Post on 03-Jul-2015
Soalan 1
Proses pengajaran dan pembelajaran dan model ID yang dipilih.
“Lima fasa Needham dan model ASSURE”
Pengenalan
Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan
penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam
bidang pendidikan. Menurut Arif Sukardi (1987) teori pembelajaran memainkan peranan
yang penting kepada guru kerana menerusi teori-teori ini guru akan memahami proses
pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami faktor yang mempengaruhi
dan mempercepatkan proses pembelajaran para pelajar. Selain itu guru akan dapat
membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan
pembelajaran. Sehubungan dengan itu salah satu teori yang berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah teori konstruktivisme. Teori ini pada umumnya
adalah merupakan pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun
dalam minda manusia.
Rekabentuk Instruksional (ID)
Sungguhpun idea berkaitan model rekabentuk instruksional telah lama wujud
sejak perang dunia kedua, namun penggunaannya masih relevan dan terus tersebar
terutamanya di dalam bidang pendidikan. Di dalam kajian Molenda, Reigeluth & Nelson
(2003) mereka telah mendefinisikan rekabentuk instruksional sebagai kaedah dan strategi
yang sistematik beserta teknologi yang digunakan untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Pendapat ini disokong oleh seorang lagi pengkaji yang turut menyatakan
bahawa rekabentuk instruksional adalah satu sistem yang dibentuk untuk membangunkan
bidang pendidikan dan program latihan yang konsisten dan relevan masa kini (Akbulut,
2007, p. 63).
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu,
terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering menjadi tumpuan pengkaji
dan sangat sesuai dijadikan asas bagi pembangunan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Antaranya ialah model ASSURE yang dicadangkan oleh seorang ahli akademik
Yusup Hashim (2006) yang menyatakan bahawa model ini sangat meluas diguna oleh
guru-guru untuk merancang pembangunan media instruksional secara sistematik.
Definisi Teori Konstruktivisme lima fasa Needham dan Model ASSURE
Teori Konstruktivisme
Teori konstruktivisme merupakan satu pandangan baharu tentang ilmu
pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori
konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran Sains. Menurut
Susan (1994), konstruktivisme bukan satu konsep yang baru. Konstruktivisme memang
telah lama diamalkan dalam bidang falsafah, sosiologi dan antropologi, psikologi dan
pendidikan. Beliau menambah, teori konstruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang
sangat dominan dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik mulai tahun 1980-an. Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana
ia merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada
pendekatan yang berasaskan teori kognitif.
McBrien & Brandt (1997) pula menyatakan konstruktivisme adalah satu
pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia
belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan
bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain. Briner,M., (1999) menyebut
pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi
baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual
yang sedia wujud. Menurut Brooks & Brooks (1993), teori konstruktivisme menyatakan
bahawa pelajar membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru
1
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui
refleksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau
perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan cuba menginterpretasi
apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau
mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini
dengan lebih baik.
Sushkin,N (1999), pula menyatakan bahawa dalam teori konstruktivisme
penekanan diberikan lebih kepada pelajar berbanding kepada guru. Ini adalah kerana
pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman
tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep dan
membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif pelajar hendaklah
diterima dan digalakkan. Nik Aziz Nik Pa (1999), menyebut konstruktivisme adalah tidak
lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina
pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh
seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut
dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar.
Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada
pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiri
dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.
Berdasarkan pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara
konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa pelajar membina
sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Implikasi dari teori ini
adalah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang
dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut
dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Guru pula berperanan sebagai
fasilitator yang membantu pelajar membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.
Guru juga sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada
2
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
pelajar untuk membina pengetahuan baru. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia
ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
Seterusnya ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme adalah mengambil kira
kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar, menggalakkan pelajar bertanya dan
berdialog dengan pelajar lain dan gurunya, menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui
kajian dan eksperimen, memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan
baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang
sebenar, mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar belajar sesuatu idea,
menyokong pembelajaran secara koperatif, menganggap pembelajaran sebagai satu
proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran, menggalakkan dan menerima daya
usaha dan autonomi pelajar dan akhirnya menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan
oleh pelajar yang digunakan sebagai panduan merancang pengajaran.
Model konstruktivisme Lima fasa Needham terdiri daripada lima fasa seperti
berikut:
a. Orientasi
Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar terhadap
pelajaran. Cara yang boleh digunakan ialah dengan menunjukkan tayangan video,
keratan akhbar, tayangan filem, soal jawab dan sebagainya.
b. Pencetusan idea
Guru perlu mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil,
menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan
pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka pelajari. Pelajar akan
berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang
rapat antara satu sama lain. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator atau
pembimbing dengan membekalkan bahan dan membimbing pelajar untuk membuat
pembelajaran inkuiri.
3
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
c. Penstrukturan semula idea
Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan pelajar
mencabar idea asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan
sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini, kemahiran bahasa akan
membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea secara urutan.
Peranan guru ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat.
d. Aplikasi idea
Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam
situasi baru. Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan menggalakkan inkuiri dalam
kalangan pelajar.
e. Refleksi
Pelajar membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan merenung
kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Pelajar
juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal mereka telah berubah.
Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan
peribadi pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar.
