Post on 29-Jul-2015
description
BAB 1
1.0 Pengenalan
Pelajar-pelajar kursus HGF 3033 Prinsip-Prinsip Geomorfologi telah mengadakan satu kajian
lapangan pada 11 Mac 2012. Seramai 33 orang pelajar telah mengikuti kajian lapangan tersebut
dan diselia oleh En. Azmi bin Ahmad Baharom. Setiap pelajar dipecahkan kepada 5 orang bagi
satu kumpulan untuk memudahkan kajian dilakukan di kawasan masing-masing. Setiap
kumpulan diletakkan di kawasan yang berlainan di sepanjang jalan bermula dari Sekolah
Menengah Sains Hulu Selangor sehingga ke Kampung Batang Batu, Selangor. Setiap kumpulan
ditugaskan untuk membuat pemerhatian tentang pergerakan jisim dan jenis batuan serta tanih
yang terdapat di kawasan lapangan masing-masing.
1.1 Objektif Kajian
Antaranya :
a) Mengenalpasti proses-proses geomorfologi yang berlaku di kawasan kajian.
b) Mengenal pasti sama ada berlakunya pergerakan jisim atau tidak di kawasan kajian.
c) Melihat sama ada pergerakan jisim tersebut berlaku secara perlahan atau cepat.
d) Mempelajari teknik-teknik untuk menggunakan GPS dan membaca koordinat kedudukan
berdasarkan peta topografi dengan tepat dan betul.
1.2 Metodologi Kajian
Kumpulan kami telah menggunakan beberapa kaedah sepanjang menjalankan kajian. Kaedah
utama yang digunakan oleh kami ialah dengan melakukan pemerhatian melalui kaedah lapangan.
Lawatan ke kawasan kajian juga sedikit banyak membantu dalam mencapai matlamat yang
ditetapkan. Bagi memenuhi objektif kajian juga, kami telah mengambil gambar-gambar di lokasi
yang telah ditetapkan iaitu Kampung Batang Batu. Selain itu, sampel-sampel tanah dan batuan
juga diambil untuk diklasifikasikan dengan Siri Reaksi Bowen.
1
1.3 Lokasi Kajian
Kampung Batang Batu
Sumber : http://maps.google.com/
This place is situated in Selangor, Malaysia, its geographical coordinates are 3° 26' 0" North, 101° 40' 0" East and its original name (with diacritics) is Hulu Yam Baharu.
2
State Selangor
Location Between Selayang and Ulu Yam
Coordinates and map N03 19.91' E101 42.15'
Water Source Stream
Waterfall Profile Near vertical Falls
Accessibility From Carpark
1.4 Peralatan dan Instrumen Kajian
Beberapa peralatan telah digunakan dalam menjalankan kajian di kawasan lapangan. Setiap
kumpulan dibekalkan sebatang tukul besi dan peta topografi kawasan kajian. GPS pula
digunakan bagi mendapatkan garisan latitud dan longitud kawasan yang dikaji. Bagi
mendapatkan sampel batuan, kami telah menggunakan alatan seperti tukul dan penyodok. Carta
warna tanah juga dijadikan rujukan bagi menentukan jenis tanah yang terdapat di kawasan gua
batu kapur yang berlainan.
1.5 Batasan Kajian
Terdapat pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi sepanjang menjalankan kajian lapangan di
kawasan kajian. Halangan tersebut ialah ketiadaan kenderaan bagi memudahkan pergerakan
kumpulan untuk menuju ke kawasan kajian masing-masing. Keadaan ini menyebabkan semua
kumpulan terpaksa diangkut secara bergilir-gilir.
Halangan yang kedua ialah ketiadaan pita pengukur atau tali untuk mengukur kecerunan
kawasan kajian dan telah menjejaskan laporan kajian kerana tidak dapat mengukur ketinggian
kawasan kajian dengan tepat. Kami terpaksa membuat anggaran dan mengukur melalui peta
topografi kawasan kajian. Peta topografi tersebut tidak dapat memberikan ukuran yang lebih
jelas dan terperinci. Seterusnya ialah kesukaran menandakan latitud dan longitud kawasan kajian
dengan lebih tepat kerana ketiadaan alat ‘Global Positioning System’ (GPS). Kami terpaksa
menggunakan GPS yang terdapat pada telefon bimbit ahli kumpulan untuk mendapatkan nilai-
nilai tersebut. Halangan yang seterusnya ialah ketiadaan buku sampel tanih. Hal ini menyukarkan
kami untuk mengetahui jenis tanih yang terdapat pada kawasan kajian. Kami terpaksa membawa
pulang sedikit tanah tersebut dan dikenal pasti setelah pulang daripada kajian lapangan tersebut.
