Isu semasa Fiqh Perubatan

Post on 24-May-2015

10.744 views 0 download

Transcript of Isu semasa Fiqh Perubatan

ISU-ISU FIQH BIO-TEKNOLOGI PERUBATAN

Dr. Rashidi AhmadPensyarah/Pakar Perubatan Kecemasan

MD USM, Mmed USM, Clinical fellow (Cardiology)

FADUSM, AM (Malaysia)

Sifat-sifat doktor muslim

“… hendaklah bersifat lemah lembut dan bijak, cekap,

pantas membuat keputusan, cepat berpindah dari

tidak tahu kepada tahu. Tidak ada pembantu

perubatan yang boleh berhati lembut sekiranya ia

gagal mengenali kemuliaan jiwa manusia, ia tidak

menjadi bijak kecuali ia mengetahui logik, ia tidak

boleh cekap kecuali ia dikuatkan dengan pertolongan

ALLAH. Jika ia tidak cekap mengagak ia tidak akan

dapat mengenali penyakit…”

Modified from: Nizam-i-Arudi. Chahar Maqaal. Terjemahan E.G. Browne, Jilid XI, ms76

Doktor muslim vs bukan muslim

Mempercayai kematian

Menghormati pesakit

Bergantung kepada Allah sebagai sumber

penyembuh

Skop teknologi biomedik

Kawalan penduduk - alat-alat pencegah kehamilan

Menamatkan nyawa -pengguguran, euthanasia, dll

Pelanjutan umur - pindahan organ, organ-organ palsu, alat2

pernafasan, perentak jantung, dll

Pemilihan seks & pembedahan pertukaran seks

Membaiki mutu kehidupan melalui penapisan genetik,

kejuruteraan genetik, permanian artifisial, bank mani

Masalah kesuburan - persenyawaan tabung uji, ibu surogat, dll

Percubaan/kajian melibatkan manusia

Pengawalan kelakuan dengan kaedah pembedahan

psiko/psikoterapi dadah

Apakah hukum menggunakan ubat yang

diperbuat daripada bahan asal BABI?

- Contoh: Clexane – rawatan jantung koronari/

Menomune – vaksin

meningococcal

Hukum mendapat rawatan

WAJIB: Imam Syafie, Hambali & Ibnu

Taimiyah

SUNAT

HARUS: jumhur fuqahak & imam2 mahzab

Mana satu lebih afdal?

Mendapatkan rawatan atau bersabar

Pendapat bersabar itu lebih afdal

Hadis Ibnu Abbas

Kisah seorang jariah yang ditimpa penyakit sawan

memohon Rasululullah SAW berdoa untuknya

Rasulullah SAW bersabda: “ Kalau engkau mahu

bersabar, bagi engkau syurga. Jika engkau mahu, aku

boleh doakan supaya Allah menyembuhkan penyakit

engkau”

Berdasarkan tindakan sebahagian para sahabat yang

lebih rela bersabar seperti Ubay bin Kaab & Abu Dzar r.a

Pendapat lain

Imam Al Ghazali (Kitab Ihya Ulumuddin) menolak

pendapat “tidak berubat adalah lebih afdal dalam semua

keadaan”

Dr. Yusuf Al Qardawi – wajib mendapatkan rawatan

apabila kesakitan bersangatan & ubat adalah mujarab

serta mengikut sunah ALLAH s.w.t, harapan untuk

sembuh masih ada

Rasulullah s.a.w sendiri berubat & baginda juga

menyuruh sahabat2 baginda berubat – Ibnu Qaiyum dlm

Zaadul Ma’aad.

