Jual Beli - Khiyar

Post on 28-May-2015

12.353 views 32 download

Transcript of Jual Beli - Khiyar

•Maksud•Tujuan•Jenis-jenis

MaksudAl-Khiyar dalam jual beli bermaksud :hak memilih yang diberi kepada kedua-dua

belah pihak (penjual dan pembeli)sama ada hendak melangsungkan jual beli

mereka atau memfasakhkannyamengikut syarat-syarat atau sebab-sebab

tertentu.

TujuanSupaya kedua-dua belah pihak tidak

mengalami kerugian atau penyesalan di belakang hari

oleh sebab-sebab tertentu yang timbul dari pembelian atau penjualan sesuatu barang

sama ada mengenai barang atau harga.

Al-Khiyar terbahagi kepada 7 jenis:

1. Khiyarul Majlis2. Khiyarus Syart3. Khiyarul Wasf4. Khiyarun Naqd5. Khiyarut Ta’ayeen6. Khiyarur Rukyah7. Khiyarul ‘Aib

KHIYARUL MAJLISPemilihan yang dilakukan semasa berada

dalam majlis akad jual beli.

Kedua-dua belah pihak berhak memilih sama ada meneruskan atau memfasakhkan jual beli yang telah diakadkan di majlis itu.

Contohnya:Sekiranya salah satu pihak menggugurkan

hak pemilihannya, maka pihak yang satu lagi berhak membuat pilihan sama ada hendak meneruskan jual beli itu atau memfasakhkannya selagi majlis akad masih wujud.

HukumHukum yang tersebut itu berdasarkan kepada

sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Kedua-dua belah pihak daripada penjual dan pembeli diberi pilihan selagi mereka tidak berpisah”.

KHIYARUS SYARTPersetujuan antara kedua-dua belah pihak

mensyaratkan semasa melakukan akad jual beli bahawa kedua-dua mereka atau salah seorang daripada mereka berhak memilih sama ada jual beli itu diteruskan atau difasakh.

Tempoh masa pemilihan itu tidak lebih daripada 3 hari.

i) Pemilihan memfasakhkan jual beli atau meneruskannya semasa dalam tempoh khiyar berhasil dengan ucapan dan perbuatan atau tindakan.

Pemilihan dengan ucapan

Pemilihan dengan perbuatan

Setiap kata-kata untuk memfasakhkan atau meneruskan jual beli & lain-lain perkataan yang mempunya makna tersebut.

Contohnya:“Ambillah barang kamu

ini,” bererti teruskan.“Serahkan kembali barang

saya itu,” bererti fasakh.

Sebarang perbuatan yang dilakukan oleh penjual atau pembeli yang boleh difaham sebagai memfasakh atau meneruskan jual beli itu

Contohnya:Dalam tempoh khiyar si

pembeli menggunakan barang itu untuk kepentingannya bererti pembeli memilih untuk meneruskan jual beli itu.

KHIYARUS SYARTii) Apabila habis tempoh khiyar yang

disyaratkan tanpa difasakhkan jual beli oleh mana-mana pihak, maka jual beli itu dengan sendiri berjalan kuatkuasanya.

iii) Tidak boleh diwarisi. Oleh itu, apabila mati pembeli atau penjual maka hak khiar kepada si mati gugur dengan sendirinya.

iv) Barang yang dijual masih menjadi milik penjual semasa dalam tempoh khiyar sehingga penjual memilih jual beli itu diteruskan.

KHIYARUL WASFPemilihan untuk memfasakh atau

meneruskan jual beli ketika didapati bahawa barang yang dibeli itu tidak tepat dengan sifat-sifat yang dikehendaki

Si pembeli boleh memilih sama ada memfasakh akad jual beli itu atau meneruskannya dengan harga yang ditetapkan semasa akad.

Khiyarul Wasf:

(i) Boleh diwarisi. (ii) Dengan sendirinya terbatal

Sekiranya si pembeli mati sebelum melihat barang dibeli semasa hayatnya kemudian barang itu diserahkan kepada warisnya dan didapati tidak tepat sifat-sifat yang dikehendaki oleh si mati, maka waris berhak memfasakhkan akad jual beli itu.

Sekiranya si pembeli bertindak ke atas barang itu seperti hak miliknya sendiri, maka hak khiyarul wasf batal dengan sendirinya.

KHIYARUN NAQDPemilihan yang diberi kepada penjual untuk

memfasakhkan jual beli yang sudah diakad apabila si pembeli gagal membayar harga barang yang dibeli pada masa yang dipersetujui semasa akad.

Akad jual beli terfasakh juga dengan sendiri jika si pembeli mati dalam masa berjalannya khiyar ini.

KHIYARUT TA’AYEENPemilihan yang diberi kepada pembeli untuk

memilih dalam tempoh pemilihan yang ditetapkan, yang mana satu barang yang dikehendakinya di antara beberapa barang yang ditetapkan harga bagi tiap-tiap satunya.

Pembeli hendaklah memnentukan mana satu barang yang menjadi pilihannya sebelum habisnya tempoh pemilihan yang ditetapkan.

