Isu belia di hati belia - tpjc.moe.edu.sg · “Beliau telah membantu pelajar mendapatkan...

Post on 29-Aug-2019

11 views 0 download

Transcript of Isu belia di hati belia - tpjc.moe.edu.sg · “Beliau telah membantu pelajar mendapatkan...

KEPRIHATINAN Tengku Ah-mad Syamil Tengku Ibrahim melihatbelia yang terjebak dalam anasirkurang sihat mendorong beliau danrakan kongsi membuka akademimemperkasa belia, Urbane Acade-my.

Apabila melihat mahasiswa yangmenghadapi masalah kewangan na-mun mahu meneruskan pelajaran diuniversiti, beliau juga terdorongingin membantu mereka denganmembentuk Skolafund, yang menda-pat dana dengan menarik penda-naan awam (‘crowdfunding’).

Atas usahanya memperkasa be-lia, Pengasas Bersama dan Ketua Pe-gawai Eksekutif (CEO) Skolafunditu telah diiktiraf sebagai antara 30usahawan perniagaan sosial terbaik

di bawah usia 30 tahun dalam rantauAsia oleh majalah antarabangsa ber-prestij, Forbes.

Beliau satu-satunya warga Singa-pura daripada 30 usahawan yang ter-pilih dalam senarai Usahawan Per-niagaan Sosial.

Forbes menyifatkan EncikSyamil sebagai seseorang yang cuk-up prihatin terhadap usaha memper-baiki pendidikan dan memupuk se-mangat kepimpinan dalam kalanganbelia.

“Beliau telah membantu pelajarmendapatkan pembiayaan bagimelanjutkan pelajaran di peringkattinggi melalui Biasiswa melalui cara‘crowdfunding’.

“Beliau juga pengasas bersamaUrbane Academy, memupuk danmemperkasa belia lalu memberi ke-san kepada lebih 200 pelajar setiaptahun,’’ ujar laman Forbes, yangmengeluarkan senarai itu baru-baruini.

Encik Syamil, mahasiswa tahunketiga dalam bidang kewangan dariUniversiti Islam Antarabangsa(UIA), ketika dihubungi di KualaLumpur baru-baru ini berkata beliauamat terkejut terpilih dalam senaraiberprestij itu.

“Semasa saya muda dan melihatsenarai Forbes, saya sering terba-yang diri dalam senarai itu.

“Alhamdulillah, ia merupakan se-suatu yang tidak disangka. Penye-naraian itu juga merupakan satutanggungjawab bagi saya menerus-kan usaha ini,’’ kata Encik Syamil,24 tahun, bekas pelajar MadrasahAl-Irsyad dan Maktab Rendah Tam-pines.

Pemilihan dalam Forbes itudibuat berdasarkan pencalonanawam sebelum senarai muktamaddipilih barisan pengadil ulung.

Barisan pengadil itu terdiri daripa-da Pengarah Eksekutif Yayasan LiKashing, Cik Solina Chau; PengerusiChaudhary Group, Encik BinodChaudhary; dan pengasas dan CEODaughters of Cambodia, Cik RuthEliott.

Menceritakan perniagaan sosial-nya yang pertama, Encik Syamil ber-kata Urbane Academy dibentuk ba-gi membantu belia mencungkil mi-nat mereka dalam bidang seperti su-kan dan teknologi maklumat (IT).

Menerusi Urbane Academy, be-liau berharap belia itu dapat memak-simumkan potensi dan meng-gunakan masa dengan baik.

“Kawan-kawan saya pernah terje-bak dalam anasir kurang sihat seper-ti kumpulan geng gelap. Sering kali,masalah itu timbul akibat masalahkeluarga yang dihadapi.

“Saya kecewa kerana tidak dapat

menerap pengaruh positif kepadamereka ketika itu,’’ ujar EncikSyamil.

Beliau membuka akademi itu se-telah mendapat suntikan dana seba-nyak $3,000 daripada Dana CLFLabs yang dibentuk ForumPemimpin Masyarakat (CLF).