Kesimpulan

Hukum mendapatkan rawatan/mencari ubat

untuk mengubati sesuatu penyakit sekiranya

pesakit masih ada harapan untuk sembuh

adalah wajib atau sunat

Tetapi apabila penyakit itu sudah tiada harapan

untuk sembuh mengikut sunnah Allah

berdasarkan hukum sebab dan musabab dan

pendapat doktor pakar, maka tidak ada

seorang pun yang mengatakan hukumnya

adalah sunah apatah lagi wajib

Abu Dawud meriwayatkan di dalam al-Sunan daripada

hadis Abu Dardak katanya; Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit

dan ubat dan menjadikan untuk setiap penyakit

itu ada ubatnya, kerana itu berubatlah dan

jangan berubat dengan benda yang HARAM”

(At-Tabrani)

Asas penggunaan ubat dlm rawatan

“Diharamkan atas kamu bangkai, darah, daging babi”

(al-Maidah:3)

“Katakanlah wahai Muhammad; Aku tidak dapati dalam apa

yang telah diwahyukan kepada-Ku, sesuatu yang

diharamkan bagi orang yang memakannya, melainkan

benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging

babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor”

(al-Anam:145)

Asas babi HARAM

Daging babi haram dimakan tetapi

badannya suci semasa hidup

Imam Malik: Kedudukan babi semasa hidup samalah

dengan beberapa jenis haiwan yang haram dimakan

dagingnya seperti harimau, gajah, kucing.

Ayat-ayat al-Quran hanya menjelaskan babi haram

dimakan dagingnya, tetapi tidak pula menyatakan

najis.

Imam Nawawi daripada Mazhab Syafie juga mengakui

tidak ada dalil yang menunjukan babi itu najis.

Pendapat Dr. Yusuf Qardhawi

Hal memindahkan anggota haiwan najis ke badan

org Islam

HARUS jika terpaksa (dharurah)

Harus mengambil manfaat daripada babi selain

daripada memakannya

Haram menanggung najis pada zahir.

Menanggung najis di dalam badan tiada dalil

Hukum babi yang sudah mati

Ulama memutuskan, apa jua haiwan yg mati

tanpa sembelih, hukumnya najis kerana ianya

bangkai, tetapi semua bangkai kulitnya boleh

disucikan melalui samak, kecuali kulit anjing &

babi

Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri berpendapat, kulit-

kulit anjing dan babi juga boleh disucikan dengan

samak

“Apa jua kulit haiwan, suci apabila di samak” (Muslim, bilangan 366)

Hukum babi yang di ambil sebagai ubat-ubatan

Syed Atiyyah Saqr – HARUS jika ia merupakan

suntikan dalam badan dan ternyata

keberkesanannya kepada pesakit.

Alasan: Dalam badan manusia terkumpul najis -

sah solat. Lain halnya jika diguna pada

bahagian luar

Kecenderungan Ulama: HARAM

Satu kaedah dalam menentukan halal

haram makanan ialah dilihat pada

pertukaran rupa dan benda, seperti arak

yang kemudiannya bertukar rupanya

menjadi cuka.

Al-istihalah

Imam Malik: Benda-benda najis yang

bertukar kepada suatu rupa yang lain

adalah suci, seperti najis babi yang

dibakar kemudian bertukar menjadi debu

- hukumnya suci

Mahzab Shafie: Pertukaran rupa tidak mengubah hukum najis sesuatu benda,

kecuali arak yang berubah menjadi cuka.

Resolusi Nadwah Fiqh perubatan kali ke 8

Anjuran Pertubuhan Perubatan Islam di Kuwait (Mei 1995)

“ Al-Istihalah yang melibatkan perubahan dari satu

bahan kepada satu bahan yg lain, yang berbeza

dengan bahan yg pertama dari segi sifatnya,

merubah bahan2 najis @ terjkena najis kepada

bahan2 yg suci& merubah bahan2 yg diharamkan,

menjadi bahan2 yg diharuskan menggunakannya dr

segi syarak”

Keadaan darurah mengharuskan perkara-perkara

yang haram

Al-Nadwi, 270

Perkara yang diharuskan mengambilnya kerana keadaan

darurat, ditentukan mengikut kadarnya

Ibid, 271

Kemudaratan hendaklah dihilangkan

Al-Sayuti, 52

Suntikan pelalian vaksin meningococcal meningitis

Keputusan muzakarah jawatankuasa fatwa

kebangsaan (27 Nov 2002)