Rajah 1 : Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham
4
Orientasi
Pencetusan Idea
Penstrukturan semula idea
Aplikasi Idea
Refleksi
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
Model ASSURE
Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu
objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk
membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih
jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai.
Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi
penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat. Proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif
pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru
perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses
pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk
memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien
dan berkesan.
Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model
reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media
secara sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini
bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang
menggunakan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi
bilik darjah. Model ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Assure
bermaksud " memastikan sesuatu berlaku." Singkatan akronim ASSURE bermaksud,
A - Analyse learner (Analisis pelajar)
S - State objective (nyatakan objektif)
S - Select, modify or make media ( pilih, kaedah media dan bahan)
U - Use media (gunakan media)
R - Require learner response (keperluan tindakan)
E - Evaluate materials (menilai)
5
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
Rajah 2 : Model ASSURE
Analyse learner (analisis pelajar) - Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada
pelajar berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf
ekonomi pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
State objective (nyatakan objektif) - Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan
pencapaian yang dirancangkan.
Select, modify or make media (Pilih kaedah, media dan bahan) - Guru hendaklah
memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media
itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi jika media yang
sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media
yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran.
Use media (gunakan media dan bahan) - Rancangkan bagaimana media itu hendak
digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti
6
Analisis pelajar
Nyatakan objektif
Pilih kaedah, media dan bahan
Gunakan media dan bahan
Penglibatan pelajar dalam pembelajaran
Nilai bahan
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
yang menarik minat pelajar serta yang memberi motivasi kepada pelajar supaya pelajar
merasa seronok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.
Require learner response (Penglibatan pelajar dalam pembelajaran) - Tindakbalas
dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku. Adakan juga
pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi.
Evaluate materials (menilai bahan) - Menilai dan menyemak semula bahan yang telah
digunakan.
Adakah objektif tercapai?
Bahan yang digunakan membantu P&P?
Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul?
Adakah suasana P&P selesa?
Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi?
Soalan yang dikemukakan dapat dijawab?
Media pendidikan dan media pengajaran merupakan satu komponen bidang
teknologi pendidikan sahaja. Komponen tersebut berfungsi memperolehi, memproses dan
menyusun kembali maklumat pandang- dengar. Media boleh berupa alat, perkakas atau
bahan grafik, fotografik, elektronik atau mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi
kandungan matapelajaran, matlamat dan objektif matapelajaran, penyusunan semua
perkara tersebut mengikut kebolehan pelajar dan pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Semua komponen itu kemudiannya hendaklah dinilai dan dibaiki oleh guru.
7
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
Penggunaan Teori Konstruktivisme dan Model ASSURE dalam pengajaran guru
memberikan kesan ke atas pembelajaran pelajar
Needham (1987) menyatakan dalam model ini pelajar digalakkan bertukar-tukar
fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang pelajar meninjau
semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan
merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu pelajar mengubah idea asal mereka.
Pelajar diberi peluang untk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka.
Adalah dipercayai idea baru yang dibina oleh pelajar sendiri biasanya lebih mudah
diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa
penggunaan idea, pelajar boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan
masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan
kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini pelajar membandingkan idea asal
mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah
mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan
kemahiran meta kognitif.
Fasa-fasa yang dinyatakan di atas sebelum ini adalah :
(i) Fasa orientasi: (Engage)
Fasa ini bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan pelajar
agar mereka terus berminat dalam pengajaran yang berlangsung. Antara contoh aktiviti
yang boleh dijalankan dalam fasa ini adalah dengan membuat tunjukcara atau demontrasi
oleh guru, membuat tayangan filem, membuat tayangan video, memberikan contoh
keratan akhbar kepada pelajar dan juga mengemukakan soalan-soalan yang boleh
menjanakan perasaan ingin tahu kepada pelajar-pelajarnya. Kesan terhadap pembelajaran
pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih berfikir dan lebih seronok dengan aktiviti yang
telah dijalankan dalam bilik darjah.
(ii) Fasa Pencetusan idea: (Explore)
8
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
Dalam fasa ini, guru-guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-idea pelajar
yang terdahulu akan dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong
mereka berfikir mengapa idea mereka tidak selari dengan idea saintifik. Soal jawab yang
mendorong pemikiran boleh dijalankan oleh guru. Guru boleh menggunakan kaedah
inkuiri untuk menyelongkar dan menyiasat melalui kaedah eksperimen. Contoh aktiviti
yang boleh dijalankan adalah membuat amali, perbincangan dalam kumpulan kecil,
pemetaan konsep dan laporan. Kesan kepada pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih
berfikir, seronok dan lebih berkemahiran sosial. Pelajar lebih berfikir kerana dalam
membina pengetahuan baru pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana
idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan. Ini
boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenalpasti
masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat
kesimpulan.
Pelajar lebih seronok kerana mereka sendiri yang membina pengetahuan, konsep
dan idea secara aktif. Ini akan menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih
seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran. Pelajar juga adalah lebih berkemahiran sosial kerana boleh
bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah.
Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan mereka
dan guru dalam membina pengetahuan.
(iii) Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain)
Dalam fasa ini, pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea
saintifik. Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan
kecerdasan pelajar. Penerangan beserta dengan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan
masing-masing akan digunakan untuk membantu membentuk konsep yang baru ini.
