;
DAN
b. Telah menghadiri sepenuhnya kursus dan lulus peperiksaan IHT1 atau program setara di mana-
mana pusat penganjur yang diiktiraf oleh JKKP; DAN
c. Berdaftar dengan JKKP sebagai OYK (Juruteknik Higien Industri I [Permonitoran Kimia]);
DAN
d. Mempunyai pengalaman menjalankan permonitoran pendedahan bahan kimia selama 3
tahun atau sekurang-kurangnya 8 kali; ATAU
e. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang OSH.
4. Juruteknik Higien Industri 2 (IHT2)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang perubatan / kejuruteraan / sains
yang mendapat pengiktirafan MQA;
DAN
b. Telah menghadiri sepenuhnya kursus dan lulus peperiksaan IHT2 atau program setara di mana-
mana pusat penganjur yang diiktiraf oleh JKKP; DAN
c. Berdaftar dengan JKKP sebagai OYK (Juruteknik Higien Industri II [Pemeriksaan dan pengujian
kelengkapan kawalan kejuruteraan]);
DAN
d. Mempunyai pengalaman menjalankan pemeriksaan dan pengujian kelengkapan kawalan
kejuruteraan selama 3 tahun atau sekurang-kurangnya 8 kali; ATAU
e. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang OSH.
5. Permonitoran Pendedahan Bunyi Bising (MNE)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang perubatan / kejuruteraan / sains
yang mendapat pengiktirafan MQA;
DAN
b. Telah menghadiri sepenuhnya kursus dan lulus peperiksaan MNE atau program setara di
mana-mana pusat penganjur yang diiktiraf oleh JKKP; DAN
c. Berdaftar dengan JKKP sebagai OYK (Pendedahan Bising);
DAN
d. Mempunyai pengalaman menjalankan permonitoran pendedahan bunyi bising selama 3
tahun atau sekurang-kurangnya 8 kali; ATAU
e. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang OSH.
INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA
Kriteria Perlantikan Tenaga Pengajar Program Kompetensi NIOSH
No. Dokumen No. Pindaan Tarikh Muka Surat
NIOSH-P75AXX-T 00 DD.MM.2011 3 / 6
KRITERIA PERLANTIKAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM KOMPETENSI NIOSH NIOSH MALAYSIA
Bil Program Kriteria
6. Penaksir Kualiti Udara Dalaman (IAQ for Assessor)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang perubatan / kejuruteraan / sains
yang mendapat pengiktirafan MQA;
DAN
b. Telah menghadiri sepenuhnya kursus dan lulus peperiksaan IAQ atau program setara di mana-
mana pusat penganjur yang diiktiraf oleh JKKP; DAN
c. Berdaftar dengan JKKP sebagai OYK (Penaksir Kualiti Udara Dalaman);
DAN
d. Mempunyai pengalaman menjalankan penaksiran kualiti udara dalaman selama 3 tahun atau
sekurang-kurangnya 8 kali; ATAU
e. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang OSH.
7. Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama dalam bidang perubatan / bidang yang
berkaitan yang mendapat pengiktirafan MQA DAN mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun
pengalaman bekerja dalam bidang OSH yang berkaitan atau Kesihatan Pekerjaan (OH)
DAN
b. Telah menghadiri sepenuhnya kursus dan lulus peperiksaan OHD atau program setara di
mana-mana pusat penganjur yang diiktiraf oleh JKKP; ATAU
c. Berdaftar dengan JKKP sebagai OYK (Doktor Kesihatan Pekerjaan / yang berkaitan); ATAU
d. Calon yang telah dilantik sebagai Tenaga Pengajar program SHO anjuran NIOSH;
ATAU
e. Lulus sesi temuduga yang dikendalikan oleh Panel Temuduga Tenaga Pengajar NIOSH.