HARUS – Mencevax (bovine)

HARAM – Monumune (porcine)

? Clexane/enoxaprine

Porcine baseGenetic engineering – tiada ciri2 babiHARAM/HARUS? Kemunculan Fandaparinux

Baginda Rasululullah SAW bersabda:Baginda Rasululullah SAW bersabda:

“ Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yg haram

pun jelas. Antara kedua-duanya adalah perkara yang

tidak jelas. Sesiapa memelihara dirinya dari perkara

yang meragukan, maka sebenarnya ia menjaga

kebersihan agama dan kehormatan dirinya”.

(Muslim, bilangan 1599)

Persoalan 2

Menggugurkan janin hasil kajian

menunjukkan kandungan cacat?

Permulaa hidup manusia

Muktamar Perubatan Islam: 15 Januari 1985, Hotel Hilton Kuwait1. Permulaan manusia ialah sebaik sahaja berlku persenyawan benih lelaki dan benih perempuan2. Sbaik sahaja terbentuk kandungan dalam rahim perempuan, maka kandungan itu wajib dihormati dan mmpunyai hak2 yang ditetapkan oleh syarak3. Apabila sampai kandungan ke peringkat peniupan roh (usia 4 bulan atau 40 hari) – kehormatan kandungan bertambah tinggi.

Pembahagian kecacatan

Kecacatan yang tidak mengancam kehidupan janin

Kecacatan yang menyulitkan kehidupan janin selepas kelahirannya tetapi boleh dirawati

Kecacatan yang mengancam kehidupan janin selepas kelahirannya dan tidak boleh dirawati

Keputusan perhimpunan fiqh

Sebelum berlalu tempoh 120 hari, apabila telah terbukti melalui pengesahan jawatankuasa perubatan yang diangotai oleh pakar-pakar yang dipercayai bahawa janin mengalami kecacatan serious yang tidak boleh dirawati, dan kecacatan tersebut akan menyulitkan janin dan keluarganya, maka ketika itu harus dugugurkan janin tersebut selepas diminta oleh kedua ibubapanya

Unit Fatwa Univ. Al-Azhar

Harus digugurkan janin yang berusia sebulan disebabkan penyakit keturunan yang memudharatkan dengan syarat proses pengguguran itu tidak mendatangkan mudharat kepada seibu.

Syaikh Shaltut

“Ibu ialah tempat janin asal janin; selebih itu dari

itu, ibu telah wujud dlm kehidupan dgn tugas &

kewajipan, & ia juga harapan keluarga. Adalah

tidak mungkin mengorbankan nyawanya utk

nyawa janin yg masih belum mempunyai

keperibadian & tanggungjawab @ kewajipan utk

ditunaikan”

Kitab al Fatawa

Al Razi (865-923)

“Ubat2 pengguguran hendaklah digunakan

sebelum anak dilahirkan jika wanita yang

mengandung itu adalah gadis berkahwin pada

usia muda. Pengguguran janin harus dilakukan

sebelum ia membesar, jikalau tidak wanita yang

mengandung akan mati”

Kitab al Hawi

Ali Ibu Al Abbas (949-982)

“Mengenai ubat-ubat yang menghalang kehamilan, walaupun

tidak patut disebutkan untuk menghalang penggunaannya olh

wanita yang tidak boleh memanfaatkannya, ia perlu diberikan

kepada wanita yg mempunyai pelvis kecil, atau mereka yg

mempunyai penyakit yg boleh menyebabkan kematian jika ia

mengandung & melahirkan anak. Kecuali bagi wanita dlm

keadaan2 ini, doktor2 X patut memberikan ubat2 ini secara bebas.