Pelajar akan dapat membuat definisi, menerangkan konsep, menyoal tentang penerangan
lanjutan dan meminta justifikasi serta penjelasan. Contoh aktiviti adalah perbincangan
dalam kumpulan kecil dan membuat laporan. Kesan ke atas pembelajaran pelajar dalam
fasa ini adalah pelajar lebih yakin dan berani mencabar hipotesis yang telah dibuat dan
9
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Pelajar mempunyai banyak ruang dan
peluang untuk menguji hipotesis mereka terutama melalui perbincangan dalam
kumpulan.
(iv) Fasa Aplikasi idea: (Elaborate)
Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam fasa
penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Konsep yang telah
dibina dikaitkan dan dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di dalam dunia
sebenarnya. Contoh aktiviti adalah penulisan sendiri kerja projek oleh pelajar. Kesan ke
atas pembelajaran pelajar adalah pelajar lebih faham dan ingat. Kefahaman pelajar
tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam
pembinaan pengetahuan baru. Seorang pelajar yang memahami apa yang dipelajari akan
dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. Setelah
memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut
kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
(v) Fasa Refleksi (Evaluate)
Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman pelajar dan menilai sama idea terdahulu telah
berubah. Contoh aktiviti adalah membuat penyoalan kepada pelajar secara reflektif
seperti menyoal mereka apakah yang mereka fikirkan, apakah bukti yang anda ada atau
apakah yang anda tahu tentang sesuatu pekara itu. Kesan daripada fasa ini ke atas
pembelajaran pelajar adalah pelajar dapat menilai adakah mereka faham dan dapat
mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.
Ahli-ahli konstruktif mencadangkan bahawa pelajar-pelajar membina pengalaman baru
berdasarkan pengetahuan sedia ada. Pengetahuan sedia ada akan digunakan oleh pelajar
untuk memberikan penjelasan berdasarkan pemerhatian mereka, makna akan dibina
sendiri oleh individu dengan menambah atau mengubahsuai idea yang sedia ada
(Driver,1983; Osborne& Freyberg, 1985; Scott,1987). Oleh itu guru perlu mengambilkira
idea pelajar yang terdahulu dalam proses pengajaran.
10
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
Guru perlu membina pengalaman yang dapat mencabar idea yang dimiliki pelajar
untuk membantu mereka menstrukturkan semula idea yang baru. Konstruktivis juga
percaya bahawa pelajar membina realiti mereka sendiri atau mentafsir realiti berasaskan
persepsi pengalaman mereka. Setiap pelajar akan membentuk perwakilan pengetahuan
‘frame of reference’ mereka sendiri melalui pengalaman yang dialami (Johnson & Gott,
1996).
Di dalam model ASSURE pula, ia bermula dengan langkah-langkah berikut, iaitu:
(i) Analisis Pelajar
Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah
deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latar belakang dan sebagainya. Maklumat yang
dinyatakan boleh dijadikan asas di dalam pemilihan media. Maklumat tersebut boleh
diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dengan pelajar.
Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang
tajuk dan isi kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada ujian kemasukan dan
juga interaksi bersama mereka. Pelajar mungkin pernah mendapat maklumat daripada
buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui televisyen dam majalah.
Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran,
kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat perkara
penting yang perlu dilihat iaitu: penggunaan sesuatu media dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya penggunaannya berkesan
dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Perkara-perkara berikut harus dijadikan
pertimbangan guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan
diajar. Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif
pelajar, di mana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain itu,
perbezaan budaya dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Contohnya
di dalam sesebuah kelas terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu melayu, cina, india dan
selainnya.
11
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
(ii) Nyatakan objektif
Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus
kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat
berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian
dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap
baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Contoh objektif yang
dapat diambil adalah mengenai mikroorganisma. Di dalam topik ini, objektif yang pelajar
perolehi adalah:
Memahami pengelasan mikroorganisma.
Mengetahui pelbagai jenis mikroorganisma daripada segi rupa bentuk dan saiz.
(iii) Pilih kaedah, media dan bahan
Dalam proses pemilihan kaedah media dan bahan, guru perlu berdasarkan kepada darjah
kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat 3 perkara yang
perlu dilakukan dalam langkah ini:
a. Memilih kaedah
Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan
untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian pelajar dengan
memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi
untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru.
b. Memilih media
Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan
antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna.
Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer multimedia. Format media
yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.
12
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
c. Memilih bahan
Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi
fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota, dan buku
latihan.
(iv) Gunakan media dan bahan
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini
menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan
pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains tingkatan 5 juga digunakan.
Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk
pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah
bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat
kepada para pelajar.
(v) Penglibatan pelajar dalam pembelajaran
Untuk memastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti
pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan
sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul.
Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mencari rupa
bentuk mikroorganisma melalui internet. Selepas itu latihan struktur juga diberikan
kepada pelajar.
(vi) Penilaian / semak semula bahan
Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun
program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah
program atau kursus, kesesuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan
pencapaian pelajar mengikut keperluan. Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu
dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar
13
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang
maksimum dalam pengajaran. Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang
sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil
terhadap perkara yang dinilai. Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada
tiga, iaitu;
a. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu set
objektif yang telah ditentukan)
b. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.
c. Sikap.