Skolafund pula dibentuk setelahEncik Syamil mendapati ada maha-siswa menghadapi kesempitan wangakibat masalah keluarga.

“Semasa saya dalam tahun satudi UIA, saya terbaca seorang maha-siswa yang meletakkan pos di Face-book universiti mengenai masalahkewangan yang dihadapi.

“Beliau terpaksa mengusahakandua pekerjaan kerana ibu bapa sakit.Dalam Facebook itu, beliau mena-nyakan apa yang harus beliau laku-kan. Daripada memberikan nasihat,ramai pembaca pos menghulurkanbantuan kewangan.

“Dalam fikiran saya, jika orangramai sanggup membantu maha-siswa yang benar-benar susah, me-ngapa tidak saya adakan wadah le-bih luas yang membolehkan orangawam membantu?’’ kata EncikSyamil.

Sejauh ini, Skolafund, yang dilan-carkan di Malaysia, telah membantu20 mahasiswa mendapat biasiswabernilai sekitar RM6,000 ($2,020).

Wang itu dikumpulkan hasil der-ma orang awam, yang kebanyakan-nya dari Malaysia dan Singapura.

Beliau merancang memperkenalSkolafund di Singapura dalam tem-poh dua bulan mendatang.

ANAK seorang penjual peratatidak menyangka dapat disenarai-kan dalam majalah Forbes.

Bagi pengasas bersama gerbangkewangan Onelyst, Encik Moha-med Abbas Sheyed Ebramsa, iasuatu impian menjadi kenyataanapabila diumumkan sebagai antara30 usahawan di bawah 30 tahun ba-gi kategori kewangan dan penyediamodal yang julung-julung kali diben-tangkan Forbes.

“Forbes merupakan majalahyang dibaca peniaga dan dikenalikerana menyenaraikan senarai indi-vidu terkaya dan syarikat terbaik didunia. Ia suatu impian disertakandalam majalah sejagat terkenal ini.Saya gembira perniagaan teknologibaru saya diiktiraf dan membuatibu bapa saya bangga.

“Bapa saya menjual perata disekolah demi menyara kehidupankami. Beliau tidak sangka samasekali anaknya akan disertakandalam majalah Forbes,’’ kata EncikAbbas, 25 tahun, yang juga anak su-lung tiga beradik.

Bagi memulakan perniagaannya,beliau mengambil cuti daripada pen-gajian di Sekolah Perniagaan Nan-yang Universiti Teknologi Nanyang(NTU) selama dua tahun.

Mahasiswa tahun ketiga denganpengkhususan dalam bidang perban-

kan dan kewangan itu akan sam-bung belajar Januari tahun depanbagi menghabiskan penggal tera-khir.

“Saya mahu mewujudkan alatkewangan yang dapat membantugolongan berpendapatan rendahmenggunakannya bagi membuatkeputusan kewangan,’’ ujar peme-gang diploma berganda bidang khid-mat kewangan dan perbankan sertapsikologi perniagaan gunaan Po-liteknik Singapura itu.

Lebih 10,000 pelanggan telahmemanfaatkan Onelyst bagimembandingkan pilihan pinjamanjangka pendek atas pelbagai sebabseperti membayar kos perubatandan sewa. Kebanyakan pelanggan-nya berusia daripada 25 hingga 50tahun.

Ditanya mengenai rancangan-nya bagi dua hingga tiga tahun ini,beliau dan kumpulannya ingin men-ingkatkan kecelikan wang dalam ka-langan pelanggan mereka.

“Kami ingin menulis artikel bagimendidik mereka mengenai pengu-rusan kewangan dan mengongsipanduan kewangan,’’ ujarnya.

Ketika ini, Onelyst merujuk pe-minjam yang mempunyai hutangyang banyak kepada Pusat NasihatHutang kelolaan AngkatanKaryawan Islam.