Juga doktor X harus memberikan ubat yg menyebabkan

pengaliran haid @ ubat yg boleh mengeluarkan janin yg mati,

kecuali wanita yg boleh dipercayainya kerana semua ubat ini

membunuh janin & mengeluarkannya”

Kitab Kamil al Sinaah al Tibbiyah

Ibnu Sina (980-1037)

“Ada masanya pengguguran perlu dilakukan, yakni

apabila wanita hamil itu masih muda & kecil dan

dikhuatiri melahirkan anak akan menyebabkan

kematiannya, atau bila ia menghadapi penyakit

rahim atau ketumbuhan dlm rahim & menyulitkan

pengeluaran janin. Juga bila janin mati dlm rahim”

Kitab al Qanun

Dilema debat pengguguran

Sifat kemanusiaan nyawa yang masih belum

dilahirkan

Hak2 janin (hak utk hidup, pusaka,

pengkebumian)

Masa hadapan janin dari segi kesihatan

fizikal, mental & sosial

Hak2 ibu bapa, masyarakat, dunia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke – 52 pada 1 Julai 2002

Menggugurkan kandungan mangsa rogol

Haram menggugurkan kandungan janin yang berumur >

120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah

bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali

pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.

Penguguran janin yang berumur < 120 hari adalah harus

sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk

yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Dr. Hassan Hathut

”Tidak sepatutnya kita hanya menerima apa yang dinyatakan oleh

ulama’ silam secara bulat-bulat. Ini kerana mereka membahaskan

sesuatu ( yang berkaitan bidang perubatan ) berdasarkan

kemampuan dan kemudahan yang wujud ketika itu. Pada masa

sekarang terdapat peralatan canggih yang tidak terdapat di zaman

mereka. Oleh kerana saya adalah salah seorang pakar perubatan ,

maka menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan berkenaan

permulaan hidup janin. Sebenarnya janin telahpun hidup sebaik

sahaja ia mula membentuk sebagai kandungan bukannya selepas

empat bulan. Jantung janin mula berdenyut ketika ia berusia lima

minggu…….”

Pendapat Dr. Yusuf Al-Qardawi

Hukum asal: HARAM

Bermula dari sempurnanya persenyawaan

iaitu bermula dari percantuman sperma +

ovum dan terbentuk daripada keduanya

makhluk baru yang menetap di dalam rahim

Makhluk ini mempunyai kehormatan

walaupun terhasil dari zina

HARAM kecuali dharurat

1- Kandungan itu memberi mudharat besar kepada ibu

2- Bilangan pakar perubatan yang membuat

pengesahan tersebut hendaklah bilangan yang

boleh menimbulkan keyakinan & terdiri dari mereka

yang adil dan boleh dipercayai.

3- Mendapat keizinan dari kedua ibubapa

4- Tiada cara lain selain menggugurkan kandungan

untuk menghindari kemudharatan kepada si ibu.

Pendapat Dr Al Buti

Pengguguran boleh dibenarkan dlm 3 keadaan

sebelum bulan keempat kehamilan

Jika doktor bimbang nyawa ibu terancam akibat

kehamilan

Ditakuti kehamilan akan mendatangkan penyakit

kepada ibu

Kehamilan baru menjangkau paras hujung

penyusian & bayi yg sedia ada bergantung kepada

susu ibu utk hidup

Perkosaan adalah kecemasan psikologi dan

kecemasan perubatan… matlamat terapi

termasuk merawat kecederaan fizikal, campur

tangan krisis dengan sokongan emosi,

prophylaxis bagi penyakit veneral dan

perubatan dari kehamilan yang dijangkakan

Buat mangsa rogol

“… maka sesiapa terpaksa sedangkan dia tidak

mengingininya dan tidak pula melampau batas,

maka tidaklah dia berdosa, sesungguhnya Allah

Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.

(Al-Baqarah:173)

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah mengangkat daripada umatku

dosa tersilap, lupa dan dipaksa”

Sesungguhnya hartamu dan

anak2mu hanyalah ujian bagimu.

