Post on 28-Jan-2017
KERAJAAN MALAYSIA
ARAHAN NO.1
2001
JENTERA PENYELARASAN PELAKSANAAN DASAR WAWASAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
8 MEI 2001
1
ARAHAN NO. 1 2001
JENTERA PENYELARASAN PELAKSANAAN DASAR WAWASAN NEGARA
1. TUJUAN
1.1 Arahan ini dikeluarkan untuk mewujudkan Jentera Penyelarasan
Pelaksanaan Dasar Wawasan Negara (DWN) bagi merealisasikan
matlamat Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) selaras
dengan Wawasan 2020.
1.2 Bagi mempercepatkan proses perancangan, pelaksanaan dan
pemantauan projek yang memerlukan pelaporan maklumat secara
elektronik Sistem Pemantauan Projek atau Project Monitoring System II
(PMS II) di bawah Kerajaan Elektronik akan digunakan.
1.3 Aspek pemantauan serta penilaian secara analitikal dasar program dan
projek pembangunan adalah aspek yang sangat penting bagi memastikan
usaha pembangunan negara dilaksanakan secara konsisten di semua
peringkat dan seterusnya mencapai matlamat DWN.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Arahan No. 1 yang pertama dikeluarkan pada tahun 1971 bagi
menyelaras dan mengawasi pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di
samping membenteras ancaman komunis. Arahan ini telah dipinda 2 kali
dan digantikan dengan Arahan No. 1, 1991 dan Arahan No. 1, 1996 bagi
menyesuaikan kerangka jentera penyelarasan dengan senario
pembangunan tahun 1990an dan tumpuan pelaksanaan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN).
2.2 Pelaksanaan RRJP3 yang bermula dengan Rancangan Malaysia
Kelapan (RMK8) akan memberi penekanan kepada pembangunan
negara maju dan berkualiti menjelang tahun 2020. Pelaksanaan
rancangan pembangunan di alaf baru berikutan proses globalisasi dan
liberalisasi, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau
Information Communication Technology (ICT) serta harapan yang tinggi
2
daripada rakyat menuntut kepada satu jentera penyelarasan pelaksanaan
pembangunan yang lebih berkesan. Justeru itu, strategi utama yang akan
dilaksanakan melalui jentera penyelarasan pelaksanaan di bawah Arahan
ini bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara adalah seperti
berikut:
(a) meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap dan
memastikan dasar kewangan dan fiskal yang berhemat serta
meningkatkan usaha membangunkan ekonomi berasaskan
pengetahuan;
(b) memperkukuh dan menyelaras program dan strategi pengagihan bagi
memastikan penyertaan yang seimbang di kalangan dan antara
kumpulan etnik dan kumpulan pendapatan serta wilayah;
(c) meningkatkan pertumbuhan produktiviti melalui pemantapan
pengetahuan, kemahiran dan kepakaran pekerja serta mengukuhkan
penyelidikan dan pembangunan (P&P) dan sains dan teknologi
(S&T);
(d) meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi dengan
mempercepatkan peralihan sektor ekonomi utama kepada proses
pengeluaran yang lebih cekap dan aktiviti nilai ditambah yang lebih
tinggi;
(e) memperluaskan penggunaan ICT dalam semua sektor ekonomi bagi
mempercepatkan proses pertumbuhan;
(f) memperkukuhkan asas sumber manusia bagi memastikan bekalan
tenaga manusia yang mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran
teknikal dan kemahiran berfikir yang tinggi;
(g) melaksanakan pendekatan menyeluruh dan bersepadu dalam
menangani isu-isu sumber asli dan alam sekitar bagi mengekalkan
pembangunan yang mampan;
3
(h) meningkatkan lagi kualiti hidup melalui peningkatan akses kepada
perkhidmatan sosial serta membangunkan aspek estatik dalam
kehidupan; dan
(i) mempergiatkan usaha bagi memupuk dan menyemai nilai-nilai positif
dan sifat murni di kalangan rakyat menerusi sistem pendidikan,
pertubuhan sosial dan agama serta media.
2.3 Strategi-strategi tersebut serta penggunaan ICT yang semakin canggih
memberi kesan kepada modus operandi jentera penyelarasan
pelaksanaan pembangunan. Ini menyebabkan peranan, tanggungjawab,
struktur, keahlian dan proses kerja jentera penyelarasan pelaksanaan
pembangunan yang sedia ada perlu disusun semula.
3. MODUS OPERANDI
3.1 Jentera Penyelarasan Pelaksanaan
Jentera penyelarasan pelaksanaan di bawah Dasar Wawasan Negara
dan Rancangan Malaysia Lima Tahun adalah seperti berikut:
PERINGKAT PERSEKUTUAN
3.1.1 Majlis Pembangunan Negara (MPN)
MPN adalah badan tertinggi yang memutuskan dasar dan strategi
pelaksanaan projek-projek pembangunan negara.
3.1.2 Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negara (JKPN)
JKPN ditubuhkan bagi memastikan semua keputusan MPN
dilaksanakan dengan sepenuhnya. JKPN juga berperanan
menangani isu/masalah pelaksanaan projek-projek pembangunan.
Disamping itu JKPN bolehlah memperakukan cadangan dasar dan
strategi pelaksanaan untuk pertimbangan MPN.
3.1.3 Jawatankuasa Pembangunan Peringkat Kementerian (JPPK)
JPPK ditubuhkan bagi memastikan semua keputusan MPN dan
JKPN dilaksanakan sepenuhnya di peringkat Kementerian. JPPK
4
juga berperanan menangani isu/masalah pelaksanaan projek-
projek pembangunannya. Di samping itu JPPK boleh
memperakukan cadangan dasar dan strategi pelaksanaan untuk
pertimbangan JKPN.