Isu belia di hati belia

Mahu tingkatkankecelikan wang

Antara individu dalam Senarai UsahawanPerniagaan Sosial:

Heni Sri Sundani Jaladara, 28 tahun, IndonesiaBeliau pengasas Smart Farmers Kids in Action dan AgroJampang Community. Pembantu rumah yang bekerja diHongkong itu kembali ke Indonesia bagi membentukGerakan Anak Petani Cerdas dan AgroEdu JampangCommunity yang bertujuan menyediakan persekolahanpercuma bagi anak orang miskin.

Shay Wright, 26 tahun, New ZealandPengasas Bersama Te Whare Hukahuka itu membantukaum Maori keluar daripada lingkaran kemiskinan. Beliaumelatih mereka dengan kemahiran praktikal. Perniagaansosial itu telah memberi kesan kepada 220,000 keluargaMaori.

Gavin Armstrong, 29 tahun, KembojaPengasas Lucky Iron Fish itu memerhatikan bahawapenduduk miskin Kemboja kekurangan zat besi. EncikArmstrong kemudian membentuk zat besi berupa ikan.Zat besi berbentuk ikan itu hanya perlu dimasukkan kedalam air yang mendidih.

Antara individu dalam Senarai Kewangandan Penyedia Modal:

Stefan Bruun, 27 tahun, HongkongBeliau rakan Niaga Nova Founders Capital. Syarikat itumelabur dalam lebih 30 perniagaan teknologi kewangan diAsia Pasifik dan Eropah, termasuk MoneyHero.com diHongkong.

Christine Aum, 28 tahun, Korea SelatanAum ialah pegawai kanan SparkLabs Global Ventures.Firmanya telah melabur dalam 50 syarikat portfoliodengan dana bernilai $30 juta. Dana tersebut dilancarpada 2013 oleh bekas eksekutif Facebook, Encik NetJacobsson.

Allison Bauum, 28 tahun, JepunRakan Kongsi Fresco Capital lulusan Harvard itu telahmelabur dalam 12 pelaburan bidang teknologi pendidikandan melancarkan dana teknologi pendidikan.

Pocket Sun, 24 tahun, SingapuraSun ialah rakan kongsi Sogal Ventures. Firma penyediamodal antara sempadan itu merancang mengumpulkandana sehingga $8 bilion bagi dana mereka.

MEMPERKASA BELIA: Encik Syamil rasapemilihannya dalam senarai Forbesmerupakan satu tanggungjawab supayameneruskan usahanya. – Foto ihsanTENGKU AHMAD SYAMIL

DIIKTIRAF: Encik Abbas (tengah) dengan rakan kongsi ingin meningkatkankesedaran mengenai pengurusan wang. – Foto ihsan MOHAMED ABBAS

Foto-foto INTERNET

Buat julung-julung kalinya, Majalah Forbes telah membentangkan senarai ‘30 Under 30 Asia’, yang menampilkan 300 individu muda di Asia di bawah usia 30 tahunyang merombak dunia perniagaan, teknologi, industri, media dan budaya. Pemilihan mereka diadili barisan pengadil ulung. Sebanyak 10 kategori disertakan

– kesenian, pengilangan dan perbekalan, hiburan dan sukan, teknologi pengguna, kewangan dan penyedia modal, teknologi perniagaan, media dan pemasaran,penjagaan kesihatan dan sains, usahawan sosial, dan runcit dan e-dagang. Bahkan, dua individu Melayu/Islam disenaraikan bagi kategori usahawan sosial

dan kewangan penyedia modal. Siapakah mereka? Wartawan Berita Minggu, NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg), melaporkan.

Grow Your StockCall 1800 289 8822 or e-mail

notices@sph.com.sg to place yourMergers & Acquisitions Notices

Anak Singapura dalam senarai Forbeslancar wadah bantu siswa kesempitan wang

SENARAI ‘30 UNDER 30 ASIA’ MAJALAH FORBES

Berita Minggu | 13 Mac 2016 9

Berita SETEMPAT