3
BAB 2
2.0 Dapatan Kajian
Pada Bab 2, laporan berfokuskan terhadap jenis-jenis batuan, jenis-jenis tanih, proses luluhawa,
proses pergerakan jisim dan biogeomorfologi sekitar tapak kajian.
2.1 Jenis-Jenis Batuan
Rock is a hard, coherent material comprising
individual particles or crystals. It is
discontinuous in the sense that it is broken to a
greater or lesser extent by joints and fractures
but it is not significantly weakened when
saturated with water.
Pelbagai batuan yang telah dijumpai
ketika berada di kawasan kajian, iaitu di
Kampung Batang Batu. Namun begitu, satu
kajian telah dijalankan untuk memastikan
batuan ini merupakan batuan batu kapur ataupun sebaliknya.
4
2.2 Jenis-jenis Tanih
Soil, or also called regolith, by contrast is a weak, unconsolidated deposit which forms an
essentially continous mass lacking significant joints or fissures, but which is further weakened
when saturated with water. This definition of soil includes unconsolidated weathering and
sedimentary deposits as well as materials we would more normally regard as soils (Gupta A.,
2005).
2.3 Proses Luluhawa
5
Weathering is the breaking down of rocks, soils and minerals as well as artificial materials
through contact with the Earth's atmosphere, biota and waters. Weathering with no movement,
and thus should not be confused with erosion, which involves the movement of rocks and
minerals by agents such as water, ice, snow, wind and gravity. Two important classifications of
weathering processes exist is physical and chemical weathering. Mechanical or physical
weathering involves the breakdown of rocks and soils through direct contact with atmospheric
conditions, such as heat, water, ice and pressure. The second classification, chemical weathering,
involves the direct effect of atmospheric chemicals or biologically produced chemicals in the
breakdown of rocks, soils and minerals (Gupta A., 2005).
The materials left over after the rock breaks down combined with organic material
creates soil. The mineral content of the soil is determined by the parent material, thus a soil
derived from a single rock type can often be deficient in one or more minerals for good fertility,
while a soil weathered from a mix of rock types often makes more fertile soil. In addition many
of Earth's landforms and landscapes are the result of weathering processes combined with
erosion and re-deposition.
2.4 Proses Pergerakan Jisim
2.3 (a) 2.3 (b)
6
Mass movement is the downslope movement of slope material under the influence of the
gravitational force of the material itself and without the assistance of moving water, ice or air.
The distinction between mass movement and the transport of the other material by other
denudational processes is, however, not always clear-cut in practice since mass movements
involving material with a high water content grade into fluvial transport where streams carry
very large loads of fine sediments (Summerfield M.A, 1991).
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, kami mendapati berlakunya pergerakan jisim
di kawasan kajian iaitu pergerakan jisim secara perlahan dan secara cepat. Pergerakan jisim
secara perlahan dapat dilihat di sepanjang jalan yang telah dilalui di mana pokok-pokok berada
dalam keadaan condong akibat daripada pergerakan tanih. Manakala dalam rajah di atas
menunjukkan berlakunya pergerakan jisim secara cepat di mana kelihatan beberapa batang
pokok telah tumbang di kawasan yang terhakis oleh aliran air permukaan seperti rajah 2.3 (a),
dan 2.3 (b).
2.5 Biogeomorfologi Sekitar Tapak Kajian
7
Air hujan yang turun menyebabkan wujudnya lumut yang akhirnya meliputi struktur luaran
batuan yang terdapat di kawasan berkenaan seperti rajah 2.4 (a) dan 2.4 (b).