PERINGKAT NEGERI
3.1.4 Majlis Pembangunan Negeri (MPNg)
MPNg ditubuhkan bagi memastikan semua keputusan MPN dan
JKPN dilaksanakan sepenuhnya di peringkat Negeri. MPNg juga
berperanan menangani isu/masalah pelaksanaan projek-projek
pembangunan. Disamping itu MPNg bolehlah memperakukan
cadangan dasar dan strategi pelaksanaan untuk pertimbangan
JKPN dan MPN.
3.1.5 Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri (JKPNg)
JKPNg ditubuhkan bagi memastikan semua keputusan MPNg
dilaksanakan sepenuhnya di peringkat Negeri. JKPNg juga
berperanan menangani isu/masalah pelaksanaan projek-projek
pembangunan. Disamping itu JKPNg bolehlah memperakukan
cadangan dasar dan strategi pelaksanaan untuk pertimbangan
MPNg.
PERINGKAT DAERAH
3.1.6 Jawatankuasa Kerja Pembangunan Daerah (JKPD)
JKPD ditubuhkan bagi memastikan semua keputusan MPNg dan
JKPNg dilaksanakan sepenuhnya di peringkat Daerah. JKPD juga
berperanan menangani isu/masalah pelaksanaan projek-projek
pembangunan. Disamping itu JKPD bolehlah memperakukan
cadangan dasar dan strategi pelaksanaan untuk pertimbangan
JKPNg dan MPNg.
5
3.2 Sistem Pemantauan Projek atau Project Monitoring System II (PMS II)
3.2.1 Jentera penyelarasan pelaksanaan DWN akan menggunakan
PMS II sebagai alat utama untuk memantau dan menyelaras dasar
dan projek-projek pembangunan. Bagi memastikan objektif ini
tercapai maklumat-maklumat di dalam PMS II hendaklah diisi dan
dikemaskini dengan tepat dan betul pada setiap masa.
4. PELANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS / JAWATANKUASA
4.1 Pengerusi boleh menjemput wakil dari sektor swasta dan pertubuhan
sukarela bagi mewakili kepentingan-kepentingan tertentu untuk hadir
dalam Majlis/Jawatankuasa dari semasa ke semasa dengan syarat
perkara-perkara kerahsiaan Kerajaan tetap terjamin.
4.2 Sekiranya jawatan ahli Majlis/Jawatankuasa tidak wujud di negeri/daerah
atau diberi gelaran lain, Urus Setia boleh memperakukan kepada
Pengerusi supaya pelantikan berkenaan dibuat atas nama Ketua
Jabatan/Agensi yang bertanggungjawab. (contohnya: Pengarah Tanah
dan Ukur di Sabah dan Sarawak bagi jawatan Pengarah Tanah dan
Galian di Negeri-negeri di Semenanjung).
4.3 Memandangkan Perlis tidak mempunyai daerah seperti negeri-negeri lain
maka Pengerusi MPNg Perlis/JKPNg Perlis boleh melantik Ahli
Parlimen/Dewan Undangan Negeri sebagai ahli dalam
Majlis/Jawatankuasa. Pelantikan ini akan membolehkan Ahli
Parlimen/Dewan Undangan Negeri Perlis terlibat dalam pembangunan
sama seperti amalan di negeri-negeri lain.
4.4 Kehadiran ahli dalam mesyuarat Majlis/Jawatankuasa adalah atas nama
jawatan atau boleh diwakilkan kepada Timbalan sahaja. YB Menteri/YAB
Menteri Besar/YAB Ketua Menteri boleh menghantar wakil tetap dalam
mesyuarat JKPD.
6
5. PERUBAHAN KEPADA NAMA, PENGERUSI, KEANGGOTAAN,
FUNGSI MAJLIS DAN JAWATANKUASA
5.1 YAB Perdana Menteri boleh membatalkan atau meminda keanggotaan dan fungsi mana-mana Majlis dan Jawatankuasa.
5.2 Ahli-ahli Yang Berhormat yang menganggotai MPNg, JKPNg atau JKPD
hendaklah terdiri daripada wakil-wakil rakyat Kerajaan Persekutuan.
6. LIPUTAN ARAHAN
6.1 Arahan ini berkuatkuasa bagi semua negeri. Bagi Wilayah Persekutuan keanggotaannya akan ditentukan berasingan.
7. PENUTUP 7.1 Dengan berkuatkuasanya Arahan ini, maka Arahan No.1, 1996 Jentera
Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional bertarikh 6 Jun 1996 berserta pindaan-pindaannya dibatalkan.
7.2 Pindaan-pindaan kepada Arahan ini akan dikeluarkan dari semasa ke
semasa.