Keseluruhannya, pelajar akan dinilai dengan soalan betul atau salah untuk melihat
pemahaman mereka. Selain itu pelajar juga menjawab soalan struktur. Berdasarkan
model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat
memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara
optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh media di dalam model ASSURE yang diperkenalkan adalah dalam
pengajaran tajuk Kesihatan Diri adalah seperti video mengenai cara-cara penjagaan
kebersihan gigi serta cara-cara memberus gigi yang betul. Penggunaan video semasa sesi
induksi mengenai tajuk Kesihatan Diri adalah sangat sesuai. Tayangan video dapat
membolehkan pelajar nampak dengan jelas sesuatu pembelajaran, dapat diulang tayang
seberapa kali yang dikehendaki serta dapat menjana idea pelajar. Dalam tajuk Kesihatan
Diri, guru boleh menayangkan pelbagai video berkenaan dengan tajuk seperti video
budak menggosok gigi, video masalah gigi berlubang atau video cara menjaga kebersihan
rambut. Media bercetak seperti poster juga sesuai digunakan semasa sesi induksi tajuk
Kesihatan Diri dengan menayangkan poster berkenaan masalah-masalah yang timbul
akibat pengabaian kesihatan diri.
Bahan atau sumber yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Kesihatan Diri
adalah bahan maujud (yang nampak) seperti model berus gigi, model ubat gigi, model
sabun mandi dan model syampu rambut. Model-model ini boleh digunakan semasa sesi
14
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
main peranan (melakonkan) di mana beberapa orang pelajar dipanggil ke depan untuk
membuat demonstrasi memberus gigi, menyampu rambut dan menyabun badan dengan
betul.
Menggunakan Media dan Bahan
Bagi pengajaran tajuk Kesihatan Diri, guru perlulah mengkaji bahan atau sumber
seperti model berus gigi, model ubat gigi, model sabun mandi dan model syampu rambut
sama ada masih berada dalam keadaan elok atau sebaliknya sebelum digunakan. Selepas
itu, guru perlu menyediakan bahan yang betul, lengkap dan cukup untuk digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, rancang penggunaan model-
model tersebut, sebagai contoh model tersebut digunakan dalam sesi main peranan. Guru
perlu menyediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun model tersebut agar
mudah dicapai dalam sesi main peranan. Penggunaan model-model tersebut perlulah
secara optimum dalam sesi main peranan.
Memerlukan Penglibatan Pelajar
Dalam pengajaran tajuk Kesihatan Diri, penggunaan bahan dan sumber seperti
model-model berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dan syampu rambut dalam sesi main
peranan akan dapat membantu meningkatkan serta mengekalkan penglibatan pelajar
dalam pembelajaran. Hal ini seterusnya dapat menigkatkan perubahan tingkah laku yang
diharapkan iaitu pelajar dapat mempraktikkan cara memberus gigi serta penggunaan
sabun mandi dan syampu badan dengan cara yang betul.
Contoh penglibatan pelajar dalam pembelajaran tajuk Kesihatan Diri adalah
seperti sesi main peranan iaitu demonstrasi cara-cara menggosok gigi dan lakonan budak
berjumpa doktor akibat gigi berlubang. Selain itu, boleh diadakan sesi pemerhatian video
berkenaan kesihatan diri serta sesi perbincangan selepas selesai proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan sesuai, menarik serta efektif. Bagi mencapai tujuan ini, aktiviti yang
melibatkan pelajar perlulah bersifat baru, menarik serta melibatkan semua pelajar. Kita
perlu memastikan isi yang disampaikan adalah ringkas tetapi padat. Jangan biarkan isi
15
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
yang ingin disampaikan adalah meleret kerana hal ini akan membuat pelajar berasa
bosan.
Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian
Selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Kesihatan
yang bertajuk Kesihatan Diri, guru perlulah melakukan sesi refleksi bersama dengan
pelajar. Guru boleh mengajukan beberapa soalan kepada pelajar bagi mengetahui apa
yang telah diperolehi oleh pelajar daripada sesi pengajaran dan pembelajran yang telah
dijalankan. Sesi refleksi ini juga dapat membantu guru menilai kelemahan yang terdapat
dalam pengajarannya.
Refleksi
Di sini kita dapati pelbagai pengetahuan mengenai kebaikan model reka bentuk
pengajaran ASSURE yang dapat diperlihatkan. Antaranya, sebelum memulakan sesuatu
sesi pengajaran, seseorang guru perlu terlebih dahulu menganalisis pelajarnya. Perkara
inilah yang sering dilupakan dan diabaikan oleh guru-guru pada masa sekarang. Langkah
menganalisis pelajar adalah sangat penting kerana dari situ seseorang guru dapat
mengetahui tahap keupayaan seseorang pelajarnya serta ciri-ciri yang terdapat pada
dirinya. Hal ini seterusnya dapat membantu guru merancang cara-cara atau strategi-
strategi pengajaran yang lebih berkesan kepada pelajarnya agar tiada seorang pun
daripada pelajarnya yang tercicir daripada beroleh ilmu yang berkaitan.
Selain daripada itu, model reka bentuk pengajaran ASSURE amat menekankan
penggunaan bahan atau sumber dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah
kerana bahan atau sumber dapat menjadikan sesuatu proses pengajaran guru menjadi
lebih menarik, berkesan dan memberi kelainan supaya pelajar tidak berasa bosan.
Sesungguhnya, keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSUREadalah sangat
penting bagi dijalankan oleh guru dalam setiap pengajaran hariannya didalam kelas.
Penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE adalah lebih baik berbanding
model-model yang lain kerana ianya lebih lengkap dan bersistematik.
16
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
SOALAN 2
Rancangan pengajaran yang lengkap menggunakan teori Lima fasa Needham dan
model ASSURE
Bagi menjelaskan dengan lebih terperinci penggunaan teori konstruktivisme
(Lima fasa Needham) ini dalam pengajaran guru dapat memberikan kesan ke atas
pembelajaran pelajar diberikan satu contoh P&P bilik kuliah bagi mata pelajaran Fizik.
PENGENALAN
Tarikh : 01 Mac 2011
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi (90 minit)
Kelas : Tingkatan 4 Sains
Mata pelajaran: Fizik
Tajuk : Daya graviti
Objektif pembelajaran: Supaya pelajar dapat mendefinisi pecutan graviti, menentukan
nilai pecutan graviti dan menentukan hubungan antara pecutan graviti dengan jisim.
Pengetahuan sedia ada:
• Pelajar sudah dapat mendefinisikan halaju dan pecutan.
• Pelajar sudah dapat menghitung halaju dan pecutan
• Pelajar sudah belajar tentang daya geseran
Bahan pengajaran :
LCD Projektor
DVD / VCD
Komputer / Laptop
Skrin putih
Kertas putih A4
17
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
PENYAMPAIAN
Set induksi di dalam fasa orientasi (engage)
Pelajar ditunjukkan tayangan CD peristiwa gerakan sebiji kelapa bila terlepas dari tangkainya, gerakan sebiji bola yang ditendang bila
jatuh kebumi, seketul batu jatuh dari puncak bukit, gerakan bulu ayam yang sedang jatuh dan gerakan seorang penerjun payung terjun
yang terjun turun dari sebuah kapal terbang. Aktiviti ini adalah untuk meransang perasaan ingin tahu pelajar tentang objek jatuh.
Minat pelajar dapat dipupuk dengan tayangan CD kerana tayangan itu adalah gerakan sebenar dalam kehidupan harian. Seterusnya
aktiviti ini dapat menjanakan minat pelajar untuk mengetahui dengan mendalam mengapa objek-objek itu jatuh ke bawah. Perasaan
ingin tahu pelajar dapat dipupuk dengan tayangan CD tersebut sebab banyak persoalan yang dapat dijanakan dari gerakan objek
semasa jatuh itu.
Masa : 5 minit
Perkembangan
Langkah / masa Kandungan Aktiviti
Fasa Pencetusan idea
(Explore)
Masa : 30 minit
Maklumat daripada aktiviti di atas,
pelajar-pelajar disoal:
a) Mengapa objek-objek itu jatuh ke
bawah?
b) Apakah maksud halaju?
Pelajar dipecahkan kepada 6 kumpulan kecil dan diminta
membuat satu eksperimen untuk menentukan pecutan jasad
yang jatuh ke arah pusat bumi tersebut. Dalam eksperimen ini
pelajar juga diminta untuk menentukan nilai pecutan graviti dan
hubungan antara pecutan graviti dengan jisim jasad. Prosedur
18
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
c) Apakah maksud pecutan?
d) Apakah rumus untuk menghitung
halaju?
e) Bagaimanakah cara untuk menghitung
pecutan?
f) Apakah yang terjadi kepada halaju buah
kelapa dan batu semasa
jatuh menghampiri bumi?
g) Apakah terjadi kepada pecutan buah
kelapa dan batu itu?
h) Apa yang terjadi kepada halaju dan
pecutan penerjun yang menggunakan
payung
terjun itu?
i) Apa yang terjadi kepada halaju dan
pecutan bulu ayam itu?
asas aktiviti eksperimen perlu dipatuhi oleh pelajar iaitu
merancang, menjalankan eksperimen dan mengambil data.
Aktiviti ini adalah untuk mengcungkil jawapan kepada perasaan
ingin tahu para pelajar tentang gerakan objek dalam medan
graviti dengan cara memberikan soalan-soalan inkuiri dan
kemudian meminta mereka menjalankan eksperimen. Hasil
dapatan ujikaji ini pelajar akan dapat menentukan adakah idea
dan pengetahuan sedia ada mereka selari atau tidak dengan
dapatan baru itu dari eksperimen itu. Kesan kepada pelajar
adalah mereka akan merasa seronok untuk mendapat
pengetahuan kerana mereka sendiri yang mencari jawapan dan
bukti kepada pengetahuan asal mereka. Keyakinan pelajar akan
lebih jelas lagi jika pengetahuan asal mereka sama dengan
dapatan baru dari eksperimen itu.
Langkah / masa Kandungan Aktiviti
19
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
Fasa Penstrukturan
Semula idea
(Explain)
Masa : 30 minit
Pelajar akan menjelaskan:
a. definisi pecutan graviti
b. nilai pecutan graviti
c. pengaruh jisim terhadap pecutan
graviti
d. makna medan graviti dan daya
graviti
e. Pembentangan dapatan hasil
ujikaji berkumpulan yang telah
dilakukan.
Pelajar-pelajar diminta membentangkan dapatan eksperimen
mereka mengikut kumpulan masing-masing. Pembentangan
dibuat dengan menggunakan transparensi atau perisian
”powerpoint”. Selepas pembentangan oleh sesebuah kumpulan,
kumpulan lain diminta untuk memberikan komen dan
pandangan mereka tentang gerakerja dan hasil eksperimen
kumpulan tersebut.