Boleh diwarisi. Waris si mati boleh mengambil alih kuasa pemilihan.

KHIYARUR RUKYAHPemilihan yang diberi kepada pembeli yang

membeli barang sebelum melihatnya sama ada hendak meneruskan jual beli itu atau memfasakhkannya sebelum ia melihat barang itu.

Tidak boleh diwarisi. Jual beli tidak boleh difasakhkan oleh waris jika pembeli mati.

Penjual tidak diberi hak Khiyarur Rukyah sekalipun ia belum melihat barang yang dijualnya itu.Contohnya: Penjual mewarisi sesuatu barang

daripada keluarganya lalu menjual barang itu sebelum melihatnya, jual beli itu adalah sah.

Khairur RukyahMelihat dalam perbahasaan Khiyarur Rukyah

bermaksud mengetahui keadaan dan kedudukan barang itu mengikut tujuan asal yang terdapat pada barang tersebut.Contohnya: Lapisan atas sesuatu gulung kain

menjadi contoh dan melihat contoh ini memadai untuk gulung kain itu dijual secara borong.

Khairur RukyahSekiranya si pembeli membeli barang dengan

melihat contoh kemudian barang itu didapatinya berlainan atau kurang sifatnya daripada contoh yang dilihat, si pembeli berhak mengembalikan barang itu dan memfasakhkan akad jual beli itu dasar Khiyarur Rukyah.

Khairur RukyahJual beli yang dilakukan oleh orang buta

sebelum diketahui sifat barang yang dibelinya adalah sah dan ia berhak memfasakhkan akad jual beli.

Orang buta mengetahui sifat barang yang dibeli dengan cara sentuhan bagi barang yang diketahuinya secara menyentuh, mencium bagi barang yang berbau dan merasa bagi barang yang boleh dirasai.

Khairur RukyahHak Khiarur Rukyah gugur jika melihat

sesuatu barang tidak lama sebelum dibeli. Tetapi jika didapati barang itu telah berubah dari sifatnya pada masa dilihat dahulu, pembeli boleh memfasakhkan akad jual beli itu.

Gugur juga hak Khairur Rukyah kepada pembeli jika wakil pembeli melihat barang yang dibeli.

Khairur RukyahTidak gugur hak Khiyarur Rukyah kepada

pembeli jika tidak melihat barang yang dibeli ialah orang yang diarah oleh pembeli untuk mengambil barang itu daripada penjual.

Gugur hak Khiyarur Rukyah dengan tindakan yang diambil oleh pembeli ke atas barang itu sebagai pemilik seperti menjual atau meminda dan mengubahsuai barang itu.

KHIYARUL ‘AIBPemilihan pembeli sama ada untuk

meneruskan jual beli atau memfasakhkannya pada ketika didapati bahawa barang yang dibeli itu cacat.

Sekiranya jual beli itu bersifat mutlak (jual beli yang tidak disyaratkan), penjual tidak bertanggungjawab ke atas kecacatan yang terdapat pada barang yang dijual.

Khiyarul ‘AibPembeli berhak memfasakhkan akad jual beli

itu sekiranya didapati barang yag dibeli itu sudahpun cacat sebelum ianya diserahkan kepadanya oleh penjual.

Si pembeli tidak boleh memotong harga barang apabila bersetuju menerima jual beli walaupun semasa menerimanya, barang itu dalam keadaan cacat. Mestilah ia membayar jumlah yang ditetapkan semasa akad.

Gugur hak Khiyarul ‘Aib dalam keadaan-keadaan berikut:i. Sekiranya pembeli terus menerima barang yang

dibelinya walaupun si penjual telah menerangkan kepadanya bahawa barang itu cacat.

ii. Jika pembeli bersetuju dengan syarat si penjual bahawa penjual tidak bertanggungjawab ke atas segala kecacatan yang terdapat pada barang itu.

iii. Jika si pembeli bersetuju membeli barang itu sekalipun ianya cacat

iv. Sekiranya pembeli terus bertindak sebagai pemilik setelah ia mendapat tahun bahawa barang uang dibelinya itu cacat.

Khiyarul ‘AibPembeli tidak boleh memfasakhkan jual beli

tetapi berhak menuntut supaya harga barang itu dikurangkan jika barang yang dibeli itu menjadi cacat selepas diterima oleh pembeli, kemudian lahir pula cacat lama yang sudah ada semasa barang itu di tangan penjual.

Khiyarul ‘AibKadar kemerosotan haraga barang yang

disebabkan oleh kecacatan lama semasa barang itu di tangan penjual perlulah dinilai oleh orang yang pakar dalam bidang pernilaian harga barang berkenaan dan tidak mempunyai sebarang kepentingan berhunbung dengan jual beli itu.

Khiyarul ‘AibSemua barang yang dibeli bersama-sama

dengan yang cacat dalam satu akad hendaklah diserahkan kembali kepada penjual ketika akad jual beli itu difasakhkan.

Jual beli menjadi batal sekirnya didapati bahawa barang yang dibeli itu tidak boleh digunakan langsung.