t.t DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA PUTRAJAYA, 8 Mei 2001
7
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ARAHAN NO. 1, 2001
JENTERA PENYELARASAN PELAKSANAAN DASAR WAWASAN NEGAR
8
9
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ARAHAN NO. 1, 2001
JENTERA PENYELARASAN PELAKSANAAN DASAR WAWASAN NEGARA
1. PENDAHULUAN
1.1 Selaras dengan kehendak Arahan No. 1, 2001, Jentera Penyelarasan
Pelaksanaan Dasar Wawasan Negara perlu ditubuhkan di semua
peringkat pentadbiran. Hubungan dan aliran maklumat antara jentera
adalah seperti berikut:
MAJLIS PEMBANGUNAN NEGARA (MPN) PENGERUSI : PERDANA MENTERI
SETIAUSAHA : KETUA PENGARAH ICU, JPM
J/KUASA KERJA
PEMBANGUNAN NEGARA (JKPN) PENGERUSI : KETUA SETIAUSAHA NEGARA
URUS SETIA : ICU, JPM
MAJLIS PEMBANGUNAN NEGERI (MPNg) PENGERUSI : MENTERI BESAR/ KETUA MENTERI
SETIAUSAHA : PENGARAH PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN/
PENGARAH PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU, JPM)
J/KUASA KERJA PEMBANGUNAN NEGERI (JKPNg)
PENGERUSI : SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI URUS SETIA : PEJABAT PENGARAH
PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN/ PENGARAH PEMBANGUNAN
NEGERI/ WILAYAH PERSEKUTUAN
J/KUASA KERJA PEMBANGUNAN DAERAH/BAHAGIAN (JKPD/JKPB)
PENGERUSI : PEGAWAI DAERAH/RESIDEN URUS SETIA : PEJABAT KETUA PENOLONG
PEGAWAI DAERAH (PEMBANGUNAN)/ PEGAWAI PEMBANGUNAN BAHAGIAN
J/KUASA PEMBANGUNAN PERINGKAT KEMENTERIAN (JPPK)
PENGERUSI : KETUA SETIAUSAHA URUS SETIA : PEJABAT SETIAUSAHA BAHAGIAN PEMBANGUNAN/KETUA
UNIT PEMBANGUNAN
HUBUNGAN DAN ALIRAN MAKLUMAT JENTERA PENYELARASAN PELAKSANAAN
DASAR WAWASAN NEGARA (ARAHAN NO. 1, 2001)
10
2. JENTERA PENYELARASAN PELAKSANAAN DASAR WAWASAN NEGARA
PERINGKAT PERSEKUTUAN
2.1 Majlis Pembangunan Negara (MPN)
2.1.1 Keanggotaan MPN
Pengerusi : Perdana Menteri.
Ahli-ahli : Timbalan Perdana Menteri.
Menteri Pengangkutan.
Menteri Kerja Raya.
Menteri Perusahaan Utama.
Menteri Kewangan.
Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
Menteri Tanah Dan Pembangunan Koperasi.
Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
Menteri Pembangunan Usahawan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Menteri Pertanian.
Menteri Pendidikan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Menteri yang bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Agama Islam).
Ketua Setiausaha Negara.
Setiausaha : Ketua Pengarah, ICU, JPM.
11
Ahli Jemputan : Menteri/Ketua Menteri serta mana-mana individu yang dilantik oleh Pengerusi berasaskan isu semasa yang dibincangkan.
Urus Setia : ICU, JPM.
2.1.2 Fungsi MPN
(a) Menetapkan dasar dan strategi pelaksanaan pembangunan yang menyeluruh, seimbang dan selaras dengan Wawasan 2020.
(b) Menentukan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan selaras dengan matlamat DWN.
(c) Menilai strategi pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah DWN.
(d) Menyelaras isu-isu pembangunan yang berkaitan dengan alam sekitar.
2.1.3 Kekerapan Mesyuarat
Mesyuarat Majlis ini diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun atau seperti ditetapkan oleh Pengerusi.
2.2 Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negara (JKPN)
2.2.1 Keanggotaan JKPN
Pengerusi : Ketua Setiausaha Negara.
Ahli-ahli : Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Ketua Audit Negara.
Ketua Pengarah, MAMPU, JPM.
Ketua Pengarah, ICU, JPM.
12
Ketua Pengarah, UPE, JPM.
Ketua Pengarah Kerja Raya.
Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan.
Ketua Setiausaha, Kementerian Perusahaan Utama.
Ketua Setiausaha, Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi.
Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian.
Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan.
Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan.
Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar.
Ketua Pengarah, JAKIM.
Ahli Jemputan : Ketua Jabatan/Agensi Kerajaan serta mana-mana individu yang dilantik oleh Pengerusi berasaskan isu semasa yang dibincangkan.
13
Urus Setia : ICU, JPM.
2.2.2 Fungsi JKPN
(a) Memastikan keputusan MPN dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.
(b) Memastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan adalah bersepadu dan seimbang dengan dasar-dasar negara seperti keperluan pembangunan persekitaran, kehendak sosial dan budaya serta pembangunan insan.
(c) Memastikan aktiviti Badan-badan Berkanun Persekutuan dan Negeri selaras dengan objektif penubuhannya dan DWN.
(d) Memantau institusi-institusi Kerajaan dan projek-projek pembangunan yang diswastakan secara terpilih supaya selaras dengan DWN.
(e) Mengenalpasti dan menyelesaikan rintangan dan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan.
(f) Mengkaji semula dan memperkenalkan sistem serta prosedur baru untuk mempercepatkan pelaksanaan, pengawasan serta penilaian projek-projek pembangunan.
(g) Menilai kemampuan organisasi dalam aspek sumber manusia, kepakaran dan peralatan agensi-agensi pelaksana.
(h) Memantau dan menilai secara analitikal dasar, program dan projek pembangunan untuk mencapai matlamat DWN.
(i) Memperakukan dasar dan strategi pembangunan kepada MPN bagi mencapai matlamat DWN.
2.2.3 Kekerapan Mesyuarat
Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali mengikut jadual yang ditetapkan oleh Pengerusi.
14
2.3 Jawatankuasa Pembangunan Peringkat Kementerian (JPPK)
2.3.1 Keanggotaan JPPK
Pengerusi : Ketua Setiausaha Kementerian.
Ahli-ahli : Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan).
Ketua-ketua Jabatan/Agensi.
Ketua Bahagian/Unit Teknikal (jika ada).