Selepas selesai setiap kumpulan membentang hasil dapatan
mereka, guru meminta pelajar membuat definisi pecutan graviti,
nilai pecutan graviti, pengaruh jisim terhadap pecutan graviti,
makna medan graviti dan daya graviti. Akhirnya pelajar-pelajar
diminta untuk menyiapkan laporan eksperimen tersebut
mengikut format yang telah diberikan sebelum ini. Satu kesan
yang dapat dilihat dari aktiviti ini adalah pelajar lebih yakin dan
berani untuk menyampaikan hasil dapatan mereka dan sentiasa
berbincang dalam kumpulan untuk mendapat sesuatu keputusan
yang dipersetujui bersama. Mereka lebih berani untuk membuat
hipotesis dan berani juga mencabar hipotesis kumpulan lain jika
tidak sama dengan kumpulan mereka.
20
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
Fasa Aplikasi idea
(Elaborate)
Masa : 15 minit
Pengetahuan tentang graviti dapat
diaplikasikan dalam situasi baru iaitu dari
eksperimen maya Galileo, kejadian lif
putus dan satelit jatuh semasa mengorbit
bumi.
Di sini pelajar akan dapat menggunakan
kefahaman mereka tentang graviti bagi
menjelaskan sebab kepada fenomena yang
terjadi. Selain kefahaman pelajar
bertambah mereka akan mengingati
konsep graviti ini dengan lebih lama lagi.
Pelajar ditunjukkan satu eksperimen maya dari komputer iaitu
”Graviti experiment by Galileo”. Dalam eksperimen maya ini
Galileo berada di atas sebuah bangunan pencakar langit. Beliau
menjalankan 3 aktiviti iaitu:
i) menjatuhkan dua ketul batu yang berlainan saiznya ke bawah
secara serentak .
ii) Kemudian beliau menjatuhkan pula seketul batu dan sehelai
bulu ayam dari ketinggian yang sama secara serentak juga.
iii) Akhir sekali bangunan dan Galileo di vakumkan dan sekali
lagi beliau menjatuhkan batu dan bulu ayam serentak.
Dari tayangan itu pelajar-pelajar di soal:
a) Batu mana yang sampai ke permukaan bumi terlebih dulu?
b) Antara bulu ayam dan batu yang mana akan sampai ke bawah
dulu?
c) Bila dalam vakum, yang mana akan sampai dulu?
d) Mengapakah kedua-dua batu sampai serentak ke permukaan
bumi?
e) Mengapakah bulu ayam lambat sampai ke permukaan bumi
21
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
berbanding batu?
f) Dalam vakum mengapa bulu ayam dan batu sampai serentak?
Guru kemudiannya meminta pelajar untuk menjelaskan
kejadian lif putus dan satelit jatuh semasa mengorbit bumi
dengan menggunakan konsep graviti.
Fasa Refleksi
(Evaluate)
Masa : 10 minit
Soalan disediakan bagi menguji tahap
penerimaan pelajar setelah melakukan
aktiviti sebelum ini.
Guru mengedarkan soalan-soalan kuiz pendek untuk dijawab
oleh pelajar selama 10 minit.
Guru seterusnya meminta pelajar membuat satu peta konsep
tentang apa yang telah dipelajari hari itu.
Aktiviti ini adalah untuk menilai kefahaman para pelajar
tentang konsep graviti.
Rumusan
Daripada huraian di atas dapat dirumuskan bahawa konstruktivisme lima fasa Needham adalah satu daripada teori
22
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
pembelajaran yang pada asasnya merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan sedia ada disusun
semula dalam minda pelajar untuk membentuk pengetahuan baru. Melalui pembelajaran secara konstruktivisme, pengetahuan
dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif daripada persekitarannya. Pelajar membina
pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing dan pengetahuan sedia ada mereka. Ini menjadikan pelajar lebih seronok dan
berminat untuk belajar kerana pengetahuan yang dibina adalah hasil usaha pelajar sendiri. Selain itu untuk memastikan proses
pertukaran idea berlaku pada tahap optimum, gaya pengajaran guru perlulah setara dengan gaya pembelajaran yang terdapat pada
setiap pelajar untuk memastikan mereka terus termotivasi untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan.
Bagi menunjukkan bagaimana teori konstruktivisme ini dapat digunakan keatas pengajaran guru dan memberikan kesan
kepada pembelajaran pelajar, maka model 5 fasa Needham digunakan. Model ini menggunakan lima fasa dalam proses P&P iaitu fasa
orientasi (Engage) , fasa pencetusan idea (explore), fasa penstrukturan semula idea (Explain), fasa aplikasi idea (Elaborate) dan fasa
refleksi (Evaluate). Kelima-lima fasa ini perlulah diikuti dengan sistematik oleh guru untuk mendapat keberkesanan yang tinggi.