Di sisi ALLAH pahala yang besar

Quran 64:15

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke – 52 pada 1 Julai 2002

Menggugurkan janin pembawa atau pengidap penyakit

Thalassemia

Makruh menggugurkan janin berumur 1-40 hari

sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan

mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri

Haram menggugurkan kandungan janin yang berumur >

120 hari

Penguguran janin yang berumur < 120 hari adalah harus

sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk

yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Perlu renungan

Kesalahan diagnosis dan komplikasi prosedur

Kemungkinan normal pada semester berikutnya

Bayi yang cacat teruk tidak hidup lama

Konsep pencegahan

Konsep tawakal

Program rehabilitasi untuk kanak2 istimewa

“Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan

kemudaratan jua”

Ibid, 95

Persoalan 3

Apakah mercy killing dibolehkan?

Apakah hukum menghentikan bantuan

pernafasan kepada pesakit kritikal?

Euthanasia

Euthanasia berasal dari bahasa Greek bermakna

Pembunuhan Rahmah atau memudahkan kematian.

Manakala definisi Euthanasia di dalam istilah

perubatan pula ialah memudahkan kematian pesakit

yang tiada harapan untuk sembuh berdasarkan

permintaan dari si pesakit itu sendiri.

Jenis-jenis Euthanasia

Euthanasia Aktif - tindakan secara langsung seperti

menyuntik ubatan tertentu yang boleh membawa maut

dengan segera.

Euthanasia Pasif - secara tidak langsung seperti

menghentikan makanan, air, ubatan, atau prosedur yang

perlu bagi meneruskan hidup seseorang pesakit.

Euthanasia Secara Sukarela - berdasarkan

permintaannya sendiri samada secara lisan atau bertulis.

Hukum Euthanasia aktif

HARAM - Majlis Fatwa Kuwait ( fatwa bertarikh 13

Ogos 2001 )

Sifat membunuh tetap tidak hilang walaupun

dorongan melakukan perbuatan itu adalah rasa

belas kasihan terhadap pesakit @ untuk

mengurangkan penderitaannya

Soal hidup dan mati serahkan sahaja kepada ALLAH

Orang yang meminta agar dipercepatkan kematian

adalah sama dengan membunuh diri sendiri.

Hukum euthanasia pasif

Dr Yusof Al Qardawi: HARUS andainya rawatan yang

diberikan kepada pesakit yang sudah tiada harapan itu

akan menyebabkan tempoh kesakitan dan penderitaan

yang berpanjangan (memudahkan kematian) Syarat: pakar-pakar perubatan bersepakat bahawa si

pesakit tersebut sudah tidak ada harapan lagi untuk

sembuh.

Doktor sekadar meninggalkan satu perkara yang

bukanlah wajib ataupun sunat

Persoalan 3

Apakah mercy killing dibolehkan?

Apakah hukum menghentikan

bantuan pernafasan kepada

pesakit kritikal?

Definisi Mati Dari Perspektif Syara’

Mati ialah perpisahan ruh dari jasad buat selama-

lamanya.

Ruh tidak dapat dikesan dengan pancaindera

Tandatanda zahir perpisahan tersebut.

Para fuqaha’ bersepakat bahawa kematian bermakna

jasad tidak lagi berfungsi dan tidak boleh

dikembalikan fungsinya buat selama-lamanya.

Definisi Mati Dari Perspektif Perubatan

Terhentinya pusat-pusat penting di bahagian pangkal

otak ( brain stem ) secara kekal

Brain stem - mengawal proses pernafasan dan aliran

darah secara langsung

Kontroversi: pergerakan yang masih wujud pada jasad

tersebut (ventilator dan inotropes)

Adakah pergerakan itu menunjukkan bahawa jasad

belum rosak sepenuhnya dan ada harapan untuk dirawat

atau sebaliknya?

Resolusi Fiqh Berkenaan Mati Otak

Perhimpunan Fiqh Islam - Amman 1986: apabila berlaku

salah satu dari dua perkara maka kematian telah berlaku.

1- Apabila terhenti jantung dan pernafasan secara

keseluruhan dan disahkan oleh beberapa orang pakar

perubatan bahawa pernafasan dan pergerakan itu

berhenti buat selama-lamanya.