Ahli Jemputan: Wakil Jabatan/Agensi Kerajaan serta mana-mana individu yang dilantik oleh Pengerusi berasaskan isu semasa yang dibincangkan.
Urus Setia : Pejabat Setiausaha Bahagian/Ketua Unit Bahagian Pembangunan.
2.3.2 Fungsi JPPK
(a) Memastikan semua arahan dan keputusan JKPN dan MPN dilaksanakan dengan berkesan.
(b) Menyelaras perancangan pelaksanaan semua projek-projek pembangunan di bawah Kementerian.
(c) Memastikan setiap perancangan projek fizikal turut mengambil kira keperluan sumber tenaga manusia.
(d) Mengawasi, memantau dan menilai impak pelaksanaan projek pembangunan Kementerian ke atas dasar-dasar negara seperti alam sekitar, pembangunan sosial, budaya dan pembangunan insan.
(e) Memantau pelaksanaan projek-projek yang diswastakan di bawah Kementerian dan melaporkannya kepada ICU, JPM melalui Project Monitoring System II (PMS II).
(f) Mengawas, memantau dan menilai prestasi Badan-badan Berkanun di bawah penyeliaan Kementerian seperti yang ditetapkan melalui Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998.
15
(g) Memperakukan dasar dan strategi pembangunan kepada JKPN bagi mencapai matlamat DWN.
2.3.3 Kekerapan Mesyuarat
Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali seperti yang ditetapkan oleh Pengerusi.
PERINGKAT NEGERI
2.4 Majlis Pembangunan Negeri (MPNg)
2.4.1 Keanggotaan MPNg
Pengerusi : Menteri Besar/Ketua Menteri.
Ahli-Ahli : Menteri-menteri Kabinet Negeri/ Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik oleh Pengerusi.
Setiausaha Kerajaan Negeri.
Setiausaha Persekutuan (bagi Negeri Sabah dan Sarawak).
Pegawai Kewangan Negeri.
Pegawai Kewangan Persekutuan (bagi Negeri Sabah dan Sarawak).
Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri.
Pengarah Tanah dan Galian. (Pengarah Tanah dan Ukur, Sabah/ Pengarah Tanah dan Survey, Sarawak).
Pengarah Kerja Raya Negeri.
Pengarah Pendidikan Negeri.
Pengarah Audit Negeri.
Pengarah Pertanian Negeri.
Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri.
16
Pengarah Perancang Bandar dan Desa, Negeri
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Negeri.
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri.
Setiausaha : Pengarah Pembangunan Persekutuan/ Pengarah Pembangunan Negeri.
Ahli Jemputan : Ketua Jabatan/Agensi Kerajaan serta mana-mana individu yang dilantik oleh Pengerusi berasaskan isu semasa yang dibincangkan.
Urus Setia : Pejabat Pengarah Pembangunan Persekutuan/Pengarah Pembangunan Negeri.
2.4.2 Bagi Negeri Sabah dan Sarawak, Pengerusi boleh melantik Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Negeri sebagai ahli tetap Majlis.
2.4.3 Fungsi MPNg
(a) Memastikan keputusan dan arahan MPN dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.
(b) Menentukan strategi pelaksanaan projek-projek pembangunan di peringkat Negeri menepati matlamat DWN.
(c) Memantau, mengawasi dan menilai impak pelaksanaan projek-projek pembangunan di peringkat Negeri supaya bersepadu dan seimbang dengan dasar-dasar negara seperti alam sekitar, kehendak sosial, budaya dan pembangunan insan.
(d) Mengawasi perjalanan aktiviti Badan-badan Berkanun Negeri selaras dengan objektif penubuhannya dan DWN.
17
(e) Menilai dan menimbang permohonan projek-projek pembangunan yang dikemukakan oleh JKPNg.
(f) Memastikan institusi-institusi Kerajaan dan projek-projek pembangunan yang diswastakan secara terpilih selaras dengan DWN.
(g) Memperakukan dasar dan strategi pembangunan kepada JKPN dan MPN bagi mencapai matlamat DWN.
2.4.4 Kekerapan Mesyuarat
Mesyuarat MPNg hendaklah diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun seperti yang ditetapkan oleh Pengerusi.
2.5 Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri (JKPNg)
2.5.1 Keanggotaan JKPNg
Pengerusi : Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ahli-Ahli : Setiausaha Persekutuan. (bagi Negeri Sabah dan Sarawak).
Pegawai Kewangan Negeri. Pengarah Pembangunan Persekutuan/Pengarah Pembangunan Negeri.
Pegawai Kewangan Persekutuan (bagi Negeri Sabah dan Sarawak).
Pengarah Tanah dan Galian Negeri (Pengarah Tanah dan Ukur, Sabah dan Pengarah Tanah dan Survey, Sarawak).
Pengarah Kerja Raya Negeri.
Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri.
18
Pengarah Pertanian Negeri.
Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri.
Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri.
Pengarah Pendidikan Negeri.
Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri.
Pengarah Alam Sekitar Negeri.
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri.
Pengarah Audit Negeri.
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.
Residen/ Pegawai Daerah yang dilantik oleh Pengerusi.
Ahli Jemputan : Ketua Jabatan/Agensi Kerajaan serta mana-mana individu yang dilantik oleh Pengerusi berasaskan isu semasa yang dibincangkan.
Urus Setia : Pejabat Pengarah Pembangunan Persekutuan/ PengarahPembangunan Negeri.
2.5.2 Fungsi JKPNg
(a) Memastikan semua arahan dan keputusan MPNg dilaksanakan dengan berkesan.