Secara ringkasnya fasa pertama adalah untuk meransang perasaan ingin tahu pelajar dengan melakukan aktiviti seperti demonstrasi
oleh guru , tayangan video atau penyoalan oleh guru. Fasa ini juga bertujuan untuk menjana minat para pelajar dalam proses P&P
mereka. Fasa kedua adalah untuk mencetuskan idea supaya pelajar sedar tentang idea dulu melaui amali, perbincangan, pemetaaan
konsep dan laporan. Fasa ini dapat menggalakkan pelajar bekerjasama, guna pendekatan inkuiri, menyiasat melalui eksperimen dan
selalu bertanya. Fasa ketiga adalah untuk menstruktur semula idea-idea asal kerana idea asal mungkin perlu diubahsuai, diganti
dengan idea yang lebih saintifik atau dikembangkan. Fasa keempat adalah fasa aplikasi atau penggunaan idea dimana idea yang telah
dibina dikukuhkan dalam situasi baru. Fasa terakhir adalah fasa refleksi dimana pelajar dapat membuat penilaian sejauh mana idea
asal telah berubah dan setakat mana idea baru betul.
23
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
Dengan mengikuti kesemua fasa ini maka kesan yang dapat terhasil dikalangan pelajar adalah pelajar akan lebih seronok
kerana mereka bina sendiri pengetahuan, pelajar mempunyai kemahiran sosial yang tinggi kerana saling berinteraksi sesama mereka
dalam membuat aktiviti untuk mencari pengetahuan baru, pelajar mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana diberi peluang bina
sendiri kefahaman, pelajar lebih mengingati sesuatu konsep lebih lama lagi kerana mereka terlibat secara aktif dalam proses P&P,
pelajar lebih faham kerana dapatan pengetahuan adalah hasil karya mereka sendiri dengan bantuan guru, pelajar lebih berfikir kerana
untuk bina pengetahuan baru mereka perlu menjana idea, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Pengajaran menggunakan Model ASSURE
24
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
PENGENALAN
Tarikh : 02 Mac 2011
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi (60 minit)
Kelas : Tingkatan 5 Anggerik
Mata pelajaran: Bahasa Melayu
Tajuk : Perbincangan Isi-isi karangan ”Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional”
Pengetahuan sedia ada :
Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar,
dibaca, dan ditonton untuk membuat karangan .
Objektif pengajaran
Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat: (S- Nyatakan Objektif)
1. Pelajar dapat menyatakan maklumat penting daripada dialog yang dipendengarkan.
2. Pelajar dapat menyatakan kepentingan mempertahankan permainan tradisional.
3. Pelajar dapat membuat sebuah karangan yang berkualiti yang bertajuk Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional.
Bahan Bantu Pengajaran :
Slaid gambar,
25
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
carta gambar,
dialog.internet,
video.
Gambar dan Carta
Kaedah : Kaedah gambar dan carta.(S-Pilih kaedah,media dan bahan)
Langkah / masa Kandungan Aktiviti
Langkah 1. ( U-
Gunakan media dan
bahan )
Masa : 15 minit
1. Guru tayangkan sebuahVideo dari internet bertajuk ‘Permainan
tradisional’.
2. Pelajar menonton dan menghayati video yang ditayangkan oleh
guru.
3. Guru menerangkan serba sedikit tentang permainan tradisional
yang ditayangkan tadi.
4. Guru bersoal-jawab dengan pelajar tentang permainan
tradisional.
Apakah permainan tradisonal yang pernah kamu mainkan?
Dimanakah tempat sesuai permainan ini dimainkan?
Berapakah bilangan pemainnya?
Boleh terangkan sedikit cara bermain permainan ini?
26
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
Langkah 2.( R-
Dorong penglibatan
pelajar)
Masa : 20 minit
1. Guru berbincang bersama dengan pelajar permainan tradisional
2. Guru menetapkan jenis Permainan Tradisional yang perlu
dibincangkan oleh setiap kumpulan.
Kumpulan 1 : Permainan Congkak
Kumpulan 2 : Permainan Wau
Kumpulan 3 : Permainan Gasing
Kumpulan 4 : Permainan Raga
Kumpulan 5 : Permainan Guli
1. Guru membahagikan pelajar kepada
5 kumpulan
2. Pelajar berbincang mengikut
kumpulan masing-masing tentang :-
Sejarah permainan
Tempat bermain
Bilangan pemain
Kenapa permainan ini perlu
dipertahankan.
Langkah 3. ( R-
Dorong penglibatan
pelajar)
Masa : 3 minit
Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan
kumpulan menggunakan power point.
Semasa kumpulan membentangkan
hasil perbincangan pelajar lain
mencatat.
Langkah 4. ( R-
Dorong penglibatan
pelajar)
Masa : 10 minit
Guru mengarahkan pelajar untuk membina peta minda yang
berkaitan dengan semua tajuk perbincangan menggunakan power
point.
1. Pelajar–pelajar membuat di dalam
kumpulan masing-masing.
2. Guru membimbing dan memantau
hasil kerja pelajar.
Langkah 5 ( R-
Dorong penglibatan
pelajar)
Peta minda dilekatkan di sudut pelajaran. Para pelajar bergilir-gilir membentang
peta minda menggunakan power point
tentang Kepentingan Mempertahankan
Permainan Tradisional.
27
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
Masa : 2 minit
Penutup ( E - Nilai
dan Semak)
Masa : 10 minit
Isi Karangan itu hendaklah berdasarkan peta minda yang telah
dihasilkan
Para pelajar diminta membuat karangan
bertajuk: Kepentingan
Mempertahankan Permainan
Tradisional.