BAB 3 Perbincangan
3.1 Faktor-Faktor Pergerakan Jisim
3.1.1 Kecerunan
Oleh kerana pergerakan jisim amat berkait rapat dengan tarikan graviti, kecerunan amat
mempengaruhi kejadian ini. Di kawasan yang landai, iaitu kecerunan kurang daripada 5 º akan
menyebabkan daya gravitinya kurang berbanding di kawasan cerun yang bersudut 5 º hingga 40 º
mempunyai tarikan graviti yang lebih kuat.
3.1.2 Bahan Regolit yang Tebal
Proses penyediaan beban, iaitu bahan regolit oleh tindakan luluhawa di kawasan cerun juga
mempengaruhi kejadian ini. Sekiranya, di kawasan cerun tersebut kurang bahan regolit akan
menyebabkan kejadian pergerakan jisim berlaku dalam skala yang kecil. Sebaliknya, jika bahan
regolit terdapat dalam jumlah yang abnyak atau tebal akan menyebabkan pergerakan ini berlaku
dalam skala yang besar.
3.1.3 Hujan
Hujan yang turun dengan lebat dan berpanjangan akan meresap ke dalam regolit dan menambah
berat bahan regolit di atas cerun dan ini menambahkan lagi tarikan graviti. Hal ini kerana hujan
yang turun berfungsi sebagai pemberat dan pelicin untuk melicinkan permukaan batu hampar
yang mana terdapatnya bahan regolit tersebut.
3.1.4 Litupan Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan berperanan sebagai pelindung semula jadi yang palinh berkesan untuk
kestabilan cerun bukit. Tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai penghalang titisan air hujan dari
terus ke pemukaan tanah melalui proses cegatan silaranya. Sementara itu, akar-akar pokok pula
akan bertindak sebagai pengikat dan mencengkam tanah. Apabila pokok di kawasan cerun
8
ditebang dan dihapuskan menyebabkan air hujan terus turun ke permukaan tanah dan daya ikatan
dan cengkaman akar terhadap regolit akan hilang lantas mempercepat pergerakan jisim.
3.1.5 Tindakan Manusia
Tindakan manusia dalam melakukan aktiviti pembalakan, pertanian tanpa teres di kawasan
cerun, pembajakan tanpa mengikut kontur, aktiviti pertanian pindah oleh orang asli,
perlombongan kuari dan pecah batu, petempatan dan pembinaan jalan raya akan menyebabkan
cerun-cerun ditarah dan dipotong mengakibatkan struktur tanah terganggu. Tindakan ini
menyebabkan struktur tanah terganggu. Apabila manusia meneroka cerun bukit untuk kegiatan
pertanian, kawasan hutan terpaksa ditebang. Keadaan ini menyebabkan permukaan cerun
menjadi gondol. Ketiadaan cengkaman akar pokok akan menyebabkan struktur tanah menjadi
longgar. Hal ini mengakibatkan struktur tanih permukaan cerun meresap lebih banyak air dan
menjadikan struktur tanih tidak kukuh dan mudah runtuh (Rosnah Haji Salleh, 2007).
BAB 4
4.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kajian lapangan selama 1 hari ini telah mendedahkan para pelajar dengan
pelbagai ilmu yang berfaedah terutamanya dalam aspek geomorfologi. Para pelajar juga dapat
mempelajari jenis-jenis batuan yang berbeza secara lebih dekat. Melalui kajian lapangan ini juga,
para pelajar dapat mengenal pasti biogeomorfologi kawasan batu kapur di lokasi kajian secara
nyata. Di samping itu, kajian ini juga mendedahkan para pelajar kepada proses-proses
geomorfologi yang berlaku seperti proses luluhawa, proses pergerakan jisim dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, kajian terhadap jenis-jenis batuan yang terdapat di kawasan kajian juga dapat
dikenal pasti dan jenis-jenis tanah dari lokasi berasingan turut dikaji.
Perkara ini dapat menambah pengetahuan para pelajar secara nyata dan tidak hanya
merujuk pada buku sahaja. Aktiviti yang dijalankan ini bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan antara sesama pelajar dengan pelajar dan dengan pensyarah, malahan dapat
memberikan input yang berharga terutamanya kepada pelajar kursus HGF 3033 Prinsip-Prinsip
Geomorfologi.
9