(b) Menyelaras pelaksanaan projek yang melibatkan pelbagai Jabatan dan agensi di Negeri.
(c) Memantau, mengawasi dan menilai impak pelaksanaan projek-projek pembangunan di peringkat Negeri adalah bersepadu dan seimbang dengan dasar-dasar negara seperti alam sekitar, kehendak sosial, budaya dan pembangunan insan.
(d) Menilai dan menimbang kertas-kertas yang akan dibentangkan kepada mesyuarat MPNg.
19
(e) Memantau pelaksanaan program dan aktiviti Badan-badan Berkanun Persekutuan dan melaporkannya secara berkala kepada MPNg dan ICU, JPM.
(f) Memantau institusi-institusi Kerajaan dan projek-projek pembangunan yang diswastakan secara terpilih supaya selaras dengan DWN.
(g) Memperakukan dasar dan strategi pembangunan kepada MPNg bagi mencapai matlamat DWN.
2.5.3 Kekerapan Mesyuarat
Jawatankuasa Kerja ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali seperti yang ditetapkan oleh Pengerusi.
PERINGKAT DAERAH
2.6 Jawatankuasa Kerja Pembangunan Daerah (JKPD)/ Bahagian (JKPB)
2.6.1 Keanggotaan JKPD
Pengerusi : Pegawai Daerah.
Ahli-Ahli : Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang berkaitan.
Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya.
Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran.
Jurutera Daerah, Jabatan Bekalan Air.
Pegawai Pertanian Daerah.
Pegawai MARA Daerah.
Pegawai Perubatan dan Kesihatan Daerah.
Pegawai Pendidikan Daerah.
20
Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah.
Ketua Cawangan, Jabatan Alam Sekitar.
Pegawai Jabatan Agama Islam Daerah.
Ahli Jemputan : Ketua Jabatan/Agensi Kerajaan serta mana-mana individu yang dilantik oleh Pengerusi berasaskan isu semasa yang dibincangkan.
Urus Setia : Pejabat Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)/Penolong Pegawai Daerah.
2.6.2 Keanggotaan JKPB
Pengerusi : Residen
Ahli-Ahli : Pegawai Jabatan Kerja Raya.
Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran.
Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan.
Pegawai Pendidikan.
Pegawai Perubatan dan Kesihatan.
Pegawai Pertanian.
Pegawai Kebajikan Masyarakat.
Ketua Cawangan, Jabatan Alam Sekitar.
Pegawai Agama Islam.
Ahli Jemputan : Ketua Jabatan/ Agensi Kerajaan serta mana-mana individu yang dilantik
21
oleh Pengerusi berasaskan isu semasa yang dibincangkan.
Ketua Menteri Sarawak boleh melantik Ahli Parlimen/DUN menjadi ahli tetap.
Urus Setia : Pejabat Pegawai Pembangunan Bahagian.
2.6.3 Fungsi JKPD/JKPB
(a) Memantau dan menilai impak pelaksanaan projek-projek pembangunan di peringkat daerah/bahagian supaya bersepadu dan seimbang dengan dasar-dasar negara seperti kehendak alam sekitar, sosial, budaya dan pembangunan insan.
(b) Mengawasi projek-projek penswastaan di dalam daerah/bahagian yang memberi kesan kepada sosio-ekonomi dan alam sekitar.
(c) Memastikan kumpulan sasar mendapat faedah maksimum daripada projek-projek pembangunan yang dilaksanakan.
(d) Menyelaras dan mengemukakan cadangan pelaksanaan projek-projek kementerian/agensi yang berkaitan.
(e) Memastikan masalah pelaksanaan projek-projek pembangunan yang tidak dapat diselesaikan di peringkat daerah/bahagian dikemukakan untuk tindakan JKPNg.
(f) Memperakukan dasar dan strategi pembangunan kepada JKPNg dan MPNg bagi mencapai matlamat DWN.
2.6.4 Kekerapan Mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Pembangunan Daerah/Bahagian hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali seperti yang ditetapkan oleh Pengerusi.
22
3. Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Bagi Negeri Kelantan Dan Terengganu
3.1 Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Negeri Kelantan
3.1.1 Keanggotaan dan fungsi Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Negeri Kelantan akan ditentukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari semasa ke semasa.
3.2 Majlis Pembangunan Negeri Kelantan/Terengganu (MPNg Kelantan/MPNg Terengganu)
3.2.1 Keanggotaan MPNg Kelantan/Terengganu
Pengerusi : Ketua Pengarah, ICU, JPM
Ahli-ahli : Wakil Kementerian Kewangan.
Wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan.
Wakil Kementerian Pendidikan.
Wakil Kementerian Kesihatan.
Pengarah Audit Negeri.
Ketua Pengarah, JAKIM.
Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan/ Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu.
Ahli Jemputan : Ketua Jabatan/Agensi serta mana-mana individu yang dilantik oleh Pengerusi berasaskan isu semasa yang dibincangkan.
23
Urus Setia : Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan/ Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu.
3.2.2 Fungsi MPNg Kelantan/MPNg Terengganu
(a) Menentukan strategi dan pelaksanaan projek-projek pembangunan adalah menepati matlamat-matlamat DWN dan Rancangan Malaysia Lima Tahun.
(b) Memantau dan menilai strategi pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah DWN dan Rancangan Malaysia Lima Tahun.
(c) Memantau, mengawasi dan menilai impak pelaksanaan projek-projek pembangunan di peringkat negeri adalah bersepadu dan seimbang dengan dasar-dasar negara seperti alam sekitar, kehendak sosial, budaya dan pembangunan insan.
(d) Memperakukan dasar dan strategi pembangunan kepada JKPN dan MPN bagi mencapai matlamat DWN.