Daripada penghasilan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di atas, penulis telah meneliti kebaikan dan kelemahan yang
terdapat di dalam Model ID ASSURE. Antara kebaikan model ASSURE adalah :
Proses pengajaran menjadi lebih berkesan, kerana pengajarannya bersistematik
Model ASSURE bukan hanya berpusatkan kepada guru tetapi ia juga berpusatkan kepada pelajar kerana ia melibatkan
pelajar di dalam setiap aktiviti yang dilakukan
Membolehkan guru mempraktikkan penggunaan alatan teknologi seperti komputer, jaringan internet dan sebagainya
Hubungan di antara guru dan pelajar menjadi erat, kerana model ASSURE ini menitikberatkan penglibatan pelajar
dalam pembelajaran.
Menggalakkan para guru untuk sentiasa menggunakan alat bantu mengajar dalam pengajaran mereka
Memastikan bahan media yang digunakan adalah sesuai peringkat umur dan persekitaran pelajar.
Aplikasi model ASSURE dalam pengajaran mempunyai objektif yang jelas.
Pelajar akan lebih tertarik dengan pengajaran guru.
Pembelajaran akan lebih berkesan dengan adanya bahan media yang sesuai semasa pengajaran.
Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan dalam penggunaan model ASSURE ini, antaranya adalah :
28
HBEF 3103 – Principles of Instructional Technology Mohd Rizal Abdullah
Memerlukan penyediaan bahan media dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Reka Bentuk Pengajaran tidak bersesuaian dengan analisis pelajarnya, jika pelajar masih belum menguasai sepenuhnya sesuatu
teknologi.
Guru yang kurang mahir menggunakan apa jua alatan teknologi semasa maka pengajaran akan menjadi kurang berkesan dan
objektif pengajaran pembelajaran mereka tidak dapat dicapai.
Sesetengah guru yang kurang kreatif dalam menyediakan reka bentuk pengajaran yang bersesuaian dengan analisis pelajarnya.
Guru mengalami kekangan masa dalam mengaplikasikan model ASSURE kerana model ini memerlukan penglibatan pelajar
seperti mengadakan perbincangan, soal jawab, kuiz, latih tubi dan sebagainya selepas pengajaran.
Guru terpaksa mengeluarkan banyak tenaga dan usaha untuk menyediakan, meneliti, dan menyemak semula bahan pengajaran
sebelum menggunakannya.
29
KESIMPULAN DAN RUMUSAN
Daripada penelitian terhadap rancangan mengajar dan hasil pembelajaran sebelum
ini, dapat penulis rangkumkan di sini bahawa konstruktivisme adalah pendekatan yang
memberi hak dan peluang untuk pelajar-pelajar belajar (learn how to learn) dengan
membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing.
Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Keadaan ini menuntut
agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu.
Walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan
bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang kepada pelajar di dalam
merealisasikan dalam kehidupan seharian mereka.
Manakala Model pengajaran Assure ini merupakan suatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang cukup menarik minat pelajar. Pelajar di sekolah menengah khususnya
memerlukan satu kaedah dan cara yang paling berkesan bagi menarik minat mereka
untuk terus belajar. Banyak faedah dan kebaikan yang dapat diperolehi oleh pelajar
sewaktu menjalankan aktiviti. Kesesuaian tajuk dengan aktiviti yang dijalankan adalah
penting bagi memastikan objektif dan matlamat yang ditetapkan akan tercapai.
Kesungguhan dan kecekapan guru dalam melaksanakan proses pengajaran amat
perlu agar pelaksanaannya dapat berjalan dengan lancar dan sistematik. Model ASSURE
mempunyai asas yang sangat kukuh untuk membangunkan pelbagai aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Berdasarkan kajian-kajian lepas, model ini bukan sekadar memberi
panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malah setiap ciri yang
terkandung di dalam Model ASSURE boleh mengubah persepsi pelajar terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran yang selalu dianggap membosankan. Sekiranya ciri - ciri
model ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya dalam membangunkan sebarang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, saya sangat yakin bahawa pelajar akan sentiasa tertunggu-
tunggu pengajaran guru pada hari tersebut. Bagi pihak guru pula, proses penyampaian
maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.
(6, 000 patah perkataan)
BIBLIOGRAFI
Arif Sukardi. 1987.Prinsip-prinsip (teori) Pembelajaran.
http:// www.Ut, Ac Id/OI Supp/Fkip/Pgsm3803/. (20 Dis 2000)
Briner, M .(1999). [Online]Available :
http:// carbon.cudender.edu/ mryder/itc data/constructivism.html
Nik Aziz Nik Pa (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan
Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Needham,R. (1987). ”Teaching Strategies for Developing Understanding in Science.”
Leeds, Children’s Learning in Science Project, University of Leeds.
Osborne,R., & Freyberg,P. (1985). Learning in Science.” Auckland, Heinemann.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Baharuddin Aris., Maizah Hura Ahmad., Kok Boon Shiong., Mohamad Bilal Ali.,
Jamalludin Harun., & Zaidatun Tasir. (2006). Learning “Goal Programming”
Using an Interactive multimedia Courseware: Design Factors and Students’
Preferences. Diperolehi pada 2 Januari 2011, sumber dari http://eprints.utm.my/
8165/1/8165.pdf
Technology and Media for Learning. New Jersey. Pearson Prentice Hall.
Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Kurikulum dan
Instruksi.
Diperolehi pada 8 Januari 2011, sumber dari http://yusuphashim. blogspot. com/
2006/12/12/
penggunaan-teknologi-instruksoinal.htm