2- Apabila otak tidak berfungsi secara keseluruhan dan

disahkan oleh beberapa orang pakar perubatan, dalam

masa yang sama otak mula mengalami proses

kebinasaan sedikit demi sedikit.

Majlis Fiqh Mekah Alat bantuan pernafasan boleh dicabut alat apabila

disahkan mengalami kebinasaan otak secara

keseluruhan ( mati otak ) .

Disahkan oleh tiga pakar perubatan dan mereka juga

mengesahkan bahawa kebinasaan itu tidak boleh

dirawat lagi sekalipun dalam masa yang sama jantung

dan pernafasan masih lagi berlaku melalui alat bantuan

pernafasan.

Namun begitu, pesakit tersebut masih belum dihukum

mati melainkan apabila pernafasan dan jantung terhenti

secara sepenuhnya selepas dicabut alat bantuan

pernafasan.

Kepentingan Mencabut Alat Pernafasan

Kematian otak tidak boleh dirawat.

Kelancaran Unit Rawatan Rapi pastinya terbantut.

Kos rawatan terlalu tinggi.

Kewujudan pesakit mati otak di wad ICU dalam

tempoh yang lama akan menyebabkan doktor

merasa jemu dan bosan.

Persoalan 4

Apakah hukum menderma dan memindah organ?

ASAS LARANGAN

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak

Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan

berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami

telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-

benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka

dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk

yang telah Kami ciptakan [Al-Israa’ : 70]

Kemuliaan tidak mengizinkan jual beli

Kemuliaan kekal ketika hidup juga selepas mati

ASAS LARANGAN

Manusia bukan pemilik tubuhnya, maka dia tidak berhak memperlakukannya sesuka hati

Manusia tidak berhak untuk sewenang-

wenangnya menjual, memberi atau menderma

mana-mana bahagian tubuhnya.

Larangan membunuh diri juga adalah

berasaskan kenyataan ini

ASAS LARANGAN

ضرار ال و ضرر ال

Tidak boleh memudaratkan diri dan tidak boleh memudaratkan orang lain

[Al-Mustadrak oleh al-Hakim]

ASAS MENGHARUSKAN

Kaedah FiqhDarurat Mengharuskan Perkara yang Terlarang

المحذورات تبيح الضرورات

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu

memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-

binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa

terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak

mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar

benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha

Mengasihani” (Al-Baqarah : 173)

Keterangan di dalam Tuhfat al-Fuqaha’: “Jika seorang perempuan yang mengandung meninggal dunia sedangkan bayi di dalam kandungannya

masih hidup, maka hendaklah perempuan itu dibedah untuk mengeluarkan bayinya untuk menyelamatkan nyawa manusia. Dengan

demikian itu, soal kemuliaan tubuh badan manusia akan diketepikan (demi keperluan yang lebih besar) [Samarqandi, Tuhfat al-Fuqaha,

4/261 & Badai’I al-Sana’i)

ASAS MENGHARUSKAN

Pemeliharaan Islam Terhadap Kemuliaan Manusia

Pembedahan masa kini dilakukan dalam keadaan yang paling

menjaga aspek kehormatan diri pesakit yang dibedah, sama ada ketika

hidup, mahu pun selepas meninggal dunia (bedah siasat dan

pemindahan organ)

ASAS MENGHARUSKAN

Manusia Bukan Pemilik Tubuh Badannya Sendiri

Manusia tidak boleh sewenang-wenangnya

merosakkan dirinya

Di dalam keadaan-keadaan tertentu, anggota

badannya harus digunakan untuk keperluan yang

diiktiraf oleh Syara’

Keputusan muzakarah

The Supreme Council of `Ulama di Riyadh (resolusi no.

99 bertarikh 6 Dhul Qi'dah 1402) telah memutuskan

harus bagi pendermaan dan pemindahan organ apabila

ada keperluan.

The Fiqh Academy of the Muslim World League, Makkah

juga telah memberikan keputusan yang sama di sesi ke-8

persidangan mereka bertarikh 28 Rabi'ul Thani- 7

Jumadal Ula, 1405