3.2.3 Kekerapan Mesyuarat
Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri Kelantan dan Terengganu hendaklah diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun seperti yang ditetapkan oleh Pengerusi.
3.3 Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri Kelantan/ Terengganu (JKPNg Kelantan/Terengganu)
3.3.1 Keanggotaan JKPNg Kelantan/Terengganu
Pengerusi : Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan/ Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu.
Ahli-ahli : Pengarah Kerja Raya Negeri.
Pengarah Pendidikan Negeri.
24
Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri.
Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri.
Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri.
Pengarah Bahagian Keselamatan Negara, Negeri.
Pengarah Alam Sekitar Negeri.
Pengarah Pertanian Negeri
Pengarah Audit Negeri.
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.
Ahli Jemputan : Ketua Jabatan/Agensi serta mana-mana individu yang dilantik oleh Pengerusi berasaskan isu semasa yang dibincangkan.
Urus Setia : Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan/ Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu.
3.3.2 Fungsi JKPNg Kelantan/Terengganu
(a) Membincangkan semua pelan pembangunan dan isu-isu berkaitan dengan pembangunan yang timbul dari semasa ke semasa.
(b) Memantau dan menilai kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan Rancangan Lima Tahun.
(c) Memeriksa dan meneliti cadangan-cadangan projek baru yang tidak disenaraikan di dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun sebelum dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk dipertimbangkan.
(d) Memeriksa dan meneliti projek-projek yang telah diluluskan tetapi memerlukan perubahan skop, kos dan/atau lokasi sebelum diberi peruntukan.
(e) Mengkaji cadangan-cadangan kajian kemungkinan atau kajian pelan induk sebelum diberi peruntukan.
25
(f) Memastikan semua arahan dan keputusan Majlis Pembangunan Negeri dilaksanakan dengan berkesan.
(g) Menyelaras pelaksanaan projek yang melibatkan pelbagai Jabatan dan Agensi di Negeri.
(h) Memantau, mengawasi dan menilai impak pelaksanaan projek-projek pembangunan di peringkat Negeri adalah bersepadu dan seimbang dengan dasar-dasar negara seperti alam sekitar, kehendak sosial, budaya dan pembangunan insan.
(i) Memperakukan dasar dan strategi pembangunan kepada JKPN dan MPN bagi mencapai matlamat DWN.
3.3.3 Kekerapan Mesyuarat
Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali seperti yang ditetapkan oleh Pengerusi.
4. PANDUAN UMUM
4.1 Mesyuarat Majlis/Jawatankuasa
4.1.1 Mesyuarat Majlis/Jawatankuasa hendaklah diatur oleh Urus Setia mengikut kekerapan mesyuarat seperti yang ditetapkan.
4.1.2 Mesyuarat Majlis/Jawatankuasa hendaklah memberi tumpuan kepada fungsi-fungsi yang telah ditetapkan.
4.1.3 Mesyuarat Majlis/Jawatankuasa hendaklah seboleh mungkin mengelakkan daripada membincangkan perkara-perkara yang sepatutnya diselesaikan dalam forum lain.
4.2 Takwim Mesyuarat
4.2.1 Takwim mesyuarat sepanjang tahun hendaklah dirancang terlebih dahulu, seelok-eloknya sebelum Januari setiap tahun dan mengedarkan takwim mesyuarat tersebut kepada semua ahli Majlis/Jawatankuasa.
4.2.2 Sekiranya mesyuarat tidak dapat diadakan pada tarikh yang ditetapkan, Urus Setia hendaklah berusaha mendapatkan tarikh ganti supaya agenda mesyuarat yang dijadual dapat dibincangkan.
26
4.3 Agenda Mesyuarat
4.3.1 Secara umum, Urus Setia hendaklah menyediakan agenda khusus untuk mesyuarat sepanjang tahun berasaskan fungsi-fungsi yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, Urus Setia mesyuarat hendaklah menjadualkan perkara atau topik tertentu sebagai agenda tetap atau berkala untuk mesyuarat Majlis/Jawatankuasa. Antara perkara yang boleh dijadikan agenda tetap atau berkala ialah:
(a) Pembentangan laporan/kertas kerja berasaskan kepada maklumat PMS II.
(i) Laporan kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan.
(ii) Laporan pelaksanaan Perumahan Awam Kos Rendah/Perumahan Kos Rendah.
(iii) Laporan pelaksanaan program-program ekonomi seperti:
- Program Kesejahteraan Rakyat (PKR);
- Program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB); dan
- Program Francais.
(iv) Laporan khusus pelaksanaan projek infrastruktur/ kesejahteraan rakyat seperti kemudahan asas jalan, bekalan air, elektrik, telekomunikasi, kesihatan atau pendidikan.
(b) Taklimat bulanan berdasarkan:
(i) Kementerian/jabatan;
(ii) Agensi/Badan-badan Berkanun/Agensi yang telah diswastakan;
(iii) Program; dan
(iv) Projek bermasalah.
Taklimat yang diberikan oleh kementerian/ jabatan/ agensi/ pengurus projek hendaklah memberikan fokus kepada isu/masalah yang dihadapi dalam
27
melaksanakan rancangan pembangunan dan langkah-langkah penyelesaian yang dicadangkan.
(c) Lawatan ke tapak projek:
Urus Setia hendaklah mengaturkan lawatan ahli Majlis/Jawatankuasa melawat tapak projek, ke Badan-badan Berkanun atau agensi-agensi yang telah diswastakan secara berjadual atau sebagai susulan kepada keputusan mesyuarat.