8. Certified Medical Impairment Assessor (CMIA)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama dalam bidang perubatan yang mendapat
pengiktirafan MQA DAN mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam
bidang Kesihatan Pekerjaan (OH);
DAN
b. Telah menghadiri sepenuhnya kursus dan lulus peperiksaan CMIA anjuran NIOSH atau program
setara di mana-mana pusat penganjur yang diiktiraf NIOSH; ATAU
c. Berdaftar dengan JKKP sebagai OYK (Doktor Kesihatan Pekerjaan / yang berkaitan); ATAU
d. Calon yang telah dilantik sebagai Tenaga Pengajar program SHO anjuran NIOSH.
ATAU
e. Lulus sesi temuduga yang dikendalikan oleh Panel Temuduga Tenaga Pengajar NIOSH.
INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA
Kriteria Perlantikan Tenaga Pengajar Program Kompetensi NIOSH
No. Dokumen No. Pindaan Tarikh Muka Surat
NIOSH-P75AXX-T 00 DD.MM.2011 4 / 6
KRITERIA PERLANTIKAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM KOMPETENSI NIOSH NIOSH MALAYSIA
Bil Program Kriteria
9. Jururawat Kesihatan Pekerjaan (OHN)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama dalam bidang perubatan / bidang yang
berkaitan yang mendapat pengiktirafan MQA DAN mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun
pengalaman bekerja dalam bidang perubatan / OSH yang berkaitan; ATAU
b. Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang perubatan yang mendapat
pengiktirafan MQA DAN mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam
bidang perubatan;
DAN
c. Telah menghadiri sepenuhnya kursus dan lulus peperiksaan OHN atau program setaradi mana-
mana pusat pengajar yang diiktiraf JKKP; ATAU
d. Berdaftar dengan JKKP sebagai OYK (Doktor Kesihatan Pekerjaan / Jururawat Kesihatan
Pekerjaan / yang berkaitan); ATAU
e. Calon yang telah dilantik sebagai Tenaga Pengajar program SHO anjuran NIOSH.
ATAU
f. Lulus sesi temuduga yang dikendalikan oleh Panel Temuduga Tenaga Pengajar NIOSH.
10. Asas Pertolongan Cemas Pekerjaan (BOFA)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama dalam bidang perubatan yang mendapat
pengiktirafan MQA DAN mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam
bidang perubatan; ATAU
b. Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang perubatan yang mendapat
pengiktirafan MQA DAN mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam
bidang perubatan; ATAU
c. Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan SPM DAN mempunyai sekurang-kurangnya 10
tahun pengalaman bekerja dalam bidang perubatan;
DAN
d. Telah menghadiri sepenuhnya kursus dan lulus peperiksaan BOFA untuk Jurulatih anjuran NIOSH
atau program setara di mana-mana pusat pengajar yang diiktiraf oleh JKKP; DAN
e. Berdaftar dengan JKKP sebagai OYK (Doktor Kesihatan Pekerjaan / Jururawat Kesihatan
Pekerjaan); ATAU
f. Mempunyai pengalaman sebagai BOFA selama 5 tahun.
11. Keselamatan di dalam Ruang Terkurung (AESP dan AGTES)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan / sains /
perubatan yang mendapat pengiktirafan MQA DAN mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun
pengalaman bekerja dalam bidang ruang terkurung; ATAU
b. Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang kejuruteraan / sains / perubatan
yang mendapat pengiktirafan MQA DAN mempunyai sekurang-kurangnya 8 tahun
pengalaman bekerja dalam bidang ruang terkurung; ATAU
c. Mempunyai sekurang-kurangnya SPM dan kredit dalam sains DAN mempunyai sekurang-
kurangnya 10 tahun pengalaman bekerja dalam bidang ruang terkurung;
DAN
d. Telah menghadiri sepenuhnya kursus dan lulus peperiksaan AGTES untuk Jurulatih anjuran
NIOSH; DAN
e. Berdaftar dengan JKKP sebagai OYK (Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan);
ATAU
f. Lulus sesi temuduga yang dikendalikan oleh Panel Temuduga Tenaga Pengajar NIOSH.
INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA
Kriteria Perlantikan Tenaga Pengajar Program Kompetensi NIOSH
No. Dokumen No. Pindaan Tarikh Muka Surat
NIOSH-P75AXX-T 00 DD.MM.2011 5 / 6
KRITERIA PERLANTIKAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM KOMPETENSI NIOSH NIOSH MALAYSIA
Bil Program Kriteria
12. Train The Trainer Asas dan Lanjutan (BTTT dan ATTT)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama yang mendapat pengiktirafan MQA DAN
mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar; ATAU
b. Mempunyai sekurang-kurangnya diploma yang mendapat pengiktirafan MQA DAN
mempunyai sekurang-kurangnya 8 tahun pengalaman mengajar;
DAN
c. Telah menghadiri sepenuhnya kursus dan lulus peperiksaan ATTT anjuran NIOSH atau program
setara di mana-mana pusat pengajar yang diiktiraf oleh NIOSH atau PSMB.
13. Bekerja di Tempat Tinggi (WAH)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang yang berkaitan yang mendapat
pengiktirafan MQA DAN mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang
OSH atau bekerja di tempat tinggi; ATAU
b. Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan dalam SPM DAN mempunyai sekurang-kurangnya
5 tahun pengalaman bekerja di tempat tinggi;
DAN
c. Telah menghadiri sepenuhnya kursus dan lulus peperiksaan WAH untuk Jurulatih anjuran NIOSH
atau di mana-mana pusat pengajar yang diiktiraf oleh NIOSH;
ATAU
d. Lulus sesi temuduga yang dijalankan oleh Panel Temuduga Tenaga Pengajar NIOSH.
14. Penyelia Keselamatan Tapak (SSS)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang yang berkaitan yang mendapat
pengiktirafan MQA DAN mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang
OSH atau bekerja di tapak bina; ATAU
b. Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan SPM DAN mempunyai sekurang-kurangnya
sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja di tapak bina;
DAN
c. Berdaftar dengan JKKP sebagai OYK / OYB (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan); ATAU
d. Calon telah dilantik sebagai Tenaga Pengajar NIOSH bagi program SHO;
ATAU
e. Lulus sesi temuduga yang dikendalikan oleh Panel Temuduga Tenaga Pengajar NIOSH.
15. Induksi Keselamatan untuk Pekerja Binaan Untuk Jurulatih (SICW)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang yang berkaitan yang mendapat
pengiktirafan MQA DAN mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang
OSH atau bekerja di tapak bina; ATAU
b. Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan SPM DAN mempunyai sekurang-kurangnya
sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja di tapak bina;
DAN
c. Berdaftar dengan JKKP sebagai OYK / OYB (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan);
ATAU
d. Lulus sesi temuduga yang dikendalikan oleh Panel Temuduga Tenaga Pengajar NIOSH.
INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA
Kriteria Perlantikan Tenaga Pengajar Program Kompetensi NIOSH
No. Dokumen No. Pindaan Tarikh Muka Surat
NIOSH-P75AXX-T 00 DD.MM.2011 6 / 6
KRITERIA PERLANTIKAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM KOMPETENSI NIOSH NIOSH MALAYSIA
Bil Program Kriteria
16. Pemasangan Perancah (Scaffolding)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan dalam SPM dan kredit dalam matematik;
DAN
b. Telah menghadiri sepenuhnya kursus dan penilaian Advance Scaffolding anjuran NIOSH atau
di mana-mana pusat pengajar yang diiktiraf oleh JKKP; DAN
c. Berdaftar dengan JKKP sebagai OYK (Pemasang Perancah ); DAN
d. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang pemasangan
perancah.
17. Pengendalian Selamat Trak Angsun (SHFT)
a. Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan dalam SPM;
DAN
b. Telah menghadiri sepenuhnya kursus dan lulus penilaian SHFT untuk Jurulatih di NIOSH atau di
mana-mana pusat pengajar yang diiktiraf oleh NIOSH; DAN
c. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang pengendalian /
pengurusan trak angsun;
ATAU
d. Lulus sesi temuduga yang dikendalikan oleh Panel Temuduga Tenaga Pengajar NIOSH.