Jenis Jenis Ayat

Post on 13-Jan-2015

9.514 views 4 download

description

Dibuat oleh Nur Amirah ( 2e4 ) dan Shifaa (2e1 )

Transcript of Jenis Jenis Ayat

Jenis-Jenis Ayat

Ayat Perintah

Nur Amirah (2e4)Shifaa (2e1)

Ayat Perintah Ayat yang diucapkan untuk menyuruh atau

menegah seseorang dari melakukan sesuatu

Dibahagikan kepada empat jenis ayat Ayat Suruhan Ayat Larangan Ayat Silaan Ayat Permintaan

Ayat SuruhanBertujuan untuk memberikan arahan

kepada seseorang. Biasanya, kata ganti nama orang kedua ( subjek ) digugurkan.

Untuk tujuan penegasan, subjek juga boleh dikekalkan.

Ayat perintah juga boleh disertai pratikel-lah untuk

Melembutkan suruhan Menegaskan pradikat

Contoh Ayat Ayat Suruhan1. Kemaskan kain baju ini!

2. Masukkan buku itu ke dalam beg.

3. Siapkan makanan dengan segera.

Ayat Suruhan dengan partikel-lah4. Kemaskanlah kain baju ini !

5. Masukkanlah buku itu ke dalam beg.

6. Awak tunggulah di sini.

AYAT LARANGAN

Bertujuan melarang seseorang dari melakukan sesuatu dengan menggunakan perkataan seperti jangan, usah dan tak usah sebelum kata kerja.

Boleh dilembutkan dengan menggunakan partikel-lah

CONTOH AYAT

Ayat Larangan1. Jangan duduk di sini

2. Usah kamu peduli kata-katanya

Ayat Larangan dengan partikel-lah3. Janganlah berduka

4. Usahlah saudara simpan rahsia itu lagi

5. Awak tak usahlah bersusah payah untuk kami

Ayat SilaanMenggunakan kata silaan seperti sila,

jemput dan mari sebelum kata kerja dengan tujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.

Biasanya digunakan pada permulaan ayat

Boleh dilembutkan dengan menggunakan partikel-lah.

Contoh AyatAyat Silaan1. Sila datang ke rumah saya.

2. Jemput masuk.

3. Mari duduk di kerusi itu.

Ayat Silaan dengan partikel-lah4. Silalah letak beg anda di sana.

5. Jemputlah duduk.

6. Marilah menyanyi beramai-ramai.

AYAT PERMINTAAN

Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

CONTOH AYATAyat Permintaan

1. Minta tuan izinkan kami masuk.2. Minta kamu semua bertenang.3. Tolong tutup pintu itu.

Perbezaan Ayat Seruan: memberi arahan kepada orang

Ayat Larangan: melarang orang dari melakukan sesuatu

Ayat Silaan: mempersilakan atau menjemput seseorang

Ayat Permintaan: memohon permintaan dan pertolongan