4.3.2 Majlis/Jawatankuasa hendaklah berbincang mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan projek-projek pembangunan. Majlis/Jawatankuasa boleh mengambil maklum akan isu/masalah lain yang tidak berkaitan dengan projek pembangunan tetapi boleh dibincang serta diselesaikan di dalam forum yang sesuai.
4.4 Maklumat Prestasi Pelaksanaan Projek
4.4.1 Kementerian/Jabatan/Agensi/Negeri adalah bertanggungjawab mengemaskini secara berterusan semua maklumat di dalam PMS II dengan tepat dan betul bagi membantu menyediakan laporan-laporan yang terkini. Tindakan susulan terhadap projek-projek bermasalah yang dikenalpasti melalui sistem akan dilakukan secara berterusan.
4.4.2 Kementerian/Jabatan/Agensi/Negeri hendaklah membuat analisis maklumat-maklumat yang diperolehi dari PMS II bagi tujuan perancangan, penilaian, unjuran dan penyelesaian masalah pelaksanaan serta kesan ke atas sosial, ekonomi dan alam sekitar.
4.4.3 Gambar-gambar mengenai kemajuan pelaksanaan projek dan projek yang telah siap hendaklah disimpan di dalam PMS II bagi memudahkan Majlis/Jawatankuasa membuat keputusan dengan cepat dan tepat.
4.5 Mengenalpasti Isu/Masalah dan Tindakan Penyelesaian
4.5.1 Peranan utama semua Majlis/Jawatankuasa adalah untuk mengesan dan menyelesaikan isu/masalah pelaksanaan projek-projek pembangunan.
28
4.5.2 Isu/masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh kementerian/jabatan/agensi/Negeri berkaitan hendaklah dibawa kepada Majlis/Jawatankuasa yang lebih tinggi.
4.5.3 JKPN/JKPNg akan mempertimbangkan cadangan penyelesaian kepada isu/masalah berdasarkan kertas taklimat. Kertas taklimat hendaklah mengandungi butir-butir seperti dasar kerajaan yang berkaitan, jentera pelaksanaan, status semasa, isu/masalah dan cadangan penyelesaian.
4.5.4 Semua agensi berkenaan boleh menggunakan format yang sesuai bagi mengenengahkan perkara atau isu-isu berkenaan. Bagi kertas taklimat yang melebihi 6 muka surat, nota ringkas tidak melebihi 3 muka surat hendaklah dibuat dan diletakkan di bahagian hadapan kertas taklimat tersebut.
4.6 Minit Mesyuarat
4.6.1 Minit mesyuarat hendaklah menepati kehendak Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991 yang bertajuk `Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan’. Contoh format minit Mesyuarat JPPK adalah seperti di LAMPIRAN A. Jentera penyelarasan di peringkat negeri/daerah/bahagian hendaklah mengubahsuai format mengikut kesesuaian fungsi masing-masing.
4.6.2 Minit mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli mesyuarat tidak lewat dari satu minggu selepas tarikh mesyuarat diadakan dan sesalinan minit mesyuarat kepada Urus Setia MPN/MPNg yang berkaitan.
4.7 Pemantauan Pelaksanaan Keputusan Mesyuarat
4.7.1 Ahli Majlis/Jawatankuasa atau mana-mana pihak lain yang diberi tanggungjawab melaksanakan sesuatu keputusan mesyuarat hendaklah memberi maklumbalas kepada Urus Setia Majlis/Jawatankuasa dalam masa sekurang-kurangnya 10 hari selepas minit mesyuarat diedarkan. Laporan terkini boleh dikemukakan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum mesyuarat yang akan datang.
29
4.7.2 Sekiranya pihak yang diberi tanggungjawab melaksanakan sesuatu keputusan bukan ahli kepada Majlis/Jawatankuasa, Urus Setia hendaklah menghantar keratan minit mesyuarat kepada pihak berkenaan seperti contoh di LAMPIRAN B.
4.7.3 Urus Setia adalah bertanggungjawab memantau pelaksanaan keputusan mesyuarat dan melaporkannya kepada mesyuarat Majlis/Jawatankuasa seperti contoh di LAMPIRAN C.
5. URUS SETIA MAJLIS/JAWATANKUASA
5.1 Bagi memastikan Majlis/Jawatankuasa dapat berjalan dengan lancar, tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh Urus Setia ialah:
5.1.1 Menyediakan surat pelantikan ahli yang ditandatangani oleh Pengerusi.
5.1.2 Menjadualkan takwim mesyuarat Majlis/ Jawatankuasa sekurang-kurangnya sebulan sekali atau lebih kerap bagi tahun berkenaan agar dapat menyediakan perancangan lebih awal dan mengedarkan takwim tersebut kepada semua ahli Majlis/Jawatankuasa.
5.1.3 Menyediakan laporan berkala mengenai prestasi perbelanjaan dan fizikal projek-projek RMLT bagi semua agensi Kerajaan di semua peringkat untuk dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis/Jawatankuasa setiap suku tahun.
5.1.4 Menyediakan kemudahan kepada jabatan/agensi untuk memberikan taklimat kepada Majlis/Jawatankuasa.
5.1.5 Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa seperti yang ditetapkan di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991 dan mengedarkannya kepada semua ahli dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat serta salinan dihantar kepada Urus Setia MPN/MPNg yang berkenaan.
30
5.1.6 Mengambil tindakan susulan dan menerima maklum balas pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis/Jawatankuasa daripada jabatan-jabatan/agensi-agensi terlibat dan membentangkannya kepada mesyuarat Majlis/Jawatankuasa.
5.1.7 Mengenalpasti isu-isu dan masalah-masalah pelaksanaan projek-projek pembangunan di semua peringkat untuk dijadikan agenda Majlis/Jawatankuasa.
5.1.8 Mengatur lawatan kerja ahli Majlis/Jawatankuasa ke tapak projek-projek sakit/bermasalah serta Badan-badan Berkanun Persekutuan dan Negeri.
5.1.9 Memaklumkan keputusan/dasar/arahan daripada MPN/MPNg dan JKPN/JKPNg kepada kementerian/jabatan/agensi untuk tindakan seterusnya.
6. PENUTUP
6.1 Segala pertanyaan mengenai pelaksanaan Arahan No. 1, 2001 dan garis panduan ini boleh dikemukakan kepada:
Urus setia Majlis Pembangunan Negara Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU,JPM) Jabatan Perdana Menteri Aras 3, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA.
No. Telefon : 03 - 88881508
No. Fax : 03 - 88883528
E-mail : usetiampn@icu.gov.my
31
LAMPIRAN
32
33
RAHSIA LAMPIRAN A
Contoh Format
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN PERINGKAT KEMENTERIAN
KEMENTERIAN ……………………………
BIL …………………………………………..
Tarikh ……………………………………….
Masa ………………………………………….
Tempat ………………………………………...
HADIR HADIR BERSAMA TIDAK HADIR :
I. PERUTUSAN PENGERUSI II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
IV. PELAKSANAAN ARAHAN/KEPUTUSAN MAJLIS
PEMBANGUNAN NEGARA DAN JAWATANKUASA KERJA PEMBANGUNAN NEGARA YANG BERKAITAN DENGAN KEMENTERIAN
V. PERKARA-PERKARA PENYELARASAN DAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN RANCANGAN LIMA TAHUN
VI. PERBINCANGAN KERTAS KERJA DAN TAKLIMAT VII. HAL-HAL LAIN VIII. PENUTUP Urus setia : Tarikh : RAHSIA
34
RAHSIA LAMPIRAN B
Contoh Format
DOKUMEN INI ADALAH HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA
Butir-butir Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negara
Mesyuarat Pada : 3 April 2001 4. PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN
4.1 Kertas ‘Laporan Pelaksanaan Projek-Projek Pembangunan RMK8 Bagi Tahun 2001 Mengikut Kementerian’ – Oleh UPP.
4.1.3 Mesyuarat seterusnya:
(b) Menetapkan:
(ii) Kementerian Kewangan dan UPE meneliti cadangan Kementerian
Kesihatan supaya setiap projek pembinaan hospital dilengkapkan dengan kemudahan perumahan dan implikasinya ke atas jabatan-jabatan Kerajaan lain yang mempunyai pejabat di kawasan pendalaman.
Tindakan : Kementerian Kewangan UPE
[ ] Setiausaha, Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negara.
RAHSIA
35
RAHSIA LAPORAN MAKLUMBALAS: Pegawai yang menyediakan: Rujukan: MAKLUMBALAS HENDAKLAH DIKEMUKAKAN SEBELUM 29 APRIL 2001
RAHSIA
36
LAMPIRAN C
Contoh Format
LAPORAN MAKLUM BALAS PELAKSANAAN KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS PEMBANGUNAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
BIL. 2/2001 BERTARIKH 29 FEBRUARI 2001
BIL. PERKARA TINDAKAN MAKLUMBALAS
1.
PROGRAM RUMAH KOS RENDAH (Perenggan 2.1 muka surat 7) Perwujudan sistem Pendafteran Berpusat bagi pelaksanaan dan pengagihan Rumah Kos Rendah
Unit Perumahan Kerajaan Tempatan
Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan (UPKT) Sistem Pendaftaran Berpusat (tambahan) akan dilaksanakan pada bulan April 2001 di mana borang-borang berkenaan akan diedarkan ke Pejabat-pejabat Daerah pada akhir Mac 2001. Borang tersebut boleh diperolehi dengan bayaran RM2.00 setiap satu di Pejabat-pejabat Daerah berhampiran.
2. PEMBINAAN MENARA PEMANCAR/ANTENA TELEFON TANPA KEBENARAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (Perenggan 2.2 muka surat 8) Penyediaan garis panduan mengenai pembinaan menara pemancar serta pemasangan antena telefon
Unit Perancang Ekonomi Negeri
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
3. PROGRAM PERTANIAN (Peranggan 2.4 muka surat 8) Usaha membangunkan tanah-tanah terbiar untuk meningkatkan hasil pengeluaran
Semua Pejabat Daerah/Jabatan
Pertanian Negeri
Pejabat Daerah Seremban Tindakan bagi mengenalpasti tanah terbiar sedang dilaksanakan Pejabat Daerah Port Dickson Satu mesyuarat untuk membincangkan tanah-tanah pertanian yang terbiar akan diadakan pada 23 Mac 2001
37
SINGKATAN
DEB : Dasar Ekonomi Baru DPN : Dasar Pembangunan Nasional DWN : Dasar Wawasan Negara DUN : Dewan Undangan Negeri ICU, JPM : Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana
Menteri ICT : Information Communication Technology JKPN : Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negara JKPNg : Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri JPPK : Jawatankuasa Pembangunan Peringkat
Kementerian JKPD : Jawatankuasa Kerja Pembangunan Daerah JKPB : Jawatankuasa Kerja Pembangunan Bahagian MPN : Majlis Pembangunan Negara MPNg : Majlis Pembangunan Negeri MPPB : Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera MQLI : Malaysian Quality Life Index PKR : Program Kesejahteraan Rakyat PMS II : Project Monitoring System II RRJP3 : Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga RMK8 : Rancangan Malaysia ke Lapan